tugasan 3

42
PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH SME 6014 TUGASAN 3 KAEDAH / PENDEKATAN / TEORI PENGAJARAN MATEMATIK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK SITI NURIDAYU BINTI MOHD ZAHID M20141000965 NURUL ASYIKIN BINTI AHMAD M20141000963 NUR AMIRA BINTI SABRI M20141000940 SITI NAQUIAH BINTI AB. RAZAK M20141000933 KUMPULAN : KUMPULAN 3 PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA PUTEH TARIKH SERAH : 10/5/2015 PEMARKAHAN

Upload: quiah89

Post on 20-Sep-2015

140 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kaedah/Pendekatan/Teori Pengajaran Matematik (Geometri Koordinat & Trigonometri I)

TRANSCRIPT

  • PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH

    SME 6014

    TUGASAN 3

    KAEDAH / PENDEKATAN / TEORI PENGAJARAN

    MATEMATIK

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    SITI NURIDAYU BINTI MOHD ZAHID M20141000965

    NURUL ASYIKIN BINTI AHMAD M20141000963

    NUR AMIRA BINTI SABRI M20141000940

    SITI NAQUIAH BINTI AB. RAZAK M20141000933

    KUMPULAN : KUMPULAN 3

    PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA PUTEH

    TARIKH SERAH : 10/5/2015

    PEMARKAHAN

  • 2

    Isi Kandungan Muka Surat

    Topik : Geometri Koordinat

    Sistem Koordinat Cartesian 3 - 5

    Jarak Antara Dua Titik 6 - 8

    Kecerunan Garis Lurus 9 12

    Persamaan Garis Lurus 13 - 16

    Topik : Trigonometri I

    Radian 17 20

    Luas Sektor Bulatan 21 23

    Nisbah Trigonometri Bagi Sudut Tirus 24 30

    Nisbah Trigonometri Bagi Sudut-sudut Khas 31 - 36

    Rujukan 37 38

    Lampiran

  • 3

    Topik : Geometri Koordinat

    Subtopik : Sistem Koordinat Cartesian

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat mengenal sistem

    koordinat Cartesian terdiri daripada pasangan bertertib (a,b).

    Kaedah Pengajaran : Eklektik iaitu gabungan bagi pendekatan induktif dan deduktif

    Teori Pendekatan : Menggunakan teori konstruktivisme di mana konstruktivisme

    adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara

    aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar

    akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

    membina pengetahuan baru.

    Penerangan : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Set Induksi : Guru membawa pelajar mengingat kembali set Nombor Nyata dengan

    suatu garis yang disebut garis Nombor Nyata yang hanya melibatkan garis di paksi

    mengufuk sahaja. Guru meminta seorang pelajar hadir ke depan dan melakarkan garis

    Nombor Nyata di papan putih. Guru bersoal jawab dengan pelajar di mana guru

    menanyakan kedudukan nombor negatif dan nombor positif berdasarkan garis Nombor

    Nyata yang pelajar lakarkan.

    Langkah 1 : Guru menerangkan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan

    paksi mencancang dan paksi mengufuk. Kemudian, berdasarkan pemerhatian pelajar

    di dalam kelas, guru meminta pelajar mencari dan menyenaraikan objek-objek yang

    memiliki paksi mencancang dan paksi mengufuk. Selesai menyenaraikan objek-objek

    tersebut, guru meminta pelajar tampil ke hadapan dan membacakan jawapan mereka.

    Antara jawapan yang seharusnya pelajar berikan adalah kerusi, meja, papan putih dan

    tingkap nako. Guru menggunakan slide powerpoint untuk menunjukkan gambar-

    gambar objek yang memiliki paksi mencancang dan paksi mengufuk bagi

    mengukuhkan lagi kefahaman konsep pelajar.

    Guru mengagihkan kertas A4 dan meminta para pelajar melakarkan paksi mencancang

    dan paksi mengufuk berdasarkan pemerhatian mereka ke atas objek-objek yang telah

    mereka senaraikan. Kemudian guru menjelaskan bahawa di dalam sistem koordinat

    Cartesian, paksi mencancang disebut paksi- dan paksi mengufuk pula disebut paksi-

  • 4

    . Guru melakarkan paksi- dan paksi- di papan putih kemudian meminta pelajar

    menuliskan paksi-paksi pada kertas A4 yang telah diedarkan. Di dalam sistem

    koordinat Cartesian, kedua-dua paksi ini pula disebut paksi-paksi koordinat.

    Rajah 1

    Gambar 1 di atas merupakan paksi-paksi koordinat yang dikenali sebgai paksi-x dan

    paksi-y yang dilakarkan oleh guru di papan putih.

    Langkah 2 : Guru mengagihkan kertas A4 kepada para pelajar, kemudian guru

    meminta pelajar melipatkan kertas A4 tersebut sebanyak dua kali seperti yang

    ditunjukkan di Rajah 2 dan Rajah 3 sehingga membentuk 4 bahagian yang sama saiz.

    Rajah 2 Rajah 3

    Kemudian guru meminta pelajar membuat garis bagi paksi-x dan paksi-y di atas kertas

    A4 yang telah dilipat mengikut garisan yang terbentuk dengan menggunakan pensel

    dan pembaris. Pelajar akan dapat melihat bahawa paksi-paksi itu akan membahagikan

    kepada empat satah yang disebut sebagai sukuan. Guru meminta pelajar menulis

    Nombor Nyata di atas paksi-paksi yang telah mereka lakarkan di atas kertas A4 seperti

    yang ditunjukkan dalam gambar 4 di bawah.

  • 5

    Rajah 4 Rajah 5

    Berdasarkan rajah 5 di atas guru telah menerangkan kepada para pelajar di dalam

    sistem koordinat Cartesian terdapat empat sukuan. Sukuan-sukuan ini diberikan

    nombor berlawanan arah jam dari I hingga IV.

    Penutup : Sebagai rumusan kepada apa yang telah pelajar pelajari, guru bersoal jawab

    dengan pelajar tentang topik yang telah dipelajari. Guru meminta wakil kepada pelajar

    hadir ke hadapan untuk merumuskan apa yang telah beliau fahami sepanjang proses

    pdp berlangsung. Guru akan memberi hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan

    kepada pelajar-pelajar yang telah memberi kerjasama dengan menjadi sukarela untuk

    keluar ke hadapan. Melalui penglibatan pelajar sepanjang sesi pdp pelajar dapat

    membina keyakinan diri.

  • 6

    Subtopik : Jarak antara dua titik

    Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran ini, murid akan dapat memahami dan

    menggunakan konsep Teorem Pitagoras untuk mencari jarak antara dua titik.

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat menentukan jarak di antara

    dua titik

    Nilai-nilai murni : Kerjasama, bertanggungjawab dan menepati masa

    Pengalaman sedia ada : Murid telah mengetahui jarak antara dua titik dengan

    menggunakan konsep Teorem Pitagoras.

    Bahan bantu mengajar : Papan putih, marker pen, aplikasi Geogebra, gambarajah

    buah-buahan.

    Kaedah Pengajaran : Pendekatan Deduktif

    Pendekatan deduktif adalah jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada

    spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana murid

    bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian

    Seaton, 1982). Di dalam topik ini, murid telah mengetahui dan mempelajari konsep

    Teorem Pitagoras dimana mereka akan gunakan konsep ini untuk mencari jarak antara

    dua titik. Secara ringkas, pendekatan deduktif digunakan jika keutamaan pelajaran

    tertumpu kepada pemahaman konsep sahaja, bukannya proses memperoleh konsep.

    Penerangan : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Set Induksi : Guru menunjukkan gambarajah buah-buahan yang mempunyai grid

    koordinat. Guru meminta beberapa wakil murid untuk menyatakan dua jenis buah

    yang berbeza berserta koordinat buah tersebut. Murid menyatakan koordinat bagi dua

    buah dan mencari jarak antara dua titik tersebut dengan menggunakan rumus. Rumus

    untuk mencari jarak antara dua titik ialah diwakilkan

    dengan dan Rumus ini diterbitkan menggunakan Theorem

    Pitagoras yang mengaitkan panjang segmen garis dengan koordinat-koordinatnya

    dimana rumus ini telah dipelajari oleh mereka sebelum ini. Guru melakukan sedikit

    ulangkaji mengenai Teorem Pitagoras kepada mereka.

