tugasan alquarn08

Upload: faridah-ahmad-ahmad

Post on 12-Jul-2015

555 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Norlaily binti Mohd Yusof

Soalan Tugasan

Al-Quran yang ada pada kita sekarang ditulis dengan Rasm Uthmani. Terdapat sedikit perbezaan Rasm ini dengan tulisan Arab yang biasa. Ulama Ulum al-Quran mengklafikasikan bentuk tulisan itu sebagai TAUQIFI kerana ia ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w. Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menganalisa surah al-Qariah dan alQuraish dan buat perbandingan tulisan Rasm Uthmani dengan tulisan Arab biasa (bukan Uthmani) yang terdapat dalam al-Quran Rasm Imlaie pada perkara-perkara berikut: 1. Hamzah Wasal dan Hamzah Qata 2. Alif Zaidah dan Alif Maddah 3. Ha Dhamir pada ketika Dhumah dan Kasrah 4. Bentuk-bentuk (tanda) Tanwin dan fungsinya 5. Bentuk-bentuk (tanda) Nun Sakinah dan fungsinya Penulisan anda hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut: 1. Pengenalan 2. Konsep Rasam Uthmani dan sejarahnya 3. Perbandingan Rasm Uthmani dan Imlaie Hamzah Wasal dan Hamzah Qata Alif Zaidah dan Alif Madah Ha Dhamir pada ketika Dhumah dan Kasrah Bentuk-bentuk ( Tanda ) Tanwin dan fungsinga Bentuk-bentuk ( tanda ) Nun sakinah dan fungsinya (25 markah) ( 1 markah) ( 2 markah) (2 markah) ( 5 markah)

4. Penutup 5. Rujukan

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

1

Norlaily binti Mohd Yusof

PengenalanUmat Islam dibekalkan dengan kitab Al-Quran yang sentiasa dipelihara dalam segala aspek termasuk penulisan. Bilangan sahabat yang menghafaz al-Quran mencapai had qata. Pengumpulan al-Quran di zaman Nabi dalam tiga keadaan iaitu pemeliharaan di dada, penyusunan ayat dalam surah-surah serta pencatatan dalam bentuk tulisan. Penulisan al-Quran di zaman Nabi secara keseluruhannya berlaku di hadapannya. Apa sahaja ayat al-Quran yang dibentangkan pada pembentangan terakhir adalah al-Quran. Berlakunya penulisan al-Quran dalam latar belakang yang berbeza-beza iaitu zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan zaman Saidina Uthman. Semasa pertempuran di Yamamah meletus. Lebih daripada 70 orang Sahabat penghafaz al-Quran telah terkorban dalam medan itu. Peristiwa ini menggusarkan Umar bin al-Khattab. Jika tidak dilakukan sesuatu, dibimbangi lama-kelamaan al-Quran akan lupus dengan ketiadaan penghafaz al-Quran. Lalu beliau mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk memulakan inisiatif membukukan al-Quran. Maka bermulalah satu usaha pemakmuran agama Allah S.W.T. melalui budaya pembukuan al-Quran. Budaya penyalinan dan pembukuan membawa perkembangan budaya yang hebat. Bayangkan jika al-Quran tidak disalin dan dibukukan, berapa ramaikah di kalangan umat Islam hari ini yang mampu menghafaz seluruh isi kandungan al-Quran? Budaya penyalinan dan pembukuan al-Quran membantu umat Islam dalam penghayatan mereka terhadap kitab Allah S.W.T. Sejak dahulu hingga sekarang al-Quran masih lagi disalin. Keaslian dan kesuciannya masih terpelihara, walaupun telah 1425 tahun masa berlalu. Ia adalah buku yang paling kerap dibaca oleh umat Islam, antaranya kerana ramai yang tidak mampu untuk menghafaznya. Walau begitu pesat perkembangannya, isi kandungannya

