tugasan b edu

7
TUGASAN B SEKOLAH BERKESAN MEMERLUKAN KEPIMPINAN YANG BERKESAN DAN PERLU MEMPUNYAI PENGURUSAN STRATEGIK UNTUK MEMENUHI KEHENDAK DAN TUNTUTAN ALAF BAHARU. BINCANGKAN HUJAH INI DENGAN MEMBERIKAN JUSTIFIKASI YANG MENUNJUKKAN PENTINGNYA KEPIMPINAN GURU BESAR DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN SEKOLAH. JELASKAN BAGAIMANA GURU BESAR DAPAT MEREALISASIKAN USAHA MELAHIRKAN SEKOLAH YANG BERKESAN Wawasan 2020 bermatlamatkan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan menjelang 2020. Bagi mencapai Wawasan 2020 ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk merealisasikan Wawasan 2020 . Ini termasuklah meningkatkan mutu pendidikan terutamanya dari segi sains dan teknologi. Selaras dengan itu, kerajaan telah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau. Keberjayaan matlamat ini sudah pasti bermula dari peringkat sekolah lagi. Apabila sekolah diberikan tanggungjawab sudah pasti tempiasnya diperolehi oleh guru besar. Ini kerana guru besar merupakan pemimpin yang memimpin serta menerajui pentadbiran sesebuah sekolah. Maka guru besar dipertanggungjawabkan secara tidak langsung dalam keberjayaan Wawasan 2020 ini. Kepimpinan seseorang guru besar dalam memimpin dan mengurus sekolah bukan sahaja dapat menentukan kejayaan sekolah tersebut, tetapi juga dengan gaya kepimpinanya dan cara pengurusanya , visi dan misinya, guru besar dapat menentukan hala tuju sekolah yang diuruskanya. Maka

Upload: yuhanis-yunus

Post on 11-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan b Edu

TUGASAN B

SEKOLAH BERKESAN MEMERLUKAN KEPIMPINAN YANG BERKESAN DAN PERLU

MEMPUNYAI PENGURUSAN STRATEGIK UNTUK MEMENUHI KEHENDAK DAN

TUNTUTAN ALAF BAHARU.

BINCANGKAN HUJAH INI DENGAN MEMBERIKAN JUSTIFIKASI YANG MENUNJUKKAN

PENTINGNYA KEPIMPINAN GURU BESAR DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN

SEKOLAH. JELASKAN BAGAIMANA GURU BESAR DAPAT MEREALISASIKAN USAHA

MELAHIRKAN SEKOLAH YANG BERKESAN

Wawasan 2020 bermatlamatkan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara

yang maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan menjelang 2020. Bagi

mencapai Wawasan 2020 ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk

merealisasikan Wawasan 2020 . Ini termasuklah meningkatkan mutu pendidikan terutamanya

dari segi sains dan teknologi.

Selaras dengan itu, kerajaan telah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan

Pendidikan Serantau. Keberjayaan matlamat ini sudah pasti bermula dari peringkat sekolah

lagi. Apabila sekolah diberikan tanggungjawab sudah pasti tempiasnya diperolehi oleh guru

besar. Ini kerana guru besar merupakan pemimpin yang memimpin serta menerajui pentadbiran

sesebuah sekolah. Maka guru besar dipertanggungjawabkan secara tidak langsung dalam

keberjayaan Wawasan 2020 ini.

Kepimpinan seseorang guru besar dalam memimpin dan mengurus sekolah bukan sahaja

dapat menentukan kejayaan sekolah tersebut, tetapi juga dengan gaya kepimpinanya dan

cara pengurusanya , visi dan misinya, guru besar dapat menentukan hala tuju sekolah yang

diuruskanya. Maka seseorang guru besar ini merupakan punca pengerak kepada

kecemerlangan sekolah yang ditadbirnya.

Sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi pengurusan sekiranya mempunyai kepimpinan

guru besar yang dinamik dan berkesan, pengurusan kurikulum yang lebih tersusun dan

pemantauan keberkesanan perjalankan pengurusan sekolah. Dengan erti kata lain, seorang

guru besar mempunyai autonomi dalam mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih

berkesan dan dengan acuannya sendiri dalam mencapai kejayaan pencapaian murid-murid.

Page 2: Tugasan b Edu

Untuk itu guru besar mestilah mempunyai satu set penampilan sama ada dari segi akhlak

ataupun kepimpinan yang menjadi contoh dan teladan kepada orang bawahanya. Sikap yang

dipamerkan oleh guru besar bukan sahaja boleh dibanggakan tetapi menjadi ikutan kepada

guru-guru yang dibawah pengurusanya.

