tugasan 3 isu guru ponteng

25
NAMA PENSYARAH : TAJUK TUGASAN : NAMA : KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH GROUP EL S07 PUAN NAZARIAH BINTI AB SAMAD TUGASAN 3 ETIKA PROFESION PERGURUAN KASTURI BINTI NUSI

Upload: zhalie-lie

Post on 24-Dec-2015

209 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

ponteng

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

NAMA PENSYARAH :

TAJUK TUGASAN :

NAMA :

NO. MATRIK :

KKD2063

PEMBANGUNAN SAHSIAH

GROUP EL – S07

PUAN NAZARIAH BINTI AB SAMAD

TUGASAN 3

ETIKA PROFESION PERGURUAN

KASTURI BINTI NUSI

D20102046756

Page 2: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

TUGASAN 1 (a)

PENGENALAN

Dalam kamus dewan, etika membawa maksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah

laku atau kesusilaan. Menurut kamus oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set prinsip

moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang

tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan,

perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab

(kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat

penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri

seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi

yang baik dan berjaya.

Begitu juga dengan isu etika guru bukanlah cerita baru yang menghiasi dada

akhbar dan kini sering dibicarakan di kaca televisyen. Profesion perguruan hari ini dilihat

semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang

telah sedia termaktub. Ini jelas apabila semakin banyak isu salah laku guru tersiar di kaca

televisyen, menjadi topik perbincangan pihak tertentu dan menghiasi dada-dada akhbar.

Terdapat pelbagai jenis salahlaku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya

melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara.

Ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang

mulia pada pandangan masyarakat. Berikut merupakan antara isu ponteng yang kini semakin

menular dikalangan guru. Isu ini telah melanggar peraturan dan boleh dikenakan tindakan

tatatertib.

DEFINISI PONTENG

ISU PONTENG 2

Page 3: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan

sebagai kecoh, tipu, lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain

Manakala ponteng dari segi istilah merujuk kepada tidak hadir bertugas tanpa

sebarang surat akuan sakit mahupun apa-apa sebab yang munasabah. Menurut Cascio (2005),

ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan

diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan

sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu

bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir

tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.

Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang

diamanahkan kepada mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugas

sampingan seperti hadir mesyuarat, melaksanakan program dan sebagainya. Faktor utama

yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri.

JENIS-JENIS PONTENG

Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan

ponteng tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan

sekolah.

a) Ponteng sekolah

Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengan

sebab yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada

pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang

sering diguna oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah

dengan pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musim-

musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik.

b) Ponteng kelas

ISU PONTENG 3

Page 4: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke

dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan

pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di

kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dan

sebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting

berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar

kepada pencapaian murid dalam akademik.

c) Ponteng tugasan

Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir

sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan

oleh pihak sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum

dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang

munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini

menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut.

FAKTOR-FAKTOR PONTENG

Dalam mengkaji isu ponteng yang dilakukan oleh guru, terdapat beberapa faktor yang dikenal

pasti yang memungkinkan guru-guru mengambil jalan mudah untuk ponteng. Hal ini

merangkumi aspek dalaman dan luaran yang mana masing-masing memberi impak kepada

pembangunan sahsiah seorang guru.

i) Faktor Dalaman

a) Kurangan Pegangan Agama.

Guru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama. Agama Islam contohnya

menganjurkan agar umatnya berkerja dengan ikhlas, amanah dan penuh bertanggungjawab.

Kerja adalah satu ibadah dan ramai diantara guru yang bekerja tetapi tidak bersungguh-

sungguh, tidak amanah. Walaupun ramai diantaranya yang berpuasa dan menunaikan solat

ISU PONTENG 4

Page 5: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

tetapi perbuatan seperti ponteng tetap berlaku dalam pekerjaan (Pahrol Mohamad Juoi,

2010). Guru menganggap ponteng adalah perkara biasa dan tidak berkait dengan pahala dan

dosa. Walhal guru perlu menjadikan pekerjaan sebagai satu sumber yang halal untuk

dinikmati oleh anak-anak dan ahli keluarga.

b) Kurang motivasi dari dalaman guru.

Guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa

kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa

tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang

guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang

jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman (Pendidik, September 2010).

c) Gangguan emosi.

Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh

memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat

kepada tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh menyebabkan

seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat (Pendidik, April

2010). Gangguan emosi ini terhasil apabila guru-guru tidak mencapai keperluan peribadi.

Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap keputusan markah murid-murid dalam

peperiksaan. Apabila telah berulang kali keputusan yang diharapkan tidak memenuhi sasaran

yang diharapkan, guru akan merasa kecewa, rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerja

guru yang lain. Penambahan masalah akhirnya guru mengambil jalan untuk ponteng kelas,

dan ponteng kerja.

d) Sifat yang tidak ikhlas

Ikhlas selalunya dikaitkan dengan bersedekah, jarang-jarang sekali ikhlas dikaitkan dengan

kerja atau profesion, jika ada ianya hanya disebut sepintas lalu. Ini adalah satu persoalan yang

penting kerana apabila kerja dianggap sebagai satu ibadah, maka inti pati atau terasnya

mestilah sifat ikhlas. Ikhlas adalah nilai teras yang membuahkan nilai-nilai yang lain.

Ikhlaslah melahirkan integriti, produktiviti dan kualiti juga lain-lain nilai murni dalam

ISU PONTENG 5

Page 6: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

pekerjaan. Ikhlas adalah pemantau dalaman yang menjamin seseorang itu berlaku telus, lurus

dan benar sebelum, semasa dan selepas sesuatu pekerjaan dilakukan (Pahrol Mohamad Juoi,

2010). Jika seseorang guru tidak ikhlas, maka amat sukar baginya menumpukan sepenuh

perhatian terhadap pekerjaan utama di sekolah dan yang paling penting kepada proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

ii) Faktor Luaran

a) Tekanan beban kerja

Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai

perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan

yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang

menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap

perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi

perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat. Guru

terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar,

menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian

terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman

mereka. Seorang guru di Sarawak juga menyuarakan tentang suasana kerjanya di salah

sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini masih terdapat

suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan adalah, isu kepadatan

guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabut yang tidak sesuai serta

mencukupi. (Berita Harian, 19 Julai 2005). Hal ini menyebabkan guru bertindak ponteng

daripada membebankan emosi dan perasaan mereka dengan tekanan.

b) Murid yang tidak menghormati guru

Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaaan guru.

Sambutan Hari Guru saban tahun semakin hambar dan tidak terkesan di dalam sanubari

murid-murid. Tiada lagi ucapan penghargaan kepada guru yang diterima oleh murid. Mereka

leka dengan aktiviti persekitaran tanpa menghargai perasaan guru yang selama ini

mencurahkan khidmat bakti menjadikan mereka modal insan yang akan menentukan corak

ISU PONTENG 6

Page 7: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

kepimpinan negara pada masa akan datang. Murid tidak lagi menjadikan guru sebagai role

model mereka tetapi lebih memilih artis-artis barat dan tempatan sebagai ikutan mereka.

Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali dikejutkan dengan tindakan murid

yang diluar jangkaan seperti memancitkan dan menconteng kereta guru, memandang sinis

guru, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan, tidak mematuhi arahan, melanggar

disiplin sekolah dan sebagainya. Bagi golongan guru yang tidak mempunyai kekuatan emosi

mereka lebih mudah memilih jalan ponteng sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang

mereka hadapi.

c) Kurang galakan dan pemantauan dari pentadbir

Faktor ini juga amat penting dalam menjadikan pekerjaan guru sebagai satu profesion yang

berjaya. Pentadbir yang perihatin selalu mengambil berat akan masalah kakitangan bawahan.

Bukan bermaksud untuk mencampuri urusan guru berkenaan, tetapi lebih kepada

mengelakkan masalah guru menjadi lebih berat sehingga boleh mengganggu tugas-tugas

mereka di sekolah. Pentadbir juga perlu mengambil tindakan serta merta kepada guru yang

sering ponteng. Ini kerana ditakuti gejala ini akan diikuti oleh guru-guru lain apabila

mendapati pihak pentadbir terutamanya Guru Besar tidak mengambil tindakan kepada guru

yang melakukan kesalahan.

