epic murid lembam
TRANSCRIPT
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 1/20
FAKULTI :
PENDIDIKKAN DAN BAHASA
SEMESTER / TAHUN
JANUARI / 2013
KOD KURSUS
HBEF3503
TAJUK KURSUS
PENDIDIKAN INKLUSIF
( AKTIVITI 2 )
DI SEDIAKAN OLEH : ANIZAN BT CHE MAT
NO. MATRIKULASI : 770805035800001
NO. KAD PENGENALAN : 770805035800
NO. TELEFON : 0129601122
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 2/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~1~
Kandungan
1.0 Pengenalan - 2 -
2.0 ( Masalah : Kajian Kes Murid Lembam / Mundur ) - 3 -
3.0 Latar Belakang Murid - 4 -
4.0 Objektif Kajian - 5 -
5.0 Metadologi - 6 -
6.0 Analisis Masalah - 9 -
7.0 Penyelesaian Masalah - 14 -
8.0 Laporan Hasil Kajian Kes - 17 -
9.0 Kesimpulan - 17 -
Bibliografi - 19 -
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 3/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~2~
1.0 Pengenalan
Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-
kanak yang tidak kelihatan cacat tetapi mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira. Di Malaysia pada tahun 70-an, beberapa kebimbangan
telah disuarakan oleh beberapa pihak berkenaan dengan permasalahan yang melibatkan
kelemahan dalam menguasai kemahiran 3M ini. Beberapa penyelidikan telah dilakukan
sehingga Kementerian Pendidikan menggubal dan menyusun semula kurikulum sekolah.
Ini semua bagi tujuan untuk mengatasi permasalahan dalam menguasai kemahiran 3M.
Kebanyakan murid yang mengalami masalah ini banyak ketinggalan dari segi akademik
disebabkan gagal mengikuti pelajaran yang diajar di dalam kelas arus perdana. Pada
kebiasaannya murid-murid pemulihan ini tidak jauh berbeza dengan murid-murid lain.
Tetapi bila dari aspek pendidikan seperti pencapaian mereka bila membaca, menulis serta
mengira perbezaannya amat ketara sekali. Dan ada beberapa pendapat yang mengatakan
murid-murid ini boleh diketegorikan sebagai mundur atau murid lembam.
Beberapa faktor boleh dikaitkan terjadi murid-murid lembam ini seperti intelektual,
persekitaran serta pun disebabkan beberapa penyakit seperti autisme, disleksia dan
sindrom down. Ciri-ciri yang boleh kita lihat dalam diri budak pemulihan atau lembam
ialah pada tahap mereka sekarang iaitu pada umur 8 tahun mereka masih gagal dalam
menguasai huruf-huruf dan menyebut suku kata. Walhal pada kajian yang pernah dibuat
pada usia murid menjangkau 8 tahun, murid sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.
Penampilan murid-murid pemulihan ini juga boleh dibezakan seperti keadaan baju
sekolah yang comot dan tidak kemas. Manakala hasil tulisan murid-murid sukar untuk
difahami dan ada juga yang mengalami masalah untuk mengenal huruf seperti hur uf “b”,
“d”, “p” dan “q”. Murid-murid ini sering terkeliru dalam membezakan huruf-huruf ini.
Dari sebutan pula mereka tidak dapat menyebut huruf “r” dengan tepat. Ini dapat di
buktikan melalui ujian diagnostik yang dijalankan kepada murid-murid ini. Pelbagai
inisiatif yang boleh diambil oleh orang di sekeliling bagi mengatasi serta membantu
mereka untuk menguasai kemahiran 3M. Oleh itu masyarakat tidak harus
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 4/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~3~
mempertikaikan mereka yang tergolong diantara murid pemulihan atau lembam ini.
Kemahiran anak-anak pada kebiasaannya adalah berbeza-beza mengikut kanak-kanak itu
sendiri. Jika mereka tidak cenderung dalam bidang pendidikan, mungkin terdapat
kemahiran lain yang boleh dicungkil dalam diri murid ini.
