tugasan 1(b) -yanie

12
 HGF 3043 D20141067771 1 KAJI IKLIM (HGF 3043) TUGASAN INDIVIDU KUMPULAN C TAJUK : MONSUN / MONSOON  NAMA NUR ZAYANI BINTI ROZALI  NO. IC 941202-06-5000  NO. MATRIK D20141067771 PENSYARAH DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

Upload: cik-akin

Post on 05-Mar-2016

149 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

blogging

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 1/12

 HGF 3043 D20141067771

1

KAJI IKLIM

(HGF 3043)

TUGASAN INDIVIDU

KUMPULAN C

TAJUK : MONSUN / MONSOON

 NAMA NUR ZAYANI BINTI ROZALI

 NO. IC 941202-06-5000

 NO. MATRIK D20141067771

PENSYARAH DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

Page 2: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 2/12

 HGF 3043 D20141067771

2

Individual Assignment HGF3043 – Question 1b

1. 

Apakah maksud monson?

What is meaning of monsoon?

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia ,perkataan "monsun" berasal daripada perkataan

Arab "muasim" yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik

melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem

angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah timur laut semasa musim sejuk di

hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di

hemisfera utara. Monsun di Malaysia terdiri daripada dua jenis iaitu Monsun Timur Laut

yang bermula pada awal bulan November sehingga bulan March , dan Monsun Barat

Daya lebih kering yang bermula pada akhir bulan Mei sehingga bulan September .

Manakala padan bulan Oktober dan bulan April dipanggil sebagai peralihan Monsun

yang merupakan bulan yang paling banyak penurunan hujan akibat daripada penstabilan

 peralihan monsoon ke monsun yang lain.

2. 

Huraikan bagaimana monson berlaku dan pengaruhnya terhadap cuaca dan iklim?

Describe how the monsoons occur and its effect on weather and climate.

Menurut Wang B (2006) , Monsun asia adalah kejadian yang menakjubkan dalam sistem

iklim bumi. Semasa musim panas , enjin monsun mengepam kelembapan yang diangkut

ke seluruh beribu-ribu batu dari Lautan Hindi dan Pasifik. Menghasilkan hujan lebat yang

turun di selatan dan timur Asia dan bersebelahan laut kecil.

Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat

 perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini,

empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua

musim peralihan monsun yang lebih pendek.

Monsun Barat Daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal bulan

Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah barat daya

dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot. Menurut Sperling Daniel,

(2007).angin yang berasal daripada pedalaman benua (daratan) merupakan angin yang

Page 3: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 3/12

 HGF 3043 D20141067771

3

kering . Hal ini menyebabkan kebanyakan kawasan yang dilalui oleh angin monsun

Timur Laut, Terutamanya Benua Kecil India, Pakistan, Bangladesh, Burma, Negeri

Thailand , Vietnam, Kampuchea dan Loas mengalami musim kemarau yang teruk.

Monsun Timur Laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.

Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan

antara 10 dan 20 knot. Negeri-¬negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih

terjejas dengan tiupan angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih

semasa luruan kuat udara sejuk dari utara.Angin Monsun Timur Laut bertiup semasa

hemisfera mengalami musim sejuk. Dikenali sebagai monsun musim dingin. Musim ini,

nilai suhu terendah dicatatkan di pendalaman Asia. Contohnya di Dataran Tiggi Tibet,

Siberia dan Monggolia yang menghasilkan pusat tekanan udara tinggi.Kawasan pusattekanan udara tinggi di pendalaman benua Asia ini merupakan zon udara sejuk yang

tggelam.Pada masa yang sama hemisfera selatan sedang mengalami musim panas iaitu

nilai suhunya 35 darjah celcius. Sebab pemanasan jisim udara di permukaan bumi

menjadi ringan dan naik ke atas lantas mewujudkan satu vakum di bawahnya.Kawasan

vakum merupakn pusat tekanan udara rendah yang lazimnya wujud di sekitar lautan di

 benua Australia.Namun begitu, angin yang bertiup dari benua ke Asia itu akan dibiaskan

ke arah kanan oleh daya koriolis.Sistem angin ini dinamakan sebagai sistem angin

monsun timur laut.Angin Monsun Timur Laut bertiup kencang,yang paling ketara ialah

‘kedinginanya’ yang mampu menyejukkan suhu di kawasan tropika dan khatulistiwa

daripada mjadi terlalu panas.

