tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

38
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Rajah 1 : Peta Sungai Mekong Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu.

Upload: ahmad-nazri

Post on 09-Aug-2015

108 views

Category:

Investor Relations


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur

aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih

kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine

Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan

pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Rajah 1 : Peta Sungai Mekong

Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu

bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa

tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu

masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia

pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal

usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu,

tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang

dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari

utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu

memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Page 2: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Dalam usaha memahami lagi kewujudan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu

Moden, mengetahui perbezaan antara bahasa Melayu kasik dan moden pada setiap

masyarakat haruslah dibincangkan. Bahasa Melayu klasik dan moden mempunyai peranan

dan kelebihannya tersendiri sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat

diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun

dengan bahasa Jepunnya, negara Jerman dengan bahasa Jermannya dan negara Perancis

dengan bahasa Perancisnya.

Bahasa Melayu berperanan sebagai alat memperkasa dan perakuan kejatidirian

bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang

digariskan dalam Wawasan 2020. Namun kedaulatan bahasa Melayu kian tergugat dan

hanyut dek arus pemodenan serta asakan gelombang globalisasi dan seakan-akan

kehilangan jati diri sebagai lambang bahasa bangsa Malaysia.

Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya melayu

moden dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang kehidupan

masyarakat melayu ketika sastera itu dilahirkan. Bahasa Melayu moden dan klasik

mempunyai perbezaan dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan masalah dan

analisis yang sistematik. Awang Sariyan berpendapat Bahasa Melayu Klasik merupakan

tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa

Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad

ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di

sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Gaya

Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu

Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh

pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban.

Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya

cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem

tulisan Jawi yang berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang

meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan

inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu

Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-

undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan

politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada

bahasa Arab dan Parsi.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 2

Page 3: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

2.0 LATAR BELAKANG BAHASA MELAYU KLASIK

2.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa . Di

antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu

dinamakan bahasa Melayu Klasik”.

Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas

pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut

zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti

Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu

Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada

zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan

tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan

bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.

2.2 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik.

Di dalam buku tulisan Goay Teck Chong,Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2006)

yang bertajuk Teks Pra-U Stpm Bahasa Melayu ada mencatatkan bahawa bahasa Melayu

Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan

agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13. Sebelum memasuki zaman bahasa

Melayu Klasik, bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenal sebagai

zaman bahasa Melayu Praklasik. Zaman praklasik ini dikatan bermula pada abad ke-11 dan

berlanjutan hingga abad ke-14 apabila aksara jawi digunakan. Pengaruh Hindu dan Islam

bercampur-aduk dari segi sistem penulisan dan kosa kata dalam bahasa Melayu. Sistem ini

dinamakan ‘arkaik’ iaitu kata-kata yang bersifat sankrit dan aksara untuk menuliskan kata-

kata yang pekat kearabannya

Secara umumnya, bahasa Melayu Klasik digunakan antara abad ke-14 hingga abad

ke-19 (dari tarikh yang tercatat pada batu bersurat Kuala Berang hingga ke zaman Abdullah

Munsyi). Bahasa Melayu Klasik ini mencapai zaman kegemilangannya pada zaman

kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh, dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu

berkembang dengan pesat pada zaman Melaka kerana :

i. Pengaruh politik Melayu membolehkan bahasa Melayu disebarkan dengan mudah.

ii. Bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa penyebaran agama Islam yang

tinggi darjah kebudayaannya.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 3

Page 4: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

iii. Perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab yang

membantu perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusasteraan, sejarah dan

undang-undang.

2.3 Peranan bahasa Melayu Klasik :

i. Lingua Franca

ii. Bahasa Pentadbiran

iii. Bahasa Rasmi

iv. Bahasa Ilmu

2.4 Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik.

Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak

perubahan. Ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat Naskhah Sejarah Melayu Sellabear.

ialah:

2.4.1 Sistem Tulisan dan Ejaan.

Pada era bahasa Melayu Klasik, tulisan Jawi (yang berasal daripada tulisan

Arab) merupakan sistem tulisan terpenting. Tulisan jawi ialah sejenis sistem tulisan yang

menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu

sendiri.

2.4.2 Kosa kata.

Apabila adanya pengaruh Islam, kosa kata bahasa Melayu telah diperkaya

dengan kata-kata atau istilah-istilah yang dipinjam/diserap daripada bahasa Arab. Sebagai

contohnya, kata syurga berubah daripada konsep syurga dalam pengertian Hindu kepada

konsep yang didukung oleh Islam, iaitu dengan pengertian al-Jannah, dan konsep yang

didukung oleh Islam, iaitu dengan pengertian an-Nar.

2.4.3 Tatabahasa.

Ciri-ciri tatabahasa bahasa Melayu Klasik dapat ditinjau daripada aspek penggunaan

perkataan, imbuhan dan struktur ayat. Daripada aspek penggunaan perkataan, bahasa

Melayu Klasik banyak menggunakan bahasa Istana, menggunakan kosa kata klasik spt.

ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih).

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta,

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 4

Page 5: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

adapun. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang

bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,pemerintahan

dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Banyak menggunakan

partikel pun dan lah.

2.5 Bahan bukti penggunaan Bahasa Melayu Klasik.

2.5.1 Batu Bersurat

Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat

yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan

bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk

tulisan.

i. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 February 1303[1]) ditulis dalam

tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada

abad itu. Malah ia juga membuktikan bahawa pengaruh Islam telah bertapak di rantau ini.

Teks yang terdapat pada batu bersurat ini menunjukkan percampuran kata asli bahasa

Melayu dengan kata pinjaman Sanskrit, Jawa dan Arab.

ii. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India

mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza

sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

iii. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat

pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.

2.5.2 Tokoh dan Hasil Karya

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah

Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Hasil karya yang terkenal pula ialah:

i. Hikayat raja-raja pasai

ii. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

iii. Hikayat Amir Hamzah

iv. Bustanus Salatin

v. Sulalatus Salatin

vi. Sejarah Melayu

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 5

Page 6: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

3.0 LATAR BELAKANG BAHASA MELAYU MODEN

3.1 Perkembangan Bahasa Melayu Moden

Menurut Siti Khajar Abdul Aziz di dalam bukunya Bahasa Melayu 1 (2008) Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik.

Namun Teks Pra-U Stpm Bahasa Melayu, tulisan Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2006) mencatatkan bahawa, ada pengkaji yang berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan daripada bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Moden. Menurut mereka, zaman bahasa Melayu moden sebenarnya bermula pada awal abad ke-20.

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun). Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman, dan peristilahan.

Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.

Kesimpulannya, dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 6

Page 7: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

3.2 Tokoh-tokoh penting Bahasa Melayu Moden.

Terdapat beberapa orang tokoh-tokoh penting yang menyumbang kepada

perkembangan Bahasa Melayu Moden. Tokoh yang pertama ialah Abdullah Bin Abdul Kadir

Munsyi. Karya beliau iaitu Hikayat Abdullah, memperlihatkan pembaharuan daripada segi

pemikiran dan menandakan zaman permulaan zaman permulaan bahasa Melayu moden.

