khairul - isu mesir (tugasan individu)

Upload: azrulazlan89

Post on 06-Jul-2018

308 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    1/52

     

    ISU- ISU GLOBAL

    UGP 6013 Seksyen 6

    Tugasan Individu

    PERKEMBANGAN REVOLUSI MESIR

    THE RISING TIDE OF DARUL ISLAM 

    Disediakan oleh

    KHAIRUL HAZWAN BIN HUSSIN

    891006-49-5035

    MG123034

    Pensyarah

    Dr. MOHD NASIR MARKOM

    Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

    Universiti Teknologi Malaysia 

     NOVEMBER 2013

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    2/52

     

    ISI KANDUNGAN

    BAB TAJUK M/s

    1 MUQADDIMAH 1

    2 SEJARAH AWAL KEBANGKITAN ISLAM 2

    2.1  Kejatuhan Darul Islam Khalifah Uthmaniyyah  3 

    2.2  Pola Kebangkitan Islam  4 

    2.3  Gerakan Kebangkitan Islam  5 

    2.4  Respon Barat terhadap perubahan iklim politik Timur Tengah  6 

    3 MESIR KINI 7

    3.1 Sejarah awal kebangkitan Mesir   8 

    3.2  Revolusi Mesir Abad ke-21  11 

    3.3  Kebangkitan Suara Rakyat  13 

    3.4  Gerakan Tamarrod dan Pengkhianatan Tentera Kudeta, As-Sisi  15 

    3.5  Bantahan terhadap Kudeta dan Sokongan terhadap Dr Mursi 16 

    3.6  Sinario Mesir Kini : Detik Hitam yang Berdarah 19 

    4 PRESIDEN MESIR Ir. Dr. MUHAMMAD MURSI 24

    4.1 Garis Masa Pemerintahan Dr. Mursi 2012 –  2013 25 

    4.2  Deklarasi Perlembagaan  27 

    4.3  Peranan Ikhwanul Muslimin  28 

    4.4  Ir. Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir 30 

    5 PERBINCANGAN ISU DAN KRISIS DI MESIR 34

    5.1 Faktor Pergolakan di Mesir   35 

    5.2 Mesir sabagai titik awal kepada Darul Islam  39 

    5.3  Gerakan Ikhwanul Muslimin  41 

    5.4  Ringkasan Kronologi Mesir   44 

    SOLIDARITI MAHASISWA 46 

    RUJUKAN 50

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    3/52

    1

    1 0  MUQADDIMAH

    Ternyata tarikh keramat 25 Januari 2011 bukanlah segala-galanya untuk rakyat Mesir. Satu masa

    lalu selepas Mubarak dihukum oleh rakyat, ramai yang membuat kesimpulan bahawa itu petanda kelahiran

    sebuah Mesir baru; demokratik, bebas dan moden. Pergolakan politik di Timur Tengah sangat rumit dan

    melibatkan banyak pemain dari dalam dan luar Timur Tengah. Demikian juga Mesir, terlalu banyak

     permainan dan pemain politik di dalam dan di luar negara tersebut. Morsi yang secara rasmi menjadi

    Presiden Mesir pada 30 Jun 2012 akhirnya dijatuhkan pada 3 Julai 2013 menerusi campur tangan pihak

    tentera di Mesir setelah dimulakan oleh sebuah himpunan besar rakyat yang dikenali sebagai gerakanTamarrod, membantah Morsi pada 30 Jun 2013.

    Rentetan peristiwa yang berlaku di Mesir ini memperlihatkan suatu usaha dalam memperjuangkan

    kembali Syiar Islam dan dalam masa yang sama bagaimana sesetengah pihak mengambil kesempatan

    dalam pergolakkan yang berlaku. Pergolakan di Mesir ini merupakan salah satu daripada rentetan peristiwa

    daripada Arab Spring dan pola sejarah bermulanya kebangkitan Darul Islam. Tugasan ini memfokuskan

    kepada rentetan peristiwa yang terjadi di Mesir dan ini mengambarkan suatu corak baru dalam

     perkembangan politik Islam umumnya ditimur tengah serta bagaimana Mesir membawa semula kearah

    ketamadunan Darul Islam. Karya dari tujasan ini adalah daripada maklumat, idea dan olahan yang juga

    mengandugi salinan lansung daripada rujukan yang disertakan.Tugasan ini secara amnya adalah untuk

    memenuhi keperluan pembelajaran pasca.siswazah bagi kelas UHP 6013 Seksyen 6, Isu Global bagi sesi

    2013-2014 Semester 1, Universiti Teknologi Malaysia.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    4/52

    2

    2 0  SEJARAH AWAL KEBANGKITAN ISLAM

    Sejarah awal ketamadunan Islam bermula dengan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Kota

    Madinah dan Pembukaan Kota Mekah. Kemudian, tamadun ini terus berkembang ke Samudra Atlantik di

     barat dan Asia Tengah di Timur dengan warisan kepimpinan khalifah. Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam

    seperti kerajaan Umaiyyah, Abbasiyyah, Turki, dan khalifahan Uthmaniyyah, serta kerajaan-kerajaan Islam

    kecil yang muncul dengan giatnya aktiviti dakwah ketika itu. Banyak para falsafah dan ilmuan muncul dari

    negeri-negeri Islam terutama pada Zaman Emas Islam. Namun pada abad ke-18 dan ke-19, banyak

    kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan Eropah. Setelah Perang Dunia I, Kerajaan Turki Uthmaniyyahyang merupakan kerajaan Islam terakhir tumbang.

    Rajah 1 : Perkembangan Tamadun I slam  

    Kejatuhan empayar Islam ini bukanlah bermakna ketamadunan Islam terhenti. Kejatuhan ini

    merupakan satu titik munculnya pelbagai gerakan-gerakan untuk menegakkan semula syiar Islam. Sejarah

    dan perkembangan Islam pada masa kini memperlihatkan pola kebangkitan semula zaman khalifah

    islamiah. Walaupun sinario negara-negara Islam kini kian bergolak dan ditindas sepertimana keadaan di

    Syria, Iraq, Iran dan Palestin, gerakan-gerakan islam di rantau ini memperlihatkan kesatuan ummah

    sepertimana pada zaman khalifah. Pergolakan di Mesir pada hari ini dikatakan satu titik bermulanya

    kebangkitan Islam.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    5/52

    3

    2.1 Kejatuhan Darul Islam

    Jatuhnya pemerintahan darul islam dilihat daripada melemahnya kuasa pemerintahan Khilafah

    Uthmaniyyah yang diiringi dengan berkembangnya kuasa penjajahan Britain dan Portugal di abad ke 19.

    Kemerosotan dalam pemerintahan islam ini tidak lain adalah akibat gologan munafik dan musuh dalam

    selimut yang akhirnya runtuh pada tahun 1924. Ini merupakan suatu titik permulaan kepada jatuhnya dan

     perpecahan kerajaan –   kerajaan islam diseluruh empayar Uthmaniyyah yang merupakan suatu fenomena

    sejarah hitam bagi umat ini. Dunia Islam buat pertama kalinya kehilangan pemimpin sejak kedatangan

    Islam zaman Rasulullah s.a.w. Sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah itu, umat Islam umpama anak

    ayam kehilangan ibu, masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri, tanpa memperdulikan sesiapa

    kecuali diri sendiri. Ini memperlihatkan perpecahan kesatuan islam kepada negara-negara islam seperti

    Arab Saudi, Iraq, Iran, Tukri, Mesir dan banyak lagi yang dilihat dalam sejarah kian mundur dan jatuh.

    Rajah 2 : Pola Kejatuhan Kerajaan Islam  

    Umat Islam sejak itu mengalami era penjajahan yang amat memeritkan hingga kini. Penjajah

    Inggeris yang kemudiannya diganti peranannya oleh Amerika Syarikat yang didalangi Gerakan Zionis

    Antarabangsa terus-menerus memastikan umat Islam lemah dan berpecah. Mereka ingin memastikan agar

    umat Islam tidak akan bangkit lagi sebagai kuasa besar dunia buat selama-lamanya. Menifestasi barat ini

     boleh dilihat tidak terhad kepada perperangan tapi kini memperlihatkan kepada satu ancaman minda

    masyarakat islam dan para pemuda khasnya. Lantas tiga penyakit telah direkacipta untuk dideritai oleh

    umat Islam ini iaitu KEMISKINAN, KEJAHILAN dan PERPECAHAN.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    6/52

    4

    2.2 Pola Kebangkitan Islam

     Namun demikian, seruan untuk umat Islam bangkit semula dengan kembali menghayati semangat

    sebenar ajaran Islam telah bermula sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah lagi. Malah seruan tersebut

    menjadi semakin lantang dan tersusun selepas runtuhnya khilafah tersebut pada tahun 1924.

    Fasa Pertama  

    Seruan tokoh intelektual/ulama. Antara tokoh yang agak menonjol yang menyeru umat kearah politik

     perubahan ialah Sayyid Jamaluddin al-Afghani (1839/1897) yang terkenal dengan seruan „Pan Islamism‟ atau Kesatuan Dunia Islam yang kemudiannya disambut oleh anak muridnya, Muhammad Abduh

    (1849/1905) yang menyeru ke arah reformasi pendidikan Islam. Selepas itu muncul pula generasi pelapis

    yang mendapat inspirasi dari seruan dua tokoh ini iaitu Muhammad Rashid Rida (1865/1935), Shakib

    Arsalan (1869/1946) dan Maulana Muhammmad Iqbal(1877/1938) dari India yang terkenal dengan

     bukunya, „ The Reconstruction of Religious Thought in Islam „ yang sarat dengan seruan agar dilakukan

    rombakan besar-besaran dan reformasi terhadap pemikiran Islam sekiranya umat ini ingin bangkit semula.

    Fasa Kedua  

    Politik Perubahan Gerakan Islam. Apa yang menarik ialah selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah,

     bermunculan pula gerakan politik perubahan dan pembaharuan yang berorientasikan Gerakan Islam atau

    Jamaah. Ide politik perubahan yang dipelopori oleh Afghani dan Abduh telah diterjemahkan dalam bentuk

    sebuah gerakan Islam yang tersusun dan berpaksikan massa. Asy Syahid Imam Hasan al-

    Banna(1906/1949) dari Mesir telah mengasaskan Gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928, Imam

    Badiuzzaman Said Nursidari Turki telah memulakan Gerakan Risalah I Nur pada tahun 1926, Maulana

    Muhammad Ilyas al-Kandahlawi(1885/1944) dari India telah menubuhkan Jamaat Tablighpada tahun 1926

    dan Maulana Abul A‟la Maududi(1903/1979) telah menubuhkan Gerakan Jamaat Islami pada tahun 1941. 

