38136834 tugasan bmm 3117 semester 1 pismp

Upload: izzul-fahmi

Post on 02-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    1/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    1.0 Pengenalan

    Sudah ditakdirkan tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk

    memudahkan pembelajaran murid. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru

    bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan

    harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna

    guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat

    pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

    Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang

    berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam

    menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru bolehmenentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu

    yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,

    selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus

    mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati

    pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

    Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-

    aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi

    untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara

    jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara

    berkesan.

    Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu

    mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan

    objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampumemberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan

    terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu

    guru untuk menjelaskan pengajarannya.

    Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu

    pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat

    secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang

    Kerja Kursus Projek 1

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Guruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Guru
  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    2/69

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    3/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    2.0 Teori Pemerolehan Bahasa

    Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya

    beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Semua insan di

    dunia ini mempunyai alat fizikal yang sama untuk melakukan setiap perkara dan

    mengikut kepada teori biologis, sejak lahirnya sesorang anak itu, sesungguhnya

    telah dikurniakan satu kebolehan iaitu kebolehan berbahasa. Setiap kanakkanak

    memperoleh bahasa pertama bukan melalui proses pembelajaran tetapi proses ini

    berlaku dengan tidak formal.

    Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan apabila mereka

    didedahkan dengan pengalaman yang banyak sekaligus dapat meningkatkan

    perkembangan bahasa mereka. Terdapat beberapa teori pemerolehan bahasa yang

    telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh aliran ini iaitu teori behaviorisme, teori mentalis,

    teori interaksionalis dan kognitif. Semua aliran ini mempunyai pelbagai pendapat dan

    cara tersendiri untuk menerangkan bagaimana seseorang individu yang bergelar

    manusia dapat mempelajari sesuatu bahasa sejak mereka kecil lagi.

    2.1 Teori Behaviorisme

    Menurut Mangantar Simanjuntak (1987:66) Teori behaviorisme pada

    asalnya adalah lanjutan daripada teori pelaziman klasik Pavlov. Oleh kerana

    Watson (1930) telah berjaya memperkenal satu prinsip pembelajaran yang

    baru maka beliau telah digelar bapa behaviorisme terutama di Amerika

    Syarikat. Aliran behaviorisme yang telah dianut oleh Watson mempunyai

    tujuannya yang tertentu. Psikologi memainkan peranan yang penting, hal ini

    kerana peramalan dan pengawalan atau pengawasan perilaku tidak

    mempunyai kaitan dengan kesedaran. Setiap apa yang dikaji oleh psikologi

    menurut behaviorisme ialah setiap perkara yang diamati secara langsung iaitu

    gerak balas sedangkan setiap yang berlaku tidak berkaitan untuk dikaji.

    Kerja Kursus Projek 3

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    4/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Bagi Mangantar Simanjuntak (ibid:67), Watson dalam kajiannya

    melibatkan seorang bayi berumur 11 bulan yang bernama Albert. Eksperimen

    ini bertujuan bagi memastikan teori behaviorisme yang diperkenal benar

    sama sekali. Bayi tersebut yang tidak mempunyai rasa takut terhadap

    binatang berbulu putih seperti tikus putih. Proses kajian bermula dengan

    Watson memukul batang besi dengan sebuah palu setiap kali bayi tersebut

    memegang tikus putih itu. Akibat daripada pukulan Watson, tidak lama

    kemudian bayi tersebut menjadi takut, bukan sahaja terhadap tikus tersebut

    malahan terhadap semua benda yang berbulu putih. Oleh yang demikian

    Watson mendakwa teori yang telah diperkenal olehnya telah berjaya.

    Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:11) beliau menyatakan bahawa

    otak manusia diibaratkan seperti kotak hitam dan jika berlaku sebarang

    perkara di dalamnya maka tidak dapat diamati. Aliran behavioris ini juga

    dipengaruhi oleh teori dan ilmu psikologi. Golongan behaviorisme ini juga

    menganggap bahasa adalah proses perilaku yang menerangkan hasil operasi

    tindak balas yang semata-mata bergantung pada ciri-ciri naluriah yang ada

    pada manusia. Kamarudin Hj Husin sekali lagi mengatakan bahawa aliranbehaviorisme menganggap setiap pembelajaran bahasa merupakan satu

    kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang setiap aktiviti yeng hendak

    dikuasai.

    Dalam aspek pengajaran pula, aliran behaviorisme merupakan salah

    satu aliran yang mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau

    bagimanapun bahasa tulisan merupakan bahasa kedua. Menurut Kamarudin

    Hj Husin (1986:43), ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa setiap

    pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti

    dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli

    behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru

    haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada

    kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada

    Kerja Kursus Projek 4

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    5/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka

    mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya.

    Menurut Kamarudin Hj Husin lagi (ibid:43) bahasa merupakan satu

    tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses

    pengajaran ini sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua.

    Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk

    membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu

    diutamakan dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan

    peraturan bahasa. Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting

    dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakan salah satu cara yang dapat

    dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Denganpengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan

    mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian.

    Situasi sebegini adalah normal sebagai seorang manusia ynag mempunyai

    perasaan.

    Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa

    dan sistem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak

    balas. Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang

    secukupnya dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula

    memberikan gerak balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya

    dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem

    fonologi pula dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya.

    2.2 Teori Mentalis

    Teori mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme.

    Golongan mentalis menentang hebat golongan behavoiorisme. Hal ini kerana

    Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990:32) memetik

    pendapat Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses

    pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan

    bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses

    Kerja Kursus Projek 5

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    6/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    mekanis. Kenyataan Chomsky yang dipetik dalam buku Perkaedahan

    Pengajaran Bahasa Malaysia bahawa seseorang kanak-kanak yang lahir

    secara semulajadinya dapat menguasai bahasa ibundanya. Terdapat dua

    unsur penting dalam teori ini iaitu competence (struktur dalaman) dan

    performance (struktur luaran). Struktur dalaman adalah berbentuk makna

    manakala bagi struktur luaran adalah ujaran bahasa yang dipertuturkan oleh

    kanak-kanak semasa mereka mempelajari bahasa.

    Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (ibid:32) memetik

    kenyataan Chomsky dan terdapat tiga sebab bagi mempertahan hipotesisi

    sejadi. Menurut Chomsky, bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu

    kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Kedua-dua perkara

    tersebut mempunyai maksud dan cara tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini

    mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi supaya dapat

    menggambarkan situasi bahasa itu. Ciri-ciri kedua menerangkan bahawa

    setiap ujaran yang terdedah pada pendengaran mungkin sukar untuk

    diperolehi sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan sejadi. Ciri

    yang ketiga, Chomsky menyatakan bahawa kanak-kanak memperolehi sistem

    bahasa melalui ibunya dengan masa yang singkat. Proses ini berlaku di

    antara empat hingga lima tahun.

    Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Ahmad (ibid:33)

    yang memetik kata-kata McNeill yang merupakan seorang penyokong kuat

    aliran mentalis. Pendapat beliau,setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia

    dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem pemerolehan

    bahasa (Language Acquisition Device). Pendapat yang dikemukakan oleh

    beliau menegaskan bahawa kanak-kanak yang baru dilahirkan mempunyai

    ciri-ciri linguistik sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan

    substantif. Oleh kerana unsur sejagat ini wujud dalam diri kanak-kanak maka

    mereka akan memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah.

    Kerja Kursus Projek 6

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    7/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    2.3 Teori Interaksionalis

    Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang

    psikolinguistik sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an. Ahli-ahli interaksionalis

    ialah seperti Bloom (1970), Bowennan (1973), Cromer (1976) dan lain-lain

    sependapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan dapat

    menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya

    melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna

    tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.

    Kanak-kanak sebaliknya perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya

    mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif

    dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat.

    Hasil kajian Snown (1972), Ringle (1978) dan lain-lain menunjukkan

    bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah akibat interaksi penjaga-

    penjaga dengan kanak-kanak. Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan

    sofia Hamid (1993:35) pendapat ahli-ahli interaksionalis ini mendapat

    sokongan kerana terdapat bukti-bukti daripada kajian bahasa kanak-kanak

    yang telah dilakukan oleh Bloom, Bowerman, Halliday dan Wells. Kajian yang

    telah dijalankan oleh Bloom menunjukkan kanak-kanak dapat memahami

    berabagai-bagai kategori semantik. Bowerman berpendapat perbezaan ini

    timbul kerana kedua anak-anaknya menggunakan kognitif yang berbeza. Hal

    ini kerana proses kognitif dan proses bahasa merupakan satu perkara yang

    penting dalam teori pemerolehan bahasa. Joriah Long, Raminah Hj Sabran

    dan Sofia Hamid (1993:35) memetik kata-kata seorang ahli interaksionalis

    iaitu setiap perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan juga proses

    interaksi bahasa. Halliday juga berpendapat setiap kanak-kanak perlu

    menguasai bahasa. Hal ini kerana setiap manusia perlu untuk berinteraksi

    dengan masyarakat sekeliling.

