tugasan kumplan b

Upload: kasih

Post on 30-May-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    1/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    Tugasan Kum pulan B (20%)

    Tajuk :

    Mengenal Pasti Keperluan Klien Dan Membina Matlamat Klien.

    Soalan

    Berdasarkan kepada tajuk di atas, cuba anda huraikan perkara-perkara berikut:-

    1. Sekiranya anda seorang klien yang sedang berusaha mengenal pasti bidang

    kerjaya yang ingin diceburi, apakah keperluan-keperluan yang ingin anda

    penuhi ?

    Sekiranya seorang klien yang sedang berusaha mengenal pasti bidang kerjaya yang

    ingin diceburi, apakah keperluan-keperluan yang ingin dipenuhi ialah:

    a) Klien, pada kebiasaannya, mempunyai pelbagai perkara yang ingin diberi

    perhatian (concerns), dan selalunya, apabila memasuki sesi kaunseling, dia

    berada di dalam keadaan krisis dan kecelaruan. Apakah yang perlu dilakukanbagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien?

    b) Apakah maksudnya Matlamat Klien? Dalam usaha untuk membina matlamat

    klien, apakah perkara-perkara asas yang perlu ditimbulkan agar klien dapat

    memberikan fokus terhadap bidang kerjaya yang ingin diceburinya.?

    c) Dalam kebanyakan masalah yang berkaitan dengan pemilihan bidang kerjaya,

    masa merupakan faktor utama yang perlu diberi pertimbangan ? Huraikan.

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 1

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    2/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    ANTARA KEPERLUAN-KEPERLUAN YANG INGIN DIPENUHI :-

    Keperluan daripada perspektif ekonomi

    Pendapatan dalam bentuk gaji atau upah pada setiap kerja yang dilakukan amat

    penting bagi setiap individu yang bekerjaya. Dalam era globalisasi kini ukuran

    sosial dan status ekonomi sering memberi kesan kepada institusi kewangan

    untuk memberi pinjaman kepada individivu yang memerlukannya. Sudah

    menajadi lumrah hidup manusia semakin besar pendapatan maka keghairahan

    untuk berbelanja semakin meningkat.

    Keperluan daripada perspektif sosial

    Masyarakat berbangga dengan individu yang rajin dan sanggup memberikan

    perkhidmatan serta kebajikan kepada orang ramai di samping mendapat

    memperolehi pendapatan bulanan. Ukuran sosial hari ini masih seperti pada

    zaman silam, yang lebih mementingkan individu yang berkedudukan. Dalam

    masa berinteraksi dan berkomunikasi , individu tersebut memupuk penerimaan,

    persefahaman, tolong-menolong dan rasa kesepunyaan antara rakan sekerja

    dan masyarakat.

    Keperluan daripada perspektif kerjaya

    Minat dan kecenderungan individu dalam sesuatu pekerjaan menjamin

    kepuasannya dalam bekerjaya. Kejayaan dalam kerjaya berdasarkan sanjungan

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 2

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    3/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    daripada majikan dan masyarakat akan merangsang individu memberi

    perkhidmatan yang cemerlang dalam kerjayanya. Oleh sebab itu seseorang

    pekerja yang aktif dikatakan sentiasa menumpukan penuh minat terhadap

    pekerjaan yang diceburinya. Kecemerlangan seseorang individu dalam

    kerjayanya dapat memberi kepuasan kepadanya walaupun telah bertahun-tahun

    berkecimpung dalam kerjaya yang sama. Contohnya seorang yang menjadi guru

    akan terus berkhidmat sebagai seorang guru sehingga pencen kerana minat dan

    kepuasan dalam profesion yang diceburinya.

    Keperluan daripada perspektif Kendiri

    Penghargaan antara ahli kelompok terhadap seseorang individu akan

    menyebabkan dirinya berasa gembira, megah dan terhutang budi terhadap

    organisasinya. Demikian juga individu tersebut akan berasa bangga sekiranya

    berkhidmat dalam organisasi atau institusi yang terkemuka, manakala bagi

    individu yang tidak bekerja akan hilang keyakinan kendirinya dan seterusnya

    menyisihkan diri daripada sahabat handai dan saudara mara yang lebih tinggi

    kedudukannya.

