tugasan a&b

9
1 1.0 PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang sangat dititikberatkan dalam pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah rendah adalah untuk menggalakkan kep elbagaian kaedah mengaja r. Guru boleh memilih pendekatan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi dan berinteraksi. Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), matlamat KSSR bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea Matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Oleh itu, bersesuaian dengan kehendak KSSR ini, para pendidik haruslah menggunakan bahan bantu mengajar sebagai bahan alternatif untuk mewujudkan suasan pembelajaran yang efektif di kalangan murid-murid agar dapat mencapai kesemua tahap yang telah ditetapkan dalam matlamat KSSR tersebut.

Upload: siti-ainizah

Post on 12-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esaimen

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANProses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang sangat dititikberatkan dalam pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah rendah adalah untuk menggalakkan kepelbagaian kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi dan berinteraksi.Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), matlamat KSSR bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea Matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Oleh itu, bersesuaian dengan kehendak KSSR ini, para pendidik haruslah menggunakan bahan bantu mengajar sebagai bahan alternatif untuk mewujudkan suasan pembelajaran yang efektif di kalangan murid-murid agar dapat mencapai kesemua tahap yang telah ditetapkan dalam matlamat KSSR tersebut.

2.0 TUGASAN A : HASILKAN SATU AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH UNTUK MENGAJAR SEKUMPULAN MURID TENTANG KAEDAH ALTERNATIF UNTUK TOPIK OPERASI DAN PENGIRAANSaya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu aktiviti pembelajaran di sekolah sewaktu menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan menggunakan kaedah alternatif untuk topik operasi dan pengiraan. Oleh yang demikian, semasa saya menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Jalan 3 Bangi, saya telah merancang suatu kaedah alternatif operasi tambah dan tolak untuk diajarkan kepada murid Tahun 2. Saya telah menjalankan tiga kaedah iaitu find me, kaedah simulasi dan kaedah kira dan padankan. Berikut merupakan langkah-langkah yang saya telah saya jalankan sepanjang sesi pengajaran itu berlaku.LANGKAH 1Sesi pengajaran Matematik ini, saya telah jalankan di dalam perpustakaan yang mana ia melibatkan sekumpulan murid lelaki dan perempuan. Bagi permulaan pengajaran, saya telah mengenal pasti terlebih dahulu pengetahuan sedia ada murid tentang nombor serta operasi dan pengiraan. Selepas itu, saya memperkenalkan dulu asas 10 iaitu nombor satu sehingga sepuluh bagi meningkatkan kefahaman murid tentang nombor. Saya telah menggunakan bahan maujud seperti gula-gula untuk memastikan murid lebih cepat memahami dan nampak akan nombor satu sehingga sepuluh.

LANGKAH 2Setelah murid mengenali nombor satu sehingaa sepuluh, saya menayangkan satu video untuk mengenalpasti perkataan yang bersesuaian dengan operasi tambah dan tolak seperti baki, beza, persamaan dan lain-lain. Sesi soal jawab berjalan dengan mereka. Seterusnya, satu sesi soal jawab tentang pengalaman sedia ada mereka tentang urusan jua beli pula dilakukan. Murid memberi respons tentang jual beli yang berlaku di kantin, koperasi dan lain-lain. Setelah itu, saya melakukan satu simulasi tentang urusan jual beli gula-gula di kantin. Penggunaan duit sebenar dan gula-gula dilibatkan untuk murid faham akan operasi tambah dan tolak. Selepas itu, saya memanggil empat orang murid untuk melakonkan semula urusan jual beli tersebut untuk memastikan mereka faham tentang operasi tolak dan tambah.LANGKAH 3Kemudian, video operasi tambah dan tolak ditayangkan kepada murid. Penerangan tentang operasi tambah dan tolak dijalankan pula menggunakan kertas A4 dan pensil warna bagi menjelaskan lagi operasi tambah dan tolak. Murid dikehendaki mengisi tempat kosong mengikut jawapan yang betul. Bagi menjadikan sesi pengajaran lebih menarik dan difahami, saya menjalankan pula permainan find me. Bahan yang digunakan ialah guli dan balang kertas. Saya meletakkan guli di dalam balang kertas dalam bilangan yang berbeza-beza. Selepas itu, murid dikehendaki memilih dua cawan kertas daripada lima cawan kertas tersebut. Murid dikehendaki mengeluarkan guli di dalam cawan tersebut dan dikehendaki melakukan operasi penambahan. Begitu juga dengan operasi tolak. Murid lain dipanggil untuk bermain operasi tolak. LANGKAH 4Setelah murid faham akan operasi tambah dan tolak, latih tubi telah diberikan. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang setiap satunya. Buku kerja berkenaan tambah dan tolak diberikan kepada murid. Melalui buku kerja ini, gambar digunakan sebagai perwakilan kepada bahan maujud yang tidak dapat digunakan di dalam kelas. Murid dikehendaki mencari gambar yang sama dengan gambar yang telah disediakan dan menyelesaikan masalah tersebut. Setelah itu, buku tersebut bertukar pula antara kumpulan bagi memastikan kesemua murid dapat menjawab operasi tambah dan tolak dengan betul dan tepat.