    Kamarudin Hj Husin (1998:38) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi

    Bahasa menyatakan bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan

    kanak-kanak didedahkan kepada interaksi linguistik. Dengan pendedahan

    Kerja Kursus Projek 7

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    8/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    yang diberi, murid-murid boleh mengenal pasti dan mempelajari bagaimana

    untuk menggambarkan makna kognitif dalam satu bentuk linguistik yang jelas

    dan tepat. Teori yang telah dikemukakan oleh Halliday ini memandang

    pembelajaran bahasa adalah sebagai salah satu alat berinteraksi dan proses

    ini melibatkan mental dan linguistik. Seseorang penutur jati yang baik

    haruslah boleh untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul sama

    ada dari segi tatabahasa dan makna. Kamarudin Hj Husin (ibid:39)

    menyatakan bahawa dalam setiap pembelajaran bahasa, setiap guru

    haruslah memberi latihan yang banyak kepada murid-murid. Walaupun aliran

    interaksionalis ini menganggap penyampaian sesuatu bahasa itu lebih penting

    berbanding struktur bahasa namun kedua-dua perkara harus dijalankan

    serentak supaya murid-murid menguasai dua perkara sekaligus. Hal ini akan

    dibuktikan dalam contoh aktiviti yang dipilih.

    2.4 Teori Kod Kognitif

    Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:33)

    Piaget, merupakan ahli kognitif yang terkenal berpendapat bahawa setiapmanusia mempunyai otak dan saraf yang tinggi. Dengan menggunakan otak,

    manusia mempunyai kebolehan dalam mempelajari pelbagai perkara. Proses

    pembelajaran merupakan satu proses mental dan bukanlah proses mekanis.

    Sebelum memperkenalkan teori kognitif ini, Piaget telah menerangkan

    apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan. Kecerdasan ialah satu

    bentuk keseimbangan atau penyeimbangan ke arah semua fungsi kogniif

    bergerak.

    Bagi Mangantar Simanjuntak (1987:97), apabila berlaku sesuatu

    gangguan luaran makan seseorang individu akan melakukan satu aktiviti atau

    kegiatan supaya gangguan tersebut dapat dihilangkan. Manakala Piaget pula

    ada berpendapat bahawa kecekapan kanak-kanak untuk memperoleh bahasa

    adalah berdasarkan kognititf dan setiap kanak-kanak akan melalui

    pengalaman mereka dengan objek dan tindakan dalam persekitarannya.

    Pada kebiasaannya perkembangan bahasa bermula pada peringkat deria

    Kerja Kursus Projek 8

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    9/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    motor yang terjadi ketika kanak-kanak berumur antara 18 bulan hingga dua

    tahun.

    Peringkat kedua pula ialah peringkat praoperasi. Pada peringkat lebih

    dikenali sebelum peringkat sebenarnya terjadi. Di antara umur dua tahun dan

    tujuh tahun.Peringkat operasi konkrit adalah peringkat ketiga dalam proses

    perkembangan kognitif. Pada peringkat ini kanak-kanak akan berusaha untuk

    mengenali objek konkrit dan proses ini berlaku pada umur tujuh hingga dua

    belas tahun. Kanak-kanak akan lebih mudah memahami dan menguasai

    sesuatu perkara jika mereka diperkenal dengan perkara yang berupa konkrit

    atau maujud. Aktiviti berbentuk hands-on memang sesuai dalam membantu

    tahap perkembangan kognitif di usia ini. Peringkat yang terakhir ialah

    peringkat operasi formal. Peringkat ini berlaku pada umur 12 tahun ke atas.

    Sesuatu yang abstrak dapat dinilai dan murid akan cuba untuk menaakul

    setiap bentuk dan situasi yang dirasai mereka.

    Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:34)

    memetik kenyataan salah seorang penyokong Piaget iaitu Sinclair. Beliau

    telah menjalankan kajian terhadap teori pemerolehan bahasa kanak-kanak

    berdasarkan kerangka teori Piaget. Bukti daripada kajian yang telah

    dijalankan oleh Sinclair menunjukkan Semua kanak-kanak tidak mampu untuk

    mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kompleks sehingga mereka

    mencapai ke paringkat perkembangan intelek yang tertentu. Kesimpulan yang

    telah dibuat oleh Sinclair latihan lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan

    bahasa jika seseorang kanak-kanak itu belum mencapai tahap intelek yang

    tertentu.

    Ahli kognitif bertegas berpendapat bahawa proses pemerolehan

    bahasa merupakan salah satu proses mental dan perkembangan bahasa dan

    perkara ini mempunyai kaitan rapat dengan kognitf secara amnya. Kanak-

    kanak akan memperoleh bahasa ketika diperingkat deria motor dan daripadakonkrit kepada abstrak. Oleh itu, teori ini jelas membuktikan bahawa

    Kerja Kursus Projek 9

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    10/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    pemerolehan bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak

    untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi

    melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu.

    2.5 Implikasi Terhadap P & P Bahasa

    Sememangnya diakui teori pembelajaran banyak membantu para guru

    melaksanakan aktiviti pengajaran dengan berkesan berpandukan ciri-ciri teori

    yang dipilih dan diamalkan. Setiap teori membawa implikasi yang berbeza

    mengikut kesesuaian waktu dan persekitaran bilik darjah. Namun, kajian ahli

    linguistik telah menghimpunkan pelbagai bentuk implikasi yang dilihat

    seringkali mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P &P)

    bahasa.

    2.5.1 Teori Behaviorisme

    Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000:19) dalam bukunya Pedagogi

    Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, beliau menyatakan bahawa

    kumpulan Behavioris berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat

    dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut

    dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran. Bagi Abdul Aziz

    (ibid:20), antara prinsip daripada teori Behaviorisme ini yang dapat diterapkan

    dalam bilik darjah adalah dengan guru memberi pujian apabila pelajar

    memberikan jawapan yang betul atau menghasilkan kerja-kerja yang baik.

    Selain itu, ganjaran dalam bentuk markah atau gred perlu digunakan. Guru

    atau pihak sekolah member hadiah seperti buku, plak dan sebagainya bagi

    menarik minat murid. Tambah beliau, guru juga mempamerkan hasil kerja

    pelajar yang baik, contohnya karangan dan karya-karya ilmiah yang dapat

    memberi penghargaan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh

    mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas, acara

    Kerja Kursus Projek 10

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    11/69

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    12/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang

    dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa,

    ganjaran perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau

    perlakuan bahasa yang baik. Ini termasuklah komen positif guru yang

    membina, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh murid. Bagi guru

    bahasa yang ingin membentuk perlakuan bahasa yang baik dalam kalangan

    para pelajarnya, ketiga-tiga hukum tersebut perlu diterapkan dalam proses

    P & P di bilik darjah.

    2.5.2 Teori Mentalis

    Terdapat beberapa implikasi P & P bahasa bagi teori Mentalis. Dalam

    buku Zulkifley Hamid (1994) yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran

    Bahasa, beliau telah mengatakan pembelajaran bahasa berlaku melalui

    pengalaman menggunakan bahasa. Maksudnya di sini ialah murid

    mendapat pengajaran bahasa selepas melakukan komunikasi lisan sepanjang

    kehidupan mereka. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa tatabahasa

    dipelajari secara tidak langsung. Hal ini membuktikan bahawa pengajarantersebut hendaklah menggunakan pendekatan deduktif. Misalnya serapan

    dan peniruan model dalam aktiviti pengajaran bahasa yang dijalankan.

    Kanak-kanak menyerap tatabahasa pertama melalui komunikasi lisan (secara

    intuisi), kemudian menyesuaikan rumus-rumus yang terkandung dalam

    tatabahasa sejagat dengan menggunakan nahu tatabahasa bahasa

    pertamanya.

    Di samping itu, implikasi yang lain ialah asas tatabahasa dikuasai

    dalam bentuk lisan tetapi murid tidak menghafal ayat-ayat seperti mana

    yang terdapat pada Teori Behaviorisme. Selain itu, Zulkifley Hamid (1994)

    juga berpendapat bahawa teori ini dapat menggalakkan pelajar

    menghasilkan pertuturan baru secara kreatif berdasakan pengetahuan

    rumus bahasa. Murid tidak dapat menerangkan rumus tatabahasa yang

    diserapi tetapi masih boleh menggunakannya dengan cara yang betul hasil

    bimbingan guru semasa aktiviti di dalam kelas. Teori ini juga menganggapkesilapan bahasa sebagai ujian sebelum mencapai tahap kemahiran. Guru

    Kerja Kursus Projek 12

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    13/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    hendaklah mengehadkan kesilapan mereka dan menggalakkan mereka

    memperbaiki berdasakan pengetahuan rumus yang telah mereka pelajari.

    Oleh itu dapat difahami bahawa latihan-latihan yang diberi seharusnya

    membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Selain itu, teori ini

    juga turut menekankan kemahiran membaca dan menulis dan tidak

    mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur.

    2.5.3 Teori Kognitif

    Implikasi P & P teori pemerolehan bahasa yang ketiga iaitu teori

    Kognitif dihuraikan secara ringkas berdasarkan kajian beberapa ahli linguistik.

