tugasan adat perkahwinan (autosaved)

25
PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara ini melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza. Dalam tugasan ini saya telah memilih dua adat perkahwinan daripada etnik Melayu Sarawak dan etnik Banjar di Sabah. Kedua- dua adat daripada etnik ini saya pilih memandangkan saya sendiri berasal dari etnik melayu Sarawak dan suami saya pula berketurunan Banjar. Justeru itu, saya telah berkesempatan untuk menemubual dua orang yang telah mewakili kedua-dua etnik tersebut. Mewakili etnik Melayu Sarawak saya telah menemubual datuk saya sendiri iaitu Encik Hj. Daud bin Matkari sementara bagi mewakili etnik Banjar saya telah menemubual ayah mertua saya iaitu Encik Asri Amat. Saya amat bersyukur kerana sepanjang saya menjalankan tugasan ini saya tidak menghadapi sebarang kesulitan. Saya telah menemubual adat resam perkahwinan etnik Melayu Sarawak semasa cuti pertengahan bulan Mac di Kuching Sarawak dan etnik Banjar semasa sebelum cuti persekolahan Mac itu. Walaupun kaedah yang saya gunakan dalam tugasan ini lebih kepada temubual, saya juga telah mendapatkan sumber sampingan melalui internet dan bahan bacaan. Walau bagaimanapun fakta yang 1

Upload: suzelawati-jamel

Post on 04-Jan-2016

419 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perkahwinan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang

penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua

golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara ini

melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat

resam yang berbeza.

Dalam tugasan ini saya telah memilih dua adat perkahwinan daripada etnik

Melayu Sarawak dan etnik Banjar di Sabah. Kedua-dua adat daripada etnik ini saya

pilih memandangkan saya sendiri berasal dari etnik melayu Sarawak dan suami saya

pula berketurunan Banjar. Justeru itu, saya telah berkesempatan untuk menemubual

dua orang yang telah mewakili kedua-dua etnik tersebut. Mewakili etnik Melayu

Sarawak saya telah menemubual datuk saya sendiri iaitu Encik Hj. Daud bin Matkari

sementara bagi mewakili etnik Banjar saya telah menemubual ayah mertua saya iaitu

Encik Asri Amat.

Saya amat bersyukur kerana sepanjang saya menjalankan tugasan ini saya tidak

menghadapi sebarang kesulitan. Saya telah menemubual adat resam perkahwinan

etnik Melayu Sarawak semasa cuti pertengahan bulan Mac di Kuching Sarawak dan

etnik Banjar semasa sebelum cuti persekolahan Mac itu.

Walaupun kaedah yang saya gunakan dalam tugasan ini lebih kepada temubual,

saya juga telah mendapatkan sumber sampingan melalui internet dan bahan bacaan.

Walau bagaimanapun fakta yang saya perolehi melalui temubual ini saya telah

membanding bezakan dengan fakta yang saya telah temui melalui internet. Ada antara

fakta tersebut sama dan ada juga yang agak berlainan. Namun apa yang pasti adat-

adat resam ini sememangnya ada sedikit perbezaan mengikut tempat.

1

Page 2: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

ADAT PERKAHWINAN ETNIK MELAYU SARAWAK

Adat perkahwinan etnik Melayu Sarawak sebenarnya mempunyai persamaan dengan

adat perkahwinan Melayu di Tanah Melayu. Namun ada juga perbezaan yang nyata

kerana adat resam Melayu juga mempunyai pengaruh masyarakat Brunei. Untuk

mencari maklumat ini saya telah menemubual datuk saya sendiri iaitu Hj.Daud Bin

Matkari.

Nama : Hj.Daud Bin Matkari

Tarikh Lahir : 31.12.1933

Alamat : Kg. Tabuan Melayu,

Kuching, Sarawak.

Jawatan Terakhir :

Public Work Department,

Jabatan Kerja Raya Kuching.

2

Page 3: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Menurut datuk saya, terdapat 3 fasa dalam perkahwinan etnik Melayu Sarawak. Fasa

tersebut ialah fasa sebelum perkahwinan, semasa perkahwinan dan selepas

perkahwinan.

