tugasan b_bml 3083

Upload: anuar-jais

Post on 03-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Tugasan B_BML 3083

    1/7

    Pengenalan.

    Bidang semantik atau makna,merupakan cabang daripada ilmu linguistik kerana ia meliputi

    bahasa dan sekiranya tidak ada unsur makna ianya tidak akan menjadi sempurna.

    Bloomfield (1992) dalam Nik Safiah, (2003) telah mentakrifkan makna sebagai situasi

    apabila penutur telah mengatakan sesuatu dengan gerak balas yang telah dijangkakan

    daripada pendengarnya. Menurut Nik Safiah (2003), sebagai satu bidang linguistik, semantik

    adalah bidang yang mengkaji makna atau maksud dalam bahasa. Semantik (kajian makna)

    adalah satu bidang yang sangat luas, mencakupi sebahagian besar daripada struktur dan

    fungsi bahasa. Selain daripada itu semantik juga boleh mengkaji masalah dalam kajian

    psikologi, falsafah dan antropologi. Untuk tujuan penulisan ini, penulis akan menggunakan

    beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu seperti makna konseptual, makna konotatif,

    makna afektif, makna asosiatif, dan makna denotatif. Melalui penulisan ini, jenis-jenis maknaini dapat dihuraikan untuk memberikan gambaran dari segi maksud tersurat dan tersirat.

    Makna Konseptual.

    Makna konseptual merupakan konsep makna yang paling penting dalam bahasa. Tanpa

    mengaitkan makna konseptual tersebut, kita tidak mungkin dapat menentukan maksud,

    memahami ungkapan atau membuat tafsiran terhadap sesuatu perkataan. Pemahaman

    konsep adalah sangat penting. Menurut Abdul Chaer (1990), maksud konsep adalah

    meliputi komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan, atau konsep lainnya. Menurut

    Leech (1974) di dalam makna konseptual terdapat konsep asas yang menjadi pokok dalam

    komunikasi linguistik. Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang

    menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran. Interpretasi yang

    pelbagai boleh wujud kerana manusia sentiasa meluahkan akal fikiran yang berbeza. Ogden

    dan Richards (1923) dalam Nik Safiah Karim, (2003) telah membuat satu formulasi iaitu

    segi tiga semiotik. Mengikut formulasi ini manusia akan berfikir dahulu sebelum

    menuturkan sesuatu perkataan. Oleh itu dalam formulasi ini, segitiga semiotik meletakkan

    pemikiran itu pada tahap yang tertinggi sekali.

    Menurut Palmer (1982), organisasi makna konseptual adalah sesuatu yang rumit dan

    sofistikated. Sebagai contoh, mengikut Kamus Dewan (2001) perkataan wanita dan

    perempuanmempunyai makna yang sama iaitu manusia dewasa yang bukan laki-laki. Di

    sini Leech (1974), mengaitkan konsep dengan dua prinsip iaitu, prinsip konstrastif dan

    prinsip struktur konstituen. Sebagai contoh, maksud antara wanita dan perempuan adalah

    berbeza. Dimana wanita boleh dimaksudkan sebagai wanita beriman, wanita bekerja,

  • 7/29/2019 Tugasan B_BML 3083

    2/7

    wanita dewasa dan wanita sopan. Manakala perkataan perempuan, ia menjadi kurang

    sesuai untuk diucapkan untuk maksud di atas.

    Jelaslah di sini bahawa konsep telah memainkan peranan penting kepada manusia untuk

    mendefinasi, memahami, mentakrif dan memutuskan sesuatu buah fikiran. Tanpa konsep,

    kita sebenarnya tidak mungkin berupaya mewujudkan makna sebenar sesuatu perkataan.

    Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada bentuk ayat atau situasi

    penggunaannya. Oleh itu, menurut Palmer (1992), makna konseptual atau makna sesuatu

    keadaan sering juga disebut sebagai makna gramatikal. Makna gramatikal pula boleh

    dibezakan dengan makna leksikal. Apabila makna leksikal itu berkaitan dengan makna

    leksem yang sesuai dengan rujukannya, maka makna gramatikal ini adalah makna yang

    wujud sebagai akibat berlakunya proses gramatikal. Contohnya, perkataan yang ada unsur-

    unsur pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan seperti ber-dalam berlari, kedai-kedai

    yang membawa maksud banyak kedai dan penghasilan kata majmuk buku ceritadaripada

    gabungan buku dan cerita.

    Makna Konotatif.

