tugasan pmu 2412.docx

12
TUGASAN SEPTEMBER 2014 SEMESTER KOD KURSUS PMU 2412 NAMA KURSUS Projek Khidmat Masyarakat PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR Dayang Nooraida bte Awang Ismail NO. MATRIK E30209130631 PUSAT PEMBELAJARAN Kota Kinabalu 1

Upload: raynold-raphael

Post on 21-Nov-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TUGASAN SEPTEMBER 2014 SEMESTER

KOD KURSUSPMU 2412

NAMA KURSUS Projek Khidmat Masyarakat

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR Dayang Nooraida bte Awang Ismail

NO. MATRIK E30209130631

PUSAT PEMBELAJARAN

Kota Kinabalu

Bil Isi Kandungan Halaman1.0Tema3 2.0 Nama Projek3

3.0 Tarikh / Tempoh Pelaksanaan Projek 3 4.0 Tempat 3

5.0Sumber Personnel Yang Terlibat3

6.0 Matlamat Projek4

7.0 Objektif Projek4

8.0Pelaksanaan Projek 4

9.0 Sumber Kewangan5

10.0 Kerja Amali6

11.0 Refleksi7

12.0 Cadangan dan Komen 7

13.0 Penghargaan 8

Lampiran 1 9

Lampiran 2 10

1.0 Tema My Rubbish, My Responsibility (Sampah Saya, Tanggungjawab Saya)

2.0 Nama Projek Program Gotong Royong Di Pulau Gaya

3.0 Tarikh / Tempoh Pelaksanaan Projek 21 Oktober 2014 (Selasa) / 1 hari

4.0 Tempat Pulau Gaya 5.0 Sumber Personnel Yang TerlibatGuru Penasihat:En. Shamsul Nazri bin Hashim (PK Kokum)Ahli Jawatankuasa Projek:Pengerusi:En. Jasmen bin Elahan (Guru Besar)Timbalan Pengerusi: En. Jalil bin Ramat (Pen. Kanan 1)En. Kastari bin Sali (Pen. Kanan HEM)Setiausaha:Pn. Dayang Nooraida bte Ag. IsmailBendahari:Pn. Connie GevaisAhli Jawatankuasa:Pengangkutan:En. Dollah bin Naming@Amdu Cenderamata & Hadiah:Pn. Nur Hayati Binti WasimDokumentasi:En. Faisal bin Matzin Penyelaras. Aktiviti:En. Nordin bin Mustaffa Jamuan:Pn. Sufina bte Sumsu@SamsuPeralatan:En. Mikin Ugan@Syaril Abdullah

6.0 Matlamat Projek Matlamat projek adalah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah dan juga warga Pulau Gaya tentang aspek keceriaan serta menabur sifat mencintai kebersihan dan keceriaan kawasan perkampungan di Pulau Gaya. Disebabkan amalan ini kurang mendapat pendedahan maka, kalangan warga Pulau Gaya dan juga warga sekolah sering kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di sekitar perkampungan Pulau Gaya di. Namun demikian sebenarnya cara pengamalan kebersihan ini memiliki ciri - ciri yang khusus dan standard yang sempurna. Warga Pulau Gaya kurang memahami maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat. Melalui projek gotong royong ini , warga sekolah dan juga warga Pulau Gaya khususnya juga boleh meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran perkampungan Pulau Gaya. Matlamat penting projek ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

7.0 Objektif Projek

Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara warga SK Pulau Gaya dan juga penduduk Kampung Pulau Gaya dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan warga Pulau Gaya terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

8.0 Pelaksanaan Projek Manual Pelaksanaan ProjekBil Pelaksanaan TugasTindakan

1Penyediaan kertas kerja program :

Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan program melalui mesyuarat dan bersemuka. Mesyuarat kali pertama.Setiausaha

2Pelantikan AJK Program secara rasmi.

3Penetapan tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asasprogram :Cadangan : Bilik Muafakat SK Pulau Gaya.Setiausaha

4Mesyuarat AJK Program kali keduaSetiausaha

5Menyiapkan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirim surat menyurat , kad dan surat jemputan.Setiausaha

6Mengirim surat dan jemputan Setiausaha

7Membuat senarai dan penyediaan peralatan-peralatan yang digunakan semasa gotong-royong.AJK Peralatan

8Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah

9Tempahan makanan untuk jamuan AJK Jamuan

10Menyediakan dewan untuk kegunaan ucapan perasmian dan pelancaran program gotong - royongPenyelaras

11Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong.Semua AJK dan peserta

9.0 Sumber Kewangan/Anggaran PendapatanSumbangan diperoleh daripada:a) PIBG= RM3000.00b) Kantin Sekolah = RM200.00

c) Sumbangan Guru= RM300.00d) SKPG= RM500.00Jumlah Keseluruhan = RM4000.00

Anggaran Perbelanjaana) Murid murid = 460orangb) Ibu bapa = 200 orangc) Guru= 60 orang__________Jumlah= 720 orang

