tugasan pra

27
HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1.0 Pendahuluan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bermaksud mana-mana premis yang menempatkan empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan lebih daripada satu isi rumah diterima masuk dan dijaga dengan upah. Kumpulan sasaran ialah kepada kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah seperti termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984. Perkhidmatan juga diberi kepada pekerja TASKA, ibubapa dan pihak-pihak yang terlibat dalam asuhan kanak-kanak. Manakala Taman Asuhan di rumah pula ialah satu tempat asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kanak-kanak kurang daripada 10 orang dan Taman Asuhan Kanak-kanak di institusi ialah satu tempat asuhan yang menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih. Penjagaan kanak-kanak masa kini, merupakan satu tanggungjawab ibubapa, namun akibat ramai daripada ibubapa yang terpaksa bekerja, maka tanggungjawab ini diserahkan kepada penjaga atau Taman Asuhan Kanak-kanak. Kerajaan menyedari, pusat asuhan yang tumbuh macam cendawan perlu kawalan terutama bagi menentukan kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan yang sesuai dengan umur mereka. Atas alasan di atas, pada 24.4.1997 kerajaan telah merangka Garis Panduan Taman Asuhan yang mana digunapakai oleh semua TASKA di seluruh Malaysia. Setiap pengusaha TASKA dikehendaki menghadiri kursus dan penguruskan taska mereka mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Dengan adanya garis panduan ini akan dapat memberi peluang kepada taman asuhan AZILAH BINTI MAT TOP 700327-01-5528 1

Upload: fauzisaem

Post on 18-Jun-2015

5.068 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.0 Pendahuluan

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bermaksud mana-mana premis yang

menempatkan empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan lebih daripada satu

isi rumah diterima masuk dan dijaga dengan upah. Kumpulan sasaran ialah kepada kanak-kanak

berumur empat tahun ke bawah seperti termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak

1984. Perkhidmatan juga diberi kepada pekerja TASKA, ibubapa dan pihak-pihak yang terlibat

dalam asuhan kanak-kanak.

Manakala Taman Asuhan di rumah pula ialah satu tempat asuhan kanak-kanak yang

menerima masuk kanak-kanak kurang daripada 10 orang dan Taman Asuhan Kanak-kanak di

institusi ialah satu tempat asuhan yang menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih.

Penjagaan kanak-kanak masa kini, merupakan satu tanggungjawab ibubapa, namun

akibat ramai daripada ibubapa yang terpaksa bekerja, maka tanggungjawab ini diserahkan

kepada penjaga atau Taman Asuhan Kanak-kanak. Kerajaan menyedari, pusat asuhan yang

tumbuh macam cendawan perlu kawalan terutama bagi menentukan kanak-kanak mendapat

asuhan dan didikan yang sesuai dengan umur mereka. Atas alasan di atas, pada 24.4.1997

kerajaan telah merangka Garis Panduan Taman Asuhan yang mana digunapakai oleh semua

TASKA di seluruh Malaysia. Setiap pengusaha TASKA dikehendaki menghadiri kursus dan

penguruskan taska mereka mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Dengan adanya garis

panduan ini akan dapat memberi peluang kepada taman asuhan kanak-kanak untuk mewujudkan

penjagaan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang berada di Taman Asuhan Kanak-kanak.

Pengasuh juga perlu memenuhi cirri-ciri dan kelayakan tertentu. Mengikut syarat yang

ditetapkan dalam Akta Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) 1984, pengasuh mesti berumur 18

tahun ke atas dan sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu,

pengasuh mesti mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajib

menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanan (KAAK) yang ditetapkan dalam akta berkenaan.

Mereka juga perlu mempunyai minat serta komitmen dalam melakukan tugas sebagai pengasuh

dan mampu memahami keperluan kanak-kanak ini mengikut tahap umur dan kebolehan.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 1

Page 2: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2.0 Ciri-ciri Perkhidmatan TASKA yang Berkualiti

2.1 Berikut Adalah Kriteria-Kriteria TASKA yang Berkualiti:-

2.1.1 Had bilangan kanak-kanak yang diambil seharusnya mengambil kira nisbah ruang

yang sedia ada. keluasan lantai untuk setiap orang kanak-kanak ialah 3.5 meter

persegi. Ruang di dapur, stor, tandas, pejabat dan tempat laluan tidak

boleh diambil kira.

