bmm 3112 tjuk 14.pptx

55
BMM 3112 SEJARAH PERKEMB BAHASA MELAYU, PER DAN TERJEMAH NUR AMIRA BT MUHD ASRI NUR FARAHIM ELRIANI BT RAHIMPUDIN NUR SYAHIEDA BT SALLEH

Upload: syahieda-salleh

Post on 25-Oct-2015

125 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bmm 12

TRANSCRIPT

Page 1: BMM 3112 tjuk 14.pptx

BMM 3112SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA

MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

NUR AMIRA BT MUHD ASRINUR FARAHIM ELRIANI BT RAHIMPUDIN

NUR SYAHIEDA BT SALLEH

Page 2: BMM 3112 tjuk 14.pptx

TAJUK 14 : TERJEMAHAN DAN KAEDAH TERJEMAHAN

•Definisi terjemahan

•Matlamat terjemahan

•kesilapan dalam terjemahan

Konsep terjemahan

•Kaedah tradisional atau pinjaman

•Kaedah peniruan

•Kaedah penggantian

Kaedah proses terjemahan

formal

•Kaedah transposisi

•Kaedah modulasi

•Kaedah persamaan

•Kaedah penyesuaian

Kaedah penterjemahan

dinamik

Page 3: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Konsep terjemahan

• Asal perkataan terjemahan – bahasa proto-semitik (al-Arab) iaitu al-tarjamah bermaksud mentafsir perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain.

• Kamus dewan (1986:1247) : terjemahan ialah “..pindahan dari suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan…”

Page 4: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Maksud Penterjemahan

• Proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran

• Kamus Dewan (1986), penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa teks tersebut.

Page 5: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Ramli Salleh (1986), konsep penterjemahan boleh dipecahkan kepada dua :

Konsep lama : penterjemah perlu memberi perhatian kepada bentuk apabila penterjemah mengekalkan unsur stilistik seperti rima rentak, permainan kata, struktur tatabahasa yang luar biasa dan lain-lain supaya menyerupai teks asli.

Page 6: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Konsep baharu : mementingkan respons pembaca terjemahan, iaitu reaksi yang sama dengan reaksi pembaca teks asal.

Prinsip-prinsip penterjemahan telah bertambah bebas dengan pengertian bahawa pemahaman dan emosi daripada pembaca diutamakan.

Page 7: BMM 3112 tjuk 14.pptx

J.C.Catford (1965)

Penggantian bahan tekstual dalam satu bahasa (bahasa sumber) daripada bahan tekstual yang serupa dalam bahasa lain (bahasa sasaran)

Ian F.Finlay (1971)

Terjemahan boleh didefinisikan sebagai satu persembahan teks dalam bahasa yang berlainan daripada tulisan asalnya.

Page 8: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Dostert (1979)

Cabang sains gunaan bahasa khususnya berkaitan dengan permasalahan - atau fakta – pemindahan makna dari satu set simbol ke satu set simbol yang lain.

Newmark (1981)

Penterjemahan merupakan satu kesenian yang terangkum usaha menggantikan mesej dan atau penyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain.

Page 9: BMM 3112 tjuk 14.pptx

G.Van Slype (1983)• Segi tradisional : proses penggantian teks bertulis

dalam bahasa sumber dengan bahasa sasaran dan mengambil kira persamaan makna, semaksimum mungkin.

• Segi moden : proses pemindahan mesej yang dilahirkan dalam bahasa sasaran. Ambil kira pemaksimuman persamaan dari segi kandungan mesej, ekspresif, konotatif, metalinguistik, fatik dan puitis.

Page 10: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Tujuan penterjemahan

Menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa

atau multibahasa.

Page 11: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Perkara-perkara Asas dalam Penterjemahan :

pra-syarat menjadi penterjemah.