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

2

Norlaily binti Mohd Yusof

masih tetap kekal sebagaimana asal. Penyalinan dan hafazan al-Quran terus bersambung daripada satu generasi ke satu generasi. Hafazan dan pembukuan termasuk dalam kategori Jamul Quran atau pengumpulan al-Quran. Rasulullah s.a.w. adalah insan pertama yang menghafaznya dalam hati. Pada zaman Baginda, al-Quran belum dikumpul dalam bentuk sebuah buku walaupun ia disalin lengkap di atas pelbagai bahan. Ini mungkin kerana hafazan lebih diberi keutamaan sesuai dengan tuntutan keadaan pada waktu itu dan juga kerana kekuatan para Sahabat dari segi hafazan. Ayat al-Quran masih lagi diturunkan, maka penyalinan di atas bahan-bahan mungkin boleh dianggap sebagai penyalinan sementara sehingga al-Quran selesai diturunkan. Ini tidak bermaksud Rasulullah s.a.w. tidak mengetahui budaya pembukuan yang memang telah ada pada zaman itu. Ia juga memberi kefahaman bahawa al-Quran tidak semestinya disalin di atas lembaran atau buku sahaja, malah tidak menjadi kesalahan jika disalin di atas bahan-bahan lain yang suci. Ayat alQuran yang tercatat di atas ketul-ketul batu, pelepah tamar, tulang-tulang unta atau biri-biri yang telah kering, kepingan-kepingan kayu dan kulit-kulit binatang disimpan di dalam rumah Rasulullah s.a.w. sendiri. Al-Quran juga tersimpan dalam hafazan para Sahabat. Setiap perkara yang berlaku mengenai al-Quran pasti ada hikmahnya. Ia tidak terlepas daripada aturan kebijaksanaan Allah S.W.T dalam kitab terakhir dari langit yang masih suci lagi terpelihara ini. Sewaktu al-Quran masih diturunkan, Rasulullah s.a.w. menegah dicatat perkara lain selain al-Quran. Arahan ini mungkin untuk menjamin kebersihan rekod catatan al-Qquran dan tidak bercampur aduk dengan catatan lain. Dengan itu al-Quran tetap terpelihara keasliannya sejak dari awal lagi. Wahyu al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat. Setiap kali wahyu diterima, Rasulullah s.a.w. akan membacanya serta menyuruh para kuttab (penulis wahyu) mencatatnya. Sahabat seperti Muawiyah, Zaid bin Thabit, Ubay bin Ka`ab dan lain-lain menyalin di bawah pengawasan langsung daripada Rasulullah s.a.w. Maka di sini bermulalah tradisi pertama penyalinan al-Quran yang kudus.

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

3

Norlaily binti Mohd Yusof

Al-Quran pertama kali disalin pada zaman Rasulullah s.a.w., dan pertama sekali dikumpulkan dalam bentuk buku pada zaman Khalifah Abu Bakar. Proses pembukuan alQuran pada zaman beliau mengambil masa lebih kurang satu tahun dan sempurna disiapkan sebelum Khalifah Abu Bakar meninggal dunia. Zaid bin Thabit diperintahkan menjalankan kerja penyalinan semula sebaik sahaja peperangan Yamamah tamat. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al Quran yang pertama dalam bentuk suhuf .Setelah Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq r .a wafat ,suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin Al Khattab r.a dan apabila Saiyidina Umar AL Khattab wafat ,lembarab suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar Al Khattab r.a.

Penulisan Al Quran pada zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan wilayah wilayah lain termasuk Armenia ,Arzabeijan dan Khurasan .Umat Islam di wilayah wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca Al Quran menurut kaedah kaedah bacaan Rasulullah s.a.w melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya : I. Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Kaab ,Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin AL Khattab r.a II. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan Abu Dardak r.a . III. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Umar bin Al Khattab , Ubai bin Kab ,Zaid bin Thabit ,Saiyidina Uthman bin Affan ,Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa Ashaari r.a. IV. Penduduk Kufah mengambibl kaedah bacaan daripada Abdullah bin Masud ,Saiyidina Ali bin Abu Talib Saiyidina Uthman bin Affan ,Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit .

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

4

Norlaily binti Mohd Yusof

Pada tahun 25 Hijrah ,satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan Al Quran .Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al Yaman kepada Khalifah Saiyidina Uthman .Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman mencari jalan untuk menyatupadukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut. Khalifah Uthman Affan r.a telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin Zubair ,Said bin Al As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a. Lembaran suhuf al Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah bin Umar untuk dijadikan mushaf .Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam AlQuran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra.Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka .maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang orang Quraisy kerana Al Quran itu diturunkan mengikut bahasa Quraisy. Menurut pendapat yang muktamad Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak emna mushaf al Quran .Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a sendiri yang dinamakan Mushaf al Imam dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah , Syam ,Basrah,Kufah dan Madinah . Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk penduduk di wilayah berkenaan ,bahkan dihantar bersama sama seorang imam ( qari ) yang adil dan mutqin di dalam bacaan al Quran untuk mengajar penduduk berkenaan .Mereka terdiri daripada : Abdullah bin al Saaib r.a ke Mekah Al Mughirah bin Abi Syahab r.a ke Syam Abdul Rahman Abdullah bin Habib al Sulami r.a ke Kufah Zaid bin Thabit r.a di Madinah