2.1.2 Nisbah pengasuh dan kanak-kanak menepati syarat berikut:-

a) 1 orang pengasuh untuk 5 orang kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke

bawah

b) 1 orang pengasuh untuk 10 orang kanak-kanak yang berumur 3 – 4 tahun

ke bawah

c) 1 orang pengasuh untuk 4 orang kanak-kanak kurang upaya yang berumur

4 tahun ke bawah

2.1.3 Pengasuh hendaklah berusia 18 tahun ke atas dan telah mengikuti Kursus Asas

Asuhan Kanak-kanak yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2.1.4 TASKA hendaklah mempunyai menu dan aktiviti harian yang sesuai bagi setiap

peringkat umur kanak-kanak. Jadual menu dan jadual aktiviti harian ini

hendaklah dipamerkan di premis TASKA yang mudah dilihat.

2.1.5 Mempunyai perabot dan peralatan yang sesuai, selamat dan dijaga dengan baik.

2.1.6 Menyelenggara rekod-rekod setiap kanak-kanak di TASKA dengan baik dan

teratur.

2.1.7 Mempunyai program tahunan dan aktiviti penglibatan ibubapa.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 2

Page 3: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2.1.8 Premis TASKA mematuhi syarat-syarat Majlis Tempatan, peraturan kesihatan

dari Jabatan Kesihatan dan peraturan keselamatan dari Jabatan Bomba dan

Penyelamat.

2.1.9 Setiap TASKA mesti mempunyai alat pemadam api, kotak pertolongan cemas dan

satu susun skim bagi mengosongkan premis sekiranya berlaku kebakaran. latihan

kebakaran perlu dibuat sekurang-kurannya 3 bulan sekali.

2.1.10 Menyediakan kemudahan berpatutan kepada kanak-kanak seperti satu tandas

bagi setiap 10 orang kanak-kanak.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 3

Page 4: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2.2 Senarai Semak Perkhidmatan Taska

Bil Perkara Ada Tiada

1. Lokasi taska (jarak antara rumah dengan taska)

2. Perakuan Pendaftaran JKM

3. Lesen Perniagaan

4. Reka Bentuk Taska Dan Sekeliling

5. Keluasan Lantai (3.5m² / Kanak-Kanak)

6. Bekalan Air Yang Mencukupi Dan Bersih

7. Nisbah Kanak-Kanak Dengan Pengasuh*

8. Pengasuh (> 18 Tahun Dan Ada Sijil KAAK)

9. Rekod Kanak-Kanak

10. Jadual Aktiviti Harian

11. Peralatan Permainan Di Dalam Taska

12. Peralatan Permainan Di Luar Taska

13. Alat Pembelajaran

14. Kemudahan Tandas (10:1)

15. Menu Yang Berkhasiat Dan Seimbang

16. Tahap Kebersihan Dalam Taska

17. Keselamatan Kanak-Kanak (Pagar/Grill)

18. Tempat Tidur Kanak-Kanak

19. Perabut

20. Televisyen

21. Astro

22. Peti Pertolongan Cemas

23. Pemadam Api

24. Pelan Laluan Sekiranya Berlaku Kebakaran

25. Latihan Kebakaran

26. Aktiviti Taska bersama Ibu Bapa

27. Skim Insuran

* 5:1 – kanak-kanak < 3 tahun dan 10:1 – kanak-kanak 3 dan 4 tahun

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 4

Page 5: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3.0 Pemerhatian yang Dibuat Terhadap Perkhidmatan Taska

3.1 Lokasi

Taska Kraetif terletak di No.1, Jalan EJ 1/14, Taman Ehsan Jaya, Johor Bahru.

