contoh tugasan

Upload: aida-amir

Post on 07-Jul-2015

1.719 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Isi Kandungan

muka surat

I

Pengenalan

3

II

Objektif Kajian

9

III

Definisi Konsep

IV

Batasan Kajian

V

Kaedah Kajian

VI

Tajuk

VII

Pendahuluan

X

Penutup

XI

Bibliografi

Pengenalan Tamadun adalah suatu istilah yang membincangkan tentang kekuasaan,kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan.Istilah ini juga merujuk kepada perbahasan tentang sejarah ilmuan,peradaban,kemajuan perindustrian dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.Terdapat sarjana Islam yang menggunakan perkataan hadarah tanpa menggunakan istilah tamadun ketika membicarakan tentang pembangunan peradabandan kehebatan sesuatu masyarakat atau bangsa.Menurut Said Hawwa yang menjelaskan bahawa hadarah merupakan istilah peradaban atau kemajuan manusia yang berupaya menggabung dua bentuk kemajuan iaitu kemajuan material dan kemajuan sosio-budaya. Kemajuan meliputi segala aspek pembangunan yang dicapai oleh sesuatu bangsa dalam segala bidang kehidupan.

Objektif kajian Dalam tugasan ini,saya telah

Definisi Konsep Perkataan tamadunsering digunakan untuk menggambarkan kemajuan dari aspek kebendaan (material)sesebuah masyarakat.Pada zaman ini,tamadun dihubungkan dengan pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun barat.Dari sudut etimologi,tamadun berasal dari perkatan Maddana dalam bahasa Arab.Maddana merupakan kata kerja (verb) yang merujuk kepada perbuatan manusia memperhalus budi pekerti.Perkataan bahasa Arab yang lain turut digunakan bagi mentakrifkan tamadun ialah hadarah yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.Manakala peradaban pula disamaertikan dengan tamadun yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesebuah bangsa dan masyarakat.Selain daripada itu,perkataan yang sering digunakan dalam bahasa inggeris yang juga memberi maksud tamadun ialah civilization.Civilization berasal daripada bahasa Latin iaitu civitas yang bermaksud bandar atau kota.Civilization bermaksud menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan sama seperti hadarah dan peradaban.Dalam tamadun terdapat segala bentuk dari seni,adat kebiasaan,teknologi,ilmu,organisasi sosial dan politik.Tamadun seakan tiada beza dengan kebudayaan.Budaya pula selalunya merujuk kepada cara hidup yang simple dan gaya hidup yang komplex manakala tamadun hanya merujuk kepada gaya hidup yang yang memiliki ciri-ciri ekonomi,politik dan kerajaan serta sistem sosial.Sepanjang sejarah telah muncul pelbagai tamadun yang besar dan mashyur seperti tamadun Mesir,tamadun India,tamadun Cina,tamadun Yunani,tamadun Islam dan lain- lain.Setiap tamadun mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang mashyur dengan falsafah kesenian ,manakala tamadun Islam pula terkenal dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh disamping perkembangan sains dan teknologi.Terdapat keistimewaan yang berbeza-beza pada setiap tamadun.

Batasan kajian Kajian ini mencakupi peranan tamadun dalam pemupukan 1 Malaysia.Kajian ini dapat dilihat berlaku berlandaskan di Malaysia sahaja.Ia terbatas hanya di Malaysia kerana kajian ini dilakukan berdasarkan tajuk peranan tamadun yang berlaku di negara ini yang berkonsepkan 1 Malaysia. Kaedah kajian Sepanjang melakukan tugasan ini saya banyak merujuk bahan-bahan bacaan di Perpustakaan,Media seperti Surat khabar,Dewan Masyarakat dan bahan melalui internet