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

5

Norlaily binti Mohd Yusof

Selepas itu Saiyidina Uthman bin Affan r.a memerintahkan supaya semua lembaran Al Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar .Walau bagaimanapun perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah S.A.W secara mutawatir . Budaya penyalinan dan pembukuan al-Quran memberi impak bahawa al-Quran merupakan kitab suci dari langit yang tidak dapat diragukan lagi kesucian dan keasliannya. Ia memberi kesan ke arah kemunculan pelbagai bidang ilmu yang bernilai tinggi. Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya mencatat dan membukukan penulisan, kerana ia akan memberi kesan kepada jangka hayat sesuatu ilmu dan menjadi satu autoriti yang meyakinkan. Tidak syak lagi, dunia Islam terhutang budi kepada budaya yang kudus ini. Glosari: kuttab: penyalin al-Quran Fiqh: ilmu mengenai perundangan dan hokum hakam dalam Islam Aqidah: ilmu mengenai Tauhid serta kepercayaan dalam Islam Lahjah: dialek, loghat Jamul Quran: proses pengumpulan al-Quran Mutqin : Orang yang teliti dan cermat

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

6

Norlaily binti Mohd Yusof

KONSEP RASM UTHMANIPengertian Rasm:

DAN SEJARAHNYA

Rasm bermaksud pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan hurufhuruf Hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat diujarkan atau dituturkan. Ada juga yang menyatakan Rasm ialah petunjuk adanya sesuatu lafaz. Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai apa-apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis Khat (tulisan).

Pengertian Ilmu Rasm: Sesuatu ilmu yang membincangkan tentang kaedah dan cara penulisan serta pembentukan lafaz/kalimah. Ia merangkumi cara mengjaga lafaz huruf atau mengekalkan bentuk tulisan asalnya atau melalui beberapa penambahan, pengurangan, pemisahan(fasal), perangkaian(wasal) atau penggantian (badal).

Pengertian Ilmu Rasm Uthmani: Ilmu yang membincangkan kaedah dan cara penulisan kalimah-kalimah ayat-ayat Al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman ketika penyalinan dan penulisan al-Quran.

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

7

Norlaily binti Mohd Yusof

Ciri-ciri Mushaf Uthmani

Antara ciri utama mushaf Uthmani yang telah ditulis oleh Saidina Uthman r.a dan disepakati oleh para sahabat r.a pada masa itu ialah ia ditulis bersesuaian dengan perbezaan Qiraah Tujuh. Perkara ini telah ditegaskan oleh Imam Al-Jazari melalui sumber yang beliau ambil dengan sanad yang sahih dari Zirr bin Hubaisy Al-Asadi bahawa Ziir berkata yang maksudnya: Ibnu Abbas bertanyaku: Mana satukah diantara dua qiraat utu yang kamu baca? Kata Ziir: Yang terakhir katanya: Adalah Nabi s.a.w. mengemukakan bacaan al-Quran-Nya kepada Jibril a.s. setiap setahun sekali. Maka pada tahun kewafatanNya, baginda s.a.w. mengemukankan dua kali. Maka Abdullah Ibnu Masud menyaksikan (mengetahui) ayat yang telah dinasakh (ditukar) dan ayat yang telah menggantikannya semula pada Pengemukaan Terakhir itu, maka qiraat Abdullah Ibnu Masud bacaan yang terakhir itu. Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman r.a. telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi: i. ii. iii. iv. v. Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan. Dapat menyatukan wajah-wajah Qiraat Dapat menyelaraskan susunan surah-surah adalah

Tahap Penulisan Al-Quran

Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat pada hari ini melalui tahap-tahap berikut: Tahap pertama : Belum diletakkan tanda baris

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

8

Norlaily binti Mohd Yusof

Tahap kedua Tahap Keempat Tahap kelima

: Ditandakan dengan titik : Mula diletakkan tanda-tanda baris : Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi

Pendapat Ulama Tentang Rasm Uthmani Rasm Mushaf Uthmani (naskhah al-Quran Uthmani) itu adalah perkara Tauqifi

(diambil terus) daripada Rasulullah s.a.w. tanpa boleh diubah, haram mengingkarinya dari segi susunan kesemua perkataan, ayat dan surahnya. Perkara ini telah disepakati secara ijmak oleh para jumhur ulama dari kalangan salaf (300 tahun selepas Rasulullah) dan Khalaf (300 tahun selepas salaf). Ini bermaksud haram mendahulukan atau mengemudiankan mana-mana perkataan, ayat atau surah seperti yang telah disusun oleh para r.a. pada zaman Saidina Uthman r.a. itu.

Antara dalil-dalil para jumhur ulama adalah seperti berikut: Rasulullah s.a.w. sendiri amat menitik beratkan ketepatan al-Quran sama ada apa yang disampaikan kepada para sahabat r.a. dan apa yang diperintahkan-Nya supaya ditulis dari al-Quran itu. Ini dapat diperhatikan daripada hadis yang diriwayatkan oleh AtTobari yang bermaksud : Zaid bin Sabit menceritakan Saya menulis wahyu yang turun kepada Rasulullah s.a.w. Baginda membacanya kepadaku (supaya ) aku menulisnya. Apabila aku selesai, bersabda Nabi s.a.w : Bacalah (wahai zaid), maka aku pun membacanya, jika ada yang tertinggal maka diperbetulkan, kemudian dibawa keluar dan disampaikan kepada semua orang.