    Teori ini memang cukup sinonim dengan Jean Piaget ahli psikologi yang telah

    banyak memberi sumbangan kepada bidang kajian perkembangan kognitif

    kanak-kanak. Implikasi yang dapat dilihat semasa proses P & P bagi teori ini

    ialah pembelajaran bahasa yang melibatkan proses mental. Pembelajaran

    bahasa ialah proses berfikir. Oleh itu, kanak-kanak perlu mempunyai

    pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) bukan bergantung kepada

    latihan giat semata-mata. Selain itu, teori ini memerlukan penglibatan aktif

    pelajar dan sikap kebertanggungjawaban kendiri dalam aktiviti

    pembelajaran bahasa. Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan perlulah

    berpusatkan pelajar di mana guru cuma bertindak sebagai pembimbing

    manakala muridlah yang melaksanakan aktiviti yang dirancang.

    Masa dan aspek bahasa yang hendak diajarkan perlu bersesuaian

    dengan tahap perkembangan umur dan mental pelajar. Seperti mana

    yang telah dihuraikan dalam teori pemerolehan di bahagian sebelum ini, teori

    kognitif yang diperkenalkan Piaget mengandungi empat peringkat iaitu deria

    motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Oleh itu, murid perlu

    menyesuaikan pengetahuan sedia ada atau skema mengikut pengalaman

    dan persekitaran yang dilalui. Di samping itu, teori ini juga menggalakkan

    guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang kaya, pelbagai dan

    merangsangkan untuk menimbulkan motivasi. Kesalahan yang dilakukan

    bukan suatu kegagalan tetapi percubaan hipotesis (rumus) yang telah dibina.

    Kerja Kursus Projek 13

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    14/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Maksudnya, latihan yang diberikan bukan membentuk kebiasaan automatis

    tetapi untuk membina kecekapan menggunakan rumus yang dibentuk.

    2.5.4 Teori Interaksionalis

    Bagi menjelaskan implikasi P & P bahasa dengan menggunakan teori

    Interaksionalis ini, terdapat beberapa kajian yang dapat dilihat dan diambil

    kira. Teori yang dipelopori oleh Halliday ini banyak dipengaruhi teori bahasa

    fungsional yang melibatkan aktiviti komunikasi lisan murid.

    Implikasi yang pertama dapat dilihat ialah pembelajaran bahasa

    untuk pelbagai tujuan interaksi. Maksudnya, guru mengajar murid cara

    berkomunikasi untuk mereka mengaplikasikannya dalam pelbagai urusan

    kehidupan seharian mereka. Ringkasnya, dapat difahami aktiviti yang

    dijalankan di dalam kelas lebih becorakkan kontekstual. Sebagai ahli

    masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai

    kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai

    dengan situasi sosial.

    Dalam aktiviti P & P, penyampaian makna yang tepat adalah

    penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh

    itu, makna dan tatabahasa dapat diajar serentak. Selain itu, teori

    interaksionalis juga membolehkan pendedahan kepada situasi linguistik

    bagi melatih pelajar menggunakan bahasa yang berkesan dalam interaksi

    sosial mereka. Maksudnya, guru perlu mengajar aspek kecekapan

    komunikasi seperti linguistik, sosiolinguistik, wacana dan strategik. Bagi

    memperkaya aktiviti di dalam kelas, guru juga boleh merancang aktiviti

    tugasan bahasa iaitu task based. P & P bahasa seharusnya menarik dan

    dapat memberi makna kepada pelajar. Bagi aspek latihan pula, guru boleh

    menggunakan teknik latih tubi bermakna secara sedikit untuk mendedahkan

    struktur tetapi masih mengajarkan sistem bahasa dan penggunaannya secara

    spontan dan fleksibel. Guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa pelajar,

    cukup sekadar menyedarkan mereka sama ada bentuk atau struktur yang

    Kerja Kursus Projek 14

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    15/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    mereka gunakan itu betul atau salah, dan setelah mereka sedar akan

    kesilapan tersebut, guru digalakkan meminta murid membetulkannya sendiri.

    Dalam erti kata yang lain, guru boleh membenarkan kesilapan pada peringkat

    awal bagi membolehkan murid berkomunikasi secara spontan dan fleksibel.

    2.6 Teori yang Dipraktikkan dalam Tugasan

    Dalam tugasan ini, terdapat satu contoh sesi pengajaran aktiviti bagi

    subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sudah tentulah proses P & P

    tersebut melibatkan teori pembelajaran bagi membolehkan murid menguasai

    bahasa. Pada bahagian ini akan dihuraikan mengenai teori yang dipraktikkan

    oleh guru dalam usaha mencapai objektif pembelajaran yang direncanakan.

    Teori pembelajaran yang digunakan ialah teori Behaviorisme.

    Berdasarkan sukatan pelajaran, terdapat aktiviti yang melibatkan kemahiran

    lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Tujuan aktiviti ini dilakukan

    adalah untuk memastikan murid dapat bertutur dan berkomunikasi dalam

    keadaaan yang bertatasusila. Tambahan pula, aktiviti ini dilakukan terhadap

    murid Tahun 1 yang diketahui umum baru sahaja ingin memulakan kehidupan

    baharu yang menghendaki mereka melalui interaksi sosial dalam persekitaran

    masing-masing. Pada awal pengajaran, guru meminta murid untuk

    mendengar perbualan melalui pita rakaman mengenai situasi di kedai buku.

    Tujuan langkah ini adalah untuk membiasakan murid dengan suasana di

    kedai buku sekaligus dapat memberi peluang kepada murid untuk

    mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

    Teori Behaviorisme telah menetapkan bahawa setiap pengajaran

    bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan

    bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli

    behaviorisme, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru

    haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada

    kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada

    Kerja Kursus Projek 15

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    16/69

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    17/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    tersebut di samping melakukan teknik latih tubi penggantian dalam usaha

    menambah perbendahaaan kata murid.

    Namun, aktiviti P & P tersebut bukan sahaja melibatkan teori

    Behaviorisme, sebaliknya, guru akan mempraktikkan teori Situasional.

    Mafhumnya, di penghujung pembelajaran, guru meminta murid melakukan

    sesi dialog di kedai buku bagi memenuhi keperluan mereka dalam situasi

    yang bakal mereka hadapi. Walau bagaimanapun, transformasi pendekatan

    tersebut tidaklah sehingga mencapai ke tahap komunikatif. Teori pendekatan

    komunikatif menyatakan interaksi diajarkan di dalam kelas dan dilakukan oleh

    murid tanpa ada larangan atau teguhan negatif daripada guru. Tujuannya

    adalah untuk membolehkan murid berkomunikasi dalam keadaan yang

    fleksibel dan spontan. Sedangkan aktiviti yang dijalankan guru hanya

    membolehkan murid meniru ayat yang diajarkan guru. Ini bermakna,

    pengajaran yang disampaikan masih tidak memenuhi ciri-ciri pendekatan

    komunikatif. Oleh itu, murid dikehendaki menggunakan ayat yang diajarkan

    dahulu, dan sekiranya situasi memaksa mereka berbicara secara spontan,

    guru tidak harus melarang sebaliknya menggalakkan murid. Kesimpulannya,aktiviti yang dirancang mempraktikkan Teori Behaviorisme dan Teori

    Situasional.

    3.0 Perkaitan Teori-Teori Pemerolehan Bahasa dengan Pendekatan, Kaedah

    dan Teknik Pengajaran

    Setiap guru perlu mengajarkan murid mereka dengan teknik dan

    strategi yang betul. Teori-teori pemerolehan bahasa yang dipelajari semasa

    mengikuti latihan keguruan perlu diaplikasikan di dalam kelas supaya guru

    lebih jelas dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai

    untuk diajarkan. Maka, guru perlu mengkaji terlebih dahulu ciri-ciri setiap teori

    pemerolehan bahasa yang sesuai untuk diajarkan. Apa yang paling utama

    ialah proses hubung kait teori yang dipilih dengan strategi pembelajaran

    sebelum menghasilkan rancangan pengajaran harian. Pada bahagian

    Kerja Kursus Projek 17

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    18/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    berikutnya akan dihuraikan mengenai perkaitan teori-teori pemerolehan

    bahasa dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.

    Berpandukan tulisan Abd. Aziz Abd. Talib (2000:28-29), pendekatan

    bermaksud yang paling global atau yang paling abstrak. Ini adalah kerana

    pendekatan merupakan suatu pandangan, pendirian, pegangan dan falsafah

    bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara. Sementara itu,

    beliau turut menjelaskan maksud kaedah yang membawa erti cara yang

    digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Akhir sekali, teknik pula

    didefinisikan sebagai suatu cara yang lebih khusus atau spesifik yang

    digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa.

    3.1 Konsep Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa

    3.1.1 Teori Behaviorisme

    Teori Behaviorisme merupakan teori yang sudah lama dipraktikkan

    oleh golongan pendidik. Hal ini berikutan teori jenis ini wujud pada suatu

    tempoh masa yang lama berbanding teori yang selepasnya. Namun,

    pengajaran bahasa melalui teori ini tidak langsung mempengaruhi strategi

    pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan

    teknik yang dapat disuaikan bagi teori ini.