    Fasa Ketiga  

    Dari politik perubahan ke perubahan politik. Antara kesan semerta dari Gelombang Kebangkitan Islam

    tahun 70an ialah telah berlaku anjakan paradigma dalam pendekatan Gerakan Islam bila mana Gerakan

    Islam mulai terlibat secara langsung di dalam perpolitikan negara di atas nama demokrasi. Ini adalah

    kerana pemimpin negara Islam pasca kemerdekaan rata-ratanya mereka direstui oleh Penjajah Barat

    dengan mandat untuk meneruskan dasar penjajahan secara tidak langsung. Sedangkan umat Islam hasil

    dari kebangkitan baru Islam ini inginkan perubahan politik ke arah yang lebih Islami.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    7/52

    5

    2.3 Gerakan Kebangkitan Islam

    Gerakan Ikhwan Muslimin adalah gerakan islam yang paling menonjol di dalam perpolitikan di

    negera-negara Arab khususnya di samping Jamaat Islami di Pakistan dan Bangladesh dan Parti politik

     pimpinan Necmettin Erbakan di Turki. Di kepulauan Alam Melayu, seperti Indonesia dan Malaysia, tidak

    terkecuali, politik perubahan turut mencetuskan perubahan politik. Gerakan Islam yang paling awal berjaya

    memerintah ialah Ikhwan Muslimin Sudan di bawah pimpinan Dr.Hassan al-Turabi yang telah berpakat

    dengan Jeneral Omar Basyir menggulingkan Presiden Numeiri pada tahun 1989. Walaupun berjaya

    memerintah cara coup d‟etat (kudeta) atau rampasan kuasa ini amat kontroversial, tetapi Ikhwan Muslimin

    Sudan sehingga hari ini masih berkuasa melalui sistem pilihanraya yang dibuat selepas itu.

    Kemudian diikuti oleh Turki apabila Necmettin Erbakan dari Parti Kebajikan (Refah Partisi)

     berjaya menjadi Perdana Menteri Turki selama setahun dari 1996 hingga 1997 sebelum Junta Tentera yang

    sekular merampas kuasa. Namun demikian, usaha politik Islam ini disambung oleh anak muridnya, Recep

    Tayyib Erdogan yang menubuhkan Parti Keadilan dan Pembangunan (Adalet ve Kalkinma Partisi) pada

    tahun 2001 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2003 sehingga sekarang. Namun demikian

     perubahan politik hasil dari politik perubahan yang dipelopori oleh Gerakan Islam semakin menarik danmendapat sambutan luar biasa dari umat Islam khususnya di Timur Tengah apablia berlaku „Arab Spring‟

    atau kebangkitan rakyat yang menuntut perubahan politik pada tahun 2011.

    Kesan dari kebangkitan rakyat ini, buat pertama kalinya pemimpin-pemimpin yang didukung oleh

    Penjajah Barat ditolak rakyat, dan digantikan dengan pemimpin baru yang Islami melalui sistem

     pilihanraya. Abdelilah Benkirane dari Parti Keadilan dan Pembangunan menjadi Perdana Menteri

    Maghribi pada 29 November 2011, Hammadi Jebali dari Parti an Nahdhah menjadi Perdana Menteri

    Tunisia pada 24 Disember 2011 dan Muhammad Mursi dari Parti Kebebasan dan Keadilan menjadiPresiden

    Mesir pada 30 Jun 2012.

     Nyata sekali bahawa walaupun umat Islam masih lagi dibelenggu penjajahan bentuk baru iaitu

    hegemoni Amerika Syarikat/Zionis, tetapi kebangkitan umat islam hasil dari seruan dan suntikan semangat

     politik perubahan dari tokoh intelektual/ulama awal abad 19 dan disambung oleh Gerakan Islam awal abad

    20an telah menunjukkan hasil yang positif dan memberangsangkan terutama dari sudut perubahan politik

    yang kita saksikan pada hari ini.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    8/52

    6

    2.4 Respon Barat terhadap Perubahan Iklim Politik Timur Tengah

     Namun demikian, sebagaimana yang dijangka, Kuasa Barat tidak akan membiarkan saja

     perubahan lanskap politik dunia Islam berlaku tanpa berbuat apa-apa untuk menyekatnya. Membiarkan

     perubahan ini berlaku bermakna kuasa Barat akan terhakis, dan kuasa Islam akan kembali menjadi kuasa

     besar dunia. Justeru itu, Sudan sebagai negara yang paling awal dikuasai oleh Ikhwan Muslimin telah

    menghadapi sekatan ekonomi yang sangat parah dan berakhir dengan memutuskan bekalan minyak Sudan

    dengan memaksa kemerdekaan Sudan Selatan yang memiliki 90 peratus minyak Sudan pada 9 Julai 2011.

    Kemerdekaan Sudan Selatan bermakna Sudan Utara yang majoriti penduduknya beragama Islam telah

    dilumpuhkan di segi ekonomi keseluruhannya. Kemudian, demonstrasi yang berlaku di Gezi Park, Taksim,

    Istanbul yang bermula pada 28 Mei 2013 baru-baru ini adalah suatu percubaan untuk melemahkan

    kepemimpinan Perdana Menteri Recep Tayyib Erdogan dengan harapan untuk digantikan dengan

     pemimpin yang sesuai dengan kehendak Barat.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    9/52

    7

    3 0  MESIR KINI

    Pergolakan yang berlaku di Mesir pada hari ini bukan satu perjuangan baru malah ianya telah

     bermula sejak kejatuhan era Darul Islam, khalifah Uthmaniyyah yang mana kejatuhan empayar Islam ini

    telah memberikan satu kesedaran secara langsung kepada tokoh-tokoh Islam sebagai tanggungjawap untuk

    mengembalikan syar Islam. Kejatuhan darul Islam ini juga secara tidak langsung memberi kesedaran

    kepada umat Islam khususnya di rantau Timur Tengah untuk bersatu kepada Khalifah. Peristiwa Arab

    Spring menjadi satu titik permulaan kebangkitan umat Islam di rantau Asia Timur ini yang memperlihatkan

     perkembangan sosiopolitik Islam.

    Revolusi yang berlaku di Mesir pada ketika ini (2011-2013) ketika ini menunjukan satu pola

    kebankitan yang sama iaitu Revolusi Mesir pada tahun 1952. Kebangkitan rakyat ini tidak lain berpunca

    daripada pihak pemerintah yang membebankan rakyat. Namun, disebalik revolusi ini, terdapat pihak-pihak

    yang mengambil kesempatan. Walaupun persetujuan telah dicapai dan presiden telah dilatik secara sah,

    oleh kerana tidak memihak kepada pihak kroni dalam ertikata lain Barat, maka satu permainan polotik

    sekali lagi dipentaskan.

    3.1 Sejarah awal kebangkitan Mesir

    Menyoroti rangkuman berita semasa cukup ramai yang menggumam tentang Revolusi, yang mana

     berlaku di banyak tempat sekarang ini. Yang paling menarik tidak lain tidak bukan di bumi Anbiya‟ Mesir.

    Revolusi di Mesir menunjukkan tanda-tanda yang sangat memberangsangkan, kebangkitan rakyat Mesir

    tidak mampu disekat lagi. Kezaliman yang dilakukan pemerintah selama ini ditentang rakyat dengan

    demonstari besar-besaran di sekeliling Mesir. Sejarah revolusi de Mesir bukanlah baru bermula pada

    kejatuhan diktator Mubarak tetapi telah berlaku sejak Revolusi 1952.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    10/52

    8

    Revolusi 1952

    Segalanya berpunca dari pemerintahan beraja di Mesir mengamalkan rasuah, pro-British dan gaya

    hidup mewah bertentangan dengan pergerakan pegawai pembebasan hidup dalam kemiskinan. Mereka

    dilihat hanyalah boneka kepada penjajah Britain. Beberapa institusi Mesir seperti polis, istana dan malah

     parti politik dilihat rasuah. Kehilangan 78 % tanah Palestin dalam Perang Arab-Israel 1948 menyebabkan

    rasa tertekan di kalangan pegawai tentera dan rakyat Mesir. Pergerakan ini dipimpin oleh Gamal Abdel

     Nasser. Mereka menggunakan nama jeneral tentera, Muhammad Naguib kerana mempunyai pengaruh besar

    di kalangan tentera.

    Julai 1952 memperlihatkan bagaimana Mohamed Naguib

    telah menemui Raja Farouk I meminta raja turun tahkta. Pelbagai

    alasan diberikan. Antaranya kehidupan raja mewah amat

     bertentangan kehidupan rakyat jelata miskin. Rasuah berlaku di

    mana-mana terutama di kalangan polis, tentera, pegawai dan parti

     politik. Malahan Perang Palestin 1948 menerima kekalahan tidak

    sepatutnya kerana berlaku kebocoran maklumat dan rasuah. Pada

    Januari 1952 tentera British menyerang berek polis Mesir di

    Ismailia selepas polis itu enggan menyerah. 50 pegawai polis Mesir

    terbunuh dan 100 tercedera. Peristiwa ini mencetuskan kemarahan

    rakyat Mesir. Rusuhan-rusuhan berlaku di Kaherah dilihat

     permulaan berakhir pemerintahan beraja.

    Rajah 3 : Revolusi Mesir 1952  

    Peristiwa Sabtu Hitam pada Januari 1952, rakyat Mesir melihat berlakunya revolusi kedua selepas

    Revolusi Mesir 1919. Perusuh di Kaherah menyerang kepentingan dan syarikat asing. Perusuh mensasarkan

    kepentingan British, pejabat syarikat penerbangan, hotel-hotel, filem-filem, tiang-tiang, Hotel Shepheard,

     pejabat-pejabat BOAC, dan Kelab Kuda British khususnya. Pemerhati melihat rusuhan ini telah dirancang

    dengan teliti. Raja Farouk disingkirkan dari kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mesir Mustafa el-Nahhas.

    Kerajaan selepas itu ialah Ali Maher, Ahmed Naguib El-Hilali dan Hussein Sirri bermula pada Januari

    sehingga Julai memperlihatkan kerajaan ini gagal mengekang rasuah berleluasa.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    11/52

    9

    Rajah 4 : Kebangkitan Rakyat Mesir 1952  

    Pertengahan Julai tersebut, Raja Farouk I membatalkan pilihan raya dan melantik dirinya dan cuba

    mengawal semula angkatan tentera. Namun rancangan Kudeta pada 23 Julai 1952 memperlihatkan satu

    rampasan kuasa tentera terjadi di Mesir, dilakukan oleh Pegawai Pembebasan diketuai oleh Jeneral

    Muhammad Naguib, tetapi kuasa sebenar di belakang rampasan kuasa tentera adalah Gamal Abdel Nasser.

    Gamal Abdel Nasser dan beberapa orang tertinggi tentera sendiri datang menemui Sayyid Qutb untuk

     bersama-sama dalam menjalankan Revolusi 1952, yang mana Sayyid Qutb gerakkan ikhwan sendiri

     bersetuju untuk menyokong dan menyertai revolusi 1952 dengan harapan agar sebuah kerajaan yang adil

    menurut prinsip-prinsip Islam dapat ditegakkan.

