tugasan krb3063.docx

21
DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON KAMARIAH BINTI SAID D20111049690 019-9187260 PENSYARAH: DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI 1 D20111049690-KRB 3063 TUGASAN A DAN TUGASAN B

Upload: fidakhaidzir

Post on 16-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

D20111049690-KRB 3063TUGASAN ADANTUGASAN B

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

KAMARIAH BINTI SAIDD20111049690019-9187260

PENSYARAH: DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANIKUMPULAN: UPSI 03 (A132PJJ)

ISI KANDUNGAN MUKA SURATTUGASAN A3ASPEK FALSAFAH3-5ASPEK ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN5-6ASPEK NILAI ILMU6-9BIBLIOGRAFI10TUGASAN B11AKTIVITI 111-13AKTIVITI 213-16BIBLIOGRAFI17

TUGASAN A

HIKAYAT HANG TUAHPENGENALANHikayat Hang Tuah merupakan salah satu karya agung Melayu yang amat berpengaruh. Hikayat ini merupakan satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita. kebolehan, dan sikap hidup orang-orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah yang menerajui hikayat ini, mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya dan bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat kesetiaan, keberanian, kepintaran dan budi bahasa yang halus. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang unggul serta pahlawan Melayu yang gagah semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.Hikayat Hang Tuah juga menggambarkan sistem sosiobudaya Melayu pada zaman feudalnya. Hang Tuah dan Hang Jebat yang mewakili masyarakatnya memperlihatkan nilai-nilai kewiraan yang didukung oleh masyarakat itu. Prinsip ketaatan mutlak kepada raja itu merupakan prinsip feudal yang mungkin bercanggah dengan cita-cita keadilan yang terpendam dalam jiwa manusia.

A). ASPEK FALSAFAHIstilah falsafah berasal dari bahasa Yunani philien dan sophia. Philien bermaksud mencintai atau sahabat dan spophia adalah kebijaksanaan atau pengetahuan. Menurut Robert Zeuscher, ahli-ahli falsafah merupakan orang yang mencintai kebijaksanaan dan mempunyai minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan.Plato mengatakan bahawa falsafah merupakan ilmu yang sedia ada atau wujud. Manakala Aristotle pula mengatakan bahawa falsafah itu adalah kebijaksanaan atau hikmah atau ilmu pengetahuan yang menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran hakiki.Menurut Zaini Abdullah (2001), falsafah adalah mengenai pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan tersebut. Falsafah mempersoakan prinsip-prinsip realiti ilmu dan nilai. Falsafah juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu masalah dan persoalan, di samping merupakan suatu penyiasatan yang komprehensif dan logik mengenai asas-asas pemikiran semua aktiviti manusia.Rumusan daripada pendapat tokoh-tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa falsafah merupakan ilmu pengetahuan, yakni disiplin untuk menyelidik asas dan sebab dan akibat sesuatu perkara. Falsafah dianggap sebagai pokok kepada segala ilmu kerana dari falsafah maka lahirnya pelbagai cabang ilmu yang lain seperti ilmu sains, matematik, sains sosial, kemanusiaan dan lain-lain.Dari sudut falsafah dalam Hikayat Hang Tuah pula, Hang Tuah diibaratkan sebagai nadi kekuatan yang menjadi pujaan masyarakat terutamanya Melayu kerana keberanian dan budi pekerti yang ditunjukkan. Sepertimana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, penonjolan Hang Tuah sebagai seorang yang kuat, gagah serta berani merupakan satu makna falsafah yang sengaja ditonjolkan oleh penulis sebagai salah satu lambang kekuatan kepada masyarakat Melayu itu sendiri. Sebenarnya, dalam Hikayat Hang Tuah, perlambangan Hang Tuah itu sendiri merupakan satu falsafah yang telah digerakkan dengan pelbagai keistimewaan yang tersendiri dan memiliki pelbagai kelebihan. Segala tindak tanduk Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah memiliki makna yang tersendiri serta yang tersirat.Falsafah ilmu persilatan banyak terdapat dalam Hikayat Hang Tuah ini. Hang Tuah lima bersaudara iaitu Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu merupakan tokoh hebat dalam ilmu tersebut. Ini dapat dilihat melalui petikan daripada hikayat tersebut iaitu:Maka Hang Tuah pun berkata pada Hang Kasturi dan segala sahabatnya, Hai saudaraku keempat. Baiklah, kelima marilah kita berguru ada seorang , ia bertapa Sang Aria Putera namanya, adapun kita ini pada fikiran orang tua-tua akan menjadi hulubalang di Tanah Melayu, maka kata Hang Jebat dan Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, baiklah.Maka Hang Tuah dan Hang Jebat pun melompat ke kiri ke kanan menyalahkan tikaman orang itu. setelah lalu, ditikamnya orang itu, maka melompat Hang Tuah dan Hang Jebat, ditikamnya seorang: itu pun rebah lalu mati.( Hikayat Hang Tuah ,1997:37 )