2.0 Tajuk Tajuk yang ingin saya kupas adalah mengenai Peranan tamadun ke arah pemupukan 1 Malaysia.

2.1 Pendahuluan Peranan tamadun dapat dilihat melalui konsep perpaduan,semangat Nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan sejak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin bagi memupuk semangat di kalangan rakyat Malaysia.Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan yang berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.Manakala Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.Tun Hussein Onn sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat sehingga beliau digelar Bapa Perpaduan.Tun Mahathir Mohamad pula digelar Bapa Pemodenan dan membawakan Wawasan 2020 manakala Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula membawa Konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.Konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan adalah kesinambungan daripada dasar- dasar yang dibawa pemimpin- pemimpin terdahulu dan diteruskan oleh Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak 2.2 Peranan tamadun ke arah pemupukan 1 Malaysia Sejarah yang sedang mengalami proses pemantapan wujud hasil daripada satu proses sejarah yang berkesinambungan dan dapat dibuktikan melalui pelbagai kaedah arkeologi dan sumber sejarah.Dari segi sejarah telah terbukti bahawa wilayah politik atau negara bangsa yang dikenali sebagai Malaysia merupakan lanjutan dari kemunculan politi-politi atau kerajaan Melayu terdahulu.Politi-politi Melayu ini berasal daripada kesinambungan beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu sebelum ini seperti Srivijaya, Temasik (Singapura), Kesultanan Melayu Melaka, Johor RiauLingga dan sebagainya.Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa adalah merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan- kerajaan Melayu lebih awal.Kini Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk Persekutuan yang terdiri daripada 14 komponen negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah,Perlis, Kelantan, Terengganu, Johor, Wilayah Persekutuan serta Sabah dan Sarawak.Tamadun memainkan peranan dalam pelbagai aspek ke arah pemupukan 1 Malaysia antaranya dalam aspek budaya, ekonomi, agama, politik, sains dan teknologi, sosial dan lain-lain. Proses sosialisasi (socilization process) merupakan proses di mana mempelajari perkara- perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang itu berfungsi di dalam masyarakat tersebut.Proses sosialisasi dilengkapi dengan kawalan

sosial (social control) dan tekanan sosial (social sanction).Terdapat 2 jenis kawalan sosial iaitu berbentuk:

y

Primer (primary social control) Adat resam, amalan masyarakat (folk ways), mores dan sebagainya.

y

Sekunder (secondary social control) Undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah,polis dan sebagainya.

Bertujuan untuk memastikan agar anggota masyarakat akur kepada segala peraturan dan bertindak dalam linkungan yang dibenarkan oleh masyarakat dan budaya. Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jatidiri dan peribadi Melayudan yang baik, beragama, berakhlak, berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan.Oleh kerana budaya Melayu berteraskan Islam dan adat, maka kedua- dua aspek ini menjadi asas utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan.Terdapat gabungan unsur agama dan adat yang berlaku seperti upacara mencukur rambut, upacara menjejak tanah, upacara berendoi, upacara membelah mulut, upacara berkhatan, upacara berkhatam al-Quran dan sebagainya.Dalam upacara mencukur rambut selalunya pemberian nama kepada bayi juga dilakukan iaitu bayi lelaki berdasarkan nama Tuhan dengan tambahan Abdul di hadapan seperti Abdullah, atau nama Nabi seperti Muhammad, Adam, Ismail dan sebagainya.Manakala bayi perempuan pula di letakkan nama isteri Nabi seperti Khadijah, Aisyah atau anaknya Fatimah.Selain itu,pada peringkat kanak- kanak juga sudah diajar konsep- konsep dosa, pahala, haram dan halal.Umat Melayu juga mengamalkan budaya yang berteraskan Islam.Setiap budaya yang diamalkan mempunyai matlamat yang tersendiri.Matlamat sesuatu budaya yang diamalkan berupaya memupuk perpaduan antara kaum dan menjadikan sesebuah negara lebih bertamadun.Konsep 1 Malaysia juga