    212

    2

    12yyxxd

    11, yxP 22 , yxQ

  • 7

    Rajah 6 : Contoh Gambarajah Buah

    Langkah 1 : Guru menunjukkan cara menggunakan Geogebra untuk mencari jarak

    antara dua titik. Setiap langkah penggunaan Geogebra ditunjukkan dengan lebih jelas

    kepada murid. Murid mengikuti setiap langkah yang diterangkan oleh guru. Guru

    menunjukkan beberapa contoh menggunakan aplikasi Geogebra kepada murid. Murid

    bersama-sama guru menyelesaikan contoh soalan dengan menggunakan aplikasi

    Geogebra. Setelah mendapat jawapan, guru meminta murid mencari jawapan dengan

    menggunakan rumus atau secara manual untuk membandingkan jawapan. Setelah

    murid dapat membandingkan jawapan dan jawapan yang diberikan oleh murid adalah

    sama dengan jawapan aplikasi Geogebra, guru memberikan beberapa contoh untuk

    murid selesaikan menggunakan aplikasi Geogebra.

    Langkah 2 : Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada empat

    orang murid. Setiap kumpulan akan diberikan dua soalan yang berkaitan dengan jarak

    antara dua titik. Soalan dipilih oleh murid mengikut sampul jenis buah-buahan yang

    disediakan oleh guru. Dua orang daripada empat orang murid setiap kumpulan

    menyelesaikan setiap satu soalan dimana satu soalan diselesaikan dengan

    menggunakan aplikasi Geogebra dan satu soalan lagi menggunakan rumus. Setelah

    mendapat jawapan, murid membandingkan jawapan mereka yang menggunakan

    rumus dan aplikasi Geogebra.

  • 8

    Contoh soalan 1 :

    Cari jarak antara titik (5, 2) dengan (6,7).

    Penyelesaian :

    Jarak antara A dan B, = (2 1)2 + (2 1)2

    = (6 (5))2 + (4 (2))2

    = (11)2 + (6)2 = 121 + 36 = 157 = 12.53

    Contoh soalan 2 :

    Cari jarak antara titik (2,1) dengan (6,4).

    Penyelesaian :

    Jarak antara A dan B , = (2 1)2 + (2 1)2

    = (6 2)2 + (4 1)2

    = (4)2 + (3)2 = 16 + 9 = 25 = 5

    Langkah 3 : Guru memberikan latihan kepada murid dengan melakukan aktiviti kuiz

    di dalam kelas. Guru menyediakan grid koordinat yang telah dilukis diatas kertas

    mahjung putih dan diedarkan pada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan menerima

    empat jenis kad berbentuk buah-buahan yang berbeza-beza berserta koordinat untuk

    setiap buah tersebut. Murid perlu melekatkan kad buah-buahan tersebut di atas kertas

    grid koordinat. Murid mencari jarak diantara setiap kad buah-buahan itu dengan

    menggunakan rumus dan juga aplikasi Geogebra. Guru melekat kad jawapan untuk

    setiap soalan di papan putih. Kumpulan yang telah memperolehi jawapan perlu

    mengambil kad jawapan di papan putih dan lekat pada kertas mahjung tersebut. Guru

    akan memantau setiap gerak kerja kumpulan dan memastikan setiap kumpulan

    menggunakan kedua-dua kaedah iaitu melalui rumus dan aplikasi Geogebra. Nilai

    kerjasama perlu ada untuk setiap kumpulan.

  • 9

    Penutup : Sebelum berakhir kelas, guru memberikan penegasan terhadap tajuk yang

    di ajar dan guru bertanyakan kepada murid apa yang dipelajari pada hari tersebut.

    Murid memberi respon dengan menyatakan semula rumus jarak antara dua titik dan

    pemahaman mereka mengenai aplikasi Geogebra.

  • 10

    Subtopik : Kecerunan Garis Lurus

    Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran ini, murid akan dapat membanding dan

    membezakan jenis-jenis kecerunan dan mencari kecerunan pada garis lurus.

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid akan dapat mengira kecerunan

    garis : kecerunan positif, kecerunan negatif, kecerunan sifar dan kecerunan bagi dua

    garisan berserenjang dan selari.

    Nilai-nilai murni : Murid akan bekerjasama untuk mendapatkan nilai kecerunan

    Bahan bantu mengajar : Gambarajah timbul, bongkah-bongkah yang berbentuk segi

    tiga, multimedia, papan putih dan marker pen.

    Isi pengajaran :

    1) Memahami konsep kecerunan garis lurus

    Kecerunan, ialah nisbah jarak mencancang kepada jarak mengufuk diantara

    dua titik pada garis lurus itu.

    2) Mengetahui jenis-jenis kecerunan

  • 11

    3) Mengetahui rumus yang digunakan untuk mendapatkan kecerunan

    Kecerunan garis lurus, = jarak mencancang

    jarak mengufuk

    =BC

    AC

    Kaedah Pengajaran : Pembelajaran masteri

    Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

    berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Pembelajaran

    masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi

    memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu

    unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini

    memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan

    pembelajaran yang berkualiti. Prinsip asas dalam pembelajaran masteri ialah :

    a) Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru

    b) Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai

    c) Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil

    pembelajaran yang ditentukan

    d) Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah

    jelas.

    Penerangan : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Set Induksi : Guru memberikan bongkah-bongkah yang berbentuk segitiga kepada

    murid. Murid perlu memahami dan mengamati setiap bongkah segitiga yang

    diberikan. Seterusnya, guru bertanyakan kepada murid apakah ciri-ciri yang terdapat

    pada bongkah-bongkah berkenaan. Murid akan memberikan jawapan berdasarkan

  • 12

    soalan yang guru berikan. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid, guru akan

    mengaitkan jawapan berkenaan dengan tajuk yang bakal di ajar.

    Rajah 7 : Contoh gambarajah bongkah

    Langkah 1 : Guru menyatakan maksud kecerunan dan jenis-jenis kecerunan dengan

    lebih jelas dengan berbantukan gambarajah timbul. Berdasarkan gambarajah timbul

    tersebut, guru menyatakan rumus kecerunan. Dalam masa yang sama, murid perlu

    mengamati nota berkaitan maksud, jenis-jenis dan rumus kecerunan yang diberikan

    oleh guru.

    Langkah 2 : Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada empat

    orang murid. Setiap kumpulan akan diberikan dua soalan yang berkaitan dengan

    kecerunan garis. Soalan dipilih secara rawak oleh murid di dalam kotak yang

    disediakan oleh guru tanpa dilihat oleh mereka. Dua soalan tersebut perlu disiapkan

    dalam masa satu minit. Guru melekat jawapan di atas bola pingpong dan di letakkan di

    dalam kotak di hadapan kelas. Kumpulan yang siap jawab soalan perlu ke hadapan

    kelas untuk mencari jawapan di dalam kotak yang mengandungi bola pingpong

    tersebut dan tunjukkan jawapan kepada guru. Guru perlu memantau dan tegas dengan

    masa yang ditetapkan. Nilai ketepatan masa perlu diterapkan di dalam diri murid.

    Contoh soalan 1 :

    Cari kecerunan garis yang menghubungkan titik-titik (4,5) dan (3, 7)

    Penyelesaian :

    =2 12 1

    =7 5

    3 4=

    12

    1= 12

  • 13

    Contoh soalan 2 :

    Cari kecerunan garis yang menghubungkan titik-titik (3, 1) dan (5,4)

    Penyelesaian :

    =2 12 1

    =4 (1)

    5 3=

    5

    2= 2.5

    Langkah 3 : Guru memberikan latihan kepada murid dengan melakukan aktiviti kuiz

    di dalam kelas. Guru menyediakan kad jawapan dimana kad jawapan tersebut terdiri

    daripada lima jenis gambar kecerunan iaitu kecerunan positif, negatif, sifar, sama dan

    dua garisan berserenjang dan selari. Semua kad tersebut diberikan kepada setiap

    kumpulan. Guru memberikan soalan melalui slide power point. Setiap soalan perlu

    diselesaikan oleh murid, dan mereka perlu menyatakan jawapan mereka dengan hanya

    mengangkat kad jawapan yang betul. Kumpulan yang mendapat markah yang banyak

    dikira pemenang dan diberi ganjaran.

