tugasan individu mbe12503

10
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL TUGASAN INDIVIDU PHOTO TALK Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum Dalam PTV Kod Kursus : MBE 12503 Nama Pelajar : Mohamad Shukri Bin Ismail No. Matrik : GB 130163 Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Pesisir Semester 1, Sesi 2013/2014 1

Upload: mohamad-shukri

Post on 06-Aug-2015

166 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

TUGASAN INDIVIDU

PHOTO TALK

Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat

Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum Dalam PTV

Kod Kursus : MBE 12503

Nama Pelajar : Mohamad Shukri Bin Ismail

No. Matrik : GB 130163

Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Pesisir

Semester 1, Sesi 2013/2014

1

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.............................................................................................................................3

2.0 HURAIAN GAMBAR.....................................................................................................................4

3.0 PENERANGAN GAMBAR.............................................................................................................7

4.0 RUJUKAN....................................................................................................................................8

2

Gambar 1(Laungan ...MERDEKA!!...MERDEKA!!...MERDEKA!!)

Gambar 2(Kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor)

3

1.0 PENGENALAN

Tingkahlaku merujuk kepada tindakan atau tindak balas sesuatu objek atau

organisme, biasanya berhubung dengan persekitarannya. Ianya bersifat sedar atau

separa sedar, nyata atau terselindung, rela atau tidak dan; sejadi atau dipelajari. Ini

bermaksud, tingkah laku seseorang manusia itu bergantung kepada persekitarannya

dan akan mempengaruhi sikap mereka dalam membuat sesuatu perkara.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori tingkahlaku merujuk kepada teori

behaviorisme atau teori behavioristik. Menurut teori behavioristik, belajar adalah

perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman (Gage, Berliner, 1984)

Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin,

2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan

perubahan perilakunya. Menurut teori ini, di dalam sesuatu proses pembelajaran,

yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon.

Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada pelajar, sedangkan respon

berupa reaksi atau tanggapan pelajar terhadap stimulus yang diberikan oleh guru

tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk

diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati

adalah stimulus dan respon, oleh kerana itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus)

dan apa yang diterima oleh pelajar (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori ini

mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk

melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.

Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan

teori pembelajaran ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F.

Skinner. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan

kekal yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan atau

pengalaman. Aliran Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah

laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Kebanyakan teori

4

pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas

haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.Teori

pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan

1960an dan masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi

kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson, Teori

Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.

2.0 HURAIAN GAMBAR

Gambar 1 menunjukkan laungan kemerdekaan oleh Guru Penolong Kanan

Ko-Kurikulum sekolah saya (SMK Dato’ Sri Amar DiRaja) dan gambar 2 pula

menunjukkan para pelajar sedang mengibarkan bendera Malaysia dan bendera

negeri Johor bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos

yang lalu. Apa yang dapat diperhatikan adalah, tingkahlaku mereka semasa majlis

sambutan kemerdekaan. Semasa majlis sambutan berlangsung, dapat dilihat

semangat berkobar-kobar mereka terutamanya semasa laungan

MERDEKA!! ....MERDEKA!! ....MERDEKA!! dilaungkan sambil kibaran bendera

dilakukan dengan penuh bersemangat. Apabila dilaungkan

laungan ...MERDEKA!! ...MERDEKA!! ...MERDEKA!! mereka akan menyahut

laungan itu dengan penuh semangat.

Realitinya, adakah laungan itu menunjukkan sikap sebenar mereka? Dalam

ertikata yang lebih tepat, adakah mereka betul-betul menghayati semangat dan

konsep kemerdekaan yang sebenarnya?Adakah situasi ini cukup membuktikan kita

bersemangat patriotik?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah bebas (daripada

penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri

sendiri, tidak bergantung pada yang lain.Hakikatnya, sebuah negara boleh dikatakan

merdeka secara hakiki apabila kemerdekaan tersebut terjadi secara menyeluruh

dalam semua bidangnya. Kemerdekaan tersebut bukan hanya dalam konteks negara

semata-mata tetapi juga individu dan masyarakat yang menjadi pengisi sebuah

5

negara. Dalam konteks individu, kemerdekaan bererti terbebasnya seseorang itu

daripada tekanan hawa nafsunya dalam melakukan segala aktiviti yang

membinasakan dirinya.Pengertian individu yang merdeka ialah seorang yang ketika

ia bersikap dan berperilaku selalu didasarkan kepada pertimbangan rasional.Bagi

orang yang beriman, pertimbangan rasionalnya adalah apabila ia melandaskan

segala perbuatan dan tingkah lakunya bermatlamat kepada undang-undang dan

sunnatullah.Saidina Ali mengibaratkan hal tersebut dalam satu ungkapan, "Seorang

hamba beramal kerana takut hukuman, pedagang beramal kerana menginginkan

keuntungan dan orang merdeka beramal kerana mengharap keredaan Allah SWT."