    Rumusan

    Secara keseluruhannya, setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-

    beza di antara satu sama lain.Terdapat individu yang meletakkan keperluan

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 3

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    4/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    ekonomi sebagai pilihan utama dan ada juga yang menjadikan keperluan kendiri

    sebagai kriteria utama dalam memilah pekerjaan. Di samping itu bagi seseorang

    individu keperluan sosial dan keperluan kerjaya perlu juga dititikberatkan bagi

    menjaminkan kepuasan dalam bekerjaya.

    2. Klien, pada kebiasaannya, mempunyai pelbagai perkara yang ingin diberi

    perhatian (concerns), dan selalunya, apabila memasuki sesi kaunseling, dia

    berada di dalam keadaan krisis dan kecelaruan. Apakah yang perlu

    dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien ?

    Brown and Brook (1986) dalam Sidik Mohd Noah (2002:229) mendefinisikan

    kaunseling kerjaya sebagai satu proses interpersonal yang direkabentuk untuk

    membantu individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya.

    Perkembangan kerjaya ialah satu proses memilih, mamasuki, menyesuaikan diri

    serta memajukan diri dalam perkerjaan.

    Kaunselor perlu mengenalpasti klien yang berada dalam keadaan krisis dan

    kecelaruan. Iaitu yang tidak dapat membuat keputusan akibat mengalami

    masalah psikologi dan klien yang tidak dapat membuat keputusan kerjaya

    kerana kekurangan maklumat tentang dunia kerjaya. Kaunselor boleh

    menggunakan proses kaunseling kerjaya dalam membuat keputusan:

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 4

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    5/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    Proses kaunseling Kerjaya Model Membuat keputusan

    Rajah 2.1

    Proses kaunseling Kerjaya Model Membuat keputusan

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 5

    1. Membina hubungan

    kaunseling

    2. Mneroka latarnelakang

    klien berkaitan kerjaya

    4. Menerokai kekuatan

    potensi klien

    5. Mengenalpasti

    matlamat klien

    8. Mengenalpasti

    alternative yang ada

    9. Membuat pilihan

    kerjaya

    7. Membuat tindakan

    6. Penamatan

    3. Susulan

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    6/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    1. MEMBINA HUBUNGAN KAUNSELING

    Proses kaunseling dimulakan dengan membina hubungan yang baik dengan

    klien. Kaunselor menenangkan emosi dan relaks tenang tidak menggelabah.

    Kaunselor melayan dengan mendengar luahan perasaan klien. Kemesraan

    adalah prsyarat kepada kepercayaann dan kerjasama antara kaunselor dengan

    klien.

    2. MENEROKA LATARBELAKANG KLIEN

    Kaunselor harus meneroka latar belakang klien. Kaunselor harus sedar bahawa

    klien terdiri daripada perlbagai latarbelakang. Hal ini meliputi hal-hal yang

    berkaitan pendidikan dan pekerjaan ibubapa serta pekerjaan keluarga, sikap

    klien terhadap sekolah, pencapaian, gred, perkara yang diminati, latihan, hobi

    dan kegemaran. Jenis pekerjaan yang diminati samada pekerjaan yang sukarela

    ataupun makan gaji. Kesanggupan kline sendiri samada mengalami perubahan

    pekerjaan atau tempat tinggal.

    3. MENEROKA KEKUATAN DAN KELEMAHAN KLIEN BERKAITAN KERJAYA

    Kaunselor perlu menerokai kelemahan dan kekuatan klien.Penerokaan itu

    meliputi aspek minat, personaliti, nilai pencapaian individu. Di samping itu

    penerokaan aspek sikap, konsep kendiri, aras motivasi dan lain-lain juga boleh di

    sentuh.

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 6

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    7/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    4. MENGENALPASTI MATLAMAT KERJAYA

    Kaunselor perlu mengenalpasti beberapa matlamat yang sesuai dengan

    potensi diri klien secara bersama dengan kaunselor.

    5. MENGENALPASTI ALTERNATIF YANG ADA

    Kaunselor perlu mengenalpasti altenatif-altenatif yang berkaitan dengan

    matlamat yang telah dikenalpasti. Kebaikan dan keburukan setiap altenatif yang

    perlu ditentukan dan dikenalpasti.