Manakala Raja Ali Haju pula memperlihatkan dirinya sevagai cendekiawan Melayu

yang serba boleh dengan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti bahasa,

agama, sejarah dan sastera. Sumbangan Raja Ali Haji dalam bidang kesusasteraan lebih

tertumpu kepada puisi, khususnya syair.

Mohd Said Bin Haji Sulaiman adalah salah seorang yang menjadi tunjang

penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan) ketika zaman

perkembangan zaman bahasa Melayu Moden. Dalam bidang bahasa karya-karya beliau

meliputi bidang perkamusan, ejaan, tatabahasa, dan penggunaan bahasa.

Za’ba merupakan tokoh bahasa yang memberikan sumbangan yang amat menonjol

dalam bidang tatabahasa. Selain menghasilkan karya-karya Za’ba juga memberikan

sumbangan mengangkat martabat bahasa Melayu menerusi jawatan yang dipegang oleh

beliau.

3.3 Fungsi - Fungsi Bahasa

Bahasa perlu dipelajari untuk mendapatkan kebolehan menggunakan bahasa

tersebut secara praktikalnya. Namun begitu, bahasa juga penting sebagai alat yang

membantu kita mencapai pelbagai objektif yang diingini dalam hidup. Bahasa mempunyai

pelbagai fungsi, fungsi ini boleh diringkaskan seperti dibawah :

3.3.1 Bahasa komunikasi

Bahasa sebagai alat komunikasi bermaksud bahasa digunakan dalam kehidupan

seharian untuk berhubung. Dalam konteks ini, bahasa Melayu telah berfungsi sebagai

bahasa perantaraan atau lingua franca sejak zaman bahasa Melayu Kuno dan bahasa

Melayu Klasik. Bahasa yang digunakan haruslah difahami oleh kedua-dua belah pihak yang

bertutur. Jika sebelah pihak tidak memahami bahasa yang digunakan maka perbualan itu

tidak dianggap komunikasi.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 7

Page 8: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

3.3.2 Bahasa perpaduan

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, bahasa Melayu

turut menjadi bahasa yang menyatu padukan seluruh rakyat yang berbilang kaum. Bahasa

ini digunakan dalam pertuturan harian. Walaupun berbeza bahasa ibunda namun jika

bertutur di antara kaum yang berbeza bahasa Melayu akan digunakan dan kedua-dua pihak

masih boleh memahami apa yang dipertuturkan.

3.3.3 Bahasa ilmu

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan.

Malah bahasa ini turut diketengahkan dalam bentuk penulisan sama ada penulisan kreatif

atau untuk tujuan pendidikan. Malah pelbagai informasi terkini disalurkan dalam bentuk

penulisan iaitu melalui rencana, akhbar dan artikel. Selain itu, bahasa turut digunakan untuk

tujuan pemerintahan atau melahirkan pendapat seperti berhujah, bahasa dan sebagainya.

4.0 ANALISIS CIRI-CIRI BAHASA MELAYU BERDASARKAN SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR DAN HIKAYAT ABDULLAH

Di dalam buku karya-karya sastera bercorak sejarah yang ditulis oleh Ali Ahmad

(1987), ada tercatat bahawa sejarah menurut Burchardt adalah rakaman apa yang dianggap

bernilai oleh suatu zaman yang harus dicatatkan dalam zaman yang lain dan bagi penyusun

Sejarah Melayu apa yang bernilai dicatatkan itu adalah mengenai Melaka.

Sulalatus salatin memang telah dikenal sejak lama dulu. Kitab ini lebih dikenali

dengan judul Sejarah Melayu. Hingga masa ini, yang kita ketahui, bilangan naskhah Sejarah

Melayu yang masih tersimpan dengan baiknya di perpustakaan-perpustakaan ialah dua

puluh sembilan naskah. Ini tidak termasuk naskhah yang mungkin dimiliki oleh orang-orang

perseorangan.

Di antaranya ialah 11 naskah yang terdapat di United Kingdom, 12 naskhah di negeri

Belanda, 5 di Indonesia dan sebuah di Rusia. Teks sejarah Melayu yang pertama sekali

yang dilahirkan telah dianotasikan oleh Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi serta diterbitkan

buat kali pertamanya di Singapura pada tahun 1831. Kemudian teks yang kedua telah diedit

oleh Dulaurier, tetapi teks ini tidak sempat siap kerana kematian beliau. Lain-lain teks yang

cuba dikerjakan oleh beberapa orang sarjana termasuk teks yang kini dikenal sebagai teks

kepunyaan W.G Shellabear, teks dari versi No.18 kepunyaan Rafles yang dikerjakan dan

diterbitkan oleh R.O Winstedt dan sebuah teks lagi di Indonesia yang diedit dan diterbitkan

oleh Datuk Madjoindo pada tahun 1959.Kesemua naskah ini memang terdapat perbezaan

yang banyak dari pelbagai segi, walaupun kesannya yang lebih besar dan jelas memang

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 8

Page 9: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

tidak dapat kita nafi. Bagi tujuan perbandingan tentang perbezaannya, saya ambil dua buah

buku teks Melayu iaitu Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah karangan

Abdullah Munsyi.

4.1 Hikayat Abdullah

4.1.1 Riwayat hidup Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi.

Rajah 3 : Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi.

Laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi ,

mencatatkan bahawa Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, atau lebih dikenali sebagai Abdullah

Munsyi, (1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'. Beliau dilahirkan di

kampung Masjid, Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854.

Namun menurut catatan di dalam buku Pengajian Kesah Pelayaran Abdullah Munsyi

(1960) susunan A.H Edrus pula mencatatkan bahawa “Abdullah telah di-peranakkan di-

Melaka pada Tahun Masehi 1795 ia-itu betul-betul pada tarikh negeri Melaka bertukar

tangan daripada pemerentahan Belanda kepada pemerentahan Inggeris. Bapa-nya

keturunan Arab berchampor Tamil dan ibu-nya berbangsa Tamil, tetapi ia di-bela dan hidup

mengikut adat resam Melayu berchampor gaul dengan keluarga Melayu di-negeri tua

Melayu ia-itu Melaka.”

Beliau mendapat gelaran munsyi pada usia 11 tahun apabila mengajarkan

pendidikan agama Islam kepada askar melayu di Melaka. Pada masa mudanya, Abdullah

bergaul dengan pegawai dan paderi Inggeris. Kesan pergaulan itu terjelma dalam

penulisannya. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830

bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan

bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa

pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Di antara hasil tulisan beliau ialah :

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 9

Page 10: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

i. Syair Singapura Terbakar 1830

ii. Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835)

iii. Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)

iv. Dawai-Kulub (1838)

v. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)

vi. Hikayat Abdullah (1843)

vii. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)

viii. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan (1838)

ix. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekkah (1858-9).

x. Syair Singapura Terbakar (1843)

xi. Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?)

xii. Malay Poem on New Year’s Day (1848)

xiii. Ceretera Kapal Asap (1843)

xiv. Ceretera Haji Sabar ‘Ali (1851)

4.1.2 Hikayat Abdullah.

Laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi

menyebut bahawa Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai Hikayat Abdullah bin Abdul

Kadir 1849, Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi 1880 merupakan kisah pengembaraan

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Ia selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama kali

diterbitkan pada tahun 1849. Terbitan rumi diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907

bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu. Ia merupakan antara teks sastera Melayu

yang pertama diterbitkan secara komersial. Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan

secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana

dan kontemporari. Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya

mengandungi fantasi dan cerita legenda, karya Abdullah berkisarkan tentang realisme.

