bmm3116 genre kesusasteraan melayu dalam bm- slot jbg

27
BMM 3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BM catatan: PARIDAH BINTI MAMAT JPM, IPGM KAMPUS KENT JUN – NOVEMBER 2014

Upload: md-nazrin

Post on 26-Dec-2015

1.634 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

BMM 3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BM catatan:

PARIDAH BINTI MAMAT

JPM, IPGM KAMPUS KENT

JUN – NOVEMBER 2014

Page 2: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Sinopsis• Kursus ini menghuraikan sastera dalam pengisian

kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah, pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera, sastera bandingan, sastera kanak-kanak dan remaja, dan apresiasi teks sastera sekolah rendah.

Page 3: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Hasil Pembelajaran• Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks

kesusasteraan Melayu sekolah rendah;• Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu

(sastera) sekolah rendah;• Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera

sekolah rendah;• Melaksana teknik dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran sastera sekolah rendah; sastera bandingan; sastera kanak-kanak dan remaja;

• Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah.

Page 4: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Objektif Sukatan Pelajaran BM SRi. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;

iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;

Page 5: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

sambungan• vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul, Contohnya menulis puisi

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; -bertutur dalam simulasi/ lakonan, drama/bercerita – membaca cerita – menulis puisi/ cerita pendek

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; - keindahan bahasa dalam puisi/ lagu

dan

x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

Page 6: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Sastera & Kurikulum BM SRiv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;

vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan

Page 7: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Sastera dan ilmu dalam Sukatan Pelajaran

• Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.

• Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. (pengertahuan tentang kancer dalam novel Jangan Ambil Nyawaku, sejarah perang dunia ke 2 dan kesannya dalam novel Salina.

Page 8: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Sastera dan Nilai dalam Sukatan Pelajaran• Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu

adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Teladan dalam karya sastera contoh cerpen pensel sebatang dan cerpen Beruk

• Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. contoh lagu Budi Bahasa Budaya Kita

• Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

Page 9: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Sastera dan kewarganegaraan• Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan

dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air.

• Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

• Unsur patriotisme dalam sajak Bunga Popi, dalam novel Pulanglah Perantau.

Page 10: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Peraturan sosio budaya dan sastera• Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu

meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

• Kesantunan berbahasa – sistem panggilan

- bahasa kecil

- kiasan – contoh berbadan dua

Laras bahasa sastera. Penggunaan unsur bahasa sastera, personifikasi, simili, hiperbola, bombastik, inversi, imejan dan sebagainya.

Peribahasa . Kehalusan budi dan indah.

Page 11: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Sastera dan Kemahiran Bernilai Tambah

• Kemahiran berfikir – cerita orang tua dan sirih• Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)• Kemahiran belajar cara belajar – mencatat nota• Kajian masa depan - • Kecerdasan pelbagai (verbal-linguistik, logikmatematik,

muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis)

• Pembelajaran konstruktivisme• Pembelajaran kontekstual

Page 12: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Pendekatan pemahaman teks• Kaedah Struktural• Kaedah Mengalami Menghayati• Kaedah Berfokus• Kaedah Global

Page 13: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Kaedah struktural• Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan

struktur dan fungsi. • Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen

yang membina objek.

Page 14: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Kaedah struktural-samb• Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen

yang membangun karya sastera.

• Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, anti-kronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.

• Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.

Page 15: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Kaedah Mengalami Menghayati• Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya

sastera.

• Mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan

menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera.

• Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara

mendeklamasinya.

• Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan,

drama atau improvisasi.

• Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti

berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu

seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian.

Page 16: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Kaedah Berfokus• Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera

secara terperinci. • Kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk

dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan.

• Pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.

Page 17: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Kaedah Global• Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti

simulasi khasnya berdrama. • Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap

keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak.

• Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Page 18: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Contoh pelaksanaan• Pelaksanaan Kaedah Global

1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.

2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.

3. Dalam suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.

4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-

• lakonan berasaskan gambar• lakonan berasaskan skrip

• lakonan guna topeng• lakonan guna cerita berlagu

Page 19: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Teknik dan Aktiviti P&P• Pantomin, Mestamu• Deklamasi• Khat• Pemaduan seni• Adaptasi• Kerusi panas• Teater pembaca• Teater bercerita• Improvisasi• Boneka

Page 20: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Sastera bandingan• Interteks/ Parodi

Kajian perbandingan karya karya sastera; Antara penulis dalam negara atau luar negara,

Cth; Bagaimana Siti Zainon Ismail (Malaysia) dan Angela Carter (Barat) menggarap isu-isu wanita dalam karya mereka.

Page 21: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Konsep interteks• Kajian hubungan antara dua kesusastraan atau lebih

(Wellek dan Warren, 1990 :49).• Secara luas interteks diertikan sebagai jaringan hubungan

antara satu teks dengan teks yang lain. • Penelitian dilakukan dengan cara melakukan hubungan-

hubungan bermakna di antara dua teks atau lebih. • Hubungan yang dimaksudkan tidak semata-mata sebagai

persamaan, melainkan juga sebaliknya sebagai pertentangan.

Page 22: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

• Secara praktikalnya aktiviti interteks terjadi melalui dua cara :

(a) membaca dua teks atau lebih secara

serentak pada masa yang sama,

(b) hanya membaca sebuah teks tetapi

dilatarbelakangi oleh teks-teks yang lain yang

sudah pernah dibaca sebelumnya.

Page 23: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

• Julia Kristeva (dalam Culler, 1977:139) menegaskan bahwa setiap teks itu merupakan penyerapan atau transformasi teks-teks lain.

• masuknya teks ke dalam teks lain adalah perkara biasa terjadi dalam karya sastra, sebab pada hakikatnya suatu teks merupakan bentuk serapan dan transformasi dari sejumlah teks lain, sehingga terlihat sebagai suatu mozik (Ali Imron: 2005:80).

Page 24: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

cth• Beberapa sajak Chairil Anwar(Dalam Matamu)

mempunyai hubungan intertekstual dengan sajak-sajak Amir Hamzah (Berdiri Aku). Hubungan intertekstual itu menunjukan adanya persamaan dan pertentangannya dalam hal konsep estetik dan pandangan hidup yang berlawanan

• Zaman penjajahan dan pasca merdeka di Malaysia

Page 25: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Sastera kanak-kanak• Karya sastera prosa dan puisi, samada secara lisan atau

bertulis yang digubah khusus untuk kanak-kanak.

Page 26: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

Sastera kanak-kanak dari perspektif pendidikan?

• Penerbitan sastera kanak-kanak dan remaja memainkan peranan besar bagi membangunkan masyarakat yang gemar membaca.

• Nilai-nilai murni dan pengajaran dalam karya sastera kanak-kanak dapat membentuk sikap dan sahsiah kanak-kanak.

Page 27: Bmm3116 Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bm- Slot Jbg

•Anak Sunda bermata kuyu•Orang Daik pulang ke Daik•Sematkan diminda Sastera Melayu •Belajar yang baik ambil yang baik