d) Jarak sekolah dan keadaan persekitaraan

Keadaan ini biasanya merujuk kepada di mana guru itu mengajar. Bagi guru yang mengajar

di luar bandar, dan di pulau-pulau guru lebih terdedah untuk ponteng sekolah memandangkan

kurangnya lawatan dari pihak atasan dan nazir. Guru mengambil cuti lebih awal dari masa

yang ditetapkan untuk tujuan tertentu seperti pulang untuk sambutan perayaan dan cuti

persekolahan. Hal ini telah disahkan apabila Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Dr

Muhiddin bin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari

Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini (Berita Harian). Lain pula halnya

apabila guru tersebut mengajar di kawasan bandar. Guru akan keluar pada sesi persekolahan

untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarga. Contohnya guru akan keluar untuk

membeli barang-barang dapur, keperluan anak-anak, keperluan peribadi, mengambil wang

gaji pada sesi persekolahan berjalan. Guru akan keluar apabila mempunyai masa terluang

terutamanya rehat dan tidak ada kelas dalam jadual. Namun guru tidak sedar sebenarnya

ISU PONTENG 7

Page 8: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

mereka juga dikategorikan sebagai ponteng kerana tidak berada di kawasan persekolahan

pada sesi persekolahan berjalan demi untuk memenuhi keperluan peribadi.

e) Pengaruh rakan-rakan

Pengaruh rakan sejawat dan rakan sekeliling juga mempengaruhi isu ponteng guru. Ini

kerana guru baru contohnya akan mudah terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas,

membuat kerja sambil lewa dan sering ponteng. Besar kemungkinan ponteng telah menjadi

kebiasaan kepada guru-guru disekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut

dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir

sekolah tersebut tidak menangani isu ponteng ini dengan tegas.

f) Penyalahgunaan dadah

Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah ponteng

di kalangan guru. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri

dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia

mereka sendiri dan telah hilang matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah,

manakala emosi mereka sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah

terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka akan lebih mudah dihimpit dengan pelbagai

masalah lain, contohnya kewangan, ponteng kerja, masalah keluarga, tindakan undang-

undang dan sebagainya.

IMPLIKASI ISU PONTENG

a) Kepada Murid

Apabila guru ponteng kelas, murid akan tercicir dalam pelajaran. Ini kerana pelajaran yang

sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat diaplikasikan terutamanya dalam menjawab

soalan-soalan ujian dan peperiksaan. Secara tidak langsung murid-murid akan mengalami

masalah pembelajaran di sekolah, lebih-lebih lagi kepada murid yang mempunyai tahap

kebolehan yang rendah. Di samping itu juga, akan berlaku masalah disiplin terutamanya jika

guru tiada di dalam kelas. Murid yang lebih agresif akan membuli rakan murid yang lemah.

Murid-murid ini juga akan bertindak di luar kawalan apabila cuba merosakkan harta benda

ISU PONTENG 8

Page 9: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

sekolah seperti meja dan kerusi di dalam kelas. Guru adalah role model kepada murid-murid

di sekolah, maka tidak hairanlah jika ada murid yang mengikut sahsiah guru yang negatif

seperti ponteng sekolah. Murid beranggapan jika guru boleh ponteng kelas, mengapa mereka

tidak boleh mengikut guru tersebut sedangkan guru adalah cerminan kemenjadian murid di

sekolah.

b) Kepada Sekolah

Apabila isu ponteng membawa kesan kepada murid, secara tidak langsung isu ini juga tentu

akan mendatangkan impak kepada sekolah. Keputusan peperiksaan akan merosot dan tentu

sahaja sekolah terpaksa menjawab dengan pihak jabatan punca kemerosotan peratus

kelulusan murid. Sekolah pastinya akan dikategorikan sebagai sekolah berprestasi rendah.

Ini pastinya akan menjatuhkan imej sekolah dan pentadbirnya. Seterusnya pihak sekolah dan

guru akan dibebenkan dengan pelbagai program untuk membaiki dan memulihkan imej

sekolah yang telah tercalar.

c) Kepada Profesion Perguruan

Gejala ponteng hanya dilakukan oleh segelintir guru, tetapi seperti kata pepatah “kerana nila

setitik rosak susu sebelanga”. Kesan daripada tindakan segelintir guru tadi akan merosakkan

dan mencemarkan imej profesion perguruan. Masyarakat lebih cenderung melihat dan

menilai sesuatu yang negatif berbanding perkara positif. Masyarakat dan ibu bapa akan

memandang sinis akan profesion perguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru-guru

dalam mendidik anak mereka.

d) Kepada Ibu bapa

Kesan daripada guru ponteng juga memberi kesan yang negatif kepada ibu bapa murid.

