kertas kerja perkhemahan epic berkumpulan

30
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS, JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) MOD PJJ KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEK.KEB.SUNGAI RUSA,BALIK PULAU,PULAU PINANG. BINA INSAN GURU ( B.I.G ) NAMA : NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI NO IC : 80!1"#0$#"0%& NO MATRIK : PPG 0!11 ' %8% KELAS : PPG 'PJ ( B ) KURSUS : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PENS ARAH : EN HANAFI BIN GHAZALI SEKAPUR SIRIH

Upload: nur-khairi

Post on 06-Oct-2015

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

khemah

TRANSCRIPT

BINA INSAN GURU NURKHAIRI B MOHD SHUKRI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PERLIS,JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLISprogram pensiswazahan guru ( ppg )mod pjj

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

SEK.KEB.SUNGAI RUSA,BALIK PULAU,PULAU PINANG.BINA INSAN GURU ( B.I.G )

NAMA : NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

NO IC : 840615-09-5037

NO MATRIK : PPG 0611 / 2383

KELAS : PPG / PJ ( B )

KURSUS : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PENSYARAH : EN HANAFI BIN GHAZALI

SEKAPUR SIRIH

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberikan kami kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan berterima kasih kami ucapkan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa kerana telah memberi kerjasama, memberi panduan dan pendedahan kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada rakan-rakan sejawatan, kami pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Di sini rakan-rakan telah memberikan banyak kerjasama untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama daripada ahli kumpulan sangat dihargai. Kami berharap sekiranya terdapat kesalahan harap dimaafkan. Kami telah melakukan yang terbaik dan penuh berhati-hati. Segala sumbangan kalian akan dikenang sepanjang masa dan moga-moga bimbingan, sumbangan, dan sokongan yang dihulurkan kepada saya dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Wassalam...

ISI KANDUNGANPERKARA MUKA SURAT1.0 Rasional 42.0 Latar Belakang43.0 Matlamat54.0 Objektif55.0 Tema66.0 Konsep Perlaksanaan67.0 Tujuan68.0 Aktiviti69.0 Ketetapan Dan Perlaksanaan710.0 Maklumat Penyertaan711.0 Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Badan Uniform 2012812.0 Anggaran Perbelanjaan 913.0 Jadual Aktiviti Perkhemahan 1014.0 Peraturan Perkhemahan1115.0 Harapan1216.0 Ikrar Perkhemahan1317.0 Syarat-Syarat Aktiviti Pertandingan14 - 1618.0 Bidang Tugas Jawatankuasa Perkhemahan 16 - 18 19.0 Laporan Perkhemahan Unit Beruniform 19 19.1 Objektif 2019.2 Strategi Pelaksanaan SEBELUM ,SEMASA ,SELEPAS 20 - 2119.3 Gambar-gambar sepanjang perkhemahan 21 - 2519.3 Refleksi2619.3.1 Kekuatan Projek26 19.3.2 Kelemahan Projek2620.0 Cadangan Penambahbaikan2721.0 Kesimpulan27

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA,BALIK PULAU,PULAU PINANG 2012

1.0 RasionalAktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta serta dapat memupupuk sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna , tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar.

2.0 Latar Belakang Selaras dengan rasional di atas, Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Pulau Pinang akan menganjurkan Perkhemahan Badan Uniform 2012 dengan hasrat memberi peluang kepada pelajar menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita-cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi dikalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.3.0 MatlamatSesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

4.0 Objektif:4.1Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.4.2Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.4.3Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin. 4.4Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.4.5Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.4.6Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing- masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan4.7Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral

5.0 Tema: CINTAI ALAM SEKITAR6.0 Konsep PelaksanaanPerkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran melalui aktiviti. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:-6.1Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.6.2Penerapan nilai-nilai murni kemanusiaan.6.3Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi6.4Pengukuhan disiplin kendiri6.5Pengukuhan disiplin berpasukan6.6Pengukuhan keimanan dan ketakwaan6.7Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi6.8Penyemaian ciri-ciri kepimpinan berwibawa.6.9 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis.

