tugasan bmm3116.docx

40
1.0 NOTA GRAFIK BMM3116 1.1 Sastera Dalam Pengisian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Sastera dalam Pengisian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1. DEFINISI DAN KONSEP SATERA Ditulis dengan bahasa yang indah dan bernilai estetik dengan isi kandungan yang baik dan nilai moral yang positif 2. UNSUR SASTERA DALAM KBSR SR - Diserapkan melalui buku teks Bahasa Melayu melalui kandungan teks contoh pantun, sajak, syair dll. 3. SENI BAHASA DALAM KSSR Merujuk keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni secara 5. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Meningkatkan keupayaan dan potensi individu dalam ketrampilan berbahasa. Kemahiran Berfikir, Kemahiran TMK,Kemahiran BCB, 4. ILMU, NILAI DAN KEWARGANEGARAAN DAB PERATURAN SOSIOBUDAYA EMK merupakan unsur nilai tambah yang diserapkan dalam PdP.

Upload: anonymous-wlsbid

Post on 11-Dec-2015

276 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan BMM3116.docx

1.0 NOTA GRAFIK BMM3116

1.1 Sastera Dalam Pengisian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1

Sastera dalam Pengisian Kurikulum

Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1. DEFINISI DAN KONSEP SATERA

Ditulis dengan bahasa yang indah dan bernilai estetik dengan isi kandungan yang baik dan nilai moral yang positif

2. UNSUR SASTERA DALAM KBSR

SR - Diserapkan melalui buku teks Bahasa Melayu melalui kandungan teks contoh pantun, sajak, syair dll.

SM- Melalui KOMSAS mulai MAC 2000

3. SENI BAHASA DALAM KSSR

Merujuk keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni secara kreatif.

5. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Meningkatkan keupayaan dan potensi individu dalam ketrampilan berbahasa.

Kemahiran Berfikir, Kemahiran TMK,Kemahiran BCB, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Konstruktivime dan Pembelajaran Kontekstual.

4. ILMU, NILAI DAN KEWARGANEGARAAN

DAB PERATURAN SOSIOBUDAYA

EMK merupakan unsur nilai tambah yang diserapkan dalam PdP.

Page 2: Tugasan BMM3116.docx

1.2 PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS

1.2.1 Kaedah Struktural

1.2.2 Kaedah Mengalami Menghayati

2

Tujuan memahami aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya.

Tidak pentingkan penghayatan / penikmatan sastera.

Analisis dari sudut pembinaan / strukturnya.

Guna pendekatan induktif bagi kaji elemen struktur.

Sesuatu itu wujud bebas bersendirian.

CIRI-CIRI

Perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan yang membentuk keseluruhan karya.

Guna pendekatan induktif.

Bimbing murid mencari objektif elemen struktur.

Unsur sturuktur diperkenalkan sebelum pengajaran dimulakan.

Pembelajaran banyak dipandu oleh guru.

Bahan bantu mengajar tidak dipentingkan.

Kaedah ini sesuai diperingkat tinggi.

Tekankan apa yang alami pembaca.

Menekankan penikmatan sastera.

Guna pengalaman pelajar untuk membina pengalaman baru.

Tiada objektif tertentu tetapi lebih kepada cungkil pengalaman pelajar.

Bahan bantu mengajar penting suburkan imaginasi.

Simulasi perlu untuk wujudkan kefahaman mendalam.

Melibatkan kajian intrinsik yang beri kesan mendalam pada jiea murid.

Guna pengalaman murid buat tanggapan karya.

CIRI-CIRIPengalaman dan penghayatan murid diutamakan.

Murid menyelami isi karya dengan mendalam.

Pengajaran pembelajaran bersifat induktif berpandu.

Pengajaran pembelajaran memerlukan penglibatan secara meluas.

Menghidupkan isi karya di dalam kelas untuk lebih dihayati.

Menggunakan bahan bantu mengajar untuk penghayatan.

Aktiviti yang meransang murid membuat penganalisaan isi karya sangat digalakkan.

Page 3: Tugasan BMM3116.docx

1.2.3 Kaedah Berfokus

1.2.4 Kaedah Global

3

CIRI-CIRI

Mengandungi 2 tumpuan iaitu Tumpuan Utama (Fokus Utama) dan

Tumpuan Kedua (Fokus Sampingan).

Perkara paling menonjol akan dijadikan fokus Utama (objektif utama)

FU dan FS saling berkaitan.

Baca karya dahulu untuk mendapat penghayatan secara keseluruhan.

Soalan ransangan perlu untuk menarik minat dan penghayatan.

Libatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang dirancang.

Kaedah Struktural dijadikan dasar

r

CIRI-CIRI

Melihat secara menyeluruh sesuatu karya satera.Mengkritik karya untuk melabelkan kualitinya.

Kaedah pengajaran kesusasteraan konvensional

Separuh GlobalMelihat aspek secara

keseluruhan lebih dahulu kemudian terus menjurus

kepada bahagian dibicarakansecara terperinci

GlobalKarya dianalisis dan menilai

aspel-aspek yang membangun karya secara keseluruhan.

Page 4: Tugasan BMM3116.docx

1.3 Teknik dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

4

PANTOMIN

Sandiwara yang mana pelakon-

pelakon hanya melakonkan gerak-

geri tanpa menuturkan kaa-kata

DEKLAMASI

Membaca puisi dengan nada,intonansi dan gaya yang

sesuai.

PEMADUAN SENI

Perbuatatan menggbungkan beberapa unsur seni dalam satu

karya sastera

KERUSI PANAS

Teknik yang digunakan untuk mengajar aspek watak atau

perwatakan bagi satu-satu karya

IMPROVISASI

Perihal melaksanakan sesuatu persediaan awal secara spontan dan beberapa bahan yang ada.

MESTAMU

Mestamu bermaksud “Melakukan Sajak Tanpa Muzik”

Petikan jari atau tepukan kecil dibenarkan

KHAT

Aktiviti menghasilkan tulisan tangan yang cantik guna pen atau berus

khas.

ADAPTASI

Proses mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain

yang difikrkan sesuai

BONEKA

Patung yang menyerupai manusia / haiwan dan digeraKkan oleh seseorang iaitu Tok Dalang

KEMAHIRAN BERFIKIR

Proses menilai, membuat keputusan dan keaslian sesuatu

pengetahuan, dakwaan,

kepercayaan dan perbahasan.

Page 5: Tugasan BMM3116.docx

1.4 Sastera Bandingan

1.5 Sastera Kanak-Kanak dan Remaja

5

Sastera Bandingan

KonsepKajian bersifat perbandingan

hasil-hasil kesusasteraan yang dilakukan oleh tokoh &

orang yang terlibat dalam dunia satera.

Ciri-ciriPerbandingan hasil-hasil

kesusateraanMelihat aspek sejarah

kesusasteraan.Memperkatakan hubungan politik

dengan sejarah sasteraHubungan melibatkan sastera

dengan seni tempatan.Perbandingan perihal

perkembangan kesusasteraan.Membincangkan aspek fenomena

keseluruhan sasteraMengenal pasti hasil kesusasteraan

setempat dan serantau.Membandingkan perkembangan

sastera

BentukPerbandingan bentuk

novelPerbandingan bentuk

cerpenPerbandingan bentuk

puisiPerbandingan bentuk

nusantara

Tokoh-tokoh Sastera Bandingan

Ahmad Kamal AbdullahA. Wahab Ali

Ungku Maimunah Mohd Tahir

Sahlan Mohd Saman

Sastera Kanak-kanak & Remaja (1)

Ciri-ciri Sastera Kanak-kanakMenyelitkan unsur-unsur pengajaran dalam

karya.Bersifat didaktik iaitu mengandungi unsur

pengajaran.Boleh menghiburkan kanak-kanak

Ilustrasi yangmenarik.Bahasa yang bersesuaian.