1. Sebelum Perkahwinan

a. Merasi

Adat merasi ini ialah adat di mana seorang pemuda akan memberitahu kedua

ibubapanya dengan gadis yang dia berkenan. Oleh itu ibubapa lelaki ini akan

meminta bantuan orang tengah untuk bertanyakan dengan keluarga perempuan

berkenaan . Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan

memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau

tidak.

b. Ngangin

Proses yang seterusnya akan melibatkan kedua-dua belah pihak lelaki dan

perempuan. Tetapi dalam proses ini hanyalah seperti lawatan biasa

sahaja.dalam proses ini pihak lelaki masih menggunakan wakil mereka. Wakil

pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak

perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah berpunya ataupun

tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat persetujuan.

c. Bertekul

Acara ini merupakan fasa ke arah pertunangan. Walau bagaimanapun dalam

proses bertekul ini, prosesnya sama seperti pihak lelaki membuat tempahan

sahaja. Maksudnya pihak lelaki akan menyerahkan cincin kepada pihak

perempuan dan sekiranya pihak perempuan bersetuju maka proses pertunangan

akan berlaku selepas itu.Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik

dalam masyarakat Melayu sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung

kepada kesediaan bakal pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini,

hantaran wang atau barang kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi

kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan diadakan (mereya).

3

Page 4: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Gambar Bertekul ihsan Internet.

d. Mereya(bertunang)

adat mereya ini adalah sama dengan adat bertunang bagi kaum Melayu.

Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak

lelaki melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga

pihak lelaki. Antara hantaran yang diberi adalah duit, cincin tunang, persalinan,

kasut, beg tangan dan lain-lain. Pihak perempuan akan membalas pemberian

pihak lelaki. Pada kebiasaannya, hantaran pihak perempuan lebih banyak

daripada pihak lelaki. Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua

(kakak) yang belum berkahwin (langkah batang), pihak lelaki mesti memberikan

sebentuk cincin emas kepadanya. Proses langkah batang ini sebenarnya sama

dengan adat langkah bendul bagi kaum Melayu.

4

Page 5: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

gambar Mereya (bertunang)

2. Semasa Perkahwinan

Nikah

(A) Persediaan

Persediaan bagi majlis perkahwinan biasanya mengambil masa yang lama. Ia

termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya.

Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam

menghias pengantin dan persediaan pelamin.

Dalam masyarakat Melayu Sarawak, upacara yang melibatkan agama adalah

acara akad nikah, sementara yang bukan bersifat agama adalah acara bersanding,

tepung tawar, berlulut dan makan nasi temuan.

Bergendang adalah acara keraian secara beramai-ramai yang mengambil masa

selama tujuh hari tujuh malam. Majlis akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum

bersanding. Apabila akad nikah telah disempurnakan, pihak perempuan secara sah

telah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

5

Page 6: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

(B) Jenis-jenis nikah

Nikah Benar

Perkahwinan yang mengikut lunas-lunas Islam atau mengikut adat seperti merisik dan

bertunang dan ianya direstui oleh kedua-dua belah pihak. Maksud nikah benar di sini

ialah pernikahan kedua-dua mempelai telah melalui proses yang telah dinyatakan di

atas. Biasanya majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengntin perempuan. Namun

ada juga acara akad nikah yang dijalankan di Majlis Aagama Islam.

Majlis akad nikah (ihsan internet)

NikahSalah

Berlaku apabila pasangan didapati berkelakuan sumbang dan mereka akan dipaksa

untuk berkahwin. Upacara perkahwinan akan dijalankan dengan ringkas dan

sederhana. Nikah salah ini menurut Hj Daud adalah sama seperti menconteng arang ke

muka keluarga. Biasanya perkara ini berlaku akibat tindakan yang menurut hawa nafsu.

Nikah salah ini bukanlah bermaksud salah di sisi agama Islam kerana ianya adalah

istilah yang digunakan sekiranya perkahwinan yang tidak melalui proses yang

sepatutnya.

6

Page 7: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Nyerah Diri

Berlaku apabila lelaki menyerah diri kepada keluarga perempuan kerana tidak

mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan. Ianya melibatkan

perempuan dari golongan berada dan lelaki yang tidak berkemampuan. Mereka akan

dinikahkan secara sederhana dan perbuatan ini akan memalukan keluarga perempuan.

Proses Nyerah Diri ini akan menyebabkan kemungkinan besar majlis perkahwinan ini

akan dipulaukan oleh keluarga yang terlibat.

Ngekot

Berlaku apabila perempuan menyerah diri kepada keluarga lelaki dan mereka akan

dikahwinkan. Ini bukan kerana masalah yang melibatkan wang tetapi kerana keluarga

perempuan tidak merestui atau menerima pilihan anaknya. Biasanya perkara ini

melibatkan perempuan yang lmelarikan diri dari keluarganya. Namun perkara ini

bukanlah sesuatu yang baik. Tujuan mereka dikahwinkan kerana takut menimbulkan

fitnah dan untuk mengelakkan perkara maksiat daripada berlaku.

(C) Majlis Perkahwinan/Persandingan

Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan,

upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga

adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi

dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin

juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri

dengan berwudhu’.

Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan

dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin

dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri

pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai

adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat

benang emas dan Gajah Holen iaitu pakaian tradisional Melayu Sarawak. Pengantin

7

Page 8: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

lelaki pula biasanya akan mengenakan persalinan seperti seorang pahlawan atau

pakaian haji (jubah putih atau hitam dan serban).

Belulut / Tepung tawar

Bersanding

Pencak Silat Kapak

8

Page 9: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Betandak

Sebelum rombongan lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin

perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang dibalut

dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin

lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah

bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki.

Pengantin lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai

dengan membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah.

Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara

pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu.

Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin

perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis

persandingan, upacara berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh

dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan

dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang.

Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai. Tepung tawar

dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah. Pengantin kemudiannya melakukan

upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali.

9

Page 10: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Berjembak

Tepung tawar dan berinai

Pasukan Hadrah meniringi majlis tepung tawar

Pada sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi membiasakan

pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa

malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara

dan sahabat handai.

Majlis makan nasi temuan

10

Page 11: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

c. Selepas Perkahwinan

Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat

menziarah ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga

dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan

menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian

bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat menantu

perempuan yang baru.

Majlis sambut menantu

11

Page 12: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

ADAT PERKAHWINAN BANJAR

Perkawinan adat Banjar dipengaruhi oleh unsur dalam agama Islam, dalam

perkawinan Banjar nampak jelas begitu besar penghormatan terhadap posisi wanita.

Hal itu merupakan penerapan dari ajaran Islam yang mengemukakan ungkapan “surga

itu dibawah telapak kaki ibu” dan kalimat “wanita itu adalah tiang negara”. Acara demi

acara yang dilaksanakan semuanya berpusat di tempat atau di rumah pihak calon

mempelai wanita, pihak dari keluarga laki-laki yang datang menghormati kepada

keluarga mempelai wanita.

Dalam mencari maklumat mengenai adat Banjar ini, saya telah mendapatkan

maklumat daripada bapa mertua saya iaitu Encik Asri Amat. Beliau adalah

berketurunan Banjar dari sebelah bapanya. Berikut ialah maklumat diri beliau.

Nama: Asri Bin Amat

Tarikh Lahir : 11/03/1938

Tempat Lahir : Tenom, Sabah

Pekerjaan Terakhir : Jabatan Kerja Raya Sabah

12

Page 13: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Seperti kebanyakan adat perkahwinan kaum lain, etnik Banjar juga mempunyai proses

tertentu. Menurut En. Asri Amat ,terdapat 6 proses dalam adat perkahwinan orang

Banjar. Proses tersebut ialah:

1. Basusuluh

-proses mendapatkan maklumat perihal keluarga kedua-dua belah pihak.

Biasanya proses ini akan dilakukan secara rahsia dengan pelbagai cara sama

ada melalui bertanya dengan keluarga terdekat ataupun melalui cerita-cerita

masyarakat setempat. Proses ini dilakukan kerana kaum Banjar mempercayai

konsep mencari jodoh dalam ajaran Islam iaitu mencari jodoh mestilah melalui 5

kriteria. Kriteria-kriteria tersebut ialah berharta, baik rupa paras, boleh memberi

zuriat dan beragama.

2. Batatakun (merisik)

-proses ini lebih kepada proses mengenali perihal kedua belah pihak. Biasanya

proses ini memerlukan kunjungan ke rumah bakal calon isteri oleh pihak lelaki.

Dalam proses ini biasanya keluarga lelaki akan menilai sendiri calon isteri

tersebut. Begitu juga dengan pihak perempuan. Mereka akan menilai sejauh

mana kesungguhan calon suami untuk anak mereka untuk memperisterikannya.

Biasanya dalam amalan lama, pihak perempuan akan membawa lelaki tersebut

bersembahyang dan membiarkannya menjadi imam. Pendek kata dalam proses

ini sebenarnya merupakan ujian kepada pihak lelaki.

13

Page 14: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Proses Batatakun

3. Maatar Patalian (meminang)

-proses ini adalah peringkat kepada majlis pertunangan antara kedua belah

pihak. Biasanya pihak lelaki akan memberi barang-barang hantaran kepada

pihak perempuan. Menurut En. Asri, pada masa dahulu, barang hantaran

merupakan barang-barang keperluan harian seperti beras, garam, gula, kopi dan

roti. Namun sesuai dengan peredaran masa, barang-barang hantaran pada

zaman ini telah disesuaikan mengikut keadaan. Namun apa yang masih menjadi

persamaan ialah kelengkapan bilik tidur masih menjadi keutamaan bagi kaum ini.

Maatar Patalian

14

Page 15: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Hantaran zaman dulu (barang harian)

Hantaran zaman sekarang

4. Nikah

-proses pernikahan dalam adat

kaum Banjar adalah mengikut syariat Islam. Biasanya sekiranya bapa pengantin

perempuan masih ada, beliau sendiri yang akan menikahkan menantunya.

