tugasan biology

36
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2012 KOD KURSUS : HBSC1203 TAJUK KURSUS : BIOLOGY 1:BASICS OF LIFE NO. MATRIKULASI : 760504016930001 NO. KAD PENGENALAN : 760504-01-6930 NO. TELEFON : 013-7457014 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT

Upload: shahruddin-subari

Post on 26-Jul-2015

196 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Biology

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2012

KOD KURSUS : HBSC1203

TAJUK KURSUS : BIOLOGY 1:BASICS OF LIFE

NO. MATRIKULASI : 760504016930001

NO. KAD PENGENALAN : 760504-01-6930

NO. TELEFON : 013-7457014

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT

Page 2: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Page 3: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Page 4: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana kerja kursus Biology 1: Basics of Life ini

dapat dilengkapkan.Melalui peluang keemasan ini,saya Norliyanan binti Rubani merakamkan

jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada tutor saya iaitu Mejar Dr.Tay

Chong Seng kerana memberikan saya tunjuk ajar.Segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau di

dalam bilik kuliah amatlah saya hargai.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada ahli keluarga tersayang kerana memberikan sokongan moral kepada saya dalam

menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa kepada rakan-rakan sekuliah yang banyak membantu

dalam perkongsian maklumat.

Akhir kata,terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan kertas kerja

ini.Saya juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat segala

kesilapan yang tidak disengajakan dalam tugasan ini.

Sekian,terima kasih

Norliyana binti Rubani

760504016930

Page 5: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Isi Kandungan Halaman

Pengenalan 1-2

Menu Hidangan Makan Tengah hari Sharmin 3-6

Proses Penghadaman Makanan Secara Umum. 7-9

Proses Pencernaan Karbohidrat 10-11

Proses Pencernaan Makanan Berprotien 12

Proses Pencernaan Makanan Berlemak 13

Proses Pencernaan Mineral Dan Vitamin 14

Kelas Makanan Kuarang Di ambil Oleh Sharmin 15

Kesan Kurang Pengambilan Sayur Dan Buah – buahan. 16-17

Kesimpulan 18

Bibliografi ii

Page 6: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Page 7: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Pengenalan

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan

tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu

mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada

kadar yang betul sepertimana yang dicadangkan di dalam piramid makanan. Kekurangan

nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Jenis- Jenis Nutrien

Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem

tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap,

madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan

beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras,

gandum, dan sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya

boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas

kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat

dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana

merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan

sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba

keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada

suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada

pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang

penting kepada penyatuan selaput sel.

Page 8: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana

lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan

bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh

menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Mineral Dan Zat Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan

manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam

tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam

susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu

tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak.

Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan

kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral

tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka

pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.

Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting.

Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

ii

Page 9: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

A. Menu Hidangan Makanan Tengah hari Sharmin

White Rice

Fried Chicken

Steamed Fish

Eggs in Chilli Coconut Milk

Yogurt

Lime Syrup Water

Jadual 1.0 Hidangan Makan Tengah hari Sharmin.

Gambarajah 1.0 : Piramid Makanan

Berdasarkan jadual 1.0 dan gambarajah 1.0 maka dapatlah kita memperincikan

kumpulan makanan dan nutrisi yang diambil oleh Sharmin dalam hidangan makan tengah

harinya. Berikut adalah perincian dan penerangan berkaitan pemakanan yang diambil oleh

Sharmin.

ii

Page 10: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Bil Makanan Kumpulan MakananNutrien

Paling Banyak

Lain-lain

Nutrien

1 Beras/Nasi putihKumpulan 2 :

Beras,Bijirin,Roti,PastaKarbohidrat

Protien

Vitamin

2 Ayam GorengKumpulan 4 :

Daging,ikan ,kekacangProtien, Lemak

3 Ikan masak stimKumpulan 4:

Daging,Ikan,kekacangProtein, Vitamin

4 Telur ayam Kumpulan 3 : Tenusu Protien, Lemak

5 Santan Kumpulan 5 : Minyak Lemak protien

6 Lada Cili Kumpulan 3: Sayur-sayuran Karbohidrat Protien

7 YogurtKumpulan 4 :

Keju,yogurt & SusuProtien

8 Air Sirap Kumpulan AirMineral,

vitamin

5 limau Kumpulan 3 : Buah-buahanMineral

,vitamin

Jadual 1.1 : Kelas makanan dan kandungan Nutrien.