    Penutup : Sebelum berakhir kelas, guru memberikan penegasan terhadap tajuk yang

    di ajar dan guru bertanyakan kepada murid apa yang dipelajari pada hari tersebut.

    Murid memberi respon dengan menyatakan semula jenis-jenis kecerunan dan

    menyatakan semula rumus yang digunakan di dalam kecerunan garis lurus.

  • 14

    Subtopik : Persamaan Garis Lurus

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat membina persamaan

    garis lurus bagi bentuk kecerunan, bentuk pintasan, bentuk am, bentuk satu titik dan

    bentuk dua titik.

    Kaedah Pengajaran : Kontekstual dan induktif

    Teori Pendekatan : Menggunakan teori konstruktivisme di mana konstruktivisme

    adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara

    aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar

    akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

    membina pengetahuan baru.

    Penerangan : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Set Induksi: Berdasarkan pengetahuan pelajar mengenai konsep kecerunan, guru

    meminta pelajar menyenaraikan kejadian alam dan persekitaran keliling yang

    mempunyai kecerunan. Setelah itu, guru akan menunjukkan slide powerpoint yang

    mengandungi gambar-gambar seperti bukit, tangga, jongkang-jongkit dan sebatang

    pokok kelapa yang condong. Kemudian pelajar akan membandingkan jawapan mereka

    dengan gambar-gambar yang guru tunjukkan. Setelah itu, guru menuju ke tingkap

    nako di dalam kelas dan pelajar diminta untuk memerhati dan membandingkan

    kecerunan antara tingkap-tingkap tersebut. Guru kemudiannya akan menyoal pelajar

    tentang kaitan kecerunan dan keadaan tingkap tersebut. Guru memandu pelajar

    mengaitkan kecerunan dengan konsep persamaan garis lurus.

    Langkah 1: Persamaan garis lurus apabila diberi kecerunan dan satu titik

    Katakan (, ) ialah sebarang titik pada garis lurus yang berkecerunan m dan melalui

    titik (1, 1). Guru menunjukkan Rajah 8 iaitu garis lurus dengan kecerunan m dan

    melalui titik (1, 1).

  • 15

    Rajah 8

    Berdasarkan rumus kecerunan iaitu;

    = 1 1

    Guru meminta pelajar membina persamaan garis lurus. Setelah selesai tugasan yang

    diberikan guru meminta seorang pelajar secara sukarela ke hadapan untuk

    menunjukkan jawapan yang beliau perolehi. Penyusunan semula rumus kecerunan

    seharusnya membawa kepada persamaan garis lurus 1 = ( 1). Persamaan

    garis lurus juga ditulis sebagai = + yang mana c adalah pintasan-y. Bentuk

    am bagi persamaan garis lurus pula adalah + + = 0. Guru memberi soalan

    latihan kepada pelajar iaitu;

    Soalan:

    Cari persamaan garis lurus yang mempunyai kecerunan 3 dan melalui titik (4,1).

    Penyelesaian:

    1 = 3( 4)

    1 = 3 12

    = 3 11

    Langkah 2: Persamaan garis lurus apabila diberi kecerunan dan dua titik

    Katakan P(, ) ialah sebarang titik pada garis lurus yang melalui titik-titik A(1, 1)

    dan B(2, 2). Rajah 9 di bawah menunujukkan garis lurus yang melalui titik-titik

    A(1, 1) dan B(2, 2).

  • 16

    Rajah 9

    Berdasarkan rumus kecerunan, kecerunan bagi AP adalah;

    = 1 1

    Berdasarkan rumus kecerunan, kecerunan bagi AB adalah;

    =2 12 1

    Oleh kerana A, B dan P terletak pada garis lurus yang sama, maka kecerunan AP =

    kecerunan AB. Jadi persamaan garis lurus yang melalui titik-titik A(1, 1) dan

    B(2, 2)ialah;

    1 1

    =2 12 1

    Langkah 3: Persamaan garis lurus apabila diberi pintasan-x dan pintasan-y

    Katakan (, ) ialah sebarang titik pada garis lurus yang mempunyai pintasan-x, a dan

    pintasan-y, b. Guru menunjukkan Rajah 3 iaitu garis lurus dengan pintasan-x, a dan

    pintasan-y, b.

  • 17

    Rajah 10

    Guru mengedarkan kertas graf dan meminta pelajar memplotkan graf seperti dalam

    Rajah 3 dan meminta pelajar mencari kecerunan garis lurus bagi rajah tersebut.

    Kemudian guru menjelaskan kecerunan bagi garis lurus dalam Rajah 10 adalah;

    =

    Dengan memasukkan nilai kecerunan dan (, 0) dalam persamaan 1 = (

    1). Kita akan dapat;

    0 =

    ( )

    =

    +

    penyusunan semula memberikan;

    + =

    Bahagikan kedua-dua belah persamaan dengan b, kita akan perolehi;

    +

    = 1

    Di mana a adalah pintasan di paksi-x dan b adalah pintasan di paksi-y.

    Penutup : Guru mejelaskan kembali semua konsep dan rumus persamaan garis lurus

    yang pelajar perlu fahami dan ingati. Guru meminta seorang pelajar menyenaraikan

    apakah bentuk persamaan garis lurus yang telah dipelajari sepanjang proses pdp

    berlangsung. Guru juga memberi soalan latihan kepada pelajar sebagai kerja rumah.

    Soalan:

    1. Menggunakan rumus bentuk pintasan tulis persamaan garis lurus yang melalui

    titik-titik (2,-2) dan ( 3, 1).

  • 18

    2. Cari persamaan garis lurus yang melalui titik-titik (3,0) dan (0, -4) dengan

    menggunakan rumus persamaan garis lurus yang melalui dua titik.

  • 19

    Topik : Trigonometri I

    Subtopik : Radian

    Objektif Pembelajaran : Pelajar dibimbing untuk memahami konsep radian.

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat

    menukarkan ukuran dalam radian kepada darjah dan sebaliknya.

    Pengetahuan sedia ada:

    Pelajar telah mempelajari:-

    i. Konsep sudut dalam topik sudut dan garis.

    ii. Sifat bulatan dalam topik bulatan.

    iii. Konsep lilitan untuk menyelesaikan masalah dalam topik bulatan.

    Bahan bantu mengajar : Pinggan kertas, jangka sudut, tali dan lembaran kerja.

    Kaedah Pengajaran : Konstruktivisme

    Konstruktivisme ialah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri.

    Pengetahuan bukan dipindahkan dari orang atau sumber lain. Individu membina

    pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.

    Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: engage,

    explore, explain, elaborate, evaluate) iaitu

    Melibat guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid,

    murid melibatkan diri.

    Meneroka guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka.

    Menjelas murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan

    jawapan.

    Mengembang - murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep.

    Menilai guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman

    konsep.

    Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan

    mewujudkan suasana pengajaran pembelajaran yang membolehkan murid

    memperolehi pengalaman pembelajaran yang dihajati.

  • 20

    Penerangan : Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, aktiviti akan dijalankan yang

    dinamakan aktiviti radian pinggan kertas bertujuan untuk memahami konsep radian

    dengan menggunakan tali, jangka sudut dan pinggan kertas. Aktiviti ini dijalankan

    bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai konsep sifat bulatan dan

    memperkenalkan konsep ukuran radian yang merupakan kesinambungan dalam topik

    trigonometri.

    Prosedur : Cadangan aktiviti

    Aktiviti radian pinggan kertas

    1) Pelajar diminta untuk mengukur lilitan bulatan (pinggan kertas) dengan

    menggunakan tali dan mencatatkan lilitan tersebut.

