tugasan b (autosaved)

10
Tugasan B 1.0 Justifikasi pengaplikasian teori kaunseling, kemahiran asas kaunseling dan intervensi kaunseling kanak-kanak 1.1 Teori Kaunseling Berdasarkan maklumat yang dinyatakan pada bahagian A, teori kaunseling yang dipilih untuk menjalankan sesi bimbingan kepada murid adalah Teori Pemusatan Perorangan oleh Tokoh Humanistik Carl Rogers. Beliau berpendapat bahawa ciri-ciri perhubungan antara kaunselor dan klien adalah penentu utama hasil proses teraputik dan meletakkannya pada kedudukan pertama sebelum kemahiran asas kaunseling (Akhiar & Shamsina, 2015). Setelah berbincang dengan guru pembimbing di SK Dato Ahmad Manaf, beliau mengesyorkan untuk menggunakan Teori Pemusatan Perorangan untuk kanak-kanak sekolah rendah. Hal ini kerana menurut beliau, kes kanak-kanak yang tidak berat dan melibatkan masalah keluarga lebih sesuai menggunakan Teori Pemusatan Perorangan. Kanak-kanak walaupun masih kecil dan perlukan dorongan tetapi mereka masih mampu menjadi agen kepada perubahan diri sendiri seandainya mereka diberikan bimbingan dan alternatif kepada masalah yang mereka hadapi. Oleh yang demikian, tidak mustahil bagi mereka untuk menyedari masalah diri sendiri seterusnya melakukan perubahan berdasarkan intervensi yang dilakukan bersama guru pembimbing. Di samping itu, saya memilih Teori Pemusatan Perorangan kerana ia meletakkan hubungan baik pembimbing-klien sebagai faktor utama berbanding penggunaan kemahiran asas kaunseling. Hal ini walaupun bertentangan dengan kebanyakan pendekatan kaunseling lain yang melihat pengetahuan dan teknik kaunseling sebagai perkara yang lebih utama. Kanak-kanak kebiasaannya rapat dengan gurunya dan mereka mudah untuk menceritakan pengalaman dan kisah hidup mereka kepada guru tanpa berselindung berbanding dengan remaja yang mungkin akan cenderung untuk memutar belitkan cerita (Ragbir Kaur, 2013). Ibrahim, iaitu murid yang dipilih adalah agak rapat dengan saya. Seperti mana maklumat yang dipaparkan pada bahagian A, maka adalah lebih mudah untuk saya membina hubungan dengan saya oleh sebab hubungan yang rapat ini. Oleh yang demikian, dengan menggunakan Teori Pemusatan Perorangan adalah lebih sesuai kerana murid yang dibimbing adalah murid yang baik hubungannya dengan guru, maka membina hubungan yang baik adalah lebih mudah dan sesuai untuk mengenalpasti masalah dan mencari alternatif masalah yang dihadapi murid.