Beras/ Nasi Putih

Sharmin memakan Nasi putih semasa makan tengah hari .Ini bermakna dia telah

mengambil nutrien Karbohidrat.Nasi putih telah dikelaskan di dalam kumpulan kedua

selepas air pada piramid makanan. Kandungan nutrisi nasi putih di mana sebahagian besarnya

adalah karbohidrat beras iaitu kanji dengan kadar 85-90 peratus.Manakala sebahagian

kecilnya ialah pentosan, selulosa, hemiselulosa dan gula. Kanji beras tersusun dari

dua polimer karbohidrat iaitu amilosa dan amilopektin.Protein adalah komponen kedua

terbesar beras setelah kanji.Terdapat juga unsur mineral dan vitamin serta air di dalam beras.

ii

Page 11: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Ayam Goreng.

Selain itu, Sharmin turut memakan ayam goreng.Makanan ini yang dikumpulkan

dalam kumpulan ke empat pada piramid makanan.Ayam goreng mengandungi protein yang

tinggi .Selain daripada protein ayam goreng juga mengandungi lemak,vitamin A dan mineral

seperti zat besi serta air.

Ikan Kukus

Sharmin juga memakan ikan yang dikukus. Ikan yang dikukus dapat mengekalkan

semua kandungan zat makanan atau nutriennya.Ikan kaya kandungan gizinya.Ikan

dikumpulkan di dalam kumpulan empat pada piramid makanan di mana pengambilan

makanan di dalam kumpulan ini sepatutnya secara sederhana.  Baik ikan air tawar mahupun

ikan air laut, kedua-duanya memiliki kandungan gizi, iaitu protein, lemak, vitamin dan

mineral.Namun kandungan protiennya lebih tinggi daripada yang lain. Protein ikan

mengandungi berbagai asid amino dalam bentuk yang hampir sama dengan asid amino di

dalam tubuh manusia.Komposisi asid amino protein ikan adalah lebih lengkap berbanding

bahan makanan lain.

Telur ayam dimasak santan berlada

Hidangan makanan tengah hari Sharmin yang seterusnya ialah telur ayam dan

dimasak lemak cili padi .Hidangan makanan ini yang mengandungi protein,lemak dan juga

karbohidrat.Telur ayam mengandungi protein yang tinggi,diikuti dengan kandungan lemak

serta sedikit karbohidrat. Santan kelapa adalah makanan yang kaya nutrisi.Ia memiliki

kalsium, lemak Omega 3, serat, dan protein.Santan mengandungi hanya sejumlah kecil gula

seperti glukosa dan fruktosa. Dari seluruh isipadunya, santan hanya mengandungi sekitar 1

hingga 2 peratus gula

Manakala lada mengandungi karbohidrat yang tinggi berbanding

protein,lemak,vitamin dan mineral.Oleh itu hidangan makanan ini adalah kaya dengan nutrisi

protein,karbohidrat dan lemak yang tinggi.

ii

Page 12: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Yogurt.

Yogurt kaya dalam kandungan protein, vitamin B12, kalsium, Pantothenic Acid, Potasium,

Seng, Riboflavin dan fosfor. Yogurt juga adalah makanan yang sangat rendah lemak dan

kolesterol. Oleh itu yogurt banyak mengandung vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh

Air sirap Limau.

Kandungan air sirap limau selain gula terdapat juga asid sitrik ,vitamin A dan C.

Nutrien dan kegunaan

Bil Nutrien Keterangan

1 KarbohidratDiserap dalam bentuk glukosa, galaktosa dan fruktosa. Glukosa dan galaktosa diserap 2kali lebih cepat daripada fruktosa. Sumber tenaga.