7.0 TujuanMemupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi dan reka cipta.

8.0 Aktiviti Aktiviti yang akan diadakan akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu aktiviti tanpa pertandingan dan aktiviti pertandingan.

SENARAI AKTIVITI

BILAktivitiPengendali

1Ice-BreakingKem Komandan / Penolong Kem Komandan

2Kembara MalamPengakap

3Pertandingan BalutanPuteri Islam

4Pertandingan Kawad KakiTunas Kadet Remaja Sekolah

5Masakan RimbaPuteri Islam

6Permainan TradisionalPengakap

7Pertandingan IkatanTunas Kadet Remaja Sekolah

8Memasang KhemahTunas Kadet Remaja Sekolah

9Malam Apresiasi SeniPuteri Islam

10Istiadat PagiKem Komandan / Penolong Kem komandan

11Senaman PagiJ/K Senaman Pagi.

12Kuliah Maghrib / SubuhJ/K Kerohanian

9.0 Ketetapan dan pelaksanaan:-9.1Tarikh:13hb -15hb Julai 20129.2Hari:Jumaat - Ahad9.3Tempat:Padang Sekolah,Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, P.Pinang.

9.4Majlis Perasmian Pembukaan a)Tarikh:13 Julai 2012b)Hari:Jumaatc)Masa:3.30 Petangd)Tetamu Kehormat: Pn. Hjh Hasnah Binti A.HamidGuru Besar SK Sungai Rusa,P.Pinang.

9.5Majlis Perasmian Penutupa)Tarikh:15 Julai 2012b)Hari:Ahadc)Masa:12.00 Tengaharid)Tetamu Kehormat: Pn. Hjh Hasnah Binti A.HamidGuru BesarSK Sungai Rusa,Pulau Pinang.

10.0 Maklumat PenyertaanSetiap badan uniform akan diwakili oleh semua pelajar tahun 3, 4 dan 5 Anggaran bilangan peserta perkhemahan ialah seramai 55 orang.

Bilangan ahli Unit Beruniform 2012Unit BeruniformLelakiPerempuan

Tahun 3Tahun 4Tahun 5Tahun 3Tahun 4Tahun 5

Pengakap434452

TKRS523553

Puteri Islam334

11.0 Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Badan Uniform 2012 Pengerusi:Puan Hjh Hasnah Binti A.HamidGuru Besar, SK Sungai Rusa, P.Pinang.

Naib Pengerusi:En.Wan Hamid Wan AhmadGPK Ko-Kurikulum

Naib Pengerusi 2:En.Rafidah YahyaGPK Pentadbiran

Naib Pengerusi 3:En Pn Sabariah YahyaGPK Hal Ehwal Murid

Setiausaha:En. Nurkhairi bin Mohd Shukri ( Kem Komandan )Penolong Setiausaha:En Mohd Khairul Farhan bin Bukhari( Pen. Kem komandan )Bendahari:Pn Mardiyah binti DarusAhli Jawatankuasa:Elektrik / Siaraya:En. Ibrahim bin MustapaHadiah / Cenderahati :Pn. Yusmasuria Binti YahayaPersiapan Tempat :En. Ahmad Mustafa Lotfi bin AhmadMakanan / Minuman :Pn. Che Noraina binti BakarPn.Faizah binti CheSijil Penyertaan/Buku Program:En Azmi b. HussinKerohanian:Pn.Saridah binti HarunTapak Perkhemahan :En. Mohd. Faizie bin Shuib Keselamatan En Mohd Fadhlian Bin SaadApresiasi seni:En. Anuar bin SaariDokumentasi:En. Azmi bin Hussin

12.0 Anggaran Perbelanjaan:

BilPerkaraButiranJumlah

1Makan muridMakan pagi ( 55 X 1.50 X 2)Makan tengahari ( 55 X 2.50 X 1 )Makan tengahari ( 55 X 1.50 X 1 )Makan malam ( 55 X 2.50 X 2 )RM165.00RM137.50RM 82.50RM 275.00