menerapkan nilai- nilai murni dan budaya yang baik bagi memupuk perpaduan di antara kaum di negara ini. Selain itu, peranan tamadun ke arah pemupukan 1 Malaysia juga meliputi aspek keagamaan.Agama Islam memainkan peranan penting dalam pembinaan dan kelangsungan tamadun Malaysia dari dahulu hingga kini seperti dalam bidang pentadbiran, perundangan, politik, ekonomi dan pendidikan.Islam menjadi faktor identifikasi bangsa Melayu,iaitu masyarakat Melayu yang mengamalkan istiadat Melayu, menggunakan bahasa Melayu dan beragama islam.Di Malaysia,Islam menjadi identiti sosial dan budaya bagi orang Melayu.Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan Malaysia, dan setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam persekutuan Malaysia.Peruntukan ini termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Peruntukan ini membolehkan kerajaan pusat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa agama negeri melaksanakan pembangunan Islam dalam pelbagai bidang, termasuk melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa tertentu.Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan Malaysia namun menurut perlembagaan wujud kebebasan beragama bagi orang- orang bukan Melayu atau bukan Islam.Agama- agama lain seperti Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya boleh dianuti dan diamalkan di Malaysia namun bagi penganut agama Islam, kerajaan berhak menggubal undang- undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng. Pembentukan Perlembagaan Persekutuan merupakan hasil tolak ansur antara pelbagai kaum di negara ini semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.Pemimpinpemimpin bukan Melayu mengakui kedudukan istimewa orang Melayu dan orang Islam

hasil persetujuan melonggarkan syarat- syarat kewarganegaraan oleh pemimpin- pemimpin Melayu.Taraf kedudukan istimewa telah diperluas kepada kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Peranan tamadun telah banyak menyumbang kepada pemantapan tamadun ke arah pemupukan 1 Malaysia.Ini dapat dilihat dari aspek ekonomi negara yang semakin berkembang dan pesat setanding dengan negara- negara maju.Tragedi 13 Mei 1969, telah memberi kesan kepada hubungan dan perpaduan antara kaum.Berikutan peristiwa itu pada tahun 1970 Dasar Ekonomi Baru telah dirangka dan menjadi kerangka serta menjadi matlamat utama bagi Rancangan Malaysia kedua (1970-1975).Seterusnya rancangan pembangunan lima tahun dan dalam tempoh Rancangan Jangka Panjang Pembangunan (RJPP 1) (1970- 1990).Menurut statistik,berlaku jurang pendapatan antara kaum dan wujud ketidakseimbangan yang serius di dalam sektor pekerjaan dan pemilikan saham antara orang Melayu dengan bukan Melayu.Tragedi 13 Mei 1969 ini telah menjadi iktibar kepada keperluan perpaduan antara kaum melalui kesamarataan dan pengurangan jurang antara kaum.Jurang yang luas antara kaum mampu menggugat perpaduan di Malaysia dan ini merupakan salah satu cabaran yang penting dalam pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia.Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai dua matlamat seperti :

y

Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Menyusun semula masyarakat agar pengenalan kaum melalui fungsi- fungsi ekonomi akan berkurangan.

y

Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan memodenkan kehidupan masyarakat di luar bandar,pertumbuhan yang seimbang dalam aktiviti perbandaran dan pembentukan

masyarakat perniagaan dan perindustian bumiputera.Melalui DEB ini, masyarakat Melayu dan bumiputera diharapkan dapat memiliki dan menguasai sekurang- kurangnya 30 peratus keseluruhan aktiviti perdagangan industri dan pegangan ekuiti serta pemilikan saham permodalan.Secara umum, Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan kerangka atau rujukan kepada dasar pembangunan negara kita Malaysia.Matlamat tersebut merupakan usaha untuk mewujudkan dan memperkukuhkan perpaduan kaum melalui tindakan sosiopolitik yang bercorak ekonomi.Dalam usaha memajukan negara sebagai sebuah negara industri di dalam acuan sendiri, Malaysia juga berusaha untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu pada kurun ke- 21.Justeru itu,Wawasan 2020 telah dikemukakan sebagai asas utama Rancangan Jangka Panjang Pembangunan II (RJPP II) 1990-2020.Terdapat sembilan cabaran yang perlu diatasi dan dipenuhi bagi mencapai matlamat pembentukan negara maju menjelang tahun 2020.Antara sembilan cabaran itu ialah: y Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan

y

y

Memupuk dan membina masyarakat demokratikyang matang Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika

y

y

Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi Membina masyarakat yang maju dan saintifik

y

y

Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan berbudaya penyayang Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama ekonominya

y

y

Memupuk dan membina masyarakat makmur

Unsur politik juga memainkan peranan dalam pemupukan dan perpaduan di Malaysia.Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dalam politik pemerintahan.Demokrasi merupakan satu ideologi politik yang popular dan diamalkan oleh hampir kebanyakan negara- negara di dunia.Pengamalan sistem demokrasi bertujuan untuk memperlihatkan landasan pemerintahan bagi sesebuah negara yang berteraskan kebebasan.Berdasarkan pandangan umum, kebebasan hanya dapat dinikmati dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.Dalam konteks politik antarabangsa juga konsep demokrasi turut diketengahkan bagi memperlihatkan kebebasan sesebuah negara di dunia ini dalam menyuarakan pandangan,mengkritik ataupun mengambil sesuatu tindakan.Istilah demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demokratia di mana demos bererti rakyat dan kratia bererti pemerintah.Oleh yang demikian perkataan demokrasi bererti pemerintahan oleh rakyat.Menurut Robert A. Dahl (1992) menyatakan demokrasi ialah satu sistem politik di mana anggotanya saling bergantungan antara satu sama lain, sebagai orang yang sama dari segi politik dan mereka itu bersama- sama berdaulat dan memiliki kemampuan serta sumber daya yang mereka perlukan demi untuk memerintah diri mereka sendiri.Demokrasi ditakrifkan sebagai kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat menurut Jack Lively pada tahun 1975.Oleh itu, secara kesimpulannya demokrasi adalah satu bentuk pemerintahan di mana pemerintah bertanggungjawab ke atas yang diperintah. Terdapat unsur- unsur utama dalam memahami konsep demokrasi yang merangkumi falsafah dan prinsip demokrasi.Falsafah demokrasi meliputi perkara- perkara berikut : -Rasional, bermoral, samarata, berkebolehan mencapai kemajuan, kebebasan, berkerajaan sendiri iaitu kerajaan dengan kehendak rakyat. Manakala prinsip demokrasi pula meliputi perkara berikut :

-Hak untuk mengundi, hak untuk bersuara, kebebasan kehakiman, persamaan disisi undang- undang, kebebasan untuk menganut apa- apa fahaman, kebebasan berpersatuan, kebebasan media massa, pilihanraya yang bebas dan kebebasan untuk berpolitik sama ada menyokong atau menjadi calon. Bagi melihat proses pendemokrasian secara keseluruhannya unsur- unsur utama demokrasi perlu dititikberatkan.Unsur- unsur utama demokrasi ini perlu dijadikan sebagi landasan dalam menjalinkan hubungan antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain dalam hal ehwal politik antarabangsa. Dari aspek sains dan teknologi, tamadun juga memainkan peranan penting ke arah pemupukan 1 malaysia di kalangan masyarakat di negara ini.Masalah epistemologi yang merupakan warisan penjajah masih lagi menjerut leher kita oleh yang demikian penerokaan serta pembangunan sains dan teknologi perlu menjadi agenda utama bagi rakyat Malaysia.Fahaman neodarwinisme dan empayar empirisisme masih lagi bersifat dominan dalam pemikiran masyarakat terutama umat islam.Bidang- bidang sains dan teknologi daripada persenjataan hinggalah bio- industri masih lagi dikuasai oleh orang bukan islam.Sebagai umat Islam, kita masih lagi ketinggalan walaupun berada di negara sendiri kerana kita tidak memiliki semangat, keinginan dan ketekunan untuk mencapai keunggulan dalam ilmu- ilmu konvensional.Dari segi produk sains dan teknologi, Negara islam masih lagi bergantung harap pada negara luar seperti negara Jepun, Amerika Syarikat, China dan lain- lain.Isu etika dalam sains dan teknologi masih lagi menjadi agenda utama masyarakat sedunia. Terdapat banyak produk bio- teknologi, kejuruteraan genetik, makanan yang diubahsuai secara genetik, pengklonan, bidang kosmetik dan lain- lain lagi yang mengancam kehidupan manusia.Negara kita Malaysia perlu melahirkan lebih ramai saintis supaya dapat