2 Gula monosakaridaDiserap secara pengangkutan aktif bertentangan dengan cerun kepekatan.

3 ProteinDiserap dalam bentuk asid amino dan dipeptida melalu pengangkutan aktif. Untuk pembinaan enzim dan komponen struktural bagi sel.

4 LemakDiserap dalam bentuk asid lemak dan gliserol dan juga sebagai titisan lemak. Digunakan untuk sumber tenaga dan pembinaan molekul biologikal.

5Vitamin dan garam mineral

Diserap dalam bentuk asal, iaitu tidak dicernakan. Digunakan untuk proses metabolisme.

6 Antioksidan Melawan oksidasi dan radikal bebas, anti kanser.

7 Fitokimia Memelihara kesihatan

Jadual 1.2 : Fungsi Nutrien

ii

Page 13: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

B. Proses Penghadaman Makanan Secara Umum

Penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara fizikal,

kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan

yang kompleks menjadi molekul atau elemen yang lebih halus dan terasing bagi

memudahkan proses penyerapan. Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan atau dipecahkan akan

dibuang menerusi proses seterusnya yang dikenali sebagai penyingkiran

Penghadaman atau pencernaan makanan bermula apabila makanan memasuki tubuh

menerusi mulut. Proses ini juga turut melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati,

pundi hempedu dan pankreas.

Tujuan akhir pencernaan dan penyerapan karbohidrat adalah mengubah karbohidrat menjadi

ikatan-ikatan lebih kecil, terutama berupa glukosa dan fruktosa, sehingga dapat diserap oleh

pembulu darah melalui dinding usus halus. Pencernaan karbohidrat kompleks dimulai di

mulut dan berakhir di usus halus.

Gambarajah 1.1 : Struktur Pencernaan manusia.

ii

Page 14: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Mulut

Dalam mulut, makanan dipotong serta dikunyah oleh gigi dengan bantuan air liur yang

melembutkan makanan dan memecahkan beberapa karbohidrat tertentu. Selepas kunyahan

ditelan, gumpalan makanan yang dipanggil bolus memasuki kerongkong.

Kerongkong

Makanan dalam bentuk bolus dibawa ke perut melalui kerongkong menerusi

gerakan peristalsis.

Perut

Cecair gastrik yang dibebaskan oleh dinding perut terus menguraikan secara pengisaran

terutamanya ke atas bahan-bahan protein dalam makanan dengan tindakbalas asid hidroklorik

serta enzim penghadaman pepsin kepada peptid. Makanan kekal di dalam perut sehingga ia

berubah menjadi elemen separa cair yang dikenali sebagai chyme sebelum ia memasuki

duodenum.

Usus kecil (Duodenum)

Sepanjang duodenum yang panjangnya 30 cm, makanan terus diuraikan lagi oleh enzim

penghadaman daripada pundi hempedu dan pankreas, juga cecair dari dalam usus kecil itu

sendiri kepada bentuk makanan yang lebih halus lagi.

Kelenjar Fungsi Enzim Hasil

1 Hempedu Menyerap dan menguraikan lemak Lemak halus (droplet)

2 Pankreas

amylase bertindak ke atas kanji.

lipase bertindak ke atas lemak.

trypsin bertindak ke atas protein.

Dextrin dan maltose

Fatty acid dan gliserol

Acid amino

ii

Page 15: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Usus kecil (illium)

Di dalam illium sepanjang 6 meter ini, enzim-enzim tambahan yang dirembeskan oleh

kelenjar-kelenjar di sepanjang usus kecil melengkapkan proses penghadaman. Nutrien-

nutrien diserap menerusi dinding usus dan dihantar ke rangkaian pembuluh darah dan

pembuluh limfa yang terdapat di sekitar usus. Manakala bahan-bahan yang tidak terhadam

dibawa ke usus besar.Tambahan pula, usus kecil mempunyai sistem kapilari darah yang luas

supaya hasil pencernaan boleh diangkut dengan cepat dari tapak serapan ke hati melalui venal

portal hati.