Kreatif mengikut perkembangan usi kanak-kanak.

Bersifat meransang minat & pemikiran kanak-kanak.

Ciri-ciri Sastera RemajaSesuai dengan pertumbuhan dan

perkembangan psikologi psikososial remaja.karya meningkatkan pengalaman dan

pengetahuan remajaTema berupaya mengajak remaja berfikir

secara rasional dan kritis.Mengandungi nilai murni yang melahirkan

insan yang seimbang.Guna bahasa yang sederhana dan mudah

difahami tetapi lebih tinggi daripada saster kanak-kanak.

Page 6: Tugasan BMM3116.docx

1.6 Apresiasi Teks Sastera: Prosa Tradisional

6

Sastera Kanak-kanak & Remaja (2)

FungsiMendekatkan mereka dengan

bahasa sastera.Mempertingkatkan tahap

keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti

Sumber hiburan unttuk individu dan masyarakat

Penyampai wadah pengajaran dan pendidikan moral.

Karya dan TokohOthman Puteh

Siti Zaleha HashimYahya Mohammad

Khairuddin Ayip

Sastera Kanak-kanak daripada Perspektif

PendidikanPerkembangan Bahasa dan

KomunikasiMotivasi Diri

Alat sosialisasi

Prosa Tradisional

KonsepKolektif dan bukan milik

persendirian.Diperturunkan secara

lisan oleh penglipurlara

Jenis

NaratifNaratif lisan

Naratif Tulisan

Bukan NaratifSatera Undang-undang

Sastera KitabSastera Ketatanegaraan

FungsiAlat mendidik masyarakat.

Meletakkan tokoh sejarah sebagai tokoh

yang berwibawa.Menaikkan taraf dan

martabat raja-raja Melayu.

Page 7: Tugasan BMM3116.docx

1.7 Apresiasi Teks Sastera: Puisi Tradisional

7

PUISI TRADISIONAL

KONSEP

Puisi lama atau puisi warisanKarangan berangkap dan terikat dengan bentuk yang khusus dan tetap

PANTUN

Definisi – sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap.Dua baris

pertama merupakan pembayang dan selebihnya maksud

Jenis Pantun – Contoh Pantun 2 kerat, pantun 4 kerat, pantun 6 kerat, pantun 8 kerat dan pantun

12 kerat.

Fungsi pantun – sebagai alat komunikasi, media pendidikan, adat Istiadat, media hiburan dan

kegiatan berunsur upacara

Ciri pantun- berpola dan berentak, pemilihan kata berkaitan alam sekeliling, ringkas tetapi padat,

pengulangan ayat dan perkataan

SELOKA

Definisi – kamus Dewan Edisi keempat, (2007) bermaksud sejenis puisi yang mengandungi ajaran

iaitu sindiran, jenaka dan lain-lain.

Jenis seloka – seloka bentuk bebas, seloka bentuk terikat, seloka bentuk pantun, seloka bentuk syair.

Fungsi seloka – sebagai alat kritikan sosial, pengajaran dan panduan hidup dan alat untuk

menghibur.

Ciri seloka - masih mementingkan rima, pemilihan perkataan mementingkan kesopanan, Ayat seloka

pendek-pendek namun padat dengan makna tersurat.

GURINDAM

Definisi – Kamus Dewan, (1994) bermaksud sejenis puisi yang terdiri darpada dua baris, berisi

dengan pelbagai pengajaran.

Jenis gurindam – Gurindam bentuk terikat, gurindam bentuk bebas

Fungsi gurindam – alat untuk menyampaikan pengajaran,karya yang tertulis untuk dibaca dan

diperdengarkan.

Ciri gurindam – puisi yang mementingkan rima, pemilihan kata bergantung kepada isi yang

dipertutur, bahasa yang padat menggambarkan ketinggian pemikiran perkara yang diperkatakan.

SYAIR

Definisi –sejenis puisi lama yang berlagu. Berasal dari Arab-Parsi dan dibawa ke Tanah Melayu

dengan kedatangan Islam.

Jenis syair – Syair berbentuk cerita (naratif), syair bukan berbentuk cerita.

Fungsi syair – Alat untuk menghibur, menyampaikan pengajaran dan nasihat.

Ciri syair – mementingkan persamaan bunyi rima hujung, pemilihan kata berdasarkan tujuan syair

dicipta dan pemilihan kata serta pembentukan ayat bergantung kepada cerita yang dibawa.

Page 8: Tugasan BMM3116.docx

1.8 Apresiasi Teks Sastera: Puisi Moden

8

LAGU RAKYAT

Definisi – Ismail Bin Hamid, (1996) lagu rakyat atau pisi lirik ialah puisi pendek yang tidak bercorak

naratif dan dinyanyikan.

Jenis lagu rakyat – lagu rakyat berfungsi, lagu rakyat berlirik dan lagu rakyat bercerita.

Fungsi lagu rakyat – alat untuk menghibur, sebagai satu institusi pendidikan, memainkan peranan

mengiringi aktiviti bekerja. Menghimpunkan orang ramai.

Ciri lagu rakyat – bergantung kepada fungsi lagu dinyanyikan, seni kata ialah komponen penting

dalam mentafsir mutu lagu, penggunaan kata yang ringkas tetapi padat dan diiringi alat

muzik .sepertirebana

PUISI MODEN

SAJAK

Definisi

Dihasilkan secara bebas dan tidak terikat dengan pola-pola tertentu untuk menyampaikan mesej

tentang sesuatu.

Jenis sajak

a) Bentuk – sajak bebas,sajak terikat/konvesionalb) Aliran – Sajak romantik, sajak realisme, sajak protes, sajak melankolik

Fungsi

Memperkayakan bahasa dan meluaskan skop tema dan persoalan, nengaktifkan ketaakulan pembaca dan menawarkanpengalaman estetika.

Gaya Bahasa

Menggunakan bahasa pengulangan dan bahasa

perbandingan

Page 9: Tugasan BMM3116.docx

2.0 SINOPSIS CERITA – NOVEL INTERLOK

Novel ini mengisahkan tiga golongan bangsa iaitu bangsa Melayu, Cina dan India yang melalui

kehidupan suka dan duka sehingga mencapai kemerdekaan. Mereka ini terdiri daripada

keluarga Seman, Ching Huat dan Maniam.

Keluarga seman, orang yang Melayu yang tinggal di Kampong Nyiur Condong hidup

dengan hasil pertanian di kampong iteman tidak. Bapa Seman tidak sembuh-sembuh daripada

penyakitnya walaupun telah mencuba pelbagai cara untuk menyembuhkannya seperti

menggunakan dukun-dukun dan ubat-ubatan. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya

mempunyai satu rahsia yang ingin disampaikan kepadanya. Bapanya telah memberitahu

Seman bahawa tanah sawah dan rumah yang mereka tinggal itu bukan milik mereka. Semasa

hayatnya, dia telah membeli tanah dan haiwan ternakan daripada duit yang diberikan oleh Cina

Panjang. Cina Panjang telah membuat perjanjian lain yang mengikat Pak Musa daripada

menguasai harta itu dengan menandatangani surat hutang. Seman dan ibunya terpaksa

meninggalkan rumah dan kampung halamannya dan merantau mencari kerja serta tempat

tinggal yang baru.

Keluarga Ching Huat berasal dari Negara China yang berhijrah ke Malaya untuk mencari

rezeki kerana di kampong mereka tanaman padi yang diusahakan telah diserang belalang

pemusnah. Bapanya Kim Lock telah berusaha membuka perniagaan yang kemudian diwarisi

oleh Ching Huat. Ching Huat tidak membenarkan anaknya bergaul dengan anak orang Melayu

kerana pada tanggapannya orang Melayu malas.