3.0 TUGASAN B : SEJAUHMANAKAH KAEDAH ALTERNATIF UNTUK TOPIK OPERASI DAN PENGIRAAN DAPAT MEMBANTU MURID DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH?Berdasarkan kepada kaedah alternatif dijalankan keatas sekumpulan murid ini, dilihat ia berkesan kerana murid dapat menguasainya dengan baik melalui latihan yang telah diberikan kepada mereka. Berdasarkan kepada pemerhatian saya sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya lihat bahawa memahami psikologi perkembangan kognitif murid terhadap pembelajaran Matematik serta kebolehan menggunakannya dalam kelas merupakan medium yang terpenting bagi pengajaran Matematik yang berkesan. Oleh yang demikian, saya telah menitikberatkan kepada perkembangan murid dalam operasi konkrit kerana murid pada tahap ini lebih cepat memahami sesuatu konsep itu berdasarkan kepada bahan konkrit yang ditunjukkan. Pada tahap ini juga, aktiviti pengajaran harus dikembangkan daripada konkrit kemudian kepada abstrak. Misalnya seperti yang telah saya lakukan iaitu dengan membina konsep Matematik tambah dan tolak dengan menggunakan gula-gula kemudian dipindahkan kepada abstrak iaitu lembaran kerja. Lantaran, alat bantu mengajar (ABM) memainkan peranan penting dalam menyampaikan konsep Matematik kepada murid. Konsep Matematik yang diperkenalkan kepada murid harus menggunakan bahan konkrit seperti gambar rajah, model, bahan maujud dan sebagainya supaya murid dapat memahami konsep yang disampaikan lantas murid dapat melibatkan diri secara aktif di dalam kelas.Tambahan itu, kanak-kanak perlu diajar supaya dapat membina konsep dan memahami konsep sesuatu operasi, bukannya dengan menghafal sesuatu konsep. Apabila murid hanya mengahafal konsep tanpa memahaminya secara tidak langsung mereka akan menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah Matematik apabila cara soalan itu dipersoalkan diubah daripada kebiasaan. Bagi murid yang suka menghafal konsep, mereka juga turut akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai seperti cari beza nilai antara 5 dan 8. Murid yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakan 5 8 sedangkan murid yang mampu untuk membina dan memahami konsep penolakan akan memahami bahawa nilai kecil tidak boleh ditolakkan dengan nilai yang lebih besar. Selain itu, cara yang paling berkesan bagi murid untuk membina konsep Matematik ialah dengan membina perwakilan untuk mewakili konsep, prinsip atau hukum Matematik itu. Hal ini adalah kerana terdapat sesetengah bahan maujud yang tidak sesuai untuk dibawa ke dalam kelas seperti lembu tetapi ialah boleh diwakilkan dengan bentuk bulat atau kartun lembu supaya murid lebih memahami akan konsep tersebut. Pembelajaran dan pengajaran (PdP) menggunakan bahan bantu belajar dapat memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan dan penolakan. Lebih berkesan apabila bahan tersebut dapat dipegang dan dilihat dan seterusnya mereka dapat mengaplikasikannya dalam pengiraan, tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut. Menurut buku Professor Zolton P. Dienes iaitu seorang ahli Matematik berpendapat bahawa setiap konsep atau prinsip Matematik boleh menjadi mudah dan difahami dengan cepat jika konsep itu diperkenalkan kepada murid melalui beberapa contoh yang konkrit. Selain daripada ABM, operasi tolak tambah boleh juga dilakukan melalui pelbagai cara misalnya aktiviti simulasi dan lakonan seperti yang telah dijalankan pada langkah 2 iaitu aktiviti jual beli. Aktiviti ini berkesan keatas murid kerana ia memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara tidak langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. Penggunaan bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar memberi impak dan manfaat yang positif serta berkesan terhadap pembelajaran murid. Selain daripada itu, penggunaan gambar dan pelekat gambar dalam pengajaran operasi tambah dan tolak dalam Matematik adalah sesuatu yang sangat berkesan dalam menggambarkan konsep operasi tambah dan tolak tersebut. Hal ini kerana, daya imaginasi kanak-kanak pada tahap ini tinggi dan mereka akan menjadi lebih tertarik apabila pelekat gambar digunakan sebagai salah satu aktiviti kerana ia melibatkan mereka untuk bermain tampal gambar. Justeru, penolakan manipulatif seperti saya menggunakan kaedah guli dan cawan tersebut dimana murid dikehendaki melakukan operasi penambahan dan penolakan berdasarkan kepada pilihan mereka terhadap balang yang berisi gula yang berbeza bilangannya. Melalui kaedah ini, murid dapat didedahkan dengan hubungan nombor dalam sesuatu persamaan untuk menunjukkan fakta bahawa operasi penolakan adalah pembalikkan daripada operasi penambahan contohnya 6,3 dan 9 adalah persamaan seperti berikut, 6 + 3 = 9 dan 9 3 = 6 atau 9 6 = 3. Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk untuk operasi penambahan atau penolakan bagi nilai yang besar seperti 15 10 dan lain-lain kerana ia mudah untuk dikira. Moyles (1991) berpendapat bahawa bermain merupakan proses pembelajaran yang melibatkan pemikiran, persepsi, konsep, kemahiran sosial dan fizikal. Tambahan, bermain juga sering dikaitkan dengan ganjaran instrinsik dan kegembiraan. Secara tidak langsung, murid akan melakukan pengiraan sewaktu memainkan permainan find me tersebut. Keseronokan inilah yang dapat menarik serta menanam minat murid terhadap Matematik dan persepsi negatif terhadap mata pelajaran Matematik juga dapat diubah.