menghasilkan produk sains dan teknologi yang memberikan manfaat kepada manusia bukan sekadar mementingkan keuntungan dan memudaratkan kesihatan manusia. Alaf baru kini,kita mestilah menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) demi kelangsungan agama dan ummah keseluruhannya.Bangsa yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ICT akan melangkah maju ke hadapan sejajar dengan pembangunan negara yang semakin berkembang pesat.Penguasaan ilmu dalam bidangbidang yang lain akan mudah diperoleh dan diraih sekiranya bidang ini dikuasai terlebih dahulu terutamanya dalam era dunia tanpa sempadan dan globalisasi.Bangsa yang menguasai teknologi akan berjaya melonjak ke persada kegemilangan tamadun agung.Begitu juga bangsa yang menguasai ilmu pengetahuan ,bermaklumat, berdaya saing, berkemahiran, bermotivasi diri, memiliki budaya kerja yang berkualiti, bermuafakat, saling tolong- menolong, bersatu- padu, tekun bekerja, bertanggungjawab, amanah, beriltizam dan memiliki jati diri yang tinggi. Peranan pendidikan dalam tamadun Islam sedikit sebanyak menyumbang ke arah pemupukan 1 Malaysia.peranan pendidikan tidak hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang aspek keagamaan, hukum dan nilai- nilai Islam sahaja tetapi pendidikan juga mestilah mempunyai keupayaan meresapi aspek intelek, rohani dan emosi pelajar yang mendalam dari aspek sains Islam dan mempunyai keupayaan moral untuk membolehkannya mendidik pelajar.selain itu, tujuan pendidikan Islam juga bertujuan untuk menjadikan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.Matlamat pendidikan Islam ialah untuk melahirkan seorang insan soleh atau kamil yang taat kepada Allah s.w.t , memanfaatkan ilmu yang ada pada dirinya untuk kesejahteraan masyarakat serta berusaha mencapai keredhaanNya di dunia dan akhirat.Matlamat falsafah yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah selari dengan hasrat ini.Selain itu, pendidikan Islam dijadikan sebagai satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,

kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat (KPM, 1997).Keperluan semasa juga menuntut guru tidak hanya berperanan untuk menjelaskan kepada pelajar asas- asas ajaran islam sahaja, namun yang lebih penting ialah membentuk dan melatih pemikiran pelajar dengan cara yang saintifik dan rasional supaya pelajar dapat menyelaraskan perilakunya dengan nilai akhlak , syariah dan keimanan.Justeru proses pendidikan tidak harus dilihat secara simplistik tetapi sekadar kerja memunggah fakta dan maklumat dari dokumen, kurikulum atau khazanah ilmu yang berasaskan pengajian singkat dan terbatas ketika mereka di Universiti atau menara gading.Proses pendidikan haruslah berupaya meresapi setiap sendi kehidupan jasmani, emosi, dan rohani individu pelajar sesuai dengan keadaan dan fungsinya sebagai insan dan khalifah di muka bumi (Syed Ali Ashraf 1997).Terdapat pelbagai metod dan kurikulum dalam pendidikan Islam sejak daripada zaman pra kemerdekaan sehinggalah sekarang.Seawal abad ke 18 dan 19, pendidikan asas bagi kanak-kanak Melayu ialah melalui sistem pendidikan sekolah pondok yang dijalankan di rumah guru, surau atau masjid.Pada masa itu, penekanan pengajian kepada kitab al-Quran , akhlak, pengetahuan asas kerohanian seperti solat dan doa.Manakala pada awal abad ke 20, lahir pula sekolah agama madrasah di mana kurikulumnya agak berbeza dengan sekolah pondok biarpun mempunyai matlamat yang agak sama.Di sekolah pondok masih mengekalkan corak pembelajaran secara halaqah yakni duduk di hadapan guru pada waktu tertentu khasnya selepas selesai solat.Manakala di sekolah madrasah pula, murid belajar mengikut kelas seperti di sekolah vernakular Melayu pada masa itu. Selepas kemerdekaan, Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960, dan Akta pelajaran 1961 telah menekankan pendidikan Islam dalam institusi pendidikan