Page 4: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 4/12

 HGF 3043 D20141067771

4

Rajah 1 : proses pembentukan angin monsun Timur Laut

(Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia)

Angin Monsun Timur adalah angin yang bertiup pada bulan April - Oktober di Indonesia

dan Malaysia khususnya. Angin ini bertiup saat matahari berada di belahan bumi utara,

sehingga menyebabkan benua Australasia musim dingin, sehingga bertekanan maksimum

dan Benua asia lebih panas, sehingga tekananya minimum. Menurut hukum Buys Ballot,

angin akan bertiup dari daerah bertekanan maksimum ke daerah bertekenan minimum,

sehingga angin bertiup dari benua Australasia menuju benua Asia, dan karena menuju

Utara Khatulistiwa/Equator, maka angin akan dibelokkan ke arah kanan. Pada waktu ini,

Indonesia akan mengalami musim kemarau akibat angin tersebut melalui gurun pasir di

 bagian utara Australia yang kering dan hanya melalui lautan sempit.Angin Monsun

Timur Laut bertiup merentasi Laut China Selatan dan sampai ke pantai timurSemenanjung Malaysia dengan kelajuannya 57 kilometer sejam.Semasa musim-musim

 peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah. Pada

kedua-dua musim ini, palung khatulistiwa merentangi Malaysia.

Page 5: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 5/12

 HGF 3043 D20141067771

5

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa dalam tempoh dari April hingga November bila

mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi

Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak

menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih.

3. 

Berasaskan pembentangan Forum Iklim Kebangsaan berkaitan monson, Berikan komen anda

tentang ramalan monsoon yang boleh mempengaruhi corak hujan, suhu, kelajuan angin dan

kelembapan bandingan.

Based on National Climate Forum about monsoons, how the monsoon prediction can affect

rainfall patterns, temperature, wind speed and humidity. Give your comment.

KELAJUAN ANGIN

Di antara bulan Januari hingga Mac, angin bertiup dari arah timur laut ke Semenanjung

Malaysia. Angin ini adakalanya agak kencang sehingga mencapai kelajuan 15 m/saat

tetapi menjadi lemah apabila tiba di Selat Melaka selepas melintasi beberapa banjaran

gunung di Semenanjung Malaysia sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 2

Rajah 2: Corak pergerakan angin pada bulan Januari-Mac.

(sumber : Jabatan Perikanan Malaysia)

Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.

Semasa musim ini angina lazim adalah dari arah timur laut dengan kelajuan antara 10 dan

20 knot. Negeri-negeri pantai timur semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan

angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat

udara sejuk dari utara (luruan sejuk)

Page 6: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 6/12

 HGF 3043 D20141067771

6

CORAK HUJAN

Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca

monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan

hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu negeriKelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak.

Berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, berikut ialah:

 jangkaan hujan bulanan maksimum

Kelantan,Terengganu 

600 mm (November)

Pahang dan timur

Johor 600 mm (Disember)

Sarawak   400-700 mm (Januari)

Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka akan menerima jumlah hujan

 pada paras purata pada bulan Oktober, November dan Disember 2015 kecuali negeri

Johor dan timur Pahang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata pada

Disember 2015.Seterusnya pada bulan Januari hingga Mac 2016, beberapa negeri di utara

Semenanjung Malaysiaterutamanya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perakdijangka

akan menerima hujan di bawah paras purata sementara Kelantan dan Terengganu pula

dijangka akan menerima hujan sedikit di bawah paras purata.Manakala negeri-negeri lain

dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata.

Page 7: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 7/12

 HGF 3043 D20141067771

7

KELEMBAPAN BANDINGAN

Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan bandingan bulanannya

adalah diantara 70% hingga 90%, berubah mengikut tempat dan bulan. Adalah

diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari kecuali bagi negeri-negeri pantai timur

di mana kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan Mac. Kelembapan

 bandingan maksimum pula lazimnya adalah pada bulan November.