2.0 Masalah : Kajian Kes Murid Lembam ( Slow Leaner )
Bagi menjalankan tugas yang diberi saya telah memilih beberapa sampel, saya
telah memilih Mohamad Shahir bin Musa sebagai sampel yang akan saya kupas pada
kajian kes kali ini. Saya mengenali murid ini semasa kali pertama saya memasuki kelas 2
Bestari. Di mana pada ketika itu saya ditugaskan untuk mengajar kelas 2 Bestari bagi
subjek Matematik. Semasa sesi suai kenal diantara murid dan guru dijalankan murid ini
tidak banyak bercakap. Kemudian bila kertas kerja diberi, murid ini mengalami masalah
dalam memahami arahan yang diberi oleh guru. Selain itu, murid ini juga gagal menulis
nama penuhnya dengan betul dan cantik. Seterusnya, bila dirujuk kepada Pn. Wan Norma
bt Wan Hamat, Guru Linus Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Kg. Sepulau, murid ini
merupakan salah seorang daripada murid linus dan murid yang lemah dari tahun satu.
Apa yang diceritakan oleh Pn Wan Norma, Murid ini telah di saring dalam ujian linus
sebanyak tiga kali semasa di tahun satu dan masih di tahap Linus Tegar.
Bagi mengetahui kemahiran murid ini, satu ujian telah dijalankan bagi mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh murid ini. Ujian diagnostik yang dijalankan menunjukkan
beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid ini. Di antara kelemahan yang paling
ketara adalah dari segi tulisan. Murid ini menghadapi dalam menulis perkataan-perkataan
dan mengambil masa yang lama untuk menulis dan tulisan murid ini terlalu buruk dan
amat tidak berpadanan dengan usia murid ini.
Disebabkan murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf serta dalam mengeja,
murid ini juga banyak menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran di dalam
kelas lain. Mengikut temubual saya bersama guru mata pelajaran lain, murid ini
menghadapi banyak masalah dan sering tertinggal di dalam pembelajaran. Guru-guru lain
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 5/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~4~
terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada murid ini agar tidak ketinggalan di dalam
pembelajaran.
3.0 Latar Belakang Murid
Nama : Mohamad Shahir b. Musa
Tempat lahir : Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan
Umur : 8 Tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama ibunya yang setiap
pagi menghantarnya ke sekolah dan juga temubual bersama Guru Pemulihan Khas, Encik
Mohamad Fauzi Bin Mohd Nor. Murid ini perwatakannya seperti kanak-kanak yang lain
tetapi Muhamad Shahir ini kurang aktif di luar dan di dalam kelas. Di sebabkan saya juga
mengajarnya di dalam kelas arus perdana 2 Bestari, murid ini nampak agak berlainan
kerana murid ini menjadi pasif bila diajukan soalan atau berkehendakan murid ini
menjawab soalan. Murid ini merendah diri di sebabkan dia berada di dalam kelas
pemulihan. Ini menyebabkan murid ini menjadi pasif dan kurang aktif dalam kelas.
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 6/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~5~
Murid ini telah dirujuk kepada doktor pakar dan doktor mengesahkan murid ini
digolongkan murid lembam. Doktor menyarankan agar murid ini dikelaskan di Sekolah
Pendidikan Khas. Namun begitu, ibubapa murid kurang setuju dan memandangkan
sekolah tersebut jauh dari rumah. Di rumah menurut murid ini, ibubapa tidak
membimbingnya langsung dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi. Ini menyebabkan
murid ini menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Murid ini masuk ke kelas pemulihan khas mungkin di sebabkan kurang motivasi di
kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca,
menulis dan mengira. Ini menyebabkan murid ini menghadapi masalah dalam
pembelajaran.
4.0 Objektif Kajian
Kajian masalah murid mundur dan lembam ini yang dijalankan adalah berdasarkan
objektif-objektif berikut :
1. Mengenalpasti punca masalah murid tidak dapat membatangkan suku kata.
Punca-punca masalah murid tidak dapat menguasai kemahiran untuk mengenalhuruf, membatangkan suku kata dan membaca dapat dikenalpasti dengan adanya
kajian ini.