Nutrien yang diserap ke dalam sistem peredaran darah, sebahagian besarnya akan dibawa ke

hati melalui vena portal dan dari situ nutrien akan diedarkan ke tisu-tisu lain. Lemak yang

masuk ke dalam sistem limfa akan dibawa masuk ke dalam duktus toraks dan kemudian ke

dalam peredaran vena.

Sebaik sahaja nutrien-nutrien masuk ke dalam tisu, satu proses osmosis berlaku dimana

nutrien di dalam salur darah yang berada pada kepekatan tinggi akan diserap oleh sel-sel yang

berada pada kepekatan rendah. Begitu juga akan berlaku perpindahan oksigen daripada salur

darah kepada sel mengikut cara yang sama walaupun mekanismanya agak rumit.

Usus besar

Air di dalam bahan-bahan yang tidak terhadam akan diserap di sepanjang usus besar,

manakala bakinya akan memasuki rektum.

Rektum

Bahan-bahan sisa yang tidak terhadam akan dihantar bahagian akhir usus besar dan

seterusnya dibuang keluar sebagai najis menerusi dubur.

ii

Page 16: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Proses Pencernaan karbohidrat bagi hidangan makanan tengah hari Sharmin

Sharmin telah mengambil nasi putih dan juga makanan berlada yang mempunyai

karbohidrat untuk makanan tengah harinya.Berikut adalah proses pencernaan makanan bagi

makanan berkarbohidrat :

Pencernaan karbohidrat bermula di mulut. Bola makanan yang diperoleh setelah

makanan dikunyah bercampur dengan air liur yang mengandung enzim amilase . Amilase 

menghidrolisis kanji atau amilum menjadi bentuk karbohidrat lebih sederhana, iaitu dekstrin.

Setelah berada di mulut cukup lama, sebahagian diubah menjadi disakarida maltosa. Enzim

amilase liur bekerja paling baik pada pH ludah yang bersifat neutral. Bolus yang ditelan

masuk ke dalam perut.

Kemudian pencernaan karbohidrat dilakukan di dalam usus kecil oleh enzim-enzim

disakarida yang dikeluarkan oleh sel-sel mukosa usus kecil berupa maltase, sukrase, dan

laktase. Hidrolisis disakarida oleh enzim-enzim ini terjadi di dalam mikrovili dan

monosakarida yang dihasilkan adalah sebagai berikut :

Maltosa :       2 mol glukosa

Sakarosa :   1 mol glukosa + 1 mol fruktosa

Laktosa :       1 mol glukosa + 1 mol galaktosa

Monosakarida glukosa, fruktosa dan galaktosa kemudian diserap melalui sel-sel

epitelium usus kecil dan diangkut oleh sistem peredaran darah melalui vena porta. Apabila

kepekatan monosakarida dalam usus kecil mukosa sel cukup tinggi, penyerapan dilakukan

secara pasif atau yang memudahkan. Tetapi, apabila kepekatan menurun, penyerapan secara

aktif terhadap kecerunan kepekatan dilakukan dengan menggunakan tenaga daripada ATP

dan ion natrium.

Dalam tempoh masa antara 1-4 jam setelah selesai makan, kanji bukan karbohidrat

atau serat makanan dan sebahagian kecil kanji yang tidak dicernakan masuk ke dalam usus

besar. Sisa-sisa pencernaan ini merupakan substrat yang berpotensi untuk ditapai oleh

mikroorganisma dalam usus besar. Substrat potensial lain ditapai adalah monomer fruktosa,

sorbitol, dan lain-lain yang sukar dihadam, laktosa bagi mereka yang kekurangan laktase,

ii

Page 17: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

dan rafinosa, stakiosa, verbaskosa, dan Fructan.Produk utama fermentasi karbohidrat di

dalam usus besar adalah karbon dioksida, hidrogen, metan dan asid-asid lemak rantaian

pendek yang mudah menguap seperti asid asetik, asid propionik dan asid butirik.