Upload: zulfadhli-kamarudin

Post on 12-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fafaaefa

TRANSCRIPT

Tugasan B1.0 Justifikasi pengaplikasian teori kaunseling, kemahiran asas kaunseling dan intervensi kaunseling kanak-kanak1.1 Teori KaunselingBerdasarkan maklumat yang dinyatakan pada bahagian A, teori kaunseling yang dipilih untuk menjalankan sesi bimbingan kepada murid adalah Teori Pemusatan Perorangan oleh Tokoh Humanistik Carl Rogers. Beliau berpendapat bahawa ciri-ciri perhubungan antara kaunselor dan klien adalah penentu utama hasil proses teraputik dan meletakkannya pada kedudukan pertama sebelum kemahiran asas kaunseling (Akhiar & Shamsina, 2015).Setelah berbincang dengan guru pembimbing di SK Dato Ahmad Manaf, beliau mengesyorkan untuk menggunakan Teori Pemusatan Perorangan untuk kanak-kanak sekolah rendah. Hal ini kerana menurut beliau, kes kanak-kanak yang tidak berat dan melibatkan masalah keluarga lebih sesuai menggunakan Teori Pemusatan Perorangan. Kanak-kanak walaupun masih kecil dan perlukan dorongan tetapi mereka masih mampu menjadi agen kepada perubahan diri sendiri seandainya mereka diberikan bimbingan dan alternatif kepada masalah yang mereka hadapi. Oleh yang demikian, tidak mustahil bagi mereka untuk menyedari masalah diri sendiri seterusnya melakukan perubahan berdasarkan intervensi yang dilakukan bersama guru pembimbing.Di samping itu, saya memilih Teori Pemusatan Perorangan kerana ia meletakkan hubungan baik pembimbing-klien sebagai faktor utama berbanding penggunaan kemahiran asas kaunseling. Hal ini walaupun bertentangan dengan kebanyakan pendekatan kaunseling lain yang melihat pengetahuan dan teknik kaunseling sebagai perkara yang lebih utama. Kanak-kanak kebiasaannya rapat dengan gurunya dan mereka mudah untuk menceritakan pengalaman dan kisah hidup mereka kepada guru tanpa berselindung berbanding dengan remaja yang mungkin akan cenderung untuk memutar belitkan cerita (Ragbir Kaur, 2013). Ibrahim, iaitu murid yang dipilih adalah agak rapat dengan saya. Seperti mana maklumat yang dipaparkan pada bahagian A, maka adalah lebih mudah untuk saya membina hubungan dengan saya oleh sebab hubungan yang rapat ini. Oleh yang demikian, dengan menggunakan Teori Pemusatan Perorangan adalah lebih sesuai kerana murid yang dibimbing adalah murid yang baik hubungannya dengan guru, maka membina hubungan yang baik adalah lebih mudah dan sesuai untuk mengenalpasti masalah dan mencari alternatif masalah yang dihadapi murid.Selain itu, teori ini dipilih kerana mengikut masalah yang dipaparkan pada Bahagian A, Ibrahim cuma menghadapi masalah dari aspek sosial iaitu membina hubungan dengan rakan sebaya. Tiada masalah emosi yang teruk yang mana lebih sesuai menggunakan Teori Rasional Emotif atau masalah tingkah laku yang disruptif yang lebih sesuai menggunakan Teori Behavioris. Oleh itu, Teori Pemusatan Perorangan lebih sesuai digunakan untuk masalah yang dihadapi oleh murid ini. Teori ini adalah lebih umum dan tidak spesifik kepada satu-satu masalah. Ianya hanya bergantung kepada bagaimana hubungan pembimbing-klien dalam membina alternatif bersama kepada masalah yang diberikan. Jika teori ini terus diaplikasikan kepada murid ini untuk satu jangka masa yang panjang, maka mungkin perubahan positif dapat dilihat.Choong, 2010 menyatakan bahawa apabila guru pembimbing (kaunselor) berupaya untuk mengalami dan berkomunikasi dengan keadaan sebenar klien, mengambil berat dan memahami klien tanpa menghukum, besar kemungkinan perubahan yang signifikan akan berlaku kepada klien. Jika dilihat dari rakaman sesi bimbingan yang dijalankan, untuk sesi pertama perbualan adalah lebih santai di mana guru tidak ada melakukan satu dorongan pun kepada murid dan tidak menghukum murid mengenai perangainya yang tidak melibatkan diri di dalam aktiviti yang dijalankan di kelas. Sebaliknya, guru menyoal untuk meminta penjelasan murid bagi mencari apakah punca kepada masalah yang dinyatakan supaya guru dapat menyediakan alternatif (sesi intervensi) yang sesuai dengan masalah murid. Oleh sebab itulah saya memilih teori ini kerana saya sendiri tidak suka dinilai dan dihukum dan oleh itu saya inginkan murid berada dalam situasi yang sama.Tambahan pula, Rogers turut menyatakan bahawa tiga kualiti yang perlu ada pada guru pembimbing untuk menggalakkan pertumbuhan klien adalah kongruen, penerimaan tanpa syarat dan pemahaman empati yang tepat. Untuk memperoleh pemahaman empati yang tepat, guru pembimbing seharusnya mempunyai kebolehan untuk memahami dan masuk ke dunia klien secara mendalam. Melihat dan mendengar masalah Ibrahim, saya membuat refleksi kepada diri saya sendiri yang sebenarnya saya memang berada di situasi yang sama dengannya. Hal ini kerana saya sukar untuk memulakan perhubungan dengan orang yang tidak dikenali dan sanggup menyendiri daripada mencari seseorang untuk membantu menyelesaikan masalah bersama. Oleh yang demikian, teori ini dipilih kerana dengan mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan murid, maka saya mampu melahirkan empati yang seterusnya mampu bersama murid mencari alternatif dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid dan diri saya sendiri.

