tugasan 3 kajian tinjauan

32
KOD KURSUS KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Tajuk: TUGASAN 3- KAJIAN TINJAUAN ASPEK PENGURUSAN,PENGGUNAAN, KEMAHIRAN PROFESSIONAL ATAU PSIKOLOGI DALAM AMALAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK/WEB DI INSTITUSI PENDIDIKAN TAJUK KAJIAN: KAJIAN TERHADAP PERANAN GURU MENGINTEGRASIKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Disediakan oleh: NOR HIDAYU BINTI JAMALI (M20121000512) Disemak oleh :

Upload: hidayu-jamali

Post on 21-Jun-2015

763 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan  3 kajian tinjauan

KOD KURSUS

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Tajuk:

TUGASAN 3- KAJIAN TINJAUAN ASPEK PENGURUSAN,PENGGUNAAN,

KEMAHIRAN PROFESSIONAL ATAU PSIKOLOGI DALAM AMALAN

PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK/WEB DI INSTITUSI PENDIDIKAN

TAJUK KAJIAN:

KAJIAN TERHADAP PERANAN GURU MENGINTEGRASIKANICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Disediakan oleh:

NOR HIDAYU BINTI JAMALI

(M20121000512)

Disemak oleh :

PROFESOR MADYA DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR

PENSYARAH KPT 6044

Page 2: Tugasan  3 kajian tinjauan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UPSI

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN PENGURUSAN, PENGGUNAAN,KEMAHIRAN PROFESSIONAL ATAU PSIKOLOGI DALAM AMALAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK/WEB DI INSTITUSI PENDIDIKAN

TAJUK : KAJIAN TERHADAP PERANAN GURU MENGINTEGRASIKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0       PENDAHULUAN

Pendidikan membawa maksud proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan

kepada seseorang individu  mengikut norma dan nilai  sesuatu masyarakat. Ledakan ICT

masa kini telah menyebabkan kualiti perkhidmatan  dan peranan guru berubah.

Guru  bertangggungjawab dalam memberi pendidikan  dan menghasilkan perubahan tingkah

laku kepada  pelajarnya dalam mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Kajian ini dijalankan

bagi mengenal pasti perubahan peranan guru yang memberikan kesan kepada integrasi ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran  (pdp).   Guru perlu peka dengan perubahan  dengan ICT

yang memberi kesan kepada  budaya pendidikan. Maka secara tidak langsung keadaan

ini  mendesak perubahan  peranan guru. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang guru yang

mengajar di sekolah rendah di luar bandar. Data daripada guru diperoleh diperolehi dengan

mengedarkan set soalan soal selidik yang perlu dijawab secara bertulis. Antara perubahan

peranan guru  kesan integrasi  ICT dalam   pdp ialah peranan guru yang lebih besar

seperti  keperluan menggunakan kemahiran  dan pengetahuan ICT dalam  pdp, keperluan

menguasai dan mempunyai kemahiran dan pengetahuan ICT dalam pdp  dan, merapatkan

jurang digital dalam kalangan pelajar.  

2.0       LATAR BELAKANG

Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh

kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah membawa perubahan

dalam budaya, sosial dan politik ini. Globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia

tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan konsep

perubahan tingkah laku(Nesbit & Adesope 2006). Justeru, ICT telah memberi kesan  yang

besar ke atas anjakan perubahan sistem pengurusan pendidikan di negara-negara yang sedang

membangun seperti Malaysia.

Page 3: Tugasan  3 kajian tinjauan

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and

Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi

Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan

komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan

dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-

komunikasi.  ICT juga membawa maksud pelbagai bentuk alat dan sistem yang digunakan

dalam memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan

maklumat melalui media elektronik.  ICT kini  digunakan dalam hampir semua aspek

kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap

dunia akan datang.   Maksud integrasi ICT dalam pdp  ialah penggunaan teknologi

pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Integrasi ICT

dalam pdp dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran yang bermaksud guru menggunakan

ICT dan aspek pembelajaran bermaksud murid menggunakan ICT.  Menurut Pusat

Perkembangan Kurikulum (2001), manfaat yang   diperolehi daripada ICT dalam

pembelajaran adalah seperti berikut: 

a. guru berupaya meningkatkan  kefahaman dan penguasaan murid  terhadap pelajaran; 

b. maklumat pelajar yang terdiri daripada pelbagai keupayaan dapat  diberikan dengan

peluang pembelajaran yang sama; 

c. motivasi murid-murid dapat ditingkatkan lagi; 

d. penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat mewujudkan suasana  pembelajaran

yang      menyeronokkan dan mencabar; 

e. daya kreativiti dan imaginasi murid dapat dipertingkatkan lagi; 

f. murid-murid dapat belajar secara berkesan dengan bimbingan yang  minimum; dan

g. kemahiran ICT murid-murid dapat dipertingkatkan lagi.