Mereka akan merasa kecewa sekiranya anak mereka gagal mendapat keputusan yang baik

dalam peperiksaan. Mereka akan meletakkan kesalahan kepada pihak sekolah. Mereka lebih

menghormati dan mempercayai guru-guru luar seperti guru-guru tuisyen yang mengajar anak

mereka daripada guru-guru di sekolah. Mereka lebih rela membelanjakan wang ringgit demi

ISU PONTENG 9

Page 10: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

untuk ilmu dan kemenjadian anak mereka daripada mengharapkan guru-guru yang tidak

berkualiti dan tidak beretika. Ibu bapa akan rasa terkilan jika guru yang dibayar gaji untuk

mengajar anak mereka tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sepenuh

hati.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

a) Pihak Pentadbir

Perbincangan - Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi

mengelakkan masalah ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-

guru lain. Pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah

iaitu guru yang sering ponteng. Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru

mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka

di sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagi

mengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti

ini tidak akan berulang dikemudian hari.

Surat Tunjuk Sebab – Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap

berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi

memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak

pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang

ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut.

Merujuk Kepada Lembaga Tatatertib - Namun demikin jika perkara ini masih

berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalah

tersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.

ISU PONTENG 10

Page 11: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

b) Pihak Guru

Kembali Kepada Pegangan Agama – Dengan mendalami ilmu agama, seseorang guru itu

akan sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanankan dengan

sebaik yang mungkin dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Memotivasikan diri sendiri / Mengubah sikap – Apabila guru berasa tidak lagi

bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, dan tidak berupaya menjalankan tugas kerana

menghadapi masalah tertentu, maka amat penting bagi seorang guru mempunyai kekuatan

dalaman yang kuat untuk membantu menaikkan semangat diri bagi menghadapi masalah

tertentu.

Menghadiri sesi kaunseling secara sukarela – Seandainya jika masalah yang dihadapi

masih berpanjangan, adalah lebih baik guru tersebut menghadiri sesi kaunseling dalam

mencari jalan keluar yang terbaik

RUMUSAN

Dapatlah dirumuskan bahawa, isu ponteng bukan sahaja melanggar etika profesion

perguruan, malah kesannya boleh mempengaruhi semua pihak sama ada murid, sekolah, ibu

bapa dan masyarakat sekeliling. Tindakan yang tegas dan pantas daripada pihak pentadbir

akan dapat menyelesaikan masalah ini. Namun sering kali pihak pentadbir terlewat

mengambil tindakan yang menyebabkan masalah ponteng ini berlarutan. Oleh yang

demikian perlu ada pemantauan yang berterusan daripada pentadbir dan pihak jabatan untuk

memastikan masalah ponteng di kalangan guru dapat dibendung.

ISU PONTENG 11

Page 12: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

TUGASAN 1(b)

Guru perlu melengkapkan diri dengan sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam

dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek (Muhyiddin Yassin, 17 Mac 2011). Namun demikian apabila sahsiah guru

menyimpang dari kehendak dan melanggar etika profesion perguruan tentu sahaja ia

memberi kesan kepada pembangunan sahsiah guru.

Pada kebiasaannya masalah ponteng di kalangan guru akan membentuk seseorang guru

yang bersahsiah negatif. Namun jika sekiranya pihak yang bertanggungjawab mengambil

proaktif dan pantas, guru yang terlibat dalam masalah ponteng ini dapat diselamatkan dan

akan membantu pembangunan sahsiah positif dalam diri guru tersebut.