Page 12: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Tahu bahasa sumber baik

atau kecekapan

dalam bahasa pertama (bahasa sumber)

Tahu bahasa sasaran/ bahasa

penerima dengan baik

atau kecekapan dalam bahasa kedua (bahasa

sasaran)

Tahu subjek yang hendak

diterjemahkan iaitu

pengetahuan tentang bidang

Tahu teori dan proses

terjemahan

Tahu latar belakang

budaya bahasa sumber dan

bahasa sasaran

Page 13: BMM 3112 tjuk 14.pptx

1) Tahu bahasa sumber dengan baik atau kecekapan dalam bahasa pertama (bahasa sumber)

• Bukan sekadar tahu selok-belok penggunaan makna perkataan malah tahu penggunaan dan ciri-ciri tertentu sesuatu bahasa.

• Tahu ekspresi idiomatik dalam bahasa sumber.

• Jika tidak dapat kuasai akan menyebabkan salah terjemaha dan ketaksaan makna.

Page 14: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Contoh ayat Salah Betul

I’ve to go for good. I’ve got a letter telling me

Saya akan pulang. Saya baru menerima surat yang meminta saya harus pergi.

Saya terpaksa pulang. Saya telah menerima surat yang meminta saya pulang.

Page 15: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Kelihatan bahawa kata akan dipadankan dengan kata sendi for merupakan padanan yang salah .

• Kata sendi for menunjukkan tempoh masa. Oleh itu, for good membawa bermaksud pelaku akan pergi untuk selama-lamanya.

• Kata kerja got bermaksud kata kerja yang digunakan untuk menceritakan perbuatan yang lampau.

• Kata baru menunjukkan perbuatan kini dan bukan lampau. Oleh itu, unsur nahu dapat menunjukkan padanan perkataan yang digunakan tidak sesuai atau tidak tepat dari segi terjemahannya.

Page 16: BMM 3112 tjuk 14.pptx

2) Tahu bahasa sasaran/ bahasa penerima dengan baik atau kecekapan dalam bahasa kedua (bahasa sasaran)

Contoh ayat Salah Betul

I don’t know. I feel dead. Everything in the past is gone.

Entahlah. Saya merasakan seakan-akan akan mati. Semuanya tekah hilang.

entahlah,. Saya merasakan seakan-akan mati. Semuanya telah tiada lagi.

Page 17: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Kata kerja hilang dipadankan dengan gone. Kata gone menunjukkan semuanya tiada lagi.

• Kenyataan ini diperkukuhkan dengan ayat yang sebelumnya, manakala hilang

• diterjemahkan secara literal. Dalam konteks bahasa Melayu, kata ini membawa pengertian bahawa sesuatu yang hilang boleh dijumpa semula. Lebih sesuai kata ini dipadankan dengan : Semuanya tiada lagi.

Page 18: BMM 3112 tjuk 14.pptx

3) Tahu subjek yang hendak diterjemahkan iaitu pengetahuan tentang bidang.

• Individu yang tahu dua bahasa belum mencukupi menjadi penterjemah yang baik.

• Penterjemah seeloknya tahu bidang yang hendak diterjemahkan pada peringkat asas.

Page 19: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Contoh ayat Salah Betul

Touching your heart

Menyentuh jantung anda

Menyentuh jiwa anda

Where money lives

Di mana wang hidup

Wang anda cergas sentiasa

Page 20: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Dua contoh di atas merupakan iklan dan pastinya laras bahasa yang digunakan ialah laras bahasa iklan

• Penterjemah yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang iklan supaya terjemahan yang dihasilkan sesuai dan tepat. Pemilihan kata antara jantung atau jiwa bergantung kepada kemahiran penterjemah mentafsir teks asal dan keperluan untuk khalayak.

• Sama juga halnya dengan kata hidup dan cergas sentiasa. Terjemahan iklan mestilah memaparkan idea asal kerana iklan merupakan alat komunikasi yang membawa mesej kepada penggunanya.

• Seseorang yang tidak biasa dengan laras iklan pasti akan melakukan kesalahan dalam menterjemah iklan tersebut.

Page 21: BMM 3112 tjuk 14.pptx

4) Tahu teori dan proses terjemahan

• Pengetahuan tentang teori dan proses penterjemahan akan memperlengkap lagi seseorang untuk menghasilkan terjemahan yang baik.

• Penterjemah perlu tahu prinsip-prinsip terjemahan untuk terjemahan yang bermutu.