            Manakala dalam konteks ICT dalam pengajaran, ICT digunakan sebagai

alat persembahan dan alat demonstrasi  serta menurut Pusat Perkembangan Kurikulum

(2001) tetapi tiada  cara tertentu  yang boleh dikatakan sebagai cara  terbaik dan mesti

digunakan dalam penggunaan ICT dalam p & p. Malah, pendekatan yang terbaik ialah

apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat  membuahkan hasil yang

diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.

            Penggunaan teknologi hendaklah  digabung jalinkan  bersama pedagogi tertentu. Guru

perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pdp.  ICT dalam

pdp akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan

Page 4: Tugasan  3 kajian tinjauan

penilaian. Holmes (1999) memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam p &

p memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah

pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan

komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam

P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap

isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

            Pada tahun 2001, Kementerian Pendidikan telah mengemukakan tiga dasar penting

berkaitan pengunaan ICT. Dasar ini melibatkan (i) kepentingan literasi ICT untuk semua

pelajar, (ii) keutamaan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum serta alat  pdp dan (iii)

kegunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan  sistem

pengurusan. Dasar - dasar ini menunjukkan sistem pendidikan negara ini mengutamakan

pengunaan ICT dalam pdp di sekolah - sekolah. Oleh sebab ini,  guru terlibat secara langsung

dengan dasar bagi mencapai tujuan dasar. 

            Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada

perubahan  yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung

kepada peranan  yang dimainkan oleh setiap guru. (Abd. Aziz 2000) menyebut guru sebagai

pelaksana perubahan dalam kurikulum mestilah  seorang yang  bersifat  positif dalam segala

hal. Mereka perlu mempunyai kreativiti yang  tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan

bahan pengajaran, peka dalam hal perubahan perubahan dan pembaharuan-pembaharuan

terutamanya menggunakan pendekatan atau  kaedah-kaedah pdp  serta aktif dalam tugasnya

di bilik darjah  berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang

berjalan dalam  bilik darjah.

            Kini kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan  dan pelanggan pendidikan

mendesak peningkatan mutu perkhidmataan. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi

perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai  dengan tanggapan yang luas dan

mendalam. Guru - guru  perlu peka dengan sebarang perubahan, budaya pendidikan, misi

pendidikan dan bersedia menerima  perubahan menggunakan  peralatan canggih. Faktor -

faktor memerlukan  guru agar berubah mengikut perkembangan semasa. Guru - guru  perlu

peka dan bertindak kepada perubahan supaya perubahan tidak  membawa padah yang buruk

(Zainal Abidin,1999)

            Guru berperanan dalam mewujudkan persekitaran ICT yang kondusif untuk semua

pelajar, dimana ICT diintegrasikan menjadi sebahagian proses  pdp  di sekolah sebagaimana

teknologi tersebut menjadi sebahagian daripada pengalaman pelajar di luar sekolah. (Norton

& Wiburg 2003). Guru juga perlu mengatasi pelbagai cabaran antaranya dari segi perubahan

Page 5: Tugasan  3 kajian tinjauan

peranan guru, amalan-amalan pengajaran, penguasaan pengetahuan serta kemahiran-

kemahiran ICT. Kejayaan pelaksanaan inovasi dalam pendidikan bergantung kepada

kemampuan guru-guru  menumpukan peranan mereka dan menguasai pengetahuan serta lain-

lain kemahiran.

3.0       PENYATAAN MASALAH

Cabaran mengintegrasi ICT di  bilik darjah merupakan cabaran kemanusiaan berbanding

mengatasi cabaran teknologi seperti peralatan dan kemudahan ICT. Pada asasnya, cabaran

bukan hanya berkaitan dengan membantu guru mengoperasi alat teknologi tetapi membantu

guru-guru  memperoleh pengetahuan dan kemahiran bagi mengintegrasi teknologi dalam

pengajaran mereka.  Oleh itu,  peranan guru  juga  mengalami transformasi. Guru-

guru memainkan peranan penting dalam  bilik darjah yang mana guru memerlukan tugas dan

tanggungjawab yang mencabar.  Guru - guru perlu mengatasi  pelbagai cabaran terutama dari

segi  perubahan dari segi peranan guru, amalan-amalan pengajaran, penguasaan  pengetahuan

serta kemahiran ICT. Kejayaan pelaksanaan  sebarang perubahan dan inovasi dalam

pendidikan  sangat bergantung kepada kemampuan guru - guru untuk memfokuskan semula

peranan mereka serta menguasai pengetahuan dan kemahiran baru.  Justeru fokus kajian

untuk melihat  jawapan kepada persoalan-persoalan berikut :

1) Apakah tahap  pengetahuan  dan kemahiran guru ICT dalam pdp ?