Sekilas Metabolisme Karbohidrat

Peranan utama karbohidrat di dalam tubuh adalah menyediakan glukosa bagi sel-sel tubuh,

yang kemudian diubah menjadi tenaga. Glukosa memainkan peranan utama dalam

metabolisme karbohidrat. Jaringan tertentu hanya memperoleh tenaga dari karbohidrat seperti

sel darah merah serta sebahagian besar otak dan sistem saraf.

Glukosa yang diserap dari pencernaan makanan di usus dibawa darah menuju ke

seluruh sel tubuh. Dalam sitoplasma glukosa akan mengalami GLIKOLISIS iaitu peristiwa

pemecahan gula hingga menjadi tenaga (ATP). Ada dua jalur glikolisis iaitu jalur biasa untuk

aktiviti harian hidup yang normal dengan hasil ATP terbatas, dan glikolisis jalur cepat yang

dikenal dengan jalur EMBDEN MEYER-HOFF untuk menyediakan ATP segera untuk

aktiviti kerja yang keras, Contohnya berlari laju. Jalur cepat ini memberi hasil asid laktat di

mana apabila terus bertambah dapat menyebabkan terjadinya Asidosis laktat . Asidosis ini

boleh membawa maut, terutamanya bagi orang-orang yang tidak aktif. Pengoksidaan glukosa

melalui glikolisis akan meneruskan dalam kitaran Krebs yang berlaku dalam matriks

mitokondria. Seterusnya akan digunakan dalam Kitaran Krebs iaitu fosforilasi oksidatif yang

menggunakan cytochrome dan berakhir dengan penggunaan oksigen sebagai penangkap ion

H .

ii

Page 18: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Proses Pencernaan makanan berprotien bagi hidangan makan teng hari Sharmin :

Ayam Goreng,Ikan , Yogurt,Telur masak lemak.

Berdasarkan hidangan makanan tengah hari Sharmin,makanan berprotien yang telah

di ambilnya ialah ayam goreng,ikan,yogurt dan masakan telur yang bersantan.Protein yang

diambil oleh Sharmin merupakan protein haiwan dan sedikit protein tumbuhan. Protien

haiwan merupakan protein yang lengkap berbanding protein tumbuh-tumbuhan.

Gambarajah: 1.4 Makanan Berprotien

Berikut adalah proses pencernaan bahan makanan yang berprotien :

Setelah makanan berprotien melalui proses pencernaan mekanikal iaitu melalui

mulut,kerongkong serta perut.Protein diubah menjadi asid amino oleh beberapa reaksi

hidrolisis.Enzim-enzim yang bekerja pada proses hidrolisis protein antara lain pepsin, tripsin,

kemotripsin, karboksipeptidase, dan aminopeptidase .

Protein yang telah dipecah menjadi asid amino kemudian diserap oleh dinding usus

halus dan sampai ke pembuluh darah. Setelah diserap dan masuk dalam pembuluh darah, asid

amino tersebut sebahagian besar terus digunakan oleh rangkaian dan sebahagian lain

mengalami proses pelepasan gugus amin (gugus yang mengandungi N) di hati. Proses

pelepasan gugus amin ini dikenali dengan deaminasi protein .

ii

Page 19: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Proses Pencernaan makanan berlemak :Makanan bersantan ,Ayam Goreng

Sharmin juga telah mengambil pemakanan berlemak yang terdapat pada hidangan

telur masak lemak cili padi dan juga ayam goreng.Berikut adalah antara proses pencernaan

lemak yang berlaku :

Proses pencernaan makanan berlemak tidak berlaku dengan ketara pada mulut dan di

dalam perut.Walau bagaimanapun, enzim lipase bahasa yang dihasilkan dalam kelenjar air

liur masuk ke dalam perut iaitu enzim lipase gastrik dan berfungsi untuk mengurangkan saiz

lemak. Di dalam esofagus, lemak hanya melaluinya untuk seketika sahaja.