kebangsaan.Perakuan dalam penyata dan akta tersebut memperuntukkan supaya pendidikan Islam diajar di sekolah yang berdaftar dan mempunyai sekurang- kurangnya 15 orang pelajar yang beragama IslamPembelajaran pada masa itu lebih menekankan kepada perkara- perkara asas agama seperti Tauhid, Fiqah, Sejarah Islam yang diajar di sekolah agama sebelah petang.Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) pada tahun 1982 telah digubal dan diikuti dengan Kurikulum Baru Sekolah Menengah(KBSM) pada tahun 1988.Perkembangan ini telah banyak memberi perubahan kepada kurikulum pendidikan Islam di Malaysia dan kurikulum ini masih digunapakai sehingga sekarang.Kesan dari kesinambungan kesepaduan pendidikan Islam di peringkat rendah telah berjaya menubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA).SMKA ditubuhkan di setiap negeri dan sehingga Mei 2001 terdapat 56 buah sekolah SMKA di seluruh Malaysia.Bagi memperluaskan lagi pengajian pendidikan Islam di peringkat Ijazah wujud fakulti Pengajian Islam di UKM, Akademi Pengajian Islam di UM, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia dan lain- lain.Melalui IPTA- IPTA inilah lahir guru-guru siswazah dalam bidang. Sistem Perundangan Tradisional memainkan peranan dalam pembinaan tamadun di Malaysia.Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang terdiri di atas tunggak Rukun Negara.Menurut sejarah, negeri- negeri Melayu mempunyai kanun perundangan yang berasakan adat Melayu dan hukum syariah (undang- undang Islam) antaranya : 1) Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang- Undang Laut Melaka 2) Johor : Undang- undang Johor, Undang- undang tubuh negeri Johor 1895

3) Pahang : Undang- undang Pahang 4) Kedah : Undang- undang Kedah

5) Perak

: Undang- undang 99 Perak dan Undang- undang keturunan daripada

keturunan negeri Perak 6) Terengganu : Perlembagaan negeri Terengganu

7) Negeri Sembilan: Di Sungai Ujong, Johol dan Jelebu Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera di Malaysia tidak disangkal lagi melalui peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia perkara 153 tentang keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera.Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu asas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu dan bumiputera dalam penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.Selain itu, Perlembagaan Malaysia juga memberi perakuan dan pengiktirafan terhadap undang- undang adat yang dilaksanakan di kalangan orang Melayu.Namun undang- undang adat ini dapat mengatasi atau melangkah kuasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Untuk menyelesaikan kajian ilmiah ini penulis telah mengambil masa sebulan untuk menyelesaikannya. Masa seperti ini agak tidak mencukupi memandangkan tajuknya yang menarik dan memerlukan hujjah yang bernas. Walau bagai mana pun penulis berjaya 1.25inch menyelesaikannya dengan pertolongan beberapa perseorangan tertentu. Penulis mendapati bahwa bahan-bahan rujuan hampir tujuh puluh peratus di dalam bahasa Arab. Sementara yang lain di dalam bahasa Melayu dan lain-lain. Dalam kajian ini saya telah menggunakan metod penulisan sejarah dan telah membahagikan kajian ini kepada tiga bahagian besar. Bahagian Pertama menyatakan pengertian perundangan dari perpekstif Islam. Bahagian Kedua pula meninjau mulanya terbit perundangan di zaman Rasulullah serta teknik dalam mengubal undang-undang. Bahagian Ketiga menjelaskan metod dan prinsip am dalam perundangan Islam. Akhir sekali penulis ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah membantu dalam menyelasaikan kajian ilmiah ini. Semoga usaha ini diredhai oleh Allah Taala sebagai amal ibadat. Penulis berharap kajian ini menjadi pembuka jalan kepada usaha untuk mengkaji lebih mendalam teknik-teknik perundangan Islam selepas Zaman Khulafa Rasyidin. 1.25inch