Jelas, betapa pengarang hikayat ini mempunyai idealisme untuk mengangkat martabat bangsa Melayu setinggi mungkin. Perkara inilah yang dikatakan bahawa karya agung ini melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kes edaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya.B. ASPEK ESTETIKA DAN KEPENGARANGANEstetik atau keindahan adalah suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting. Dalam seni sastera, keindahan berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan. Estetik juga merujuk kepada aspek kekuatan karya. Kesimpulannya estetik ialah rasa keindahan, keseronokan,kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang menarik perhatian, memikat mata yang memandang, terpahat dijiwa dan kekal dalam pemikiran.Hikayat Hang Tuah ini merupakan sebuah hasil karya sastera Melayu lama yang unggul.Karya Agung ini mengandungi banyak ciri-ciri sastera antaranya ialah mitos, unsur epic, firasat, dan sebagainya. Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang amat ketara terhadap masyarakat Melayu ketika itu. Perubahan bukan sahaja dari aspek tauhid dan akidah malahan sistem tulisan masyarakat Melayu ketika itu turut berubah. Sebagaimana yang diketahui tulisan Jawi adalah berasal dari tulisan Arab. Pendakwah-pendakwah Islam berkaturunan Arab telah menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi. Tujuan utama mereka melakukan usaha sedemikian adalah bagi memudahkan proses pembacaan. Bagi memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah tulisan tersebut telah dimansuhkan. Tulisan atau aksara dalam hikayat ini dipinjam daripada bahasa Arab. Kemudian ditambah dengan huruf-huruf baharu. Sistem ejaan yang digunakan dalam Hikayat Hang Tuah ini merupakan sistem ejaan Jawi. Penggunaan huruf Jawi atau tulisan Arab ini dapat dilihat dengan jelas sekali menerusi perkataan Bismillahirrahmanirrahim dan wabihanastainubihi yang kerap kali digunakan di dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan tersebut telah ditulis dengan menggunakan huruf Jawi.Hikayat Hang Tuah banyak menerima unsur-unsur bahasa asing antaranya hikayat tersebut menerima pengaruh bahasa Arab, Portugis, Jawa dan Sanskrit. Contoh perkataan yang menerima unsur pengaruh bahasa Arab yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah ialah firasat, hatta, mukah, shahadan, al-kesah, kaus, ikrar dan wasiat.Seterusnya, contoh perkataan yang menerima unsur pengaruh bahasa Portugis yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah ialah lanchao yang bermakna sejenis perahu layar yang laju, armada pula bermaksud angkatan laut yang terdiri daripada kapal-kapal perang, gebernador yang bermaksud gabenor, seridadu yang bermaksud soldadu dan perkataan di-mitar-nya yang bermaksud ditujunya.Selain itu, Hikayat Hang Tuah juga menerima unsur bahasa Jawa. Contog perkataan yang terdapat di dalam hikayat ini ialah perajurit yang bermaksud pejuang atau askar upahan, pateh iaitu penasihat utama kepada raja, rama andika iaitu ayah tuanku, menira bermaksud saya, paman iaitu bapa saudara sebelah emak atau dibahasakan juga kepada orang-orang lebih tua, kedayaan bererti pengiring dan lawang membawa maksud pintu luar dan lain-lain lagi.C. ASPEK NILAI ILMU Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1081), perkataan nilai membawa maksud darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai boleh didefinisikan dalam tiga konteks utama iaitu, sebagai sifat bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia. Nilai membolehkan mansia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau salah.Di dalam Karya Agung Hikayat Hang Tuah terdapat pelbagai jenis ilmu seperti ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, ilmu pengasih dan sebagainya. Ilmu FirasatMenurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Berikut