2) Apakah pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp ?

3) Apakah perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam  pdp ?

4) Apakah cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pdp ?

4.0       OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian bagi persoalan ini ialah :

1) Melihat tahap pengetahuan dan kemahiran guru  untuk integrasi ICT dalam pdp. 

2) Mengetahui  pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp.

3) Mengetahui  perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam  pdp.

4) Mengenalpasti  cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pdp.

5.0       METODOLOGI KAJIAN  

Responden bagi kajian ini terdiri dari guru-guru mengajar di sekolah luar bandar iaitu

Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang, Changkat Jering Perak. Seramai 10

orang responden terlibat yang mengajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah tersebut.

Page 6: Tugasan  3 kajian tinjauan

Enam orang responden ialah perempuan manakala 4 lain ialah lelaki. Senarai responden

mengikut kod, jantina, mata pelajaran  yang diajar dan tempoh mengajar di lampirakan  di

dalam jadual 1.

Kod JantinaMata Pelajaran yang

diajar

Tempoh Mengajar

( tahun)

R1 Lelaki Bahasa Melayu 25

R2 Lelaki Kajian Tempatan 30

R3 Lelaki Bahasa Inggeris 30

R4 Lelaki Pendidikan Seni 21

R5 Perempuan Bahasa Inggeris 15

R6 Perempuan Sains 3

R7 Perempuan Matematik 13

R8 Perempuan Bahasa Melayu 18

R9 Perempuan Bahasa Melayu 3

R10 Perempuan Matematik 15

JADUAL 1: Kod,  Jantina, Mata Pelajaran yang diajar dan Tempoh Mengajar Responden

6.0       DATA ANALISIS

Kajian ini dilakukan secara kualitatif untuk memberi peluang luas kepada responden

memberi pengalaman dan pendapat mereka. Satu borang kaji selidik telah disediakan sebagai

kerangka untuk jawapan responden. Tujuannya adalah untuk menggalakkan responden

memberi respon akan isu-isu yang dibangkitkan dalam soalan soal selidik. Borang kaji selidik

disediakan berdasarkan rujukan perpustakaan mengenai perubahan peranan guru kesan

integrasi ICT dalam pdp. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A

mengumpul maklumat demografi para responden seperti jantina, umur, bangsa, status

pendidikan, tempoh mengajar dan mata pelajaran yang diajar. Bahagian B pula mengumpul

maklumat mengenai pengetahuan dan kemahiran guru mengenai ICT, pandangan guru

Page 7: Tugasan  3 kajian tinjauan

mengenai integrasi  ICT dalam pdp, integrasi ICT dalam pdp, halangan mengitegrasi  iCT

dan perubahan peranan guru. Semua responden menjawab soalan secara bertulis.

7.0       DAPATAN KAJIAN

Respon dikumpulkan secara bertulis dan disusun mengikut kategori. Antara kategori yang

didapati dalam kajian ini ialah  tahap pengetahuan dan kemahiran guru  untuk integrasi ICT

dalam pdp,  pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp,  perubahan peranan guru

kesan integrasi ICT dalam  pdp  dan  cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan

ICT dalam pdp.

7.1       Pengetahuan dan kemahiran guru dalam ICT

Semua responden menpunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam menggunakan perisian-

perisian pemprosesan perkataan iaitu Microsof Office  terutama Words, Power Point, Excel

dan lain-lain.  Begitu juga dengan kemahiran menggunakan peralatan ICT seperti  slaid dan

LCD di dalam bilik darjah.  Hanya seorang seorang responden  iaitu R9 mempunyai

kemahiran dalam menggunakan perisian Photoshop, Movie Maker dan Express. R6

mempunyai pengetahuan dan kemahiran menghasilkan video dan audio.

 7.2      Pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Semua responden bersetuju tentang keperluan menggunakan ICT dalam pdp. Kajian

mendapati semua responden memberikan pandangan tentang bagaiman ICT memberikan

faedah dalam pdp. R1 mengatakan pengunaan ICT dalam p & p mengikut topik yang diajar

dapat mengekalkan minat pelajar dalam pdp. Pelajar didapati memberi perhatian  lebih lama

semasa proses pdp dijalankan. Malah,  pandangan ini disokong oleh pandangan oleh R4 dan

R10 yang menyatakan pengunaan ICT dalam pdp dapat menarik pdp dan menjadikan proses

pdp menarik dan menyeronokkan. R6 menyatakan bahawa integrasi ICT akan memantapkan

proses pdp.  ICT juga perlu diintegrasi  kerana dapat meningkatkan kemahiran guru dan

pelajar dalam bidang ICT.