2Hadiah Pertandingana) 8 hadiah Pertama ( RM 20.00 x 8 )b) 8 hadiah Kedua ( RM 15.00 x 8 )c) 8 hadiah Ketiga ( RM 10.00 x 8)d) Peserta terbaik ( RM 10.00 x 2 )e) Hadiah Terbaik keseluruhan ( RM 50.00 )RM160.00RM120.00RM 80.00RM 20.00RM 50.00

4PeralatanRM200.00

5CenderahatiRM100.00

Jumlah RM1390.00

12.1 Anggaran Pendapatan 1. Yuran pendaftaran peserta ( RM 10.00 x 55 ) RM 550.002. PIBG RM 300.003. Hasrat sariRM 60.004. Pn.Buni binti SafarRM 20.005. Pn. Saridah binti HarunRM 20.00 JUMLAH RM 940.00

13.0 Jadual Aktiviti PerkhemahanMasa / HariJumaatSabtuAhad

5.30 am

Bangun, Siap diri , Solat , Bersenam

7.30 am

Sarapan pagi , pemeriksaan pagi

8.30 am

Pertandingan pertolongan cemas - Balutan Membersihkan tapak perkhemahan serta menurunkan khemah

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh Pn. Rokiah bt Khalid Guru Besar , SKTTB

9.30 am Pertandingan kawad kaki

12.30 T/Hari

Berehat , Makan , Solat

3.00 pm Pendaftaran Peserta Mendirikan khemah Pertandingan memasak Pertandingan Permainan Tradisional

BERSURAI

4.00 pm

Minum petang dan Solat Asar

5.00 pmIce-Breaking Pertandingan ikatan Pertandingan memasang khemah Persediaan Apresiasi Seni

7.00 pmMANDI , SOLAT MAGHRIB, CERAMAH / BACAAN YASINMANDI , SOLAT MAGHRIB , CERAMAH MOTIVASI

9.00 pmKembara malam( semua peserta )Pertandingan Apresiasi Seni

11.00 pm

Tidur

14.0Peraturan tetap perkhemahan:a)Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjagab)Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa menyertai perkhemahan.c)Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan dilayan.d)Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan, kecuali dengan kelulusan kem komandan atau guru bertugas.e)Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarangf)Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang-barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronikg)Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan-kawasan larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.h)Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, khususnya semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti di sepanjang perkhemahan.i)Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat. Semua peserta perlu sensitive kepada keperluan keselamatan sepanjang masa. j)Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur. k)Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan. l)Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam.m)Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa kesemasa jika difikirkan perlu.

15.0 HarapanKejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga, sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu.

DISEDIAKAN OLEH

(EN NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI) PENYELARAS PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2012

DISAHKAN OLEH

(PN.HJH HASNAH BINTI A.HAMID )GURU BESAR SK SUNGAI RUSA,PULAU PINANG.

16.0 Ikrar Perkhemahan

KAMIPARA PESERTA PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN UNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TOK BANDAR TAHUN 2012DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAKZIMNYA BERIKRARBAHAWA KAMI AKAN :MENYERTAI PERKHEMAHAN INI DENGAN BERSUNGGUH SUNGGUH

MENJALANI SEMUA AKTIVITI YANG DIPROGRAMKAN DENGAN TABAH DAN PENUH SEMANGAT

MEMANFAATKAN PELUANG YANG DIBERI UNTUK MEMPERKAYA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KAMI, SERTA MEMPERERATKAN LAGI PERPADUAN DIANTARA KAMI

MENGHARGAI DAN MENJUNJUNG TNGGI SEGALAPANDUAN, NASIHAT DAN TUNJUK AJAR YANG BAKAL KAMI PEROLEHI

MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN DENGAN PENUH KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB

BERUSAHA BERSAMA SAMA MENJAYAKAN PERKHEMAHAN INI

KEMBALI DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG TINGGI DAN KAMILAH PENDUKUNG CITA CITA BANGSA DAN NEGARA

17.0 Syarat-Syarat Aktiviti Pertandingan

JENIS AKTIVITIBIL PESERTATEMPOH MASACATATAN

Kawad Kaki

Pengendali: TunasKadet Remaja Sekolah10 minit

Rujuk Panduan Kawad Perkhemahan Pertandingan akan dijalankan di kawasan Perhimpunan. Disiplin , Kekuatan suara dan keseragaman merupakan perkara yang dinilai