2. Mengenalpasti masalah-masalah pelajaran yang dihadapi oleh murid yang
mengalami masalah ini. Masalah-masalah yang dikenalpasti dapat membantu
murid dalam meningkatkan keyakinan diri murid ini dalam pelajaran.
3. Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya. Kaedah-kaedah yang digunakan
dalam mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah kemunduran dan
lembam.
4. Mengatasi masalah murid yang kurang minat dalam pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan.
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 7/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~6~
5.0 Metadologi
Bagi menyelesaikan kajian kes yang dibuat, beberapa kaedah telah dilakukan bagi
memastikan setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat. Kaedah
ini berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :-
1. Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik telah dijalankan keatas murid pada awal saya mengajar murid
ini. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.
Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
murid. Selain itu, ujian ini juga untuk membina kumpulan dalam pengajaran yang
bakal dijalankan kelak.
2. Pengumpulan maklumat
Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori, latar
belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan
teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan perkongsian
maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat mengenai
latar belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar.
3. Pemerhatian
Bagi pemehatian, saya telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak mula
saya mengajar murid ini. Di antara pemerhatian yang dijalankan melibatkan
tingakah laku murid ini, cara berkomunikasi dan pergaulannya bersama murid-
murid lain, keperibadiannya dan juga emosinya.
4. Temubual
Beberapa sesi temubual telah saya jalankan. Di antaranya bersama murid ini
sendiri bagi mengetahui masalah sebenar murid ini. Selain itu, saya telah
menemubual En. Moh Fauzi yang mengajar murid ini bagi kelas pemulihan sejak
murid ini di awal tahun dua lagi bagi mengetahui perkembangan murid ini sejak
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 8/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~7~
dari awal di masukkan ke dalam kelas pemulihan, Sesi temubual seterusnya
adalah bersama dengan guru kelas murid ini ini bertujuan mengetahui sifat
peribadi murid serta mengetahui latar belakang murid ini. Beberapa sesi temubual
bersama guru-guru matapelajaran lain juga telah dijalankan bagi melihat
bagaimana tingkah laku murid ini sepanjang proses pembelajaran berjalan.
Temubual terakhir adalah bersama ibubapa murid ini. Temubual ini bertujuan
untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid ini sama ada ianya
berpunca dari rumah atau pun sekolah.
5.1 Temubual Bersama Mohamad Shahir
Satu temubual bersama murid ini telah dijalankan. Ini bertujuan untuk mengetahui
permasalahan yang dihadapi oleh murid ini. Sesi temubual ini berjalan selepas waktu
kelas pemulihan. Saya telah menemubual murid ini dan bertanyakan berkenaan dengan
latar belakang murid ini. Menurut murid ini, bapanya bekerja sebagai petani manakala
ibunya tidak bekerja.
Dia juga mempunyai 3 orang adik beradik. Murid ini anak sulung, adiknya di tahun 1 dan
seorang adik yang masih belum bersekolah. Menurutnya, setiap kali pulang ke sekolahtiada siapa yang menunjukkan murid ini untuk membuat atau menyiapkan kerja sekolah.
Tiada orang yang membimbingnya semasa menyiapkan kerja. Jadi murid akan
menghabiskan masa di waktu petang dengan bermain sahaja.
Tiada istilah mengulangkaji di rumah oleh murid ini. Ibu murid ini hanya menghantar dan
mengambil murid ini ke sekolah. Ini amat menyedihkan kerana murid ini tiada bimbingan
semasa di rumah. Hanya menerima sesi pembelajaran di sekolah tiada di rumah. Ini
menyebabkan murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 9/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~8~
5.2 Temubual Bersama Guru Pemulihan En. Mohd Fauzi b. Mohd Nor
Memandangkan murid ini telah berada di dalam kelas pemulihan selama hampir
setahun, jadi saya bercadang untuk menemubual En. Mohd. Fauzi bagi mengetahui
perkembangan murid ini. Menurut En. Mohd. Fauzi, pada permulaan murid ini memasuki
kelas pemulihan, murid ini tidak mengenal huruf langsung. Ini bermakna En. Mohd.
Fauzi akan mengajar murid ini dari permulaan lagi bagi mengenali huruf-huruf kecil dan
huruf besar.