Karya ini diklasifikasikan autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan

peribadi tetapi perseptif tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19.

Ia menceritakan sekilas tentang zaman kanak-kanaknya di Melaka, pengalamannya sendiri

seperti pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris atau

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 10

Page 11: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

kunjungannya ke kem puak Tiandihui, satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman

Singapura , dan tentang acara seperti pengasasan Institusi Raffles, perobohan kota A

Famosa di Melaka, dan lawatan Lord Minto, Gabenor-Jeneral India ke Melaka. Sebahagian

besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi tentang personaliti-personaliti pada

zamannya, para pegawai dari Inggeris Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stamford

Raffles, Kolonel Farquhar dan John Crawfurd, Sultan Hussein Shah dari Kesultanan Johor,

mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang dari China.

4.1.3 Analisis ciri-ciri bahasa Melayu dalam Hikayat Abdullah.

Setelah berbincang bersama rakan sekelas, saya dapati buku Hikayat Abdullah

karya Abdullah Munsyi ini menggunakan Bahasa Melayu Moden sebagai bahasa

penulisannya. Ini kami dapati atas beberapa bukti yang menyokong pernyataan kami

bahawa Abdullah Munsyi menggunakan bahasa Melayu moden dalam penceritaan bukunya

ini.

Pertamanya, bukti yang menyokong kepada pernyataan kami susur galur daripada

bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu klasik masih boleh dilihat dalam penggunaan ayat

di dalam buku ini. Sebagai contoh, penggunaan kata pangkal ayat yang merupakan ciri

utama bahasa Melayu klasik masih digunapakai dalam penulisan buku ini. Pada halaman

121 “ Shahadan sa-telah esok pukul sa-puloh…”, ‘shahadan’ merupakan kata pangkal

ayat yang digunakan secara meluas dalam penulisan bahasa Melayu klasik. Penggunaan

kata pangkal ayat ‘hatta’ juga dalam ayat “Hatta kemudian daripada sadiki hari pula

bapa-ku memegang kerajaan…” menunjukkan masih ada unsur bahasa Melayu klasik

dalam buku Hikayat Abdullah ini.

Kedua, ciri-ciri bahasa Melayu moden adalah mempunyai banyak kata serapan

daripada bahasa asing atau bahasa serumpun. Penggunaan bahasa arab banyak

digunakan dalam buku Hikayat Abdullah ini. Sebagai contoh pada halaman 12 dalam ayat

“…mudah-mudahan di-beri Allah akan di shurga tempat kediamannya…” yang

menggunakan perkataan arab ‘shurga’.selain itu, penggunaan perkataan arab ‘kor’an’

pada halaman 13 dalam ayat “…laki-laki dan perempuan mengaji Kor’an…”

menunjukkan serapan daripada bahasa Arab.

Ketiga, bahasa Melayu moden juga menerima istilah-istilah daripada bahasa lain,

terutama Bahasa Inggeris bagi memperkaya dan menambah kosa kata. Banyak perkataan

bahasa Inggeris yang digunapakai dalam buku Hikayat Abdullah ini. Contohnya, perkataan

‘secretaries government’ dalam ayat “…perentah dari Betawi ia-itu daripada tuan secretaries

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 11

Page 12: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

government ka-Melaka…” pada halaman 8 serta perkataan ‘engineer’ pada halaman 11

dalam ayat “…raja Inggeris itu Major Cook, dan nama engineer-nya Farquhar”.

Keempat, corak penulisan bahasa Melayu moden tidak lagi berkisar kisah-kisah di

istana sebagaimana penulisan karya-karya bahasa Melayu klasik yang keseluruhannya

mempunyai cerita berlatar belakangkan istana. Sebagai contoh boleh dilihat daripada

senarai kandungan buku Hikayat Abdullah antaranya Dari Hal Tuan Raffles dan Dari Hal

Lord Minto. Cerita-cerita ini berkisarkan mengenai pihak-pihak Inggeris yang dating ke

Tanah Melayu dan tidak lagi berlatarbelakangkan penceritaan di istana dan institusi beraja.

Bukti yang kelima ialah penceritaan buku Hikayat Abdullah ini tidak seperti

penceritaan menggunakan bahasa Melayu klasik yang banyak menggunakan unsure mitos

dan lagenda. Buku Hikayat Abdullah ini menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku

contohnya kedatangan pihak Inggeris ke Melaka dan hal negeri Singapura yang bukannya

mitos atau pun cerita rekaan semata-mata.,

Keseluruhan ciri-ciri serta bukti-bukti di atas menujukkan bahawa buku Hikayat

Abdullah ini lebih banyak menggunakan penulisan bahasa Melayu moden. Karya Abdullah

Munsyi ini juga dianggap sebagai permulaan kepada penggunaan bahasa Melayu moden

dalam penulisan pengkarya.

4.2 Sejarah Melayu versi Shellabear

4.2.1 Riwayat Hidup Shellabear

William Girdlestone Shellabear sering disingkatkan kepada WG Shellabear. Beliau

lahir pada 27 Ogos 1862 di England dan ditemui mati pada 16 Januari 1947 di Amerika

Syarikat. Beliau merupakan seorang askar dan juga perintis bahasa dengan sekurang-

kurangnya 55 buah karya sasteranya diterbitkan terutamanya Melayu. Edisi bahasa Inggeris

itu diterjemahkan daripada Sejarah Melayu atau "Sejarah Melayu" masih di cetak, dan boleh

didapati hari ini. Beliau meninggalkan banyak buku mengenai perbendaharaan kata Melayu,

kamus, buku teks, dan kerja-kerja agama bagi Misi Kristian.

Kehidupan awal beliau sebagai seorang penulis bermula apabila Shellabear pertama

kali datang ke Singapura pada tahun 1887 pada usia 25 tahun sebagai Pegawai Jurutera

Diraja. Beliau amat mementingkan agama. Oleh kerana itu, beliau meninggalkan

perkhidmatan tentera untuk menyertai Misi Methodist dan membantu masyarakat asli

mengenali agama Kristian. Untuk membantu mereka dengan keperluan penerbitan mereka,

beliau kembali ke England untuk belajar seni percetakan.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 12

Page 13: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Pada tahun 1890, beliau memulakan Misi Methodist Press. Akhbar yang dicetak

buku beliau pada kosa kata, kamus, buku teks dan kerja-kerja agama lain untuk misi.

Shellabear membuat kajian khas bahasa dan mendapat kefasihan dalam bahasa Melayu.

Beliau belajar dan mula menyayangi kesusasteraan Melayu. Beliau juga boleh membaca

dan juga menulis dalam tulisan jawi dan bahasa rumi. Pada tahun 1917, kepentingan beliau

dalam kesusasteraan membuatkan beliau mula mempelajari bahasa Arab.