Pertolongan CemasPengendali: Puteri Islam Semua unit Terlibat 10 Peserta setiap unit

10 MinitMelakukan Simulasi Kemalangan- Menunjukkan 4 Jenis Balutani. Balutan Kepalaii. Balutan Kakiiii. Balutan Tanganiv. Balutan Dada

Pertandingan MasakanPengendali: Puteri Islan

2 Pasukan A dan B Setiap pasukan 5 Orang Semua unit terlibat

60 Minit

Peralatan memasak disediakan sendiri oleh peserta Bahan-bahan masakan disediakan sendiri oleh peserta Bahan hiasan juga dibenarkan Nasi hendaklah dimasak dalam buluh Ikan / udang / sotong / ketam boleh dijadikan lauk dengan cara membakar Kreativiti / Rasa / Kebersihan adalah dinilai., kerjasama

Taraf PerkhemahanPengendali: Kem Komandan dan Pen. Kem KomandanSemua Unit

Sepanjang Perkhemahan

Kebersihan Kws.Khemah Adanya Gajet Kasut Adanya Gajet Pingan Mangkuk Kebersihan Dalam Khemah Kebersihan Dapur Gajet Ampaian Seanarai Bertugas Senarai nama ahli Nama Pasukan dan bendera Kekemasan Diri Ketepatan waktu aktiviti Tong Sampah Pagar Kws. Khemah

Permainan TradisionalPengendali: Pengakap Unit Pengakap dan T.Kadet sahaja 6 Orang setiap pasukan

60 minit

Permainan tuju kasut Selipar yang disilang akan dibaling menggunakan bola. Kumpulan yang paling lama bermain akan dikira sebagai pemenang.

Ikatan / Simpulan

Pengendali: TunasKadet Remaja Sekolah Semua unit terlibat Setiap unit perlu menyediakan 2 pasukan . Setiap pasukan 5 Orang

Paling Awal siap dan betul ikatannya 5 jenis ikatani. Manukii. Buku silaiii. Bunga ketiiv. Nelayanv. Tindih kasih Tali disedikan sendiri oleh peserta Panjang setiap tali lebih kurang 1 m Kelima-lima ikatan tersebut hendaklah disambungkan antara satu sama lain dan ikatan Tindih Kasih hendaklah diikat pada pinggang peserta yang terakhir.

Apresiasi SeniPengendali: : 1. En.Mohd Fadhlian bin Saad2. Pn.Siti Noor Aneeis binti Hasyim

Semua unit terlibat Setiap Unit perlu menyediakan 2 Pasukan Setiap Pasukan Maksimun 20 orang

10 minit

Jenis Persembahan adalah bebas Setiap persembahan boleh menggunakan alat sokongan Kreativiti persembahan dan daya tarikan persembahan diutamakan Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan ditolak 10 markah. Persembahan dibuat di Pentas Dewan sekolah

Memasang KhemahDanMelipat Khemah

Semua unit terlibat Setiap unit perlu menyediakan dua pasukan sahaja Setiap pasukan hanya 5 orang peserta sahaja.

30 minit

Khemah Iglu digunakan . Khemah disediakan oleh pihak urusetia

18.0 Bidang Tugas Jawatankuasa Perkhemahan

JawatanBidang Tugas

Pengurus Peserta :Semua Ketua Unit Beruniform

1. Pengakap 2. Tunas Kadet Remaja3. Puteri Islam

1. Menyediakan murid untuk menyertai perkhemahan.2. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi setiap peserta unit masing-masing.3. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan.4. Menyediakan jadual guru bertugas unit masing-masing5. Memastikan penyediaan senarai semak peralatan lebih awal.6. Memastikan disiplin peserta sebelum , semasa dan selepas perkhemahan

Tapak PerkhemahanPengerusi : En. Mohd Faizie bin Shuib

1. Menyediakan pelan pembahagian tempat tapak perkhemahan mengikut unit.2. Menyediakan khemah yang mencukupi bagi keperluan murid dan guru.3. Memastikan komponen khemah dan segala peralatan yang berkaitan mencukupi.4. Memastikan setiap khemah di buka dan dibersihkan selepas perkhemahan.5. Menyediakan segala dokumen perlu sekiranya terdapat pinjaman khemah dari luar.