Pencernaan lemak yang utama berlaku di usus kecil. Proses pencernaan kebiasaannya

akan melibatkan air.Namun begitu,lemak adalah tidak boleh bercampur dengan air. Oleh itu

proses pengemulsian lemak terlebih dahulu berlaku selepas itu ,barulah lemak dapat dicerna

dan diserap. Proses pengemulsian bermula ketika lemak mula memasuki usus kecil, suatu

hormon yang disebut hormon kolesitokinin kemudian memberi kod ke dalam poket hempedu

untuk menghasilkan cecair hempedu. Cecair hempedu inilah yang mengemulsi lemak

menjadi bentuk yang lebih kecil (hingga 300 kali lebih kecil). Kemudian dengan bantuan

enzim lipase pankreas, lemak dihidrolisi menjadi gliserol dan asid lemak. Hasil hodrolisis ini

menjadi micel (butir-butir lemak) dengan bantuan garam hempedu.

Hasil pencernaan dari lemak akan diserap kembali ke dalam membran mukosa usus halus

dengan cara difusi pasif.Penyerapan ini paling banyak berlaku di duodenum. Untuk

membentuk gliserol, asid lemak rantai pendek (C4-C6), dan asid lemak rantai panjang (C8-

C10) terus diserap ke dalam sistem peredaran darah.Manakal bagi asid lemak dengan rantai

panjang, monogliserida perlu diubah menjadi trigliserida dahulu.Trigliserida dan lipida besar

yang lain (kolestrol, fosfolipida) kemudian diserap secara aktif dan menghasilkan kilomikron

(jenis lipoprotein-alat angkut lipida). Kilomikron membawa lipida ke rangkaian - rangkaian

adiposa melalui limfa menuju ke darah.Sebanyak 95% lemak akan dicernakan dan diserap ke

dalam tubuh manakala selebihnya akan dikeluarkan melalui najis.

ii

Page 20: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Proses Pencernaan Mineral dan vitamin terdapat pada air sirap limau

Sharmin mengambil minuman air sirap limau yang mengandungi vitamin dan

mineral.Sebaik minuman memasuki mulut, pencernaan bermula dengan seberapa segera oleh

enzim dalam air liur . Kebanyakan penyerapan vitamin berlaku dalam usus kecil. Enzim-

enzim yang berlainan bertindak balas dengan jenis bahan kimia yang tertentu. Sebagai

contoh, laktosa dipecahkan oleh laktase. Maltase metabolizes maltosa.

Air sirap limau yang dicernakan akan membebaskan gula ke dalam aliran darah. Gula

ialah satu bentuk tenaga yang penting yang memandu semua aktiviti sel dalam badan. Indeks

glisemik yang mengukur berapa laju gula dilepaskan dengan menggunakan skala 1-100.

Badan akan cuba untuk menyimpan gula yang berlebihan . Badan menyimpan gula

dalam bentuk yang dipanggil glikogen dalam hati dan otot - otot rangka. Pelepasan hormon

oleh pankreas mengawal jumlah gula di dalam darah anda. Apabila minuman bergula

dicernakan, pankreas mengeluarkan insulin untuk gula dalam darah yang lebih rendah selepas

pencernaan menyebabkan glukosa darah naik mendadak. Insulin menggalakkan simpanan

gula dan pengangkutan gula darah kepada sel-sel untuk menstabilkan gula dalam darah . Ini

siri tindak balas yang kompleks memastikan gula dalam darah berada pada tahap yang

normal dan badan mempunyai rizab yang mencukupi dalam kes tindak balas melawan

kepada tekanan.

C.Kelas Makanan yang kurang diambil dalam menu makanan Sharmin

ii

Page 21: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Merujuk kepada menu dan kelas makanan yang di ambil oleh Sharmin di dapati

Sharmin lebih mengambil makanan yang berprotien dan tidak mengambil makanan di dalam

kelas atau kumpulan makanan yang kedua iaitu kumpulan sayur-sayuran dan buah-

buahan.

Kepentingan Sayur-sayuran dan buah-buahan.