SUHU

Sebagai sebuah negara yang terletak di khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang

sekata sepanjang tahun. Perbezaan purata suhu bulanan adalah kurang daripada 2°C

kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dipengaruhi oleh

luruan angin sejuk dari Siberia semasa monsun timur laut dengan perbezaan suhu purata

 bulanannya boleh mencapai sehingga 3°C. Semasa musim peralihan monson iaitu pada

 bulan April dan Mei suhu purata bulanan adalah paling tinggi sementara Disember dan

Januari pula iaitu semasa monsun timur laut suhu purata bulanannya paling rendah. Suhu

harian yang rendah yang dialami di kawasan Pantai Timur Semenanjung semasa musim

monsun timur laut ini adalah hasil daripada kadar hujan yang tinggi dan litupan awan

yang luas. Suhu harian yang tinggi semasa musim peralihan monson adalah disebabkan

kaadaan cuaca yang panas pada waktu lewat pagi hingga awal petang dan selalunya

disusuli dengan hujan serta ribut petir pada lewat petang. Keadaan ini berlaku disebabkan

oleh atmosfera yang tidak stabil yang mengalakkan pembentukan awan perolakan pada

waktu petang.

Page 8: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 8/12

 HGF 3043 D20141067771

8

4. 

Huraikan kesan monsoon terhadap manusia dan bagaimana manusia menghadapinya.

Describe the impact of monsoon on humans and how humans adapt the situation

Kesan monsun barat daya yang merupakan monsun yang lebih kering dan kekurangan

air.Kejadian monsun barat daya menyebabkan musim kemarau berlaku dan pemanasan

 bumi semakin meningkat akibat daripada angin kering yang hadir dan kekurangan air

atau lebih dikenali dengan El Nino. Kejadian ini akan terjadinya kemarau yang

 berpanjangan mendatangkan banyak kesan negatif terhadap manusia antaranya apabila

keadaan yang terlampau panas menyebabkan hutan akan mudah terbakar secara

semulajadi kerana suhu bumi yang semakin meningkat . Apabila kejadian tersebut

 berlaku asap-asap kebakaran mula berleluasa dan menyebabkan terjadinya jerebu .

Keadaan jerebu ini mendatangkan kesan negatif kepada manusia . Hal ini kerana, apabilamanusia menghirup udara yang kurang segar akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit

seperti ,batuk ,sesak nafas , radang paru-paru , masalah penglihatan da sebagainya. Bukan

itu sahaja , masalah kesihatan yang semakin berleluasa menyebabkan pelbagai jenis

ubatan yang perlu dikeluarkan bagi mengawal keadaan. Selain itu , kegiatan pertanian

 juga akan semakin berkurangan kerana kekurangan zat dan nutrien air ke dalam tanah

menyebabkan pertanian menjadi kurang segar dan lebih kearah layu . Manusia akan

menjadi rugi dengan aktiviti pertanian kerana pertanian yang kurang menjadi akibat dari

udara yang kering dan panas .

Seterusnya , kesan bagi Monsun Timur Laut kepada manusia pula adalah dimana monsun

ini dikenali sebagai monsun yang murah dengan curahan air hujan dan juga lebih

menjurus kearah La Nina . Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya musim tengkujuh

yang akan kerap berlaku hujan lebat dan angin kencang yang berterusan . Apabila

 berlakunya hujan yang berterusan akan menyebabkan banjir di kawasan yang rendah.

Banjir akan menyebabkan kerosakan harta benda seperti, rumah , kereta , peralatanrumah dan sebagainya . Manusia akan kehilangan tempat tinggal apabila banjir yang

 berlaku kerana tempat tinggal mereka telah ditenggelami air yang tinggi. Selain itu,

Banjir juga menyebabkan manusia tidak boleh melakukan aktiviti riadah kerana untuk

mengelakkan terkena air hujan bagi mengelakkan dating pelbagai jenis penyakit yang

Page 9: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 9/12

 HGF 3043 D20141067771

9

tidak diingini. Aktiviti harian juga akan terganggu dan manusia hanya akan terperap

dalam rumah dan mungkin mengalami sejuk yang tinggi kerana kurang mendapat suhu

 panas yang stabil . Penyakit demam akan berleluasa kepada manusia dan sebagainya

kerana terkena air kotor disebabkan banjir yang telah membawa sisa-sisa kotor ke merata

tempat . Keadaan sekeliling juga akan menjadi kotor dengan bertaburan harta benda dan

sampah sarap di bawa oleh arus air yang kuat.