Persiapan Tempat Aktiviti / Alatan PertandinganPengerusi : En.Ahmad Mustafa Lotfi bin Ahmad

1. Menyediakan,memasang dan menyiapkan semua jenis peralatan dan halangan bagi aktiviti lasak yang akan diadakan.2. Mengemas dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan ditempat yang sesuai.3. Menyediakan kayu / buluh untuk pertandingan gajet.4. Menyediakan daun kelapa bagi tujuan kraftangan.

Hadiah dan CenderahatiPengerusi : Pn. Yusmasuria binti Yahaya1. Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang dijalankan.2. Menguruskan majlis penyampaian hadiah3. Menyediakan lain-lain hadiah jika sekiranya ada.

Sijil Penyertaan/Buku ProgramPengerusi : Pn.Faizah binti Che Nat1. Pn.Marlia binti Mat Razi

1. Menguruskan segala keperluan untuk menyediakan sijil penyertaan kepada semua peserta perkhemahan .2. Menyediakan buku program

Kerohanian : Pn.Saridah binti Harun 1. Menyediakan jadual bertugas imam mengikut waktu solat.2. Memastikan ada bacaan yasin dan doa selamat pada malam jumaat.3. Mengendalikan kuliah maghrib dan subuh.

Elektrik dan SiarayaPengerusi : En.Ibrahim bin Mustapa

1. Memastikan elektrik dan peralatan siaraya yang sempurna diseluruh tapak perkhemahan .2. Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan ditempat yang sesuai3. Mengurus dan menyediakan peralatan pada malam kebudayaan

Makan / MinumPengerusi : Pn.Noraina binti Bakar1. Pn.Che Noraini binti Bakar2. Pn. Buni binti Safar

1. Menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi bagi semua guru dan murid yang terlibat.2. Menyediakan jadual serta menu masakan setiap hari perkhemahan.3. Menyediakan anggaran perbelanjaan makan yang mencukupi.4. Mengurus dan menyediakan semua peralatan memasak.5. Mengemas dan membersihkan semua peralatan masakan selepas perkhemahan

Keselamatan / KecemasanPengerusi : En.Anuar bin Saari

1. Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan berada dalam keadaan yang baik.2. Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupi.3. Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatan kawasan perkhemahan.4. Membuat makluman kepada pihak polis berhubung perkhemahan.5. Membuat makluman kepada klinik kesihatan berdekatan berhubung bantuan kecemasan semasa perkhemahan.6. Memberi taklimat kecemasan yang lengkap dan diletakkan di urusetia7. Menyediakan peti kecemasan yang lengkap.

Apresiasi seniPengerusi : En.Mohd Fadhlian bin Saad1. Pn.Siti Noor Aneeis binti Hasyim

1. Menentukan jenis persembahan dan syarat-syarat.2. Menyediakan borang penghakiman.3. Menguruskan perjalanan Malam Kebudayaan.4. Memastikan tempat aktiviti Malam Kebudayaan bersih selapas digunakan.5. Memberi taklimat kepada peserta persembahan sekurang-kurangnya 4 hari sebelum pertandingan.