7.2       Integrasi ICT dalam p & p

Dalam aspek aplikasi, semua responden mengitegrasi ICT dalam pdp.

Responden menggunakan powerpoint, video, laptop dan LCD semasa  pdp mereka.  Para

responden juga gemar memilih kaedah pengajaran yang mengintegrasikan ICT dalam p

dp   berserta kaedah konvesional seperti “talk and chalk”. Walau bagaimanapun, R7 tidak

Page 8: Tugasan  3 kajian tinjauan

bersetuju integrasi ICT dalam  pdp. Beliau lebih gemar menjalankan pdp tanpa integrasi

kerana beliau mengajar mata pelajaran matematik dikatakan berkesan secara terus kepada

pelajar. R10 pula mengatakan integrasi ICT hendaklah bersesuaian dengan subjek dan topik

yang diajar kepada pelajar.

7.3       Perubahan peranan guru

7.3.1    Perubahan peranan guru kesan integrasi ICT

6 responden mengatakan terdapat perubahan peranan guru kesan perkembangan ICT dari segi

pedagogi.  R8 berpendapat bahawa guru perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam

proses pdp. 4 responden yang tidak bersetuju kerana peranan guru tetap sama, yang berubah

hanyalah cara penyampaian ilmu kepada pelajar.

7.3.2    Kerelevenan tugas guru

Integrasi ICT dalam pdp memudahkan tugas guru kerana pelajar kini dapat belajar dimana

sahaja. Namun begitu,  ICT tidak dapat mengantikan tugas guru. Semua responden tidak

bersetuju dan mengatakan guru tetap diperlukan dalam pdp. R9 mengatakan integrasi ICT

dalam pdp hanya berfungsi membantu guru dalam memudahkan lagi pemahaman seorang

pelajar terhadap sesuatu  pdp. Pengunaan ICT tidak boleh dilakukan tanpa kehadiran guru.

R6 dalam pdp guru adalah pembimbing dan dapat berinteraksi secara terus dengan pelajar.

R4 mengatakan pelajar memerlukan guru jika tidak memahami sesuatu dalam kandungan

pdp. Sebarang permasalahan yang timbul boleh diselesaikan oleh  guru. Kenyataan ini

disokong R7 bahawa integrasi ICT tidak memadai kerana tidak semua pelajar dapat

memahami apa yang disampaikan dalam pdp. R5 pula menyatakan guru adalah penyumbang

ilmu sebenar serta mampu mengawal pelajar dengan berkesan.

7.3.3    Merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar

Semua responden bersetuju bahawa guru  bertanggungjawab merapatkan jurang digital dalam

kalangan pelajar. Semua responden bersetuju  dengan item ini. R8 menyatakan dunia semakin

memerlukan teknologi dalam menguruskan kehidupan yang semakin canggih. Maka disini

adalah perlu bagi guru memastikan pelajar-pelajar disekolah tersebut yang berada luar bandar

mendapat pendedahan dan tahu menggunakan ICT. R9 pula mengatakan guru merupakan

contoh dan menjadi rujukan kepada  para pelajar. Guru juga bertanggungjawab dalam

merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar memandangkan pelajar menghabiskan

Page 9: Tugasan  3 kajian tinjauan

lebih  banyak masa bersama guru mereka dan peluang ini haruslah digunakan dengan

mendedahkan pelajar mengenai ICT.

7.3.4    Kelancaran tugas guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Seterusnya apabila ditanya bagaimana  pengunaan ICT semasa proses pdp dilihat membantu

guru, responden mengatakan integrasi ICT membantu tugas mereka  semasa pdp dan keadaan

ini dapat dibuktikan R1  mengatakan ICT membantunya menarik minta pelajar agar dapat

memberi tumpuan lebih lama sekaligus melancarkan pdp. Selain itu, integrasi ICT juga dapat

menjimatkan masa responden dalam penyediaan bbm serta  masa pdp dari perlu menulis di

papan hitam atau putih.  Hal ini,  disokong dengan kenyataan R3 yang menyatakan ICT

membantu dari  segi persembahan kandungan pengajaran. Begitu juga dengan R8 yang

mengatakan ICT membantunya memberikan pengajaran yang kreatif dan menarik.  Oleh

itu, pelajar memberi  tumpuan dan melancarkan proses pdp. Selain itu, responden

mengatakan bahawa integrasi ICT memudahkan proses pembelajaran, menjimatkan masa dan

mengelakkan pelajar  bosan.

7.3.5    Beban tugas

Guru mempunyai banyak tugas dan peranan di sekolah. 8 responden mengatakan integrasi

ICT tidak membebankan mereka. Hanya dua  responden  mengatakan beban guru bertambah.