    Sebagai contohnya, diambil pendekatan oral atau lisan dalam

    pengajaran bahasa. Menurut Kamarudin Hj Husin (1998:115) dalam bukunya

    Pedagogi Bahasa: Perkaedahan, pendekatan oral ialah satu kaedah yang

    memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek lisan dalam aktiviti

    pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu menguasai kemahiran-

    kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan kata

    merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Selain itu,

    kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi perhatiaan. Maksudnya,

    pendekatan ini sangat bertepatan dengan ciri-ciri Teori Behaviorisme yang

    menekankan aspek lisan serta mekanis.

    Bagi menambah pemahaman lagi, Kamarudin Hj. Husin (ibid:116) turut

    mengatakan bahawa teori bahasa yang menjadi dasar kepada pendekatan inidicirikan sebagai satu bentuk struktural. Aspek dan bentuk-bentuk

    Kerja Kursus Projek 18

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    19/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    pengucapan dilihat sebagai asas bahasa, sementara strukturnya pula dilihat

    sebagai fokus kepada keupayaan bertutur. Tambah beliau, teori pendekatan

    ini didokongi oleh teori mekanis yang boleh juga didefinisikan sebagai teori

    Behaviorisme. Teori ini menanggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang

    mementingkan satu rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menganggap

    faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma.

    Sementara itu, kaedah yang sesuai semasa teori ini dipraktikkan ialah

    kaedah terus atau ada juga yang mengatakan kaedah askar. Nik Hassan

    Basri (2005: 143) berpendapat bahawa dalam kaedah ini, bahasa sasaran

    digunakan dengan serta merta, berfikir dalam bahasa yang dipelajari tersebut.

    Oleh sebab bahasa lain tidak digunakan, maka pengajaran perkataan

    dijalankan dengan menggunakan benda-benda konkrit, melalui gambar dan

    sebagainya, atau melalui perbandingan dan persamaan sekiranya benda itu

    tidak konkrit. Tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dengan contoh-contoh

    yang sesuai. Tatabahasa secara formal tidak diberikan, melainkan jika perlu

    tetapi diserapkan dalam bahan mengajar.

    Bagi Kamarudin Hj. Husin pula (1998:185), kaedah ini mengikut

    tanggapan ahli Behavioris iaitu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa

    mereka dengan cara semula jadi. Beliau juga menambah bahawa kaedah

    terus lebih berfokuskan kemahiran lisan. Teori Behaviorisme sememangnya

    mengkehendaki corak pengajaran yang lebih bersifat lisan. Murid hendaklah

    meniru dan mengikut guru dalam aspek bahasa yang diajarkan. Apabila guru

    sudah mengajar murid kemahiran, guru memberi peneguhan positif dalam

    usaha menambah minat murid menjawab dengan betul dan tepat. Dengan

    cara ini, murid akan mematuhi perintah guru sementara nahu dan

    perbendaharaan kata mereka menjadi semakin jitu. Secara kesimpulannya,

    kaedah terus mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur

    kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama,

    pelajar belajar secara mendengar dan bertutur. Nik Hassan Basri (2005:147).

    Terjemahan tidak digunakan secara langsung. Oleh sebab sebutan yang betul

    diutamakan, kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran

    bahasa.

    Kerja Kursus Projek 19

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    20/69

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    21/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Manakala kaedah yang sesuai digunakan melalui teori Mentalis ialah

    kaedah nahu terjemahan. Menurut Nik Hassan Basri (2005:133), kaedah

    nahu terjemahan memberi penekanan terhadap kemahiran menulis. Oleh itu,

    kaedah ini tidaklah mementingkan fonetik atau sebutan. Malahan kaedah ini

    mementingkan penulisan dan ejaan. Rasional kaedah ini dipilih dan

    perkaitannya dengan teori Mentalis ialah, kaedah ini melibatkan penghafalan

    rumus tatabahasa. Pengajaran tatabahasa secara deduktif dan berstruktur

    dapat menambah perbendaharaan kata murid. Hal ini bertujuan

    membolehkan murid menggayakan kebolehan berbahasa secara kreatif.

    Seperti mana yang diketahui, teori ini menekankan proses mental kanak-

    kanak yang dikatakan memiliki alat pemerolehan bahasa sejak kecil lagi. Jadi,

    fungsi guru mengajar mereka rumus tatabahasa adalah untuk membentuk

    kecekapan competence (struktur dalaman iaitu makna) bahasa penutur natif

    daripada mementingkan perlakuan bahasanya sahaja. Maksudnya, murid-

    murid digalakkan menggunakan ayat sendiri (transformasi) dalam aktiviti

    selepas guru memberi ayat dasar.

    Perkara yang ketiga penting dalam huraian teori ini ialah teknik yang

    sesuai digunakan bagi mengaitkan pendekatan dan kaedah unutk teoriMentalis ini. Teknik yang dirasakan sesuai ialah teknik menggabung ayat.

    Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000:49), teknik ini bermaksud teknik mengajar

    murid supaya pandai menggabung ayat secara betul dan berkesan. Latihan

    penggabungan ayat boleh dilakukan secara lisan atau secara bertulis. Teknik

    ini juga dikenali sebagai teknik memanipulasi ayat. Sebenarnya, teknik ini

    dilihat sesuai digunakan kerana teori Mentalis sememangnya menekankan

    penggunaan bahasa secara kreatif setelah mempelajari rumus tatabahasa.

    Oleh itu, guru perlu member penekanan terhadap pembentukan ayat dan

    memperbetul kesalahan ayat murid secara berkesan.

    3.1.3 Teori Interaksionalis

    Teori Interaksionalis merupakan teori yang menekankan aspek

    interaksi sosial. Ramai yang sedia maklum bahawa apabila berkata tentangteori interaksionalis, sudah pasti pendekatan yang digunakan adalah

    Kerja Kursus Projek 21

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    22/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    pendekatan komunikatif. Pengajaran bahasa merangkumi kecekapan

    bahasa (penguasaan sistem tatabahasa) dan kecekapan berkomunikasi. Ini

    bermakna, setiap pengajaran yang dilalui adalah berbentuk komunikasi antara

    murid. Sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan

    komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan, dan bukan untuk dihafaz.

    Abd Aziz Abd Talib (2000:32) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi

    Bahasa Melayu mengatakan stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah

    menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan

    berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan

    komunikasi. Beliau juga menambah matlamat pendekatan komunikatif adalah

    memastikan keupayaan murid berkomunikasi dengan menggunakan bahasa

    yang betul dan berkesan. Komunikasi juga terbentuk melalui tiga situasi

    jurang maklumat iaitu penutur dengan pendengar, pembaca dengan penulis

    serta penulis dengan pembaca. Tujuan komunikasi tersebut adalah sama bagi

    ketiga-tiganya yakni memperoleh dan memahami maklumat.

    Sekiranya pendekatan komunikatif yang digunakan, sudah pasti

    kaedahnya ialah kaedah komunikatif. Kaedah komunikatif merupakan aktiviti

    yang melibatkan komunikasi sebenar menggalakkan pembelajaran bahasa

    yang bermakna kepada murid. Semasa proses P & P, guru hendaklah

    mendedahkan aspek tatabahasa dalam konteks penggunaanya. Selain itu,

    guru juga perlu menyediakan latih tubi berstruktur supaya murid dapat

    menguasai kemahiran komunikasi dengan baik. Implikasi kaedah ini ialah

    penggunaan bahasa secara fleksibel dan spontan mengikut konteks dan

    tujuan. Selain itu, murid juga akan bertambah yakin untuk berkomunikasi. Di

    samping itu, murid dapat mengelak daripada membetulkan kesilapan pada

    peringkat awal pembelajaran.

    Selepas melihat pendekatan dan kaedah, teori Interaksionalis juga

    tidak terlepas daripada perkaitannya dengan teknik. Kajian mendapati teknik

    yang sesuai bagi teori Interaksionalis ini ialah teknik simulasi. Simulasi

    ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan

    sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan

    peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah,

    Kerja Kursus Projek 22

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    23/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, para pelajar dapat menggunakan

    kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu

    ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

    Semasa melakukan aktiviti ini, murid disarankan untuk memberi

    pendapat, cadangan, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah

    berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Menurut Kamarudin Hj.

    Husin (1998:201), sebelum memulakan aktiviti simulasi, guru akan memberi

    kad peranan supaya murid sedar akan peranan mereka untuk membuat

    simulasi menyelesaikan sesuatu masalah. Kesimpulannya,pelbagai

    kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan khususnya dalam

    kemahiran lisan, membaca dan menulis selain mewujudkan pelbagai aktiviti

    menarik yang menjadi sumber inovasi kepada pelajar.

    3.1.4 Teori Kod Kognitif

    Teori pemerolehan bahasa yang terakhir ialah teori kod kognitif.

    Pendekatan yang sesuai dengan teori ini ialah pendekatan induktif. Menurut

    Kamarudin Hj. Husin (1998:83-84), pendekatan induktif adalah satu

    pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi.

    Pembelajaran teori kognitif melibatkan proses mental. Semasa aktiviti P & P

    bahasa dijalankan, pengajaran dimulakan dengan memberi contoh-contoh

    struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu

    sebelum sesuatu kesimpulan mengenainya dilakukan. Selepas menyatakan

    contoh, generalisasi secara umum akan dilakukan. Dengan kata mudahnya,

    pengajaran ini menekankan aspek pembentukan kesimpulan umum setelah

    menyenaraikan beberapa contoh.