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

9

Norlaily binti Mohd Yusof

Ketetapan Pertubuhan Islam Masa Kini tentang Mushaf Uthmani. Dalam beberapa persidangan badan-badan Islam sedunia, satu ketetapan yang telah

diputuskan oleh Majmuk Bahuth Islamiah, Haiah Kibar Ulama, Majmak Fiqhi Islami telah sama-sama bersependapat menetapkan keputusan tentang Rasm Uthmani seperti berikut: 1. Mengekalkan penulisan al-Quran secara Rasm Uthmani sahaja bagi

mengelakkan sebarang penyelewengan dalam penulisan. 2. Mengekalkan al-Quran yang ditulis dengan kaedah Rasm Uthmani sahaja, kerana ia adalah suatu sunnah para sahabat. 3. Berpaling dari Rasm Uthmani dan mengikut al-Quran yang ditulis dengan Rasm Imlaei (bukan Uthmani) dengan tujuan memudahkan pembacaan, akan membawa kepada pertukaran atau penambahan huruf al-Quran tanpa disedari. Maka pembacaan al-Quran secara Rasm Uthmani adalah suatu yang perlu dipelajari. 4. Membiarkan al-Quran tanpa piawaian penulisan yang tetap akan mendedahkan kepada bahaya pihak-pihak yang mahu menulisnya dengan kaedah-kaedah yang lain seperti menulis al-Quran dengan tulisan Roman dan lain-lain bahasa yang akan merosakkan keasliannya. 5. Semua Qiraat adalah perkara yang diambil daripada Rasulullah s.a.w. secara Tauqifi (terus) bukan satu Ijtihad (fatwa). Pada masa ini, antara al-Quran yang dicetak menepati kaedah Rasm Uthmani ialah antaranya al-Quran cetakan kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd Abdul Aziz, Arab Saudi atau lebih dikenali dengan Mushaf Al-Madinah. Al-Quran yang ada pada hari ini ialah al-Quran yang telah dinaiktarafkan dari Mushaf Uthmani mengikut keperluan semasa seperti meletakkan titik perkataan dan baris-barisnya, meletakkan tanda-tanda serta hukum bacaan. (Surur Shihahbudin b. Hassan . 2004).j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

10

Norlaily binti Mohd Yusof

PERBANDINGAN RASM UTHMANI DAN IMLAIE

1. Hamzah Wasal dan Hamzah Qata

Definisi Hamzah: Dari segi bahasa hamzah beerti tekanan atau tolakan, dari segi istilah hamzah beerti bertutur dengan huruf hamzah. Huruf hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepadabdua bahagian. 1.1 Hamzah Wasal :

Hamzah wasal dalam Rasm Uthmani berupa alif tambahan di awal perkataan. Hamzah ini diabaikan jika seseorang memilih untuk menyambungkan bacaan (wasal) dari ayat sebelumnya. Tetapi hamzah ini akan dibariskan bacaannya jika seseorang itu memilih untuk memulakan bacaan (ibtida) dari perkataan yang mempunyai hamzah wasal tersebut 1.1.1 Pembahagian Hamzah Wasal :

Pertama: Hamzah wasal ditulis dengan alif dan di atas alif diletak tanda hamzah wasal ( ) iaitu kepala huruf sod sebagai gambaran kepada hamzah wasal. Contoh: Kedua: Hamzah wasal dibuang atau dihazaf gambarannya pada lima keadaan:

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

11

Norlaily binti Mohd Yusof

a. Hamzah wasal pada Faul Kalimah yang terletak diantara huruf wau atau fa dengan hamzah. Contoh : Asal: Ditukar kepada: ( ) ( )

b. Hamzah wasal terletak pada Feel Amar sebelumnya juga terdapat huruf wau atau fa. Contoh: Asal: Ditukar kepada: ( ) ( )

c. Hamzah wasal terletak pada Lam At-Takrif sebelumnya terdapat huruf Lam Ibtida atau lam huruf Jarr. Contohnya: Asal: Ditukar kepada: ( ) ( )

d. Hamzah wasal yang terletak pada feel sebelumnya terdapat hamzah istifham. Contohnya: Asal: Ditukar kepada; ( ) ( )

e. Hamzah wasal yang terletak pada lafaz Issim Majrur dengan ba yang disandarkan pada lafzul Jalallah. Contohnya : Asal: Ditukar kepada:j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

( ) ( ) 12

Norlaily binti Mohd Yusof

1.2

Hamzah Qata.