DokumentasiPengerusi : En.Azmi bin Hussin1. Melakukan tugas-tugas dokumentasi

19.0 LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK SUNGAI RUSA,P.PINANG.

19.1 ObjektifPada 13 15 Julai 2012, satu program perkhemahan unit beruniform telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.Ini adalah kerana kebanyakan peserta yang dipilih tidak pernah mengikuti sebarang program perkhemahan unit beruniform sebelum ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain. Para perserta akan dilibatkan dalam banyak aktiviti kumpulan. Hal ini supaya para peserta lebih menghargai kehadiran insan lain dalam kehidupan mereka. Program perkhemahan ini juga dapat melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin selain mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup. Kemahiran seperti pertolongan cemas, asas ikatan, asas balutan turut diajar. Peserta juga akan menimba pengalaman menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar yang tidak pernah mereka lakukan selama ini. Selain itu, para peserta juga dapat mengembangkan potensi diri dan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Keberanian peserta dalam menonjolkan karekter juga dapat dicungkil. Akhir sekali, program ini bertujuan untuk membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral.

19.2 Strategi Pelaksanaan SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS.Sebelum pelaksanaan perkhemahan dibuat, beberapa strategi telah direncana bagi memastikan kelancaran program ini. Pertama, perbincangan dengan guru penolong kanan kokurikulum dibuat. Perbincangan ini dibuat untuk mendapat gambaran awal tentang aktiviti perkhemahan yang dibuat di sekolah ini sebelum ini. Perbincangan awal juga lebih menjurus kepada aspek penglibatan murid dan guru serta sumber kewangan yang boleh diperolehi. Kedua, ialah proses membuat kertas kerja. Dalam kertas kerja ini dicatatkan rasional, matlamat, konsep pelaksanaan, jadual aktiviti, senarai ahli jawatan kuasa dan anggaran perbelanjaan program. Kertas kerja ini diluluskan oleh Puan Guru Besar, Puan Rokiah binti Karim. Ketiga, satu senarai semak telah dibuat untuk mengenalpasti alatan yang akan digunakan. Saya mendapati pihak sekolah cuma mempunyai 5 buah khemah. Programperkhemahan ini memerlukan 11 buah khemah untuk kapasiti peserta 55 orang. Sebagai langkah susulan, saya membuat surat untuk meminjam khemah dari Sekolah Kebangsaan Kayang, Perlis. Akhirnya masalah kekurangan khemah ini selesai. Keempat, saya dan rakan intership mencari penaja untuk program ini. Kami berjaya mendapat RM 2300 hasil tajaan beberapa individu. Duit yang diperoleh ini digunakan untuk membeli alatan dan menampung perbelanjaan makan dan minum peserta program. Seterusnya, mesyuarat bersama guru-guru dibuat. Mesyuarat ini dibuat untuk memberi maklumat lengkap kepada guru-guru berkenaan program yang akan dijalankan. Hal ini kerana persediaan untuk menjalankan program ini perlu dibuat dalam tempoh 2 minggu. Dalam mesyuarat ini juga senarai ahli jawatankuasa program, jadual bertugas guru dan jadual aktiviti program diedarkan. Guru-guru memberi kerjasama yang amat baik. Seterusnya adalah proses pemilihan peserta. Peserta diambil dari kalangan murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Peserta dipilih oleh guru kelas. Sebelum pemilihan peserta dimuktamadkan, ibu bapa perlu mengisi borang kebenaran untuk memberi keizinan anak atau jagaan mereka mengikuti proram perkhemahan ini. Hal ini supaya pihak sekolah tidak dipertanggungjawabkan di atas kemalangan atau kecederaan yang berlaku sepanjang program ini dijalankan. Akhirnya, seramai 55 orang murid berjaya mendaftarkan diri sebagai peserta. Selepas pemilihan peserta dimuktamadkan, satu taklimat dibuat. Antara isi kandungan taklimat tersebut adalah penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan dan risiko yang perlu dihadapi peserta. Peserta juga diberi senarai semak alatan yang perlu dibawa semasa program perkhemahan.Program perkhemahan mula dijalankan pada 13 15 Julai 2012. Semua guru yang terlibat hadir mengikut jadual yang disediakan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembahagian kumpulan, memasang khemah, pertandingan masakan, pertandingan pertolongan cemas, pertandingan ikatan dan pertandingan persembahan malam kebudayaan. Setiap aktiviti dikendalikan oleh guru-guru mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Para peserta sedang memasang khemah