Pada tahun 1901, beliau mula bekerja pada 6500 perkataan perbendaharaan kata

Melayu-Inggeris yang telah siap dan diterbitkan pada tahun 1902. Dari 1902-1915,

Shellabear telah memulakan penulisan beliau dalam Sejarah Melayu atau "Sejarah Melayu",

Pada bulan Jun 1913, beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat Ijazah Ketuhanan oleh

Ohio Wesleyan University, sebagai pengiktirafan bagi penerbitan Bible lengkap dalam

Bahasa Melayu pada bulan Ogos 1912. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Cawangan

Straits daripada Royal Society Asia pada tahun 1914.

Beliau menjadi seorang profesor di Drew Theological Seminary, dan kemudian di

Hartford Seminary Yayasan sehingga tahun 1938. Dalam tahun-tahun selepas bersara,

Shellabear terus membantu ulama Melayu yang lain dengan persediaan untuk penerbitan

buku. Beliau menulis memoir bertajuk Kehidupan Reverend WG Shellabear, DD diterbitkan

pada tahun 1942. William Girdlestone Shellabear meninggal dunia dalam tidur, dalam

Hartford, Connecticut, pada 16 Januari, 1947 pada usia lapan puluh empat.

4.2.2 Sejarah Melayu versi Shellabear

Naskah Melayu dalam bentuk tulisan Jawi mula ditulis sejak zaman kedatangan

Islam pada abad ke 15. Naskah asal (induk) menjadi sumber kepada berbagai ‘versi’ naskah

lain. Versi ialah bentuk atau kelompok cerita yang sama sejenis tetapi berbeza dengan

bentuk dan kelompok cerita yang lain, walaupun berasal dari cerita yang sama. Misalnya,

Teks Sejarah Melayu mempunyai berbagai versi. Pengkajian ke atas versi-versi naskahnya

mula dilakukan oleh sarjana Barat seperti Sir Hugh Low, Sir Stamford Raffles, R.O.

Winstedt dan W.G. Shellabear. Mereka mencari dan mengumpul manuskrip-manuskrip

naskah Melayu di Nusantara.

4.2.2.1 Teks Sejarah Melayu

Teks ini lahir dalam masyarakat Melayu berlatarkan zaman sebelum dan semasa

kerajaan Melaka antara abad ke 15 dan 17. Nama lainnya dalam bahasa Arabnya ialah

Sulalatus Salatin bererti ‘Salasilah Sultan-sultan’. Dalam edisi Shellabear, Sulalatus Salatin

diberi makna sebagai ‘Peraturan Segala Raja-raja’. Dipercayai terdapat kitab asal teks

Sejarah Melayu, khususnya berasal dari sebuah Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa. Tun

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 13

Page 14: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Sri Lanang adalah pengarang dan penyusun semula teks Sejarah Melayu, sebagaimana

diungkapnya pada bahagian mukadimah, menyebut:

Hamba dengan ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Gua: barang kita perbaiki

kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudiannya

daripada kita, dan boleh diingatkannya, oleh segala mereka itu, syahdan adalah beroleh

faedah ia daripadanya. (W.G. Shellabear, 1997, hlm. 2).

Dalam Teks ini tercatat tarikh-tarikh kenaikan, kemangkatan dan tempoh

pemerintahan raja-raja Melaka. Juga senarai raja-raja berkembang dan banyak perkara

ditokok tambah, disisipkan bahan-bahan mana yang sesuai - akhirnya wujudlah teks Sejarah

Melayu yang ada masa ini.

Pengarang asal Sejarah Melayu dipercayai seorang scholar (intelektual) Melayu -

meminati sejarah dan peka terhadap perkembangan politik di Melaka ketika itu.

Kemungkinan pengarangnya didorong oleh Hikayat Zulkarnain dan Hikayat Raja-Raja Pasai,

yakni dua naskah sastera yang tertua yang wujud ketika itu. Ini adalah kerana dalam

Sejarah Melayu dimasukkan kisah-kisah mengenai tokoh-tokoh Iskandar Zulkarnian dan

peristiwa-peristiwa daripada Kesultanan Samudera-Pasai. Namun begitu, malangnya nama

pengarang tidak dikenali.

Penyusunan semula teks Salalatus Salatin oleh Tun Seri Lanang pula menjadi

sumber kepada penyalin-penyalin seperti Stamford Raffles, R.O. Winstedt, W.G.

Shellabear, A. Samad Ahmad, dan lain-lain, menyebabkan timbulnya berbagai versi Sejarah

Melayu. Sejarah Melayu terkenal sebagai hasil kesusasteraan yang agung di alam Melayu.

Ramai sarjana Barat dan Nusantara mula mengkaji teks ini sejak tahun 1726 hingga

sekarang. Misalnya, versi Sejarah Melayu Manuskrip Raffles M.S. 18 dikaji semula oleh

R.O. Winstedt. Manakala A. Samad Ahmad telahpun mengkaji semua - 29 buah naskah

versi - terdapat di perbagai koleksi dan kepustakaan dunia (12 - Netherlands, 11 - United

Kingdom, 5 – Indonesia, 1 – Russia). Kemasyhuran Sejarah Melayu amat jelas kerana

mendapat perhatian para pengkaji luar dan luar negeri dalam usaha untuk mewujud sebuah

naskah yang lengkap.

A. Punca Pelbagai Versi

Persoalan utama kini, mengapa munculnya versi-versi naskah Sejarah Melayu

sehingga amat sukar untuk ditentukan induknya? Permasalahan ini boleh dijelaskan

berdasarkan faktor-faktor berikut:

1. Sikap Pengarang Naskah

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 14

Page 15: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Asalnya – sebuah karya Kesusasteraan yang hanya berupa senarai raja-raja Melayu

yang memerintah Melaka, lengkap dengan tarikh kenaikan sesorang raja, kemangkatan dan

tempoh pemerintah rajanya. Senarai raja-raja itu menjadi ‘inti’ penulisan. Penyalinan

daripada naskah induk dibuat mengikut keadaan (zaman dan tempat) ianya disalin. Hampir

semua versi naskahnya dibuat pada abad ke 19.

Sikap pengarang - tidak meletakkan nama sebenar mereka pada naskah salinan.

Ketika itu karya bukan milik sesiapa tetapi adalah hak masyarakatnya. Belum ada satu

hakcipta yang dapat memelihara keaslian sesuatu karya.

Justeru itu, penyalin boleh membuat tokok tambah isi yang diperlukan dengan

sesuka hati. Mungkin juga sebaliknya - meniadakan mana-mana isi yang tidak diperlukan.

Tindakan tokok tambah ini ketika itu tidak dibantah malah disenangi. Perbezaan penceritaan

wujud dengan ketara dalam pelbagai versi. Misalnya;

Dalam versi R.O. Winstedt dan W.G. Shellabear - terdapat sedikit perbezaan dari

segi isi cerita. Versi Winstedt adalah lebih tua - menulis dalam cetera 3 tentang perkahwinan

Sri Tri Buana dengan anak Demang Lebar Daun, Wan Sendari. Hasil perkahwinan itu

memperolehi 2 putera. Kedua-dua rutera itu dilahirkan di Temasik - negeri baru - dibuka

oleh Sri Tri Buana.

Manakala versi Shellabear adalah lebih terkemudian - menulis dalam cetera 2

tentang Sri Tri Buana dikenali sebagai Sang Sapurba, berkahwin dengan Wan Sendari.