Definisi: Hamzah Qata ialah huruf hamzah yang terletak pada permulaan, pertengahan ataupun dihujung kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan padanya ataupun menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumya. Dalam mashaf-mashaf Uthmani, kaedah penulisan huruf-huruf hamzah tersebut adalah berbeza antara satu sama lain. Ia berpandukan kepada kedudukan sama ada ia terletak di permulaan kalimah, pertengahan ataupun dihujung. 1.2.1 Huruf Hamzah di pangkal kalimah :

Semua huruf hamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada pada isim (kata nama), fiil (kata perbuatan) atau pada haraf ditulis pada huruf alif (berumahkan huruf alif), sama ada ketika fathah, kasrah atau dhomah.. 1.2.2 Huruf Hamzah di pertengahan kalimah

Huruf hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza penulisannya antara satu sama lain. Sekiranya Hamzah itu fathah dan sebelumnya terdapat satu huruf sukun, maka ia ditulis tanpa rumah. Sekiranya huruf hamzah itu kasrah ataupun sebelumnya kasrah, maka ia ditulis dengan rumah ya. Sekiranya huruf hamzah itu dhammah ataupun sebelumnya dhammah, maka ia ditulis dengan rumah wau. Sekiranya huruf hamzah itu fathah dan sebelumnya fathah, maka ia ditulis dengan rumah alif. Sekiranya huruf Hamzah itu sukun dan sebelumnya fathah, maka ia ditulis dengan rumah alif. 1.2.3 Huruf Hamzah di Hujung Kalimah :

Huruf hamzah yang terletak di hujung kalimah juga berbeza cara penulisannya di antara satu sama lain: Sekiranya sebelum huruf hamzah itu kasrah, ia ditulis dengan

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

13

Norlaily binti Mohd Yusof

.rumah Ya. Sekiranya sebelum huruf hamzah itu fathah, ia ditulis dengan rumah alif .Sekiranya sebelum huruf hamzah itu sukun, ia ditulis tanpa rumah

PERBANDINGAN RASM UTHMANI DENGAN RASM IMLAI a ) Hamzah Wasal dan Hamzah Qata b ) Alif Zaidah dan Alif Maddah c ) Ha Dhamir pada ketika Dhammah dan Kasrah d ) Bentuk bentuk ( tanda ) Tanwim dan fungsinya , termasuk Tanwim pada akhir .surah .e ) Bentuk bentuk ( tanda ) Nun Sakinah dan fungsinya 2 6 2 3 7 7 9 61 61 71 91 91 91 22 22 32 52 52 52 52 52 62 727002 j-QAF Ambilan 4 Unit

41

1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 11 21 31 41 51 61 71 81 91 02 12 22 32

Norlaily binti Mohd Yusof

72 82 82 92 13 23 33 63 63 73 93 04 04 24 34 34 64 64 84 15 45 55 16 16 16 26 26 36 17 27 57 58 58 89 201 411 421 521 041 241 581 681 881 222 722

42 52 62 72 82 92 03 13 23 33 43 53 63 73 83 93 04 14 24 34 44 54 64 74 84 94 05 15 25 35 45 55 65 75 85 95 06 16 26 36 46 56 66 76 86

7002 j-QAF Ambilan 4 Unit

51

Norlaily binti Mohd Yusof

832 652 852 572 682 3 91 02 33 87 97 441 641 451 531 942 152 152 2 82 81 81 5 43 78 031 15 4 33

96 07 17 27 37 47 57 67 77 87 97 08 18 28 38 48 58 68 78 88 98 09 19 29 39 49 59 69 79

ISTILAH ISTILAH DHABTUL QURAN

7002 j-QAF Ambilan 4 Unit

61

Norlaily binti Mohd Yusof

1) Diletakkan tanda ( 5 ) di atas huruf ellah yang menunjukkan ianya huruf lebih tidak perlu dibunyikan samada waktu wasal (sambung ) atau wakaf (berhenti ) Contoh ayat :

2) Diletak tanda bulat ( berbaris

) menegak di atas alif selepasnya ada huruf

adalah menunjukkan ianya lebih semasa wasal (sambung )

bukan ketika wakaf (berhenti ) Contoh ayat :

3) Tanda (

) kepala kha kecil tanpa titik diletakkan di atas sebarang menunjukkan sukun dan matinya huruf tersebut ,ini

huruf yang

menandakan hukum izhar Contoh ayat : 4) Membuang tanda sukun daripada huruf dengan adanya tanda tasdid pada hurufyang berikutnya yang menunjukkan idgham huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua secara idgham kamil contoh ayat : 5) Tanda sukun dibuang walaupun tanpa tanda tasdid pada huruf selepasnya menandakan idgham naqis contoh ayat : atau menanda kan hukum ikhfa contoh ayat : j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