    Makna konotatif ialah makna yang ada hubungan dengan nilai positif, nilai negatif mahu pun

    nilai rasa. Jika nilai rasa tidak ada, maka sifat perkataan itu mungkin tidak akan memihak

    kepada mana-mana makna. Sebagai contoh, perkataan perempuandan wanitamempunyai

    makna denotatif yang sama, namun kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang

    berlainan. Di mana perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah berbanding

    dengan perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Begitulah juga halnya dengan

    perkataanjantandan lelaki. Perkataan babi dan khinzirjuga boleh membawa maksud yang

    sama. Masyarakat yang beragama Islam mempunyai nilai rasa yang berlainan dengan

    tafsiran masyarakat bukan Islam. Menurut umat Islam, babi itu binatang yang haram, jijik,

    kotor, najis atau sesuatu yang membawa makna yang negatif, manakala bagi masyarakat

    bukan Islam, babi itu binatang yang boleh dipelihara dan boleh dimakan.

    Makna konotatif ini juga boleh berubah berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu.

    Contohnya perkataan khalwat, mengikut Kamus Dewan (2004) perkataan ini pada asalnya

    membawa maksud suluk, iaitu duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan diri

    ditempat yang sunyi untuk menenangkan fikiran, bertafakur dan beribadah kepada Allah.

    Kini, maksud perkataan ini telah berubah, daripada pengasingan diri telah menjadi duduk

    berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi, di antara lelaki dan perempuan

    yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu

    perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan, 2004).

  • 7/29/2019 Tugasan B_BML 3083

    3/7

    Makna Konotatif ini boleh juga dilihat kepada beberapa aspek lain iaitu, pertama, makna

    konotatif tidak spesifik pada bahasa sahaja tetapi telah dikongsi bersama oleh sistem

    komunikatif seperti seni muzik dan seni visual. Sebagai contoh, barangan yang diiklankan di

    televisyen tidak sama seperti barangan yang dijual dipasaran. Kedua, makna konotatif juga

    bersifat periferal. Makna konotatif sering kali menjadi tidak stabil dan bervariasi menurut

    budaya, bergantung kepada tempoh masa dan pengalaman individu. Bagi orang yang

    terpelajar, dan berpengalaman makna sesuatu perkataan tidak sama dengan orang biasa

    semasa mereka berhujah atau memberi pendapat. Ketiga, maksud konotatif susah

    dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Pengucapan kata-kata halus, sedap

    didengar, tepat dan kena pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat

    Melayu. Sebagai contoh, perkataan kudapan telah digunakan untuk menggantikan makan

    dan minum pagi dengan mengambil sedikit kuih-muih. Ia dimaksudkan sebagai minum dan

    makan sedikit minuman kopi dan kuih-muih sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis

    antara waktu sarapan pagi dan makan tengah hari atau pada waktu minum petang atau

    selepas makan malam (Kamus Dewan, 2004).

    Makna Denotatif.

    Nik Safiah (2003), makna denotatif dimaksudkan sebagai makna yang sesuai dengan

    pemerhatian, penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya oleh penutur

    dan pendengar. Oleh itu, makna denotatif berkait rapat dengan penerangan terhadap fakta

    yang bersifat objektif. Sewajarnya ia boleh disebut sebagai makna sebenar, makna asal,

    makna mutlak atau makna dasar. Sebagai contoh, perkataan perempuan dan wanita

    mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan laki-laki, begitu juga

    dengan perkataan gadis dan perawan yang ditakrifkan sebagai wanita yang belum

    bersuami dan pasangan perkataan isteridan biniyang bermaksud wanita yang mempunyai

    suami (Kamus Dewan, 2004). Perkataan melantak, makan, sarapan, atau soru,

    kesemuanya dikaitkan dengan makan. Walau bagaimana pun perkataan melantakitu lebihkasar, tidak sedap didengar dan tidak mengikut adab yang sering dikaitkan dengan orang

    Melayu. Sering kali masyarakat mempunyai sudut pandangan yang berbeza walaupun

    perkara yang dibicarakan itu sama. Contohnya, pada masa dahulu perkataan aku tidak

    selalu digunakan kerana rasanya keras dan tidak sedap didengar. Kini, kebanyakan anak

    muda mengunakan perkataan aku untuk diri mereka apabila berkomunikasi dengan orang

    lain. Ini adalah bukti bahawa nilai rasa sudah menurun dalam kalangan penutur bahasa

    Melayu.