Menurut En. Mohd. Fauzi juga, murid ini agak lambat dalam menerima pelajaran yang
diajar. Ianya akan mengambil masa yang lama bagi memastikan murid ini dapat
mengikuti isi pelajaran atau sesuatu kemahiran. Tumpuan yang lebih juga sering
diberikan kepada murid ini supaya murid ini mudah faham.
Setakat En. Mohd. Fauzi mengajar sehingga sekarang, murid ini hanya boleh menguasai
dalam membunyikan suku kata KV dan masih tergagap-gagap kerana masih tidak boleh
memastikan sebahagian huruf.
5.3 Temubual Bersama Pn. Norhayati bt Zahri (Guru Kelas 2 Bestari)
Satu sesi temubual telah dijalankan bersama Pn. Norhayati yang merupakan guru
kelas kepada murid ini iaitu tahun 2 Bestari. Temubual bagi melihat sejauh mana sifat
murid ini di dalam kelas arus perdana biasa, Menurut Pn. Norhayati, murid ini sering kali
menghadapi masalah dalam menerima isi pelajaran yang diajar. Ini semua disebabkan
kegagalan murid ini untuk membaca. Selain itu, latihan dan aktiviti di dalam kelas tidak
pernah dapat di siapkan.
Dari segi kehadiran ke sekolah, menurut gurunya, Shahir seorang yang rajin datang ke
sekolah. Semangat untuk belajar amat tinggi walaupun murid ini lambat dalam semua
aktiviti.
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 10/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~9~
5.4 Temubual Bersama Pn. Nur Rashidah (Guru Matapelajaran Sains)
Pn. Nur Rashidah merupakan guru bagi matapelajaran sains. Ketika saya
menemubual Pn. Nur Rashidah banyak komen diberikan mengenai murid ini. Berkenaan
dengan tingkah laku murid ini semasa di dalam kelas, murid ini sering menyendiri dan
kurang memberi tumpuan kepada pelajaran yang diajar oleh guru. Apa yang guru boleh
lakukan hanyalah menegur dan memberi tunjuk ajar kepada murid mengenai isi pelajaran
yang diajar pada masa tersebut.
Perhatian yang penuh juga diberikan lebih kepada murid ini bertujuan supaya murid ini
tidak ketinggalan dari aspek pelajaran. Seperti guru lain juga, Pn. Nur Rashidah
menyatakan kelemahan murid ini dalam membaca mengakibatkan murid ini sering
ketinggalan di dalam kelas. Memandangkan mata pelajaran sains hanya 3 waktu
seminggu, ini lebih menyulitkan guru untuk mengajar murid ini.
Sebelum ini Pn. Nur Rashidah sering memberi kerja rumah kepada murid ini tetapi kerja
yang diberi jarang diselesaikan oleh murid ini. Oleh itu, Pn. Nur Rashidah jarang
memberi kerja rumah kepada murid ini. Apa yang dilakukan hanya membimbing murid
ini sepanjang di dalam kelas agar murid ini tidak ketinggalan.
5.5 Temubual Bersama Ibu Mohamad Shahir.
Temu bual bersama ibu Shahir dijalankan pada waktu pagi setelah anaknya
memasuki kelas. Setiap pagi ibunya akan menghantar dua orang anaknya ini. Menurut
ibunya, Shahir memang seorang pendiam dan kurang bercakap. Perkembangan sewaktu
kanak-kanak amat lambat di mana murid ini boleh bercakap pada umurnya 3 tahun.
6.0 Analisis Masalah
Mohamad Shahir Bin Musa merupakan murid tahun 2. Jika dilihat dari segi
fizikal murid ini, perwatakannya sama sama seperti murid-murid yang lain. Cuma yang
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 11/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~10~
membezakannya adalah dari segi pelajaran dan tingkah lakunya yang agak pendiam dan
tidak aktif. Murid ini diketegorikan sebagai murid yang lemah dalam mengenal huruf,
membatang suku kata dan mengeja perkataan atau juga dikenali dengan murid yang
lembam. Ini berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Burt (1950) yang menyifatkan
murid lembam sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak
berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada
kelas yang sesuai dengan umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya
merupakan label yang diberikan kepada kes murid yang pencapaian akademiknya jauh
lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya. Jelas kita lihat Muhammad Shahir
ketinggalan dari segi akademik berbanding rakan sebayanya yang lain. Menurut kajian
ahli-ahli psikologi Galton (1865), Giddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962)
telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek
yang berbeza dengan rakan sebayanya.