Namun pada zaman ini kebanyakan bapa pengantin perempuan lebih suka untuk

mewakilkan jurunikah untuk menikahkan pengantin lelaki itu. Biasanya pengantin

lelaki akan memberi saguhati berupa wang kepada jurunikah dan juga kepada

saksi pernikahan.

Gambar Hiasan

15

Page 16: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

5. Batatai

-adat ini adalah proses akhir dalam proses perkahwinan orang Banjar. Jamuan

makan akan dihidangkan kepada tetamu yang hadir. Kedua-dua pengantin akan

menjalanai proses persandingan. Acara keramaian akan diadakan bagi

menghiburkan tetamu yang dating

Majlis Batatai.

Acara Persandingan

16

Page 17: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Walau bagaimanapun, menurut En. Asri, proses perkahwinan asas kaum Banjar

ini sebenarnya sudah tidak lagi begitu dipraktikkan pada masa kini. Ini menurutnya

kerana sudah berlaku banyak perkahwinan campur dengan kaum-kaum yang lain. Apa

yang mungkin menjadi tinggalan hanyalah persalinan pengantin yang menggunakan

pakaian tradisi kaum Banjar.

17

Page 18: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

KESIMPULAN

Adat perkahwinan sememangnya adat yang masih lagi sekurang-kurangnya

diguna pakai oleh satu-satu kaum itu. Adat yang seumpama ini sebenarnya haruslah

dikekalkan untuk menjadi warisan kepada generasi yang seterusnya.

Adat perkahwinan kaum Melayu Sarawak dan Banjar sememangnya mempunyai

banyak persamaan dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia. Apa yang paling

ketara sekali ialah, pengaruh budaya Hindu memang terdapat dalam kedua-dua adat

perkahwinan ini.

Proses-proses perkahwinan juga berlaku hamper sama dengan kaum lain.

Proses yang dimulakan dengan cara merisik juga berlaku bagi kedua-dua adat

perkahwinan ini. Apa yang membezakannya ialah dari segi bahasa sahaja.

Secara keseluruhannya, kedua-dua adat perkahwinan ini sebenarnya

menitikberatkan kesopanan dan menghormati antara satu sama lain. Apa yang lebih

penting ialah kedua-dua adat perkahwinan ini memerlukan penjagaan agar ianya “Tak

lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan”.

18

Page 19: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

Refleksi

Alhamdulillah akhirnya saya Berjaya juga menyiapkan tugasan ini. Sepanjang

saya menjalankan tugasan ini banyak dugaan dan cabaran yang saya tempuhi. Walau

bagaimanapun berkat pertolongan keluarga dan rakan-rakan saya dapat juga sudahkan

tugasan ini.

Pada mulanya saya hendak membuat adat perkahwinan kaum-kaum yang

terdapat dalam daerah Tenom seperti Murut, Dusun ataupun Lundayeh. Namun hasrat

itu terpaksa saya lupakan kerana saya tidak begitu mengenali dengan lebih baik adat-

adat kaum di Tenoim memandangkan saya adalah berasal dari Kuching Sarawak.

Akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk membuat tugasan berdasarkan

bangsa saya sendiri iaitu Melayu Sarawak. Pemilihan adat perkahwinan bangsa Banjar

pula selepas saya saya mendapat tahu bahawa bapa mertua saya mengetahui serba

sedikit adat resam perkahwinan bangsa Banjar.

Untuk mendapatkan maklumat adat resam Melayu Sarawak, saya terpaksa balik

ke Kuching Sarawak untuk menemubual datuk saya. Namun saya bersyukur kerana

kebetulan cuti pertengahan sekolah bulan Mac. Kesempatan itu saya gunakan untuk

mendapatkan maklumat di Sarawak.

Bagi adat perkahwinan kaum Banjar pula, saya telah mendapatkan maklumat

daripada bapa mertua saya yang tinggal di daerah Tenom. Walau bagaimanapun ada

juga maklumat yang saya perolehi melalui internet terutama gambar-gambar. Namun

begitu saya bersyukur kerana dapat juga disudahkan tugasan ini.

19

Page 20: Tugasan Adat Perkahwinan (Autosaved)

RUJUKAN

1. Hj.Daud Bin Matkari ( Kg. Tabuan Melayu, Kuching, Sarawak)

2. En Asri Bin Amat ( 12, Taman Ten San, Tenom, Sabah )

3. http://zetlife-journey.blogspot.com/2011/05/adat-perkahwinan-banjar.html

4. http://banjargirls.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-orang-banjar.html

5. http://rencahhidupini.blogspot.com/2012/08/adat-perkahwinan-orang-banjar.html

20