tugasan epic

6
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / JANUARI 2015 KOD SUBJEK : HBEF 2803 NAMA SUBJEK : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN NAMA : NORZAKIAH HAYATI BT MOHD IDRIS NO MATRIK : 820804085550001 NO K/P : 820804085550 NO.TEL : 0195298124 EMAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO, RECSAM GELUGOR T2A2

Upload: zakiah-hayati

Post on 17-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER 5 / JANUARI 2015

KOD SUBJEK : HBEF 2803

T2A2NAMA SUBJEK : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA : NORZAKIAH HAYATI BT MOHD IDRISNO MATRIK : 820804085550001NO K/P : 820804085550NO.TEL : 0195298124EMAIL : [email protected] PEMBELAJARAN : SEAMEO, RECSAM GELUGOR[Type the document subtitle]

ULASAN SEMINARKertas Kerja 1: Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif KendiriPembentang : Dr.Nasaruddin b. Basar Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sumber : Video seminar yang dimuat naik dalam portal epic.

Aspek: i. Pembangunan Profesionalisme ii. Kebertanggungjawaban guru

PendahuluanDewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion yang mulia. Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda Pengarang : Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem Pendidikan. Artikel menyatakan sistem pendidikan Negara yang baik dan terancang adalah faktor utama kepada penghasilan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan oleh negara. Pelbagai usaha dan strategi disusun seterusnya digembeling pihak kerajaan bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik dari masa ke semasa. Antara usaha tersebut ialah memartabatkan profesion keguruan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) merupakan satu lagi usaha Kementerian Pendidikan dalam mentranformasikan sistem pendidikan ke arah yang lebih realistik. Proses ini melibatkan 3 gelombang yang akan dilaksanakan dalam masa 13 tahun. Di mana gelombang pertama (2013-2015) adalah memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme serta penambahbaikan sistem sokongan dan persekitaran kerja sedia ada. Bagi gelombang kedua (2016-2020) pula, Pakej Kerjaya Guru baru akan dibina atas kejayaan gelombang pertama dan akan menyediakan pelaksanaan laluan kerjaya yang dimantapkan dengan tawaran pelbagai pengkhususan bergantung kepada minat guru. Manakala gelombang ketiga (2021-2025) adalah memfokuskan kepada kecemerlangan menerusi operasi yang lebih realistik. Seterusnya Pelan ini menyasarkan kepada kemenjadian pelajar dan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Antara enam sifat tersebut adalah pengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, memimpin, dwibahasa, beretika dan beragama serta beridentiti kebangsaan. Oleh itu untuk melahirkan pelajar setaraf peringkat global ini semuanya bermula daripada insan yang bernama guru.

a. Pembangunan Profesinalisme.Mentranformasikan Profesion perguruan merupakan anjakan ke 4 daripada 11 anjakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ini merupakan salah satu lagi usaha kementerian dalam usaha melaksanakan Program Pembangunan Profesional. Selain daripada itu ia merupakan satu usaha yang berterusan oleh kementerian untuk meniup semangat baru kepada seluruh warga pendidik untuk memajukan diri. Antara usaha dan stategi kementerian pendididikan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah:i. Menaikkan taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.Antara usaha Kementerian Pendidikan adalah dengan menawarkan progam sehingga ke peringkat Ijazah dan menambahbaik infrastruktur serta pesekitaran pengajaran di samping memperketatkan syarat pemilihan guru pelatih.

ii. Menyediakan peluang peningkatan kerjaya.Menyediakan peluang kenaikan pangkat kepada guru dan pengetua cemerlang, mewujudkan jawatan guru cemerlang meupakan salah satu insentif untuk meningkatkan pencapaian warga pendidik. Seterusnya guru dapat menjadikan poses pengajaran dan pembelajaran menjadi bertambah baik. Semua program pembangunan profesional yang beterusan mensasarkan kepada matlamat untuk mempertingkatkan kompetensi, ilmu pengetahuan dan kebolehan guru.

iii. Progam Pensiswazahan GuruPelbagai program telah dilaksanakan semenjak dari tahun 1999. Bemula dengan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR), Kursus Dalam Cuti (KDC) dan akhir-akhir ni kementerian Pendidikan mengambil langkah serius dengan mengadakan Pogram Pensiswazahan Guru (PPG) kepada semua warga pendidikan yang belum siswazah. Progam ini melibatkan semua guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Kehadiran guru-guru dalam progran ini memberi impak yang besar kepada diri guru itu sendiri, pelajar, guru besar/pengetua seteusnya kepada negara.

b. Kebertanggungjawaban GuruAnjakan ke lima daripada sebelas anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia2013 2025 adalah memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Ini merupakan salah satu garapan kementerian dalam usaha melahirkan kualiti kepimpinan sekolah iaitu pihak pentadbian dalam menguruskan warga sekolah. Ini merupakan faktor kedua terpenting selepas kualiti guru dan ini seterusnya akan menentukan keberhasilan murid. Pengetua atau guru besar bertanggungjawab memastikan warga guru mempunyai identiti seoang guru yang bertanggungjawab memastikan kemenjadian murid berhasil. Oleh itu dengan usaha kementerian pendidikan merancang yang terbaik untuk profesion seorang guru, maka guru perlulah mempunyai kualiti diri yang mana guru itu sendiri perlulah:i. melakukan anjakan paradigma dan memberikan sokongan yang padu atas apa sahaja usaha kementeian dalam memartabatkan pofesion perguruan seperti melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan peta i-think dan unsur-unsur KBAT. ii.menyemai sifat sifat seorang guru yang profesional serta menigkatkan tahap profesionalisme mereka. Antara ciri-ciri profesional seorang guru yang berkualiti adalah seperti suka membaca, mempunyai sifat ingin tahu, kemahiran bertutur, daya ingatan, sentiasa berusaha dan pengetahuan ikhtisas.iii.mengelakkan diri daripada melakukan perkara perkara yang boleh mendatangkan imej buruk profesion guru. Guru hendaklah menjaga tingkah laku di mana sahaja berada. Oleh hal yang demikian, usaha kerajaan untuk memartabatkan profesion guru tidak akan sia sia kerana mendapat sokongan daripada para guru sendiri. iv.Sentiasa proaktif ke hadapan. Tidak menunggu pentadbir suruh buat baru buat.Rumusan

Hakikatnya tanggungjawab guru bertambah seiring dengan kemajuan negara dalam membentuk insan yang berkualiti. Walaupun begitu warga guru tetap menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin walaupun sehingga malam hari. Oleh itu Kementerian Pendidikan perlulah menjadi payung kepada seluruh guru di Malaysia walau dalam apa jua keadaan tidak kira samaada dalam bentuk ganjaran ataupun kebajikan. Ini adalah untuk menghargai pengorbanan guru selama ini mendidik dan meluangkan masa sehingga menjadi manusia berguna tanpa mengira waktu dan keluarga sendiri.

Sepertimana petikan yang diambil daripada sebuah catatan pelajar Sarjana Bimbingan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, menyatakan bahawa pihak kementerian bolehlah mempertimbangkan cadangan untuk memastikan profesion guru di Malaysia mencapai standard kualiti yang diingini dan profesion guru dimartabatkan pada tempat yang sepatutnya supaya mencapai standard kualiti yang diingini, menjadi prospek kerjaya yang menarik, dapat memberi motivasi kepada guru untuk terus menjalankan amanah dan memartabatkan profesion guru di mata rakyat Malaysia.

[5]