Oleh yang demikian saya akan menghuraikan aspek pembangunan sahsiah negatif dan

positif dalam tugasan ini. Pembangunan sahsiah diri guru ini akan dipecahkan kepada lima

aspek utama iaitu spiritual (rohani), emosi, fizikal, cara berfikir dan interaksi atau hubungan

dengan orang lain.

a) Pembangunan Sahsiah Negatif

Pembangunan sahsiah negatif ialah pembentukan nilai-nilai tidak efektif dalam diri

seseorang individu. Pembangunan sahsiah negatif menghasilkan individu yang gagal, tidak

berkarisma dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Ia akan dibincangkan secara lebih

lanjut mengikut aspek-aspek yang berikut :

Spiritual (Rohani)

Tingkah laku yang bermasalah mencerminkan rohani yang lemah. Guru tersebut tidak

mempunyai akidah dan pegangan hidup yang betul menyebabkan guru tersebut hanyut

dalam memandu dirinya dan tanpa sedar semakin jauh daripada perlakuan yang betul. Maka

lahirlah individu guru yang tiada matlamat dan tujuan hidup, sentiasa membuat keputusan

tanpa ada pertimbangan yang wajar.

ISU PONTENG 12

Page 13: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

Emosi

Salah satu faktor ponteng dikalangan guru adalah disebabkan gangguan emosi iaitu emosi

yang tidak stabil. Emosi yang tidak stabil merupakan salah satu punca kemurungan yang

mana kemurungan ini boleh membawa kepada pembangunan sahsiah yang negatif. Seseorang

yang mengalami kemurungan akan menyisihkan diri daripada rakan dan masyarakat, mudah

menjadi marah, kelesuan, perasaan rendah diri, kesedihan dan mudah berkecil hati (Pendidik,

April 2010). Kesan emosi ini bukan sahaja merosakkan diri sendiri malah mengganggu

individu dan masyarakat yang berada di sekeliling.

Fizikal

Aspek fizikal ialah apa yang kita lihat daripada tindak tanduk atau perlakuan guru tersebut.

Oleh itu kesan ponteng ini akan melahirkan individu guru yang tidak kemas kerana emosi

yang terganggu sehingga mengabaikan kekemasan diri. Tentu sahaja guru yang ponteng

tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Tugas yang diberikan

tidak dilaksanakan dengan sempurna dan tidak memenuhi kehendak dan keperluan sekolah

khususnya. Selain itu juga, guru yang ponteng sering tidak menepati masa, sering lewat ke

sekolah dan menangguhkan kerja sehingga mengganggu tugas dan tanggungjawab orang

lain. Kerja yang diberikan juga dilakukan sambil lewa asalkan siap. Kesan sebegini bukan

sahaja merosakkan diri sendiri tetapi juga mencemarkan kreadibiliti sahsiah guru.

Cara berfikir

Kesan seorang guru yang sering ponteng mempunyai cara berfikir yang berbeza dengan guru

yang amanah yakni berintegriti. Guru ini lebih mementingkan diri sendiri atau keperluan

peribadi daripada kepentingan sekolah dan orang lain. Tindak sanggup berkorban masa dan

tenaga untuk orang lain kegunaan orang lain. Jarang sekali melakukan sesuatu tugasi

melainkan jika tugas dan perkara yang dilakukan mendapat ganjaran dan berkepentingan

untuk diri sendiri.

ISU PONTENG 13

Page 14: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

Interaksi atau hubungan dengan orang lain

Tentu sahaja interaksi atau hubungan guru yang ponteng dengan guru lain tidak berjalan

dengan baik dan renggang. Masyarakat sekeliling akan memandang enteng kepada guru

terbabit, pendapat yang disuarakan kurang mendapat sambutan daripada orang lain. Tentu

sahaja mereka beranggapan guru tersebut berinteraksi hanya untuk tujuan dan matlamat

tertentu. Manakala hubungan guru dengan murid juga terjejas kerana kurangnya interaksi

antara guru dan murid disebabkan ketiadaan guru di dalam kelas untuk melihat

perkembangan murid. Kekurangan kemahiran interpersonal dan juga interaksi sosial di

persekitaran sekolah yang kompleks semakin terjejas. Tentunya matlamat yang ingin dicapai

dalam kemenjadian murid menjadi lebih sukar jika interaksi antara guru dan murid menjadi

hambar.

b) Pembangunan Sahsiah Positif

Pembangunan sahsiah guru yang terlibat dengan isu negatif yakni ponteng boleh menjadi

positif sekiranya individu itu sedar akan kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya dan

sanggup berubah untuk kepentingan semua pihak. Perkara ini boleh berlaku jika pihak yang

bertanggungjawab mengambil langkah yang tegas untuk menangani masalah tersebut. Ia juga

bergantung kepada individu bermasalah itu untuk menjalani proses memperbaiki diri melalui

pelbagai aspek. Guru yang pernah terjebak dalam masalah ponteng ini akan lebih memahami

isu ponteng berbanding orang yang belajar dan mengkaji isu ponteng kerana mereka

mengalami sendiri situasi dan kesan negatif daripada masalah tersebut.