Keluarga Maniam pula, berasal dari Madras dan merantau ke Malaya untuk mencari

kekayaan. Maniam telah bekerja di kebun kelapa dan berkahwin dengan Malini, anak tandil di

situ yang bernama Perumal. Kedatangan Suppiah yang turut bekerja di situ telah

menghancurkan dan membawa malapetaka dalam rumahtangga dan kehidupannya. Dia

terpaksa berpisah dengan isterinya dan bekerja di tempat lain. Isterinya meninggal dunia ketika

anaknya Ramakrisynan berumur tiga tahun. Kini umur Maniam hampir mencapai 50 tahun.

Anaknya Ramakrisynan telah menjadi Inspektor polis. Seman telah bekerja di kebun yang

dijaga oleh Maniam. Maniam telah menjadi tandil di kebun tersebut. Maniam adalah sahabat

bapa Seman. Setelah Jepun datang ke Malaya, mereka hidup dalam ketakutan dan keperitan.

Cing Huat telah menjadi ketua persatuan orang Cina. Bangsa Melayu, Cina dan India telah

9

Page 10: Tugasan BMM3116.docx

bersatu menentang Malayan Union dan memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya,

kemerdekaan telah dicapai pada 31 Ogos 1957.

3.0 ANALISIS TEKS NOVEL INTERLOK MENGGUNAKAN KAEDAH STRUKTURAL

Menurut Kamarudin Husin (1998) menyatakan bahawa struktural ini bertujuan untuk

memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaan yang digunakan. Manakala

menurut Mana Sikana (1998), struktural memberi penekanan yang utama berdasarkan aspek-

aspek dan unsur-unsur yang membina sebuah karya. Unsur-unsur yang diperhatikan ialah

unsur atau komponen yang terdapat dalam karya atau unsur yang membina karya tersebut.

Antaranya ialah tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, teknik dan

lain-lain yang membentuk keseluruhan karya. Oleh itu, saya telah memilih kaedah ini sebagai

satu pendekatan untuk memahami novel ini.

3.1 Tema

Novel Interlok bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan

india yang terpaksa melalui pahit getir dan cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah

negara yang bebas dan berdaulat.

Pak Musa, Maniam dan Ching Huat masing-masing dari Negara yang berlainan iaitu

Tanah Melayu, India dan China. Ketiga-tiga mereka di temukan di Tanah Melayu atau Malaya

dan dalam situasi di mana mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain.

Pak Musa terpaksa berhutang dengan Chin Huat untuk membina kehidupan baru

selepas berkahwin dengan Halimah. Pak Musa sebenarnya berhutang begitu banyak wang

kepada Chin Huat tanpa diketahui oleh isteri dan anaknya. Pak Musa terpaksa berhutang

dengan Chin Huat untuk membeli harta tetapi tidak dapat melangsaikan hutang sebelum dia

meninggal dunia. Akibatnya semua harta peninggalannya yang disangka oleh keluarga dan

penduduk kampong bahawa harta itu milik Pak Musa telah berpindah tangan kepada Chin Huat.

Seman dan ibunya terpaksa berpindah dan membawa diri.

10

Page 11: Tugasan BMM3116.docx

Manakala , bagi Maniam yang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki telah berkahwin

dengan Malini setelah mendengar khabar isterinya, Ambika di India telah lari bersama lelaki

lain. Malini ,merupakan anak tandil di tempat Maniam bekerja dan Maniam sangat menyangi

Malini. Malangnya, Maniam telah difitnah oleh Suppiah iaitu orang kampungnya sendiri yang

mengatakan Maniam adalah suami yang tidak bertanggungjawab kerana telah meninggalkan

isterinya di India. Akibatnya, Maniam terpaksa kelaur dari lading dan meninggalkan isterinya,

Malini yang sedang sarat mengandung. Maniam dan Pak Musa pernah bekerja bersama-sama

disebuah ladang dan bersahabat baik. Namun, mereka juga terpisah apabila Pak Musa pulang

ke kampong untuk berkahwin denganHalimah dan mendapat anak bernama Seman. Cing Huat

pula sangat mementingkan harta benda sehingga memandang rendah kepada orang Melayu

yang tinggal sekampung dengannya. Dia hanya mementingkan keuntungan semata.

Walau bagaimanapun, generasi kedua iaitu anak-anak Pak Musa, Maniam dan Cing

Huat telah bersatu hati dan saling membantu antara sama lain. Seman, anak Pak Musa telah

menyelamatkan Poh Eng anak Cing Huat daripada tentera Jepun. Manakala, Poh Eng pula

menyelamatkan Maniam yang ditahan dalam lokap. Anak Maniam, atau Inspektor

Ramakrisynan telah menyelamatkan Yew Seng dan Poh Eng yang terlibat dalam kegiatan

komunis. Akhirnya, Yew Seng anak kepada Cing Huat yang cedera kaki lebih senang

menerima kaki sumbangan palsu daripada masyarakat pelbagai bangsa daripada menerima

kaki palsu daripadanya bapanya.

3.1 Persoalan

Merujuk kepada idea sampingan atau perkara yang ditonjolkan untuk memantapkan tema.

3.1.1 Penghijrahan golongan imigran ke Tanah Melayu

Golongan imigran yang berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki setelah

mengalami penderitaan di Negara asal masing-masing akibat daripada kemiskinan dan

bencana alam.

Selain itu, Maniam dan Kim Lock bersama anaknya Cing Huat telah datang ke Tanah

Melayu untuk bekerja dan berhajat pulang ke negara asal setelah berjaya mengumpul

kekayaan. Namun, mereka akhirnya telah membina kehidupan di sini dan akhirnya

menetap di sini.

11

Page 12: Tugasan BMM3116.docx

3.1.1 Kegigihan dalam mencari rezeki

Kegigihan yang ada pada generasi pertama begitu ketara iaitu kegigihan Pak Musa,

Cing Huat dan Maniam. Mereka berusaha gigih mencari rezeki demi masa depan yang

lebih baik.

Pak Musa gigih mengusahakan sawah padi dan membela haiwan ternakan walaupun

terpaksa behutang dengan Cing Huat.

Maniam pula gigih mencari rezeki demi masa depan keluarga yang ditinggalkan di India.

Apabila isterinya lari mengikut lelaki lain, dia membina kehidupan baru dengan Malini.

Maniam bergitu gigih dan rajin bekerja di ladang untuk menyara keluarganya

Kim Lock dan anaknya Cing Huat begitu gigih bekerja apabila tiba di Tanah Melayu.

Mereka berpindah tempat kerja untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan.

Akhirnya, mereka membeli sebuah kedai runcit dan begitu gigih memajukan perniagaan

mereka.

3.1.3 Kasih sayang ibu bapa yang mendalam terhadap anak-anak

Pak Musa dan Mak Limah sangat menyayangi anak tunggal mereka. Iaitu Seman.

Seman tidak dihantar ke sekolah kerana mereka tidak sanggup berpisah dengan

Seman. Mak Limah berasa sedih melihat Seman yang seperti orang hilang akal apabila

mencari wang yang disangka ada ditinggalkan oleh bapanya.

Kim Lock juga sangat menyayangi Cing Huat. Kim Lock begitu risau apabila tidak dapat

melihat Cing Huat yang telah bekerja walaupun masih kecil. Dia sering melawat Cing

Huat. Kim Lock juga telah dipujuk Paman Kok agar menjual Cing Huat yang begitu rajin

bekerja. Namun, demi kasih sayangnya kepada Cing Huat dia berkeras tidak akan

menjual Cing Huat.

Maniam pula sangat merindui dan menyayangi anaknya Ramakrisyan walaupun tidak

pernah berjumpa.