    2) Lipat bulatan tersebut kepada separuh. Pelajar akan memperoleh diameter hasil

    daripada lipatan tersebut. (Diameter ialah garis lurus yang menyambungkan dua

    titik pada lilitan dan melalui pusat bulatan). Guru bertanya kepada pelajar

    mengenai hubungan antara lilitan dan diameter bulatan. Hasil lipatan ini

    menunjukkan bahawa nisbah lilitan bulatan kepada diameternya adalah sama

    untuk semua bulatan. Nisbah ini ialah satu pemalar dan diwakili oleh .

    3) Lipat pinggan kertas tersebut sekali lagi bagi mendapatkan empat bahagian yang

    sama.

  • 21

    4) Buka lipatan pinggan tersebut. Dengan menggunakan pembaris, pelajar diminta

    melukis ruang garis sepanjang garis lipatan dan akan membentuk empat kuadran.

    Labelkan sudut pada tepi bulatan yang berpadanan dengan 0, 90, 180, 270.

    5) Gunakan tali untuk mengukur jejari bulatan dan potong tali tersebut. Catatkan

    hasil jejari yang diperoleh. (Jejari ialah jarak dari pusat bulatan ke sebarang titik

    pada lilitan bulatan).

    6) Lilit tali pada tepi bulatan menggunakan hasil jejari yang diperoleh dan tandakan

    pada lokasi terakhir. Sambung titik tersebut kepada pusat bulatan.

    7) Dengan menggunakan jangka sudut, dapatkan nilai sudut tercangkum di pusat

    bulatan (unit darjah) yang diperoleh daripada langkah yang ke-6. Dari segi unit

    radian, sudut yang diperoleh ialah satu radian. Catatkan hasil yang diperoleh.

    8) Menggunakan panjang tali jejari yang diperoleh, lilit tali tersebut di sekeliling tepi

    bulatan hingga lokasi yang terakhir. Catatkan jumlah sudut dalam unit radian yang

    diperoleh daripada satu bulatan.

    9) Renungkan:

    Berapakah sudut dalam unit darjah sekiranya sudut pusat pada suatu bulatan

    ialah 2 (unit radian)?

    Berdasarkan dapatan yang diperoleh, pelajar diminta membuat hipotesis

    mengenai penukaran ukuran dalam radian kepada darjah dan sebaliknya.

    10) Pelajar membandingkan pemerhatian sendiri dengan pemerhatian rakan sebelah

    dan membuat perbincangan mengenai dapatan masing-masing.

    11) Pelajar membuat kesimpulan daripada hasil yang diperoleh.

    12) Pelajar melengkapkan lembaran kerja (Lampiran 1) dan menerangkan langkah-

    langkah diambil untuk mendapatkan jawapan.

  • 22

    13) Pelajar membuktikan bahawa

    2 = 360

    = 180

    Oleh itu, 1 =180

    atau 1 =

    180

    Rumus untuk menukarkan ukuran radian kepada darjah:

    = (

    180)

    Rumus untuk menukarkan ukuran darjah kepada radian:

    = ( 180

    )

    Di mana = 3.14592654 (kalkulator saintifik)

  • 23

    Subtopik : Luas sektor bulatan

    Objektif Pembelajaran : Pelajar dibimbing untuk memahami dan menggunakan

    konsep luas sektor suatu bulatan untuk menyelesaikan masalah.

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat

    menentukan luas sektor berdasarkan maklumat yang diberikan.

    Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mempelajari:-

    i. Konsep sudut dalam topik sudut dan garis.

    ii. Sifat bulatan dan konsep luas bulatan dalam topik bulatan.

    Bahan bantu mengajar :

    Pinggan kertas yang mewakili sebiji piza

    Pinggan kertas yang telah dipotong bagi mewakili kepingan piza

    Pembaris untuk mengukur jejari

    Jangka sudut untuk mengukur sudut

    Kaedah Pengajaran : Induktif

    Menurut Brian Seaton (1982), pengajaran induktif bermaksud pelajar mengalami satu

    proses mental yang mana ia memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek

    sebelum membuat generalisasi. Secara umumnya, induktif adalah satu kaedah di mana

    guru memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus

    kepada pelajar. Seterusnya, guru akan memberi soalan lain untuk pelajar memerhati,

    mengkaji, mengenal pasti serta mentafsir contoh lain agar generalisasi dapat dibuat.

    Akhir sekali, guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan untuk membentuk

    sesuatu konsep.

    Terdapat lima peringkat dalam proses pengajaran induktif iaitu Peringkat I

    (Perancangan), Peringkat II (Pendedahan), Peringkat III (Pembentukan Konsep/

    Mentafsir Ciri-ciri), Peringkat IV (Pembentukan Kesimpulan) dan Peringkat V

    (Penutup). Pada Peringkat I, iaitu peringkat perancangan, guru akan menentukan

    objektif pelajaran, menyediakan contoh-contoh, menyediakan soalan-soalan dan

    menyediakan alat bantu mengajar. Pada Peringkat II pula, iaitu peringkat pendedahan,

    merupakan langkah set induksi dalam sesuatu rancangan pengajaran harian. Dalam

  • 24

    langkah ini, guru akan mengemukakan contoh-contoh khusus dan pelajar akan

    memerhati contoh-contoh khusus tersebut. Peringkat seterusnya, iaitu peringkat

    pembentukan konsep atau mentafsir ciri-ciri (Peringkat III), pelajar dapat mengenal

    pasti dan analisis ciri-ciri daripada contoh-contoh yang diberikan. Dalam peringkat

    keempat, iaitu peringkat pembentukan kesimpulan, guru membimbing pelajar untuk

    merumuskan ciri-ciri, membuat generalisasi serta menerangkan fungsi kesimpulan,

    hukum, prinsip, teori atau teorem yang terlibat. Pada peringkat akhir, iaitu peringkat

    penutup, guru akan membuat kesimpulan kognitif, membuat kesimpulan sosial serta

    memberi aktiviti susulan.

    Terdapat empat kaedah pengajaran induktif iaitu pemerolehan konsep, inkuiri,

    pembelajaran penemuan dan pembelajaran berasaskan masalah. Walaubagaimanapun,

    bagi subtopik ini, guru menggunakan kaedah pembelajaran inkuiri dalam pengajaran

    induktif. Hal ini kerana, kaedah pembelajaran inkuiri melibatkan proses memerhati,

    mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.

    Pembelajaran melalui inkuiri sesuai dengan pencarian pengetahuan secara aktif oleh

    manusia, dan dengan sendirinya memberikan hasil yang paling baik. Pembelajaran

    jenis ini menggalakkan pelajar untuk menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti

    secara aktif. Ia sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran khususnya Matematik

    Penerangan : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan mempelajari hubungan

    antara sektor dan keseluruhan bulatan serta memahami bagaimana rumus luas sektor

    adalah berkaitan dengan rumus luas bulatan.

    Prosedur : Cadangan aktiviti

    Aktiviti sektor piza

    Guru meminta pelajar untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang

    dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan menerima sebiji piza dan beberapa

    kepingan piza. Kemudian, guru akan melakukan aktiviti seperti berikut:

    Berdasarkan piza yang diberikan bandingkan kepingan piza dengan sebiji piza.

    Guru bertanya kepada pelajar berapa keping piza yang diperlukan untuk

    menghasilkan sebiji piza.

  • 25

    Guru bertanya kepada pelajar, sekiranya terdapat kepingan piza, berapakah

    pecahan untuk mewakili sebiji piza.

    Guru bertanya kepada pelajar mengenai maksud sektor. (Sektor ialah bahagian

    satu bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan

    titik hujung dua jejari itu).

    Guru meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengemukakan soalan-

    soalan seperti berikut:

    Berapakah jumlah kepingan piza yang terhasil daripada sebiji piza?

    Apakah pecahan bagi mewakili sekeping piza? (1 daripada 6)

    Sekiranya sudut bagi satu bulatan ialah 360 = 2, berapakah nilai sudut bagi

    1

    6 360?