1.2 Kemahiran Asas kaunselingSeperti yang dinyatakan sebelum ini, kemahiran asas kaunseling adalah nombor kedua selepas membina hubungan yang baik anta guru pembimbing-klien. Oleh yang demikian, saya tidak begitu menitikberatkan penggunaan kemahiran asas yang spesifik seperti mana yang digariskan untuk diikuti oleh seorang kaunselor. Berdasarkan rakaman video, sesi yang dijalankan adalah santai di mana tiada bahagian spesifik pada sesi yang dijalankan untuk membina hubungan, mengenalpasti masalah dan mencari alternatif. Jika dilihat daripada rakaman video, di pertengahan dan di hujung sesi pun, membina hubungan masih dijalankan di mana guru bertanya mengenai latar belakang keluarga murid. Walaubagaimanapun, kemahiran asas kaunseling masih diaplikasikan sepert mana yang dinyatakan pada 3.2 Bahagian A tugasan ini.Dalam kemahiran membina hubungan, saya mungkin tidak berjaya menyediakan tempat teraputik yang selesa untuk murid kerana berdasarkan rakaman video, murid hanya duduk di lantai, terdapat suasana bising murid yang lalu lalang di luar tempat bimbingan dan terdapat gangguan dari murid yang keluar masuk ke bilik. Hal ini kerana sekolah ini baru tahun pertama menerima guru pembimbing di sekolah. Oleh yang demikian, bilik bimbingan masih lagi dalam proses pembinaan dan bilik kaunseling persendirian masih tidak beroperasi dengan baik. Oleh yang demikian, saya hanya menggunakan kemudahan sedia ada iaitu Bilik Self Access Learning Centre (SALC). Walaubagaimanapun, keselesaan perhubungan itu masih lagi terbina di mana murid selesa untuk menyatakan dan mengikuti sesi bimbingan dengan baik dan memberikan kerjasama seperti yang diharapan. Kedudukan dan jarak juga berada pada tahap yang sesuai di mana murid selesa untuk bergerak dan melakukan pergerakan badan sekiranya lenguh. Relaksasi juga diberikan di sepanjang sesi bagi memberikan murid ruang agar tidak terlalu fokus atau terlalu tertekan dengan soalan daripada guru.Selain itu, saya juga turut menjalankan kemahiran mengintrepretasi tingkah laku. Meskipun manusia memiliki kosa kata luas untuk berkomunikasi secara lisan, namun masih banyak makna atau mesej yang disampaikan secara bukan lisan menggunakan anggota badan (Akhiar & Shamsina, 2015). Di dalam rakaman video dan transkrip yang disediakan seperti mana dalam lampiran 3, saya ada mengetengahkan respon bukan lisan murid seperti tersenyum, ekspresi muka sedih, muka bingung dan kesenyapan murid. Dalam menilai ekspresi muka, Ibrahim jika dia tersenyum saya dapat menilai bahawa dia bersetuju dengan apa yang saya katakan dan masih selesa dengan apa yang dibincangkan bersama. Hal ini dapat dilihat seperti contoh dialog 59 dan 60 minit keempat di bawah:GJadi, Sains nie suka sekali pasal apa?59