3.1.4 Semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara asal.

Cing Huat, Perumal dan Maniam mempunyai semangat patriotisme yang sangat tinggi

terhadap Negara asalnya. Mereka membina sekolah di kawasan mereka sendiri bagi

memastikan generasi seterusnya tidak lupa akan asal usul dan bahasa ibunda mereka.

12

Page 13: Tugasan BMM3116.docx

Cing Huat menggalakkan anak-anaknya mengamalkan cara hidup di negara asal

mereka. Cing Huat juga memberikan sumbangan untuk membina bangunan sekolah

Cina agar generasi seterusnya tidak lupa aka nasal usul mereka.

Perumal juga mendesak pengurus lading agar anak-anak pekerja lading diberi

pendidikan seperti di negara India. Di sekolah itu mereka membawa guru dan sukatan

pelajaran dari India.

3.1.5 Fitnah yang membawa banyak keburukan

Sikap ini telah membawa banyak kesan buruk kepada masyarakat. Maniam misalnya

telah difitnah oleh Suppiah kononnya telah menganiayai isteri dan anaknya di India.

Akibatnya, Maniam dipandang serong oleh masyarakat pekerja ladang dan bapa

mertuanya.

Fitnah juga telah menyebabkan Malini dan anaknya tidak mendapat kasih saying

daripada bapanya. Ramakrisyan telah dibesarkan oleh ibu dan datuknya. Malini yang

menderita akibat berpisahi dengan suami akhirnya telah meninggal dunia.

3.1.6 Kesedaran politik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

Lazim dan rakan-rakannya telah menentang pembentukan Malayan Union demi

menjaga maruah dan martabat bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu. Di

samping itu, merekajuga tidak mahu lagi ditindas oleh pihak penjajah.

Ching Huat menyertai persatuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina di Tanah

Melayu. Apabila pengaruh komunis berkembang, hing Huat merasakan mereka patut

bekerjasama dengan orang Melayu dan orang India menentang komunis.

Raman juga telah bekerjasama dengan semua kaum bagi memastikan keamanan di

Tanah Melayu dengan menyatupadukan masyarakat Melayu.

3.2 Plot

Plot novel ini agak unik kerana setiap kisah dari buku 1 sehingga buku 3 mempunyai hubung

kait cerita. Akhirnya, kisah ketiga-tiga keluarga ini bersambung dalam buku 4. Kisah yang

diketengahkan dalam novel ini begitu mudah difahami kerana mengikut urutan waktu bermula

dari kisah Pak Musa, Cing Huat dan Maniam. Plot cerita ini terdiri daripada lima binaan iaitu

permulaan cerita, perkembangan, konflik, klimaks dan penutup.

13

Page 14: Tugasan BMM3116.docx

3.2.1 Permulaan cerita

Penceritaan dimulakan dengan kehidupan Musa yang mengalami masalah kemiskinan yang

menyebabkan pinangannya ditolak. Namun begitu, cintanya yang mendalam terhadap Limah

menyebabkan ibu bapa mereka terpaksa mengahwinkan mereka berdua. Manakala, kehidupan

Kim Lock dan Maniam yang sukar di China dan India menyebabkan mereka mengambil

keputusan berhijrah ke Tanah Melayu.

3.2.2 Perkembangan

Buku 1

Ayah Seman sakit dan meninggalkan pesanan agar membawa ibunya keluar dari kampung

Nyiur Condong tanpa memberi sebarang alasan untuk menimbulkan konflik dalam diri Seman.

Seman berhutang mengambil barang-barang runcit dari kedai Cina Panjang. Ayah Seman

meninggal dunia. Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk

memaklumkan bahawa Pak Seman berhutang hampir sepuluh ribu ringgit untuk membeli tanah

dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Seman

menyangka ayahnya menyimpan wang lima ribu yang dipinjam daripada Cina Panjang di

rumah. Seman membawa ibunya keluar dari kampung kerana tanah itu bukan miliknya lagi.2

Buku 2

Penduduk Tung San menghadapi masalah serangan belalang di sawah mereka. Melalui Paman

Kok Leong, Kim Lock bersama-sama dengan anaknya Cing Huat dan beberapa orang pemuda

berhijrah ke Singapura. Di Singapura Kim Lock melakukan kerja-kerja seperti menarik lanca

dan tukang angkat najis. Lepas itu dia dan anak ke Muar, Melaka, dan akhirnya ke Simpang

Empat, Cangkat Lima dan berniaga di situ (Pulau Pinang). Perniagaannya semakin maju. Kim

Lock berkenalan dengan Mei Hwa yang memang menghisap candu. Kim Lock mula berubah

jadi penghisap candu yang tegar. Isterinya di Tung San, China meninggal dunia. Anak Kim

Lock, Cing Huat berkahwin dengan Tua Tao dan mereka dikurniakan empat orang anak. Kim

Hock meninggal dunia diikuti dengan Mei Hwa. Sebuah sekolah untuk anak-anak kaum Cina

ditubuhkan, Salah seorang anak Cing Huat, Yew Seng rapat dengan orang Melayu dan tidak

disenangi oleh ayahnya. Yew Seng keluar dari rumah akibat berselisih faham dengan ayahnya,

Cing Huat.

Buku 3

14

Page 15: Tugasan BMM3116.docx

Penduduk India, antaranya Maniam berusia 30 tahun berhijrah dari Kerala, India ke Tanah

Melayu dengan diuruskan oleh Kangani (wakil yang mencari buruh untuk kebun). Dari Pulau

Pinang ke seberang – Bagan Tuan Kecil, Maniam menghantar wang kepada isterinya di India

melalui Pillay tetapi tidak pernah sampai kepada isterinya. Isteri Maniam terpaksa mengikut

Pillay kerana desakan hidup. Maniam kecewa lalu berpindah ke Cangkat Lima dan bekerja di

kebun kelapa. Maniam berkahwin dengan Malini, anak Perumal. Konflik timbul lagi dengan

kehadiran Suppiah, orang kampungnya ke Cangkat Lima. Suppiah menyebarkan cerita yang

Maniam telah meninggalkan isterinya di India dan hidup isterinya melarat. Maniam mula

berkonflik dengan bapa mentua dan masyarakat di situ. Maniam dihalau dari kampong. Maniam

dipukul dalam perjalanan keluar dari Cangkat Lima tetapi dibantu oleh Pak Musa, ayah Seman.

Raman, seorang guru sekolah dari kampung Maniam di India menceritakan sejarah hidup

Suppiah di India kepada Perumal. Perumal kesal dengan tindakannya.

Buku 4

Maniam mendapatkan kerja untuk Seman di tempat kerjanya.Yew Seng lari dari rumah. Seman

kahwin dengan Gayah, anak Mat Ranggi. Jepun menyerang tanah Melayu. Poh Eng lari

semasa kedai bapanya dirempuh. Yew Seng jumpa adiknya dan menyertai kumpulan gerila.

Maniam ditangkap dan diseksa Jepun. Maniam bertemu dengan anaknya semula. Jepun

menyerah kalah. Orang Melayu menentang Malayan Union. Orang Cina dan India menyertai

orang Melayu menentang komunis. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

3.2.3 Konflik

Konflik keluarga Seman bermula apabila ayah Seman sakit dan meninggalkan pesanan agar

membawa ibunya keluar dari kampung Nyiur Condong tanpa memberi sebarang alasan. Seman

berhutang mengambil barang-barang runcit dari kedai Cina Panjang tanpa sebarang

bayaran.Konflik Seman akhirnya mengetahui Pak Seman berhutang hampir sepuluh ribu ringgit

untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina

Panjang. Akhirnya, Seman membawa ibunya keluar dari kampung kerana tanah itu bukan milik

mereka lagi.