Page 22: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Contoh Salah Betul

With the Maybank esteem card. A card that entitles you to enjoy a range of benefits.

Dengan Maybank Esteem Kad. Kad yang menyediakan anda pelbagai kemudahan yang menguntungkan.

Kad Maybank Esteem menyediakan pelbagai kemudahan yang menguntungkan

Page 23: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• teks sumber diterjemahkan melalui dua pendekatan, iaitu formal dan dinamik.

• Seorang penterjemah yang mempunyai pengetahuan tentang teori dan pendekatan dalam penterjemahan dalam membezakan kedua-dua kaedah, dan memilih yang paling sesuai untuk teks tersebut dengan mengambil kira khalayak yang akan membacanya

Page 24: BMM 3112 tjuk 14.pptx

5) Tahu latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran

• Pengetahuan umum tentang subjek lain yang tidak berkaitan secara langsung dengan tajuk terjemahan.

• Norma dan nilai budaya sesuatu bangsa berbeza antara satu dengan yang lain.

Contoh Salah Betul“Several summers ago…”

“Ketika musim bunga dua tiga tahun lalu…”

“Ketika musim panas dua tiga tahun lalu…”

Page 25: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Ciri Utama Teori Terjemahan

Empirisisme (mestilah dipuji)

Determinisme (mestilah boleh diramal)

Kehematan (mestilah mudah)

Keumuman (mestilah tuntas)

Page 26: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Syarat dan keutamaan teori terjemahan

•Penterjemah perlu setia kepada penulis teks asal•Sedar tujuan asal teks tersebut ditulis

Tujuan teks

•Penterjemah perlu kekuatan perasaan dan pujukan dalam teks asal beri kesan sama kepada pembaca

Tujuan terjemah

•Penterjemah perlu kaji pembaca, tahap pendidikan pembaca, latar sosial pembaca dllPembaca dan latar teks

•Penterjemah mesti anggap setiap perbezaan makna ditukis penulis mempunyai makna tersendiri lebih diuatamakan

Mutu karya dan pertanggungjawaban

teks

Page 27: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Teori terjemahan ialah cabang ilmu linguistik yang menghuraikan aspek-aspek bahasa, kebudayaan dan komunikasi yang berperanan dalam amalan terjemahan

• Teori penterjemahan merupakan satu kaedah yang mendasari kerja-kerja penterjemahan

• Teori ini menjadi panduan kepada penterjemah supaya mematuhi peraturan serta mengelakkan melakukan kesilapan dalam penterjemahan

Page 28: BMM 3112 tjuk 14.pptx

•Kaedah tradisional atau pinjaman•Kaedah peniruan•Kaedah penggantian

KAEDAH TERJEMAHAN FORMAL

Page 29: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Kaedah penterjemahan lama menumpukan perhatian terhadap bentuk teks yang diterjemah.

• Cuba mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti:– Rima– Rentak– Bunga bahasa– Ciri nahu

• Memastikan bahan terjemahan menyerupai bentuk teks sumber.

Page 30: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Terjemahan baharu mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca.

• Sambutan pembaca teks penterjemahan hendaklah serupa dengan sambutan pembaca teks sumber dan juga emosi yang dialaminya.

• Kaedah penterjemahan boleh dikategorikan kepada dua iaitu :– Kaedah terjemahan formal– Kaedah terjemahan dinamik

Page 31: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Kaedah Proses Terjemahan Formal

• Kaedah tradisional atau pinjaman

• Kaedah peniruan• Kaedah penggantian

Page 32: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Kaedah tradisional atau pinjaman

• Peminjaman berlaku kerana terdapatnya pertembungan atau kontrak antara dua bahasa yang berbeza. (BM-BI : penjajahan)

• Ditulis miring dalam teks dan diklasifikasikan sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi– Ad hoc, alibi, tort

Page 33: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Kata pinjaman tulen asimilasi lengkap kerana berlaku penyesuaian ortografi dan telah lama diasimilasi ke dalam budaya Melayu sehinga tidak terasa asing dengan lidah Melayu.– Basikal (BI)– Senapang (Belanda)– Pisau (Cina)– Kedai (Tamil)– Dakwah (Arab)– Cukai, pamer (Jawa)– Sekolah (Portugis)