adalah beberapa contoh potongan ayat al Quran dan hadith yang ada menyebut tentang ilmu firasat dalam kalangan umat manusia :Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang al-mutawassimin ( Al-Hijr : 75 )Al-Mutawassimin menurut pengertian ulama merupakan orang-orang yang mempunyai firasat iaitu mereka yang mampu mengetahui sesuatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :Sekiranya Kami kehendaki, nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar-benar mengetahui mereka dengan tanda-tandanya ( Muhammad : 30 )Dalam Hikayat Hang Tuah juga disebutkan tentang pengamalan ilmu firasat. Amalan ilmu firasat ini dapat dilihat sewaktu Raja Melaka hendak berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan puteri negeri tersebut. Masa yang dipilih oleh Raja Melaka dipersetujui oleh Hang Tuah kerana menurutnyaketika tersebut (hari Ahad malam Isnin) adalah waktu yang geroda dikalahkan oleh seekor ular. Kiasan itu membawa erti orang atau pihak yang kuat dan besar dapat ditewaskan oleh orang atau pihak yang lebih kecil. Ramalan Hang Tuah itu ternyata tepat apabila beliau dan rombongan tersebut beroleh kejayaan di Majapahit.Ilmu Perdukunan/JampiMenurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa dukun membawa maksud orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya), bomoh, pawang. Manakala perdukunan pula membawa maksud yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun.Manakala jampi pula menurut Kamus Dewan (2010) membawa makna kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali sebagai manera. Mana Sikana (1996) pula berpendapat bahawa jampi serapah tidak hanya sekadar penglahiran perasaan semata-mata. Ia ada hubungan dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan itu mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai, gunung-gunung dan fenomena lain. Kuasa ghaib itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi dukun, pawang atau bomoh diperlukan. Usaha ini dianggap berfungsi mengembalikan keadaan seperti asalnya.Contoh petikan daripada Hikayat Hang TuahMaka segala ahlul nujum dan sasterawan pun melihat yang di dalam nujum. Setelah sudah dilihatnya, maka masing-masing pun menggerakkan kepalanya. Maka titah baginda, Apa sebab kamu sekalian mengerakkan kepalamu? Maka sembah segala ahlul nujum dan sasterawan itu, ya Tuanku Syah Alam, patik mohonkan ampun beribu-ribu ampun dan kurnia ke bawah Duli Syah Alam; adapun patik anakanda ini terlalu amat bahagia beroleh suami anak raja besar, dan anak cucu paduka anakanda inilah akan raja datang kepada akhir zaman, akan menjadi raja besar. Maka duli tuanku pun hendaklah segera memberi paduka anakanda bersuami, hendaklah paduka anakanda ini ditaruhkan pada suatu pulau yang bernama Biram Dewa itu dengan suatu mahligai dan dayang-dayang. Di sanalah paduka anakanda bersuami raja besar itu. (Hikayat Hang Tuah: 5) Ilmu PengasihIlmu pengasih bermaksud jampi, azimat, doa, guna-guna dan lain-lain untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih (Kamus Dewan, 2010). Pada kebiasaannya, ilmu pengasih digunakan oleh seseorang kerana mungkin orang yang disukainya itu tidak menyukainya atau terlalu jual mahal. Hang Tuah pernah menggunakan ubat guna-guna untuk memikat hati Tun Teja. Pada permulaannya Tun Teja tidak menyukai Hang Tuah, tetapi setelah inangda memalitkan ubat guna-guna yang telah dijampi oleh Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh hati kepada Hang Tuah dan mahu mengikutnya pulang ke Melaka. Hang Tuah berbuat demikian semata-mata untuk menyembahkan Tun Teja kepada Raja Melaka.Demi berpalit gunanya itu maka Tun Teja pun terkejut seperti disentap orang kakinya. Maka Tun Teja pun bangun, seraya berkata, Rindunya aku akan Mak Inang Janganlah inangda takut. Mana Tun Tuah itu sekarang? (Hikayat Hang Tuah: 218)