    6. MEMBUAT PILIHAN KERJAYA

    Berdasarkan matlamat dan alternatif yang telah dikenalpasti kaunselor dan klien

    perlulan berbincang agar satu keputusan berkaitan pilihan dapat dilakukan dan

    bagaimanapun keputusan akhir kerjaya perlu dibuat tentukan oleh klien sendiri.

    7. MEMBUAT TINDAKAN

    Setelah klien menentukan keputusan pelan tindakan atau perancangan untuk

    mencapai matlamat yang telah diputuskan boleh dibincangkan bersama. Proses

    membuat tindakan ini adalah proses perlaksanaan langkah pertama kepada

    matlamat. Oleh yang demikitan klien harus mempunyai kaazaman dan berusaha

    bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kerjayanya.

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 7

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    8/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    8. MENAMATKAN SESI

    Penamatan sesi perlu dilakukan setelah klien berjaya menyelesaikan masalah

    yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya yang bakal diceburinya. Penamatan ini

    dilakukan secara formal. Selaras dengan falsafah kaunseling mengajar individu

    agar tidak bergantung kepada orang lain. Setelah sesi ditamatkan maka

    hubungan kaunseling yang wujud antara kaunselor dan klien terputus sendiri dan

    klien terpaksa berdikari dengan menyelesaikan masalahnya sendiri.

    9. SUSULAN

    Kaunselor hendaklah membuat tindakan susulan untuk menentukan jika ada apa

    masalah yang dihadapi oleh klien dari masa ke semasa. Contohnya kauselor

    boleh menalipon, menghantar pesanan sms, e mel, memo, pertemuan ringkas

    atau sebagainya.

    Rumusan:

    Kaunselor perlu mempunyai kemahiran kaunseling individu bagi memudahkan

    perjalanan sesi kaunseling kerjaya dan mengenalpasti masalah. Kemahiran

    melayan tanpa lisan atau kemahiran melayan dengan lisan umpamanya

    kemahiran bertanya soalan( soalan tertutup atau terbuka) meminta penjelasan,

    dorongan minima,para frasa, refleksi perasaan, isi, Membuat rumusan,

    konfrantasi, berdiam diri, memberi maklumat dan sebagainya. Terdapat

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 8

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    9/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    beberapa model kaunseling kerjaya yang boleh digunakan oleh kaunselor untuk

    membantu klien.

    3. Apakah maksudnya Matlamat Klien ? Dalam usaha untuk membina matlamat

    klien, apakah perkara-perkara asas yang perlu ditimbulkan agar klien dapat

    memberikan fokus terhadap bidang kerjaya yang ingin diceburinya.?

    MATLAMAT KLIEN:

    Melalui sesi Kaunseling Kerjaya, kaunselor cuba membantu klien mengenalpasti

    hala tuju kerjaya yang sesuai dengan klien. Dalam konteks ini, kaunselor akan

    membantu klien untuk membuat pilihan kerjaya yang tepat yang bersesuai dengan

    minat, nilai, personaliti dan pencapaian akademik.

    Biasanya klien yang datang berjumpa dengan kaunselor mempunyai minat kerjaya

    yang pelbagai. Ini menyebabkan klien berada dalam dilema dan sukar untuk

    mencapai matlamat kerjaya yang benar-benar sesuai dan tepat. Oleh itu, dalam hal

    ini kaunselor berperanan membantu membuat keputusan.

    Proses membuat keputusan kerjaya bukanlah suatu proses yang mudah kerana

    sebarang kesilapan dalam membuat keputusan penting ini, akan memberi kesan

    sama ada secara langsung atau tidak langsung, terhadap masa depan seseorang

    individu. Satu kaedah sistematik yang boleh dijadikan panduan oleh individu untuk

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 9

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    10/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    membuat keputusan tentang matlamat kerjaya yang paling sesuai dan terbaik ialah

    menggunakan kaedah yang dipanggil pelan tindakan.

    Pelan tindakan ialah satu pelan bertindak yang perlu dilakukan dan diselesaikan

    secara bersama oleh kaunselor dan klien. Secara ringkas, pelan tindakan ini ialah

    satu proses menyempitkan dan mengurangkan pilihan kerjaya yang banyak kepada

    akhirnya satu pilihan sahaja..