Spiritual (Rohani)

Apabila individu itu sedar akan kesilapannya dan mengenalpasti ianya berpunca daripada

spiritualnya yang lemah, maka sudah pasti individu itu akan berusaha membangunkan

spiritualnya. Menurut persepektif Islam, pembentukan spiritual yang positif ialah apabila

seseorang individu itu berusaha mendekatkan diri kepada penciptanya. Apabila individu guru

yang mempunyai masalah kembali kepada kehendak dan ajaran agamanya maka segala

masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan fikiran yang waras. Aspek spiritual yang

ISU PONTENG 14

Page 15: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

mantap akan menghasilkan insan yang unggul, berpendirian teguh iaitu individu yang

mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam hidupnya dan tidak mudah digugat oleh

faktor dalaman dan luaran. Dia bukan sahaja boleh memandu diri sendiri bahkan mampu

membimbing orang lain ke arah kebaikan sebagaiman contoh pembangunan spiritual Saidina

Umar daripada keadaan jahiliah kepada insan yang unggul dalam sejarah Islam hasil daripada

pembangunan spiritual yang berkesan.

Emosi

Pembangunan emosi yang positif daripada tingkah laku negatif boleh berlaku apabila

individu tersebut dapat memotivasikan dirinya sendiri atau memilih untuk mengikuti sesi

kaunseling. Melalui kaunseling yang berkesan, individu tadi dapat menjadikan peristiwa yang

pernah dialaminya sebagai pengalaman dan pelajaran yang amat berharga. Orang yang

pernah mengalami situasi sukar akan lebih tabah dan lebih matang dalam menjalani

kehidupan iaitu sentiasa belajar dari pengalaman. Individu tersebut akan lebih berupaya

mengawal emosinya apabila berhadapan dengan situasi yang sukar dan melihat setiap perkara

yang berlaku dari sudut yang positif. Oleh itu lahirlah seorang individu yang mempunyai

emosi yang stabil dan tenang serta bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati yang

terbuka.

Fizikal

Setelah spiritual mantap dan emosi menjadi stabil, pembangunan sahsiah fizikal akan menjadi

lebih positif. Pembangunan fizikal ini dapat dilihat dalam aspek penampilan, hasil kerja,

pengurusan masa dan tingkah laku. Dari aspek penampilan dapat dilihat individu itu akan

tampil lebih kemas dan bersih. Dari segi penghasilan kerja pula, dilihat lebih teratur dan

terancang. Manakala dalam pengurusan masa, lebih menepati masa dalam setiap pekerjaan

dan tugas yang dipertanggungjawabkan. Tingkah laku yang dipamerkan juga mengikut

arahan dan situasi yang bersesuaian dengan keadaan pada masa itu selain boleh menjadi

contoh kepada murid dan rakan sejawat.

ISU PONTENG 15

Page 16: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

Cara berfikir

Setelah berjaya membangunkan aspek spiritual, emosi, dan fizikal, guru ini akan mula

mempunyai fokus, visi, misi dan matlamat yang ingin dicapai dalam setiap tindakan yang

dirancang. Individu guru akan menilai tujuan dan kesan daripada tindakan yang akan dibuat.

Guru tersebut juga lebih mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi.

Interaksi dan hubungan sosial

Setelah individu guru berjaya membangunkan spiritual, emosi, fizikal dan cara berfikir yang

positif, individu guru tersebut akan mula memperbaiki interaksi dan hubungan sosial agar

menjadi lebih baik. Interaksi dan hubungan sosial yang baik dibina bertujuan memudahkan

individu guru melaksanakan tanggungjawabnya di sekolah. Kemahiran berinteraksi dan

bersosial akan membentuk keyakinan diri guru untuk menyampaikan idea dan pendapat

dalam apa jua situasi yang diperlukan. Akhirnya individu yang bermasalah ponteng dapat

membangunkan sahsiah dirinya menjadi insan yang unggul.