Konflik Cing Huat dengan salah seorang anaknya, Yew Seng kerana Yew Seng rapat

dengan orang Melayu. Yew Seng keluar dari rumah akibat berselisih faham dengan ayahnya,

15

Page 16: Tugasan BMM3116.docx

Kim Lock. Konflik Cing Huat (Cina panjang) dengan orang Melayu. Dia merasakan orang

Melayu merupakan bangsa yang malas bekerja.

Konflik Maniam dengan Pillay yang tidak amanah kerana tidak menyerahkan wang kepada

isterinya dan menyebabkan isterinya menderita dan akhirnya mengikut Pillay. Maniam kecewa

lalu berpindah ke Cangkat Lima dan bekerja di kebun kelapa. Perkahwinan kali kedua bagi

Maniam akhirnya menimbulkan konflik kerana kesilapannya tidak memaklumkan sejarah

hidupnya kepada bapa mentuanya, Perumal. Kehadiran Suppiah, orang kampungnya ke

Cangkat Lima menimbulkan konflik kerana Suppiah menyebarkan cerita yang Maniam telah

meninggalkan isterinya di India dan hidup isterinya melarat. Maniam mula berkonflik dengan

bapa mentua dan masyarakat. Maniam dihalau dari kampung. Manim dipukul dalam perjalanan

keluar dari Cangkat Lima tetapi dibantu oleh Pak Musa, ayah Seman.

Konflik seterusnya berlaku apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Kedai Cing Huat (Cina

Panjang) dirompak. Poh Eng lari semasa kedai bapanya dirompak. Yew Seng dapat berjumpa

dengan adiknya dan adiknya diajak menyertai kumpulan gerila menentang Jepun. Maniam

berkonflik dengan Jepun apabila ditangkap dan diseksa Jepun. Jepun menyerah kalah. Orang

Melayu menentang Malayan Union. Orang Cina dan India menyertai orang Melayu menentang

komunis.

3.2.4 Klimaks

Peristiwa anak Maniam, Inspektor Ramakrisynan menyerang sarang komunis dan

menyelamatkan Yew Seng serta Poh Eng yang sudah mula meragui perjuangan komunis.

Akhirnya, mereka bertelagah apabila diserang hendap oleh pasukan keselmatan Negara. Yew

Seng cedera dan kudung kakinya manakala Maniam telah berjaya diselamatkan. Mereka

kembali semula kepangkuan masyarakat.

3.3 Teknik plot

Teknik plot atau teknik penceritaan ialah cara atau kaedah penulis menyusun jalan cerita.

Antara teknik plot yang digunakan dalam novel Interlok ialah:

16

Page 17: Tugasan BMM3116.docx

3.3.1 Teknik pemerian

Merupakan sesuatu peristiwa, watak atau objek atau perbuatan yang digambarkan secara

menyeluruh.Contoh:

Dia mahu membeli sendiri. Dia ada wang. Dia tidak mahu menyusahkan orang ramai kerana anaknya itu, tetapi Lazim dan raman berkeras juga. Mereka mahu menolong Yew Seng. Keputusan terakhir diserahkan pada Yow Seng dan dia memilih kaki kayu yang diserahkan oleh masyarakat Melayu dan India. Masayarakat Cina di pekan itu pun turut sama kemudian.

(hal.416)

3.3.2 Teknik dialog

Merupakan teknik pertuturan antara watak. Contoh:

Dia sudah tidak dapat menahan lagi perasaan hatinya. Lalu dia menangis.”Ibu gua bukan?”“Ya, ibu lu,” Jawab Ah kun. “Dia sudah meninggal dunia dua bulan lalu.”

(hal.177)

3.3.3 Teknik Imbas kembali

Merupakan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku dan diceritakan semula. Contoh:

Waktu bapanya sihat, tubuhnya berisi seperti tubuhnya sekarang. Walupun kulitnya agak kehitaman, dia termasuk orang yang segak. Rambutnya hitam ikal. Matanya jernih. Perawakannya tinggi.

(hal.8)

3.3.4 Teknik Monolog

Turut kata atau pengucapan watak secara bersendirian. Contohnya:

Memang Maniam bersalah. Memang Maniam jahat. Ahh, aku sudah gila! Aku tidak gila. Aku tidak mahu lari. Biar apa-apa jua akan terjadi,aku akan tegak di samping anakku, di samping Malini. (hal.245)

3.3.5 Teknik imbas muka

Peristiwa yang diramalkan atau dijangkakan akan berlaku. Contohnya:

Cing Huat terus khuatir kalau ibunya datang tiba-tiba . Dia khuatir kalau-

17

Page 18: Tugasan BMM3116.docx

kalau Mei Hwa memujuk bapanya dan mengambilkuasa atas kedai itu sepenuhnya.

(hal.174)

3.3.6 Teknik Suspen

Melahirkan perasaan ingin tahun pembaca. Contohnya:

Tidak seorang pun penduduk kampong Nyiur Condong itu tahu lokasi aSeman dan ibunya menghilang. Tidak seorang pun sedar masa mereka pergi. Sudah beberapa hari mereka tidak melihat Seman, baik di hadapan rumahnya mahu pun di kedai.

(hal.100)

3.4 Watak dan perwatakan

Perwatakan ialah sifat manusia secara menyeluruh yang digambarkan melalui perasaan, cara

berfikir, cara bertindak serta keinginan. Watak boleh dibahagikan kepada beberapa jenis

contohnya watak utama, watak sampingan, watak bulat, watak pipih, watak dinamik dan watak

static.

3.4.1 Seman

a. Taat akan perintah ibu bapanya- Seman mematuhi arahan ibunya memanggil dukun

iaitu Pak Utih apabila melihat suaminya semakin tenat.

b. Taat akan perintah agama – Dia menuaikan solat tahiyatul masjid ketika bersolat di

masjid kampingnya setelah dua tahun setengah meninggalkan kampung itu.

c. Rajin bekerja – Sentiasa menolong ibunya membelah kayu api untuk kegunaan mereka

memasak dan mengambilalih tugas bekerja apabila bapanya sakit.

d. Bertanggungjawab – Anak yang bertanggungjawab apabila tidak meninggalkan ibunya

seoprang diri malah berusaha untuk mencari kerja.

e. Berani – Tidak berasa takut untuk berhadapan dengan Cing Huat bagi mendapatkan

penjelasan tentang harta peninggalan bapanya.

f. Tegas dan keras hati – Apabila menolak bantuan yang diberikan oleh Lazim dan

penduduk kampong dengan tegas. Sikapnya sama seperti bapanya yang keras hati.

g. Berdikari – Mahu hidp berdikari dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dengan

menolak pelawaan Lebai Man mengajak Seman menumpang rumahnya. Seman sedar

yang dia tidak perlu bergantung dengan sesiapa.

18

Page 19: Tugasan BMM3116.docx

3.4.2 Cing Huat

a. Cergas dan rajin – seorang yang cergas dan rajin bekerja. Ketika tiba dari China dia

bekerja di kedai kopi. Dia begitu cergas bekerja dan dipuji oleh tauke. Malah

kerajinannya menyebabkan dia ingin dibeli oleh taukeh tersebut.

b. Menghormati orang tua – Cing Huat begitu menghormati ayahnya walaupun ayahnya

telah terlibat dengan penagihan candu dan tidak setia dengan ibunya. Dia juga sedar

kesusahan bapanya ketika mula-mula berhijrah.

c. Anak yang taat – Taat kepada bapanya dengan tidak membantah perhubungan

bapanya dengan Mei Hua walaupun bimbang dengan pengaruh Mei Hua. Dia sanggup

tinggal di kedai itu walaupun sering dianggap kuli oleh Mei Hua.

d. Penyayang – Sangat menyayangi ibunya yang berada di China. Berazam untuk

membawa ibunya ke Tanah Melayu untuk tinggal bersama. Malangnya ibunya pula

meninggal dunia.

e. Mementingkan pelajaran - Anak-anaknya bersekolah dan terlibat dalam usaha

membina sebuah sekolah Cina di kawasan tempat tinggalnya.

f. Prejudis - Cing Huat tidak membenarkan anaknya Yew Seng berkawan dengan orang

Melayu, khususnya Lazim kerana pada sangkaannya mereka akan menjadi malas

seperti orang Melayu.