Lokasi yang dipilih oleh pengusaha taska amatlah strategi kerana rata-rata penduduk di

kawasan ini suami isteri bekerja. Pemilihan rumah tepi amat bersesuaian kerana ada

ruang untuk kanak-kanak bermain di luar taska. Bangunannya yang berkeluasan 20 x 70

ini telah dicat dengan menarik dan cantik dari pandangan luar mahu pun ruang dalam. Ibu

bapa juga senang meletakkan kereta kerana taska ini tidak mengadap dengan rumah

orang lain, jadi mereka tidak mengganggu jiran berhampiran. Taska ini juga senang untuk

ditemui kerana berhampiran dengan jalan utama taman perumahan tersebut.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 5

Page 6: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3.2 Perakuan Pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat

Taska Kreatif telah diperakui pendaftarannya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

dan mempunyai lessen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

untuk menjalankan perniagaan taska di alamat di atas. Taska ini telah ditubuhkan pada

tahun 2005. Sepanjang 6 tahun beroperasi tiada sebarang komen atau masalah yang

diterima daripada ibu bapa yang menghantar anak mereka di situ. Selain bayaran

perkhidmatan yang ditawarkan menarik dan murah, ibu bapa juga tidak dikenakan

bayaran tambahan jika mengambil anak mereka lewat dari masa yang ditetapkan.

3.3 Kemudahan Ruang dan Perabut

3.3.1 Ruang belajar

Taska kreatif menyediakan ruang belajar yang selesa dan kundusif seperti meja,

kerusi, komputer, rak buku dan ruangan untuk belajar seni lukis. Perabut yang

digunakan memenuhi piawaian bagi kanak-kanak 2 bulan hingga 4 tahun. Pengasuh

menggunakan kad-kad perkataan yang sesuai sewaktu berkomunikasi dengan kanak-kanak.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 6

Page 7: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Susun atur perabut memudahkan pergerakan kanak-kanak. Penggunaan perabut yang

berwarna- warni menceriakan ruangan belajar dan menarik perhatian kanak-kanak. Ini

menggalakkan kanak-kanak melahirkan daya kraetiviti mereka secara lahiriah.

3.3.2 Ruang Tidur dan Rehat

Taska Kreatif juga menyediakan ruang tidur dan ruang rehat yang selesa. Bagi

bayi-bayi, mereka menyediakan katil-katil khas yang sungguh selesa dan selamat.

Ruangan ini sungguh bersih dan peralatannya tersusun rapi. Ruangan untuk kanak-kanak

berehat juga disediakan. Kanak-kanak boleh menonton televisyen atau CD yang

disediakan oleh pengasuh mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3.3.3 Ruang Makan dan Dapur

Ruang makan dan dapur yang disediakan bersih dan kemas. Semua peralatan

dapur bersih dan disusun dengan rapi. Lantai dimop setiap hari dengan pencuci. Ruang

dapur mempunyai system pengaliran udara yang baik. Kanak-kanak makan di meja

makan yang disediakan dan diajar cara makan dengan tertib.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 7

Page 8: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3.3.4 Bilik Air dan Tandas

Tandas yang disediakan juga bersih dan selesa digunakan. Di pintu masuk tandas

dicat menarik supaya kanak-kanak tidak takut untuk ke tandas. Pengasuh akan sentiasa

menemani kanak-kanak semasa ke tandas. Kanak-kanak 2 tahun ke atas diajar untuk

membersihkan diri mereka sendiri sambil dipantau oleh pengasuh manakala bagi kanak-

kanak 2 tahun ke bawah pengasuh akan membersihakan mereka menggunakan alat

pencuci yang disediakan oleh ibu bapa mereka.

3.4 Kemudahan Peralatan Di Luar Bangunan

Taska Kreatif juga menyediakan mini taman permainan untuk kanak-kanak

di bawah jagaan mereka. Kanak-kanak diberi peluang meningkatkan psikomotor mereka

melalui permainan di luar taska. Kanak-kanak bermain di dalam pengawasan pengasuh.