M(Tersenyum). Semua.60

Seterusnya, saya turut mengintrepretasi isyarat kepala yang dilakukan oleh murid. Secara amnya, melalui rakaman video dan trankrip, sekiranya murid menganggukkan kepala bermakna dia bersetuju manakala sekiranya dia menggelengkan kepala bermakna dia tidak bersetuju. Sekiranya dia menggelengkan kepala dan berubah air muka maka saya mungkin akan mengubah topik bagi memastikan murid terus selesa dalam sesi bimbingan yang dijalankan. Contoh isyarat kepala boleh dilihat dari contoh dialog 31-34 di bawah:GKakak dengan abang, Jadi Ibrahim anak last lah nie?31Parafrasa, soalan tertutup

MHmmmm...(Menganggukkan kepala).32

GAdik takdalah?33Parafrasa

MTakda (Menggelengkan kepala).34

Manakala, postur dan isyarat badan murid turut diperhatikan semasa menjalankan kemahiran mengintrepretasi tingkah laku. Hal ini bertujuan untuk mengetahui pelbagai mesej yang dibawa. Dalam situasi Ibrahim ini, saya memerhatikan isyarat badannya untuk mengetahui sama ada dia masih bersedia dan fokus terhadap sesi bimbingan yang dijalankan. Jika dilihat dalam transkrip video, saya menghentikan video pada minit ke 23 dan menjalankan sesi relaksasi kerana Ibrahim sudah kelihatan tidak keruan dan terganggu dengan situasi bising dan gangguan murid lalu lalang dari sesi bimbingan yang dijalankan. Dengan melihat isyarat badan murid, guru mengetahui bahawa murid sudah bosan dan mengalihkan perhatiannya kepada perkara lain sebentar.Kemahiran mendengar memerlukan guru pembimbing untuk mendengar dengan aktif dan memberikan perhatian terhadap perkara yang diluahkan oleh klien. Hal ini bertujuan untuk menyemai kebolehan untuk merasa dengan murid dan melihat masalah melalui persperkif murid (Ragbir, 2013). Secara amnya, kemahiran mendengar memerlukan guru pembimbing untuk menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai. Semasa sesi bimbingan dijalankan, saya memberi respon dengan tersenyum, menganggukkan kepala dan dan memberikan maklum balas terhadap apa yang diperkatakan murid. Hal ini akan menyebabkan murid akan merasakan komunikasi yang dijalankan adalah dua hala dan mereka merasakan bahawa diri mereka diterima. Contoh respon boleh dilihat pada lampiran 3 trankrip dan rakaman sesi bimbingan. Seterusnya, guru menganalisis kemahiran mendengar kepada mendengar isi, mendengar perasaan dan mendengar pengalaman. Mendengar isi adalah mendengar berkaitan dengan masalah yang dinyatakan murid iaitu dalam situasi ini adalah berkenaan masalahnya yang sukar berkawan. Mendengar perasaan pula adalah mengenai perasaan murid terhadap sesuatu situasi yang dibincangkan. Manakala mendengar pengalaman adalah mengenai bagaimana murid melalui pengalaman berdasarkan masalah yang dihadapinya. Dengan mengelaskan kemahiran mendengar ini, saya dapat menilai dan mengenalpasti masalah murid dengan lebih mendalam bagi mengetahui sama ada masalah itu timbul dari sumber dalaman atau luaran. Dalam kes Ibrahim ini dapatlah dikenalpasti masalah adalah daripada luaran kerana dia sudah terbiasa bersendirian dan tidak mempunyai adik beradik rapat. Di dalam trankrip ada dinyatakan bahagian bagi setiap kemahiran mendengar.Seterusnya, kemahiran membalas penting kerana ia mencerminkan pesanan klien kepada penerima (guru pembimbing) menurut Ragbir, 2013. Di dalam situasi ini, saya telah menggunakan empat kemahiran membalas iaitu parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman. Berdasarkan trankrip temu bual, keempat-empat kemahiran ini telah saya laksanakan semasa menjalankan sesi bimbingan. Parafrasa dijalankan supaya murid dapat menyedari bahawa saya mendengar setiap perkataan yang diucapkan kerana saya mampu untuk mengulangnya semua dalam bentuk perkataan yang lain. Manakala, refleksi isi diadakan untuk membuat rumusan kecil berkenaan semua masalah yang murid nyatakan supaya mereka sedar apa yang telah mereka katakan dengan guru dalam tempoh sesi bimbingan. Refleksi perasaan dilakukan pula kerana untuk menyedarkan murid mengenai perasaan murid terhadap sesuatu situasi yang dinyatakan oleh murid. Hal ini juga bagi mendapatkan kepastian murid berkenaan dengan apa yang mereka luahkan adalah sama dengan emosi yang mereka pamerkan pada waktu tersebut. Seterusnya, refleksi pengalaman dilakukan untuk mendapatkan kepastian sama ada peristiwa yang diceritakan murid itu benar-benar berlaku atau ianya sesuatu yang dilakukan sebagai helah bela diri terhadap situasi yang dinyatakan.