R6 mengatakan dengan integrasi ICT dia perlu belajar lebih banyak mengenai   ICT untuk

membolehkannya mengaplikasi ICT dengan lebih baik dalam pdp. Manakala R8 mengatakan

bahawa beban tugas semakin meningkat kerana perlu membawa sendiri alatan ICT seperti

komputer riba ke sekolah disebabkan kekurangan kemudahan ICT di sekolah. R6 mengatakan

disebabkan perkembangan ICT tugas guru bertambah kerana perlu mempelajari ICT.

7.3.6    Tindakan yang perlu dilakukan guru  mengenai ICT

Oleh sebab ICT sudah menjadi sebahagian daripada pdp, guru perlu meningkatkan diri agar

tidak ketinggalan dari teknologi. Bagi item tindakan yang perlu dilakukan oleh guru dalam

menghadapi ICT,  semua responden memberi  mengatakan mereka perlu  meningkatkan diri

dengan mempelajari meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT, guru juga perlu

menunjukkan minat  menggunakan ICT. Selain itu, guru  hendaklah bijak  memilih strategi

yang sesuai bagi topik-topik dalam mata pelajaran sama ada menggunakan kaedah

konvesional atau integrasi ICT dalam dpp malah guru perlu kreatif semasa dalam

Page 10: Tugasan  3 kajian tinjauan

mengintegrasi ICT. R9 mengatakan bahawa guru hendaklah diberi pendedahan mengenai

ICT dan diberi latihan ssecukupnya.

 

7.4       Halangan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Halangan yang timbul untuk mengitegrasi ICT dalam pdp oleh para responden ialah dari

aspek kemudahan untuk mendapatkan peralatan dan tempat yang sesuai (seramai 7 orang

responden menyuarakan masalah ini). Kemudahan tersebut ialah seperti komputer riba dan

alatan lain-lain.   Tiga orang responden pula mengatakan  mereka berhadapan dengan

masalah teknikal yang berlaku semasa dalam melaksanakan pdp yang mengintergrasikan

ICT.  Di samping masalah teknikal dan kemudahan yang dihadapi oleh para responden,

terdapat juga beberapa cabaran lain  yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan

penggunaan ICT dalam bilik darjah. Antaranya ialah dari aspek penerimaan pelajar terhadap

penggunaan ICT, prasarana, pengetahuan dan kemahiran yang kurang, sentiasa perlu peka

dengan perkembangan teknologi, kekangan masa dan sikap pelajar.

8.0       PERBINCANGAN

Hasil daripada kaji selidik yang telah dijalankan di sebuah sekolah kawasan luar bandar saya

mendapati bahawa kebanyakan guru mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian

pemprosesan perkataan. Selain itu, mereka juga mempunyai pandangan yang positif terhadap

integrasi ICT semasa proses pdp. Hal ini demikian kerana integrasi ICT dalam proses pdp

membawa banyak manfaat kepada guru.  Kajian mendapati  bahawa pengenalan kepada ICT

telah membawa kepada sikap positif pelajar dalam pembelajaran tetapi kemahiran

menggunakan komputer dan perisian asas sahaja tidak mencukupi dalam menyediakan

strategi pengajaran yang berkesan. Maka guru perlu meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran supaya dapat mengintegrasi ICT dengan lebih cekap dan berkesan .

                Holmes (1999), memberi pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pdp

memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel menggunakan teknologi dalam pengajaran

harian bagi mata pelajaran yang diajar. Pengetahuan asas dalam penggunaan teknologi belum

mencukupi bagi membolehkan seseorang guru itu mengabungkan teknologi dalam pdp.

Elemen yang penting dalam mengintegrasikan  teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi

pengajaran dan implikasinya dengan teknologi. Penggabungan ICT dalam pdp memerlukan

kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam

mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula iaitu

Page 11: Tugasan  3 kajian tinjauan

daripada persediaan sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas proses pdp. Kegagalan

guru dalam membuat perancangan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pdp

kurang berkesan.

             Walaupun integrasi ICT dapat membantu proses pdp, namun 2 daripada responden

kami berpendapat bahawa perkara ini meningkatkan beban kerja guru. Peranan guru dalam

era ini bukan sahaja sekadar menjadi pendidik malah mengalas tanggungjawab untuk

menjalankan kerja-kerja pengkeranian, menyediakan bahan bantu mengajar, menguruskan

kokurikulum dan melayan karenah ibu bapa, pihak pentadbir dan masyarakat. Penggunaan

ICT dalam pdp  dianggap sebagai membebankan mungkin disebabkan oleh dua faktor iaitu

sikap guru itu sendiri ataupun kekangan untuk menghabiskan silibus. Daripada kajian lepas,

terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah pengajaran tradisional dan sukar

untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instructional (Becker & Watt, 1996).