17

Norlaily binti Mohd Yusof

6) Diletakkan tanda mim kecil ( )ganti tanda baris yang kedua daripada tanwin atau diletakkan mim kecil diatas nun mati ganti tanda sukun tanpa ditasdidkan ba yang berikutnya menunjukkan hukum iklab contoh ayat :

7) Susunan tanda tanwin ( -- -- --)menunjukkan hukum izhar Contoh ayat:

8) Susunan tanwin ( --- --- --- ) serta tasdid pada huruf yang berikutnya Menunjukkan : idgham kamil

Contoh ayat : tanpa ditasdidkan menandakan idgham naqis ikhfa

contoh ayat :

contoh ayat

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

18

Norlaily binti Mohd Yusof

9) Huruf huruf kecil menunjukkan huruf huruf yang ditinggalkan dalam Mashaf ustmaniah tetapi sebutannya wajib. Contoh ayat :

10) Meletakkan tanda ( Contoh ayat :

) di atas huruf menunjukkan lazim (mesti )

dipanjangkan ia lebih daripada mad asli atau mad tabii 11) Diletakkan garis melintang diatas satu satu kalimah menunjukka wajib sajjdah dan tanda ( contoh ayat : 12) Tanda ( ) menunjukkan bacaan imalah kubra pada firma Allah ) selepas satu satu kalimah menandakan tempat As sajjdah

13) Diletakkan tanda (

) di atas akhir huruf mim sebelum huruf nun

yang bersabdu pada firman Allah taala menunjukkan bacaan isymam .

14)Tanda noktah bulat diletakkan pada kalimah untuk menunjukkan bacaan hamzah yang kedua ditashilkan

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

19

Norlaily binti Mohd Yusof

15) Di letakkan huruf sin kecil di atas huruf akhir setengah setengah kalimah menunjukkan hukum saktah contoh ayat :

KesimpulanDhabtul Quran merupakan tajuk yang sangat penting kepada kita umat Islam kerana ia berkaitan dengan keagungan dan kemuliaan dhabtul Quran ,kesucian al Quran Al Quran . Melalui kaedah kaedah keseluruhannya sehingga hari terpelihara

kiamat,insyaallah. Sebenarnya kaedah dhabtul Quran merupakan kaedah yang sangat unik yang bersumberkan Al Quran dan As Sunah.Di dalam kaedah ini penulisan dan tanda tanda sangat dititik beratkan. Kaedah Dhabtul Quran Rasm Uthmani mempunyai keistimewaannya tersendiri yang tidak terdapat pada Rasm lain,hanya pengkaji pengkaji yang mendalaminya akan dapat mentafsirkan keistimewaan dan keunikannya.

1.3

Perbandingan Hamzah Wasal dan Hamzah Qata dalam Rasm Uthmani

dengan Rasm Imlaei bagi surah al-Qariah dan Quraish.

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

20

Norlaily binti Mohd Yusof

1.3.1

Hamzah Wasal :

Surah Quraisy Rasm Uthmani Surah Al-Qariah. Rasm Uthmani Rasm Imlaie Rasm Imlaei

1.3.2

Hamzah Qata

Surah Quraisy Rasm Uthmani Rasm Imlaei

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

21

Norlaily binti Mohd Yusof

Surah a-Qariah. Rasm Uthmani Rasm Imlaei

2.

Alif Zaidah dan Alif Maddah :

Zaidah bererti menambah huruf-huruf yang tertentu pada kalimah-kalimah tertentu alQuran. Huruf-huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan dan bacaan. Huruf-huru ziyadah tersebut ialah alif, wau dan ya.

2.1

Alif Ziyadah pada tempat-tempat berikut :

1. Selepas huruf wau ganti nama pada jamak muzakkar yang bersambung dengan fiil Madi Fiil Mudhari dan Fiil Amar yang berada dihujung kalimah. 2. Selepas huruf wau jamak Muzakkar salim yang berada dihujung kalimah. 3. Alif selepas huruf wau bagi semua fiil Mudharik. 4. Alif huruf wau berbentuk hamzah atau wau yang ditukarkan daripada Alif. 5. Alif selepas huruf mim pada kalimah 6. Alif selepas huruf syin pada kalimah 7. Alif selepas huruf ya pada kalimah j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

dan pecahannya. dalam surah Kahfi ayat 3.

serta pecahannya selepas huruf ta.

22

Norlaily binti Mohd Yusof

8. Alif kalimah-kalimah yang bergaris di bawahnya. 9. Alif pada kalimah 10. Alif pada kalimah 11. Alif kalimah 12. Alif kalimah dimana-mana jua berada diantaranya. di mana-mana saja dalam Quran.