Kemudahan peralatan di luar bangunan mencukupi. Antara kemudahan yang disediakan

ialah gelongsor, rumah permainan dan jonkang-jongket.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 8

Page 9: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3.5 Aspek Kesihatan dan Menu

Dari aspek kesihatan, Taska Kreatif menyediakan menu makanan yang berkhasiat

dan seimbang. Bekalan air adalah mencukupi dan bersih. Tahap kebersihan tandas dan

ruang di dalam taska juga berada dalam keadaan yang memuaskan.

3.6 Aspek Keselamatan

Taska Kreatif juga dilengkapi dengan kemudahan peti pertolongan cemas dan

kemudahan pemadam api. Pelan laluan sekiranya berlaku kebakaran juga disediakan.

Dalam jangka masa setahun, latihan kebakaran dibuat sebanyak tiga kali. Kanak-kanak

juga telah diberi penerangan oleh pihak bomba sebagai salah satu aktiviti taska. Taska ini

juga terletak berhampiran dengan pili bomba. Ini akan memudahkan pihak bomba

memadamkan api jika berlakunya kebakaran.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 9

Page 10: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dari segi keselamatan pula, taska Kreatif berada pada tahap yang memuaskan.

Bangunan taska dilengkapi dengan gril dan pagar keselamatan yang diletakkan di tempat-

tempat yang bersesuaian.

Data peribadi dan rekod kesihatan kanak-kanak pula disimpan dengan teratur di

dalam fail yang bersesuaian. Data peribadi kanak-kanak adalah rahsia. Pengasuh tidak

boleh mendedahkan kepada ibu bapa atau pihak yang tidak berkenaan kecuali

membahayakan.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 10

Page 11: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3.7 Pengasuh Taska

Pengasuh yang digaji adalah terdiri daripada perempuan yang berumur sekurang-

kurangnya 18 tahun dan mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Nisbah pengasuh

dan kanak-kanak mengikut umur adalah bertepatan dengan Jabatan Kebajikan

Masyarakat yang berkehendakkan sekurang-kurangnya 1 pengasuh bagi setiap 5 orang

kanak-kanak 2 tahun dank ke bawah serta 1 pengasuh bagi setiap 10 orang kanak-kanak

berumur 3 dan 4 tahun. Pengasuh-pengasuh ini juga telah menghadiri Kursus Asas

Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat. Selain daripada itu pengasuh mestilah berminat dengan bidang tugas mereka

dan juga seorang yang penyayang.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 11

Page 12: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3.8 Program Yang Diadakan Oleh Taska

Pihak pengurusan taska juga mengadakan pelbagai program yang melibatkan ibu

bapa dan penjaga. Antaranya ialah Sambutan Hari Lahir, Sambutan Hari Kanak- Kanak

dan Sukaneka. Setiap program disambut bersama-sama ibu bapa dan penjaga kanak-

kanak bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan ibu bapa dan

penjaga serta di antara sesama ibu bapa dan penjaga itu sendiri.

Selain daripada itu pihak pengurusan juga mempunyai sistem fail yang kemas dan

terkini. Sistem failnya sentiasa terkini. Pihak pengurusan juga ada mengundang pihak –

pihak tertentu seperti Syarikat Dumex, pihak Bomba bagi menyampaikan ceramah atau

taklimat ringkas kepada kanak-kanak.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 12

Page 13: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

4.0 Keputusan Memilih Atau Menolak Taska Yang Telah Dinilai

4.1 Laporan Status Taska

Setelah membuat pemerhatian, pemantauan dan soal jawab dengan pengurus dan

kakitangan taska, saya ingin membuat justifikasi persetujuan bahawa Taska Kreatif sesuai dipilih

sebagai taska pilihan Puan Salamah dan Encik Saiful untuk mengasuh anak-anak mereka yang

berumur 6 bulan dan 3 tahun itu. Dengan memilih Taska Kreatif, Puan Salamah dan Encik Saiful

akan mendapat perkhidmatan yang terbaik dari segala aspek.