                  Peranan guru masih dominan walaupun ICT telah mengatasi sebahagian besar

masalah dan kelemahan pengajaran konventional dan pengajaran tradisional. Guru bukan

sahaja menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar malah turut menjadi pendorong kepada

kejayaan pelajar. Penggunaan ICT dalam pendidikan perlu dianggap sebagai satu alat untuk

menyampaikan isi kandungan matapelajaran bukan alat yang mengantikan peranan guru

dalam mendidik pelajar. Anggapan bahawa penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan

mengurangkan peranan dan bilangan guru kerana teknologi berupaya menyediakan sesi pdp

yang lebih canggih dan menarik adalah salah. Proses pembelajaran memerlukan interaksi

sesama manusia. Peranan guru sebagai pendidik, pendorong, dan pemberi motivasi tidak

dapat diambil alih oleh teknologi.  Namun dalam zaman ledakan ICT guru tidak boleh

mengenepikan ICT dalam pdp mereka.

               Seperti yang kita sedia maklum sistem pendidikan di Malaysia menekankan tentang

peperiksaan. Oleh hal yang demikian tuntutan terhadap penguasaan silibus oleh pihak

pentadbir sekolah, ibu bapa dan pelajar itu sendiri adalah tinggi. Penggunaan teknologi dalam

pdp memakan masa yang lama untuk disediakan. Di sini kita dapat melihat perubahan

peranan guru pada zaman dahulu yang hanya menfokuskan isi kandungan pengajaran

menggunakan kaedah tradisional berbanding tuntutan terhadap penggunaan teknologi dan

pada masa yang sama untu menghabiskan silibus. Oleh itu,  guru perlu proaktif  dan bijak

menyeimbangkan integrasi ICT dalam pdp disamping menghabiskan  sukatan kurikulum.

            Bagi guru-guru diluar bandar, mereka secara tidak langsung bertanggungjawab dalam

merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar. Maka dapat disimpulkan  guru-guru

berperanan menyokong usaha kerajaan merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat

Page 12: Tugasan  3 kajian tinjauan

Malaysia melalui pendidikan. Jurang digital amat nyata di dalam sektor ICT. Terdapat jurang

di antara yang bermaklumat dan tidak maklumat dalam kalangan pelbagai kumpulan

masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama, mereka yang bermaklumat dan kaya tinggal

di bandar sementara yang tidak bermaklumat dan miskin di pendalaman.

            Kajian mendapati para responden menganggap  bahawa pelajar  di luar bandar perlu

didedahkan pengetahuan dan kemahiran ICT supaya dapat bersaing dalam zaman yang

ledakan ICT. Oleh itu, guru-guru  kini telah mempunyai perubahan peranan kesan

perkembangan ICT terhadap dunia.  Dua jurang digital tersebut ialah jurang teknologi iaitu

menyediakan infrastruktur komunikasi melalui pelbagai teknologi yang kos efektif dan boleh

dicapai. Kedua ialah jurang minda iaitu merapatkan jurang minda, masyarakat luar bandar

dengan latihan ICT dan kemahiran iCT melalui program kesedaran, penglibatan, pengunaan

dan memperkasa komuniti. Maka, perubahan peranan guru ialah untuk

membantu  meningkatkan jurang minda dalam kalangan pelajarnya sama ada integrasi ICT

dalam  pdp atau di luar bilik darjah. Jurang digital berlaku disebabkan oleh perbezaan

pengetahuan dan kemahiran sesuatu kelompok masyarakat. Justeru, guru-guru perlu

memastikan diri mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kebolehan menggunakan ICT

dan mempunyai kemahiran untuk mengintergarsikan ICT dalam proses pdp.

            Bagi tujuan melaksanakan pdp dengan integrasi ICT , para guru perlu melengkapkan

diri mereka dengan perkembangan terkini. Kajian  mendapati bahawa guru-guru bersetuju

bahawa mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT agar dapat

mengintegrasikan peralatan dan kemudahan ICT  dalam pdp. Tuntutan profesionalisme

perguruan kini memerlukan guru-guru mempunyai literasi elektronik dan berkemahiran

menggunakan ICT untuk meneroka, mencari  serta mengakses maklumat seterusnya

memanfaatkan semula dalam bilik darjah. Oleh sebab ini,  peranan guru berubah

dalam  memastikan diri mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini supaya dapat

memenuhi keperluan mengintegrasi ICT dalam pdp sekaligus mencapai objektif pengajaran.