13. Semua Alif Kalimah yang bermakna saya di mana-mana saja dalam quran. 14. Alif Kalimah dalam surah al-Ahzab 15. Alif Kalimah juga dalam srah Ahzab. 16. Alif kalimah dalam surah Insan 17. Alif kalimah ayat 15 surah Insan.

2.1.1

Alif Zaidah.

Perbandingan Alif Zaidah dalam Rasm Uthmani dan Rasm Imlaie : Surah Quraisy Rasm Uthmani Rasm Imlaie

Surah al-Qariah. Rasm Uthmani Rasm Imlaei

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

23

Norlaily binti Mohd Yusof

2.2

Alif Maddah. Alif Maddah ialah alif kecil yang berada di atas kalimah sebagai tanda bacaan panjang (mad ) dua harakah mengantikan huruh mad alif. 2.2.1 Perbandingan Ali Madah dalam Rasm Uthmani dan Imlaei:

Surah al-Qariah Rasm Uthmani Rasm Imlaei

Surah Quraisy Rasm Uthmani Rasm Imlaei

3.

Ha Dhamir Pada Ketika Dhummah dan Kasrah. Ha Dhamir berlaku pada Mad Silah Sughra. Perkataam silah dari segi bahasa

bermaksud sambung manakala sughra bermaksud kecil. Dari segi istilah pula, ia bermaksud mad yang berlaku pada huruf Ha Dhamir atau Ha Kinayah apabila ia

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

24

Norlaily binti Mohd Yusof

terletak di antara dua huruf yang berbaris dan tiada huruf Hamzah selepasnya. Ha Dhamir (ganti nama) atau juga disebut Ha Kinayah (gelaran) ialah Ha Simpul yang digunakan dalam tatabahasa arab untuk menunjukkan gantinama diri ketiga yang memberi makna nya yang merujuk kepada sesuatu muzakkar. Ha simpul yang boleh dipanjangkan itu mestilah terletak di antara dua huruf yang berbaris dan tidak diwakafkan . Ha simpul pada perkataan itu terletak diantara dua huruf yang berbaris

iaitu huruf sebelum Ha simpul berbaris dan selepas Ha simpul juga berbaris. Maka Ha simpul itu dibaca panjang dua harakat jika disambung bacaannya.Tetapi jika diwakafkan bacaan pada Ha simpul itu, seperti wakaf pada perkataan maka Ha simpul itu hendaklah disukunkan tanpa dibaca panjang. Bagi Ha simpul yang diapit oleh huruf lain yang tidak berbaris yakni sukun sebelumnya, sukun selepasnya atau sukun kedua-duanya, maka Ha simpul dalam keadaan begini tidak boleh dipanjangkan bahkan mesti dibaca pendek sahaja. Untuk mengenal Ha simpul yang dibaca dua harakat itu, pasti terdapat padanya tanda wau kecil selepas Ha yang berbaris dhomah atau Ya kecil selepas Ha yang berbaris kasrah .

3.1

Perbandingan Ha Dhamir pada ketika Dhamah dan Kasrah dalam Rasm

Uthmani dan Imlaie : Surah al-Qariah

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

25

Norlaily binti Mohd Yusof

Rasm Uthmani Surah Quraisy Rasm Uthmani

Rasm Imlaei

Rasm Imlaei

4.

Bentuk-Bentuk (tanda) Tanwin dan Fungsinya.

Tanwin ialah baris dua sama ada baris dua di atas (fathataan), baris dua di bawah (kasrataan) atau baris dua di hadapan (dhommataan). Tanwin adalah suatu yang bernun iaitu baris yang mengeluarkan suara nun sakinah secara tidak lansung (zaidah) walaupun nun tersebut tidak kelihatan. Contoh: Alif yang berbaris fathataan sama bunyinya dengan alif fathah beserta nun sakinah:

4.1 1. 2. 3.

Tanda Tanwin di dalam Rasm Uthmani ada tiga : Tanwin yang selari : Tanwin yang tidak selari Tanwin yang disertai huruf mim kecil bersamanya : :

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

26

Norlaily binti Mohd Yusof

4.2

Tanda-tanda ini menunjukkan hukum-hukum dan cara bacaan yang berbeza :

1. Tanwin berbaris di atas dan di bawah ada dua bentuk. a) Bersamaan dan sama panjang barisnya ( ) . Ia menerbitkan hukum Izhar. Izhar bermaksud melafazkan nun sakinah dan Tanwin dengan jelas tanpa dengung. b) Tanda baris dua yang memanjang ke bawah dari yang di atas ( ). Ia

akan menerbitkan hukum Idgham dan Ikhfa. Idgham bermaksud menggabungkan suara huruf yang ke dalam huruf yang berbaris, manakala Ikhfa bermaksud membuat sebutan pertengahan di antara sebutan Izhar dan sebutan Idgham beserta dengung. 2. Tanwin berbaris dua hadapan ada dua bentuk: a) Baris dua hadapan yang diterbalikkan tanda keduanya (