Kemahiran menyoal juga menjadi tonggak utama ke atas sesi bimbingan yang telah dijalankan oleh saya. Sesi bimbingan saya lebih berbentuk kepada soal dan jawab. Hal ini kerana murid tahun 4 masih lagi menghadapi masalah untuk menceritakan sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan memerlukan soalan susulan daripada guru bimbingan agar mereka dapat menyatakan kandungan yang dapat mencapai objektif bimbingan tersebut. Tambahan pula, kanak-kanak mudah lari daripada tajuk dan fokus perbincangan dan memerlukan interupsi guru semasa sesi bimbingan dalam bentuk soalan supaya apa yang dinyatakan dapat membantu guru semasa sesi bimbingan dijalankan. Dua bentuk soalan iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup digunakan dalam sesi ini dengan memberatkan kepada soalan tertutup. Hal ini bertujuan untuk memastikan cerita murid adalah mengikut apa yang ingin dibincangkan dalam tempoh masa sesi bimbingan yang dirancang.Akhir sekali, kemahiran membuat rumusan dilaksanakan sebagai salah satu kemahiran asas kaunseling yang digunakan. Rumusan kecil dijalankan apabila guru ingin merumuskan maklumat yang disampaikan murid dalam satu-satu bahagian sesi. Hal ini menyebabkan murid tidak akan lupa berkenaan maklumat yang mereka telah sampaikan sebentar tadi. Rumusan besar dijalankan di penghujung setiap sesi bimbingan yang dijalankan. Hal ini bertujuan untuk memastikan murid ingat dan mengesahkan semula maklumat yang telah mereka sampaikan kepada guru pembimbing. Selain itu, guru pembimbing turut menjalankan membuat penjelasan. Hal ini dilakukan apabila murid bingung dan tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, guru menerangkan dengan lebih mendalam berserta contoh agar murid arif berkenaan dengan soalan yang diajukan oleh guru. Manakala, meminta penjelasan saya laksanakan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan dengan apa yang telah diperkatakan oleh murid supaya saya lebih jelas dan tahu dengan lebih mendalam maklumat yang ingin disampaikan oleh murid. Saya juga turut menjalankan konfrantasi dengan murid dalam sesi bimbingan apabila tingkah laku yang mereka pamerkan adalah tidak secocok dengan apa yang mereka katakan. Sebagai contoh, Ibrahim dikonfrantasi pada minit ke 28 kerana dia menyatakan seronok walaupun sudah lama tidak berjumpa dengan ayah dan abangnya.

