tugasan edu3083 ppg2014 3

Upload: kathryn-allen

Post on 10-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu3083

TRANSCRIPT

BA (Hons) in Primary Education

TAJUK PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS :EDU3083 : ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU SEMESTER : 7 (Tujuh) /2014

TARIKH MULA25 OGOS 2014TARIKH HANTAR22 SEPTEMBER 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU SABAHTUGASAN PROJEK

Hasil Pembelajaran Kursus :1. Menjelaskan konsep profesin, etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan.

2. Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional.3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi.

4. Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang profesional.

5. Melaksanakan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan.Kerja kursus ini mencakupi hasil pembelajaran 3, 4 dan 5.Objektif Kerja Kursus :Pelajar dapat mencapai objektif berikut :1. Menghuraikan jenis-jenis kepimpinan dan cabaran kepimpinan yang dihadapi oleh kepimpinan sekolah (Guru Besar / Penolong Kanan).2. Menganalisis secara kritikal tentang perkembangan kerjaya seorang guru cemerlang (mahir / pakar).3. Melakukan refleksi berkesan berkaitan dengan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan serta perancngan pelan pembelajaran peribadi untuk menjadi seorang profesional.Tugasan Projek (100 % - wajaran keseluruhan 50 %) Bagi melaksanakan tugasan ini, anda dikehendaki menjawab tiga soalan berikut :1. TUGASAN 1 (INDIVIDU - 50%)Secara individu anda dikehendaki menulis satu esei berkaitan tajuk di bawah:Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) telah dinyatakan bahawa kepimpinan sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting selepas kualiti guru dalam menentukan keberhasilan murid. Sehubungan itu, anjakan kelima dalam PPPM adalah ingin memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Berdasarkan pengalaman anda semasa bertugas di sekolah, huraikan secara kritis tentang jenis-jenis kepimpinan yang diamalkan dan cabaran yang dihadapi oleh kepimpinan sekolah (Guru Besar / Penolong Kanan) dalam usaha ke arah kepimpinan berprestasi tinggi di setiap sekolah. 2. TUGASAN 2 (KUMPULAN - 30%)Petikan daripada 'Terma Rujukan dan Konsep Guru Cemerlang' dalam laman www.emoe.gov.my menjelaskan bahawa Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang P&P. Secara berkumpulan (3-4 orang) anda dikehendaki melaksanakan satu kajian kes tentang perkembangan kerjaya seorang guru cemerlang di salah sebuah sekolah. Dapatkan maklumat berkaitan perkembangan kerjaya guru berkenaan dari pelbagai sumber (temubual dan dokumen sokongan),.Berdasarkan maklumat yang diperoleh, analisis secara kritikal bagaimana guru berkenaan berkembang dari seorang guru cekap sehingga menjadi guru cemerlang (mahir / pakar). 3. TUGASAN 3 (INDIVIDU - 20%)

Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan 1 dan 2 di atas. Penulisan reflektif ini mestilah berpandukan perkara berikut::i. Sejauh mana tugasan ini mampu meningkatkan pemikiran reflektif anda sebagai seorang pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

ii. Sejauh mana tugasan ini mampu membantu anda menyediakan pelan pembelajaran peribadi untuk menjadi seorang profesional.Panduan Pelaksanaan Projek :1. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu dan kumpulan.

2. Hasil kerja kursus anda hendaklah bertaip dengan menggunakan font jenis Arial

saiz 11 dan langkau 1.5 baris.

3. Sumber rujukan hendaklah ditulis mengikut format penulisan A.P.A.4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.5. Kulit tugasan hendaklah menggunakan kertas berwarna kuning tua.