Hasil perkahwinan ini memperolehi 2 putera dan 2 puteri - Sang Manika, Sang Nila Utama,

Puteri Sri Dewi dan Puteri Cendana Dewi - dilahirkan di Palembang.

Sikap penyalin menambah dan mengurangkan perkataan-perkataan dalam teks

berlaku dengan ketara. Mungkin bertujuan untuk memperbaiki mutu bahasa penceritaan.

Misalnya;…gilang-gemilang seperti cahaya matahari dan bulan, dan amat bijaksana…

(W.G.Shellabear, 1977: 4)

…gilang-gemilang seperti cahaya matahari, dan terlalu amat bijaksana…

(R.O.Winstedt, 1938: 43)

Perubahan penceritaan juga berlaku kerana ‘sikap ego’ si penyalinnya. Ini dilihat

dengan tindakan mereka seperti mengubah cerita peristiwa tertentu sehingga

menampakkan unsur anakronisme dalam karyanya. Contohnya, peristiwa peminangan

Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka. Perbezaan yang jelas wujud tentang watak

yang memerintahkan peminangan itu.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 15

Page 16: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Maka Sultan Mansur Syah memberi titah pada segala orang besar-besar…bahawa

kita hendak beristeri terlebih dari segala raja-raja dalam dunia ini…Maka titah baginda, Kita

hendak meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setialah kita titahkan.

(R.O. Winstedt, 1938: 129)

Maka titah Sultan Mahmud, Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-raja

lain pun demikian juga…Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang,

Laksamana dan Sang Setia kita titahkan.

(W.G. Shellabear, 1977: 215)

Sikap egostik penyalin menyebabkan berlakunya pertindihan masa bagi peristiwa

yang sama.

2. Anjakan Paradigma Penyalin Terkemudian

Wujudnya banyak perbezaan antara penyalin terawal dengan penyalin terkemudian

adalah disebabkan oleh hakikat perbezaan corak masyarakat, pemerintahan dan gaya hidup

pada zaman masing-masing. Penyalin mungkin merasai banyak perkara dalam cerita asal

atau terdahulu yang tidak bersesuaian dengan keadaan pada zamannya. Winstedt dan

Shellabear jelas menampakkan perbezaan ini.

Winstedt menamatkan kisahnya pada tahun 1535 (R.O. Winstedt, 1938: 189).

Manakala Shellabear pula pada tahun 1612. Ini menjelaskan bahawa versi Shellabear

adalah lebih terkemudian. Shellabear cuba membina versi baru dengan mengubah

penceritaan tentang peminangan Puteri Gunung Ledang. Kebanyakan versi termasuk versi

Winstedt menyebut Sultan Mansor Syah melainkan Shellabear menyebut Sultan Mahmud

Syah.

Tujuannya agar zaman Sultan Mahmud Syah juga akan masyhur sekiranya terdapat

peristiwa luar biasa setanding dengan kemasyhuran zaman Sultan Mansor Syah.

3. Percanggahan Tafsiran

Hakikat semasa proses penyalinan, faktor masalah ‘salah tafsiran’ ataupun ‘salah

bacaan’ oleh penyalin dan penterjemah sering timbul. Ada di antara penulis naskah boleh

menulis tetapi tidak dapat menilai kandungan naskah tersebut. Keadaan ini berlaku kerana

penyalin tidak faham isi kandungan naskah asal. Tambahan naskah asal itu ditulis dalam

bentuk tulisan jawi - bukan semua penyalin arif membaca tulisan jawi. Jika boleh membaca

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 16

Page 17: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

pun - mungkin tidak dapat menyebut ‘bunyi’nya dengan tepat tetapi terus menulis mengikut

kefahaman mereka sendiri semata-mata.

Jelas sekali Winstedt membuat kesilapan terhadap beberapa perkataan jawi

diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tetapi ejaan jawinya masih dikekalkan.

Contohnya; Gudarz Kuhan

Onang Kiu

Dika

(R.O. Winstedt, 1938: 47, 50, 52)

Tindakan seperti ini berlaku bertujuan untuk menggelakkan pertafsiran yang salah.

4. Pengaruh Istana

Pada zaman masyarakat Melayu tradisional kegiatan menulis hanya tertumpu di

istana. Golongan intelektual hanya terdiri daripada golongan istana tetapi tertakluk kepada

perintah dan kehendak raja yang memerintah. Lihat seungkap kata dalam versi Winstedt

menjelaskan keadaan ini. Maka fakir karangkan hikayat ini Kama Sami ‘tu min jaddi w’abi,

dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tua-tua dahulu kala, supaya menyukai

duli hadhrat baginda.

(R.O. Winstedt, 1938: 42).

Hal ini akan memberi kesempatan kepada golongan pemerintah untuk

mempengaruhi hasil penulisan agar memasukkan unsur yang boleh menaikkan

martabatnya.

4.2.3 Analisis ciri-ciri bahasa Melayu dalam Sejarah Melayu versi Shellabear

Menerusi buku Sejarah Melayu yang diusahakan oleh William G. Shellabear, ciri-ciri

Bahasa Melayu yang terdapat dalam buku ini adalah ciri-ciri Bahasa Melayu klasik. Terdapat

beberapa bukti yang menunjukkan bahawa buku Sejarah Bahasa Melayu ini menggunakan

penggunaan Bahasa Melayu Klasik di dalamnya.

Antara ciri Bahasa Melayu klasik adalah penggunaan ayat yang panjang dan

berbelit-belit. Contoh dalam buku Sejarah Melayu ini pada muka surat ke-3 Cetera Yang

Pertama, “ I’lam, ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala dan pada masa yang telah lalu,

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 17

Page 18: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

kata yang empunya cerita, bahwa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rum bangsanya,

Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya, sekali peristiwa baginda berjalan

hendak melihat matahari terbit; maka baginda sampai pada serokan negeri Hindi ”. Contoh

yang kedua adalah pada muka surat 4, “Maka adapun akan Raja Kinda Hindi itu, ada

beranak seorang perempuan terlalu baik parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya

pada masa itu, cahaya mukanya gilang-gemilang seperti cahaya matahari dan bulan, dan

amat bijaksana budi pekertinya putrid itu, namanya Syarul Bahiyah”. Dua contoh ini

merupakan penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit yang merupakan ciri-ciri

Bahasa Melayu klasik.

Selain itu, ciri-ciri Bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu

ini ialah banyak menggunakan ayat pasif. Contoh yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu

adalah “ Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kanda Hindi seperti pakaian dirinya”

dan “ Maka dititahkanlah oleh Raja Iskandar kembali ke negerinya”. Penggunaan kata

‘dipersalini’ dan ‘dititahkanlah’ adalah merupakan kata kerja pasif dan penggunaannya

dalam ayat pasif membuktikan ciri Bahasa Melayu Klasik yang terdapat pada buku Sejarah

Melayu karya ulasan Shellabear.

Bukti yang ketiga adalah penggunaan bahasa istana dalam ayat. Sebagai contoh,

penggunaan ‘baginda’ dalam ayat “ Maka denga takdir Allah taala lembu kenaikan baginda

itupun muntahkan buih…”, dan ‘patik’ dalam ayat “ Jikalau anak patik Tuanku peristeri…”.

Penggunaan bahasa istana ‘baginda’ dan ‘patik’ menunjukkan ciri-ciri Bahasa Melayu klasik.