) seolah-olah

nombor enam puluh sembilan menunjukan bacaan ini di Izharkan (melafazkan bunyi tanwin dengan jelas tanpa dengung ). b) Baris dua hadapan yang berbentuk dua huruf wau kecil yang berturut-turut ( angka sembilan puluh sembilan menerbitkan Hukum )

seolah-olah

Idgham

(menggabungkan suara huruf yang bertanwin ke dalam huruf selepasnya) dan Ikhfa (membuat sebutan pertengahan di antara sebutan Izhar dan sebutan Idgham beserta dengung). 3. Tanwin yang disertai huruf mim kecil bersamanya menerbitkan hukum Iqlab (menukarkan sebutan tanwin kepada mim kecil dengan menjaga dengung dan Ikhfanya). 5. Bentuk-Bentuk (tanda ) Nun Sakinah dan Fungsinya.

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

27

Norlaily binti Mohd Yusof

Nun Sakinah ialah nun yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai Nun Mati. Nun Sakinah ialah suara yang keluar dari pangkal hidung dan ia akan mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah. 5.1 Tanda Nun sakinah di dalam Rasm Uthmani ada tiga bentuk : : :

1. Nun yang bertanda sukun 2. Nun yang tidak bertanda

3. Nun yang disertai huruf mim kecil bersamanya :

Tanda-tanda ini menunjukkan hukum-hukum dan cara bacaan yang berbeza : a) Nun yang bertanda sukun menandakan hukum Izhar yang perlu dibaca dengan melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung. b) Nun yang tidak bertanda membawa hukum Idgham ( menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris) dan Ikhfa (Membuat sebutan pertengahan di antara sebutan Izhar dan sebutan Idgham) . c) Nun yang disertai huruf mim kecil membawa hukum Iqlab dengan bacaan menukarkan sebutan nun sakinah kepada mim dengan menjaga dengung dan Ikhfanya.

5.2 .Perbandingan bentuk-bentuk tanwin dalam Rasm Uthmani dan Imlaie : 5.3 Surah al-Qariah Rasm Uthmani Rasm Imlaei

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

28

Norlaily binti Mohd Yusof

Surah Quraisy Rasm Uthmani Rasm Imlaei

5.3 Perbandingan bentuk-bentuk Nun sakinah dalam Rasm Uthmani dan imlaie: Surah al-Qariah Rasm Uthmani Surah Quraisy Rasm Uthmani Rasm Imlaei Rasm Imlaei

PENUTUPIlmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

29

Norlaily binti Mohd Yusof

ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahid kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.Rasm Uthmani ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu penulisan Rasm Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tauqifiyyah. Al-Quran Rasm Uthmani yang kita lihat pada hari ini adalah apa yang telah dinaiktarafkan dari Mushaf Uthmani yang asal, setelah berlaku beberapa generasi, di mana para ulama yang telah menaik tarafkan al-Quran Rasm Uthmani itu mengikut keperluan semasa. Antara bentuk-bentuk penaiktarafan yang telah dilakukan ialah meletakkan titik-titik perkataan dan baris-barisnya, meletakkan tanda-tanda sesuatu hukum bacaan seperti tanda panjang, dengung, izhar, iqlab, wakaf dan perkara yang berkaitan seumpamanya. Pada masa ini, kita dapati al-Quran Rasm Uthmani telah dinaiktarafkan lagi dengan penambahan warna-warna yang menunjukan hukum-hukum tajwid yang tertentu (Surur Shihabudin An-Nadawi. 2004 ) Penambahbaikan ini memberi kemudahan kepada umat Islam dalam memperbetul dan memperelokan lagi bacaan mereka.

Rujukan:www. qquran .com

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

30

Norlaily binti Mohd Yusof

Ab.Aziz Mohd Zin(1997). Al-Quran dan Mesej Kesejahteraan Sejagat. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.. Mahadi Dahlan dan Azahari Hj.Othman (1996). Kaedah Resam Uthmani Dalam Al-Quran. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publisher. Buku Panduan Rasm Uthmani Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Mohd. Yusof Ahmad (2004).Sejarah dan Kaedah PendidikanAl-Quran. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Saiful Bahri Yaziz dan Rozlina Abdul Aziz (2007).HBQE 1203 Rasm Al-Uthmani. Kuala Lumpur.Universiti Terbuka Malaysia. Subhi salleh(1997).Kajian Al-Quran.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mushaf Al-Quran Rasm Uthmani. Mushaf Al-Quran Rasm Imlaei

j-QAF Ambilan 2007 Unit 4

31