    Dalam revolusi ini Sayyid Qutb terlibat secara langsung termasuk sebagai perancang kepada

    Revolusi ini. Pada malam tercetusnya Revolusi, sepasukan tentera dan beberapa kereta kebal datang ke

    rumah Sayyid Qutb dan membawa beliau ke markas tentera untuk membincangkan aspek-aspek praktikal

    dan langkah-langkah terakhir bagi menjayakan Revolusi. Selepas kejayaan Revolusi 1952 Sayyid Qutb

    diangkat sebagai salah seorang tokoh penting yang mana beliau diarak seluruh Mesir untuk memberi

    ceramah tentang isu semasa dan pelbagai aspek Islam dalam mengisi Revolusi.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    12/52

    10

    Rajah 5 : Ikhwanul Muslimi n pada Revolusi 1952  

     Namun mimpi indah sebuah Revolusi hanyalah sebuah mainan politik keji Gamal Abdel Nasser,

    Sebuah negara yang diharapkan pemerintahannya mengikut landasan Islam terpesong jauh. Gamal Abdel

     Nasser mula mengarahkan kiblat ke Moscow, beliau melantik golongan Sosialis dan Nasionalis dalam

    kabinetnya. Sayyid Qutb yang ditawarkan menteri pendidikan pada masa itu menolak atas dasar prinsip

    malahan menyatakan tentangan secara terbuka kepada regim Gamal Abdel Nasser. Hasil Revolusi 1952

    ialah dengan Syahidnya Sayyid Qutb, Muhammad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Disamping itu

     beribu penyokong ikhwan dihumban dalam penjara menerima azab siksaan.

    Er ti Sebuah Revolusi-I brah dari 1952

    Akhir sebuah Revolusi 1952 adalah tertubuhnya jahiliyyah baru diatas keruntuhan jahilyah lama.

    Bagaimana pula Revolusi yang berlaku pada hari ini, revolusi yang tercetus lantaran ketidakpuasan hati

    rakyat terhadap pemerintahan yang sedia ada, tercetus dek kerana kezaliman yang berlaku.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    13/52

    11

    3.2 Revolusi Mesir Abad ke-21

    Kebangkitan rakyat Mesir pada revolusi kali ini membawa satu agenda yang sama iaitu

    memperjuangkan nasib rakyat dibawah pemerintahan yang bersifat kroni dan para pemimpin yang

    mementingkan diri semdiri.

    Protes Mahalla al-Kobra

    Pada Mac 2008, sekumpulan aktivis muda Mesir memulakan page Facebook untuk menyokong

     protes pekerja di Mahalla al-Kobra ke atas bayaran upah yang rendah dan kenaikan harga barang makanan.

    Antara aktivis awal adalah Esraa Abdel Fattah dan Ahmed Maher. Page Facebook itu kemudiannya dengan

    cepat menjadi popular. April 2008, beribu pekerja merusuh dan polis Mesir membunuh 4 orang dan

    menahan lebih 400 yang lain. Aktivis Esraa dan Ahmed Maher juga ditahan dan dipenjarakan beberapa

    minggu. Dari tarikh itu, Ahmed Maher meneruskan gerakan bernama  April 6 Youth Movement   ataupun

    Gerakan 6 April. Protes pada 4 Mei 2008 (hari jadi Hosni Mubarak) telah menyebabkan Ahmed Maher

    ditahan. Dan begitulah seterusnya gerakan ini bergerak, protes dan ditahan.

    Pada 6 Jun 2010, Khaled Mohamed Said seorang pemuda Mesir mati dibunuh selepas ditahan oleh

     polis Mesir. Seorang jurutera komputer muda Mesir, Wael Ghonim membuka page Facebook "We Are All

    Khaled Said" bagi menunjukkan protes ke atas pembunuhan Khaled Said seterusnya menjemput puluh ribu

     pemuda mesir lain menyokongnya, termasuk "gerakan 6 April". Akhirnya lewat tahun 2010, pemuda-

     pemuda yang bersemangat ekoran kes Khaled Said bersatu dalam pelbagai pertubuhan Youth for Justice

    and Freedom, Coalition of the Youth of the Revolution, Popular Democratic Movement for Change,

    Revolutionary Socialists dan National Association for Change, mengandungi pelbagai latar belakang

     pemuda termasuk sosialis, liberalis, sekularis, kristian, islamis dan sebagainya.

    Pada 18 Disember 2010, Revolusi Tunisia tercetus ekoran kejadian Mohamed Bouazizi pemuda

    Tunisia membakar dirinya dan kemarahan rakyat Tunisia ke atas Presiden Ben Ali. Protes besar-besaran

    terjadi di Tunisia hingga berakhir pada Januari 2011. Pada 18 Januari 2011, Asmaa Mahfouz seorang dari

    aktivis gerakan 6 April, mengupload video ke Youtube mengajak semua rakyat Mesir bersamanya dalam

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    14/52

    12

     protes jalanan di Tahrir Square pada 25 Januari untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

    Video itu kemudiannya menjadi fenomena di internet dan mendapat sokongan ramai, ekoran banyak isu

    rasuah oleh kerajaan Hosni Mubarak, isu ekonomi Mesir, kematian Khaled Said, dan inspirasi Revolusi

    Tunisia.

    Protes anti-M ubarak

    Mengambil inspirasi daripada kebangkitan rakyat di Tunisia pada Januari 2011 dan kejatuhan Ben

    Ali, rakyat Mesir telah bangkit menyatakan penentangan mendesak Presiden Husni Mubarak yang telah

    memerintah Mesir selama 30 tahun supaya berundur. Pada 25 Januari 2011 (sempena Hari Polis di Mesir),

     berlakulah protes besar-besaran di Tahrir Square yang akhirnya mencetuskan Revolusi Mesir Abad ke-21.

    Tiga hari selepas itu, protes bertukar menjadi rusuhan antara anti-Mubarak dan pro- Mubarak, Mohamed

    ElBaradei datang ke Mesir lalu diangkat menjadi wakil perunding bagi pihak anti- Mubarak dengan

     pemerintah Hosni Mubarak. Mohamed ElBaradei yang pernah mengetuai International Atomic Energy

    Agency (IAEA), juga diketahui adalah ahli International Crisis Group yang dibiaya oleh US.

     Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Presiden oleh Hosni Mubarak

     pada 11 Februari dan pihak tentera Mesir membubarkan parlimen dan menggantungkan perlembagaan

     pada 13 Februari 2011. Mohamed ElBaradei mengumumkan untuk mencalonkan dirinya dalam pemilihan

    Presiden dan pada 19 Mac 2011, kutipan suara diadakan untuk meluluskan pindaan perlembagaan.

    Mohamed ElBaradei mengajak rakyat Mesir menolak draf tersebut kerana beliau mendakwa perlembagaan

    itu tak mewakili rakyat Mesir yang mahu perlembagaan baru didraf. Pindaan perlembagaan yang kecil

    masih tak mengubah kedudukan golongan elit di Mesir. Beberapa pertubuhan sekular lain juga

    menolaknya. Walaubagaimanapun, Ikhwanul Muslimin  dan beberapa parti lain menyokong.

    Keputusannya 70% menyokong pindaan perlembagaan.

    Perhimpunan yang bermula di Dataran Tahrir, Kaherah akhirnya merebak ke seluruh bandar besar

    Mesir, mereka menjerit “Rakyat Ingin Jatuhkan Pemerintah”. Akhirnya selepas 18 hari berhimpun, Omar

    Sulaiman yang mewakili pihak tentera mengumumkan bahawa Husni Mubarak telah berundur dan

    menyerahkan kuasa kepada pihak tentera sebagai pemerintah sementara bagi Mesir. Pada 1 April 2011,

    sekali lagi protes diadakan di Tahrir Square. Kali ini protes mendesak semua kroni Hosni Mubarak

    ditangkap dan dibicarakan di mahkamah atas kesalahan korupsi seterusnya protes lebih besar pada 8 April

    2011, diadakan di Tahrir Square kerana pihak tentera tidak akur pada tuntutan revolusi rakyat Mesir. Kali

    ini Ikhwanul Muslimin memanggil ahli-ahlinya menyertai protes secara rasmi.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    15/52

    13

    Pada 27 Mei 2011, protes digelar "revolusi marah" diadakan bagi menuntut orang awam tak

    dibicarakan atas kesalahan semasa revolusi dan semua pemerintah yang bertanggungjawab membunuh

    orang awam semasa revolusi dibicarakan. Pada 1 Julai 2011- 21 November 2011, protes susulan

     berlangsung, kacau bilau berlaku saban hari kerana marahkan tindakan lambat tentera untuk akur tuntutan

     protes dan mengadakan pemilihan Presiden.

    3.3 Kebangkitan Suara Rakyat

    Rajah 6 : I r. Dr . Muhammad Mur si sebagai Persiden Mesir

    11 Januari 2012 –  Pilhanraya pertama bagi memil ih anggota Parl imen Mesir

    Pilihanraya parlimen Mesir diadakan pada 28 November 2011 sehingga 11 Januari 2012,

    seterusnya penyerahan kuasa oleh pihak tentera Mesir kepada wakil-wakil parlimen Mesir . Pemilihan

    Presiden Mesir pusingan pertama bermula pada 24 Mei 2012. 12 Jun 2012 memperlihatkan undian

     parlimen untuk memilih ahli majlis perlembagaan, tapi beberapa ahli parlimen sekular keluar dewan kerana

    mendakwa parti islamis cuba mendominasi majlis itu. Pada 14 Jun 2012, mahkamah Mesir menolak undang

    draf undang-undang yang dibuat oleh parlimen baru Mesir. Tentera Mesir kembali mengambil kuasa untuk

    melantik ahli majlis yang bertanggungjawab drafkan perlembagaan baru kerana mendakwa ahli parlimen

    gagal untuk bersepakat.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    16/52

    14

    Pilihanraya Parlimen Mesir pusingan kedua pula diadakan pada pada 16 dan 17 Jun 2012,

     pemilihan Presiden Mesir pusingan kedua dan Dr. Ir. Mohamed Mursi  dari Ikhwanul Muslimin telah

    dilantik sebagai Presiden Mesir pada 24 Jun 2012. Setelah tiga pusingan, Parti Kebebasan dan Keadilan

    (Freedom & Justice Party –  FJP) yang merupakan sayap politik bagi gerakan Islam Ikhwan Muslimin telah

     berjaya memenangi 47.18 % undi. Seramai 13 orang calon telah diluluskan untuk bertanding dalam pilihan

    raya pertama pemilihan presiden selepas kejatuhan regim Mubarak. Ia dilaksanakan untuk memilih

    Presiden pertama pilihan rakyat yang akan mengambil alih pemerintahan Mesir. Untuk tempat kedua

    dimenangi oleh aliran konservatif Salafi –  Parti an Nour yang mendapat 25 % undi.

    24 Jun 2012 –  M ursi dii sytiharkan Presiden selepas 3 pusingan

    Dr. Muhammad Mursi Isa „Ayyat diisytiharkan sebagai presiden pertama pilihan rakyat Mesir

    dengan undi sebanyak 51.7% mengalahkan pencabarnya Ahmad Syafiq yang merupakan penyokong regim

    Mubarak sebelumnya. Pada 12 Ogos 2012, Dr. Mursi telah memecat Tantawi dan melantik Jeneral As Sisi

    sebagai pemimpin tertinggi tentera. Presiden Mursi mengumumkan perletakan jawatan Menteri Pertahanan

    dan juga Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir, Mejar Hussain Tantawi dan juga Ketua Tertinggi Perang

    Tentera Mesir, Sami Annan. Mursi juga melantik Jen. Abdul Fatah Khalil As Sisi untuk mengambil tempatsebagai Menteri Pertahanan dan Ketua Angkatan Tentera Mesir yang baru. Tentera Mesir adalah badan

    yang sangat berpengaruh dan mereka juga masih pro kepada bekas presiden Mubarak.