Kuliah agama disampaikan oleh Ustaz Lotfi

Bacaan Yasin20

Aktiviti menaikkan lilin dengan menggunakan tali

Aktiviti Kembara Malam

Pertandingan Balutan

21

Pertandingan Tuju Kasut Tiga

Pertandingan Memasak

Para peserta menikmati makanan selepas pertandingan masakan

22

Malam Apreasasi seni

Para Peserta menurunkan Khemah

Acara Penyampaian Hadiah Untuk Pemenang

Setelah selesai perkhemahan, satu senarai semak dibuat untuk memeriksa keadaan alatan yang digunakan. Segala alatan yang dipinjam dari pihak luar dipulangkan. Selepas itu, satu post-mortem dibuat untuk mengenalpasti kekuatan dan kelamahan projek yang telah dijalankan.

19.3 REFLEKSI

19.3.1 Kekuatan Projek

Kekuatan projek ini pertama adalah dari segi pengalaman guru-guru mengendalikan program perkhemahan unit beruniform sebelum ini. Pengalaman lalu guru-guru banyak membantu saya. Contohnya tentang saluran yang betul untuk mendapatkan tajaan dan juga cara menguruskan dana yang diperoleh dengan berhemah. Kekuatan kedua adalah jumlah dana yang boleh dibelanjakan untuk program ini. Tanpa kekuatan kewangan yang kukuh, program perkhemahan ini mungkin akan menghadapi beberapa masalah terutamanya masalah makan dan minum peserta. Dengan kewangan yang kukuh maka, masalah ini tidak timbul.

19.3.2 Kelemahan ProjekTerdapat beberapa kelemahan dalam program yang dijalankan ini. Pertama, masalah cuaca. Pada mulanya, pihak sekolah bercadang supaya para peserta tidur di dalam khemah. Namun akibat hujan yang sangat lebat, para peserta terpaksa tidur di dewan. Hal ini supaya keselamatan para peserta terjamin. Seterusnya, pertandingan kawad kaki tidak dapat dijalankan dan digantikan dengan latihan kawad kaki sahaja. Hal ini kerana para peserta masih lemah dalam kawad kaki. Namun demikian, masalah ini akan diatasi dengan beberapa sesi latihan yang dirancang oleh guru-guru badan beruniform Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar, Perlis.

20.0 Cadangan PenambahbaikanBeberapa penambahbaikan boleh dilakukan bagi mamastikan program perkhemahan unit beruniform ini lebih lancar di masa akan datang. Yang pertama, penyelaras program perlu merancang pelan kedua sekiranya berlaku masalah pada aktiviti yang telah dirancang awal. Sebagai contoh, untuk masakan rimba peserta perlu memasak telur di dalam tanah. Oleh sebab hujan, maka pertandingan masakan rimba boleh ditukar kepada pertandingan masakan sahaja.Kedua, aktiviti pembinaan kumpulan dibuat dengan menggunankan aktiviti yang hanya boleh dilakukan secara berkumpulan. Contohnya permainan mengangkat lilin dengan menggunakan tali. Sekiranya peserta kumpulan tidak bekerjasama, lilin tidak akan berjaya diangkat. Hal ini supaya peserta tidak sesekali menipu semasa aktiviti dijalankan.

21.0 KESIMPULANKesimpulannya, program yang dijalankan ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini, berjaya membentuk peserta program menjadi lebih bertanggungjawab dan berdisiplin seterusnya membantu menjayakan hasrat kerajaan yang inginkan murid-murid maju dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Program ini juga banyak memberi nilai tambah kepada profesion keguruan saya. Holistiknya,melalui program ini,ia dapat membentuk satu generasi yang berdaya tahan dan mampu bersaing diperingkat global.Selaras dengan kurikulum baru iaitu KSSR,aktiviti seperti ini dapat memdedahkan murid dengan pelbagai ilmu dan membuat satu anjakan paradigma dalam diri murid-muird tersebut bagi menghadapi pendidikan abad ke-21.

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM ( S.K.S.R ) | 2