Anak-anak muda hari ini kurang menghayati erti kemerdekaan kerana

dilahirkan dalam era baharu dengan semuanya serba canggih dengan teknologi

terkini. Dengan erti kata lain, tidak pernah mengalami kesusahan dan keperitan

seperti yang pernah dialami datuk dan nenek moyang kita yang jauh di sanubari

mereka mencintai Malaysia sepenuh jiwa dan raga.

Daripada pengamatan saya, para pelajar hanya bersemangat untuk

mengibarkan bendera dan melaungkan laungan keramat kemerdekaan hanya pada

hari sambutan kemerdekaan sahaja. Mereka begitu bersemangat menyahut laungan

kemerdekaan yang dilaungkan oleh seorang guru pada waktu itu. Ini adalah

berdasarkan teori behaviorisme yang menyatakan bahawa tingkahlaku seseorang

adalah berdasarkan suasana persekitarannya. Apabila mereka diberikan stimulus

(laungan MERDEKA!! ....MERDEKA!! ....MERDEKA!!) mereka akan memberi respon

dengan laungan yang sama. Ini selari dengan Teori Pelaziman Klasik yang dikaitkan

dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan Pavlov yang telah membuat kajian

menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan.

Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas

adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan adalah

sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Seperti situasi pelajar tadi,

mereka dirangsang oleh laungan merdeka dan menyahut laungan tersebut dengan

perkataan yang sama. Pembelajaran begini juga kadangkala disebut " Pavlovian

Conditioning" (Poediger et. al. 1996sm. 225)

6

Peranan guru adalah penting untuk proses pembentukan semangat

patriotisme dalam diri pelajar-pelajar. Ini adalah kerana guru itu dianggap sebagai

“role-model” di kalangan para pelajar. Setiap perbuatan dan percakapan seorang

guru akan memberi impak samada besar atau kecil ke atas kehidupan seseorang

pelajar. Menurut Teori Pengajaran Tingkahlaku, ia dapat membantu guru untuk

memerhatikan tingkahlaku seseorang pelajar, mengawal tingkah laku tersebut dan

guru turut dapat mengawal tingkah laku pelajarnya.

Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran melalui pengalaman

kerana pengalaman yang kita alami itulah yang akan mendewasakan seseorang

manusia. Anak-anak muda pada hari ini kurang mempunyai sikap patriotisme kerana

mereka tidak pernah mengalami situasi seperti yang pernah dialami oleh nenek

moyang mereka dahulu iaitu hidup di bawah penjajahan orang asing. Guru perlu

kreatif dan lebih inovatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat

menarik minat pelajar untuk belajar subjek berkaitan sejarah dan kenegaraan.

Seorang graduan yang dilahirkan perlu cintakan negara begitu juga rakyatnya

dan saya bersetuju supaya subjek Kenegaraan Malaysia menjadi subjek wajib dan

diketengahkan untuk mendedahkan kepada anak-anak kita erti kemerdekaan dan

menghargai negara. Seronok belajar sejarah kerana sejarahlah membawa kita

mengenal kehidupan.

Kedua-dua gambar ini menunjukkan bahawa tingkahlaku seseorang itu

dipengaruhi oleh suasana persekitarannya. Dalam situasi gambar-gambar tersebut,

teori behaviorisme terutamanya teori pelaziman operan klasik boleh diaplikasikan.

Apabila pelajar diberi stimulus, mereka akan merespon kepada stimulus tersebut

dengan respon yang menjadi kelaziman dan bersesuaian dengan situasi. Di sini jelas

menunjukkan bahawa respons positif akan diberi apabila stimulus positif diberi. Guru

perlu menunjukkan tingkahlaku positif supaya proses pengajaran dan pembelajaran

secara formal dan tidak formal meninggalkan kesan mendalam terhadap para

pelajar.

7

3.0 PENERANGAN GAMBAR.

GAMBAR 1.

TAJUK : ...MERDEKA!! ...MERDEKA!! ...MERDEKA!!

TARIKH : 2 SEPTEMBER 2013

MASA : 12.45 TGH

SIZE :4.76 MB

DIMENSIONS : 4000 x 3000

APERTURE : 2

ISO : ISO-400

MODEL : NIKON (D7000)

LOKASI : SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA (DEWAN TERBUKA)

GAMBAR 2.

TAJUK : JALUR GEMILANG KEBANGGAANKU

TARIKH : 2 SEPTEMBER 2013

MASA : 12.46 TGH

SIZE : 2.67 MB

DIMENSIONS : 2816 x 2112

APERTURE : 2

ISO : ISO-100

MODEL : NIKON (D7000)

LOKASI : SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA (DEWAN TERBUKA)

8

4.0 RUJUKAN1. Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam

Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

2. Churiyah, M. 2009. Teori Belajar Behavioristik dan Penerapannya dalam

Pembelajaran, (online), (http://madziatul.blogspot.com/2009/07/teori-belajar-

behavioristik-dan.html), dicapai pada 1 November 2013.

3. Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah.

Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

4. Erti Kemerdekaan, http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ dicapai pada 2

November 2013.

5. Kamus Dewan (Edisi Keempat)(2005).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

6. Kemerdekaan, http://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaan dicapai pada 2

November 2013.

7. Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Suffian Hussin (1996), Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah,

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

9