tugasan kk

Download tugasan KK

Post on 07-Jul-2015

2.429 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN / PENDAHULUAN

KLINIK KESIHATAN SELAYANG BARUJALAN SUNGAI TUA, MUKIM BATU, 68100, BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

1

LATAR BELAKANG KLINIK KESIHATAN SELAYANG BARU Klinik Kesihatan Selayang Baru merupakan sebuah klinik yang terawal dan tertua dibuka di Daerah Gombak, Selangor. Ia dirasmikan pada 4hb Oktober 1993 oleh Dr. Narajan Singh selaku Pengarah Kesihatan Negeri Selangor bersama-sama Dr. Lila P. Mohd Meeran juga seorang Pegawai Kesihatan Daerah ketika itu.

Klinik ini memulakan perkhidmatan dengan unit Jabatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, dan juga 2 buah Klinik Desa iaitu Klinik Desa Selayang Baru dan Klinik Desa Batu Caves. Setelah 5 tahun Klinik Kesihatan Selayang Baru dirasmikan, kedua-dua klinik desa yang sedia ada telah ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1998. Senarai perkhimatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut : A) B) C) D) E) Perkhidmatan Pesakit Luar Rawatan Kecemasan Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak Perkhidmatan Extended Hours Clinic Program Penyakit Tidak Berjangkit i. ii. iii. iv. F) i. ii. Diabetes Saringan Kardio Vascular Program Berhenti Rokok Program Kesihatan Mental Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas Perkhidmatan Kesihatan Remaja

Program Expended Scope

2

G)

Program Penyakit Berjangkit i. ii. iii. Saringan HIV, PMCT Rawatan TIBI Rawatan Bawaan Vektor Makmal Farmasi

H)

Sokongan i. ii.

I)

Klinik Pergigian

Pada di awal perkhidmatan Klinik Kesihatan Selayang Baru ini, ianya diterajui oleh seorang Pegawai Perubatan yang dibantu oleh seorang Pembantu Perubatan dan seorang Jururawat Terlatih serta seorang Attenden ( kini dikenali Penolong Perawatan Kesihatan ) dan seorang Pemandu. Kini semuanya telah diberi perubahan yang begitu besar memandangkan bilangan pesakit semakin hari semakin meningkat dan beban kerja semakin banyak.

Kini Klinik Kesihatan Selayang Baru berwajah baru dengan adanya seorang Pegawai Pakar Perubatan Keluarga ( sejak tahun 2000 ) yang dibantu oleh 8 orang Pegawai Perubatan dan 1 Pegawai Farmasi. Ia juga dapat bantuan sokongan dari perjawatan 5 orang Penolong Pegawai Perubatan, 13 orang Jururawat Terlatih, 2 Pembantu Farmasi ( kini Penolong Pegawai Farmasi ) serta 3 orang Juruteknologi Makmal Perubatan juga terdapat 4 orang Penolong Jururawat dan 11 orang Jururawat Masyarakat, 4 orang Penolong Perawatann Kesihatan. Dalam melengkapkan sebuah organisasi, perjawatan dalam bidang pentadbiran juga diberikan dengan perjawatan 2 orang Pembantu Tadbir, 3 orang Pekerja Rendah Awam dan seorang Pemandu.

3

LOKASI Klinik Kesihatan Selayang Baru merupakan sebuah klinik kesihatan yang terletak dalam Mukim Batu yang meliputi beberapa buah kampung, taman perumahan, kondominium serta apartmen. Taburan penduduk yang menjangkau 173 678 orang semestinya dapat di tampung ketika itu. Selain itu, ia juga sebuah klinik yang berkedudukan strategik dimana berhampiran dengan Balai Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga. Jabatan Pendaftaran, Pejabat Tabung Haji serta beberapa buah sekolah yang terdapat di sekitarnya.

Penduduk yang berada sekitar Klinik Kesihatan Selayang Baru tidak akan mengalami masalah untuk mencarinya lokasinya kerana klinik ini berada di tepi jalan besar menghala ke Sungai Tua. Dengan pengangkutan awam yang mudah diperolehi, ia memudahkan lagi pesakit untuk mendapatkan rawatan.

4

2.0

DEFINISI / KONSEP / TERMINOLOGI

DEFINISI : FARMASI ( Dari Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas ) Farmasi (bahasa Inggeris: pharmacy, berasal daripada perkataan Greek , pharmakov yang bermaksud dadah) merupakan kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.[1] Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.[2] Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.

VISI ORGANISASI

5

- Ke arah individu, keluarga dan masyarakat yang sihat

MISI ORGANISASI

Kami bertekad dan komited untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pelanggan. Memupuk budaya kerja cemerlang di kalangan warga kerja kesihatan Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Merangsang individu menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai dan berusaha mengekalkan status kesihatan yang optima bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

3.0

PERKHIDMATAN FARMASI KLINIK KESIHATAN SELAYANG BARU.