    22 November 2013 - Deklarasi Pelembagaan

    Pada 22 November 2012, Mursi mengumumkan deklarasi yang menghalang mana-mana pihak

    mencabar dan perlindungan mutlak bagi apa saja yang didrafkan dalam perlembagaan baru Mesir. Satu draf

    Perlembagaan baru Mesir telah dipersetujui oleh Presiden dengan perakuan Dewan Perlembagaan Mesir. Ia

    sangat penting sebagai rujukan negara yang baru terbentuk. Antara kandungan penting; Mengesahkan

    kedudukan Islam sebagai agama negara dan syariah sebagai rujukan, di samping turut meletakkan Al Azhar

    sebagai rujukan, menghadkan kuasa Presiden yang hanya boleh dilantik selama 4 tahun dan boleh dipilih

    semula untuk sekali penggal sahaja selepasnya. Draf ini akan disahkan setelah dibuat satu pungutan suara

    rakyat (referendum). Pada 22 Disember 2012, hasil referendum itu menunjukkan 63% iaitu lebih 10 juta

    rakyat menyokong kepada perlembagaan baru tersebut . Namun keputusan ini juga menyaksikan keadaan

    yang semakin menggugat kestabilan politik Mesir.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    17/52

    15

    3.4 Gerakan Tamarrod dan Pengkhianatan Tentera Kudeta, As-Sisi

    Ribuan penunjuk perasaan anti-Presiden keluar menyatakan bantahan. Antara pemimpin mereka

    ialah Mohamed ElBaradei dan Hamdeen Sobhi. Pihak liberal dan sekular keluar dari parlimen sesudah

    deklarasi itu kerana mendakwa pihak islamis cuba menjadikan Mesir sebagai negara Islam. El Baradei 

     pula mendakwa, Mursi mahu mengangkat dirinya menjadi firaun baru Mesir. Pada 27 November 2012, satu

     protes mendesak Mursi menyemak semula deklarasi itu yang didakwa tidak demokratik. Sekumpulan

    aktivis anak muda Mesir termasuk "gerakan 6 April" dengan menggelarkan diri mereka Tamarrud kembali

     bergerak memainkan peranan dengan cuba mengumpul 22 Juta tandatangan bagi membantah Mursi

    sehingga Jun 2013 dan pada 30 Jun 2013 (sempena setahun tarikh Mursi mengangkat sumpah), protes

     besar-besaran diadakan sebagai anti-Mursi. Manakala penyokong Mursi juga mengadakan himpunan di

    tempat lain.

    Jeneral al-Sisi  telah mengumumkan gugurnya jawatan Presiden dari Mursi pada 3 Julai 2013,

    kerana didakwa gagal menangani tuntutan rakyat dan mengangkat Hazem Al Beblawi sebagai perdana

    menteri Mesir dengan sokongan Parti Nur (Salafi) pada 9 Julai 2013 secara tidak rasmi. Gerakan anti

     presiden yang dikenali juga sebagai “Tamarrod” telah menganjurkan satu demo protes secara besar - besaran di Dataran Tahrir. Puluhan ribu rakyat dikatakan berhimpun di situ mendesak Presiden Muhammad

    Mursi agar meletak jawatan. Pihak angkatan tentera Mesir mula memberi amaran akan campur tangan jika

    keadaan semakin tidak stabil. Pada masa yang sama, para penyokong Presiden Mursi juga berhimpun

    menyatakan sokongan jitu kepadanya, mereka berhimpun di Dataran Rabaah bagi mengelakkan

     pertembungan, bahkan bilangan mereka adalah berlipat kali ganda berbanding mereka yang berhimpun di

    Dataran Tahrir.

    Akhirnya bersama dengan beberapa pimpinan seperti Syeikh Al Azhar dan ketua Paderi Kristian,

    Presiden Mursi diisytiharkan terlucut daripada jawatannya. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul

    Fattah El-Sisi dalam pengumumannya turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly

    Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan. Presiden Muhammad Mursi kini

    ditahan dan tidak dikenalpasti nasib terkininya. Bermulalah juga beberapa siri episod yang menyedihkan

    apabila pengikut-pengikut Presiden Mursi mula ditekan dan dizalimi oleh kerajaan sementara yang dikuasai

    tentera. Penangkapan dan pembunuhan mula berlaku di sana sini. Namun kebangkitan rakyat sebenarnya

    semakin kuat dan menular. Mereka tetap berhimpun aman di Dataran Rabaah Adawiyah.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    18/52

    16

    3.5 Bantahan terhadap Kudeta dan Sokongan terhadap Dr Mursi

    Jutaan Penyokong Dr.Muhammad Mursi Keluar di Seluruh Mesir Menyatakan Sokongan Kepadanya dan

    Syariyyah (6 Julai 2013). Jurucakap Ikhwan Muslimin:

    ”Saat ini lebih 4 juta rakyat berkumpul di Dataran Nahdhah di Giza sementara lebih 3 juta lagi di Dataran

     Raba’ah bagi menentang rampasan kuasa tentera. J utaan lagi di dataran-dataran seluruh Mesir”. 

    i.  Daerah SYARQIAH

    100,000 terlibat dalam kebangkitan rakyat menuju ke ibu pejabat Muhafazah untuk

    mengisytiharkan sokongan kepada Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden secara aman.

    ii.  Daerah MARSA & MATRUH

    Pemberontak menyerang penyokong Dr.Muhammad Mursi yang sedang berhimpun

    mempertahankan kepimpinan Dr. Mursi & Syariyyah.

    iii.  Daerah SUEZ

    Penyokong Dr.Muhammad Mursi terus berhimpun di hadapan Masjid Saidina Hamzah.

    iv.  Kawasan RABAAH

    Jutaan Penyokong Mursi berhimpun secara besar-besaran di dataran Rabaah Adawiyyah dalam

    Perhimpunan “Jumaat Kemarahan”. 

    v.  Kawasan NAHDOH, UNIVERSITI KAHERAH

    Ribuan rakyat terus berhimpun secara besar-besaran seterusnya menuju ke Kementerian Pertahanan

    untuk menyatakan pendirian mereka mengenai sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi.

    vi.  Daerah ISKANDARIAH

    100000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

    vii.  Daerah BUHAIROH

    10000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

    viii.  Daerah ISMAILIYYAH

    Bantahan tentera bersenjata dan penentangan orang awam.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    19/52

    17

    ix.  Daerah BENI SUEF

    Penentangan orang awam terhadap penutupan ibu pejabat muhafazah dengan menggantung gambar

    Dr. Muhammad Mursi di hadapan bangunan tersebut.

    x.  Daerah PORT SAID

    Ratusan ribu dari rakyat Mesir ke luar berarak dalam dua perarakan. Salah satunya perarakan dari

    Masjid Faqusah di Hayyu El-Arab dan satu lagi dari Masjid Al-Tauhi di jalan An-Nasr, untuk

    mengecam rampasan kuasa ini.

    xi.  Daerah MANSURAH

    Perhimpunan rakyat mesir di perkarangan Masjid Iman Az-Zuhairy, Syarie Qenat Suez, Mansurah

    sempena himpunan Jumaat Kemarahan.

    xii.  Daerah Ghorbiyyah

    Perarakan beribu-ribu penyokong Dr.Muhammad Mursi disepanjang jalan Said, Tanta. Bilangan

     penyokong meningkat secara mendadak.

    xiii.  Kawasan SYARI‟ THOIRON & HIRS JUMHURIYYAH 

    Bilangan penyokong Dr.Muhammad Mursi yang turun di Syarik Thoiron dan Hirs Jumhuriyyah

    lebih kurang 100 000 orang setiap jam.

    xiv.  MADINAH NASR

    10 000 penyokong Dr.Muhammad Mursi memenuhi jalan Mustafa Nuhas, Madinah Nasr

    menyatakan sokongan kepadanya dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh tentera.

    xv.  TURKI

    Pengibaran bendera Mesir dan Syria oleh rakyat Istanbul bagi menyatakan sokongan kepada

    Presiden Dr.Muhammad Mursi serta menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak

    askar.

    xvi.  AFGHANISTAN

    Rakyat Afghanistan keluar menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir yang sah Dr.Muhammad

    Mursi dan Syariyyah.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    20/52

    18

    xvii.  JERMAN

    Rakyat Jerman menyokong Presiden Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah serta menolak segala

    rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

    xviii.  JORDAN

    Berlaku perhimpunan di hadapan kedutaan Mesir di Jordan bagi menyatakan sokongan kepada

    Dr.Muhammad Mursi dan menolak rampasan kuasa oleh askar.

    xix.  PARIS

    Rakyat Mesir di Paris berhimpun menyatakan sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi Presiden

    Mesir yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi.

    xx.  YAMAN

    Golongan pemuda di Yaman berarak beramai-ramai ke kedutaan Mesir di Sanaa bagi mengecam

    rampasan kuasa tentera di Mesir dan menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi.

    xxi.  KANADA

    Rakyat Mesir di Kanada keluar beramai-ramai bagi menyatakan sokongan terhadap Dr.Muhammad

    Mursi dan Syariyyah.

    xxii.  TUNISIA

    Penyokong Dr.Muhammad Mursi turun beramai-ramai berhimpun di hadapan kedutaan Mesir di

    Tunisia bagi membantah rampasan kuasa yang telah berlaku.

    xxiii.  BOSNIA

    Rakyat Bosnia dan Herzegovina mengadakan demonstrasi demi menyatakan sokongan kepada

    Presiden Dr.Muhammad Mursi.

    xxiv.  TV Al-Quds

    Melaporkan hingga kini 3 orang terbunuh ditembak askar Mesir di Kaherah. Pentas utama Raba‟ah

    lokasi himpunan menyokong Mursi melaungkan “Kami tidak takut peluru!!!” 

    xxv.  TV AL-Jazeera

    Sekurang-kurangnya 17 terkorban & 460 yang lain cedera di Kaherah & di seluruh Muhafazah

    (Negeri) yang lain.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    21/52

    19

    3.6 Sinario Mesir Kini : Detik Hitam yang Berdarah

    Julai-Ogos 2013, penyokong Mursi dan ikhwanul muslimin terus menyatakan bantahan ke atas

    rampasan kuasa tentera ke atas Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah. Tentera pula mendakwa beberapa

    kejadian keganasan dilakukan menjelang protes menyebabkan pihak tentera bertindak dan membunuh

    orang awam yang protes berjumlah ratusan dan mungkin ribuan di saat ini. Keadaan Mesir pada masa kini

    memperlihatkan kekejaman tentera kudeta Mesir keatas rakyatnya yang menjadikan kadar kematian rakyat

    mesir terus meningkat. Beberapa rentetan peristiwa yang berikut mengambarkan satu plot ataupun adegan

    terancang yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalang kebangkitan sebuah Darul Islam

    dengan Khalifah dan Syariah.