Guru besar yang ingin menerajui sekolah di bawah pimpinanya, perlulah mempunyai keyakinan

yang tinggi dalam gaya kepimpinanya dan bersungguh dalam membawa sekolah dalam

mencapai kejayaan . Ini kerana guru besar dibertanggungjawabkan dalam semua kegiatan

yang terlibat didalam sekolah. Guru besar juga menjadi penggerak kepada guru-guru lain dalam

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu guru besar juga dapat

meningkatkan keprofesionalisme guru-guru di sekolahnya. Guru besar juga bertanggungjawab

dalam meningkatkan semangat dan dorongan kepada guru-guru untuk menanamkan rasa

tanggungjawab guru terhadap murid-murid.

Sebagai seorang pemimpin, guru besar tidak dapat lari dari membimbing, serta memberikan

galakkan serta melaksanakan pemantauan dalam usaha meningatkan serta mengekalkan

kualiti dan mutu pendidikan. Dari semasa ke samasa, guru besar senantiasa mengelola,

mengawasi dan menyelaraskan aktiviti dalam proses meningkatkan pencapaian mutu

pendidikan murid-murid. Guru besar yang proaktif dan progresif juga dapat meyeimbangkan

perjalanan program kurikulum serta ko-kurikulum secara menyeluruh. Ini kerana melalui

keseimbangan inilah kemenjadian murid-murid dapat dicapai. Selain dari itu strategic

pengurusan yang seimbang ini dapat menjadikan keberkesanan sekolah dibawah pentadbiran

guru besar .

Kepimpinan guru besar yang baik juga dapat dilihat dari segi pembinaan dan pembentukan

imej sekolah yang baik. Guru besar perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam

merangsang iklim sekolah yang positif. Kejayaan sesebuah sekolah terletak di dalam tangan

seorang guru besar. Guru besar perlu mempunyai kebolehan untuk membawa perubahan

dalam iklim sekolah yang lebih efektif. Guru besar dengan gaya kepimpinan yang positif dapat

membawa perubahan kepada cara pentadbiran yang lebih realistik. Kepimpinan guru besar dan

juga ketegasan guru besar mampu membawa anjakan paradigma kepada guru-guru dan murid-

murid seterusnya kepada sekolah. Berdasarkan instrumen profil iklim di sekolah-sekolah yang

berkesan , guru besar ,guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih

positif. Guru besar yang mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah mampu menjana

pengurusan sekolah. Guru besar sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha meningkatkan

Page 3: Tugasan b Edu

profesionalisme guru-guru dibawah pimpinanya. Murid-murid pula merasa seronok menjadi

murid di sekolah itu.

Guru besar di sesebuah sekolah mestilah mempunyai kebolehan untuk menginterprstasikan

perubahan dengan cara kepimpinan yang bersesuai dengan iklim sekolah di bawah

pentadbiranya. Gaya kepimpinan yang sesuai dan tepat dapat menjadikan guru besar sebagai

seorang pemimpin yang efektif dalam membawa matlamat dan visinya tercapai. Perubahan

yang dibawa oleh guru besar bukan sahaja akan membawa kepada cara pengurusan

sekolahnya, tetapi juga cara guru-guru bekerja. Guru besar yang berdisiplin dan tegas,

membawa perubahan yang lebih drastic kepada cara pengurusan .

Setiap guru mempunyai cara kepimpinan yang tersendiri. Kemampuan seseorang guru besar

untuk mengubahsuai gaya kepimpinanya mengikut acuannya tersendiri diukur apabila adanya

kerjasama diantara guru besar dengan guru-guru dan staf sokongan di sekolahnya. Selain dari

itu, pencapaian murid-murid dan keseluruhan organisasinya yang terlibat dapat menunjukkan

kejayaan di bawah hasil pimpinanya.

Guru besar yang mempunyai ketinggian ilmu pendidikan dianggap sebagai sumber pendidikan

oleh guru-guru lain. Guru besar sentiasa dirujuk oleh guru-guru dalam meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran. Guru mengangap pengetua sebagai orang penting dalam

kehidupan disekolah. Guru besar sentiasa menyampaikan dan menjelaskan apa yang

dipercayainya tentang misi dan visi serta matlamat dan tujuan serta tanggungjawab dalam

memperkasakan sekolah di bawah pimpinanya.