Berdasarkan pemerhatian saya, bila murid ini memasuki kelas arus perdana murid ini
menjadi seorang yang pendiam dan kurang berkomunikasi dan mengambil bahagian di
dalam aktiviti yang dijalankan. Murid menjadi pendiam bila diajukan soalan kerana
murid tidak mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberikan. Menurut
Dr Koh Boh Boon (1980), keyakinan diri yang rendah menyebabkan murid kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.
Sebagai guru kelas pemulihan yang mengajar murid ini, saya merasakan murid ini boleh
mengenal huruf dan membaca suku kata serta perkataan jika murid ini diberikan
perhatian yang sepenuhnya dan sesi P&P yang menarik minat pelajar ini. Dari
pemerhatian yang saya lihat bila murid ini di dalam kelas arus perdana murid ini menjadi
pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Ini disebabkan aktiviti P&P yang dijalankan
oleh guru tersebut lebih menumpukan dan khusus kepada murid yang agak bijak dan
boleh memahami dengan cepat isi pelajaran. Selain itu, tiada aktiviti yang boleh menarik
minat murid-murid yang lemah ini untuk belajar sama. Oleh kerana itu, murid ini
ketinggalan dalam pelajaran.
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 12/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~11~
Bila Mohamad Shahir berada di dalam kelas pemulihan, keadaannya amat berbeza.
Murid ini lebih bergerak aktif kerana murid ini boleh menjawab soalan yang diberi
dengan lebih aktif berbanding di dalam kelas arus perdana. Ini kerana aktiviti
pembelajaran di dalam kelas pemulihan amat berbeza berbanding di dalam kelas arus
perdana. Dengan pengajaran secara berkumpulan, setiap pembelajaran di bahagikan
kepada tiga bahagian iaitu pengajaran, permainan dan pengukuhan. Oleh itu, tumpuan
boleh banyak di berikan kepada setiap murid di dalam kelas dan murid tidak malu dan
tidak pasif untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
Jika dilihat kepada keadaan Mohamad Shahir ini, bimbingan untuk membaca hanya
diberikan semasa berada di sekolah sahaja. Tiada bimbingan diberikan kepada murid ini
semasa di rumah. Kemungkinan kesibukan ibubapa dan tidak mengambil tahu perihal
anak-anak menyebabkan murid ini tidak berminat langsung untuk belajar di rumah. Guru
hanya dapat membimbing murid ini semasa berada di sekolah. Ibubapa atau keluarga
murid ini haruslah memainkan peranan mereka sepanjang berada di sekolah. Taraf
kehidupan keluarga juga memberikan kesan yang mendalam kepada diri murid ini. Taraf
kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak
bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi
kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan
rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan
menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan
yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian
akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang rendah sehinggalah
keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow
akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal
dipenuhi.
Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau lembam (otak
lembap), walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang
mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 13/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~12~
kerencatan intelek tatapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti
kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang tidak sesuai terhadap
guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah. Walaupun kemunduran
pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada hakikatnya ia
menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil gabungan
sifat yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan yang akhirnya
mempengaruhi personaliti individu. Daripada kes Mohamad Shahir, faktor
persekitarannya mungkin antara penyebab kepada terjadinya murid ini lambat untuk
menerima isi pelajaran yang diajar.
Seperti yang diberitahu, murid ini masih tidak mengenali sesetengah huruf dan terpaksa
dibantu oleh guru. Oleh itu pelbagai cara boleh digunakan dalam mengajar supaya
mereka tidak perlu untuk memikir kembali huruf-huruf tadi. Teknik seperti kad imbasan
merupakan satu teknik pembelajaran yang bagus. Ini kerana murid mudah untuk
memahami sesuatu perkara. Kad imbasan yang mempunyai gambar adalah satu perkara
yang mudah untuk murid mengingat. Dan teknik ini boleh dipelbagaikan dengan
menjadikan satu permainan yang lebih menarik minat murid.