    Subuh Berdarah Jul ai 2012

    Rajah 7 :Tragedi Subuh Berdarah  

     Penembak tepat terus melepaskan tembakan kepada rakyat di hadapan Kubur Anwar Sadat. Matlamat polis untuk

    meleraikan himpunan rakyat menggunakan kekerasan tetapi rakyat tetap teguh walau apa jua terjadi.

    Rakyat yang membentuk lautan manusia di dataran Raba‟ah selepas qiamullail dikejutkan dengan

    serangan ala-gangster oleh ketumbukan polis yang menyerang mereka tanpa perikemanusiaan di hadapan

    Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat. Himpunan rakyat di kawasan

     berkenaan limpahan dari dataran Raba‟ah yang sudah tidak dapat menampung kebanjiran rakyat yang

    menentang rampasan kuasa.

    http://wanfauzi.com/wp-content/uploads/2013/07/Serangan-Polis-Mesir.jpg

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    22/52

    20

    Ikhwanonline melaporkan, pasukan penempak tepat polis juga mengambil posisi di atas bangunan-

     bangunan di dalam Universiti Al-Azhar bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak

    gas pemedih mata dalam himpunan yang turut disertai oleh wanita dan kanak-kanak. Turut kelihatan ialah

     beberapa kereta perisai milik polis yang menceroboh kawasan himpunan tanpa akhlak dan sifat

    keprimanusiaan.

    Rajah 8 : Rakyat yang terkorban ketika T ragedi Subuh Berdarah  

    Menurut Al-Jazeera, jumlah kematian meningkat 120 orang dan lebih 4,000 orang dilaporkan

    cedera akibat serangan tanpa henti pasukan polis penembak tepat kepada rakyat di dataran Raba‟ah.

    Urusetia Hospital Raba‟ah juga tidak mampu lagi menerima mangsa yang cedera kerana telah dipenuhi

    dengan mangsa cedera yang mencecah angka ribuan. Mangsa yang cedera kini dibawa ke Hospital Husein

    Jami‟ie, Damardash dan yang berdekatan.

    Di Iskandariah, penyokong Mursi yang mengadakan himpunan semalam masih lagi terperangkap

    di dalam Masjid Qaid Ibrahim. Mereka dikepung oleh militia samseng, kumpulan “Black Blok”, polis dan

    askar yang berjumlah ribuan di luar masjid. Mereka tidak mampu keluar kerana bimbang akan dibunuh oleh

    ribuan musuh mereka yang mengelilingi masjid menanti dengan senjata. Di dalam masjid terdapat lebih

    200 orang, antara mereka wanita dan kanak-kanak selain mereka yang cedera selepas himpunan aman

    mereka petang kelmarin diserang oleh anggota polis.

    http://wanfauzi.com/wp-content/uploads/2013/07/Rakyat-Mesir-Syahid-diRabaah.jpg

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    23/52

    21

    Mereka ini terperangkap di dalam masjid ini hampir 20 jam ketika ini, berbuka puasa semalam dan

     bersahur pagi tadi dengan hanya air dan kurma. Berikut adalah statistik pembunuhan peningkatan drastik

    sehingga Ogos 2013

    Lebih 30 ulama Al-Azhar syahid.

    Lebih 2500 orang awam syahid.

    Lebih 3000 ditangkap.

    Lebih 10000 cedera parah.

    Lebih 200 wartawan dibunuh.

    1.  Penyampai berita AL-JAZEERAH: 7 syahid dan ratusan cedera dalam rempuhan meleraikan tunjuk

     perasaan di Mustafa Mahmud.

    2.  Di Bani Suwef, 14 penunjuk perasaan telah syahid hingga saat ini akibat tembakan polis dan tentera

    3.  Ogos 2013 Darurat I : Perintah berkurung di seluruh Mesir dari jam 7 malam hingga 6 pagi.

    4.  Naib Presiden Mesir lantikan tentera, Dr.Mohammed El Baradei meletakkan jawatan sebentar

    5.  Jumlah syuhada dari Hospital Medani sejumlah 2303 orang manakala mereka yang cedera parah

    lebih daripada 10 000 orang. Lebih 200 orang daripadanya jurugambar.

    6.  Meja rundingan DITUTUP sepenuhnya

    7.  Seluruh warga Mesir diseru turun ke dataran-dataran seluruh mesir

    8.  Penyokong Ikhwanul Muslimin diBAKAR, diTEMBAK, dan diSEKSA

    Mubarak bebas ~ Mursi masih ditahan

    Penentangan terhadap Mursi sebenarnya telah dicetuskan lama, bahkan bermula di awal-awal

    kemenangannya diumumkan. Meskipun Mursi membuka pintu perbincangan dengan seluas-luasnya demi

    kepentingan negara, namun kelompok pembangkang beliau yang ditunjangi oleh saki-baki regim Mubaraktetap juga menimbulkan penentangan serta menghasut rakyat agar bangun memberontak. Bekas presiden

    Hosni Mubarak kini bebas setelah mahkamah melepaskannya daripada semua dakwaan. Ia sebenarnya

    menjelaskan lagi, siapakah dalang di sebalik kerajaan tentera yang ada sekarang bahkan rampasan kuasa

    tentera ini juga disokong oleh pihak Yahudi Israel yang memang gerun kepada kebangkitan Islam.

    Kelompok ini yang juga berteraskan fahaman SEKULAR dan LIBERAL dilihat memainkan isu-isu rakyat

    seperti kelembapan ekonomi, kekurangan sumber seperti makanan dan gas, kejatuhan nilai matawang Mesir

    dan sebagainya, sedangkan usia pemerintahan Mursi hanyalah 1 tahun.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    24/52

    22

    Mesir Kini

    4 November 2013 juga mencatatkan sejarah di Mesir apabila seorang Presiden yang dipilih secara

    sah oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi telah dihadapkan ke mahkamah. Lokasi awal iaitu di Kolej Pegawai

    di Penjara Turrah, utara Kaherah tetapi ditukarkan ke Akademi Polis, Tajammuk Khomis, lokasi yang

    menjadi saksi mahkamah rejim Mubarak sebelum ini. Lokasi perbicaraan diketatkan kawalan keselamatan

    yang dianggarkan dikawal oleh lebih 20,000 anggota polis dan tentera dari pelbagai unit. Namun, tiada

    sebarang siaran langsung akan dibuat oleh televisyen negara seperti Mubarak sebelum ini. Ini kerana kudeta

    amat maklum bahawa perbicaraan Mursi hanya bermotifkan politik dan dendam. Tambahan Mursi

    mempunyai penyokong yang ramai berbanding Mubarak. Sebarang siaran langsung di kaca-kaca TV akan

    mampu untuk menarik puluhan ribu penyokong Mursi untuk mengepung bangunan mahkamah tersebut dan

    ia sudah pasti akan melebihi angka pasukan keselamatan yang bertugas.

    Orang bertanya, apa kes yang Mursi dibicarakan? Berapa billion harta negara dilesapkan?

     Berapa juta nilai cincin atau rantai yang dimiliki oleh isteri Mursi, Puan Najla’ Mahmud yang dirompak

    dari duit rakyat? Berapa banyak kes rasuah dan penyelewengan yang akan dihadapkan kepada Mursi hari

    ini?

    Menurut sumber berita, hanya satu tuduhan iaitu pembunuhan penunjuk perasaan di hadapan Istana

    Ittihadiyah, istana yang dijadikan pejabat rasmi oleh Mursi. Mursi dituduh terlibat merancang dan

    membunuh rakyat dalam himpunan yang diadakan di hadapan istana ini. Turut disenaraikan sebagai

    tertuduh ialah 14 orang yang lain iaitu Naib Presiden FJP, Dr. „Esom „Eryan, As‟ ad Syaikhah (Timbalan

    Ketua Turus Jabatan Presiden), Ahmed Abdul „Athi (Ketua Kakitangan Pejabat Presiden), Aiman Abdur

    Raouf (Penasihat Presiden), Dr.Mohammed Beltaji (Bekas MP Ikhwan) dan beberapa aktivis pemuda yang

    lain. Peristiwa berdarah Ittihadiyah berlaku selepas himpunan ganas yang dicetuskan oleh pemuda-

     pemuda sekular anti-Mursi tahun lalu.

    Antara yang terlibat ialah pemuda “Gerakan Kebangsaan” yang diketuai oleh Hamdeen Sobahi

    yang kemudian bergabung dalam “Barisan Penyelamat Mesir” dengan Amru Musa dan Dr.Mohammed El-

    Baradei. Mereka berkumpul di hadapan pejabat Mursi ini tetapi Mursi tidak pernah mengarahkan himpunan

    ini dileraikan dengan kejam seperti yang dilakukan kepada penyokong beliau 14 Ogos tahun ini di Raba‟ah.

    Bahkan mereka dibiarkan untuk berdemonstrasi dan berkampung di hadapan istana tersebut semahu mereka

    tetapi dengan syarat dilakukan secara aman tanpa sebarang provokasi.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    25/52

    23

    Tetapi, malangnya sikap toleransi Mursi itu telah menjadikan mereka „besar kepala‟. Mereka

    meminta bantuan kumpulan militia untuk memanjat tembok istana, membakar halaman Masjid Umar bin

    Abdul Aziz, masjid yang terdapat dalam kawasan istana, membakar pintu istana dan cuba menyerang

    konvoi kenderaan rasmi Mursi. Ini menyaksikan bagaimana para pemuda Ikhwan terpaksa dikerahkan

    untuk mengawal istana tersebut sebagai selepas pasukan polis teramat lemah dan pengecut untuk

    mempertahankannya. Ia semuanya atas arahan Menteri Dalam negeri ketika itu, Ahmed Gamaluddin yang

    dikenali pro-Mubarak. Akhirnya, para Ikhwan ini diserang dan 11 orang pemuda Ikhwan syahid dibunuh

    oleh pasukan milita.

    Peguam Negara yang dilantik oleh Mursi, Tala‟at Abdullah sebelum ini telah membuka fail siasatan

     bagi mengheret dalang-dalang yang terlibat termasuk antara yang disenaraikan untuk disiasat Hamdeen

    Sobahi serta pengacara-pengacara TV swasta yang mengeluarkan kenyataan berbau hasutan. Namun,

    kesemuanya tiada penghujung apabila Tala‟at sendiri disingkirkan. Tiba-tiba hari ini, yang dituduh ialah

    Mursi dan pimpinan Ikhwan, dakwaan kononnya mencetuskan huru-hara di hadapan Pejabat Ikhwan di

    Muqattam. Yang menyerang dan membuat huru-hara itu golongan pemuda 6 April serta puak anti- Mursi.

    Pejabat Ikhwan dirosakkan, dicuri kelengkapan pejabat sebelum dibakar.

    Rajah 9 : H impunan Rakyat membantah rampasan kuasa Kudeta  

    Presiden Mursi dipindahkan ke penjara Burj El-Arab selepas perbicaraan ditangguhkan pada 8 Januari

    2014. Ketua pegawai tersebut menafikan 14 individu yang terdiri daripada pembantu-pembantu Presiden

    serta pimpinan tiba bersama Presiden Mursi ke Burj El-Arab.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    26/52

    24

    4 0  PRESIDEN MESIR Ir Dr MUHAMMAD MURSI

    3 Kejayaan Terbesar Dr.Muhammad Mursi Presiden Mesir::

    1.  Mengembalikan semula Dewan Rakyat (Parlimen) setelah mana dibubarkan oleh Pemerintah

    sementera Tentera.