    Kemudian, guru menyatakan bahawa kepingan piza tersebut mewakili pecahan

    daripada sebiji piza atau sektor bulatan. Guru bertanya kepada pelajar:

    Bagaimana untuk mendapatkan luas bulatan?

    Bagaimana untuk mendapatkan luas bagi separuh bulatan?

    Apakah nilai sudut mewakili separuh bulatan?

    Bagaimana untuk mendapatkan luas bagi 1

    4 bulatan?

    Apakah nilai sudut mewakili 1

    4 bulatan?

    Bagaimana untuk mendapatkan luas sektor apabila sudut pusat ialah 350?

    Apakah yang dimaksudkan dengan sudut pusat?

    Apakah ciri-ciri sudut pusat?

    Bagaimana untuk menggunakan sudut pusat yang diberikan bagi mengira luas

    pecahan bulatan?

    Kemudian, guru meminta pelajar mencari luas sektor daripada pecahan bulatan

    (kepingan piza) yang diberikan kepada mereka. Semasa proses perbincangan

    dilakukan, guru akan menerangkan rumus bagi luas sektor di hadapan seperti dalam

    Lampiran 2. Seterusnya, guru memberikan lembaran kerja (Lampiran 2) kepada

    pelajar sambil memantau hasil kerja pelajar. Setelah pelajar selesai menjawab

    lembaran kerja yang diberikan, guru akan memanggil pelajar untuk membentangkan

    hasil jawapan mereka. Pelajar membuat kesimpulan hubungan antara sektor bulatan

  • 26

    dengan keseluruhan bulatan dan mengaitkan rumus luas sektor dengan luas bulatan.

    Guru menyelia kesimpulan yang diberikan oleh pelajar.

  • 27

    Subtopik : Nisbah Trigonometri Bagi Sudut Tirus

    Objektif Pembelajaran : Murid akan diajar untuk:

    1. Memahami nisbah asas (tangen, sinus dan kosinus) bagi sudut tirus dalam

    segitiga bersudut tegak.

    2. Memahami nisbah tambahan dan salingan (kotangen, kosekan dan sekan)

    bagi sudut tirus.

    3. Memahami nisbah trigonometri bagi sudut 30, 60 dan 45.

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat

    mencari nisbah trigonometri bagi nisbah asas, nisbah tambahan dan salingan serta

    nisbah bagi sudut 30, 60 dan 45.

    Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mempelajari:-

    1. Konsep nisbah dalam topik Nisbah, Kadar dan Kadaran I di Tingkatan 2 dan

    topik Nisbah, Kadar dan Kadaran II di Tingkatan 3.

    2. Penukaran pecahan kepada perpuluhan dengan menggunakan kalkulator

    dalam topik Perpuluhan di Tingkatan 1.

    3. Pengukuran panjang sisi segitiga untuk millimeter terdekat dalam topik

    Ukuran Asas di Tingkatan 1.

    Kaedah Pengajaran : Induktif

    Menurut Brian Seaton (1982), pengajaran induktif bermaksud pelajar mengalami satu

    proses mental yang mana ia memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek

    sebelum membuat generalisasi. Secara umumnya, induktif adalah satu kaedah di mana

    guru memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus

    kepada pelajar. Seterusnya, guru akan memberi soalan lain untuk pelajar memerhati,

    mengkaji, mengenal pasti serta mentafsir contoh lain agar generalisasi dapat dibuat.

    Akhir sekali, guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan untuk membentuk

    sesuatu konsep.

    Terdapat lima peringkat dalam proses pengajaran induktif iaitu Peringkat I

    (Perancangan), Peringkat II (Pendedahan), Peringkat III (Pembentukan Konsep/

    Mentafsir Ciri-ciri), Peringkat IV (Pembentukan Kesimpulan) dan Peringkat V

    (Penutup). Pada Peringkat I, iaitu peringkat perancangan, guru akan menentukan

  • 28

    objektif pelajaran, menyediakan contoh-contoh, menyediakan soalan-soalan dan

    menyediakan alat bantu mengajar. Pada Peringkat II pula, iaitu peringkat pendedahan,

    merupakan langkah set induksi dalam sesuatu rancangan pengajaran harian. Dalam

    langkah ini, guru akan mengemukakan contoh-contoh khusus dan pelajar akan

    memerhati contoh-contoh khusus tersebut. Peringkat seterusnya, iaitu peringkat

    pembentukan konsep atau mentafsir ciri-ciri (Peringkat III), pelajar dapat mengenal

    pasti dan analisis ciri-ciri daripada contoh-contoh yang diberikan. Dalam peringkat

    keempat, iaitu peringkat pembentukan kesimpulan, guru membimbing pelajar untuk

    merumuskan ciri-ciri, membuat generalisasi serta menerangkan fungsi kesimpulan,

    hukum, prinsip, teori atau teorem yang terlibat. Pada peringkat akhir, iaitu peringkat

    penutup, guru akan membuat kesimpulan kognitif, membuat kesimpulan sosial serta

    memberi aktiviti susulan.

    Terdapat empat kaedah pengajaran induktif iaitu pemerolehan konsep, inkuiri,

    pembelajaran penemuan dan pembelajaran berasaskan masalah. Walaubagaimanapun,

    bagi subtopik ini, guru menggunakan kaedah pembelajaran penemuan dalam

    pengajaran induktif. Hal ini kerana, kaedah pembelajaran penemuan melibatkan proses

    memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.

    Pembelajaran melalui penemuan sesuai dengan pencarian pengetahuan secara aktif

    oleh manusia, dan dengan sendirinya memberikan hasil yang paling baik.

    Pembelajaran jenis ini menggalakkan pelajar untuk menggunakan intuisi, imaginasi

    dan kreativiti secara aktif. Ia sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran

    khususnya Matematik.

    Bahan Bantu Mengajar :

    1. Carta segitiga bersaiz A3 yang dilabel dengan nama bagi setiap sisi segitiga

    tersebut dan satu sudut ditanda. Dalam carta ini, simbol r mewakili sisi

    hipotenus (hypotenuse), simbol y mewakili sisi bertentangan (opposite) dan

    simbol x mewakili sisi bersebelahan (adjacent).

    2. Satu set lembaran kerja untuk mengira nisbah bagi segitiga yang mempunyai

    sudut yang sama bagi setiap kumpulan. Sila rujuk Lampiran 3.

    3. Lembaran kerja untuk mengenal pasti sisi hipotenus, sisi bertentangan dan sisi

    bersebelahan bagi segitiga bersudut tegak. Sila rujuk Lampiran 4.

  • 29

    4. Satu set segitiga bagi setiap kumpulan (8 segitiga yang mempunyai sudut yang

    sama diletakkan dalam satu sampul surat). Sila rujuk Lampiran 5, 6 dan 7

    untuk set-set segitiga.

    5. Tiga graf kelas (sila rujuk Lampiran 8).

    6. Papan putih.

    Bahan Individu Pelajar : Setiap pelajar memerlukan pensil, pembaris dan kalkulator

    agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar.

    Penerangan:

    Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan pengetahuan pelajar

    mengenai konsep nisbah asas (tangen, sinus dan kosinus) bagi sudut tirus dalam

    segitiga bersudut tegak. Selain itu, aktiviti ini secara tidak langsung turut membantu

    pelajar untuk mengetahui nisbah trigonometri bagi sudut 30, 60 dan 45. Dalam

    aktiviti ini, pelajar menggunakan kemahiran praktikal mengukur dan mengira nisbah

    untuk mencari corak yang menghubungkan nisbah sisi sebuah segitiga dengan sudut.