Tujuan kajian ini dibuat : o Mengenalpasti sejarah kewujudan farmasi o Mengenalpasti carta organisasi perkhidmatan farmasi dan perjawatannya

6

o Menyatakan tugas dan tanggungjawab sebagai Penolong Pegawai Farmasi o Mengenalpasti cara pendispensan o Mengenalpasti cara penyimpanan ubat-ubatan o Mengenalpasti cara menginden ubat-ubatan o Menyatakan cara proses pra bungkus dilakukan o Mengenalpasti statistik yang direkod di jabatan farmasi

3.1

SEJARAH

Farmasi adalah antara salah satu profesion perubatan yang tertua di dunia, menurut kajian arkeologi tinggalan zaman prasejarah yang membuktikan kewujudan aktiviti-aktiviti manusia untuk mendapatkan penyembuhan dari kesakitan. Dari satu

7

permulaan yang mudah dan kuno, manusia purba belajar dari gerak hati, dari perhatian kepada beburung dan haiwan liar yang melata. Misalnya mata air yang sejuk, dedaunan, lembah dan lumpur adalah aplikasi penyembuh yang digunakan pada waktu itu. Dari percubaan demi percubaan manusia menemui apa yang terbaik baginya untuk rawatan sesuatu penyakit dan kesinambungan itu, pengetauan ini dapat diteruskan dari generasi ke generasi dengan penambahbaikan melalui pengalaman.

Di Malaysia, pada tahun 1986 telah membuat satu penstrukturan di Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Sistem Saraan Baru(SSB) dengan mewujudkan : Bahagian Perkhidmatan Farmasi Satu bahagian di bawah PROGRAM P&ST

Kini hampir 50 abad, farmasi mempunyai sejarah kepada manusia dan telah dikenali sebagai satu profesion yang hebat. Perkembangan ini telah melakukan aktiviti-aktiviti utama seperti penentuan kualiti farmaseutikal, penguatkuasaan dan perlesenan dan pengurusan farmasi (Pharmaceutical Care) serta pengurusan Dasar dan Pembangunan Profesion.

LOKASI :

8

JABATAN PESAKIT LUARBILIK PEMERIKSAAN PEGAWAI PERUBATANBILIK KAUNSELING

RUANG MENUNGGU

JABATAN FARMASI PANTRY

3.2

CARTA ORGANISASI PERKHIDMATAN FARMASI

9

PAKAR PERUBATAN KELUARGA U54 DR RADZIAH BT JABIR

PEGAWAI FARMASI U41 NUR AINIE BT MAMAT

PEGAWAI FARMASI U41 LOO YEE WEN

PEGAWAI FARMASI U41 WANG KHEE INGPEG FARMASI PEN U32 EN SADURI ANUAR

PEN PEG FARMASI U29 ROHIDA BT SHAFIE

PEN PEG FARMASI U29 YUNIZAR BT MOHD YUSOF

PEN PEG FARMASI U29 YUSAFINA BT MOHD YUSOF PEM RENDAH AWAM R1

3.3

TUGAS

DAN

TANGGUNGJAWAB

SEBAGAI

SEORANG

PENOLONG PEGAWAI FARMASI Hirarki dan tanggungjawab : Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah pengawasan langsung Pegawai Farmasi Y/M atau Pegawai Perubatan dan Kesihatan.

10

Diskripsi Tugas : 1 2 3 4 5 6 Bertanggungjawab ubatan. Pengendalian produk farmaseutikal. Urusan stok dan bekalan Pengumpulan data dan maklumat. Memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih-pelatih. Lain-lain tugas yang diarahkan untuk menjayakan matlamat perkhidmatan farmasi kesihatan. melaksanakan tugas berkaitan pendispensan

Pendispensan persediaan tempat kerja sebelum dan selepas masa bekerja seperti menokok tambah stok ubatan, dan bahan-bahan mendispens di kaunter. melabel dan mengisi ubat-ubatan yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima. Membuat semakan terhadap kesempurnaan dan kesahihan preskripsi. Semakan semula ubat-ubatan yang diisikan dan diserahkan kepada Pegawai Farmasi untuk mendispens. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap. Mengendalikan keperluan Sistem Pendispensan Ubat Besepadu (SPUB)

Pengeluaran / Penyediaan

11

Mengendalikan penyediaan ekstemporanous dan sediaan tertentu Membuat rekonstitusi dan pencairan (dilution) persediaan ubat-ubatan yang diperlukan. Mengendalikan sisa klinikal. Menjalankan tugas pembungkusan dan prabungkus. Memastikan semua sediaan di label dengan sempurna. membuat sediaan ubat-ubatan mengikut SOP

Stok dan Bekalan Membuat pemeriksaan stok Membuat anggaran keperluan bekalan dan inden Mengaturkan keperluan pengangkutan dan bantuan sokongan untuk urusan bekalan. Membuat penerimaan, penyimpanan dan penyusuan stok serta pengrekodan. Membekalkan kepada unit pengguna. Pemantauan rangkaian sejuk untuk ubat-ubatan berkenaan. Melaksanakan prosedur untuk pelupusan ubat dan barang. Mengendalikan proses produk panggil balik jika ada keperluan. Mengenalpasti, mengasing dan melaporkan item untuk dilupuskan.

Pengumpulan Data Merekodkan pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan tertentu. Menjalankan pengumpulan data berkaitan preskripsi Menjalankan pengumpulan data berkaitan QAP, Pegawai Farmasi dan lain-lain tugasan yang diarahkan. Mengemukakan laporan statistik dan lain-lain data kepada pegawai atasan. 12

Menfailkan dan menyimpan kertas kerja, rekod kumpulan dan lain-lain rekod berkaitan kerja.

Latihan Memberi bimbingan kepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan anggota baru Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang diarahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.

Lain-la