    2.  Memberhentikan Panglima Tentera General Hussin Tantawi. -Selepas persitiwa pembunuhan

    tentera dan pencerobohan yang berlaku di sempadan Sinai.

    3.  Memecat Peguam Negara.

    4.1 Garis Masa Setahun Pemerintahan Dr.Muhammad Mursi 2012 - 2013

    29 Jun : Dr.Muhammad Mursi mengangkat sumpah secara tidak rasmi di Dataran Tahrir di hadapan jutaan

     penyokongnya. Dalam masa yang sama menunjukkan kepada umum beliau tidak memakai jaket kalis

     peluru sepertimana presiden terdahulu, Hosni Mubarak. Upacara angkat sumpah tidak rasmi ini sekaligus

    merupakan tamparan serta isyarat kepada pentadbiran sementara tentera yang diketuai oleh General Hussin

    Tantawi bahawa masa untuk mereka sebagai pemerintah sementara telah tamat.

    30 Jun : Dr.Muhammad Mursi secara rasminya mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Mahkamah

    Perlembagaan dan juga di Dewan Rakyat (Parlimen). Sementara itu, kerajaan sementara tentera

    mengumumkan kemenangan majoriti calon daripada Ikhwan Muslim di Dewan Rakyat (Parlimen) adalah

    tidak sah dengan undang-undang pilihanraya atas beberapa sebab.

    9 Julai : Dr.Muhammad Mursi membuat kejutan dengan mengeluarkan deklarasi bahawa Dewan Rakyat

    tidak boleh dibubarkan sehingga Perlembagaan baru yang sedang dipinda siap sepenuhnya.

    11 Julai : Dr.Muhammad Mursi menerima arahan daripada Mahkamah Perlembagaan bahawa keputusan

    deklarasi tersebut telah menghina keputusan mahkamah tinggi perlembagaan sebagai alasan untuk menolak

    dekri tersebut.

    19 Julai : Dr.Muhammad Mursi mengarahkan agar kesemua untuk membebaskan semua 572 tahanan

    yang ditahan semasa kerajaan peralihan yang dipimpin oleh tentera selepas berlakunya revolusi 2011.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    27/52

    25

    30 Julai : Dr.Muhammad Mursi memberikan pengampunan kepada 26 banduan Islam  yang

    kebanyakkannya daripada Jemaah Islamiyah dan golongan islamis termasuklah daripada Ikhwan Muslimin.

    Baki yang lain dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkmah.

    2 Ogos : Dr.Muhammad Mursi melantik Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri Mesir yang baru,

     bekas Menteri Pengairan dan Sumber air menggantikan Perdana Menteri Kamal Al-Janzuri.

    Dr. Hisham Qandil telah menubuhkan kabinet dan dikalangan mereka adalah daripada Ikhwan Muslimin.

    Ini merupakan satu sejarah di dalam pemerintahan kerajaan Mesir.

    8 Ogos : Berikutan serangan ke atas pegawal keselamatan di sempadan Sinai yang mengakibatkan 16 orang

    tentera Mesir. Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi telah memecat Ketua Perisikan yang juga Gabenor

    Utara Sinai zaman Hosni Mubarak, Mourad Mouwafi serta beberapa orang pegawai Kementerian Dalam

     Negeri kerana gagal melaksanakan tugas.

    12 Ogos : Satu lagi kejutan dibuat oleh Dr.Muhammad Mursi iaitu mengarahkan Panglima Tentera

    merangkap Menteri Pertahanan Mesir, Jeneral Hussin Tantawi untuk bersara dan seorang lagi pegawai

    tentera Sami Anan, orang kedua terpenting dalam pasukan tentera. Ketua Perisikan Tentera, Abdel Fattah

    El-Sisi kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan.

    14 Ogos : Dr.Muhammad Mursi menganugerahkan kepada Jeneral Bersara Hussin Tantawi Pingat Grand

     Nil, anugerah tertinggi Mesir dan Sami Anan Pingat Negara. Kedua-duanya menjadi penasihat kepada

     presiden selepas bersara. Walau bagaimanapun, tindakan ini menerima kritikan kerana dilihat salah satu

     perancangan halus sebagai jalan keluar kepada Hussin Tantawi, kerana pihak lawan ingin agar tentera

    (Tantawi) bertanggungjawab ke atas kerosakan dan keganasan yang berlaku kepada penunjuk perasaan

    sepanjang beliau memegang kerajaan peralihan.

    15 Ogos : Lawatan kedua Dr.Muhammad Mursi ke Arab Saudi. Satu-satunya negara yang terawal dilawati

    oleh Presiden setakat ini untuk menghadiri persidangan OIC. Dalam persidangan tersebut Dr.Muhammad

    Mursi mendesak agar kerajaan pimpinan Bashar Assad di bubarkan kerana menyebabkan peperangan

    saudara diantara tentera Syria dan Tentera Pembebasan Syria (FSA).

    22 Ogos : Dalam perbincangan bersama dengan Pengarah Urusan Yayasan Monetary Antarabangsa,

    Christine Lagarde, Dr.Muhammad Mursi memohon agar pinjaman dinaikkan kepada 4.8 billion daripada

    3.2 billion yang dipohon sebelum belum dipilih menjadi Presiden selepas melihat perkembangan ekonomi

    Mesir yang agak tenat.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    28/52

    26

    27 Ogos : Presiden melantik 4 orang pembantu dan 17 orang penasihat, mereka terdiri daripada kalangan

    Kristian, Liberal, Salafi, dan beberapa orang daripada kalangan Ikhwan Muslimin.

    28 Ogos : Presiden membuat lawatan ke negeri China untuk mempromosikan peluang pelaburan.

    30 Ogos : Salah satu tindakan yang membimbangkan Amerika, Presiden Mesir Dr.Muhammad Mursi

    mengadakan lawatan ke Iran. Lawatan pertama dalam tempoh 30 tahun bagi menghadiri persidangan NAM.

     Namun, di luar jangkaan, beliau menghangatkan suasana dengan mengutuk Iran kerana menyokong Regim

    Assad di Syria.

    13 September : Dr.Muhammad Mursi mengutuk serangan ke atas kedutaan Amerika oleh rakyat Mesir

    sebagai respon kepada penghasilan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Ini menegangkan

    hubungan diantara Mesir-Amerika kerana tindakan Dr.Muhammad Mursi yang dilihat terlalu lambat dalam

    menenangkan keadaan. 2 hari selepas demoanstarsi berakhir, Presiden Amerika, Barack Obama memberi

    amaran.

    26 September : Ketika berucap di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, beliau

    menegaskan pendirian Mesir dalam menangani isu Syria, dengan mengajak kepada negara Islam seperti

    Mesir, Turki, Arab Saudi dan Iran dalam mencari penyelesaian krisis di Syria. Beliau juga mengkritik

    Israel menubuhkan penempatan haram di Palestin  serta menegaskan bahayanya Israel kerana tidak

    mengumumkan memiliki senjata nuklear. Sekembalinya beliau di Mesir, jurucakap beliau mengumumkan

    tiada keperluan untuk meminda Perjanjian Camp David diantara Israel-Mesir.

    Perjanjian tersebut yang telah dimetrai pada 1979 dipersalahkan kerana perjanjian tersebut telah

    menghadkan kedudukan tentera Mesir di sempadan Sinai sehingga akhirnya menyebabkan 16 tentera Mesir

    mati dan memudahkan serangan serta pencerobohan dilakukan.

    Garis Masa Setahun Pemerintahan Dr. Mursi ini disambung dengan deklarasiperlembagaan.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    29/52

    27

    4.2 Deklarasi Perlembagaan

    6 Oktober : Dr.Muhammad Mursi menyeru kepada ribuan penyokongnya sempena sambutan Ulangtahun

    Perang Oktober 1973, kerana banyak perubahan perlu dilakukan dalam usaha merealisasikan 100 hari

     pemerintahan beliau. Perakara tersebut termasuklah kesesakkan lalu lintas, roti dan kebersihan. Pengkritik

    menyatakan Dr.Muhammad Mursi gagal mencapai target 100 hari pemerintahan beliau dan mengadakan

    demonstasi minggu berikutnya hingga mencetuskan pertempuran diantara kedua-dua pihak.

    22 November : Dr.Muhammad Mursi membuat tindakan paling besar dengan memanggil Deklarasi

    Perlembagaan  yang akan meletakkannya diluar kuasa kehakiman. Deklarasi tersebut dilindungi oleh

    Majlis Perlembagaan, yang akan menulis Perlembagaan Baru, dan Majlis Tertinggi Syura, daripada

    dibubarkan oleh arahan Mahkamah.

    Dewan Rakyat telah dibubarkan pada bulan Jun selepas kerajaan peralihan mendakwa terdapat

     perlanggaran undang-undang pilihanraya. Kedua-dua dewan tersebut majoritinya dikuasai oleh Ikhwan

    Muslimin dan Islamis. Deklarasi tersebut juga memberikan kuasa kepada Presiden untuk melantik Peguam

     Negara untuk tempoh empat tahun. Hakim Talaat Ibrahim Mohamed Abdullah, bekas TImbalan KetuaHakim Mahkamah Mesir, dilantik sebagai ganti Peguam Negara. Deklarasi tersebut juga mengarahkan

    pembicaraan semula kes  yang melibatkan pertuduhan mereka yang dituduh membunuh dan

    mencederakan penunjuk perasaan pada tahun 2011 yang berlaku di Medan Tahrir  jika bukti-bukti baru

    diperolehi.

    Tindakan ini mendapat kritikan keras daripada pihak lawan, hakim-hakim dan peguam, serta

    sebahagian besar rakyat kerana dilihat sebagai tindakan diktator. Namun, tindakan ini mendapat sokongan

    kerana dilihat sebagai cara untuk memelihara revolusi. Selepas pengumuman deklarasi ini, seramai 21

    orang penasihat meletak jawatan.

    Deklarasi ini juga membawa kepada protest diseluruh negara, dan rakyat turun kembali ke medan tahrir

    serta di hadapan istana presiden sehingga mencederakan beratus-ratus penunjuk perasaan dan beberapa

    orang mati apabila berlaku pertembungan di antara dua pihak.

    2 Disember : Dr.Muhammad Mursi memanggil untuk diadakan pungutan suara pada 15 Disimber selepas

    Perlembagaan Baru siap ditulis oleh Majlis Perlembagaan.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    30/52

    28

    26 Disember : Suruhanjaya Pilihanraya Mesir mengumumkan, selepas pungutan suara dibuat bagi

    meluluskan Perlembagaan Baru Mesir. Sebanyak 63.8% rakyat Mesir menyokong perlembagaan baru

    ini dan ia diluluskan serta di tanda tangan oleh Presiden secara rasminya.