3.4.3 Maniam

a. Mengenang budi - Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa,

ayah Seman, pernah membantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang

tidak dikenali.

b. Peramah - Maniam berbual-bual dengan penumpang lain di dalam kapal semasa dalam

pelayaran ke Pulau Pinang.

c. Bertanggungjawab - Maniam mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay.

d. Setia - Maniam tidak berkahwin setelah meninggalkan isterinya, Malini.

e. Penyayang - Tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya sarat

mengandung kerana amat sayang akan isterinya.

3.4.4 Pak Musa

a. Tidak berfikiran jauh dan tidak mementingkan pelajaran – Tidak membenarkan

anaknya bersekolah dengan alasan tidak mahu dipisahkan darinya dengan bersekolah.

19

Page 20: Tugasan BMM3116.docx

Sanggup menggunakan pelbagai helah untuk menipu guru yang datang mencari kanak-

kanak kampung untuk di sekolahkan.

b. Suka menyimpan rahsia – Tidak pernah memberitahu keluarganya bahawa dia

berhutang dan bergadai dengan Cina Panjang. Apabila mengetahui ajalnya, dia

meminta Seman membawa ibunya meninggalkan rumah dan tanah miliknya.

c. Suka berhutang – Mengambil barang dari kedai Cina Panjang dengan berhutang.

Keluarga Pak Musa tidak pernah membayar wang ketika membeli di kedai Cina

Panjang.

d. Suka Menolong – Pernah menolong Maniam apabila Maniam dipukul dengan orang

yang tidak dikenali.

3.4.5 Suppiah

a. Suka memfitnah – memfitnah Maniam yang merupakan jiran sekampungnya dan

menyebabkan Maniam meninggalkan Malini sarat mengandung apabila dihalau

penduduk kampung.

b. Suka bergaduh – Maniam misalnya tidak gembira apabila melihat Suppiah di lading

kerana Suppiah suka bergaduh ketika mereka sama-sama bekerja dahulu.

c. Pandai mengambil kesempatan – Bijak mengambil hati pengurus ladangdan dilantik

sebagai timbalan pengurus ladang.

3.5 Latar

Latar dibahagikan kepada latar tempat, latar masa, dan latar masyarakat.

3.5.1 Latar tempat

Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku contohnya;

a. Kampung Nyiur Condong - Pak Musa dan keluarganya tinggal di kampung Nyiur

Condong.

b. Singapura - Kim Lock bekerja sebagai penarik lanca di Singapura untuk menampung

kehidupannya.

c. Lukut - Kim Lock dan Cing Huat bekerja di lombong bijih timah di Lukut.

20

Page 21: Tugasan BMM3116.docx

d. Pelabuhan Pulau Pinang - Maniam menjadi kuli mengangkat barang di Pelabuhan

Pulau Pinang.

e. Di rumah Perumal - Malini menjalani pelbagai upacara penyucian diri sebelum

dikahwinkan dengan Maniam.

f. Rumah kuli ladang getah - Maniam membenarkan Seman meninggalkan ibunya, Mak

Limah, dan Poh Eng di situ untuk berlindung daripada tentera Jepun.

g. Pekan Simpang Empat - Kim Lock memulakan perniagaan keluarganya di Pekan

Simpang Empat.

3.5.2 Latar Masa

Merujuk kepada masa atau zaman bagi setiap peristiwa yang ditonjolkan. Contohnya;

a. Tahun 1910 - Maniam dari Kerala, India belayar ke Pulau Pinang untuk mencari

pekerjaan bagi mengubah kehidupan keluarganya.

b. Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941) - Rakyat Tanah Melayu merasai

keperitan hidup kerana sukar mendapatkan makanan semasa Jepun memerintah Tanah

Melayu.

c. Selepas 21 tahun - Maniam teringat akan anaknya walaupun sudah 21 tahun dia

berpisah dengan Malini dan tidak pernah melihat anaknya.

d. Waktu malam - Seman memanggil Pak Utih untuk mengubatkan bapanya yang batuk

teruk.

e. 7.00 pagi - Orang-orang Cina yang menaiki tongkang untuk ke Rantau Selatan diberi

makan bubur dan lobak masin.

3.5.2 Latar Masyarakat

Merujuk keadaan atau gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerita, termasuklah cara

hidup, cara berfikir, cara bekerja, status dan kedudukan.

a. Masyarakat yang suka berhutang - Pak Musa berbelanja di kedai Cina Panjang

secara hutang sehingga sukar untuk melunaskannya.

b. Masyarakat yang gigih bekerja - Kim Lock gigih berusaha melakukan pelbagai

pekerjaan untuk mengumpul wang semasa berada di Singapura.

21

Page 22: Tugasan BMM3116.docx

c. Masyarakat yang suka menolong orang - Musa menyelamatkan Maniam yang cedera

dipukul orang walaupun mereka berlainan bangsa.

d. Masyarakat yang mengenang jasa - Poh Eng berusaha berjumpa dengan Mak Limah

yang telah menjaganya dengan baik semasa pendudukan Jepun bagi mengenang jasa

Mak Limah.

e. Masyarakat yang setia kepada suami - Malini sangat setia dan sentiasa merindui

Maniam walaupun suaminya telah meninggalkannya.

f. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak - Pak Musa tidak

membenarkan anaknya pergi sekolah untuk belajar. Bermacam-macam cara dilakukan

untuk mengelakkan anaknya, Seman daripada ke sekolah.

g. Masyarakat yang mudah percaya akan khabar angin - Perumal dan orang-orang

kampung mudah percaya dengan kata-kata Suppiah tentang Maniam.

h. Masyarakat Jepun yang zalim dan kejam - Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu

menyusahkan semua orang dengan kezaliman mereka.

3.6 Gaya Bahasa

Merujuk kepada stail penggunaan bahasa. Antara unsur-unsur gaya bahasa iaitu:

3.6.1 Diksi – pemilihan kata yang tepat yang dapat memberi kesan kepada pembaca.

Pengarang banyak menggunakan kosa kata yang melambangkan gaya hidup golongan imigran

ke Tanah Melayu. Selain itu, pengarang juga banyak menggunakan bahasa puitis. Terdapat

juga ayat panjang (hal. 2) dan ayat pendek (hal. 59).

3.6.2 Bahasa Asing –

Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Inggeris BahasaJepun

22

Page 23: Tugasan BMM3116.docx

Kuo yu (hal. 199)Syu Ching (hal 199)Lua Pasa (hal. 133)

Gatra-haridra (hal.226)Bindi (hal. 226)Veni (hal.227)

Lodging Heiho,kempetai

3.6.3 Dialek

3.6.3.1 Dialek Cina. Contohnya:

a. “Aiya,”seru isterinya dengan nada yang membayangkan ketakutan. (hal. 105)

b. “Lu minum samsu sikit?” Tanya Paman Kok Leong kepada Kim Lock. (hal. 136)

3.6.3.2 Dialek India. Contohnya:

a. “Ayoyo. Ini tak boleh jadi. Dia ada anak?: (hal.239)

3.6.4 Personafikasi – Maksudnya perseorangan iaitu pengarang memberikan sifat manusia

kepada benda, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak. Contohnya:

a. Gejolak kemarahan itu menjilat-jilat ke kiri kanan. (hal. 13)

b. Setelah bapanya dan Seman ditelan malam. Dia pun tutup pintu. (hal. 19)

3.6.5 Simile – Maksudnya perbandingan secara terus dengan menggunakan perkataan

seperti bagai, bak, laksana, macam dan sebagainya. Contohnya:

a. Tangan kanannya mengurut-urut dadanya bagai orang yang menguli tepung. (hal.6)

b. Nafasnya sahaja yang agak keras seperti lembu marah. (hal. 7)

c. Lidahlu terasa bagai ada tembaga. (hal.7)

3.6.6 Hiperbola – Maksudnya menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan. Contohnya:

23

Page 24: Tugasan BMM3116.docx

a. Mulut yang sudah miskin dengan gigi. (hal.3)

3.6.7 Sinkope – Maksudnya pemendekan kata atau singkatan kata. Contohnya:

a. Bapamu tak dapat dicari ganti. (hal. 8)

b. “Aku belum mahu kahwin, mak,” katanya. Belum ada perempuan yang bersetuju dengan

hatiku.”

c. “Masakan tak ada pula,” jawabnya. “Anak tahir yang nombor dua itu bukan tak cantik.