    Teori Kod Kognitif bersesuaian dengan pendekatan ini kerana teori ini

    menghubungkan pengalaman murid dengan contoh-contoh yang ada (skema)

    untuk menghasilkan pengetahuan baharu selepas melalui proses asimilasi

    dan akomodasi. Oleh itu, pendekatan teori ini jelas membuktikan bahawa

    pemerolehan bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak

    Kerja Kursus Projek 23

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    24/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi

    melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu.

    Bagi melihat kaedah pengajaran yang sesuai untuk teori ini, aspek

    pengajaran pemprosesan mental perlu diambil kira. Kaedah yang dijangkakan

    dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran P & P ialah kaedah

    induktif. Semasa aktiviti dijalankan, guru perlu memberikan contoh yang jelas

    kepada murid terutamanya dalam pengajaran aspek ejaan, morfologi, dan

    sintaksis dalam tatabahasa. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000:43), kaedah

    induktif ialah kaedah pengajaran bahasa yang menampilkan contoh terlebih

    dahulu, sebelum hukum-hukum tatabahasa (generalisasi) dijelaskan kepada

    pelajar. Contohnya aspek ejaan, pembinaan kata (morfologi) atau struktur-

    struktur ayat (sintaksis). Teori Kod Kognitif mengatakan kanak-kanak lebih

    mudah belajar sesuatu daripada yang konkrit kepada yang abstrak,

    terutamanya bagi kanak-kanak yang lemah atau lambat perkembangan

    mentalnya. Teori Piaget ini juga mengatakan kanak-kanak biasanya berada

    pada tahap operasi konkrit sewaktu berusia tujuh hingga sebelas tahun. Ini

    bermakna, kaedah induktif memang sesuai dilaksanakan di sekolah rendah.

    Akhir sekali, teknik yang boleh dihubung kait dengan teori Kod Kognitif

    ialah teknik inkuiri. Berdasarkan rujukan yang diperhatikan, didapati teknik

    inkuiri memiliki kaitan yang setara dengan teori ini. Teknik inkuiri merangkumi

    aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulan yang

    beroreientasikan masalah. Selain itu, teknik ini dapat menimbulkan daya

    refleksi murid. Bukti yang jelas terhadap perkaitan tersebut adalah berkenaan

    dengan aspek pengendalian teknik ini. Guru harus memastikan murid

    mengenal pasti dahulu masalah atau pun butiran pengajaran, kemudian murid

    akan mengkaji dan membuat ramalan tentang struktur-struktur tertentu

    sebelum di akhirnya murid menyediakan rumusan atau generalisasi terhadap

    pengajaran. Oleh itu, teknik ini dilihat sesuai bagi tahap sekolah rendah

    kerana dapat melatih diri mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

    4.0 Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Aktiviti dan Langkah P & PBahasa Melayu

    Kerja Kursus Projek 24

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    25/69

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    26/69

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    27/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    atau bantuan guru. Lebih-lebih lagi kumpulan sasaran dalam tugasan projek

    ini adalah kepada murid Tahun 1. Selain itu, teknik ini juga memerlukan

    pengulangan atau latihan berkala bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Teknik

    ini dipilih disebabkan kesesuaiannya terhadap teori Behaviorisme yang

    dilaksanakan. Terdapat perkaitan dan kebergantungan antara kedua-duanya.

    Kaitannya akan diperincikan dalam bahagian yang seterusnya.

    4.3 Aplikasi Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa

    dalam Aktiviti dalam Langkah P & P Bahasa Melayu yang

    Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P

    Berdasarkan aktiviti dan langkah pengajaran di bahagian belakang

    tugasan, teori pembelajaran bahasa yang dipraktikkan ialah Teori

    Behaviorisme dan teori bahasa yang digunakan pula ialah Teori Struktural.

    Teori Behaviorisme merupakan salah satu aliran yang mengutamakan

    bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau bagimanapun bahasa tulisan

    merupakan bahasa kedua. Ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa

    setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian

    diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh

    ahli-ahli behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran,

    guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepadakemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada

    kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka

    mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya.

    Bagi Koh Boh Boon. (1990), bahasa merupakah satu tabiat atau

    sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini

    sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua. Proses ini akan

    memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk

    kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan

    Kerja Kursus Projek 27

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    28/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan

    bahasa. Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam

    pembelajaran. Pengukuhan merupakah salah satu cara yang dapat dilakukan

    bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Dengan pengukuhan ini akan

    menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan

    sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian. Situasi sebegini adalah

    normal sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan. Ahli-ahli

    behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem

    fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas.

    Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang secukupnya

    dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerak

    balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka

    dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula

    dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya.

    Biarpun ada yang beranggapan bahawa pengajaran melalui teori

    Behaviorisme adalah bosan dan kurang berkesan, namun sebenarnya

    pengajaran menggunakan teori ini ada kelebihannya. Murid Tahun 1 perlu

    didedahkan dengan interaksi sosial bersifat kontekstual kerana murid-muridkini semakin kurang berkomunikasi secara bertatasusila. Untuk mencapai

    objektif pembelajaran yang telah dirancang, aktiviti dan langkah pengajaran

    disediakan untuk memudahkan pengajaran menjadi tersusun baik untuk guru

    mahu pun murid. Jika teknik yang digunakan bersesuaian dengan aras,

    sudah tentu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efisien. Untuk

    itu, kami telah menggunakan teknik latih tubi dengan kaedah pengajaran

    audio lingual serta pendekatan oral atau lisan.

    Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:115-117), pendekatan oral ialah

    satu kaedah yang memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek

    lisan dalam aktiviti pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu

    menguasai kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis.

    Perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk

    pendekatan ini. Selain itu, kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi

    perhatian.

    Kerja Kursus Projek 28

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    29/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Tambah Kamarudin Hj Husin (1998), walaupun Palmer dan Hornby

    serta ahli-ahli pedagogi yang lain mempunyai pandangan yang berbeza

    tentang prosedur-prosedur tertentu dalam pengajaran bahasa, tetapi mereka

    mempunyai prinsip-prinsip am yang merujuk kepada pengajaran yang

    menggunakan pendekatan oral. Mereka telah menggariskan beberapa ciri

    yang berkaitan dengan pendekatan oral ini, seperti berikut :

    a) Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan. Bahasa hendaklah

    diajar secara lisan terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan dan

    dipersembahkan dalam bentuk tulisan.

    b) Bahasa sasaran ialah bahasa yang digunakan dalam bilik darjah.

    c) Ciri-ciri dan aspek bahasa yang dipelajari akan diperkenalkan dan

    dipraktikkan berdasarkan situasi tertentu.

    d) Permilihan dan perbendaharaan kata dibuat mengikut prosedur yang sesuai

    agar ia benar-benar dapat berfungsi dengan betul dan mengandungi makna

    yang tepat.

    e) Item-item tatabahasa diperingkatkan mengikut prinsip-prinsip penggeredan,yang bermula daripada bentuk yang mudah kepada bentuk yang lebih rumit

    dan kompleks.

    f) Aktiviti bacaan dan penulisan akan diperkenalkan sebaik sahaja asas leksikal

    dan tatabahasa dapat dikuasai.

    Pendekatan oral ini kemudiannya disebut juga sebagai Pendekatan

    Situasional atau pengajaran dan pengajaran banyak bergantung kepada

    situasi dan keadaan semasa. Teori-teori yang menjadi dasar kepada

    pendekatan ini boleh dicirikan sebagai satu bentuk struktural. Aspek dan

    bentuk-bentuk pengucapan dilihat sebagai fokus kepada keupayaan bertutur.

    Palmer, Hornbay dan ahli-ahli lingguistik terapan yang lain telah

    menjelaskan beberapa struktural asas pedagogi pengajaran bahasa Inggeris.

    Berhubung dengan pendekatan in, beliau menyebut:

    Kerja Kursus Projek 29

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    30/69

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    31/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menganggap faktor-faktor persekitaran

    sebagai ransangan dan tindak balas organisma.

    Ia menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih

    banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui mindanya. Teori ini tidak

    mementingkan peranan mental. Teori ini mengkaji data-data yang dapat

    diamati dan diukur. Teori ini juga menitikberatkan bentuk-bentuk linguistik,

    keutamaan dari aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan bunyi. Di

    samping itu, latih tubi tidak diabaikan. Kebiasaan yang baik akan pasti dapat

    melahirkan satu bahasa yang baik.

    Selain itu, setiap aktiviti pengajaran perlu disesuaikan dengan kaedah

    pengajaran yang sesuai. Kaedah yang paling sesuai dengan pendekatan

    lisan yang dirangka sebelum ini adalah kaedah audio lingual.Abd. Aziz Abd

    Talib (2000) menjelaskan tujuan kaedah ini ialah untuk meingkatkan

    pemahaman tatabahasa dan sebutan yang tepat. Guru juga dapat menguji

    murid dalam kebolehan menggunakan bahasa lisan yang betul dalam situasi

    tertentu. Melalui kaedah pendengaran audio, murid dapat menghafal secara

    tepat apa yang didengar oleh mereka bagi meningkatkan kosa kata dan pola

    tatabahasa yang dipelajari.