    4.3 Peranan Ikhwanul Muslimin (AL-IKHWAN)

    Kejayaan Ikhwanul Muslimin mendahului pilihan raya menandakan perubahan besar kerana

     pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak dan pemimpin sekular sebelum ini menindas dan melarang

    Ikhwanul Muslimin menyertai dunia politik. Diketuai golongan profesional seperti doktor, jurutera dan

    guru, Ikhwanul Muslimin membawa slogan „Islam adalah penyelesaiannya‟ dan turut mengutamakan

    demokrasi, keadilan sosial serta kebebasan undang-undang.

    Kemenangan besar Ikhwan di bawah kepimpinan Mursyidul Am, Dr Mohamed Badie, menerusi

    Parti al-Hurriyah wal 'Adalah (parti Kebebasan dan Keadilan atau Freedom and Justice Party - FJP) dan

     parti-parti gabungannya dalam Pilihan Raya Umum Mesir minggu lepas, iaitu hampir setahun selepasPresiden Hosni Mubarak digulingkan, merupakan suatu perubahan besar kepada landskap politik di negara-

    negara Arab. Walaupun Syed Qutb dan beberapa orang pimpinan Ikhwan dizalimi sehingga mati syahid di

    tali gantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, tidak dapat merasai nikmat kemenangan perjuangan Islam,

    sekurang-kurangnya roh mereka berbahagia disisi Allah, kerana pengorbanan mereka sudah ditebus

    Ikhwan.

    Selepas tiga pusingan pilihan raya yang dianjurkan secara bebas dengan pemantauan dunia,

    keputusan muktamad pilihan raya umum Mesir mencatatkan FJP menang 232 kerusi Parlimen (lebih 45

     peratus kerusi), Parti Nur Salafi meraih 113 kerusi, Parti Wafdu (Sekular) dengan 47 kerusi, Parti Kutlah

    (Sekular) mendapat 39 kerusi, Parti Fulul (bekas penyokong Hosni) memperolehi 17 kerusi, Parti Wasot

    Islami 10 kerusi, Parti Thaurah Mustamirah dengan 8 kerusi dan parti bebas mendapat 14 kerusi. FJP

    mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi dan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.

    Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi,

    sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33

    kerusi.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    31/52

    29

    Dalam sidang Parlimen pertama, pimpinan kanan FJP, Dr Saad al-Katatni telah dilantik sebagai

    Ketua (speaker) Majlis Rakyat yang pertama selepas kejatuhan rejim Mubarak. Sepanjang bulan lalu Dr

    Syed Azman berada di kota Kaherah sebagai anggota rombongan Ahli Pemerhati Antarabangsa Pilihan

    Raya Mesir di bawah seliaan PBB yang yang baru berakhir baru-baru ini. Tidak siapa dapat menjangkakan

    Pilihan raya boleh dijalankan dengan aman selepas 'Revolusi 25 Februari' yang telah berjaya

    menggulingkan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun

    secara sukarela berdemonstrasi di jalan-jalanraya di seluruh negara.

    Menurut Dr Essam, punca kemenangan FJP adalah melalui susunan trategi yang antaranya:

    1.  Organisasi kempen FJP yang tersusun dan berstrategik.

    2.  Teknik 'bantuan dan kebajikan' yang efektif kepada pengundi terutamanya di luar bandar.

    3.  Pendekatan kempen kepada golongan remaja dan anak muda yang mesra dan bersifat memenuhi

    realiti semasa.

    4.  Kempen dari rumah ke rumah yang berterusan.

    5.  Mengemukakan pelan ekonomi yang di terima rakyat.

    Populariti Parti Ikhwanul Muslimin juga menghancurkan impian kuasa Barat yang sejak dahulu kerap

    menjadikan pemimpin Arab sebagai boneka demi memenuhi kepentingan mereka.Selain Mesir, parti

     berlandaskan Islam juga memenangi pilihan raya terbaru di Tunisia dan Maghribi.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    32/52

    30

    4.4 Ir. Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir

    Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.

    Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang

    suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima

    orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah

    hafiz/hafizah al-Quran.

    Rajah 10 : Ucaptama Presiden Dr . Mursi setelah di lan tik sebagai presiden  

    Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan

     pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu,

     beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada

    tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya

    memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

    Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu

    Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan

    sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di

    Universiti Zaqaziq.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    33/52

    31

    Dakwah dan Politik

    Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang

    dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk

    kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul

    Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya

     parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional

    Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan

     pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

    Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds,

    sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa

    Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis

    Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas

    Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

    Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam

     bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam

    menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga

    kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.

    Penjara dan Penangkapan Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul

    Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan

    akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dansebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang.

    Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-

    kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi

    tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada

    tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan

    Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7

     bulan. Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    34/52

    32

    Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28

    Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut

    menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan

    diri pada pemilihan tahun 2000.

    Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya

    sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya

    sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul

    Muslimin.

    Rajah 11 : Slogan kepimpinan Presiden Dr . Mursi  

    Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang

    demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan

    darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid

    Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh

     pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir

    Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    35/52

    33

    Mursi pemimpin terbaik

    Inilah alasannya mengapa 'Mereka' mahu menggulingkan Dr Muhammad Mursi, Presiden Mesir

    yang telah dipilih oleh rakyatnya melalui pilihan raya secara bersih, adil dan saksama. Kerana Dr

    Muhammad Mursi mahu membebaskan Gaza, Palestin dari cengkaman Zionis Israel. Fakta lain pula, Dr

    Muhammad Mursi adalah seorang Hafiz Al-Qur'an. Berikut adalah kata-kata Presiden Mesir (Dr Mursi)

    sebelum digulingkan pemerintahannya oleh rejim sekular (boneka musuh):

    "Al-Quran adalah undang-undang kami, dan Rasul adalah pemimpin kami. Dan jihad adalah jalan

    kami. Dan mati syahid fisabilillah adalah cita-cita mulia kami. Dan di atas semua itu, Allah adalah tujuan

    kami." Seterusnya, "Tidak ada kebaikan dalam umat ini, keberkatan, dan tidak ada kebangkitan kecuali

    dengan syariat Islam." Terakhir, "Dan saya bersumpah kepada Allah dan kemudian pada kalian semua,

    untuk menutup mata pada Undang-undang Negara Sekular. Dan akan benar-benar menjalankan 'Nas'

     Allah’ (undang -undang Allah). Insya Allah. Semua ini dengan persetujuan rakyat Mesir, para Ulama' dan

    tokoh-tokoh masyarakat."

    Dan ini pula adalah rahsia peribadi beliau yang selama ini kita belum pernah ketahui. Oleh itu, kebenaran

     perlu ditegakkan, Dr Muhammad Mursi adalah seorang:

    1.  Presiden Arab pertama yang telah dilantik oleh rakyatnya.2. Presiden awam yang pertama.

    2.  Presiden Arab pertama yang menghafal seluruh juzuk (isi) Al-Qur'an.

    3.  Presiden Arab pertama dari pihak parti Islam (Parti Ikhwanul Muslimin).

    4.  Presiden Arab pertama yang membenarkan orang ramai bebas untuk mengkritik beliau secara

    terbuka. Dengan demikian, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan

    malam.

    5.  Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.

    6. 

    Presiden Arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan-bangunan kerajaan.7.  Presiden Arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa

    seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lainnya.

    8.  Presiden Arab pertama yang membawa keluarganya keluar bercuti pada hari cuti atas kos

    tanggungan sendiri.

    Sejarah akan menilai terhadap peribadi sebenar Dr Mursi ini, sama ada beliau mempunyai kesilapan atau

    tidak, beliau setakat ini merupakan pemimpin Arab yang terbaik, jika dibandingkan dengan mana-mana

     pemimpin dari segenap pelusuk dunia yang lain, maka anda akan tahu dengan sendirinya.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    36/52

    34

    5 0  PERBINCANGAN ISU DAN KRISIS DI MESIR

    Rentetan peristiwa yang berlaku di Mesir membawa perbincangan yang sangat menarik kepada

     beberapa isu yang sangat. Walaupun usaha kearah membaik pulih kerajaan Mesir dilihat hampir lumpuh

    akibat campur tangan tentera, namun terdapat beberapa perkara yang boleh diteladani dalam meneruskan

     perjuangan membangunkan semula Darul Islam dan menegakkan Syariah dengan Khalifah.

    Rajah 12 : Palestine bersama Mesir  

    „Perubahan dan peristiwa yang berlaku di rantau itu pasti akan mengenang Tunisia sebagai pence tus

    revolusi kepimpinan manakala Mesir pula sebagai nadi kepada rantau tersebut. Jika rejim Mubarak

     berundur ia membawa petanda baru dalam lanskap politik di Asia Barat dan teori domino akan berlaku

    manakala Israel akan berasa terancam.‟‟ 

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    37/52

    35

    5.1 Faktor Pergolakan di Mesir

    Pergolakan di Mesir dicorakkan dengan pelbagai isu pembangkitan rakyat dan pembabitan pihak yang

     berkepentingan yang mana secara tidak langsung memperlihatkan satu perancangan yang teliti untuk

    menjatuhkan kerajaan dan memilih pemerintahan yang lebih bersifat sekular tanpa mengira demokrasi yang

    dipilih sendiri oleh rakyat.

    1. Penglibatan Tentera Kudeta

    Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah sesuatu yang baharu. Raja Farouk,

    monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir,

    kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden

     pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jamal Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah!

    Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh

     para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni

    Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah awal tahun 2011, apabila dia dijatuhkan menerusi RevolusiMusim Bunga rakyat Mesir. Sepanjang tempoh pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni

    Mubarak, perintah darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera dikuatkuasakan; kira-kira

    44 tahun lamanya.

    2. Demokrasi yang tercalar

    Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa

    oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang

    digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan

     protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (Cairo),

    Mesir.

    Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau

    telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi

    rakyat Mesir. Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah

    mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    38/52

    36

    3. Ancaman Liberal dan Sekular

    Bercakap tentang pilihan raya parlimen Mesir yang buat julung-julung kalinya diadakan secara telus dan

    adil apabila hampir-hampir tiada penglibatan pihak tentera dan penipuan oleh pihak pemerintah, parti Al-

    Hurriyah wal 'Adalah (Freedom and Justice Party) yang merupakan sayap politik kepada Ikhwanul

    Muslimin, telah menang besar apabila memperoleh 37.5% daripada jumlah undi, diikuti oleh Parti Salafi

    an-Nur (27.8%) dan Parti al-Wafd (9.2%). Kedua-dua FJP dan an-Nur merupakan parti yang berasaskan

    ideologi Islami; maka secara tidak langsung parlimen Mesir telah didominasi oleh mereka yang mahu

    memperjuangkan Islam. Hal ini jelas memberi ancaman kepada golongan liberal di Mesir.

    4. Gerakan golongan Tamarrod

    Antara yang mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan

    Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham

    Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir.

    Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa el-Baradei dan konco-konconya bersekongkol

    dengan kerajaan Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana kekacauan dan haru-biru di Mesir,

    sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Mursi.

    Pergerakan Tamarrud, yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan penentang Presiden

    Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika Syarikat. Pendedahan ini ada dilaporkan di

    al-Jazeera.

    5. Penglibatan Barat

    Telah terdedah rahsia penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh Islam yang lainnya dalam

    merencana kejatuhan Presiden Mursi dan penguasaan FJP dalam parlimen Mesir.