    Proses pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada tiga langkah utama. Langkah

    pertama merujuk kepada peringkat kedua dalam pengajaran induktif iaitu peringkat

    pendedahan. Dalam langkah pertama ini, pelajar akan diperkenalkan dengan nama-

    nama sisi segitiga bersudut tegak iaitu sisi hipotenus (hypotenuse), sisi bertentangan

    (opposite) dan sisi bersebelahan (adjacent). Selain itu, pelajar juga akan

    membincangkan maksud nisbah dalam konteks ini serta membuat perbandingan

    nisbah antara segitiga besar dan segitiga kecil. Langkah pertama ini melibatkan satu

    kumpulan yang besar iaitu seluruh pelajar di dalam kelas. Langkah kedua pula

    merujuk kepada peringkat ketiga dalam pengajaran induktif iaitu peringkat

    pembentukan konsep atau mentafsir ciri-ciri. Langkah kedua ini melibatkan

    kumpulan-kumpulan kecil di mana satu kumpulan kecil terdiri daripada 3 atau 4 orang

    pelajar. Dalam langkah ini, pelajar diminta untuk mengira nisbah bagi 8 segitiga yang

    diberikan kepada setiap kumpulan dan menulis hasil kiraan seperti dalam Lampiran 3.

    Langkah terakhir iaitu langkah ketiga merujuk kepada peringkat keempat dalam

    pengajaran induktif. Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat pembentukan

    kesimpulan dan ia melibatkan satu kumpulan besar iaitu penglibatan semua pelajar di

    dalam kelas. Dalam langkah ini, pelajar akan membentangkan hasil pengiraan mereka

  • 30

    di hadapan kelas serta membina graf nilai min bagi setiap nisbah yang telah dikira.

    Perbincangan dilakukan bagi membuat kesimpulan tentang pengajaran ini.

    Di akhir aktiviti ini, guru juga dapat memperkenalkan nisbah tambahan dan salingan

    (kotangen, kosekan dan sekan) kepada pelajar kerana ia mempunyai kaitan dengan

    nisbah asas. Kesimpulan yang dilakukan oleh guru ini merujuk kepada peringkat

    terakhir dalam pengajaran induktif iaitu peringkat penutup.

    Prosedur :

    Cadangan aktiviti untuk langkah pertama : Peringkat pendedahan.

    1. Guru menunjukkan kepada pelajar satu segitiga bersudut tegak yang besar dan

    ditandakan satu sudut dalam segitiga tersebut.

    r = sisi hipotenus

    y = sisi bertentangan

    x = sisi bersebelahan

    2. Guru mengingatkan pelajar mengenai hipotenus yang dipelajari dalam Teorem

    Pythagoras dan menunjukkan kepada mereka sisi bertentangan dan sisi

    bersebelahan mempunyai hubungan dengan sudut yang ditandakan.

    3. Bincang mengenai maksud perkataan sisi hipotenus, sisi bertentangan dan sisi

    bersebelahan bagi konteks ini. Guru boleh mengadakan sesi soal jawab bagi

    menggalakkan murid berbincang. Contoh soalan yang boleh ditanya ialah

    Apakah sisi hipotenus bagi segitiga bersudut tegak ? Dimanakah anda

    mendapatinya ?.

    4. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk membuat latihan melabel sisi-sisi

    segitiga bersudut tegak di atas papan putih.

  • 31

    5. Guru menjelaskan bahawa pengajaran ini melibatkan penyiasatan nisbah bagi

    sepasang sisi segitiga bersudut tegak dengan saiz sudut yang berbeza.

    6. Bincang mengenai perkataan nisbah dan maksudnya dalam konteks ini. Guru

    boleh bersoal jawab dengan pelajar agar mereka dapat turut serta dalam

    perbincangan. Contoh soalan yang boleh ditanyakan kepada pelajar ialah

    Apakah yang dimaksudkan dengan nisbah?.

    7. Bandingkan nisbah y/r untuk sudut yang sangat besar dan sudut yang sangat

    kecil seperti rajah dibawah, dan minta pelajar untuk menganggarkan yang

    mana satu akan mempunyai nisbah yang lebih besar.

    8. Guru boleh melanjutkan perbincangan mengenai saiz sudut dengan

    bertanyakan soalan seperti Apakah yang akan berlaku kepada nisbah y/r

    apabila sudut bersaiz lebih besar ? atau Apakah yang akan berlaku kepada

    nisbah y/r apabila sudut bersaiz lebih kecil ?

    Cadangan aktiviti untuk langkah kedua : Pembentukan konsep atau mentafsir ciri-

    ciri.

    1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu satu kumpulan

    terdiri daripada 3 atau 4 orang pelajar.

    2. Setiap kumpulan akan diberikan satu set lembaran kerja untuk mengira nisbah

    bagi segitiga yang mempunyai sudut yang sama (Lampiran 3) dan satu set

    segitiga yang terdiri daripada 8 segitiga yang mempunyai sudut yang sama

    tetapi saiz segitiga yang berbeza.

    3. Setiap pelajar akan mengambil 2 segitiga. Mereka diminta untuk mengukur

    setiap sisi segitiga tersebut kepada nilai dalam unit millimeter yang paling

    hampir. Selain itu, pelajar juga diminta untuk melengkapkan lembaran kerja

    yang diberikan dengan menulis nisbah dalam bentuk pecahan dan bentuk

  • 32

    perpuluhan (3 tempat perpuluhan). Pelajar boleh menggunakan kalkulator bagi

    mendapatkan nilai nisbah dalam bentuk perpuluhan.

    4. Setiap kumpulan melengkapkan lembaran kerja yang diberikan termasuklah

    menulis nilai min bagi setiap nisbah kepada 2 tempat perpuluhan.

    5. Ahli-ahli kumpulan diminta untuk menindan segitiga-segitiga mereka di atas

    satu sama lain secara kemas dan membincangkan penemuan mereka.

    6. Semasa pelajar melakukan aktiviti ini, guru perlu memantau pelajar. Guru

    perlu memastikan:

    a) pelajar mengukur panjang sisi segitiga kepada millimeter yang paling

    hampir dengan betul,

    b) pelajar dapat menukarkan pecahan kepada perpuluhan dengan

    menggunakan kalkulator,

    c) pelajar dapat menulis nilai perpuluhan kepada 3 tempat perpuluhan,

    d) pelajar faham dan tahu untuk mencari nilai min yang diminta,

    e) pelajar boleh plot nilai min bagi kumpulan mereka di atas graf kelas, serta

    f) pelajar dapat menyebut nama-nama nisbah dengan betul seperti sin disebut

    sebagai sinus.

    Cadangan aktiviti untuk langkah ketiga : Pembentukan kesimpulan.

    1. Apabila lembaran kerja setiap kumpulan telah dilengkapkan, seorang wakil

    daripada setiap kumpulan akan membawa lembaran kerja mereka beserta

    dengan timbunan segitiga yang dilakukan oleh mereka ke hadapan kelas dan

    menerangkan secara ringkas hasil pengiraan atau penemuan mereka.

    2. Setelah selesai membentangkan hasil kerja, pelajar yang mewakili kumpulan

    mereka diminta untuk plot nilai min bagi setiap nisbah di atas 3 graf kelas yang

    diletakkan di papan putih. Pada peringkat ini, pelajar tidak perlu menyambung

    titik yang diplot kerana lebih banyak nilai yang akan ditambah oleh kumpulan

    lain pada graf kelas.

    3. Setelah semua kumpulan selesai membentangkan hasil kerja kumpulan mereka

    dan memplot nilai min bagi nisbah mereka, seluruh kelas akan

    membincangkan mengenai graf tersebut. Perkara yang perlu dibincangkan

    ialah

    a) Perhatikan fakta bahawa segitiga yang mempunyai nisbah yang sama, juga

    mempunyai sudut yang sama.

  • 33

    b) Ini adalah asas bagi lukisan skala di mana walaupun segitiga mempunyai

    saiz yang berbeza, namun sudut tetap dalam nisbah atau kadar yang sama.

    c) Guru menerangkan kepada pelajar bahawa nisbah mempunyai nama khas:

    y/r adalah sudut sinus (singkatannya ialah sin).

    x/r adalah sudut kosinus (singkatannya ialah kos).

    y/x adalah sudut tangen (singkatannya ialah tan).