9.0       KESIMPULAN         

Secara kesimpulannya, penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara

spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran. ICT

diintegrasikan ke dalam kurikulum sekolah iaitu melalui pelbagai subjek terutamanya dalam

mata pelajaran Sains dan Matematik. Integrasi ICT ke dalam kurikulum memberi  peluang

kepada guru untuk mengaplikasikan ICT dalam subjek-subjek tertentu seperti penggunaan

teknologi maklumat dan “computerisation”.  ICT boleh diintegrasikan pada mana-mana tahap

Page 13: Tugasan  3 kajian tinjauan

dalam proses pdp. Ia boleh digunakan sebagai set induksi, penutup ataupun semasa sesi

penerangan. Pelajar juga boleh mengakses pelbagai laman web untuk mengumpul maklumat,

menggunakan email untuk berkomunikasi dan mewujudkan fail ataupun folder untuk

rangkaian sekolah.

                Penggunaan ICT dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang

pelajar itu dalam pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana,

penggunaan teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama

pelajar yang belajar secara konkrit. Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya melengkapkan

diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi

telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas sebagai seorang guru walaupun terpaksa

berhadapan dengan persoalan adakah mereka mampu untuk mengguna dan mengintergrasi

ICT dalam pengajaran mereka di samping membimbing pelajar menguasai aras-aras

pengetahuan tinggi.

              Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru

berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus,

kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini

pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak

sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan

cabaran baru.

Page 14: Tugasan  3 kajian tinjauan

RUJUKAN

Bahrudin Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. 2001. Pembelajaran fizik secara

kolaboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal,1-1

Becker,W.E & Watts, M. 1996. Chalk and Talk:  A National Survey on Teaching

Undergraduate Economics. American Economic Review, 86(2) 448-453

Chung, M.H.C & Jamaludin Badusah. 2010. Sikap guru bahasa melayu terhadap

pengunaan    teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) dalam pengajaran di

sekolah-sekolah rendah di Bitulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1):

59-65.

Engkizar Maritas. 2010. Pentingnya integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran

pendidikan islam. P51186. Tesis  Sarjana Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Holmes, W. 1999.  The transforming Power of Information Technology. Community

College Journal, 70(2): 10-15

Janudin Awang. 2008. Siri Penerbitan Aliran Terkini Sumber dan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi. Bangi: Penerbit  Universiti  Kebangsaan Malaysia.

Saipo Ayub. 2005. Guru Menghadapi perubahan. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus

Pendidikan Islam.  http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf.

[ 19 November 2013].

Aspirasi Digital Online. 2012. Inisiatif kerajaan dalam usaha merapatkan jurang

digital.http://www.aspirasidigital.net.my/maintemplate02.asp?contentid=1.

[19 Novenber 2013]

Page 15: Tugasan  3 kajian tinjauan

BORANG SOAL SELIDIK

KAJIAN TINJAUAN KPT 6044

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Assalamualaikum/Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi memberi kerjasama kepada

penyelidikan ini.

1. Sila jawab semua soalan di Bahagian A, data mengenai latar belakang responden dan

Bahagian B berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda sendiri.  Untuk setiap item, sila

pilih satu jawapan dan tandakan ( / ) pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruang

kosong yang disediakan .

2. Semua jawapan anda adalah dianggap sebagai rahsia dan tidak mungkin dikesan.  Data

hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam usaha bagi meningkatkan profesionalisme

perguruan.

3. Kerjasama anda amatlah saya hargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

*******************************

BAHAGIAN A - MAKLUMAT DEMOGRAFI

Latar belakang Responden:

A1. Jantina

1. Lelaki

2. Perempuan

A2. Bangsa

1. Melayu

2. Cina

Page 16: Tugasan  3 kajian tinjauan

3. India

4. Lain-lain

A3. Umur

1. 24-30 tahun

2. 31-40 tahun

3. 40-50 tahun

4. 50 tahun dan ke atas

A4.Status Pendidikan

1. Diploma Pendidikan

2. Sarjana Muda

3. Sarjana

4. PHD

A5. Nyatakan Mata Pelajaran yang diajar

1. _________________________________

A6.  Nyatakan tempoh pengalaman mengajar

1.  ______________________________________

 

Page 17: Tugasan  3 kajian tinjauan

Sila tandakan ( / ) pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruangan yang disediakan.

BAHAGIAN B

Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Untuk Intergrasi ICT Dalam pdp

1. Adakah anda mempunyai komputer peribadi / komputer riba?

( ) Ya ( ) Tidak

2. Komputer ialah alat yang mudah dikendalikan?

( ) Ya ( ) Tidak

3. Adakah anda mempunyai pendedahan awal berkaitan ICT?

( ) Ya ( ) Tidak

4. Adakah anda membuat rujukan buku sekiranya menghadapi masalah ICT?

( ) Ya ( ) Tidak

5. Adakah anda biasa menggunakan program selain Microsoft Office untuk

menyempurnakan tugasan?