Keempat, penggunaan kosa kata klasik memberikan bukti, buku Sejarah Melayu ini

menggunakan Bahasa Melayu Klasik. Sebagai contoh, pengguanaan kata ‘hulubalang’

dalam ayat ‘Maka Betara Majapahit pun menitahkan hulubalangnya berlengkap perahu akan

menyerang Singapura…” dan ayat “pelannya panjang delapan depa..” pada muka surat 33

dan 34 menunjukkan penggunaan kosa kata klasik dimasukkan di dalam buku Sejarah

Melayu ini.

Bukti yang kelima merupakan bukti yang agak jelas menunjukkan buku Sejarah

Melayu ini menggunakan Bahasa Melayu klasik. Bukti ini adalah dengan penggunaan kata

pangkal ayat dalam ayat yang dituliskan. Sebagai contoh pada muka surat 59 Cetera yang

Kesebelas ayat “ Syahdan,apabila raja berangkat hari raya berusung…”. Penggunaan kata

pangkal ayat ‘Syahdan’ menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik. Selain itu, pada muka

surat 67 Cetera yang Ketigabelas pada ayat “Adapun Seri Amerta itu asalnya orang

Pasai…” dengan penggunaan kata pangkal ayat ‘adapun’.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 18

Page 19: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Kelima, bukti penggunaan Bahasa Melayu klasik ialah penggunaan ayat songsang

dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’. Sebagai contoh pada halaman 77 Cetera

yang Ketigabelas dalam ayat “Adapun akan Seri Nara Diraja pun beranak dengan Tun

Kudu….”. Penggunaan partikel ‘pun’ jelas kelihatan. Selain itu, pada muka surat 125 Cetera

yang Keduapuluh Tiga dalam ayat “ kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Raden

Kelang…” penggunaan partikel ‘lah’ jelas digunakan juga.

Melalui bukti-bukti ini, dapat dilihat penggunaan Bahasa Melayu klasik dalam

penulisan Sejarah Melayu versi Shellabear ini.

5.0 PERKAMUSAN

5.1 Sejarah Perkamusan

Tradisi perkamusan merupakan satu tradisi yang lama dalam sejarah umat manusia.

Usaha menyusun kamus seawal-awal boleh dikesan pada abab ke-7 SM di Mesopotamia.

Pada abad ke-2M, kamus yang lengkap sudahpun diterbitkan oleh manusia. Contohnya, di

Negara China pada zaman Dinasti Han, telah muncul sebuah kamus besar yang berjudul 说

文解字(Perbincangan Kata-kata). Kamus ini merupakan sebuah kamus yang lengkap dan

masih berfungsi sehingga hari ini. Huraian mengenai sejarah perkamusan bahasa Melayu

adalah seperti di bawah.

5.2 Jenis-jenis kamus

Kamus boleh ditulis dalam satu atau lebih daripada satu bahasa. Dengan itu kamus

boleh dibahagikan dengan beberapa jenis iaitu:

• Kamus Ekabahasa

Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa. Kata-kata(entri) yang dijelaskan dan

penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama.Kamus ini mempunyai perbezaan

yang jelas dengan kamus dwibahasa kerana penyusunan dibuat berasaskan pembuktian

data korpus. Ini bermaksud takrifan makna ke atas kata-kata adalah berdasarkan makna

yang diberikan dalam contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan.Contoh bagi

kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.

• Kamus Dwibahasa

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 19

Page 20: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Kamus ini menggunakan dua bahasa, yakni kata masukan daripada bahasa yang

dikamuskan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa yang

lain. Contohnya: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris)

• Kamus Aneka Bahasa

Kamus ini sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa atau lebih.Misalnya, Kata Bahasa

Melayu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina secara serentak. Contoh bagi kamus aneka

bahasa ialah Kamus Melayu-Cina-Inggeris Pelangi susunan Yuen Boon Chan pada tahun

2004.

5.3 Asal usul Kamus Dewan

Ibrahim bin Ahmad (2002) di dalam buku Perkamusan Melayu:Suatu Pengenalan

mencatatkan bahawa Kamus Dewan ialah sebuah kamus ekabahasa yang telah diterbitkan

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970. Ini adalah merupakan kamus

ekabahasa yang pertama disusun semenjak Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada

tahun 1956. Kamus yang mempunyai 28,000 perkataan ini telah diulangcetak sebanyak dua

kali iaitu pada tahun 1984 dengan penambahan 900 kata masukan (entri) dan cetakan

ketiga pada tahun 1986. Kamus ini pada asalnya disusun oleh Dr. Teuku Iskandar dan

dibantu oleh Baharuddin Zainal serta para pengawai Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa

dan Pustaka. Manakala dalam cetakan kedua penyediaan manuskripnya telah dibuat oleh

Sheikh Othman Sheikh Salim dan Aishah Mahdi.

Pada tahun 1989 Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Kamus Dewan

Edisi Baru yang mana penyediaan manuskripnya sekali lagi diketuai oleh Sheikh Othman

Sheikh Salim sebagai Ketua Editor dan dibantu oleh Md. Nor Hj. Ab. Ghani dan Ibrahim

Ahmad sebagai Editor. Kamus Dewan Edisi Baru telah diterbitkan dengan beberapa

perubahan iaitu penambahan kira-kira 2,000 kata masukan hampir kesemuanya merupakan

kata umum, pembaikan dari segi pengolahannya dan pembaikan sederhana terhadap

beberapa banyak kata masukan kata dasar, kata terbitan atau rangkai kata.

Kamus Dewan Edisi Keempat pula diterbitkan pada tahun 2005 dengan tambahan

entri sebanyak 6,000 kata masukan iaitu 3,972 kata dasar dan 2,028 kata turunan atau kata

terbitan. Semua kata tersebut berupa kata dan ungkapan baru (baik yang asli Melayu

mahupun yang dipinjam), kata-kata dialek, termasuk bahasa sukuan dari Sabah dan

Sarawak, istilah umum dalam pelbagai bidang ilmu seperti kewangan, ekologi, perubatan

serta kata slanga.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 20

Page 21: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Penyusunan Kamus Dewan Edisi Keempat ini telah diketuai oleh Hajah Noresah bt

Baharom sebagai Ketua Editor dan dibantu oleh para editor yang terdiri daripada Rusli

Abdul Ghani, Mohd Nor Abd. Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah Tajuddin Salmah Jabbar,

Mariam bt Mahmud, Diarani Mat. Analisis Kategori Maklumat Dalam Kamus Besar dan

Kamus Dewan Kategori maklumat dalam sesuatu kamus ialah istilah yang merujuk kepada

maklumat yang pengguna boleh dapati daripada sesuatu kamus seperti ejaan, sebutan,

makna tatabahasa, etimologi, penggunaan kata dan lain-lain yang dikira penting oleh

penyusun dan berguna untuk pengguna kamus berkenaan.