    Nisbah ini digunakan dalam satu cabang matematik iaitu trigonometri.

    d) Bagi menggalakkan lagi perbincangan dalam sesi ini, guru boleh

    bertanyakan soalan seperti berikut:

    Apakah yang kumpulan kamu temui apabila kamu menindan atau

    menyusun segitiga-segitiga di atas satu sama lain?. Pelajar

    sepatutnya mendapati bahawa segitiga dengan sudut yang sama akan

    mempunyai nisbah yang lebih kurang sama.

    Apakah maklumat yang boleh anda perhatikan daripada setiap graf

    kelas tersebut?. Pelajar sepatutnya dapat melihat bahawa nisbah

    meningkat dengan meningkatnya sudut bagi graf y/r, nisbah

    berkurangan apabila sudut menaik bagi graf x/r dan nisbah meningkat

    apabila sudut menaik bagi graf y/x.

    Cadangan aktiviti untuk kesimpulan oleh guru : Peringkat penutup.

    1. Guru menerangkan bahawa melalui aktiviti ini murid juga dapat mengetahui

    nisbah tambahan dan salingan (kotangen, kosekan dan sekan) bagi sudut tirus

    di mana ia merupakan songsangan kepada nisbah asas. Nisbah tambahan dan

    salingan ini mempunyai nama khas iaitu:

    x/y atau sonsangan tangen adalah sudut kotangen (singkatannya ialah

    kot).

    r/y atau sonsangan sinus adalah sudut kosekan (singkatannya ialah

    kosek).

    r/x atau songsangan kosinus adalah sudut sekan (singkatannya ialah

    sekan).

    2. Guru membuat rumusan mengenai tajuk ini dengan menyatakan semula nisbah

    asas, nisbah tambahan dan salingan serta nisbah trigonometri bagi sudut 30,

    60 dan 45.

  • 34

    3. Guru memaparkan rumusan tersebut dalam satu helaian (Lampiran 9).

    4. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja sekolah (Lampiran 4).

  • 35

    Subtopik : Nisbah Trigonometri Bagi Sudut-sudut Khas

    Objektif Pembelajaran : Murid akan diajar untuk memahami nisbah trigonometri

    bagi sudut-sudut khas.

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat

    mengenal pasti nisbah trigonometri bagi sudut-sudut khas (mencari dengan

    menggunakan segitiga).

    Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar telah mempelajari:-

    1. Konsep nisbah dalam topik Nisbah, Kadar dan Kadaran I di Tingkatan 2 dan

    topik Nisbah, Kadar dan Kadaran II di Tingkatan 3.

    2. Penukaran pecahan kepada perpuluhan dengan menggunakan kalkulator dalam

    topik Perpuluhan di Tingkatan 1.

    3. Nisbah asas (tangen, sinus dan kosinus) dan nisbah tambahan dan salingan

    (kotangen, kosekan dan sekan) dalam subtopik Nisbah Trigonometri bagi

    Sudut Tirus.

    Kaedah Pengajaran : Kooperatif (Jigsaw)

    Strategi pengajaran kooperatif merupakan suatu strategi pengajaran di mana pelajar

    saling membantu dalam sebuah kumpulan kecil, dengan mempunyai tujuan dan

    matlamat yang sama. Pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas

    pembelajaran rakan sepasukan mereka, selain daripada pembelajaran diri sendiri.

    Pendekatan pembelajaran kooperatif boleh dikategorikan kepada dua kategori utama

    iaitu kumpulan kooperatif formal dan kumpulan kooperatif tidak formal. Teknik

    kumpulan formal boleh digunakan untuk mengajar isi kandungan tertentu atau

    kemahiran penyelesaian masalah manakala teknik kumpulan tidak formal pula

    digunakan untuk memastikan proses kognitif yang aktif berlaku semasa kaedah

    pengajaran kelas dijalankan. Kombinasi penggunaan pendekatan ini boleh

    menyediakan satu struktur yang pelbagai kepada pelajar. Bagi subtopik Nisbah

    Trigonometri bagi Sudut-sudut Khas, kategori pendekatan pembelajaran kooperatif

    yang digunakan ialah kategori kumpulan kooperatif formal. Kategori ini boleh

    digunakan dalam satu jangka masa kuliah atau boleh melewati beberapa minggu untuk

    menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia meliputi kumpulan kolaboratif dan

  • 36

    kooperatif. Dalam kumpulan kooperatif, semua pelajar bekerja bersama-sama bagi

    mencapai objektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab

    utama iaitu untuk memaksimakan pembelajaran mereka sendiri dan untuk

    memaksimakan pembelajaran kesemua ahli kumpulan. Terdapat beberapa langkah

    umum dalam pendekatan ini iaitu:

    i. Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

    ii. Pilih srategi pembelajaran kooperatif yang akan digunakan untuk menjalankan

    tugasan.

    iii. Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan memastikan objektif dan

    penilaian dijelaskan.

    iv. Berikan bantuan jika diperlukan.

    v. Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai

    oleh kumpulan.

    vi. Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan.

    Antara teknik kooperatif kumpulan formal ialah teknik STAD (Student Team

    Achievement Division), Jigsaw dan teknik-teknik pengajaran berasaskan kumpulan

    kecil. Dalam subtopik Nisbah Trigonometri bagi Sudut-sudut Khas, teknik kooperatif

    kumpulan formal yang digunakan ialah teknik kooperatif Jigsaw. Dalam teknik ini,

    dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama, pelajar belajar dalam

    kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya bahan

    yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Terdapat empat langkah utama dalam teknik

    kooperatif Jigsaw iaitu (Saemah Rahman, 2009):

    Langkah 1 : Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza.

    Contohnya, jika ada empat orang ahli dalam satu kumpulan, beri bahan A, B, C dan D

    kepada ahli).

    Langkah 2 : Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza

    membentuk kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut. Sebagai contoh,

    pelajar A dari semua kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan

    ini dipanggil kumpulan pakar.

    Langkah 3 : Ahli kumpulan balik ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan

    mereka bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.

  • 37

    Langkah 4 : Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan

    tugasan yang diberi atau mengambil ujian/penilaian.

    Langkah-langkah diatas dapat memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara

    sesama pelajar. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama

    dan saling bergantung antara satu sama lain bagi memperoleh ilmu, maka mereka akan

    berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif. Hal ini kerana pembelajaran

    kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif.

    Bahan Bantu Mengajar:

    1. Set soalan untuk setiap kumpulan kecil. Setiap set soalan mengandungi empat

    soalan yang berlainan. Sila rujuk Lampiran 12.

    2. Jadual nisbah trigonometri bagi sudut-sudut khas dan ringkasan tanda bagi

    sudut-sudut dalam keempat-empat sukuan. Sila rujuk Lampiran 13.

    3. Lembaran kerja 1 (sila rujuk lampiran 10) dan lembaran kerja 2 (sila rujuk

    lampiran 11).

    4. Kertas A4.

    5. Transperansi/OHP.

    6. Papan putih.

    7. Marker pen.

    Bahan Individu Pelajar : Setiap pelajar memerlukan alat tulis dan kalkulator agar

    proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar.

    Penerangan:

    Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan pengetahuan pelajar

    mengenai konsep nisbah trigonometri bagi sudut-sudut khas. Dalam aktiviti ini,

    pelajar menggunakan jadual nisbah trigonometri bagi sudut-sudut khas untuk mencari

    nisbah trigonometri bagi sudut-sudut khas.

    Proses pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada lima langkah. Langkah

    pertama ialah menyampaikan objektif. Dalam langkah ini, guru akan menyatakan

    objektif pembelajaran ini dan menyatakan perkaitan topik ini dengan topik yang

    dipelajari dalam kelas yang lalu. Langkah kedua ialah menyediakan bimbingan.

    Langkah ini merujuk kepada langkah 1 (pembentukan kumpulan) dan langkah 2

  • 38

    (pembentukan kumpulan pakar) dalam teknik kooperatif Jigsaw. Pelajar akan

    dibahagikan kepada kumpulan kecil iaitu empat orang pelajar bagi setiap kumpulan

    dan diberikan set soalan. Kemudian, pelajar akan diberi masa untuk menjawab soalan

    sebelum membentuk kumpulan pakar.