Kalau kau mahu yang cantik…..

3.6.8 Peribahasa – Contohnya:

a. Makan hati berulam jantung. (hal.8)

3.6.9 Pengulangan – maksudnya pengulangan kata atau frasa dalam satu kalimat beberapa

kali. Contohnya:

Matahari petang ayun-temayun. Sinar keemasan yang terakhir itu tertebar di merata tempat di permukaan bumi. Di atas daun pisang, di atas pelepah kelapa, di atas rumput, di atas belakang Seman, di atas muka Mak Limah yang sudah lisut itu.

(hal. 3)

24

Page 25: Tugasan BMM3116.docx

4.0 ANALISIS FUNGSI DAN MANFAAT DARIPADA TEKS

Menurut Dr Jeniri Amir (2011) dalam Semangkok Interlok menyatakan Interlok bukan sahaja

memaparkan realiti zaman atau semangat zaman, tetapi juga diadunkan dengan tenik

penceritaan yang baik. Sesungguhnya di dalam novel ini terdapat banyak fungsi dan manfaat

yang boleh diperolehi melalui teks yang dibaca. Penulis juga telah menggarapkan nilai-nilai

murni yang dapat dilihat melalui tingkah laku atau perbuatan baik yang dapat dijadikan teladan

dan pedoman oleh pembaca.

Antara nilai murni ialah kasih sayang ini jelas dapat dilihat apabila Pak Musa dan Mak

Limah begitu menyayangi Seman dan tidak mahu menghantar Seman ke sekolah hanya kerana

mereka tidak mahu berpisah dengan Seman. Walaupun ini dianggap kasih sayang yang

keterlaluan namun inilah realiti masyarakat dahulu yang kebanyakannya memilih hanya untuk

belajar mengaji daripada belajar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.

Seterusnya, penulis menekan nilai murni kegigihan bagi semua watak utama dalam

penceritaan novel. Kegigihan Pak Musa, Kim Lock, Maniam, Cing Huat dan Seman adalah

contoh terbaik menunjukkan mereka berusaha gigih mencari rezeki untuk masa hadapan yang

lebih baik. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja pekerjaan demi mendapatkan wang.

Pengalaman perit sepanjang penghijrahan dari Negara China dan India turut meningkatkan

semangat dan usaha gigih mereka untuk mencari rezeki.

Manakala sikap tolong-menolong semasa tentera Jepun datang untuk menangkap Poh

Eng telah menyebabkan Seman dan Maniam telah membantu menyembunyikan Poh Eng

dengan ditemani oleh ibu Seman di sebuah rumah kuli di situ. Semangat inilah yang akhirnya

menyatupadukan mereka semua. Ini ditunjukkan lagi apabila Lazim, Raman dan masyarakat

pelbagai kaum yang lain bersatu untuk membantu Yew Seng yang telah kudung kakinya

dengan menderma kaki kayu walaupun Cing Huat berkemampuan. Pemilihan Yew Seng untuk

menerima sumbangan kaki kayu adalah merupakan tindakan terbaik bagi menunjukkan

penghargaan atas usaha semua pihak yang ingin membantunya.

Pepatah Melayu ada menyatakan “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita

merasa”. Demikian juga halnya dengan Maniam yang begitu mengingati jasa Pak Musa yang

telah membantunya ketika masih muda. Oleh itu, sebagai membalas jasa Pak Musa, Maniam

telah membantu Seman mendapatkan pekerjaan di ladang. Ternyata dalam novel ini ditekankan

apa jua kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan.

25

Page 26: Tugasan BMM3116.docx

Ternyata kesemua nilai-nilai moral di atas turut diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia

yang bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di

negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang

bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Malahan gagasan ini juga, jika dihayati

sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman

dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Ternyata penulis telah

berjaya menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut supaya dapat difahami

oleh pembaca.

Dilihat dari sudut pengajarannya, terdapat banyak pengajaran yang boleh kita dapati

melalui novel tersebut. Antaranya, kita mestilah rajin berusaha bagi memastikan kehidupan

sentiasa terjamin. Seman, Kim Lock, Cing Huat dan Maniam rajin berusaha dengan melakukan

banyak pekerjaan agar dapat hidup senang. Hal ini kerana kesemua mereka bukan berasal

daripada keluarga yang hidup senang.

Kedua, kita mesti menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Maniam walaupun

jauh daripada isterinya, Maniam tetap menghantar wang kepada isterinya melalui sahabatnya

Pillay. Maniam juga berusaha demi isterinya yang baharu, Malini dengan bekerja keras di

ladang. Ini jelas membuktikan bahawa, Maniam seorang yang bertanggungjawab.

Ketiga, kita haruslah mengelak daripada menimbulkan fitnah yang menyusahkan

kehidupan orang lain. Sikap Suppiah misalnya telah menyebabkan Maniam diusir dari ladang

dan Malini hidup menderita seterusnya meninggal dunia akibat berpisah dengan suami.

Malahan, anak Maniam dan Malini juga terpaksa membesar tanpa kasih sayang ayah. Ternyata

fitnah dapat menghancur dan mengubah hidup seseorang dan memberi kesan jangka panjang

kepada sesebuah keluarga.

Keempat, dalam novel ini kita diperlihatkan kepada kesetiaan suami seperti Maniam

yang tidak berkahwin apabila mengetahui isterinya Malini telah meninggal dunia. Maniam juga

begitu setia dengan isterinya Ambika dan berasa kecewa apabila mengetahui kecurangan

iaterinya. Namun begitu, Kim Lock digambarkan sebagai seorang suami yang curang apabila

menjadikan Mei Hwa sebagai perempuan simpanannya walaupun Kim Lock mempunyai isteri di

Negara China.

Kelima, kesetiaan kepada bangsa dan negara di paparkan secara jelas apabila Cing

Huat telah memberikan sumbangan kepada negaranya iaitu negara China dan memberikan

26

Page 27: Tugasan BMM3116.docx

sumbangan untuk membina sebuah sekolah Cina di Simpang Empat. Malahan, Cikgu Raman

juga telah berusaha untuk mendirikan sekolah India untuk anak-anak masyarakat India yang

bekerja di ladang. Ternyata kedua-dua mereka tidak mahu anak-anak mereka lupa asal-usul

dan taat-setia kepada negara asal mereka.

Keyataan di atas disokong oleh Dr Fatimah (2011), dalam karyanya yang bertajuk

“Kepentingan Interlok dan Proses Pengkaryaan” menyatakan di dalam Interlok berlaku proses

asimilasi. Semua bangsa asing yang datang ke Tanah Melayu pada awal zaman moden seperti

Arab, Cina, India dan lain-lain tidak diwajibkan menjalani proses asimilasi. Yakni penukaran

identiti mereka seperti yang berlaku di Negara Thailand dan Indonesia. Di Tanah Melayu, para

pendatang tetap dapat mengekalkan identiti mereka, mengamalkan kebudayaan, bahasa dan

agama dengan bebas. Malah mereka dibenarkan mendirikan sekolah yang menggunakan

bahasa ibunda mereka. Walaupun Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara, namun

mereka tidak pernah dihukum kalau mereka tidak menggunakannya.