Aspek yang telah dinilai oleh saya ialah dari segi pengurusan. Sesi temuramah di antara

saya dengan Puan Khadijah binti Salim, Pengusaha Taska Kreatif mendapati taska ini

mempunyai peningkatan dari tahun ke tahun. Mengikut data yang ditunjukkan kepada saya dari

awal taska dibuka sehinggalah sekarang jumlah kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa dan

penjaga ke taska ini meningkat. Bilangan pengasuh juga turut meningkat mengikut kadar yang

ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut Puan Khadijah lagi, setiap pengasuh

yang digajikan akan dipantau sepanjang perkhidmatan mereka dan anugerah akan diberikan

kepada setiap pengasuh yang terbaik. Di sini menunjukkan kakitangan taska sentiasa berusaha

untuk memajukan diri mereka dan menjadi yang terbaik.

Aspek seterusnya ialah dari segi memanipulasi setiap ruang dalam taska tersebut. Setiap

ruang yang disediakan berfungsi semaksimum mungkin oleh pengusaha taska. Ruang

pembelajaran, ruang tidur, ruang rehat, ruang makan, ruang dapur dan tandas dihias dan disusun

atur dengan kemas dan menarik. Mereka mengambil kira dari segala aspek iaitu keselamatan dan

kebersihan. Kanak-kanak juga dididik mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti minta

kebenaran untuk k tandas atau hendak menuruni tangga. Pengasuh akan mengawas pergerakan

mereka. Palang juga diletakkan di tangga untuk mengelakkan kanak-kanak naik dan turun secara

bebas. Kemudahan elektrik juga berfungsi dengan baik.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 13

Page 14: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Aspek yang ketiga ialah aktiviti yang dijalankan oleh taska. Pihak taska sentiasa mencari

idea untuk melaksanakan pelbagai aktiviti atau program bagi menggalakkan hubungan baik di

antara pihak pengurusan dengan ibu bapa dan penjaga. Setiap awal tahun dan akhir tahun jamuan

diadakan untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga beramah mesra dengan pihak pengurusan dan

kalangan mereka sendiri. Program sukan yang diadakan juga menggalakkan penglibatan ibu bapa

dan penjaga. Mereka juga turut diberi tanggungjawab untuk menjayakan program tersebut.

Aspek kebersihan pula, saya dapati pihak pengurusan ada menyediakan jadual berkala

pembersihan. Lantai akan sentiasa dimop setiap kali selepas semua kanak-kanak diambil balik

oleh semua ibu bapa dan penjaga. Cermin tingkap pula akan dilap seminggu sekali. Manakala

peralatan dapur akan direndam air panas selepas setiap kali digunakan. Langkah-langkah

kebersihan yang diambil oleh pihak pengurusan menjamin kebersihan taska. Bagi kanak-kanak

yang tidak sihat, mereka akan diasingkan dari kanak-kanak yang lain untuk memastikan wabak

tidak menular.

Aspek keselamatan dinilai dari segi peralatan yang ada di dalam peti kecemasan.

Peralatan di dalam peti kecemasan mestilah lengkap dan mencukupi. Pemadam api juga

berfungsi dan sentiasa diselenggara. Setiap pintu dan tingkap dipasang geriji. Sistem pendawaian

elektrik juga sentiasa dipantau terutama soket yang terletak pada paras rendah dilindung daripada

capaian kanak-kanak. Benda-benda tajam pula sentiasa disimpan di tempat yang selamat dan

tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Aspek menu makanan pula dinilai dari segi khasiat dan persembahan yang menarik.

Makanan kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 1 tahun biasanya disediakan oleh ibu bapa dan

penjaga mereka sendiri. Sekiranya ibu bapa meminta pengasuh untuk menyediakannya mereka

hendak memberi panduan makanan bagaimanakah yang boleh dimakan oleh anak mereka. Menu

yang disediakan oleh pengasuh adalah berkhasiat dan seimbang. Ini terbukti apabila saya

membuat pemantauan, saya dapati mereka akan makan nasi, sayur, ikan dan buah-buahan.