Makan dan minum untuk makan tengah hari a)Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM2.50) b)Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)Jumlah = RM3.00Keseluruhan : 720 x RM3.00 = RM 2,160 Jumlah Besar Untuk Makanan = RM2,160Anggaran perbelanjaan bagi peralatan BilPeralatanHarga

1.Tin Cat ( bahagian dinding pentas ) Harga Seunit (1 x RM60.00) Bil tin cat yang diperlukan=3 unit3 unit x RM60.00 = RM 180.00

2Berus CatHarga Seunit (1 x RM5.00)Bil berus yang diperlukan=20 unit20 unit x RM5.00 = RM 100.00

3PenyapuHarga Seunit (1 x RM6.00)Bil penyapu yang diperlukan=50 unit50 unit x RM6.00 = RM 300.00

4Plastik Beg SampahHarga Seunit (1 x RM2.00)Bil beg yang diperlukan=30 unit30 unit x RM2.00 = RM 60.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM640.00Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan(Makanan + Peralatan)RM2, 160 + RM760.00 = RM2,800.00

10. 0 Kerja AmaliSaya bersama sama dengan penyelaras aktiviti iaitu Encik Nordin Mustafa dan juga guru penasihat iaitu Encik Shamsul Nazri Hashim telah membuat tinjauan di kawasan kerja lapangan iaitu di Kampung Pulau Gaya dan mengenal pasti aktiviti pembersihan yang akan dilaksanakan. pemberitahuan tentang program ini telah dibuat seminggu sebelum dijalankan. Pada hari pelaksanaan projek dijalankan, sekolah mendapat bantuan daripada pihak Dewan Bandar raya Kota Kinabalu yang turut serta dalam program tersebut di mana mereka juga telah menyumbangkan peralatan untuk program. Pihak Dewan Bandar raya Kota Kinabalu amat berterima kasih dan gembira dengan langkah yang kami ambil untuk mempromosikan program tersebut yang mana selari dengan matlamat Dewan Bandar raya Kota Kinabalu untuk menjaga kebersihan dengan kempen Anti kutu sampah.

11. 0 Refleksi Pada keseluruhannya program gotong - royong ini telah berjaya dilaksanakan di mana setiap AJK telah menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Daripada pelaksanaan program tersebut , terdapat banyak faedah yang telah saya peroleh antaranya ialah: mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuarat mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan dengan teratur dan lancar memahami peraturan-peraturan mesyuarat mencacat minit mesyuarat/perjumpaan dengan lengkap menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesuatu projek meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik.Sehubungan itu, saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan semasa melaksanakan program tersebut. Antaranya ialah: Berlaku beberapa masalah komunikasi yang menyebabkan program hampir terjejas Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan. Kurang keyakinan daripada pihak luar terutamanya dari penduduk Pulau Gaya terhadap keupayaan sekolah dalam melaksanakan program.Biarpun timbul beberapa kekangan namun program tersebut tetap berjalan dengan lancar kerana setiap AJK memberikan komitmen yang terbaik selain itu sokongan daripada guru besar , pengerusi PIBG SK Pulau Gaya serta penduduk kampung pulau Gaya turut mendorong dalam merealisasikan program gotong royong ini.12.0 Cadangan dan KomenPada masa akan datang , saya mencadangkan agar penambahbaikan dapat dibuat sekiranya ingin membuat program gotong royong yang melibatkan jumlah yang besar. Pihak sekolah perlu merancang lebih awal dan pastikan tidak berlaku sebarang masalah komunikasi yang berlaku agar tidak menjejaskan mana mana pihak sehingga timbulnya salah faham di antara ahli jawatankuasa kerja. Selain itu, pihak sekolah juga boleh memastikan agar dapat meningkatkan penglibatan daripada penduduk sekitar pulau Gaya untuk turut serta dalam program program seperti ini agar dapat meningkatkan semangat kerjasama dan permuafakatan antara sekolah dengan penduduk setempat.

13.0 Penghargaan Saya ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru besar , guru penasihat SK Pulau Gaya, AJK program Gotong Royong di Pulau Gaya, PIBG SK Pulau Gaya serta penduduk kampung Pulau Gaya dan juga pihak Dewan Bandar raya Kota Kinabalu kerana telah memberi galakan, panduan serta sokongan bagi menjayakan program tersebut di Pulau Gaya. Sehubungan itu, adalah menjadi harapan saya agar projek khidmat masyarakat yang telah dianjurkan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat selain itu saya berharap agar program sedemikian akan dapat dilaksanakan lagi dengan lebih berjaya.

Lampiran 1

Gambar gambar sepanjang Program Gotong-royong di Pulau Gaya

Lampiran 2

Gambar gambar sepanjang Program Gotong-royong di Pulau Gaya

10