tugasan 3 morfologi

28
1 Penghargaan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini walaupun semasa tugasan ini dijalankan pelbagai halangan dan masalah terpaksa dihadapi dan diselesaikan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Kamarudin Bin Tahir selaku pensyarah BML 3053: Morfologi Bahasa Melayu kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan ini. Bantuan beliau amat kami hargai walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu sentiasa memberi pandangan kepada para pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan guru sekolah yang banyak memberi sokongan dan mendoakan kejayaan kami. Tidak lupa juga terima kasih kami ucapkan kepada teman-teman sekuliah yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada kami semasa menyiapkan tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat kami hargai kerana tanpa sokongan dan komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Akhir kata dari kami, semoga penulisan kami ini dapat

Upload: serangge

Post on 21-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

morfologi

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 3 Morfologi

1

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah

S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga kami menyiapkan tugasan yang

telah diberikan ini walaupun semasa tugasan ini dijalankan pelbagai halangan dan

masalah terpaksa dihadapi dan diselesaikan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan

terima kasih yang tidak terhingga kepada En Kamarudin Bin Tahir selaku pensyarah

BML 3053: Morfologi Bahasa Melayu kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada

kami semasa proses menyiapkan tugasan ini. Bantuan beliau amat kami hargai walaupun

beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu

sentiasa memberi pandangan kepada para pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan

ini dengan berjaya.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Ucapan terima kasih juga kami ucapkan

kepada keluarga dan rakan-rakan guru sekolah yang banyak memberi sokongan dan

mendoakan kejayaan kami. Tidak lupa juga terima kasih kami ucapkan kepada teman-

teman sekuliah yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada kami semasa menyiapkan

tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat kami hargai kerana tanpa sokongan dan

komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan

ini.

Akhir kata dari kami, semoga penulisan kami ini dapat memuaskan hati semua pihak.

Justeru itu, kami juga berharap agar hasil tugasan yang kami lakukan ini dapat dijadikan

panduan ilmiah buat semua. Jika ada salah silap dan terkasar bahasa, kami ingin

menyusun sepuluh jari tanda memohon seribu kemaafan kerana yang baik itu datangnya

dari Allah SWT dan yang lemah dan lalai itu datangnya dari diri kami sendiri.

Page 2: Tugasan 3 Morfologi

2

Pengenalan

Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu

kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan

bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru,

Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang

tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang

menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama

ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan

penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.

(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood,

Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.)

Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk

dan golongan kata dalam bahasa melayu.

Page 3: Tugasan 3 Morfologi

3

Tugasan 3 (Berkumpulan)

Proses morfologi dalam bahasa Melayu terdiri daripada pengimbuhan, penggandaan,

pemajmukan, dan pengakroniman.

a. Huraikan jenis-jenis kata ganda dengan memberikan contoh yang sesuai.

Jenis-jenis Kata Ganda

Kata Ganda ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang

terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses

pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu

dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada:

(a) kata ganda seluruh;

(b) kata ganda semu;

(c) kata ganda separa;

(d) kata ganda bersajak atau berima;

(e) kata ganda berimbuhan.

Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :

(a) Gandaan Seluruh Kata

(b) Gandaan Separa / Separuh

(c) Gandaan Berirama

(d) Gandaan Menyaling

Page 4: Tugasan 3 Morfologi

4

Gandaan Seluruh

Kata Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan. Kata ganda

seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh mesti diberi

tanda sempang (-). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata

kerja, dan kata keterangan.

Contoh:

alat-alat

awal-awal

benar-benar

besar-besar

budak-budak

cacing-cacing

cepat-cepat

kereta-kereta

lazat-lazat,dan lain-lain.

Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat

buku-buku

lembu-lembu

murid-murid

kawan-kawan

baring-baring pandang-

pandang jalan-jalan

usik-usik

manis-manis

besar-besar

awal-awal

bulat-bulat

Page 5: Tugasan 3 Morfologi

5

Kata Ganda Semu

Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan

seluruhnya dan diberi tanda sempang.

Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus. Kata ganda semu terdiri daripada kata

nama.

Contoh:

kuda-kuda

kupu-kupu

kura-kura

labah-labah

layang-layang

oleh-oleh

onde-onde dan lain-lain.

Kata Ganda Separa

Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.

Senarai Kata Ganda Bersajak/Berirama. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata

nama.

Contoh Kata Ganda Separa:

bebawang

bebenang

bebudak

cecair

Page 6: Tugasan 3 Morfologi

6

dedalu

dedaun

dedawai

gegendang

geguli

jejari

Jejarum

jejentik

kekabu

kekisi

kekunci

kekuda

lelaki

lelangit

lelayang

pepejal

Kata Ganda Bersajak/Berima

Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau

penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:

persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.

Page 7: Tugasan 3 Morfologi

7

persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.

penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan

sebagainya.