    Antara tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah

    dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan ini

    menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian. Penutupan ini jelas

    memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan Mesir yang baru.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    39/52

    37

    6. Konspirasi Negara Arab

     Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik menjatuhkan Presiden Mursi. Sebaik

    sahaja Adly Mansour dilantik sebagai Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah

    antara negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah.

    Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan bantuan kewangan bernilai

     bilionan dolar Amerika kepada tentera kudeta yang menjatuhkan Presiden Mursi. Negara-negara ini

    sememangnya terkenal memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa oleh

    mereka.

    Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasa

    kuasa haram tersebut adalah Tunisia dan Turki. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan tidak

    mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan

    dikembalikan kepada kedudukannya yang asal.

    7. Pengkhianatan Tentera Kudeta

    Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengumumkan di televisyen nasional Mesir bahawa pihak

    tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa

    tuntutan oleh pihak Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Mursi telah

    dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi sebenarnya, melaikan

     pihak tentera.

    Jeneral Abdul Fatah As-Sisi telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk menggantikan MuhammadHussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat

    dengan pegangan agama yang kuat; calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang

    lama. Siapa sangka, dialah yang menjadi dalang utama dalam menjatuhkan bos besarnya sendiri.

    Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi melantik dirinya sendiri

    sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    40/52

    38

    8. Pembunuhan Rakyat Mesir

    Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula 14 Ogos 2013

    apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa

    Mahmud di Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi. Sebelum ini sudah pon berlaku

     persitiwa Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika

    mereka sedang bersolat Subuh pada pagi 8 Julai 2013.

     Namun, pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada 14 Ogos lebih melampau dan zalim lagi.

    Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh

     jentolak hidup-hidup! Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi angka

    kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman

    melampau, apatah lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka. Malah, ada

    yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji

    daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap

    rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada.

    Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk tindakan zalim as-Sisi

    dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka jelas berlumur dengan kekotoran kerana

    terlibat sama dalam konspirasi menjatuhkan Mursi, penuh kepura-puraan mengutuk tindakan tentera ke atas

    rakyat Mesir.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    41/52

    39

    5.2 Mesir sabagai titik awal kepada Darul Islam

    Kejayaan Ikwanul Muslimin dan perlantikan Dr. Mursi sebagai presiden Mesir memperlihatkan

    satu sinar syariah mula ditegakkan. Walaupun pentadbiran satu tahun Dr. Mursi dibelenggu dengan

    ancaman politik dalaman dari penyokong Mubarak, namun Dr. Mursi tetap mampu melaksanakan satu

    langkah awal kepada Mesir.

    Rajah 13 : Perjuangan Dr . Mursi

    Deklarasi Par limen

    Walaupun dilihat sebagai tidak demokrasi oleh parti politik pembangkang, deklarasi ini

    mendapat persetujuan oleh 62 peratus rakyat Mesir. Selain perundangan yang bersifat rakyat, perundangan

    ini dilihat merupakan satu corak kepimpinan Khalifah dengan perundangan syariah.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    42/52

    40

    Beliau juga telah melantik 4 orang pembantu dan 17 orang penasihat, mereka terdiri daripada kalangan

    Kristian, Liberal, Salafi, dan beberapa orang daripada kalangan Ikhwan Muslimin.

    Pembelaan Negara dan masyarakat I slam

    Palestine :  Dengan kepimpinan Dr. Mursi, kerajaan Mesir telah membuka sempadan Rafah

    dan memberi bantuan terus kepada menduduk Gaza, Palestine yang tersempit oleh pihak Zionis Israel.

    Beliau juga mengkritik Israel menubuhkan penempatan haram di Palestin serta menegaskan bahayanya

    Israel kerana tidak mengumumkan memiliki senjata nuklear. Sekembalinya beliau di Mesir, jurucakap

     beliau mengumumkan tiada keperluan untuk meminda Perjanjian Camp David diantara Israel-Mesir.

    Sinai :  Dr.Muhammad Mursi juga telah memecat Gabenor Utara Sinai zaman Hosni Mubarak,

    Mourad Mouwafi serta beberapa orang pegawai Kementerian Dalam Negeri kerana gagal melaksanakan

    tugas berikutan serangan ke atas pegawal keselamatan di sempadan Sinai yang mengakibatkan 16 orang

    tentera Mesir.

    Syria : Lawatan kedua Dr.Muhammad Mursi ke Arab Saudi. Satu-satunya negara yang terawal

    dilawati oleh Presiden setakat ini untuk menghadiri persidangan OIC. Dalam persidangan tersebut

    Dr.Muhammad Mursi mendesak agar kerajaan pimpinan Bashar Assad di bubarkan kerana menyebabkan

     peperangan saudara diantara tentera Syria dan Tentera Pembebasan Syria (FSA). Ketika berucap di

    Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, beliau menegaskan pendirian Mesir dalam

    menangani isu Syria, dengan mengajak kepada negara Islam seperti Mesir, Turki, Arab Saudi dan Iran

    dalam mencari penyelesaian krisis di Syria.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    43/52

    41

    5.3 Gerakan AL-IKHWAN 

    Gerakan Ikhwanul Muslimin juga menjadi satu nadi kepada kesatuan gerakan Islam di rantau

    tersebut. Al-Ikhwan bukan sahaja berpaksi di bawah kerajaan Mesir malah turut menjalinkan hubungan

    dengan gerakan-gerakan islam seperti gerakan pembebasan Syria, FSA, kumpulan sunnah dan pembelaan

    rakyat Palestine. Kesatuan ini membentuk satu corak kepimpinan khalifah yang tertumpu di Mesir. Jika ini

     berlaku, kebangkitan negara-negara Islam di rantau ini tidak lagi dapat dikawal oleh barat dan tentunay

    Zionis Israel akan terancam.

    Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-

    Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun

    1924. Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir

    moden terlalu banyak dipengaruhi oleh pergerakan ini. Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan

    Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam

     penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan

     jutaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman Anwar Sadat,kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-

    tokoh besar IM yang mati di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir

    Audah dan Syaikh al-Faraghli.

    Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak

     pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam

    masyarakat dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain. Kepopularan dan

     pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan bertanding

    dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di kebanyakan tempat

    terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden

    Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap

     pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    44/52

    42

    Kesan Kejatuhan Presiden M ursi

    Sebaik sahaja kepimpinan tentera Mesir menggulingkan Dr Mursi sebagai presiden yang sah yang telah

    dipilik oleh rakyat Mesir secara demokratik, pasukan tentera yang sama juga terus menutup 'Rafah Gate'

    dan menutup terowong-terowong yang ada di antara Gaza dan Mesir.

    Akibatnya, rakyat Palestin yang tidak berdosa telah kehilangan talian hayat mereka setelah dikepung oleh

    Israel sejak tahun 2007 yang lalu. Mereka akan terus tersepit tanpa bekalan bahan asasi seperti ubata-

    ubatan, bekalan makanan, perhubungan keluar masuk ke dunia luar yang lain dan sebagainya.

    Di Palestine, pihak zionis Israel terus memburu mereka dengan rakus dan merampas tanah mereka. Pintu

    Rafah telah ditutup. Terowong Gaza telah dimusnahkan. Ini adalah petanda penderitaan bagi rakyat Gaza.

    10 rancangan jahat Tamarrud (Kumpulan Pemberontak):

    Kumpulan Tamarrud ini terdiri daripada golongan pemuda Mesir sendiri yang pada awalnya terlibat dalam protes mengulingkan kemerintahan Mubarak. Golongan ini telah mendapat latihan tentang cara untuk

     berhadapan dengan kerajaan. Tidak sehaluan dengan pimpinan Ikhwanul Muslimin, kumpulan Tamarrud

    ini telah sepakat untuk mengadakan provokasi terhadap pimpinan Dr. Mursi.

    1.  10 perkumpulan di dataran-dataran utama antaranya Ramsis, Abasiyah, Misr Jadidah, dan Tahrir

     berarak menuju Istana Ittihadiyah (Pejabat Presiden Mesir Dr.Muhammad Mursi).

    2. 

    200 ribu orang dijangka berkumpul di Istana Ittihadiyah seawal jam 8 pagi dan merancang untuk

    merempuh, dan mengepung Istana kira-kira jam 8 malam sebelum mengusir serta menghalau

    Presiden Mesir Dr.Muhammad Mursi dengan membunuh atau menangkap dengan menggunakan

    apa jua jenis senjata.

    3.  Jam 10 malam Majlis Presiden Mesir (penggubal perlembagaan) diumumkan penubuhannya yang

    terdiri daripada peneraju „Barisan Penyelamat‟ (Amru Musa, Hamdein Sobahi, El-Baradei)

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    45/52

    43

    4.  Kerajaan campuran baru yang terdiri daripada Abdul Mun‟im Abul Futuh dilantik sebagai PM

    dengan dibantu tiga timbalan, George Ishaq (koptik kristian) Nadir Bakkar (dari parti Nur) & al

    Maghazi (parti wafd dan kumpulan liberal). Kabinet baru yang terdiri daripada 35 kementerian

    diagihkan kepada Majlis Presiden, parti nur dan koptik kristian.

    5.  Pengisytiharan darurat.

    6.  Perlembagaan Mesir hari ini dibatalkan dan kembali menguatkuasakan Perlembagaan darurat 1971

    (undang-undang era Mubarak dan sebelumnya, Anwar Saadat).

    7.  Mengeluarkan perintah Presiden untuk membatalkan Dewan Senat semasa dan penangkapan semua

    ahli parlimen , serta penangkapan bagi semua yang terlibat dengan penangkapan 1981.

    8.  Menutup rangkaian media yang disifatkan “ekstrem” (iaitu pro Dr.Muhammad Mursi) seperti

    aljazeera dan Misr25.

    9.  Membatalkan lesen majalah & surat khabar seperti akhbar Sya‟b (rakyat), hurriyah wal „adalah

    (lidah rasmi Free Justice Party-FJP), Al misriyyun.

    10. Menangkap Dr.Muhammad Mursi, ahli Maktab Irshad Ikhwan Muslimin dan yang

     bertanggungjawab pada perhimpunan Pro Dr.Muhammad Mursi di dataran Raba‟ah. 

    Golongan ini tidaklah seramai penyokong Dr. Mursi. Namun dengan bekerjasama dengan pihak tentera

    kudeta As-Sisi, mereka merancang melakukan keganasan terhadap penyokong kerajaan dan menjatuhkan

     barisan pimpinan Dr. Mursi.

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    46/52

    44

    5.3 Ringkasan Kronologi Mesir 

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    47/52

    45

  • 8/17/2019 Khairul - Isu Mesir (Tugasan Individu)

    48/52

    46

    SOLIDARITI MAHASISWA

    Daripada Saf Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam UTM

    "Tragedi Mesir Berdarah"

    Pergolakan yang berlaku di Mesir umpama satu tamparan hebat bagi semua masyarakat dunia khasnya

    Muslim. Penderitaan dan kezaliman yang dirasai oleh rakyat Mesir terutamanya penyokong-penyokong Dr.

    Mursi sememangnya dapat kami rasai dari sini. Malah sung