Gambarajah1.5 :Buah-buah

dan sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran padat dengan nutrien penting yang menguatkan

badan, menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan, menghindari penyakit dan melawan

penyakit. Tidak kira umur, jantina atau tahap kesihatan, dengan mengelak mengambil sayur-

sayuran dan buah-buahan dalam hidangan harian boleh mendorong pelbagai masalah

kesihatan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah bahan penting dalam diet yang sihat. Ia

membekalkan vitamin dan mineral yang menjalankan fungsi-fungsi penting dalam badan

kita. Tidak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi boleh meletakkan kita

berisiko untuk keadaan kesihatan yang buruk.

Sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai reputasi sebagai sumber vitamin dan

mineral atas.Nutrien tertentu amat penting untuk mengekalkan badan yang sihat. Kalsium

yang tidak mencukupi adalah penyumbang utama kepada osteoporosis, lemah tulang yang

boleh meletakkan kita berisiko tinggi untuk mudah keretakan dan patah tulang. Kekurangan

vitamin C menyumbang kepada keletihan, kelemahan, masalah gigi, kulit dan rambut yang

ii

Page 22: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

kering, dan anemia. Pengambilan folat yang rendah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran,

penyakit jantung, kemurungan dan penyakit Alzheimer.

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang padat dengan nutrien di mana dengan cara

pengambilan yang betul boleh memberi manfaat kesihatan yang boleh bertahan sepanjang

hayat mereka.Sayuran dan buah-buahan kaya dengan serat. Serat boleh mencegah diabetes

jenis 2 di kalangan kanak-kanak dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kolestrol .

Magnesium menguatkan sistem imun, tulang kanak-kanak, otot, jantung dan saraf. Kalium

membantu membina tulang yang kuat dan mencegah tekanan darah tinggi berbahaya.

Kesan Kurang Pengambilan Sayur-sayuran dan buah-buahan dalam Menu makanan

Sharmin.

1.Masalah penghadaman Makanan

Serat adalah nutrien penting yang terdapat dalam senarai panjang sayur-sayuran dan

buah-buahan Serat adalah nutrien yang sangat penting untuk membantu mengawal

pergerakan usus. Fiber banyak terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, dan

kekurangannya boleh menyebabkan sembelit dan masalah penghadaman, serta meningkatkan

tahap kolesterol. Fiber atau serat terdiri daripada serat larut dan serat tidak larut.Serat larut

biasanya ditemui di bahagian-bahagian tumbuhan yang lembut manakala serat tidak larut

biasanya dijumpai dalam kulit. Di dalam air, serat larut akan larut ke dalam bahan seperti gel

yang memperlahankan sistem penghadaman dan membantu mengawal penyerapan glukosa

dan kolesterol yang lebih rendah. Manakala serat tidak larut adalah tidak larut dalam air. Ia

akan membantu makanan bergerak melalui saluran pencernaan dengan lebih cepat.Kedua –

dua serat ini akan menjadi sebahagian daripada najis yang membantu mengelakkan

sembelit.Ia juga membantu ketika kita diserang cirit birit dan mengelak masalah buasir.

Pengambilan serat yang rendah boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak

menyenangkan seperti perut kembung, sakit perut, senak atau masalah yang lebih serius

seperti polip usus besar, kanser kolon dan diverticulitis, suatu keadaan yang mempunyai

simptom dengan sakit perut yang teruk, loya dan muntah, demam dan sembelit . Usus besar

kita membuang air dari sisa penghadaman dan menukarnya kepada najis pepejal. Apabila

sisa bergerak melalui usus terlalu perlahan makan terlalu banyak air akan dikeluarkan,

sehingga najis menjadi keras dan kering.Ini akan menyukar najis untuk keluar dengan

baik. Walaupun kita tidak perlu membuang air besar setiap hari tetapi kita perlu

ii

Page 23: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

membuangnya sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bagi sesetengah orang, satu atau

lebih sehari adalah perkara biasa. Cara terbaik untuk mengetahui jika kita mempunyai

sembelit ialah apabila najis kita sukar dan menyakitkan apabila dikeluarkan .Selain itu , perut

kita juga berasa kembung.