Persamaan Bunyi di

Pangkal

Persamaan Bunyi di Hujung Penyesuaian Bunyi

Seluruhnya

batu-batan anak-pinak bolak-balik

beli-belah calar-balar compang-camping

bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik

corat-coret comot-momot gopoh-gapah

degap-degup gotong-royong gunung-ganang

dentam-dentum karut-marut haru-biru

desas-desus kaya-raya huru-hara

gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang

gerak-geri pindah-randah kacau-bilau

Gandaan Berirama

Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada

perkataan asal. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

Contoh :

lauk-pauk

batu-bata

saudara-mara

bukit-bukau

kacau-bilau

Page 8: Tugasan 3 Morfologi

8

tunggang-langgang

tanah-tanih

semak-samun

bengkang-bengkok

gelap-gelita

Gandaan Menyaling

Gandaan Menyaling dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata

berimbuhan. Perkataan keduanya ditambah me ( N ).

Contoh :

tahu-menahu

tolong-menolong

jahit-menjahit

tarik-menarik

kejar-mengejar

sulam-menyulam

tawar-menawar

kata-mengata

sepak-menyepak

karang-mengarang

tari-menari

tangis-menangis

rampas-merampas

Page 9: Tugasan 3 Morfologi

9

b. Dalam kalangan murid anda terdapat mereka yang sering membuat

kesilapan dari segi penggunaan kata ganda berimbuhan. Senaraikan kesilapan-

kesilapan itu. Bagaimanakah anda mengatasi masalah murid-murid ini?

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada

yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.

Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).

Contoh:

Awalan tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh,

melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-

tanya

Akhiran buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman,

sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian,

kenang-kenangan

Apitan bersalam-salaman, bercakar-cakaran,

keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-

kecilnya

Sisipan awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-

menilik, tulis-menulis, usik-mengusik,

ukir-mengukir

Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:

Page 10: Tugasan 3 Morfologi

10

A. Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)

Contoh:

anak-anakan orang-orangan

buah-buahan rumah-rumahan

daun-daunan tumbuh-tumbuhan

B. Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)

Contoh:

mudah-mudahan hidup-hidupan

mati-matian masam-masaman

manis-manisan besar-besaran

C. Kata ganda berimbuhan (kata kerja)

Contoh:

umpat-umpatan tumbuk-menumbuk

tuduh-menuduh caci-mencaci

keji-mengeji ukur-mengukur

D. Kata ganda berimbuhan (kata keterangan)

Page 11: Tugasan 3 Morfologi

11

Contoh:

sebaiknya sesungguhnya

seboleh-bolehnya seharusnya

sedapat-dapatnya selewat-lewatnya

Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:

1. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.

2. Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu

secara besar-besaran.

3. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.

4. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.

5. “Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida

kepada Ruby.

Page 12: Tugasan 3 Morfologi

12

Murid-murid sering melakukan kesilapan semasa menggunakan kata ganda

berimbuhan. Antara kesilapan yang sering dilakukan adalah seperti berikut:

Apabila kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan

makna berulang-ulang, maka kata berkali-kali atau berulang-ulang tidak boleh

digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu.

Contoh:

1. a) Adik melambai-lambaikan tangannya berkali-kali sebelum dia menaiki

pesawat itu. (X)

b) Adik melambai-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat

itu. (√)

Sekiranya kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan

maksud menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.

Contoh:

1. a) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling

potong-memotong. (X)

b) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√)

c) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. (√)

Page 13: Tugasan 3 Morfologi

13

Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan

penggunaan kata ganda seperti yang berikut:-

1. Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata ganda separa.

Contoh:

a) Ke-kisi tingkap itu masih kukuh. (X)

b) Kekisi tingkap itu masih kukuh. (√)

2. Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan

makna jamak.

Contoh:

a) Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (X)

b) Periuk-belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (√)

3. Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah

digandakan.

Contoh:

a) Baju-baju itu besar-besar belaka. (X)

b) Baju itu besar-besar belaka. (√)

Page 14: Tugasan 3 Morfologi

14

4. Kesalahan menyertakan kata saling kepada kata ganda menyaling dalam

ayat.

Contoh:

a) Mereka saling caci-mencaci. (X)

b) Mereka caci-mencaci. (√)

5. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata ganda berima untuk

menyatakan maksud darjah tertinggi.

Contoh:

1. a) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan sangat

kusut-masai. (X)

b) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan

kusut-masai. (√)

2. a) Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar. (X)

b) Sayur itu kelihatan segar-bugar. (√)

6. Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada kata ganda berima yang kata

dasarnya terdiri daripada kata nama.

Contoh:

1. a) Semua kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (X)

b) Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (√)

Page 15: Tugasan 3 Morfologi

15

Untuk mengatasi masalah berkaitan dengan penggunaan kata ganda, murid-murid

boleh diberi latihan bangi mengukuhkan lagi kefahaman murid berkaitan dengan kata

ganda.