Abdul Hakim bin Ghazali KANDUNGAN 1 inch Halaman

1.

Pengenalan

2.

Objektif kajian

3.

Definisi konsep

4.

Batasan Kajian

5.

Kaedah kajian

6.

Tajuk

7.

Pendahuluan

8.

Penutup

9.

Bibliografi

1 inch Times Roman 12 bold Align Center Kata Pendahuluan

Segala puji bagi Allah atas kurnia taufiqNya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah petunjuk ke jalan yang lurus, juga kepada keluarga, sahabat serta orang yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari kiamat. Kajian ilmiah yang di hadapan pembaca ialah sebuah projek pengkajian yang diwajibkan ke atas peserta kursus Sejarah Perundangan Islam anjuran Andalus. Tajuk yang saya pilih untuk projek ini ialah Teknik Perundangan Islam Di Zaman Rasulullah saw. Times Roman 12 Justify Tujuan saya memilih tajuk ini untuk beberapa matlamat yang berikut : 1) 2) untuk membuktikan bahwa perundnagan Islam adalah wahyu dari Allah untuk membuktikan bahwa perundangan Islam tidak dipengaruhi oleh perundangan manusia seperti Roman masihi dan sebagainya Untuk menyelesaikan kajian ilmiah ini penulis telah mengambil masa sebulan untuk menyelesaikannya. Masa seperti ini agak tidak mencukupi memandangkan tajuknya yang menarik dan memerlukan hujjah yang bernas. Walau bagai mana pun penulis berjaya 1.25inch menyelesaikannya dengan pertolongan beberapa perseorangan tertentu. Penulis mendapati bahwa bahan-bahan rujuan hampir tujuh puluh peratus di dalam bahasa Arab. Sementara yang lain di dalam bahasa Melayu dan lain-lain. Dalam kajian ini saya telah menggunakan metod penulisan sejarah dan telah membahagikan kajian ini kepada tiga bahagian besar. Bahagian Pertama menyatakan pengertian perundangan dari perpekstif Islam. Bahagian Kedua pula meninjau mulanya terbit perundangan di zaman Rasulullah serta teknik dalam mengubal undang-undang. Bahagian Ketiga menjelaskan metod dan prinsip am dalam perundangan Islam. 1.25inch

Akhir sekali penulis ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah membantu dalam menyelasaikan kajian ilmiah ini. Semoga usaha ini diredhai oleh Allah Taala sebagai amal ibadat. Penulis berharap kajian ini menjadi pembuka jalan kepada usaha untuk mengkaji lebih mendalam teknik-teknik perundangan Islam selepas Zaman Khulafa Rasyidin.