( ) Ya ( ) Tidak

6. Adakah anda mahir menggunakan Microsoft Powr Point secara interaktif?

( ) Ya ( ) Tidak

7. Adakah anda mahir menggunakan Microsoft Excel secara interaktif?

( ) Ya ( ) Tidak

8. Adakah anda berpengalaman mengendalikan peralatan ICT (Projektor LCD) semasa pdp?

( ) Ya ( ) Tidak

Page 18: Tugasan  3 kajian tinjauan

9. Adakah anda mahir menggunakan perisian yang lain. Jika Ya, senaraikan peralatan yang

anda tahu. Jika tidak, abaikan soalan 10.

( ) Ya ( ) Tidak

10. Senaraikan perisian yang anda tahu.

i. ___________________________________________________

ii.___________________________________________________

iii. __________________________________________________

iv. __________________________________________________

Pandangan Guru Mengenai Intergrasi ICT

1. Adakah anda bersetuju menggunakan keperluan ICT dalam pdp?

( ) Ya ( ) Tidak

2. Apakah pandangan anda tentang bagaimana ICT dapat memberikan faedah dalam pdp?

Mengekalkan minat pelajar dalam topik yang diajar

Murid dapat memberi perhatian lebih lama dalam pdp

Aplikasi Dan Peralatan ICT Yang Anda Gunakan Semasa pdp

1. Apakah aplikasi dan peralatan ICT yang anda gunakan semasa pdp?

Powerpoint

Video

Laptop

LCD

Talk And Chalk

2. Adakah anda bersetuju mengintergrasikan ICT dalam pdp anda? Jika ya sila abaikan

soalan 3.Jika tidak nyatakan sebabnya.

Page 19: Tugasan  3 kajian tinjauan

( ) Ya ( ) Tidak

3. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju mengintergrasikan ICT dalam pdp

anda?

i. ___________________________________________________

ii.___________________________________________________

iii. __________________________________________________

iv. __________________________________________________

Perubahan Peranan Guru Kesan Integrasi ICT Dalam  PdP.

1. Apakah perubahan peranan guru yang dapat memberi kesan perkembangan ICT?

pedagogi

proses pengajaran dan pembelajaran

2. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas? Jika ya sila abaikan soalan 3.

Jika tidak nyatakan sebabnya.

( ) Ya ( ) Tidak

3. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?

i. ___________________________________________________

ii.___________________________________________________

iii. __________________________________________________

iv. __________________________________________________

4. Adakah intergrasi ICT dalam pdp memudahkan tugas guru kerana murid dapat belajar

di mana sahaja? Jika ya sila abaikan soalan 5. Jika tidak nyatakan sebabnya.

( ) Ya ( ) Tidak

5. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?

i. ___________________________________________________

ii.___________________________________________________

Page 20: Tugasan  3 kajian tinjauan

iii. __________________________________________________

iv. __________________________________________________

6. Adakah guru tidak lagi diperlukan dalam pdp apabila intergrasi ICT ini

diimplementasikan? Jika ya sila abaikan soalan 7. Jika tidak nyatakan sebabnya.

( ) Ya ( ) Tidak

7. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?

i. ___________________________________________________

ii.___________________________________________________

iii. __________________________________________________

iv. __________________________________________________

8. Adakah melalui intergrasi ini dapat merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar? Jika

ya sila abaikan soalan 9. Jika tidak nyatakan sebabnya.

( ) Ya ( ) Tidak

9. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?

i. ___________________________________________________

ii.___________________________________________________

iii. __________________________________________________

iv. __________________________________________________

10. Bagaimana penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru di

dalam kelas?

Dapat menarik minat pelajar

Dapat menjimatkan masa guru dalam penyediaan BBM

Mengelakkan pelajar bosan

Lain-lain. Sila nyatakan.

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

Page 21: Tugasan  3 kajian tinjauan

11. Adakah intergrasi ICT ini membebankan guru? Jika ya sila abaikan soalan 12. Jika tidak

nyatakan sebabnya.

( ) Ya ( ) Tidak

12. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?

i. ___________________________________________________

ii.___________________________________________________

iii. __________________________________________________

iv. __________________________________________________

13. Apakah tindakan anda sebagai guru untuk meneruskan pengintegrasian ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran ini?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

14. Senaraikan halangan-halangan yang mungkin timbul dalam pengintegrasian ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran ini?

i. ___________________________________________________

ii.___________________________________________________

iii. __________________________________________________

iv. __________________________________________________

—————————————–SOAL SELIDIK TAMAT—————————————-

“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan kaji

selidik ini. Salam penghargaan yang tidak terhingga daripada saya. Sekian.”