    Hal ini melibatkan proses penyingkiran iaitu satu siri proses menyingkir satu demi

    satu nama pekerjaan atau program pengajian daripada senarai yang telah

    disediakan, dengan meninggalkan nama-nama pekerjaan yang dirasakan paling

    menguntungkan dan sesuai dengan diri klien.

    Bagi menyempurnakan pelan tindakan ini dengan baik memerlukan tiga perkara

    iaitu :

    1. Maklumat diri.

    2. Maklumat pekerjaan.

    3. Kepakaran dalam membuat keputusan.

    Oleh yang demikian, segala maklumat tentang diri yang diperolehi daripada ujian

    psikologi yang telah dijalankan sebelum ini seperti konsep kendiri, sikap serta

    motivasi, personality, minat, nilai dan pencapaian merupakan satu keperluan. Walau

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 10

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    11/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    bagaimanapun, sekiranya kaunselor tidak berupaya menerokai kesemua aspek

    tersebut, tetapi sekurang-kurangnya empat aspek perlu diterokai iaitu minat, nilai

    dan pencapaian akademik klien.

    Di samping itu, maklumat-maklumat tentang pekerjaan adalah satu kemestian

    kerana keputusan yang baik hanya boleh dicapai sekiranya maklumat tentang

    sesuatu pekerjaan itu mencukupi dan boleh diperoleh. Maklumat-maklumat kerjaya

    yang penting termasuklah keterangan tentang pekerjaan, keperluan latihan,

    keperluan kelayakan, tangga gaji, cara memohon pekerjaan, prospek kerja pada

    masa hadapan, suasana tempat kerja, kemudahan-kemudahan yang diberikan dan

    sebagainya.

    Maklumat-maklumat kerjaya di atas boleh diperolehi daripada beberapa sumber

    rujukan utama misalnya Dictionary of Occupational Classificaton (DOC), maklumat

    di internet, buku Kompas Merah, risalah yang dikeluarkan agensi pekerjaan,

    prospektus universiti, iklan surat khabar, buku skrap kerjaya dan sebagainya. Klien

    dengan bantuan kaunselor boleh mendapatkan maklumat tersebut di bilik

    kaunseling atau mengunjungi pusat sumber sekolah dan melayari internet. Selain

    itu, klien boleh berjumpa, bercakap, berinteraksi atau jika boleh membuat

    pemerhatian terhadap individu- individu yang melakukan pekerjaan yang diminati

    klien itu secara langsung.

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 11

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    12/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    Langkah langkah Dalam Membuat Pelan Tindakan

    Pelan tindakan ini melibatkan beberapa langkah dan mestilah diselesaikan secara

    bersama oleh kaunselor dan klien. Berikut dikemukakan langkah-langkah tersebut:

    Langkah 1

    Berasaskan minat klien, senaraikan nama pekerjaan yang ingin diterokai oleh klien

    yang dirasakannya sesuai dan selaras dengan potensi yang dimilikinya seperti

    dalam Jadual 3.1. Dicadangkankan supaya klien memulakan proses penyenaraian

    ini dengan bantuan borang asal Inventori Minat Kerjaya (misalnya SDS dan IMKS)

    dan borang jawapan yang telah dijawab dan ditandakan oleh klien. Anda boleh

    menyenaraikan sebanyak mungkin nama pekerjaan yang dirasakan sesuai.

    Klien dengan bantuan kaunselor perlu menyenaraikan semua nama pekerjaan yang

    ditanda Ya atau Suka oleh klien iaitu nama-nama pekerjaan yang anda minat ke

    dalam jadual yang telah disediakan. Selain itu, klien juga boleh memulakan

    penyenaraikan dengan :

    Menyenaraikan nama pekerjaan yang sesuai dengan kod tiga-mata

    Holland klien dengan bantuan The Occupational Finder.seperti di bawah

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 12

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    13/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    Jadual jenis pekerjaan yang disenaraikan.

    RAJAH 3.1

    Menyenaraikan program pengajian yang sesuai dengan bantuan senarai

    program pengajian yang sesuai daripada senarai yang dkemukakan oleh

    Holland.

    Klien juga boleh menambah bilangan nama pekerjaan atau program

    pengajian yang telah disenaraikan dengan nama pekerjaan atau program

    pengajian tersebut tiada dalam senarai yang menjdi rujukan.