Page 34: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Bloomfield (1933) membahagikan peminjaman kata kepada :– peminjaman budaya – berlaku apabila sempadan

setiap komuniti bahasa perhubungan dengan sempada geografi dan politik

– Peminjaman intimate - kedua-dua bahasa terlibat digunakan dalam domain politik yang sama

– peminjaman dialek – lebih umum kerana angota masyarakat yang berbeza antara satu sama lain

Page 35: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Peminjaman berlaku dalam istilah budaya yang merangkumi organisasi sosial yang berbeza pada tahap dunia (budaya dunia Barat dan Timur)– Memoirs Of A Geisha (Kenang-Kenangan Seorang

Geisha)• Penterjemah mengandaikan unsur dalam satu

budaya atau bahasa itu sendiri bileh dikomunikasikan secara “borne across”.

Page 36: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Kaedah peniruan

• Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman tetapi istilahnya sahaja yang diterjemahkan.

• Dua jenis peniruan :1) Peniruan penyampaian yang tidak mengubah

struktur bahasa sasaran2) Peniruan struktur yang memasukkan lantas

mewujudkan struktur baru dalam bahasa sasaran

Page 37: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Peniruan penyampaian yang tidak mengubah

struktur bahasa sasaran

• Buffet service – servis bufet• Green house – rumah hijau• Social science – sains sosial• Honey moon – bulan madu• Over due – lebih masa

Peniruan struktur yang memasukkan lantas

mewujudkan struktur baru dalam bahasa sasaran

• Miso soup – sup miso• Memoirs Of A Gesiha –

Kenang-Kenangan seorang Geisha.

• Prime minister - perdana menteri

• Mini bus – bas mini

Page 38: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Kaedah penggantian

• Pemindahan warta daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran

• Dalam penggantian, persamaan pada peringkat leksikal dan peringkat sintaksis sedapat mungkin dikekalkan.

• Setiap kata dalam bahasa sumber dapat digantikan persamaannya dalam bahasa sasaran dan pada masa sama struktur ayat bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa peribahan besar.

Page 39: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Bagi teks berunsur sains, penggunaan istilah yang dipinjam daripada BI tetapi diubahsuai ikut ejaan Melayu – juga dikatakan penggantian.– I go to market = saya pergi ke pasar

• Makanan yang menggunakan konsep budaya inggeris– “sweet rice cake” = lempeng pulut manis bukan

kek pulut manis– “rice crackers” = keropok beras

Page 40: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Satu unsur komunikasi silang budaya berlaku apabila terdapat satu ciri yang unik yakni dalam persamaan konsep sesuatu budaya, terdapat perbezaan ciri walaupun kecil telah memberikan istilah yang berbeza.

• Peminjaman konsep berlaku tetapi digantikan dengan istilah bahasa Melayu.

Page 41: BMM 3112 tjuk 14.pptx

KAEDAH TERJEMAHAN DINAMIK

Kaedah transposisiKaedah modulasi

Kaedah persamaanKaedah

penyesuaian

Page 42: BMM 3112 tjuk 14.pptx

KAEDAH TRANSPOSISI

• Transposisi = berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya terjemahan.

• Perlu ubah atau tukar kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat.

• Maksud karya asal perlu dipertahankan walaupun ada pembaharuan dalam kaedah.

Page 43: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Sebab kaedah transposisi perlu digunakan :

• Menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara paling bersahaja

• Menjelaskan kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan.

Page 44: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Jenis transposisi• Transposisi wajib– Cara terjemahan paling

lazim dan bersahaja dalam bahasa sasaran.

We thank you for your cooperation.