LATIHAN

KATA GANDA

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam tempat kosong

dalam ayat-ayat di bawah.

01.  Pada setiap pagi, banyak kenderaan yang _______________ di hadapan sekolah itu.

        A. mundar-mandir                    C.  ulang-alik

        B.  lalu-lalang                        D.  bolak-balik

02. Fuad meminta pekerja kedai basikal itu menggantikan _______________ 

basikalnya yang bengkok.

       A.  reroda                             C.  jejari

       B.  kekisi                              D.  rerantai

03.  Pak Samad memacakkan ________________ di sawah padinya untuk untuk

menakutkan burung-burung.

       A.  patung-patung                     C.  anai-anai

       B.  orang-orang                        D.  anak-anak

Page 16: Tugasan 3 Morfologi

16

04.  Nenek Fatima sedang  menyapu _______________ kering yang bertaburan di

halaman rumahnya.

        A.  sesampah                             C.  dedaun 

        B.  dedahan                               D.  reranting

05.  Pintu depan kereta Azmi _________________ kerana tergesek pada dinding.

        A.  calar-balar                           C.  corat-coret

        B.  licin-licau                            D.  kelak-keluk

06.  Sayur-sayuran yang dijual di pasar malam itu semuanya _______________  belaka.

       A.  sedap-sedap                         C.  segar-segar

       B.  hijau-hijau                           D.  cantik-cantik    

 

07.  ____________________ itu telah menangkap dua orang remaja yang cuba

membakar sekolah.

      A.  Labah-labah                           C.  Jemput-jemput

      B.  Mata-mata                             D.  Samar-samar 

08.  Hujan __________________ menyebabkan kami tidak dapat datang ke rumah

Hasimah.

      A. tebal-tebal                              C.  ringan-ringan

    B.  nipis-nipis                             D.  renyai-renyai

Page 17: Tugasan 3 Morfologi

17

09.  Pak Kadir telah menglangsaikan semua  _______________  nya di kedai Ah Kau.

        A.  barang-barang                     C.  harta-harta

        B.  hutang-piutang                     D.  duit-duit

10.  Datuk dan nenek gembira melihat _____________________ mereka yang comel itu.

        A.  saudara-mara                      C.  anak-anak

        B.  sahabat-sahabat                   D.  cucu-cicit

11. Menteri Pendidikan akan melawat __________________ rendah yang terdapat di

daerah Papar pada minggu hadapan.

A.      rumah-rumah                       C.  bangunan-bangunan

B.      sekolah-sekolah                     D.  hotel-hotel             

           

12.  Encik Amir suka membawa akan-anaknya___________________  di kawasan

taman bunga.

       A.  meronda-ronda                       C.  bersiar-siar

       B.  merayau-rayau                        D.  berlari-lari     

  

Page 18: Tugasan 3 Morfologi

18

Isikan tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai.

lelaki awal-awal ikan-ikan gelap-gelita tembak-menembak

kuih-muih panas-panas selok-belok kekuda jejentik

1)        Air yang bertakung boleh menggalakkan pembiakan

_________________________.

2)        __________________ pagi lagi Puan Salmi sudah pergi ke tempat kerja.

3)       Budak __________________ itu ialah anak kepada seorang hartawan di

Pulau Pinang.

4)       Gerai Mak Jah terkenal kerana menjual  ___________________ yang

sedap.

5)       Kejadian  ___________________ yang berlaku di Jalan Semarak itu

melibatkan anggota polis dan lima orang perompak.

6)       ____________________  yang ditangkap oleh nelayan itu akan dijual di

pasar.

7)       Suasana di pekan itu ______________________ apabila bekalan eletrik

terputus.

8)       Pak Cik Azli sedang sibuk megetam sekeping papan di atas sebuah

_________________.

Page 19: Tugasan 3 Morfologi

19

UJI MINDA

Isi ruang yang diberi dengan kata ganda separa dan kata ganda seluruh berdasarkan kata

dasar yang diberi.

     KATA GANDA   KATA GANDA

SELURUH

   KATA GANDA

SEPARA

   1.   bola       bola-bola       bebola   2.   daun   3.   kuda   4.   laki   5.   siku   6.   rama   7.   jari   8.   pohon   9.   benang  10. patung  11. langit  12. layang  13. tupai  14. kisi  15. jentik  16. gendang  17. labu  18. labi  19. pijat  20. labah

Page 20: Tugasan 3 Morfologi

20

Rujukan

Siti Hajar Abd Aziz( 2010). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Oxford Fajar.

Dr Ali Mahmood et.al (2012). Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.OUM.

Raminah Hj Sabran et.al (1984) . Kajian Bahasa.Fajar Bakti Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim et.al ( 2008).Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. DBP.