  • 7/29/2019 Tugasan B_BML 3083

    4/7

    Menurut Nik Safiah (2003), makna denotatif juga boleh merujuk perbezaan antara makna

    referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada atau tidak ada rujukan bagi

    perkataan-perkataan berkenaan. Seterusnya beliau menyatakan, apabila perkataan

    mempunyai rujukan, maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial, contohnya

    perkataan seperti bola, selipar dan pakaian. Perkataan seperti kerana, namun, walaupun

    yang tidak mempunyai referendikenali sebagai makna nonreferensial. Manakala perkataan

    yang termasuk dalam kategori kata penuh seperti minum, baring, cerdik, jelita tergolong

    sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. Perkataan-perkataan yang

    tergolong dalam kata tugas seperti kata hubung, kata sendi namadan kata bantutermasuk

    dalam perkataan nonreferensial.

    Makna Afektif.

    Makna afektif mempunyai persamaan dengan perasaan dan emosi, tidak pada fikiran atau

    daya berfikir (Kamus Linguistik, 1997). Kita boleh memberi makna sesuatu ungkapan itu

    berdasarkan ucapan yang disampaikan menerusi nada, intonasi, dan tekanan yang

    memungkinkan kita membuat penafsiran tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa

    ianya diucapkan. Makna afektif dapat merasakan perasaan dan sikap yang ingin dizahirkan

    oleh seseorang penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan

    supaya dapat diperjelaskan dengan baik. Perasaan yang wujud itu mungkin positif dan

    mungkin juga negatif. Di dalam hal ini Abdullah & Ainon (1994) telah memberi contoh seperti

    berikut; kata rajin, ikhlas, baik hati, jujur akan menimbulkan kata afektif yang positif,

    sedangkan korupsi, kolusi dan jenayahmenimbulkan makna afektif yang negatif.

    Makna afektif selalunya disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu

    perkataan yang diujarkan. Contohnya, Hoi, badak air!, nyah kau dari sini, Dah tak

    sanggup aku melihat muka kau!. Apabila ungkapan ini diujarkan dengan nada yang tinggi,

    kita boleh mengenalpasti dengan tepat perasaan penutur ketika itu. Jelaslah, intonasi

    seperti tinggi rendahnya suara juga merupakan elemen yang amat penting bagimenyampaikan buah fikiran yang boleh mengambarkan samada kita suka atau tidak suka

    kepada seseorang. Nada sesuatu ungkapan boleh mengubah perasaan atau penerimaan

    sesuatu ujaran terhadap orang yang menerima ujaran tersebut. Makna afektif sangat

    berperanan penting dalam menyusun teks iklan (Abdullah & Ainon, 1994). Contohnya, Teh

    nikmat berkhasiat. Nikmat dan khasiat mempunyai nilai rasa yang positif, kerana kata

    nikmat dan khasiat menimbukan asosiasi dan perasaan positif orang yang mendengarnya.

    Makna Afektif adalah istilah yang dipakai untuk menyatakan makna yang mencerminkan

    perasaan peribadi seorang penutur. Perkara ini termasuklah sikapnya terhadap pendengar,

  • 7/29/2019 Tugasan B_BML 3083

    5/7

    atau sikapnya mengenai sesuatu yang dikatakannya. Secara eksplisit makna ini diwujudkan

    dengan kandungan konseptual atau konotatif dari kata-kata yang diujarkan atau

    dipergunakan. Intonasi, gema suara, stress adalah faktor-faktor yang sangat mempengaruhi

    penggunaan bahasa dengan tujuan makna afektif. Sebagai contoh untuk kata pergi jika

    diucapkan dengan intonasi datar menurun, boleh bermakna ajakan. Namun jika diucapkan

    dengan intonasi sarkastis dan dengan sedikit tambahan kata lain seperti pada kata pergi

    kau sial, ia akan membawa makna yang lain. Makna yang ditimbulkan dalam kata tersebut

    boleh berupa rasa kesal yang sangat dalam sehingga terkeluarnya kata-kata nista tersebut.

    Makna Asosiatif.

    Menurut Leech (1976), makna asosiatif ditakrifkan sebagai makna yang dimiliki oleh sebuah

    kata dengan kata yang lain dan ia termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik,

    makna afektif, makna refleksi dan makna kolokatif. Manakala menurut Kamus Linguistik,

    (1997), makna asosiatif adalah perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan dan

    pertalian. Menurut Palmer, (1992), makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam

    pemikiran seseorang apabila mendengar perkataan tertentu. Oleh itu asosiasi akan

    dipengaruhi oleh unsur-unsur psikologi, pengetahuan dan pengalaman seseorang.