Selain itu, bersesuaian dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), saya telah menggunakan kaedah didik hibur bagi menjadikan sesi pengajaran lebih kondusif dan selesa. Dengan adanya tayangan video yang melibatkan lagu dan kartun ini, murid menjadi lebih teruja dan ingin melibatkan diri mereka dalam suasana pembelajaran yang dilihat. Barry (1976) dalam kajiannya ada mengatakan bahawa penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman murid dan memudahkan proses penyimpanan maklumat.Kesimpulannya, guru dan murid haruslah keluar daripada kepompong lama suasana bilik darjah tradisional bagi memberikan ruang serta nafas baru di dalam dunia pendidikan yang semakin moden ini. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku iaitu hanya pembelajaran satu hala, saya telah menggunakan kaedah alternatif yang pelbagai bagi menarik minat murid untuk mempelajari Matematik di samping dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Lantaran, faktor seperti kepelbagaian, kejelasan, kekemasan dan kreatif mestilah dipenuhi agar benar-benar dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dapatlah saya simpulkan bahawa kaedah alternatif yang telah saya gunakan sememangnya sangat memberikan impak yang besar dalam melancarkan, membantu, memudahcara dan meringkaskan sesi pengajaran agar dapat dihadam dengan mudah oleh murid-murid khususnya.(895 patah perkataan)

4.0 PENUTUPLiterasi Matematik ialah keupayaan atau kebolehan untuk membaca dan menulis serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian sehingga membolehkan manusia dapat mengkaji pola, mengkaji masalah sosial seterusnya mereka boleh membentuk kehidupan yang menarik dan seimbang (Tengku Zawawi, 2000). Bagi kanak-kanak adalah amat sukar bagi memahami konsep penolakan dalam Matematik berbanding penambahan yang mudah untuk dikuasai. Bagi mata pelajaran Matematik, selain dari mengenal nombor, kanak-kanak perlu diberi kefahaman instrumen dan kefahaman logik. Bloom (1989), telah menyenaraikan tiga jenis tingkah laku pemahaman iaitu terjemahan, pentaksiran dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru, kita harus memahami kesemua perkara tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid dalam merancang pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penambahan dan penolakan terutamanya.Matematik amat berkait rapat dengan kehidupan manusia dan peristiwa yang berlaku pada setiap hari tidak dapat terpisah daripada Matematik. Kita menggunakan matematik untuk aktiviti urus niaga, perjalanan, makanan, pembelajaran, rancangan, membuat kerja sehingga hampir semua aktiviti sosial manusia ada hubungan dengan Matematik.

RUJUKAN

Cikgu Wadiyah. (2011). Cekap Matematik. Diakses pada 21 Ogos 2013, daripada http://wadiyahwawa.blogspot.com/Effandi Zakaria, Ph.D. (2005). Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. (1988). Penyuburan dan Perkaedahan Matematik. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd. Omar B. Ahmad @ Hamat. (1999). Koleksi Petua Mengira Pantas. Kota Bharu : M.A.R Publishing (M) Sdn. Bhd.On Your Mark. (2013). Matematik: Kaedah Mendarab Alternatif. Diakses pada 20 Ogos 2013, daripada http://onyour-mark.blogspot.com/2013/05/matematik-kaedah-mendarab-alternatif.htmlUnit Pengurusan dan Pentadbiran SK Jeram Batu (2010). ARTIKEL PENDIDIKAN: Kaedah Alternatif Operasi Darab bagi Murid Lemah. Diakses pada 20 Ogos 2013, daripada http://jeramaju.blogspot.com/2010/05/artikel-pendidikan-kaedah-alternatif.html

LAMPIRAN9