Rajah 3 : Menunjukkan kawasan rumah yang telah banyak kali dimasuki air , kini

mencari cara untuk atasi

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/ 

Langkah bagi mengatasi masalah jika pada Monsun Barat Daya adalah kita harus siap

sedia menemui cuaca yang ekstrim selama musim panas, cara untuk mengatasinya iaitu

kita haruslah minum air putih yang banyak. Minumlah 2-4 gelas air mineral setiap masa.

Hindarkan diri dari meminum minuman berkafein atau beralkohol kerana akan dapat

mengakibatkan dihidrasi. Selain air mineral, teh herbal atau jus dapat membantu

Page 10: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 10/12

 HGF 3043 D20141067771

10

menyegarkan tubuh.Seterusnya, kegiatan di luar kawasan yang lebih baik. Jika harus

keluar, keluarlah sebelum tengah hari atau malam . Masa tersebut itu, cuaca akan lebih

sejuk. Hindari aktiviti fizikal yang berlebihan dan berikan waktu untuk tubuh berehat.

Panasnya udara yang panas sangat mengganggu tubuh badan. Akhir sekali,kenakan

 pakaian dengan warna yang putih atau terang. Ini akan membantu memantulkan cahaya

matahari. Pakaian bewarna gelap akan menyerap panas.

Manakala langkah untuk mengatasi masalah sedemikian rupa adalah apabila monsun

Timur Laut tiba manusia perlu bersiap sedia dengan mengawal aktiviti manusia. Banjir

kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah dan sisa

industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat

 perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakankempen mencintai sungai dan sebagainya.Badan-badan tertentu juga harus

 bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat

 pembuangan sampah.Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan

terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat

untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan

kejadian ini. Selain itu, memelihara hutan juga perlu dilakukan kerana kegiatan

 pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah

terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti

 pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan

merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan

kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan

mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis

dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada

kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan

 pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Page 11: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 11/12

 HGF 3043 D20141067771

11

Rajah 4 : Menunjukkan kawasan Kelantan yang telah ditenggelami banjir pada musimtengkujuh.

Sumber : www.utusan.com.my/ 

Page 12: tugasan 1(b) -YANIE

7/21/2019 tugasan 1(b) -YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1b-yanie 12/12

 HGF 3043 D20141067771

12

RUJUKAN

Jabatan Meteorologi Malaysia (2013) .  Monsun.  Diperolehi daripada

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Ite

mid=160&lang=malay 

Mohd Hairy Ibrahim, Haryati Shafii, Liew, S.K. (2015)  Penagruh Cuaca dan Iklim

Terhadapa Manusia dan Persekitarannya: Isu dan Cabaran. Batu Pahat Johor :

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mohd Hisham. (2015).  Forum Iklim Kebangsaan : Tinjauan Monsun Timur Laut  

2015/2016 . Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sinar Online (17 Oktober 2015) . ‘Sebelas kali air masuk rumah’ 

 . Diperolehi daripadahttp://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/sebelas-kali-air-masuk-rumah-1.441191 

Sperling Daniel, (2007).  Driving Climate Change, United Kingdom: British Library

Cataloguing in Publication.

Utusan Online ( 29 Disember 2014) .  Keadaan banjir di Kelantan masih meruncing. Diperolehi daripada http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/keadaan- banjir-di-kelantan-masih-meruncing-1.42199

Wang, B. (2006). The asian monsoon. Springer Science & Business Media.

Yaacob, K. K. K., Ali, A., & Isa, M. M. (2007).  Keadaan laut perairan Semenanjung

 Malaysia untuk panduan nelayan: Jabatan Perikanan Malaysia.