BIBLIOGRAFI1. Keris Mas,1969. Patah Tumbuh. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press2. Mohd Taib Osman, 1974,Kesusasteraan Melayu Lama Kuala LumpurFederal Publications3. Kassim Ahmad (1997) Hikayat Hang Tuah Kuala Lumpur Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka4. Abdullah Hussain. (2003 ). Interlok .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka5. Mok Song Sang. (2009). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor Darul6. Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Nafi Mat. (2009). Teknik Mengajar KOMSAS.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.7. Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.8. Modul KRB 3063.Penghayatan Karya Agung.Pusat Pendidikan Luar 9. http://mayaknowledgeblog.blogspot.com/2007/12/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html10. http://lamanbahasa.wordpress.com/permainan-bahasa/

TUGASAN BPENGENALANPengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid. Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.

A. AKTIVITI BERCERITAAktiviti pertama yang saya pilih ialah bercerita.Dalam pendidikan secara formal, teknik bercerita itu mempunyai banyak tujuan yang telah digariskan oleh beberapa tokoh pendidikan. Ee Ah Meng (1993: 143 dan Mook Soon Sang (1993: 107) Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid.Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni. Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam cerita. Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini adalah kerana murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin;

Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan kehidupan seharia. Tambahan lagi aktiviti bercerita dapat meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-murid serta melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau tulisan bagi aktiviti selanjutnya. Secara tidak langsung, mereka juga boleh menambahkan bahan-bahan untuk menulis karangan. Seterusnya ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan.Cerita yang dipilih ialah Hikayat Hang Tuah.Sebelum memulakan cerita, guru telah meminta murid-murid duduk disekelilingnya. Guru menyoal pengetahuan sedia ada murid tentang Hang Tuah. Setelah itu barulah guru memulakan penceritaannya.Hang Tuah adalah seorang laksamana yang setia dan seorang pesilat yang handal. Bapaknya bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Merdu Wati. Pada suatu hari Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekui menyelamatkan dato' bendahara dari seorang lelaki yang mengamuk. Dato' Bendahara kagum pada mereka dan memberikan mereka kerja di istana. Di Istana mereka sangat disayang oleh Sultan, hingga akhirnya Hang Tuah diberi gelaran Laksamana.Semasa menemani Sultan ke Majapahit, Hang Tuah berhasil membunuh Taming Sari. Taming Sari adalah pendekar yang kebal kerana kekuatan kerisnya, dan Hang Tuah berhasil merampasnya dari Taming Sari. Keris itu kemudian di anugerahkan kepada Hang Tuah oleh Betara Majapahit. Kemudian Hang Tuah diutus pula ke Pahang untuk mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Di Pahang Hang Tuah bertemu Melor, gadis yang dicintainya waktu menuntut ilmu di Gunung Ledang. Melor ditawan Tun Ali dan dijadikan gundik Sultan kerana hasutan patih Karma Vijaya. Atas muslihat Tun Ali pula Hang Tuah dapat bertemu Melor, dan Sultan menyaksikan hal itu. Hang Tuah dan Melor di hukum mati atas tuduhan berzina. Walaubagaimanapun, Bendahara tidak membunuhnya, malah menyembunyikannya di hutan. Di hutan Hang Tuah menjadi wali Allah. Untuk menggantikan Hang Tuah, Hang Jebat dilantik menjadi Laksamana. Tapi Hang Jebat durhaka pada Sultan dan mengambil alih istana kerana menyangka Hang Tuah teraniaya kerana telah dihukum mati. Sultan terpaksa berlindung di rumah Bendahara. Pada waktu itu Sultan menyesal telah membunuh Hang Tuah. Akhirnya Bendahara memberi tahu bahwa Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudian dipanggil dan diperintahkan untuk membunuh Hang Jebat. Hang Tuah terus menuruti perintah Sultan tanpa mengetahui alasan pemberontakan Hang Jebat, padahal sahabatnya itu membelanya. Hang Tuah terus menurut perintah Sultan walaupun baginda yang sudah menghukumnya tanpa alasan. Akhirnya Hang Jebat mati dibunuh oleh Hang Tuah. Setelah guru selesai bercerita, guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid-murid bertujuan untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap cerita yang telah disampaikan. Soalan:1. Siapakah nama ibu dan bapa Hang Tuah?2. Apakah gelaran yang diberikan oleh sultan kepada Hang Tuah?3. Siapakah Melor?4. Apakah hukuman yang dijatuhkan oleh sultan terhadap Hang Tuah?5.. Siapakah yang membunuh Hang Jebat? Pada akhir pembelajaran guru membuat kesimpulan tentang cerita yang telah disampaikan. Sebagai pengukuhan guru meminta murid bercerita secara bergilir-gilir cerita Hang Tuah yang telah diceritakan oleh guru.

B. PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa berkonsepkan belajar sambil bermain (study and fun), iaitu murid-murid didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran mereka. Jelasnya bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak disediakan bagi tajuk-tajuk yang telah dipilih untuk dipraktikan dalam pengajaran. Pendekatan ini diharap akan dapat membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran BAKSK meningkatkan tahap kecerdasan dan keinterlektual mereka. Pendekatan ini akan menjadi lebih mudah diikuti walaupun pelajar tersebut memiliki tahap IQ yang lemah. Ini bermaksud melalui pendekatan permainan bahasa, guru akan menyediakan bahan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian bagi menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya bersedia menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Michael Berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran. Ini akan mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah:Merangsang Interaksi Verbal MuridDi dalam permainan yang telah dipilih, murid akan diminta bercakap atau mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Disamping itu, mereka juga diminta memberi kerjasama kepada guru di dalam menjayakan permainan bahasa yang akan dilaksanakan dalam Pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, semua pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga mereka terasa sumbangan mereka dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Mereka juga akan bersedia apabila diminta bercakap mengenai sesuatu tajuk. Semua murid akan mengambil bahagian dan saling berkomunikasi antara satu sama lain di dalam kumpulan. Keadaan sedemikian akan menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan mengawal disiplin bilik darjah supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

Permainan bahasa yang dipilih ialah MEWARNAKAN NAMA WATAK-WATAK DALAM HIKAYAT HANG TUAHASQLDASSFH

BDWJVFGHIP

NBEHCASSAC

MEHANGTUAH

QNRGVZDGDU

EDTBGCAMBA

TAMINGSARI

THBTPVZADE

IANDOHAHJA

YRTUNTEJAL

GAYDJBUMCE

BMRCHCIYUL

NBISRXAZAM

JXEVDSMEJA

Guru meminta murid untuk mewarnakan nama-nama watak yang terdapat dalam petak yang disediakan. Nama-nama watak itu ialah:1. HANG TUAH2. TUN TEJA3. TAMING SARI4. BENDAHARA

BIBLIOGRAFI 1. Keris Mas,1969. Patah Tumbuh. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press2. Mohd Taib Osman, 1974,Kesusasteraan Melayu Lama Kuala LumpurFederal Publications3. Kassim Ahmad (1997) Hikayat Hang Tuah Kuala Lumpur Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka 9