    Langkah ketiga ialah menyediakan maklumbalas. Langkah ini merujuk kepada

    langkah ketiga dalam teknik kooperatif Jigsaw iaitu ahli kumpulan akan balik ke

    kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka bahan yang dipelajari dalam

    kumpulan pakar. Dalam langkah ini, pelajar diberi masa untuk menerangkan setiap

    soalan kepada ahli kumpulan mereka. Langkah keempat ialah menampilkan

    pencapaian. Langkah ini merujuk kepada langkah keempat dalam teknik kooperatif

    Jigsaw iaitu semua ahli kumpulan akan menggabungkan kepakaran untuk

    melaksanakan tugasan yang diberi. Dalam langkah ini, setiap kumpulan akan diberi

    satu soalan dan diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut dalam tempoh masa yang

    diberikan. Seterusnya, mereka akan membentangkan jawapan kumpulan mereka

    dihadapan kelas. Langkah kelima ialah pengukuhan dan pemindahan. Dalam langkah

    ini, guru akan meminta pelajar menampalkan jawapan soalan yang diberikan di

    bahagian yang disediakan. Akhir sekali, guru memberi latihan kepada pelajar sebagai

    kerja sekolah.

    Prosedur :

    Cadangan aktiviti untuk langkah pertama : Peringkat menyampaikan objektif.

    1. Guru menunjukkan rajah segi tiga bersudut tegak seperti berikut:

    2. Guru meminta pelajar mencari nilai sin x, kos x dan tan x dalam sebutan a, b

    dan c.

    3. Kemudian, guru meminta pelajar mencari nisbah sinus, kosinus dan tangen.

  • 39

    4. Guru menunjukkan rumus (sila rujuk Lampiran 14) pada OHP dan

    memaklumkan kepada pelajar bahawa mereka akan mempelajari tajuk nisbah

    trigonometri bagi sudut-sudut khas yang menggunakan petua-petua yang

    berkaitan dengan sinus, kosinus dan tangen.

    5. Guru akan menunjukkan 2 contoh soalan yang berkaitan dengan nisbah

    trigonometri bagi sudut-sudut khas kepada pelajar (sila rujuk Lampiran 15).

    6. Pelajar mencatat nota dalam buku latihan.

    Cadangan aktiviti untuk langkah kedua : Peringkat menyediakan bimbingan.

    1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil iaitu empat orang pelajar dalam

    satu kumpulan.

    2. Kertas A4 dan satu set soalan diagihkan kepada setiap kumpulan. Set soalan

    tersebut terdiri daripada empat soalan berbeza iaitu Soalan A, Soalan B, Soalan

    C dan Soalan D.

    3. Setiap ahli kumpulan akan diberi satu soalan daripada set soalan dan diberi

    masa 5 minit untuk menjawab soalan tersebut.

    4. Kemudian, murid membentuk kumpulan pakar iaitu pelajar yang mendapat

    soalan A akan membentuk kumpulan A, pelajar yang mendapat soalan B akan

    membentuk kumpulan B, pelajar yang mendapat soalan C akan membentuk

    kumpulan C dan pelajar yang mendapat soalan D akan membentuk kumpulan

    D.

    5. Pelajar diberi masa 10 minit untuk membincang soalan dalam kumpulan pakar

    mereka.

    6. Guru akan membimbing murid yang memerlukan bantuan.

    Cadangan aktiviti untuk langkah ketiga : Peringkat menyediakan maklumbalas.

    1. Setelah selesai membincangkan soalan dalam kumpulan pakar, pelajar akan

    kembali kepada kumpulan asal mereka.

    2. Pelajar diberi masa 20 minit untuk menerangkan soalan-soalan tersebut dalam

    kumpulan masing-masing.

    3. Pelajar lain akan memberi tumpuan terhadap rakan mereka dan mengajukan

    soalan pada bahagian yang kurang difahami.

    4. Guru akan membimbing murid yang memerlukan bantuan.

  • 40

    Cadangan aktiviti untuk langkah keempat : Peringkat menampilkan pencapaian.

    1. Aktiviti seterusnya ialah setiap kumpulan akan diberi satu soalan yang berbeza

    dan diberi masa 5 minit untuk menyelesaikan soalan tersebut dalam kumpulan.

    2. Transperansi dan marker pen diedarkan kepada setiap kumpulan.

    3. Setiap kumpulan diminta untuk menulis jawapan mereka di atas transperasi

    yang diberi.

    4. Setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk membentangkan jawapan

    mereka di hadapan kelas.

    5. Guru akan membimbing murid yang memerlukan bantuan.

    Cadangan aktiviti untuk langkah kelima : Peringkat pengukuhan dan pemindahan.

    1. Guru meminta pelajar untuk menampalkan jawapan yang diperolehi di

    bahagian tepi kelas agar dapat dilihat oleh rakan lain.

    2. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan tambahan untuk dibuat di

    rumah.

  • 41

    Rujukan

    Donna Roberts. 2012. Activity for Discovering Radian Information.

    http://www.regentsprep.org/regents/math/algtrig/atm1/radianResource.htm

    [4 Mei 2015].

    Nicole Haynes. 2014. My Favorite Slice.

    http://www.cpalms.org/Public/PreviewResource/Preview/71347 [3 Mei 2015]

    Richard Sharpe. 2015.

    https://bu.digication.com/foodidu/Day_4_Radians_and_Degrees.

    [4 Mei 2015]

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011. Spesifikasi Kurikulum Matematik Tingkatan

    Dua. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011. Spesifikasi Kurikulum Matematik Tingkatan

    Satu. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    Anne Ummu Humairah. 2012. Pengajaran mikro: pengajaran induktif.

    http://www.slideshare.net/AnneUmmuHurairah/pengajaran-mikro-15110391.

    [1 Mei 2015].

    Jabatan Tenaga Manusia. 2011. Kertas penerangan MK2011-LE3-IS3a.

    https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=5&cad

    =rja&uact=8&ved=0CD8QFjAE&url=https%3A%2F%2Filpmiri.files.wordpre

    ss.com%2F2008%2F04%2Fle3is3a.doc&ei=EbVOVaLIEMSjugTfmoHoCA&

    usg=AFQjCNHwpRQNKf9QJQWfuFS_UhEw7c7UbA&bvm=bv.92885102,d.

    c2E. [3 Mei 2015].

    Jeannie Taylor. 2015. Special angles and their trig functions.

    https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=9&cad

    =rja&uact=8&ved=0CD8QFjAI&url=http%3A%2F%2Fwww.tcc.edu%2Fvml

    %2FMth163%2Fdocuments%2FTrigFunctionsofSpecialAngles.ppt&ei=EdVO

    VeKPHYO3uQTWgoDoBg&usg=AFQjCNEiNYRZ1yGTVVpyP56BNIAKbe

    5eCQ&bvm=bv.92885102,d.c2E. [3 Mei 2015].

    MathworksheetsGO. 2015.

    http://www.mathworksheetsgo.com/downloads/trigonometry/sine- cosine-

    tangent/sohcahtoa-worksheet.pdf. [1 Mei 2015].

  • 42

    MCR 3U1. 2015. Trigonometric ratios of special angles.

    http://teacherweb.com/ON/OakvilleTrafalgarHighSchool/MsMPreiner/MCR3

    U1_TrigRatiosOfSpecialAngles453060_LessonNotes.pdf. [3 Mei 2015].

    NSW Department of Education and Training. 2015. Trigonometry lesson 3.

    http://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/secondary/mathematics/a

    ssets/images/trig/trig_lesson_3.pdf. [1 Mei 2015].

    NSW Department of Education and Training. 2015. Teaching trigonometry.

    http://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/secondary/mathematics/y

    ears7_10/teaching/trig.htm. [1 Mei 2015].

    Saemah Rahman. 2009. Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif dalam Mohamed

    Amin Embi. Panduan amalan pengajaran pembelajaran berkesan. PPA: hal

    93-106.

    Sasithina. 2010. Rancangan mengajar harian fungsi trigonometri.

    http://www.slideshare.net/sasitheran/modal-dan-rancangan-mengajar. [3 Mei

    2015].