2. Penyakit Bahaya Dan Kronik

Selain itu,Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya dengan antioksidan yang bertujuan

untuk membantu mencegah pelbagai penyakit . Antioksidan boleh membantu melawan

radikal bebas, yang merosakan sel-sel tubuh.Tahap antioksidan yang rendah dikaitkan dengan

peningkatan risiko keadaan yang serius, termasuk degenerasi makula, beberapa jenis kanser

dan penyakit Alzheimer dan demensia.

3. Masalah Penyakit Kekurangan vitamin

Vitamin dan mineral yang membantu untuk mengekalkan kesihatan tulang dan tisu

yang kukuh, bentuk sel darah merah dan mengekalkan sistem saraf pusat. Badan kita tidak

boleh berfungsi tanpa vitamin dan mineral ini. Keadaan yang serius seperti mendapat

penyakit riket dan skurvi adalah disebabkan oleh kekurangan nutrien ini.

4.Pertambahan berat badan

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah alternatif yang lebih sihat dengan makanan

yang tinggi lemak dan kalori, kerana ia menyediakan nutrien tanpa menyediakan lebihan

kalori. Jika kita tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam amalan pemakanan

harian dan diganti pula dengan makanan fattier boleh menyebabkan pertambahan berat

badan serta keadaan kesihatan yang buruk.

Kesimpulan

Kesimpulannya Sharmin sepatutnya mengikut amalan pemakanan yang dicadangkan

di dalam piramid makanan .Di mana, buah-buahan dan sayur-sayuran perlu di ambil dengan

banyak iaitu kira-kira 2 hidangan untuk buah-buahan dan 3 hidangan untuk sayur-sayuran.Ini

ii

Page 24: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

amat penting untuk kita berada ditahap kesihatan terbaik.Selain mengurangkan makanan

yang berprotien dan berlemak.

Untuk memastikan tubuh badan yang kekal sihat,kita tidak boleh mengelak dari

mengamalkan pengambilan sayur-sayuran dan buahan-buahan dalam hidangan makanan

kita.Setiap hari, kita boleh mempilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan atau sayur-

sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-

sayuran hijau seperti sawi, bayam dan kailan.Begitu juga dengan lobak, tomato, keledek,

mangga, betik atau tembikai. Selain itu juga ,cuba pilih makanan yang kaya dengan vitamin

C setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren, mangga atau belimbing. Untuk

mendapat asid folik, Makanan seperti sayuran hijau, kacang pea, kacang bendi dan jagung

manis kaya dengan asid folik yang berfungsi mengelak kelahiran kanak-kanak cacat.

Pilihan makanan yang baik dan seimbang berkait rapat dengan sistem pencernaan

manusia.Sistem pencernaan kita dapat menjalankan fungsinya untuk mengangkut dan

menyerap semua nutrien yang diperlukan oleh badan dengan sempurna.Kegagalan sistem

pencernaan berfungsi dengan baik mengakibatkan kesihatan kita terjejas dan menimbulkan

penyakit-penyakit yang akhirnya boleh membawa maut.Akhir sekali,sepatutnya kita memilih

makanan dengan cara yang betul dan seimbang.Makanan yang seimbang menyihatkan kita.

ii

Page 25: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

ii

Page 26: Tugasan Biology

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930001HBSC1203

Bibliografi.

1. Dr Nagalingam a/l Karuppiah (2012) ,Biology 1: Basics of life,Selangor : Meteor

Doc Sdn Bhd

2.Teh Ah Kien (1987),Biologi SPM ,Kuala Lumpur :Longman.

3. http://healthmad.com/conditions-and-diseases/10-health-benefits-of-fried-chicken/

4. http://www.slideshare.net/zue5588/metabolisma-dan-pemakanan.

5.http://id.wikipedia.org / wiki / System _ Digestive

6. http://biologi.blogsome.com/2011/01/05/sistem-pencernaan-pada-manusia/

7. http://camarsepi1.blogdrive.com/archive/101.htm

ii