    Tambah beliau, terdapat beberapa prinsip utama yang diperlukan

    semasa menjalankan kaedah audio lingual ini. Antaranya ialah, pengajaran

    dan pembelajaran bahasa dijalankan secara lisan terlebih dahulu. Selepas itu,

    baru diikuti dengan aktiviti menulis dan membaca. Selain itu, guru bahasa

    yang menggunakan kaedah ini perlu sedar dan peka tentang aspek-aspek

    gangguan daripada bahasa ibunda dan dialek tempatan murid-murid lantas

    terus membetulkannya. Tambahan pula, guru boleh mengadakan aktiviti

    bahasa yang melibatkan penggunaan bahasa seharian di rumah, sekolah dan

    sebagainya. Aktiviti ini dapat dilakukan melalui teknik situasi dan simulasi.

    Abd Aziz Talib juga mengatakan guru merupakan model dalam kaedah ini

    kerana murid akan menurut apa sahaja yang dituturkan dan pengukuhan

    sangat diperlukan bagi memastikan psikologi pengajaran ini tercapai

    berdasarkan prinsip yang telah diketengahkan oleh Skinner.

    Kerja Kursus Projek 31

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    32/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Dalam contoh aktiviti yang disediakan, didapati bahawa murid

    mendengar dan menghafal bulat-bulat apa yang diujarkan oleh guru dan apa

    yang didengar melalui dialog situasi di kedai buku daripada pita rakaman.

    Biarpun kaedah ini agak bosan untuk digunakan dalam tempoh masa yang

    panjang, namun, kaedah ini tetap berkesan dalam proses memperoleh

    maklumat asal dan menghubung kait dengan situasi sebenar. Selepas murid

    mempelajari ayat-ayat tersebut, guru juga akan mengajarkan ayat tanya atau

    ayat soal kepada murid supaya dapat turut digunakan semasa sesi

    perbualan. Usai mereka mendapat pendedahan mengenai kemahiran lisan,

    guru akan memperkukuh kaedah ini dengan meminta murid menulis semula

    ayat tanya dan ayat bagi jawapan situasi di kedai buku terbabit. Akhir sekali,

    guru akan mengadakan aktiviti perbualan secara berpasangan supaya murid

    dapat mengaitkan ayat yang dipelajari dan dihafal itu mengikut situasi yang

    sesuai. Aktiviti ini dilakukan dengan bimbingan guru.

    Teknik latih tubi atau teknik menghafaz adalah satu teknik

    pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum

    masihi. Nik Hassan Basri (2005) menceritakan bahawa teknik ini digunakan

    oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yangbersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan

    secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan

    empat langkah berikut :

    (a) Memikirkan bahan yang dipelajari;

    (b) Mengulang bahan yang dipelajari;

    (c) Mengucapkan bahan di hadapan guru;

    (d) Mengingtkan bahan yang dipelajari.

    Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga

    mempunyai kelemahan-kelemahannya. Antaranya ialah ia mengehadkan

    kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu,

    pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini

    amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendakdigunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran

    Kerja Kursus Projek 32

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    33/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan

    membosankan.

    Berdasarkan tulisan Koh Boh Boon (1990:65), beliau berpendapat

    bahawa hingga ke hari ini masih terdapat pendidik bahasa yang menentang

    penggunaan latih tubi dalam pengajaran tatabahasa. Bagi mereka,

    tatabahasa tidak boleh diajarkan melalui latihan secara bertubi-tubi. Mereka

    biasanya terdiri daripada pendokong golongan mentalis yang berpendapat

    bahawa pembelajaran bahasa adalah satu proses mental iaitu melibatkan

    pemikiran. Tambah beliau lagi, mereka turut menolak pendapat golongan

    Behavioris bahawa pembelajaran bahasa adalah satu pengulangan sesuatu

    yang baharu sehingga perkara baru itu boleh dilakukan secara spontan.

    Dalam aktiviti yang telah dirancang bagi tugasan projek ini, terdapat

    teknik latih tubi penggantian bagi membolehkan murid mempelajari seberapa

    banyak kosa kata dan ayat manipulasi tentang situasi di kedai buku. Oleh itu,

    kajian terhadap prinsip semasa melakukan teknik ini telah diperincikan.

    Hasilnya, memetik sumber daripada buku Pengajaran Tatabahasa Bahasa

    Melayu: Prinsip dan Teknik yang mengatakan terdapat beberapa langkah

    yang perlu diambil semasa menjalani teknik latih tubi penggantian. Guru perlu

    mematuhi prinsip yang berikut:-

    a) Jangka masa untuk salah satu latih tubi penggantiaan haruslah pendek

    baisanya beberapa minit sahaja.

    b) Latih tubi mestilah dijalankan secara cergas dan hidup.

    c) Ayat-ayat mestilah diucapkan oleh pelajar dengan sebutan yang betul dan

    kecepatan yang sesuai.

    d) Guru mesti mencegah kecenderungan pelajar untuk mengucapkan ayat

    secara bernyanyi atau sambil lewa.

    e) Guru haruslah mengadakan variasi dalam latih tubi.

    Berdasarkan apa yang telah dijelaskan sebelum ini, dapat disimpulkan

    bahawa teknik latih tubi menggalakkan murid mengguna pakai istilah atauayat yang khusus yang diajukan oleh guru yang bertindak sebagai model

    Kerja Kursus Projek 33

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    34/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    dalam aktiviti berbahasa. Selain itu, guru juga perlu memberi penekanan

    terhadap tahap keberolehan murid menghafal ayat yang diujarkan kerana

    terdapat murid yang mempunyai dialek tersendiri. Tambahan pula, semasa

    menjalankan aktiviti ini, guru digalakkan memperbanyak pelbagai ayat dan

    perbendaharaan kata supaya teknik itu tidak menjadi bosan dan mudah

    ditangkap oleh murid. Perkara yang penting dalam teknik ini ialah

    pengukuhan. Seharusnya guru memberi pengukuhan kepada murid sebagai

    pengharagaan seperti mana yang telah dijelaskan oleh Skinner melalui teori

    Behaviorisme kerana teori tersebut sememangnya mempunyai kaitan yang

    rapat dengan teknik latih tubi ini.

    Kesimpulannya, teori pemerolehan bahasa yang telah dikaji

    mempunyai pelbagai cara yang tersendiri untuk memastikan kanak-kanak

    dapat menguasai bahasa pertama mereka dengan baik. Teori Behaviorisme

    merupakan teori yang sesuai bagi kanak-kanak sebelum mereka mengenal

    dunia luar. Selain itu, pendekatan oral yang digunakan dapat memberi

    peluang kepada murid untuk belajar berkomunikasi. Kaedah yang dijangka

    sesuai dengan teori tersebut adalah kaedah audio lingual. Kaedah ini

    memberi pendedahan kepada murid mengenai kemahiran lisan supayamereka dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Proses

    penghafalan dan teknik latih tubi yang digunakan dapat menajamkan

    pemikiran murid. Tambahan pula, pendekatan dan kaedah pengajaran yang

    disediakan dapat membantu meningkatkan pemahaman murid. Oleh itu,

    setiap guru perlu merangka strategi pengajaran yang berkesan dan

    bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilakukan bagi mencapai objektif

    pembelajaran dan pengajaran yang sesuai mengikut tahap kemampuan

    murid.

    5.0 Konsep Kemahiran Bernilai Tambah dalam Kurikulum Bahasa Melayu

    5.1 Komponen-Komponen Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

    5.1.1 Kemahiran Berfikir

    Kerja Kursus Projek 34

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    35/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti

    mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada

    dari segi mengkonsepsikan idea menyelesaikan masalah atau membuat

    keputusan, adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada

    masa depan.

    5.1.2 Kemahiran Belajar Cara Belajar

    Kemahiran ini perlu diajar kepada murid supaya mereka peka terhadap

    teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini

    membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, bertindak untuk

    menghadapi dunia yang semangkin mencabar dan sering berubah serta

    mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

    5.1.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Kemahiran ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat

    menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan

    menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakantugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

    5.1.4 Kemahiran Kajian Masa Depan

    Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk

    mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan

    yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna

    murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan

    perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

    5.1.5 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

    Kecerdasan pelbagai merangkumi logik matematik, visual- ruang,

    muzik, naturalis, intrapersonal, kinestetik, verbal-linguistik dan interpersonal.

    Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan

    menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan

    Kerja Kursus Projek 35

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    36/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan

    kebolehan yang berbeza.

    5.1.6 Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

    Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan

    murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka

    sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran

    ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar

    sepanjang hayat.

    5.1.7 Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

    Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran

    dengan pengalaman individu, masyarakat, dan alam bekerja. Pembelajaran

    kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai secara konkrit

    yang melibatkan latih amal adab berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid

    berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan

    menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

    5.2 Kepentingan KBT dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

    Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman di

    bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar serta senario

    dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan

    kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan

    pembelajaran.

    Kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada

    pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang

    sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan

    patriotisme, dan peraturan sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa

    kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum

    semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysian ke

    arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.