1.3 Intervensi KaunselingSaya telah memilih untuk menjalankan sesi intervensi kaunseling bercerita untuk masalah murid sukar membina hubungan dengan rakan sebaya ini. Hal ini kerana guru pembimbing akan menggunakan cerita yang disampaikan untuk membolehkan murid menyedari sumber-sumber di bawah sedarnya. Faedah teraputik diperoleh setelah klien mengenal pasti elemen-elemen utama dalam cerita yang disampaikan dan berpegang kepada matlamat atau hasil yang diinginkan (Akhiar & Shamsina, 2015). Bercerita juga lebih dekat dengan kanak-kanak kerana kebiasaannya mereka akan terbuai dan leka dalam cerita yang disampaikan dan dapat mengenalpasti jalan cerita dengan baik seterusnya mengambil iktibar dan pengajaran. Oleh yang demikian, terapi bercerita dipilih sebagai intervensi kaunseling untuk Ibrahim.Selain itu, terapi bercerita ini dapat melegakan murid daripada perasaan takut dan ketidakyakinan. Watak dalam cerita yang disampaikan adalah watak yang pada asalnya mempunyai kelemahan seperti takut dan kurang yakin tetapi akhirnya berjaya menangani perasaan takutnya bagi melakukan perubahan pada dirinya. Oleh yang demikian, murid akan dapat mengetahui bahawa semua perkara boleh berubah mengikut kehendak diri sendiri. Dalam situasi ini, watak Bobo yang kurang yakin dan tidak bersosial tetapi menentang perasaan takutnya oleh sebab tidak ingin bersendirian selamanya dapat diserap oleh Ibrahim yang sebenarnya mudah untuk bersosial dan hanya perlu mengambil inisiatif untuk memulakan perubahan yang pertama.Selain itu, dengan bercerita murid akan terhibur dengan cerita yang disampaikan dengan menggunakan teknik, intonasi suara dan pergerakan badan yang sesuai. Tambahan pula dengan menggunakan bahan seperti boneka, murid terhibur dengan cerita yang disampaikan dan dapat mengikut jalan cerita yang disampaikan sehingga ke penghujungnya. Ia juga menimbulkan elemen suspense iaitu apakah perkara yang bakal berlaku kepada watak utama dalam cerita yang disampaikan. Berdasarkan rakaman video, Ibrahim begitu teruja mendengar cerita dan sangat terhibur mendengar cerita tersebut. Dia tersenyum dan tertawa mendengar cerita dan dapat meberikan respon semasa cerita tersebut disampaikan.Selain itu, melalui teknik intervensi kaunseling bercerita, ia dapat menyampaikan pengajaran moral dan akhlak. Lebih baik sekali, murid sendiri dapat menyatakan apakah moral dan perkara yang sepatutnya dilakukan berdasarkan cerita yang disampaikan. Melalui cerita, apabila pengajaran disampaikan secara tidak langsung, murid dapat mereflek kaitan cerita yang disampaikan dengan kehidupan mereka sendiri. Oleh yang demikian mereka tidak akan merasakan bahawa mereka difokuskan dan perlu berubah berbanding memberikan nasihat dan teguran secara terus kepada murid.Tambahan pula, di penghujung sesi intervensi bercerita, saya mengajak murid untuk mereka-reka cerita bagi merangsang imaginasi mereka terhadap cerita yang telah disampaikan. Dengan menggunakan boneka, murid menjalani terapi bermain mini iaitu main peranan. Hal ini memberikan peluang untuk berada sendiri pada situasi watak utama dan bagaimana dia keluar dari kepompong selesanya untuk mula berinteraksi dangan orang lain. Dengan menggunakan main peranan ini, murid akan merasakan tiada masalah untuk berubah dan mengambil pengajaran daripada cerita yang telah disampaikan.