Atas/kerana kerjasama tuan itu, kami ucapkan terima kasih.After he returns.Selepas dia pulangSelepas kepulangannyaSekembalinya

• Transposisi pilihan– Terdapat beberapa cara

menterjemahnya dan tetap diterima

Page 45: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Non-magic people (more commonly known as Muggles) (1)

Manusia biasa atau yang bukan ahli sihir (lebih dikenali sebagai Muggle) (2)

Were particularly afraid of (2) Sangat takut akan ilmu sihir (3)

Magic in medieval times, (3) Pada zaman pertengahan, (1)

But not very good at recognising it. (4) Tetapi tidak tahu-menahu langsung tentang ilmu itu (4)

• Kaedah transposisi penterjemah dapat memanipulasi keupayaan bahasa sasaran dengan baik tanpa menjejaskan maksud ayat.

• Unsur dinamik ini membolehkan penterjemah mendapat ruang yang lebih besar bagi menyampaikan maksud penulis teks asal

Page 46: BMM 3112 tjuk 14.pptx

KAEDAH MODULASI

• Tujuan : menyampaikan warta dengan gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan mudah difahami.

• Terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi wartanya tidak berubah

Page 47: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Saturday night– malam minggu/Ahad

• In either case, the energy that we obtain ultimately originates from starch.– Dalam kedua-dua hal, tenaga yang kita peroleh

pada peringkat akhir berasal dari kanji.• Harry Potter dan Bilik Rahsia. Perkataan

“sorting hat” diterjemah kepada “topi pengisih”– Perubahan makna tidak begitu ketara tetapi

perkataan “sorting” digantikan dengan mengisih dalam konteks penceritaan tidak memberikan kesan yang besar.

Page 48: BMM 3112 tjuk 14.pptx

KAEDAH PERSAMAAN

• Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat atau persamaan bersahaja.

• Persamaan bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa.

• berupa, mempunyai atau penuh dgn kiasan: sebuah ungkapan yg ~; 2. mengikut jalan bahasa (loghat dsb) tertentu: mereka bercakap dlm bahasa Sepanyol yg lancar dan

Page 49: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Umumnya, tiada dua perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang berlainan.

• Oleh hal yang demikian, penterjemahan menggunakan persamaan tepat dan paling dekat maknanya.

Page 50: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Persamaan terdekat– Race (sosiology) = ras– National = nasional, negara, kebangsaan

• Persamaan bersahaja– Race = bangsa, puak, orang, kaum, keturunan– Big and small = kecil besar

• Perbezaan budaya– Ouch! =aduh!– Go to hell = persetankan! Pergi jahanam!

• Idiom dan tatabahasa– Live from hand to mouth = hidup kais pagi makan pagi,

kais petang makan petang– To kill two birds with one stone = sambil menyelam

minum air

Page 51: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Nida (1964) : kenal pasti dua jenis persamaan :– Formal = tumpu kepada mesej dalam bentuk dan

kandungan.– Dinamik = berasaskan kesan persamaan iaitu

hubungan antara oenerima dan mesej bahasa sumber.• Barely alive = nyawa-nyawa ikan. Dalam teks asal tidak

menyebut langsung tentang ikan namun dari segi maksud, terjemahan menggunakan kaedah tersebut telah menyampaikan mesej kepada pembaca.

Page 52: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Susan Bassnett, persamaan dalam terjemahan tidak seharusnya mengambil pendekatan pencarian persamaan semata-mata kerana persamaan tidak mungkin wujud dalam dua versi bahasa sumber bagi teks yang sama, apatah lagi bahasa sumber dan bahasa sasaran.

Page 53: BMM 3112 tjuk 14.pptx

KAEDAH PENYESUAIAN

• Kaedah ini menggabungkan beberapa kaedah seperti modulasi, transposisi dan persamaan.

Transposisi - kata sifar (ungkapan)Modulasi - perhatian (arahan)Persamaan - struktur berbeza

Page 54: BMM 3112 tjuk 14.pptx

• Kaedah paling banyak di gunakan kerana kebebasan menentukan gaya tersendiri bagi seseorang penterjemah.

• Faktor pemilihan:– ringkas atau kompleks sesuatu teks– jenis atau fungsi teks (risalah, am atau teknikal)– bidang teks (sastera, agaman, sains atau

teknikal)– peringkat teks (kanak-kanak, SR, SM atau

pengajian tinggi)

Page 55: BMM 3112 tjuk 14.pptx

Sekian, terima kasih

atas perhatian anda….