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 13

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    14/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    Langkah 2

    Berdasarkan senarai nama pekerjaan atau program pengajian klien dengan bantuan

    kaunselor diminta memotong mana-mana pekerjaan yang tidak disukai. Nama

    pekerjaan telah berkurangan sebanyak satu pertiga dalam jadual asal. Jadual jenis

    pekerjaan seperti contoh di bawah.

    RAJAH 3.2

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 14

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    15/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    Langkah 3

    Untuk menyelesaiakan masalah ini dengan berkesan klien dengan bantuan kaunselor

    perlu mendapatkan maklumat terperinci tentang pilihannya dan kemudian menulis

    maklumat tersebut dalam jadual. Antara perkara yang perlu ditekankan ialah

    - Deskripsi pekerjaan,

    - Status semasa dan prospek pekerjaan

    - Aras pendapatan dan peluang meningkatkan diei dalam pekerjaan

    - Kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan ini

    - Suasana tempat kerja

    Langkah 4

    Seterusnya klien membandingkan kesemua pekerjaan ini, kemudian membuat

    pangkatan berdasarkan kesukaan dan keutamaan klien. Klien perlu menentukan

    pilihannya dengan mengenalpasti pilihan pertama, kedua dan ketiga. Klien dengan

    bantuan kaunselor membuat analisa untung rugi untuk memudahkannya. Rujuk

    lampiran 4.1

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 15

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    16/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    Langkah 5

    Langkah terakhir ialah memilih satu daripada tiga pilihan pekerjaan atau bidang

    pengajian yang ada. Tugas membuat pilihan ini sulit dan rumit, namun begitu beberapa

    aktiviti boleh dicadangkan untuk membantu klien.

    - Aktiviti sehari bersama

    - Aktiviti Buku skrap kerjaya

    - Mendapatkan maklumat melalui internet

    - Sembahyang sunat Istikharah (bagi orang Islam)

    Pilihan Pertama

    PEGAWAI PENYELIDIK

    Pilihan Kedua

    PENSYARAH UNIVERSITI

    Pilihan Ketiga

    JURUTERBANG

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 16

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    17/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    Langkah 6

    Klien perlu merancang strategi untuk melaksanakan pilihannya agar klien berjaya

    mencapai idamannya. Jika klien memerlukan bantuan untuk menulis resume

    atau cara menghadapi temuduga dengan berkesan, klien perlu menemui

    kaunselor bagi mendapatkan bimbingan dan pandangan mengenai ranrangan

    tindakan.

    PILIHAN AKHIR

    PEGAWAI PENYELIDIK

    Rancangan Pekerjaan

    Mengikuti Pengajian Pada Peringkat Ijazah Sarjana Muda

    Kepujian Dalam Bidang Sains

    di Universiti Tempatan atau Luar Negeri

    Tarikh Mula Bekerja

    OGOS 2013

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 17

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    18/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    Kesimpulan

    Kesimpulannnya, pelantindakan ialah satu kaedah yang sistematik yang perlu

    dijalan bersama antara kaunselor dan klien untuk membuat keputusan dan

    pilihan yang tepat tentang kerjaya. Pelan tindakan ialah merupakan satu kaeadh

    untuk menyempitkan dan mengurangkan pilihan kerjaya yang banyak kepda satu

    pilihan sahaja.

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 18

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    19/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    4. Dalam kebanyakan masalah yang berkaitan dengan pemilihan bidang

    kerjaya, masa merupakan faktor utama yang perlu diberi

    pertimbangan ? Huraikan.

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 19

  • 8/14/2019 Tugasan Kumplan B

    20/20

    SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan TUGASAN KUMPULAN B

    RUJUKAN

    1. Muhd Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd Tamin ( 1989 ),

    Kaunseling Kerjaya Teori dan Amalan, Petaling Jaya Selangor :

    Fajar Bakti Sdn.Bhd.

    2. Rohany Nasir ( 2003 ), Isu-Isu Kaunseling dan Perkembangan

    Kerjaya , Utusan Publications & Ditributors Sdn. Bhd. Kuala

    Lumpur.

    3. Sidek Mohd Noah ( 2002 ), Perkembangan Kerjaya Teori & Praktis,

    Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

    4. Hairunnaja Najmudiddin ( 2005 ), Memahami dan Membimbing

    Remaja Nakal, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala

    Lumpur.

    MSc UUM,sem 2 June 08 Page 20