Selain dari itu guru besar juga bertindak sebagai pemimpin simbolik. Kepimpinana guru besar

yang meminimumkan peranan sebagai ketua yang hanya memeberikan isyarat semata-mata.

Sebaliknya, guru besar juga turut serta dalam aktiviti seperti melawat bilik darjah setiap hari.

Selain dari itu, guru besar juga senantiasa mendekatkan diri kepada murid-murid dan

mengambil berat tentang masalah serta keperluan murid-murid. Ini secara tidak langsung dapat

menurangkan masalah disiplin murid-murid dan sekaligus dapat meningkatkan mutu

pencapaian murid-murid . Secara tidak langsung guru besar dapat meningkatkan keberkesanan

pengurusan sekolah dibawah kepimpinanya.

Guru besar perlu mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan juga murid-

murid di ambil kira untuk dipraktikkan. Guru besar juga melibatkan staf dalam pembuatan

keputusan. Guru besar juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan

Page 4: Tugasan b Edu

penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian

mereka. Pihak pentadbiran bersama-sama dengan guru besar mempunyai program

pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesional dikalangan guru-

guru.Manakala murid-murid di sekolah berkesan digalakkan bekerjasama dalam aktiviti

pembelajaran mereka. Selain dari itu, penglibatan murid-murid dalam aktiviiti ko-kurikulum juga

mengembangkan potensi keberkesanan sesebuah sekolah.

Selain dari itu , guru besar perlu memastikan perpaduan diantara staf sokongan,guru-guru dan

murid-murid adalah akrab . Ini menjadi agenda utama guru besar dalam mengembleng tenaga

yang beraneka ragam di sekolah di bawah kepimpinanya. Guru besar memastikan kesemua

warga sekolah bekerjasama sebagai satu pasukan dan sebagai satu keluarga serta mempunyai

hubungan yang akrab serta bersatu dalam menuju visi dan misinya. Guru besar dapat membina

persafahaman diantara warga sekolahnya dalam mengorganisasikan kepimpinanya.

Justeru itu, guru besar memastikan kemuafakatan diantara guru-guru dan murid-murid adalah

baik. Hubungan yang kukuh diantara guru dan murid mampu meningkatkan akademik murid-

murid.Melalui pemuafakatan ini, keyakinan murid terhadap guru dan pengurusan sekolah

bertambah dan ini sedikit sebanyak mengurangkan masalah disiplin, ini seterusnya dapat

membentuk sekolah berkesan.

Kepimpinan seorang guru besar mampu menjana serta mengembleng keseluruhan tenaga

orang-orang di bawah pimpinanya, akan membawa kejayaan kepada sekolah tersebut.

Kepimpinan guru besar yang berwibawa dalam dunia pendidikan yang semakin kompetetif

sesunguhnya dapat mencapai keberkesanan sekolah diperingkat yang lebig tinggi

Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah,reformasi atau program pembaikan

sekolah harulsah merupakan tindakan pembangunan dalaman sekolah. Sememangnya dalam

pelaksanaan reformasi disekolah, penglibatan guru besar bersama-sama dengan warga

sekolah digabungkan demi membentuk sekolah berkesan.

Page 5: Tugasan b Edu

RUJUKAN

Bagaimana melahirkan sekolah berkesan. Diperoleh dari

http://tuanmat.tripod.com/sekberkesan.html

Gaya Kepimpinan Guru Besar. Diperoleh dari http://ir.unimas.my/3682/1/Gaya

%20Kepimpinan%20Guru%20Besar%20Dengan%20Keberkesanan%20Sekolah%20Kajian

%20Di%20Daerah%20Saratok,%20Sarawak.pdf

Konsep Sekolah Berkesan. Diperoleeh dari http://cikgustudent.blogspot.com/2013/04/konsep-

sekolah-berkesan-dan.html

Mengukur keberkesanan sekolah . Diperoleh dari

http://www.academia.edu/528164/Mengukur_keberkesanan_sekolah_Satu_perspektif_daripada

_kerangka_konsep_The_Balanced_Scorecard_

Gaya Kepimpinana guru besar . Diperoleh dari http://ir.unimas.my/3682/1/Gaya%20Kepimpinan

%20Guru%20Besar%20Dengan%20Keberkesanan%20Sekolah%20Kajian%20Di%20Daerah

%20Saratok,%20Sarawak.pdf

Kepimpinan Guru besar di sekolah. Diperoleh dari

http://kolaborasi-ilmu.blogspot.com/2012/11/kepimpinan-guru-besar-di-sekolah.html