Edgar Dale et. Al (1971) telah menyenaraikan sebanyak 15 kategori maklumat yang

perlu ada dalam sesebuah kamus iaitu kata kepala (entri) atau entri dasa, bentuk kata, ejaan

dan ucapan, jenis kata, sinonim dan antonim, konteks penggunaan kata, takrif, catatan

penggunaan kata, ilustrasi penjelas takrif, penerbitan kata turunan, contoh penggunaan

kata, frasa, petikan, kata asing dan rujuk silang. Manakala bagi Lawrence Johnson (1984)

dalam tulisannya yang bertajuk “Some Foundation of Lexicography in SEA Englishes”,

beliau hanya menyenaraikan 5 kategori maklumat yang harus ada dalam sesebuah kamus

iaitu ejaan, sebutan, maklumat morfologi, etimologi dan ilustrasi. Dalam kajian ini analisis

akan dibuat secara perbandingan terhadap keduadua kamus tersebut yang merangkumi

ejaan, susunan kata masukan (entri), sebutan,takrif/pemerian makna, ilustrasi, nama

saintifik, etimologi (asal usul kata) dan rujuk silang.

5.4 Sumbangan maklumat dalam kamus dewan edisi keempat terhadap

perkembangan bahasa Melayu.

5.4.1 Ejaan

Sistem ejaan ialah salah satu maklumat penting yang memberitahu pengguna

tentang bagaimana sesuatu kata dalam sesuatu bahasa itu ditulis dalam bahasa tersebut.

Oleh itu, kamus bukan sahaja bahan rujukan yang semata-mata untuk merujuk sebutan,

semantik dan struktur bahasa yang betul, tetapi juga sebagai bahan rujukan ejaan yang

betul.

5.4.2 Susunan Kata Masukan (entri)

Kata masukan atau sebuah kamus biasanya disusun secara bebas menurut cara

yang disenangi oleh penyusun kamus yang masing-masingnya mempunyai hasrat untuk

memenuhi selera pengguna. Walau bagaimanapun, untuk memenuhi falsafah atau tujuan

dalam penyusunan sebuah kamus bahasa Melayu, beberapa pertimbangan sepatutnya

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 21

Page 22: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

diambil kira demi kemudahan dan kemanfaatan pengguna dan kemantapan bahasa Melayu.

Entri dasar sesebuah kamus yang baik biasanya disusun menurut abjad sama ada secara

mendatar atau secara menegak, dan dicetak tebal. Secara mendatar, misalnya entri yang

mempunyai deretan huruf b.a.c.a diletakkan selepas entri yang memiliki deretan huruf

b.a.i.k, manakala secara menegak, huruf b diletakkan di bawah huruf a, huruf i diletakkan di

bawah huruf h, dan seterusnya (Sulaiman Masri, 1984:7)

5.4.3 Takrif/Pemerian Makna

Pengguna kamus akan merujuk kepada sesebuah kamus untuk mendapatkan

maknanya. Pengguna juga boleh merujuk kepada sesebuah kamus untuk banyak jenis

maklumat lain, tetapi pokoknya ialah untuk mendapatkan makna (Abdullah Hassan,

1987:109). Menurut kajian yang telah dibuat oleh Barnhart (1962), Bejoint (1981) dan

Hartman (1984) semua pengguna kamus yang diberi soal selidik meletakkan mencari

makna perkataan merupakan tujuan nombor satu mereka menggunakan kamus. Oleh itu

salah satu daripada fungsi utama sesuatu kamus itu ialah memberi makna yang tepat

terhadap sesuatu kata yang dikehendaki oleh penggunanya. Aspek mencari makna

perkataan dalam sebuah kamus menjadi pilihan utama penggunaan kamus. Dalam hal ini

kamus yang berbeza akan memberi takrifan yang berbeza terhadap sesuatu kata itu,

umpamanya kamus untuk kanak-kanak berbeza daripada takrif yang diberikan dalam kamus

dewasa.

5.4.4 Etimologi (Asal Usul Kata)

Etimologi atau asal usul kata ialah perubahan dari segi bentuk atau makna kata yang

dikesan sepanjang tempoh perubahannya dari bahasa sumbernya hingga ke bentuk atau

maknanya dalam bahasa sasaran (Fadhilah Jasmani, 1994:5). Kamus Oxford English

Dictionary (1928) merupakan kamus perintis yang memasukkan etimologi bagi setiap

entrinya.

Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996:92), satu

pendekatan untuk memahami perkataan yang jarang ditemui pelajar dalam pembacaan

mereka ialah pendekatan Kamus-Konteks-Struktur-Bunyi (KKSB). Berdasarkan pendekatan

ini, makna perkataan dapat ditentukan melalui empat cara iaitu, menyebut perkataan

tersebut, meneliti bahagian-bahagiannya, memerhatikan kedudukannya dalam konteks dan

merujuk kamus. Kekerapan menggunakan cara asas tersebut akan menambah kepekaan

pelajar terhadap sesuatu perkataan dan membolehkan pelajar memahami makna perkataan

tersebut dengan sendirinya.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 22

Page 23: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Kosa kata berkembang apabila perkataan baharu ditemui dalam konteks yang

bermakna. Dalam kehidupan biasa, perkataan yang diperoleh ditentukan maknanya

berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai situasi. Di sekolah, aspek konteks

pembelajaran kata dapat diransang dalam keadaan yang terhad. Pendekatan formal

membina kosa kata amat penting bagi perkataan yang secara relatifnya tidak digunakan

dalam konteks dan jarang terdapat dalam pengajaran seperti istilah yang bersifat teknikal.

Pelajar dapat memahami perkataan dalam sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan

melalui penggunaan alat bantu seperti kamus melalui panduan guru.

KKSB menggabungkan aspek konteks pemerolehan kosa kata biasa dengan

kebaikan pendekatan formal pembelajaran kata. Apabila pelajar menangani perkataan yang

baru ditemui dengan KKSB, mereka menggunakan empat cara asas menentukan makna

perkataan. Dalam proses tersebut pelajar memerlukan strategi formal ketika menemui

perkataan-perkataan baru secara bebas (Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,

1996:92).

Selain itu, kamus dewan edisi keempat ini juga sesuai digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa berdasarkan kaedah tertentu seperti kaedah membaca, kaedah

nahu terjemahan, kaedah terjemahan dan kaedah kognat (Goh Ong Sing, 1991:207).

Menurut Jos Daniel (1998:19), kaedah merupakan satu rancangan menyeluruh untuk

menyajikan bahan-bahan bahasa secara teratur. Tidak ada bahagian-bahagiannya yang

saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pada andaian pendekatan. Oleh itu

pendekatan bersifat aksiomatik dan kaedah pula bersifat prosedural.

Mengenal kelas kata merupakan satu lagi aspek yang terdapat dalam kamus dewan

yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Walaupun

kamus yang digunakan sebagai contoh ini tidak memberikan nama kelas kata setiap kata

yang dimuatkan dalam entrinya tetapi aktiviti masih boleh dilakukan dengan bantuan kamus

lain.

Dewan Bahasa dan Pustaka menghasilkan istilah dalam pelbagai bidang yang

mencecah sejuta istilah, menghasilkan pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk

rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, mislanya dalam bidang iklan khidmat nasihat

bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan

dan Karya Net, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya

dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. DBP juga menganjurkan kursus

bahasa bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pengguna bahasa di

sektor awam dan swasta.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 23

Page 24: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

6.0 PENUTUP

6.1 RUMUSAN

Ramai sarjana yang telah membicarakan mengenai sejarah Melayu dan ditinjau dari

berbagai-bagai aspek. Kita ketahui bahawa Sejarah Melayu penuh dengan berbagai-bagai

keistimewaan dan kerana itu ia merupakan sebuah hasil kesusasteraan Melayu tradisi yang

paling banyak mendapat perhatian. Semakin banyak dibicarakan mengenainya semakin

banyak pula dirasakan perkara yang belum terjawab.

