taklimat dan arahan tugasan individu

10
Pensyarah FKI, UniSZA Semester II 2016/2017

Upload: zulkifli-mohd

Post on 22-Mar-2017

862 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu

Pensyarah FKI, UniSZASemester II 2016/2017

Page 2: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu

BIL. KAEDAH PENILAIAN MARKAH(%)

1 TUGASAN INDIVIDU PENYEDIAAN TEKS KHUTBAH/PENGUCAPAN

AWAM

10

PERSEMBAHAN KHUTBAH/PENGUCAPAN

AWAM

10

2 TUGASAN KUMPULAN AMALI SEMBELIHAN 10PENGURUSAN JENAZAH 10

3 UJIAN (e-KeLiP) 104 KEHADIRAN (CERAMAH @ KULIAH UMUM) 105 PEPERIKSAAN AKHIR 40

JUMLAH MARKAH 100

Page 3: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu

PANDUAN PENYEDIAAN TEKS KHUTBAH/PENGUCAPAN AWAM1. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan teks khutbah (pelajar

lelaki) atau pengucapan awam (pelajar perempuan) berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat Islam masa kini.

2. Teks khutbah atau pengucapan awam ini hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

Tajuk: Ringkas dan padat serta berkaitan isu-isu semasa. Pengenalan. Bagi teks khutbah, pengenalan hendaklah

disediakan dalam teks khutbah pertama, dan hendaklah mengandungi pujian kepada Allah SWT; syahadah; selawat; seruan bertaqwa; dan ayat al-Quran yang bersesuaian serta berkaitan dengan tajuk khutbah (ditulis dalam bahasa Arab). Bagi teks pengucapan awam, pengenalan hendaklah mengandungi salam pembuka bicara; ucapan penghormatan, penghargaan dan terima kasih kepada audiens atau pihak-pihak tertentu; tujuan pengucapan awam disampaikan; dan penjelasan ringkas tentang isu-isu utama yang akan disampaikan dalam pengucapan awam.

Page 4: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu

… Isi Kandungan Khutbah/Pengucapan awam. Isi

kandungan teks khutbah pertama atau pengucapan awam hendaklah mengandungi huraian tentang fakta, analisa, perbandingan, peringatan, cadangan atau galakan dan rumusan yang disokong oleh hujah sama ada dengan ayat al-Quran, hadith atau pendapat ulama dan lain-lain yang berkaitan. Manakala bagi teks khutbah kedua, isi kandungannya hendaklah ringkas dan padat serta mengandungi pujian kepada Allah SWT; syahadah; selawat; seruan bertaqwa; dan doa untuk kaum mu’minin dengan doa-doa yang biasa dibaca oleh khatib pada hari Jumaat.

Penutup. Penutup teks khutbah pertama/pengucapan awam hendaklah mengandungi kesimpulan dan rumusan daripada keseluruhan isi kandungan khutbah/pengucapan awam berkenaan.

Page 5: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu

…3. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan teks lengkap

khutbah atau pengucapan awam berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat Islam masa kini.

Jenis huruf: Times New Roman bersaiz 12 (tulisan Rumi) dan Traditional Arabic bersaiz 16 (tulisan Arab).

Jarak baris: Langkau 2 baris (Double Spacing) Jidar (Margin): 2.5 cm (Kanan – Kiri – Atas – Bawah) Nombor halaman: Hendaklah diletak di tengah bahagian

bawah teks Jumlah perkataan: Tidak melebihi 1000 patah perkataan (4

halaman) – tidak termasuk ayat al-Quran, hadith dan terjemahan kedua-duanya.

Petikan ayat al-Quran dan terjemahannya hendaklah menggunakan perisian Quran in MS Word, dan hendaklah ditulis nama surah dan nombor ayat al-Quran berkenaan dalam kurungan di hujung terjemahan ayat tersebut.

Page 6: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu

… Petikan hadith hendaklah ditulis dalam bahasa

Arab, manakala terjemahannya hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu rasmi. Manakala takhrij hadith tersebut hendaklah ditulis dengan ringkas dalam kurungan di hujung terjemahan tersebut.

Teks khutbah/pengucapan awam yang telah siap hendaklah dimuatnaik (upload) secara online melalui médium e-KeLiP selewat-lewatnya pada minggu ke-10 perkuliahan.

Tugasan ini hendaklah disiapkan secara individu. Pelajar dilarang memplagiat tugasan orang lain serta mendakwa sebagai hasil kerja sendiri. Plagiat dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.

Page 7: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu

PENILAIAN & PEMARKAHAN TEKS KHUTBAH/PENGUCAPAN AWAM:

BIL.

KRITERIA PENILAIAN MARKAH

1 Tajuk & Pengenalan 22 Isi Kandungan & Huraian 23 Laras Bahasa 24 Penutup 25 Format Penulisan 2

JUMLAH MARKAH 10

Page 8: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu

PANDUAN PENYAMPAIAN KHUTBAH/PENGUCAPAN AWAM

1. Setiap pelajar dikehendaki menyampaikan khutbah/pengucapan awam berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat Islam masa kini.

2. Khutbah/pengucapan awam yang disampaikan hendaklah berdasarkan teks khutbah/pengucapan awam yang telah disediakan. Walau bagaimanapun, pelajar tidak dibenarkan membaca teks berkenaan.

3. Khutbah/pengucapan awam yang disampaikan mestilah menepati rukun, syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

4. Setiap pelajar diberi masa 5 minit untuk menyampaikan khutbah/pegucapan awam masing-masing.

5. Penyampaian khutbah/pengucapan awam akan bermula pada minggu ke-11.

Page 9: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu

PENILAIAN & PEMARKAHAN KHUTBAH/PENGUCAPAN AWAM:

BIL.

KRITERIA PENILAIAN MARKAH

1 Kualiti Penyampaian 22 Gaya Persembahan 23 Ketrampilan & Keyakinan

Diri2

4 Kejelasan & Nada Suara 25 Pengurusan Masa 2

JUMLAH MARKAH 10

Page 10: Taklimat dan Arahan Tugasan Individu