Times Roman 12 bold ISI KANDUNGAN TUGASAN 5 MUKA SURAT Abdul Align Center Hakim bin Ghazali Definisi Syariah dan Perundangan Islam atau Tasyrie 1 inch Di sana ada hubungannya antara syariah dan masyarakat. Masyarakat adalah sekelompok manusia yang terdiri dari beberapa individu yang berhajat sangat kepada peraturan yang menentukan hak-hak mereka. Agar yang kuat tidak dapat menekan yang lemah. Berdasarkan pada matlamat tersebut perlulah kepada mewujudkan perundangan supaya masyarakat terlindung di bawahnya jiwa dan harta. Di sana juga ada istilah Syariah dan Tasyri. Single Spacing Definisi Syariah Syariah dari segi bahasa bererti : jalan yang lurus. Makna Syariah Islam ialah Apa yang Allah syariatkan (hukumkan) bagi hamba-hambaNya dari hukum-hakam yang dibawa oleh para nabi dan Nabi Muhammad khususnya. Samada hukum-hakam tersebut mengenai dengan amalan (dinamakan ilmu fiqh) atau mengenai itiqad (dinamakannya ilmu kalam).1 Dari definisi ini dapatlah disimpulkan bahawa syariah terbahagi kepada beberapa bahagian. Yang utamanya hukum itiqad, kemudian hukum amali dan akhirnya hukum akhlak. Syariah dan Fiqh Timbulnya istilah syairah adalah dulu daripada istilah fiqh, kerana Al-Quran menyebutnya di dalam firman Allah Taala : Traditional Arabic 18 . Align Right

0

.

1

Muhd Faruq al-Nabhaj, Al-Madkhal Li Al-Tasyri Al-Islamiy, hlm 10.

Ertinya : Kemudian Kami (Allah) jadikan engkau di atas jalan dari perintah maka ikutilah akan nya. (S. Al-Jathiyah, 18) Adapun istilah fiqh yang timbul semasa zaman para sahabat bererti: Ilmu mengenai hukum hakam syara.2 Dengan ini ilmu fiqh berbeza dengan hukum itiqad dan akhlak kerana ia meliputi hukum-hakam mengenai amali sahaja. Tasyri Adapun Tasyri pula dari segi istilah ialah penggubalan dan pembentukan undang-undang ............ Kesimpulan Times Roman 12 bold Align Left

Sesudah dengan panjang lebar kita membicarakan tentang perundangan Islam di zaman Rasulullah s.a.w kini tiba bahagiannya untuk kita membuat Nombor halaman Sumber dan beberapa kesimpulan pandangan mengenai tajuk ini. Nama Pengarang Judul Rujukan 1) Zaman ini meninggalkan pengaruh besar kepada perundangan selepasnya iaitu dari segi sumbernya. Sumber pertama perundangan ialah wahyu Allah yang berupa ayatayat hukum dari Al-Quran. Sumber kedua, yang tidak boleh tidak ialah : sunnah Rasulullah s.a.w yang berbentuk hadith-hadith hukum. 2) 3) Prinsip-prinsip am yang empat di atas juga menjadi pegangan para mujahid dan fuqaha dalam merumuskan sesuatu hukum yang baru. Dengan yakin kita boleh katakan bahwa pengaruh perundangan asing seperti Romawi, Masihi, Yahudi, Hindu dan tamadun lain yang wujud ketika itu tidak ada peranan di dalam perundangan Islam sedikit pun.

2

Muhd Yusuf Musa, Al-Fiqhu Al-Islamiy, hlm 9 10.

Senarai Bibliografi 1) 2) 3) 4) 5)

BUKU RUJUKAN SEKURANG-KURANGNYA 5

Abdul Al-Azim, Tarikh Al-Tasyri Al-Islamiy, Mansyurat Jamiah Qaryunus, Bangazi, 1989 1409H. Al-Sayuti, Al-Asybah Wal-Nazair fi Qawaid Wa Furu Fiqh Al-syafiiyah, Dar Alsyam lil-Thuras. .... .... ....

NOTA : ATURAN BIBLIOGRAFI (SENARAI BUKU RUJUKAN) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Nama Pengarang Judul Buku Penterjemah, penyusun (kalau ada) Nombor dalam siri (kalau ada) Jumlah jilid (kalau ada) Nama Penerbitan Tempat terbitan dan tarikh terbitan.

13