Sebahagian daripada murid-murid yang lembab atau mundur ini, sebahagian daripadamereka bukan lemah disebabkan oleh fizikal atau mental tetapi disebabkan kurangnya
dalam mengulangkaji pelajaran, tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan
faktor-faktor persekitaran yang lain. Beberapa cara boleh digunakan oleh guru dalam
mengajar dan membantu anak murid yang lemah seperti Mohamad Shahir dalam
mengajarnya membaca dan mengingat huruf atau abjad.
Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental
sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka
melalui proses-proses pekembangan pemikiran. Menurut Piaget perkembangan kognitif
kanak-kanak akan melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat
deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11
tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 14/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~13~
seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak
mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika
murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang
sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat
bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya
mempunyai kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi
sosial dan emosi. Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi
kandungan ilmu pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran.
Pelbagai kaedah asas yang boleh perkenalkan kepada murid ialah melalui kaedah fonik
yang memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan
bunyi bahasa. Contohnya seperti huruf ‟m‟ disebut apabila memakan sesuatu makanan
yang sedap iaitu ‟emm‟. Apabila murid sudah menguasai kemahiran mengenal huruf,
kemudian guru akan memperkenalkan nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf
dicantumkan sehingga terbentuknya perkataan yang sempurna. Kaedah ini telah saya
gunakan kepada Mohamad Shahir dan menampakkan keberkesanannya. Cuma ada
beberapa abjad yang murid ini menghadapi masalah dalam mengingat dan menyebut.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnyamasalah pembelajaran di kalangan murid, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si
anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dari segi
kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan
interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya, peluang-
peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu
sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 15/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~14~
7.0 Penyelesaian Masalah
7.1 Kaedah Mengatasi Kemunduran dan Masalah Lembam
Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk setiap
aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran
murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang
secukupnya kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau
apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan
membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak
melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah
untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan.
Beberapa kaedah telah difikirkan untuk membantu murid ini dalam mengatasi masalah
yang dihadapinya. Diantaranya ialah :-
7.1.1 Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam
matapelajaran bahasa melayu dan juga matematik. Ini kerana tahap kemahiran setiapmurid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk
merancang untuk pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat
melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.
7.1.2 Kaedah Pengajaran
Pengajaran yang menarik boleh menarik minat murid untuk memberikan tumpuan
serta sepenuh perhatian ketika sesi P&P berjalan. Di dalam kelas saya, saya
mengamalkan tiga cara dalam pengajaran iaitu :-
Kaedah Kumpulan
Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan.
Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun
perbezaan minat.
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 16/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~15~
Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding
individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang
demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.
Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama
murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan
berkongsi idea.
Kaedah Individu
Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja.
Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak
mengalami gangguan „banyak mulut‟ daripada murid semasa mengajar.
Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid
berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.
Kebiasaannya kaedah individu ini dijalankan diluar bilik darjah. Di mana saya
akan mengambil Muhammad Shahir untuk berjumpa saya pada setiap awal pagi
dan sekurang-kurang tempoh masanya ialah 10minit – 15 minit. Murid akan
diberi latihan bagi mengukuhkan ingatan murid ini mengenai pengajaran yang
dijalankan sebelum ini. Cara ini amat berkesan sekali.
Kaedah Rakan Sebaya
Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan
dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.
Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan
yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan
pembelajaran saya pada hari berkenaan. Cara ini juga memberi keyakinan kepada
diri murid.
7.1.3 Permainan Dalam Pengajaran
Saya akan memasukkan elemen permainan yang memerlukan murid untuk
bergerak bebas. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan minat murid untuk lebih
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 17/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~16~
memahami apa yang akan diajar. Menurut L. Vygotsky (1976) berpendapat fungsi main
adalah membina semula realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan, dan menggerakkan
perkembangan intelek secara tidak langsung. Alan Chamberlain (1986) juga ada
menyatakan “...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of
pupils from primary school children to adults...”. ini jelas menunjukkan permainan
dalam pengajaran dapat membantu murid untuk memahami apa yang diajar oleh guru.