Namun, sejarah Melayu tidak menceritakan kisah hidup rakyat jelata, sebaliknya

menitikberatkan kisah raja-raja, seperti kelahiran dan kemangkatan raja-raja dan

keluarganya dan menteri-menterinya. Kita percaya dengan menggunakan sejarah

Melayu sebagai suatu sumber sejarah maka kita akan dapat menulis sejarah tanahair kita

mengikut kaca mata kita sendiri. Sejarah Melayu adalah satu sumber sejarah yang bernilai.

Menurut Ali Ahmad (1987) melalui tulisannya di dalam buku Karya-karya sastera

bercorak sejarah, jika dilihat dari sudut gaya kreatif penulisan karya sastera, tidak dapat

tidak fakta ini menjelaskan yang setiap pengarang lama Melayu mempunyai kesedaran yang

nyata di dalam mengutip bahan-bahan daripada kumpulan motif-motif yangs sedia di dalam

kebudayaan atau kesusasteraannya. Bahan-bahan ini digunakan di dalam usaha memenuhi

tujuan mengapa hasil itu dicipta.

Keupayaan kreatif penulis-penulis Melayu seperti inilah yang jarang dapat disingkap

oleh orientalis apabila berbicara tentang hasil-hasil karya Melayu lama kita. Kecenderungan

mereka untuk lebih menekankan faktor sejarah, istimewa apabila melihat karya bercorak

sejarah, mengakibatkan terketepinya faktor kreatif ini. Analisa yang bercorak struktural boleh

menolong seseorang mengenali teks Melayu secara dekat, menghayati akan binaan dan

keistimewaannya di dalam zaman-zaman tertentu perlembangan kebudayaan Melayu.

Kejurusan inilah seharusnya pengkaji sastera Melayu Klasik harus menunjukkan perhatian.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 24

Page 25: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

7.0 REFLEKSI

Nama : Pn Idayu binti Abu

No Kad Pengenalan : 691110-01-5576

No Matrik : PPG201119236047

Kelas : Bahasa Melayu ( C )

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurniaNya saya berjaya menyelesaikan satu tugasan penting dalam kursus

kami iaitu tugasan subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan

Terjemahan (BMM 3112). Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak

yang terlibat dalam menjayakan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Bagi tugasan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu ini, saya ditugaskan untuk

menjelaskan dan menganalisis ciri-ciri Bahasa Melayu yang terdapat dalam buku Sejarah

Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi. Selain itu, saya juga

ditugaskan menganalisis sumbangan kedua-dua naskah terhadap perkembanan Bahasa

Melayu. Tugasan seterusnya adalah menganalisis kamus ekabahasa Bahasa Melayu serta

membuat refleksi pelaksanaan tugasan projek.

Sebermulanya saya mendapat tugasan ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran

saya adalah mendapatkan buku-buku yang perlu digunakan dalam tugasan ini iaitu buku

Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah tulisan Abdullah Munsyi. Saya

berbincang bersama rakan sekelas dan membuat keputusan untuk membuat salinan kedua-

dua buah buku tersebut. Kemudian, saya membuat sedikit carian dan kajian mengenai

bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden yng akan digunakan dalam

menyelesaikan tugasan. Isi yang paling penting adalah ciri-ciri kedua-dua bahasa Melayu

klasik dan moden yang akan digunakan dalam mencari bukti pada kedua-dua buku tersebut.

Selain ciri-ciri, saya juga akan menerangkan konsep dan latar belakang kedua-dua versi

bahasa Melayu tersebut.

Bahan rujukan tidaklah begitu sukar untuk diperolehi kerana banyak yang boleh

dirujuk terutamanya buku-buku di perpustakaan. Selain itu, maklumat-maklumat di internet

juga banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya juga mengucapkan

jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek saya Dr Tuan Jah binti Tuab Yusof. yang

banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam proses membuat tugasaan ini.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 25

Page 26: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Melalui tugasan ini, banyak manfaat yang saya perolehi terutamanya daripada

pemerolehan ilmu baharu yang saya sendiri kurang arif mengenainya sebelum ini. Bahasa

Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa

Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa

Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Sejarah

ini bukan semua individu yang tahu mengenainya dan dengan mempelajari serta membuat

sedikit selidikan dan tugasan, saya dapat memperolehi ilmu sejarah ini. Bukan sahaja saya

dapat mempelajari sesuatu yang baharu, tidak mustahil suatu hari nanti, saya akan

berkongsi ilmu ini dengan anak didik saya. Dengan cara ini, ilmu sejarah Bahasa Melayu ini

tidak akan hilang begitu sahaja di telan zaman.

Antara kesukaran yang dihadapi dalam menyelesaikan tugasan ini ialah ciri-ciri

bahasa Melayu moden yang kurang jelas dan memerlukan pemahaman yang mendalam

bagi medapatkan bukti-bukti kukuh penggunaannya dalam buku Hikayat Abdullah. Selain

itu, saya juga menghadapi masalah untuk menceritakan kesan bahasa Melayu Klasik dan

bahasa Melayu Moden kepada perkembangan bahasa pada mulanya. Namun, selepas

berbincang bersama rakan sekumpulan, saya berjaya menyelesaikan segala kesulitan dan

tugasan ini berjaya disiapkan.

Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek

Sejarah Bahasa Melayu , Dr Tuan Jah binti Tuan Yusof yang banyak memberikan dorongan

dan ilmu kepada saya. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada rakan sekelas, Pn Kamaliah

binti Sidik yang banyak membantu saya dalam tugasan ini dan juga kepada rakan sekelas

yang lain yang selalu memberi kerjasama dan pertolongan jika kami memerlukannya. Jasa

kalian semua tidak akan saya lupakan. Terima kasih.

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 26

Page 27: Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

8.0 RUJUKAN

8.1 Buku.

A.H Edrus (1960). Pengajian Kesah Pelayaran Abdullah Munsyi. Singapura : Qalam, Geylang Road.

Ali Ahmad (1987). Karya-karya sastera bercorak sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Drs.Liaw Yock Fang (1975). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura ; Pustaka Nasional.

Goay Teck Chong,Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2006).Teks Pra-U Stpm Bahasa Melayu .Malaysia: Longman

Ibrahim bin Ahmad (2002). Perkamusan Melayu:Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Siti Khajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar sdn.bhd.

Umar Junus (1984). Sejarah Melayu Menemukan Diri Kembali. Petaling Jaya : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Zahrah Ibrahim (1986). Sastera Sejarah Interpretasi Dan Penilaian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.2 Internet

Diperolehi pada 25 Februari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi

Diperolehi pada 6 Februari : http://en.wikipedia.org/wiki/Kamus ,

8.3 Jurnal

Mohd Rasdi bin Saamah, Kamus Dewan dan Kamus Besar: Perbandingan Aspek Kandungan Medan Maklumat

IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047m/s : 27