2.0 Refleksi introspektifSaya sudah selesai menjalankan satu sesi bimbingan kepada kanak-kanak sekolah rendah dengan mengaplikasikan teori kaunseling, kemahiran asas kaunseling dan intervensi kaunseling yang sesuai berdasarkan masalah yang telah diterokai pada murid tersebut. Sesi bimbingan yang dijalankan adalah autentik di mana tiada pengeditan pada sesi yang dijalankan dan murid yang dipilih tidak dilakukan sesi grooming untuk memastikan dia bercakap dan bertindak sepatutnya seperti yang diharapkan oleh guru. Sesi yang dijalankan adalah pertama kali dan tiada retake untuk sesi seterusnya. Terdapat sebahagian kekuatan dan kelemahan yang telah saya peroleh dan perhatikan semasa menjalankan sesi bimbingan ini.Dari segi kekuatan saya merasakan bahawa saya sudah berjaya memilih dan mengaplikasikan teori kaunseling yang sesuai dalam meneroka dan menjalankan sesi bimbingan dengan murid. Teori Pemusatan Perorangan di mana meletakkan hubungan guru pembimbing-klien sebagai kunci utama melebihi daripada penggunaan kemahiran kaunseling sememangnya berjaya menjadikan murid selesa dan mampu menjawab dan menyatakan tentang diri mereka tanpa berselindung atau menggunakan helah bela diri. Merujuk kepada rakaman video, murid telah menjawab soalan yang diajukan dengan baik dan menceritakan masalah mereka walaupun tidak secara terus. Hal ini kerana guru tidak mahu murid difokuskan kepada masalah yang dihadapinya, sebaliknya hanya cerita mengenai perbuatan sehariannya tanpa menyedari guru mencungkil masalah dan punca kepada masalah yang diperhatikan.

Selain itu, dengan menggunakan terapai bercerita untuk menjalankan intervensi kaunseling, murid ternyata dapat mencapai matlamat dan memperoleh pengajaran yang ingin diterapkan dalam suasana yang menghiburkan untuk murid. Di penghujung sesi intervensi, saya menggalakkan murid untuk mencapai matlamat bimbingan yang diharapkan di mana murid mampu untuk merumuskan pengalaman mereka semasa menjalankan sesi bimbingan. Murid berjaya merumuskan dengan baik dan dia telah dapat mengaplikasikan cerita yang didengar dengan kehidupan seharian semasa menjalankan sesi main peranan dengan menggunakan boneka. Walaupun masih perlukan bimbingan semasa main peranan dilakukan tetapi terdapat perubahan positif di mana murid dapat mula mencetuskan hubungan sosial yang baharu.Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang ketara semasa menjalankan sesi bimbingan ini. Sebagai seorang guru pelatih yang menerima kursus bimbingan dan kaunseling kanak-kanak dalam tempoh tiga minggu sahaja, terdapat kelemahan yang ketara semasa mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Apa yang jelas dari segi ilmu dan pengalaman yang diperoleh semasa tempoh tiga minggu ini adalah tidak cukup dan tidak memberikan kesediaan sepenuhnya kepada saya untuk terus menjalankan satu sesi bimbingan dan intervensi. Jika diperhatikan daripada rakaman video pada waktu permulaan, saya agak gugup dan tergagap-gagap kerana tidak tahu soalan apa yang hendak diajukan kepada murid untuk membina hubungan. Saya juga menghentikan sesi bimbingan seketika pada minit kedua kerana cuba mencari idea untuk meneruskan sesi bimbingan.Seterusnya, soalan yang diajukan adalah tidak berstruktur di mana tiada satu rumusan spesifik untuk satu soalan yang diajukan. Merujuk kepada transkrip temu bual soalan yang ditanya daripada maklumat diri kepada keluarga dan hubungan sosial di sekolah kemudian kembali semula kepada maklumat diri. Saya seharusnya memfokuskan kepada satu perkara satu persatu kemudian membuat rumusan kecil terhadap perkara tersebut dan akhirnya barulah beralih ke topik seterusnya supaya murid dapat memfokuskan kepada topik yang ingin diperkatakan dan tidaklah bercampur aduk. Hal ini mungkin disebabkan saya tidak merangka satu organisasi khas sesi yang ingin dijalankan dari permulaan sehinggalah ke penghujung. Kesannya masa yang diambil untuk menjalankan sesi bimbingan adalah panjang dan tidak teratur. Masa yang diperuntukkan 30-40 minit menjadi kepada 55 minit kesan daripada pengurusan sesi yang tidak teratur.

Tetapi, segala kelemahan yang telah dikenalpasti ini akan saya jadikan pedoman untuk memajukan diri saya sebagai seorang guru pada masa yang akan datang. Sesungguhnya kelemahan adalah berpunca dari diri saya sendiri dan menjadi cermin kepada saya untuk terus membina dan mencapai profesionalisme keguruan yang sepatutnya kelak.