Penyediaan makanan juga bersih dan bahan mentahnya semuanya segar.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 14

Page 15: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Aspek pendapat ibu bapa yang telah menghantar anak mereka di taska ini. Rata-rata ibu

bapa dan penjaga melahirkan rasa puas hati di atas perkhidmatan yang diberikan oleh pihak

taska. Pihak pengurusan sentiasa membuat soal selidik terhadap perkhidmatan mereka. Ibu bapa

dan penjaga digalakkan memberi pendapat atau cadangan membina bagi memudahkan pihak

pengurusan membaiki segala kelemahan atau kekurangan mereka.

Setelah dinilai dari segala aspek, sekiranya saya mempunyai anak-anak yang sebaya

dengan anak Puan Salamah dan Encik Saiful, sememangnya saya bersetuju utnuk memilih Taska

kreatif. Lokasinya yang berhampiran dengan tempat tinggal dan perkhidmatannya yang murah

juga adalah beberapa factor saya mencadangkan Taska Kreatif ini kepada mereka.

4.2 Cadangan Membaiki Dan Meningkatkan Perkhidmatan Taska

4.2.1 Kawasan Sekeliling Taska

Kawasan sekeliling taska perlu dijaga dengan baik. Kebersihan hendaklah diutamakan.

Rumput dan lalang hendaklah sentiasa dipotong mengikut keperluan. Pokok bunga yang ditanam

sebagai hiasan hendaklah yang jenis tidak berduri bagi keselamtan kanak-kanak. Pokok bunga

atau pokok hiasan lain hendaklah yang tidak mengeluarkan getah yang merbahayakan kesihatan

atau beracun. Tong sampah mestilah bertutup rapat untuk mengelakkan dari diselongkar oleh

binatang seperti anjing atau burung gagak. Longkang di hadapan taska mestilah ditutup. Adakan

gotong-royong bersama ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kebersihan kawasan sekeliling

taska terjaga di samping mengeratkan lagi hubungan baik.

4.2.2 Alat Pemadam Api

Alat pemadam api yang disediakan tidak mencukupi. Bagi taska dua tingkat, mestilah

mempunyai sekurang-kurangnya 3 pemadam api. Satu diletakkan di ruang belajar, satu

diletakkan di dapur dan satu lagi di tingkat atas taska. Semasa pemantauan, saya melihat hanya

satu sahaja alat pemadam api. Alat pemadam api juga hendaklah diselia selalu bagi

membolehkan ianya berfungsi semasa kecemasan. Setiap kakitangan taska perlu tahu cara

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 15

Page 16: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

menggunakannya. Tempat meletak alat pemadam api juga mestilah bersesuaian dan mudah

diambil. Seelok-eloknya hendaklah digantung.

4.2.3 Papan Tanda Dan Tiang Bendera

Papan tanda bagi menunjukkan lokasi atau arah taska sangat berkurangan. Papan tanda

yang dibuat mestilah berukuran standard yang telah ditetapkan oleh jabatan. Maklumat yang

tertera pada papan tanda juga mestilah tepat dan ringkas. Selain daripada itu taska ini tidak

mempunyai tiang bendera. Setiap taska mestilah mempunyai 3 tiang bendera yang berukuran 3m

tinggi bertapak konkrit dan dipasang jubin. Bendera yang perlu dikibarkan ialah Bendara

Malaysia, Bendera Negeri Johor dan Bendera Taska. Ini dapat melatih kanak-kanak cintakan

negara mereka sendiri.

4.2.4 Wakaf Menunggu

Wakaf menunggu perlu diadakan bagi kemudahan ibu bapa dan penjaga serta kanak-

kanak itu sendiri. Wakaf menunggu ini dibina bertujuan untuk ibu bapa atau penjaga berteduh

semasa menunggu kanak-kanak pulang. Di wakaf menunggu juga boleh dibuat sebagai ruang

belajar semasa aktiviti pembelajaran di luar dijalankan.