7.1.4 Motivasi, Nasihat dan Kata-kata Pujian
Sebagai seorang guru yang mengajar Mohamad Shahir ini, saya sering akan
memberikan nasihat kepadanya supaya kerap membaca buku dan menyiapkan latihan
atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya akan memberi motivasi
kepada murid ini agar Muhammad Shahir sentiasa menanamkan sifat ingin belajar dalam
dirinya. Cara ini juga berkesan bagi memotivasikan diri murid ini. Seperti yang
diungkapkan oleh Woolfolk (1990), dimana motivasi didefinisikan sebagai satu kuasa
dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku
manusia.
Kata penghargaan dan pujian akan meransang murid untuk melakukan yang
terbaik dalam sesi pengajaran. Kata-kata seperti, “bagus”, “teruskan usaha”, “cuba lagi”,“baik” dan banyak lagi dapat membangkitkan semangat murid dalam pembelajarannya.
7.1.5 Sistem Token
Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau
pemberian hadiah. Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah
diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah
dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang
boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau
kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Sistem ini dijalankan di dalam kelas
pemulihan bagi tujuan menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian dalam
pelajaran selain untuk mendisiplinkan pelajar.
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 18/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~17~
8.0 Laporan Hasil Kajian Kes
Setelah selesai saya menjalankan program kepada murid ini, saya dapati ada
perubahan walaupun tidak ketara tetapi dari segi mengenal huruf dan mengeja ada
perubahan. Murid ini tidak lagi bertukar huruf „b‟ dan „d‟. Murid ini boleh mengeja dua
sukukata terbuka dan tertutup dengan perlahan-lahan.
Dari segi komunikasi, Mohd Shahir sudah mula bercakap dengan saya walaupun tidak
kerap. Setiap pertanyaan yang diajukan murid ini menjawab walaupun dengan sepatah
perkataan. Dari mula saya mengajarnya, saya akui murid ini kurang berkomunikasi.
Perasaan berminat untuk membaca jelas terpapar pada wajah murid ini. Lebih-lebih lagi
semasa saya melakukan aktiviti melalui komputer dengan menonton cd interaktif. Murid
ini begitu khusyuk menonton cd sambil mengikut apa yang diajar di dalam cd tersebut.
9.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Mohamad
Shahirbukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan
sedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan
sekolah tetapi juga melibatkan Ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang-
kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca dan
tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam kelas. Guru juga
tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam memperbaiki kelemahan yang
terdapat di dalam diri murid ini.
Jika dilihat dari permulaan saya mengenali murid ini, banyak kelemahan yang dihadapi
seperti tidak boleh membatang suku kata serta menghadapi masalah dalam mengeja
perkataan yang diberi oleh guru. Selain itu murid juga kerap kali tidak hadir ke sekolah.
Tetapi setelah beberapa langkah diperkenalkan seperti sistem token ekonomi di
pamerkan, ianya menarik dan merubah sikap pelajar ini yang kerap tidak hadir ke
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 19/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~18~
sekolah. Selain itu, murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran yang
diberikan oleh guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku kata yang
melibatkan terbuka dan tertutup.
Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru pemulihan
sahaja, tetapi ianya harus melibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli
keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan kerja sekolah
yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada murid ini.
Walaupun Mohamad Shahir tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam
pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima pelajaran
sama seperti murid-murid lain.
7/27/2019 epic murid lembam
http://slidepdf.com/reader/full/epic-murid-lembam 20/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBEF3503~
~19~
Rujukan
Azman Bin Kanil. (2000). ”Keberkesanan Kaedah Kuliah dalam Pengajaran danPembelajaran.” Sabah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Keningau.
E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos2005.
Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia
University. Atas talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/education.htm 25 Julai 2009.
George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University.
Atas talian http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 25 Julai 2009.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.
Petaling Jaya. Longman Malaysia.
Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd.
Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Siti Hawa Munji, Ma‟aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur;Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications &
Distrubutors Sdn. Bhd.