    Makna asosiasi adalah simbol yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai

    persamaan dengan sifat, keadaan, atau ciri yang terdapat dalam konsep asal kata atau

    perkataan tersebut. Contohnya, perkataan buaya dikaitkan dengan jahat atau ganas

    atau membawa makna seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu wanita. Begitu juga

    halnya dengan perkataan mawar yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang

    berwarna putih yang cantik dan berbau harum. Ianya boleh dinyatakan sebagai

    perlambangan bersih dan suci. Justeru, sesuatu yang berasosiasi berkait rapat dengan

    makna konotatif, stilistik, afektif, reflektif dan kolokatif. Contohnya makna konotatif termasuk

    dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa

    terhadap perkataan itu. Makna afektif banyak digunakan dalam komunikasi lisan kerana iaberkait rapat dengan emosi yang dinyatakan oleh penutur terhadap pendengar atau

    terhadap objek yang dibicarakan dan dipersembahkan dengan penuh semangat, nada dan

    intonansi.

    Sebenarnya terdapat banyak perkaitan makna asosiatif di dalam sesebuah masyarakat dari

    segi bahasa akibat daripada pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang

    hampir serupa. Tidak dapat dinafikan bahawa makna asosiatif sememang mempunyai

    peranan yang utama dalam menyusun teks sesuatu iklan dan bukan sahaja makna rujukan

    sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif mempunyai peranan yang penting untuk

  • 7/29/2019 Tugasan B_BML 3083

    6/7

    penutur dan pendengar memahamkan sesuatu wacana kerana makna asosiatif dapat

    menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana.

    Seterusnya Palmer, (1992), menerangkan bahawa tafsiran bagi sebuah puisi tidak dapat

    diasingkan daripada makna asosiatif kerana tafsiran sesebuah puisi menjadi lebih senang

    apabila seseorang itu memahami makna asosiatif.

    Penutup.

    Banyak sekali ahli yang memberikan pengertian tentang makna kata, ada ahli yang

    memberikan 16 definisi tentang makna (Odgen dan Richard, 1923 dalam Abdullah & Ainon

    (1994)), sementara itu Carles Morris (1994) dalam Nik Safiah, (2003) berpendapat bahawa

    pernyataan-pernyataan akan makna biasanya membuang sejemput unsur yang ada pada

    sasaran gejala makna. Alesandro Duranti (2000) mengertikan makna sebagai hubungan

    antara tanda. Richard E Palmer (2005) mendefinisikan makna lebih kepada isi teks yang

    akan dibahas dalam sebuah karya sastera. Makna dipandang Odgen dan Ricard (1923)

    dalam Abdullah & Ainon, (1994) sebagai hasil dari interpretasi dan tafsiran terhadap sebuah

    teks. Manakala Cruse (2000) telah mengemukakan bahawa makna terdiri dari makna yang

    mencakupi makna kata secara umum, makna leksikal dan makna gramatikal, makna kata

    dan makna kalimat, serta kemungkinan-kemungkinan makna yang muncul dari masing-

    masing kata.

    Kesimpulannya bidang semantik mempunyai banyak cabang dalam bidangnya. Semantik

    juga boleh dipecahkan kepada beberapa jenis. Jenis makna dapat dibahagikan berdasarkan

    beberapa kriteria dan sudut pandangan. Antara jenis-jenis itu telah dibincangkan di atas

    berserta dengan contoh untuk menambah kefahaman kita. Perbincangan ilmu semantik

    akan melibatkan semua konsep yang terkandung dalam makna. Konsep yang terlibat

    meliputi semua bidang termasuk keadaan, tindakan, proses atau benda. Dalam aspek

    penggunaan bahasa, tujuan utamanya ialah untuk menjelaskan maksud atau makna. Jadi

    dengan mempelajari semantik ianya telah dapat memberi kefahaman yang jelas secarasedar atau pun tidak sedar, kita sebenarnya telah menuturkan atau mempamerkan tingkah

    laku yang mempunyai makna atau maksud yang tertentu tanpa kita sedari.

  • 7/29/2019 Tugasan B_BML 3083

    7/7

    Bibliografi.

    Abdul Chaer (1994), Linguistik Am,Jakarta, Penerbit Rineka Cipta

    Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    Alesandro Dranti. Cambridge Textbook in Linguistics Linguistic Anthropology. CambridgeUniversity Press. United Kingdom. 2003.

    D. Alan Cruse. Meaning in Language an Introduction to Semantics and Pragmatics. OxforUniversity Press. New York.2000.

    Kamus Dewan(2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Leech, G. (1974). Semantics. Penguin Books. London.

    Nik Safiah Karim, (2003). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur: DewanBahasa dan pustaka.

    Palmer, F.R. (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.