    Antara kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah merupakan salahsatu cara untuk memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan

    Kerja Kursus Projek 36

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    37/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    menempuh cabaran abad ke-21. Dengan adanya kemahiran bernilai tambah

    seperti kemahiran kajiaan masa depan pelajar dapat bersedia untuk

    menghadapi sagala masalah dan cabaran pada masa depan. Hal ini kerana,

    kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan pengajaran yang

    mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang

    berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Ini bermakna

    pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan

    perubahan.

    Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam

    pengisian kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan

    kepada murid secara tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari

    kemahiran muzik dan kemahiran berfikir misalnya, namun kesan penyerapan

    itu dapat diambil positif oleh setiap pengguna kurikulum sukatan pelajaran

    Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

    5.3 Penyerapan Tiga Komponen KBT dalam Aktiviti dan Langkah P &

    P Bahasa Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P

    Setiap aktiviti P & P, pasti ada penyerapan komponen KBT yangterkandung dalam rancangan pengajaran. Tujuannya adalah bagi memastikan

    murid mencapai objektif pembelajaran di samping pengisian kurikulum yang

    direncanakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Fungsi KBT adalah

    memastikan unsur positif dan mapan yang terkandung dalam kurikulum

    sebelumnya sekali gus melahirkan pendidikan yang berkualiti. Dalam aktiviti

    dan langkah P & P bahasa Melayu yang dirancang, terdapat tiga komponen

    yang akan diambil kira dan dihuraikan bagi memperjelas fungsi KBT dalam

    sukatan pelajaran.

    Komponen KBT yang pertama ialah kemahiran belajar cara belajar.

    Kemahiran ini mengandungi aspek mengingat jangka panjang, serta

    kemahiran mendengar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru memulakan

    pengajaran dengan memperdengarkan rakaman perbualan di radio untuk

    situasi di kedai buku. Ketika itu, murid perlu menumpukan perhatian mereka

    dengan mengaplikasikan kemahiran mendengar aktif yang telah dipelajari.Selain itu, komponen KBT bagi kemahiran ini melibatkan cara mengingat

    Kerja Kursus Projek 37

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    38/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    jangka panjang. Murid telah diajarkan beberapa ayat dasar yang berkaitan

    dengan situasi di kedai buku. Murid perlu menghafal setiap baris ayat itu

    untuk diaplikasikan semasa mengalaminya di dunia sebenar. Untuk itu, murid

    perlu mengingat jangka panjang dialog situasi itu serta meningat beberapa

    kosa kata tambahan yang dipelajari semasa aktiviti latih tubu gentian bagi

    sistem bahasa dan tatabahasa.

    Kedua, aktiviti yang dirancang ini juga turut dimuatkan dengan

    komponen KBT iaitu kecerdasan pelbagai. Seperti mana yang diketahui,

    cabang dalam kemahiran ini ada banyak dan kesemuanya melibatkan ilmu

    yang pelbagai untuk diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Mengambil contoh

    dalam aktiviti, kecerdasan yang terkandung ialah kecerdasan interpersonal,

    intrapersonal serta verbal linguistik. Bagi kecerdasan interpersonal, aktiviti P

    & P tersebut membolehkan murid memahami perasaan, motivasi, tabiat serta

    hasrat orang lain. Kecerdasan ini merangkumi keupayaan bertindak secara

    berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan dan

    mempengaruhi orang lain. Contohnya, apabila guru menyuruh murid mencari

    pasangan untuk berdialog bagi situasi di kedai buku, murid dapat

    menjalankannya dengan baik di mana setiap mereka menyelami perasaandan hasrat masing-masing dalam urusan pembelian dan penjualan barang di

    kedai buku tersebut.

    Seterusnya, kecerdasan intrapersonal pula menekankan aspek

    pemahaman terhadap diri sendiri termasuklah kemahiran mengawal emosi.

    Murid akan memahami diri sendiri ketika cuba menyatakan hasrat dan

    keperluan serta dapat mengawal emosi mereka semasa berurusan dengan

    peniaga.

    Ketiganya ialah kecerdasan verbal linguistik. Setiap pegajaran bahasa

    perlu ada kecerdasan ini. Tidak boleh tidak, kecerdasan verbal linguistik mesti

    diterapkan bagi mencapai tata tingkat kemahiran bahasa iaitu kemahiran

    lisan. Verbal linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata secara

    berkesan sama ada melalui lisan, penulisan, mengingat maklumat,

    meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. Semasa aktiviti

    dijalankan, sememangnya murid-murid ini akan melalui proses komunikasi

    Kerja Kursus Projek 38

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    39/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    berkesan sesama mereka. Mereka juga akan cuba meyakinkan orang lain

    bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Di samping itu, murid dapat

    menggunakan laras bahasa yang sesuai.

    Akhir sekali ialah komponen kecerdasan kontekstual. Pembelajaran

    kontekstual ialah pendekatan pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran

    dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan.

    Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan

    pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan

    pembelajaran di sekolah dengan kehidupan seharian mereka. Sebagai

    contohnya, aktiviti latih tubi dialog situasi di kedai buku boleh mengaitkan

    pengetahuan murid dengan kehidupan seharian. Melalui aktiviti ini juga, murid

    akan memperoleh pengalaman baharu dalam hidup mereka khususnya

    hubungan mereka dengan dunia luar agar mereka tidak kekok menghadapi

    persekitaran kelak.

    6.0 Konsep Pengajaran Mikro

    6.1 Definisi Pengajaran Mikro

    Menurut Mok Soon Sang (2009:168), pengajaran mikro merupakan

    satu teknik pengajaran dalam masa lima hingga lima belas minit untuk

    mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih yang

    biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Tujuan

    mengadakan pengajaran mikro adalah untuk membina kemahiran guru yang

    berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

    Terdapat sepuluh sepuluh komponen dalam Pengajaran Mikro.

    Antaranya ialah :

    i. Set induksi

    ii. Penyoalan

    iii. Variasi rangsangan

    iv. Penerangan dengan contoh-contoh

    v. Penggunaan sumber pengajaran-pembelajaran

    Kerja Kursus Projek 39

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    40/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    vi. Pemudahcara

    vii. Penggunaan papan tulis

    viii. Pengukuhan

    ix. Penutup

    Melalui pengajaran mikro, guru-guru pelatih akan berpeluang

    mempraktikkan teori pengajaran dalam suatu situasi yang terkawal. Pada

    kebiasaannya, pengajaran mikro ini hanya tertumpu kepada satu jenis

    kemahiran mengajar sahaja.

    Semasa aktiviti pengajaran mikro, aktiviti pengajaran yangdisampaikan oleh guru pelatih itu diperhatikan dan dinilai oleh rakan-rakan

    dan pensyarahnya yang memainkan peranan sebagai penyelia, dan juga

    dirakam dalam video. Selepas aktiviti pengajaran selesai, perbincangan

    tentang kelemahan pengajaran dengan merujuk kepada rakaman video

    diadakan di antara penyelia dengan guru-guru pelatih. Melalui komen-komen

    penyelia dan rakan-rakannya, guru pelatih yang terlibat dapat memperbaiki

    kelemahan pengajarannya.

    Pengajaran mikro ini dipelopori oleh Robert Bush dan D. Wight Alleh di

    Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran, Universiti Stanford,

    Amerika Syarikat pada tahun 1961. Sejak itu, teknik pengajaran mikro telah

    digunakan secara meluas di institut-institut pendidikan guru untuk melatih

    guru-guru pelatih supaya menguasai kemahiran-kemahiran mengajar

    sebelum mereka menjalankan latihan mengajar di sekolah.

    6.2 Prinsip-Prinsip Pengajaran Mikro

    Dalam melaksanakan pengajaran mikro guru perlu membina satu

    rancangan mengajar yang singkat 5 20 minit berdasarkan bidang

    kepakarannya, dalam membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada

    sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu

    penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan .

    Kerja Kursus Projek 40

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    41/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-

    rakan dan kendiri. Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan

    untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran

    atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah :

    Perancangan

    (RPH)

    Pencerapan Pengajaran

    ( komen ) ( mengajar)

    rajah : Kitaran pengajaran mikro

    Untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik guru

    perlulah mempunyai kemahiran- kemahiran untuk menarik minat murid dalam

    pembelajaran. Antara kemahiran yang perlu ada dalam Pengajaran Mikro

    adalah :

    Kemahiran set induksi

    Set induksi adalah merupakan satu proses yang digunakan dalam

    permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab

    sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian

    pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti

    berikut :

    memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar

    membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran

    memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru

    merangsang minat dan penglibatan murid

    Kerja Kursus Projek 41

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    42/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk

    belajar

    menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat.

    mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid

    Kemahiran menggunakan papan tulis

    Papan tulis adalah sangat penting dalam meningkatkan pembelajaran

    pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep

    atau idea yang abstrak. Oleh itu racangkan bagaimana penggunaan papan

    tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar.

    Kemahiran variasi ransangan

    Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan

    mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran.

    Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih

    mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu

    mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-verbal

    guru.