5.0 Kesimpulan

Sebelum setiap ibu bapa atau penjaga menghatar anak-anak mereka di taman asuhan

kanak-kanak mereka hendaklah memerhati atau menilai sesebuah taska itu dari pelbagai aspek.

Aspek yang perlu dinilai ialah pengurusan, lesen perniagaan, fail dan rekod maklumat kanak-

kanak, pengasuh, kebersihan, keselamatan, penggunaan ruang dan menu harian. Ibu bapa atau

penjaga yang mampu mungkin boleh menghatar anak-anak mereka ke taska yang terbaik tetapi

yang tidak mampu hanya menghantar ke taska yang sederhana sahaja. Namun begitu segala

aspek di atas perlu diambil kira sebagai langkah-langkah keselamatan. Kita tidak mahu berlaku

lagi kes penderaan terhadap kanak-kanak seprti yang terjadi kepada adik Syafiah Humairah

Sahari, 3 tahun. Pemilihan pengasuh amat penting kerana ditangan merekalah anak-anak kita

terjaga. Bak kata pepatah ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 16

Page 17: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Rujukan

Abdul Kader Hussain. 1986. Suluh Asuhan Panduan Asas Kesihatan Anak. Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Aminah Ayob et.al. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Department of Education and Sciences (DES). 1990. Starting with Quality, London,

HMSO.

Haiza Noor & Norizan Abu Samah. 2004. Penjagaan & Kesihatan Bayi Sejak Lahir Hingga

12 Bulan Pertama. Selangor: Jasmin Enterprise.

Kamarul Azman b. Abd Salam. 2009. Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak- kanak

dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-

kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kasnani Ab Karim, Norbe Md. Nor & Nazimah Abdullah. 2005. Perkembangan Pendidikan

Prasekolah Untuk Kursus Persediaan Dan KPLI (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

Bahagian 1. Selangor: Added Enterprise.

Miriam Stoppard. 1998. Panduan Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak. Tropical Press Sdn.

Bhd. Kuala Lumpur.

Zainun Ishak. 2006. Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak. Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Rujukan Elektronik:

Institusi-kanak-kanak & Itemid. Diperolehi daripada http://www.jkm.gov.my/jkm (29

Julai 2009).

Akta Kanak-Kanak. 2009. Diperoleh pada Ogos 14, 2009 daripada

http://leeannkang.tripod.com/home.htm.

Akta Kanak-Kanak. 2009. Diperoleh daripada http://leeannkang.tripod.com/home.htm (14 Ogos

2009).

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 17

Page 18: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Akta Pendidikan. 1996. Diperolehi pada 14 Ogos, 2009 daripada

http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf

Bernard Van Leer. 2009. About the Bernard van Leer Foundation. Diperoleh dari

http://www.bernardvanleer.org/about (14 Ogos 2009).

http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=125%3Aas

rama- akhlak&catid=59%3Ainstitusi-kanak-kanak&Itemid=66&lang=ms.

Diperoleh pada 29 Julai 2009.

http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=235%3Ade

finisi- taska&catid=178%3Ataska&Itemid=502&lang=ms (10 Ogos 2009, 3.03

p.m)

http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=347%3Ats

ka- komuniti&catid=37%3Akanak-kanak&Itemid=305&lang=ms (11 Ogos

2009,12.07 p.m).

http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=2&l

ang=ms (12 Ogos 2009, 2.13 p.m).

http://www.kemas.gov.my/20#, (10 Ogos 2009, 4.18 p.m)

http://www.kemas.gov.my/7# (10 Ogos 2009, 4.40 p.m)

http://www.moe.gov.my/?id=134&lang=my. Diperoleh pada 17 Ogos 2009.

Jabatan Kemajuan Masyarakat. 2008. Diperoleh daripada http://www.kemas.gov.my/13

(14 Ogos 2009).

Mastura Bazdis, (2008). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan

Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak

Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia. Diperoleh dari

http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/ (29 Julai 2009).

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 18

Page 19: TUGASAN PRA

HBPS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

LAMPIRAN

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 19