Keenam, kita hendaklah berlaku adil dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak.

Sebagai bapa, Cing Huat lebih menyayangi Yew Hock berbanding Yew Seng kerana begitu

rajin bekerja dan bersikap sepertinya iaitu mementingkan keuntungan. Manakala Yew Seng

tidak disukai oleh Cing Huat kerana suka berbaik dengan orang Melayu yang dianggap Cing

Huat bangsa yang pemalas. Adapun keadaan ini timbul akibat dasar pecah perintah yang

dijalankan oleh Inggeris apabila menjajah Tanah Melayu.

Kesimpulannya, novel ini telah berjaya menonjolkan nilai-nilai murni dan pengajaran

yang terdapat dalam teks tersebut. Ternyata novel yang menerapkan dua implikasi, iaitu politik

dan sosial. Penghijrahan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu dalam novel ini, dengan jelas

menampilkan implikasi politik. Di antaranya kesedaran semangat nasionalisme, pembentukan

Malayan Union oleh penjajah Inggeris, peristiwa drarurat dan kemerdekaan. Sementara

implikasi sosial dapat dikesan dengan interaksi kaum dan corak saraan hidup mereka yang

tinggal di sekitar Pekan Simpang Empat.

27

Page 28: Tugasan BMM3116.docx

5.0 REFLEKSI

Bersyukur saya kehadrat Allah yang telah memberi keizinan, kesihatan dan peluang kepada

saya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diamanah kepada saya. Tugasan kerja kursus

BMM 3163 Genre Kesusateraan Melayu dalam Bahasa Melayu diberi bagi memenuhi syarat

wajib lulus bagi semester kelapan Program Pengsiswazahan Guru. Untuk itu saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Jaimah Binti Abdul Manaf yang

telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi saya menyiapkan tugasan yang diberikan.

Pada peringkat awal, Puan Jaimah Binti Abdul Manaf telah memberi penerangan tentang

tugasan kerja kursus yang perlu dilaksanakan dalam perjumpaan yang kedua. Penerangan

beliau sedikit sebanyak dapat membantu saya mendapat gambaran tentang tugasan yang perlu

saya siapkan. Untuk langkah pertama saya cuba mengenal pasti laman web yang boleh saya

gunakan untuk mencari maklumat. Saya juga telah mendapatkan buku-buku rujukan yang

sesuai kepunyaan rakan-rakan, milik peribadi dan dipinjam dari perpustakaan yang terdapat di

sekolah.

Saya memulakan tugasan dengan mengumpul maklumat berkaitan kursus dengan merujuk

profoma dan menghasilkannya dalam bentuk nota dan grafik. Secara keseluruhannya saya

mendapati tugasan ini membantu saya mendapat gambaran keseluruhan tajuk-tajuk yang perlu

saya pelajari. Sastera dalam pengisian kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah

bermatlamat mengukuhkan pengajaran bahasa, menyemai sikap minat membaca dan

menekankan nilai-nilai murni yang diperoleh daripada bahan sastera yang dibaca. Sebagai

seorang guru Bahasa Melayu, penerapan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah

rendah secara tidak lansung dapat merealisasikan potensi murid sepenuhnya serta

mengembangkan minat mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu,

pengetahuan tentang genre kesusasteraan Bahasa Melayu adalah sangat penting bagi

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menerapkan pengajaran

sastera dalam Bahasa Melayu secara konsisten

Untuk tugasan kedua, saya telah memilih satu teks sastera karya Datuk Abdullah

Hussain, penulis novel yang hangat dan kontroversi dari pertengahan Disember 2010 hingga

akhir Januari 2011 yang berjudul Interlok. Sasterawan Negara ini lebih mesra dengan panggilan

Pak Lah dalam kalangan penulis. Dalam tugasan ini saya telah diminta membuat sinopsis teks

tentang Interlok dan membuat analisis teks menggunakan pendekatan kaedah struktural. Saya

28

Page 29: Tugasan BMM3116.docx

lebih cenderung menggunakan kaedah ini kerana dapat melihat karya satera itu sebagai suatu

struktur. Unsur yang membentuk struktur ini saling berkait dan membentuk satu kesatuan yang

lengkap dan bermakna. Kaedah ini pada pendapat saya lebih sesuai untuk guru dan pelajar

seperti saya.

Seterusnya saya telah membuat analisis tentang fungsi dan manfaat yang boleh

diperolehi melalui teks. Saya telah mengaitkan penerangan saya dengan nilai moral dan

pengajaran yang terdapat dalam teks. Pada pendapat saya, teks yang bertemakan integrasi

antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India melalui tiga keluarga yang berusaha

untuk hidup bersama di Tanah Melayu yang aman, merdeka dan bersatu padu sangat menarik.

Saya dapati struktur buku berkenaan ringkas dan diiceritakan di dalam empat bahagian dan

setiap daripadanya daripada tanggapan dan sudut berbeza. Tiga bahagian pertama diceritakan

dalam sudut pandangan tiga keluarga berbeza dan yang terakhir. Interlok, adalah di mana

semua mereka bertembung.

Menurut Umapagan Ampikaipakan (2011), dalam karyanya yang bertajuk Kisah-

kisah yang tak diingati menyatakan melalui Interlok penulis juga cuba untuk bercerita tentang

sebuah negara baru yang ingin bangkit melalui wajah rakyat serta perjuangan individual setiap

mereka. Ini yang menjadikan Malaysia menakjubkan, sekaligus mencetus inspirasi. Rakyatnya,

rencam warna dan majmuk, berbeza dan terdesak, adalah seperti ramuan terbaik bagi drama

panjang yang ingin disampaikan. Interlok juga adalah sebuah karya perzamanan (period novel)

yang menampilkan realiti kehidupan pada zaman berkenaan.

Kesimpulannya, Interlok mendukung mesej 1Malaysia apabila tiga kaum – Melayu, Cina

dan India bersatu hati dan bekerjasama, sanggup berkorban demi keharmonian dan keamanan,

memperlihatkan semangat perpaduan, selain memaparkan realiti sejarah awal negara ini.

Sekian, wasalam

NORYATIMAH BT ISMAIL

690727015774

Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah,

IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor,

29

Page 30: Tugasan BMM3116.docx

6.0 BIBLIOGRAFI

1. Abdullah Hussain. (1996). Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Khairuddin Mohamad, Wan Zalika Wan Othman, Amanah Mohd Noor. (2014). Genre

Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Puchong : Penerbitan Multimedia

Sdn Bhd.

3. Mohamad Hanafi Hairan, Mahmud Sarlan, Mohd Yusof Ngadiman. (2009). Fokus

Sukses SPM Tingkatan 4,5 Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbitan

Pelangi Sdn Bhd.

4. Pearly Ooi, Noorizan Mat Nor, Sharifah Azalan Abd Majid. (2011). Input Komsas

(Antologi & Novel) Dirgahayu Bahasaku & Interlok Tingkatan 5. Petaling Jaya :

Penerbitan Mega Setia Emas Sdn. Bhd.

5. Abd. Rahman Lo. 29 Ogos 2013. Novel Interlok. http://bmelayuspm.blogspot.com.html

dimuatturun pada10 Mac 2015.

6. Hafiz Hamzah. Mei 2011. Semangkuk Interlok e-book. http://www.mataharibooks.com

/interlok.pdf dimuatturun pada 10 Mac 2015.

30

Page 31: Tugasan BMM3116.docx

31