    Kemahiran penyoalan

    Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar

    kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu

    tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti

    membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran

    pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi danmengikut kebolehan pelajar

    i. Panduan menyoal

    pastikan soalan jelas

    nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar

    yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan

    tanya satu soalan pada satu masa

    Kerja Kursus Projek 42

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    43/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    gunakan soalan arar rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras

    yang lebih tinggi

    gunakan teknik probing untuk membantu pelajar memberikan

    jawapan.

    ii. Aras soalan

    Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan :

    Pengetahuan

    Kefahaman

    Aplikasi

    Analisis

    Sintesis

    Penilaian

    d. Kemahiran menggunakan pengukuhan

    Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak

    pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara

    keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri dalam

    perbincangan bilik darjah.

    Kemahiran penutup

    Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang

    telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus

    dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan

    datang. Di samping itu tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian

    perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari, mengukuhkan

    konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian

    dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru.

    6.3 Objektif Pengajaran Mikro

    Kerja Kursus Projek 43

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    44/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Bagi komponen set induksi, antara objektif-objektifnya ialah :

    i. Menarik perhatian pelajar terhadap aktiviti pengajaran yang

    akan dijalankan.

    ii. Membina aliran fikiran pelajar supaya mereka bersedia

    mempelajari sesuatu yang berkaitan dengan isi pembelajaran

    yang hendak diajar.

    iii. Memotivasikan pelajar-pelajar supaya bersedia untuk belajar.

    iv. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas pelajar

    dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.

    v. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas

    atau projek.

    vi. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti

    pembelajaran pelajar.

    vii. Membantu pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan

    bermakna.

    Bagi komponen penyoalan pula, antara objektif-objektifnya ialah :

    i. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.

    ii. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar.

    iii. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif

    pelajaran.

    iv. Membantu pelajar mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan

    diri dalam ujian yang akan datang.

    v. Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan

    yang terancang.

    vi. Melibatkan pelajar supaya aktif di dalam kelas.

    Kerja Kursus Projek 44

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    45/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Bagi komponen variasi rangsangan pula, antara objektif-objektifnya

    ialah :

    i. Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan minat dan

    perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran guru.

    ii. Melibatkan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti

    pembelajaran dan pengalaman belajar mereka.

    iii. Memotivasikan pelajar serta membangkitkan naluri ingin tahu

    melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.

    iv. Member peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti

    pengajaran yang dijalankan.

    v. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

    kondusif dan seronok.

    Bagi komponen penerangan dengan contoh dan penggunaan

    sumber pelajaran pula, antara objektif-objektifnya ialah :

    i. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam

    masa yang singkat.

    ii. Memudahkan pelajar memahami konsep dan isi pelajaran

    dengan jelas.

    iii. Menghuraikan sesuatu prosedur atau proses tertentu.

    iv. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau

    meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

    Bagi komponen penggunaan papan tulis pula, antara objektif-

    objektifnya ialah :

    i. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang

    abstrak.

    ii. Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang

    penting di setiap peringkat pengajaran.

    Kerja Kursus Projek 45

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    46/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    iii. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru.

    iv. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran pelajar.

    v. Untuk member peluang kepada pelajar-pelajar mencatat nota

    dari papan tulis.

    Bagi komponen pengukuhan pula, antara objektif-objektifnya ialah :

    i. Memberi galakkan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

    ii. Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.

    iii. Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain

    terus menunjukkan tingkah laku yang positif.

    iv. Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar mewujudkan

    tingkah laku yang positif.

    v. Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negative

    yang timbul.

    Bagi komponen penutup pula, antara objektif-objektifnya ialah :

    i. Menarik mperhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari

    supaya mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan

    menyeluruh.

    ii. Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari

    dengan merumuskan fakta-fakta penting.

    iii. Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di kalangan

    pelajar dengan menggunakan teknik peneguhan.

    Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan akan

    dapat diuruskan supaya diberi peluang mengaplikasikan konsep dan

    kemahiran yang mereka baru palajari.

    6.4 Kepentingan Pengajaran Mikro

    Kerja Kursus Projek 46

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    47/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Menurut Mok Soon Sang (2009:168), pengajaran mikro merupakan

    satu komponen yang penting dalam Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan

    Ikhtisas di institute perguruan. Setiap guru pelatih yang sedang mengikuti

    kursus pendidikan di institut perguruan diwajibkan melibatkan diri dalam

    aktiviti pengajaran mikro.

    Pengajaran mikro ini merupakan satu-satunya latihan yang paling

    berkesan untuk membantu guru-guru pelatih menguasai kemahiran-

    kemahiran mengajar. Latihan ini akan mendatangkan beberapa faedah

    kepada guru-guru pelatih. Antaranya ialah :

    i. Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran

    mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan

    dipermudahkan.

    ii. Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan

    yang tenang, mudah dan kurang kompleks.

    iii. Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan

    teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarahnya di bilik kuliah.

    iv. Pengajaran mikro dapat membantu guru pelatih mengurangkan

    berbagai-bagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa

    depan.

    v. Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri

    kelebihan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.

    vi. Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, guru-guru pelatih dapat

    memahami kesilapan pengajaran mereka dan seterusnya berusaha

    membaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku, di samping

    mengukuhkan kelebihan-kelebihan mengajar.

    Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan keyakinan guru-guru

    pelatih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran yang

    sebenar, misalnya mengajar murid-murid di dalam bilik darjah semasa sesi

    praktikum di peringkat sekolah.

    Kerja Kursus Projek 47

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    48/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    6.5 Pengajaran Mikro dalam Aktiviti dan Langkah P & P Bahasa

    Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P

    Setiap aktiviti P & P pasti akan terkandung komponen pengajaran

    mikro. Pengajaran mikro perlu dilaksanakan bagi melicinkan proses P & P.

    Bagi kemahiranset induksi, aktiviti yang dirancangkan ialah tayangan video

    situasi di kedai buku. Tujuan ditayangkan video tersebut adalah untuk

    menarik minat murid dengan tajuk pembelajaran pada hari terbabit. Selain itu,

    melalui set induksi juga, murid dapat mengenal pasti sedikit sebanyak

    kemahiran berkomunikasi sekali gus memberi gambaran awal tentang apa

    yang bakal dipelajari dan dikaitkan dengan isi pelajaran.

    Seterusnya ialah kemahiran penggunaan papan tulis. Murid-murid

    dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan dengan

    lebih jelas dan tepat selepas melihat guru menulis ayat dasar sebelum ke

    langkah latih tubi. Selain itu, guru juga dapat menambah aktiviti pengayaan

    perbendaharaan kata nama untuk latih tubi gantian dengan menulis

    perkataan-perkataan yang baharu itu di hadapan. Murid akan menyalin dancuba untuk menghafal dan mengajuk pertuturan guru. Contohnya:

    Kerja Kursus Projek 48

    Isnin Bahasa Melayu 2.4.2010

    Ayat Penyata: Ayat Tanya:

    Saya hendak membeli.... Berapa harga buku ini?

    (pemadam) Pemadam ada dijual di sini?

    (pensel)

    (buku)

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    49/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Ketiga, kemahiran variasi rangsangan. Kemahiran variasi

    rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru,

    mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak

    interaksi antara guru dengan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan

    teknik mengajar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru ada melakukan variasi

    rangsangan semasa mengajar ayat dialog situasi di kedai buku tersebut. Guru

    perlu mengubah corak interaksi dengan murid setiap lima minit supaya murid

    tidak bosan dan suasana kelas akan bertambah ceria.

    Seterusnya ialah kemahiran penyoalan. Teknik penyoalan merupakan

    teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses

    pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal.

    Misalnya, di dalam set induksi, guru ada bertanya kepad murid tentang di

    manakah situasi terbabit berlaku, apakah perkara yang berlaku dan

    sebagainya. Dalam peringkat perkembangan, kemahiran menyoal digunakan

    untuk mencungkil fikiran pelajar demi membantu mereka mengikuti pelajaran

    dengan lebih berkesan. Mengambil contoh aktiviti langkah mempelajari ayat

    dialog pertuturan di kedai buku, guru akan bertanya sejauh mana

    pemahaman murid tentang pengajaran tersebut.

    Selain itu, guru juga perlu melaksanakan kemahiran menerang

    dengan menggunakan contoh atau ilustrasi. Kemahiran menerang

    digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan

    pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa

    menggunakan kemahiran menerang, guru memberi huraian kepada pelajar

    tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh dan ilustrasi.

    Dalam aktiviti yang dirancang, guru menggunakan kemahiran menerang

    semasa teknik latih tubi. Guru menjelaskan dialog perbualan dengan

    memberikan beberapa ayat untuk murid menghafalnya. Contohnya:

    Kerja Kursus Projek 49

  • 7/27/2019 38136834 Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

    50/69

    Pedagogi Bahasa Melayu SR

    Guru: Saya hendak membeli...

    Guru: Saya hendak membeli...

    Guru: Saya hendak membeli...

    Di samping itu, pengajaran mikro juga terkandung kemahiran

    pengukuhan (peneguhan). Seperti mana yang diketahui, aktiviti ini

    melibatkan teori Behaviorisme. Teori ini pula sememangnya menekankanaspek pengukuhan iaitu guru memberi ransangan dengan pujian sebagai

    tanda penghargaan usaha murid menghafal ayat dialog yang dikehendaki.

    Sebolehnya, peneguhan negatif harus dielakkan bagi mengekalkan minat