Rumusan

Isu ponteng di kalangan guru merupakan satu masalah yang perlu ditangani dengan bijak oleh

pihak yang bertanggungjawab. Jika masalah ini gagal ditangani dengan berkesan, maka ia

akan melahirkan insan guru yang mempunyai sahsiah diri yang negatif dan pasif. Namun

sekiranya jika pihak yang bertanggungjawab mampu mengambil langkah yang pantas dan

berkesan, adalah tidak mustahil akan lahir insan guru yang unggul dan berketerampilan

daripada kalangan guru yang bermasalah ponteng.

ISU PONTENG 16

Page 17: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

TUGASAN 1(c)

Setiap tingkah laku adalah pilihan kita sendiri. Mengikut Teori Pilihan (Choice Theory),

kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi dan fsiologi individu.

Menurut Ahmad Jazimin (2010) dalam penulisannya yang bertajuk Pendekatan Kognitif :

Teori Pilihan dan Terapi Realiti, keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang

ingin menyayangi dan disayangi, ingin penghargaan daripada orang lain, inginkan kebebasan

dan inginkan kegembiraan. Manakala aspek fsiologi pula merujuk kepada kelangsungan

hidup yang merangkumi individu itu berani mengambil risiko, mempunyai wang yang

cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat.

Menurut Teori Pilihan individu bermasalah akan menghasilkan konflik apabila keinginan

psikologi dan fsiologi mereka tidak dapat dipenuhi. Namun begitu konflik juga timbul

apabila individu tersebut mendapat apa yang mereka tidak inginkan. Justeru itu konflik ini

akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu tersebut.

Individu akan gagal membentuk personaliti yang diinginkan. Personaliti gagal akan memilih

tingkah laku tidak efektif dan akan mendorong kepada pembentukan sahsiah yang negatif.

Hubungkait Isu Ponteng Guru dengan Teori Pilihan

Setiap individu mempunyai keperluan, kehendak, harapan dan impian masing-masing.

Walaubagaimanapun, seringkali pilihan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pengalaman,

konflik dan situasi yang dialami.

Dalam Teori Pilihan keperluan individu ditentukan oleh keperluan asas (basic needs), iaitu

empat keperluan psikologi dan satu keperluan fisologi.

Keperluan Psikologi

1. Menyayangi dan disayangi

Antara faktor berlakunya ponteng dikalangan guru adalah disebabkan tidak mendapat

keperluan asas ini, iaitu menyayangi dan disayangi. Contohnya guru yang menghadapi

konflik rumah tangga yang berpanjangan akan mengalami gangguan emosi. Sebahagiannya

memilih untuk bermurung daripada menyelesaikan konflik tersebut. Kesan daripada

ISU PONTENG 17

Page 18: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

kemurungan akan menyebabkan individu itu memilih tingkah laku yang tidak efektif seperti

suka mengasingkan diri dan lari daripada tanggungjawab termasuklah tanggungjawab

sebagai seorang guru akibat perasaan kecewa, malu dan rendah diri.

2. Inginkan penghargaan

Seorang guru yang tekun bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan

sekolah tetapi tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya daripada majikannya dan sering

dikritik oleh rakan sejawat akan merasa amat kecewa dan rendah diri. Keadaan akan menjadi

lebih buruk jika orang lain yang mendapat penghargaan daripada hasil usahanya. Guru

tersebut akan hilang motavisi diri dan memilih mempamerkan tingkah laku tidak efektif iaitu

tidak berpuas hati dan mula memberontak. Sikap memberontak ini ditunjukkan melalui

perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan etika keguruan termasuklah ponteng

sekolah, ponteng kelas, ponteng mesyuarat dan sebagainya.

3. Inginkan kegembiraan

Naluri setiap individu inginkan kegembiraan, suasana ceria yang menyenangkan. Begitu juga

dengan guru, memerlukan suasana tempat kerja yang mengembirakan hati dan perasaan.

Oleh itu, apabila suasana di sesebuah sekolah tidak menyediakan suasana seperti mana yang

diinginkan oleh guru tersebut, maka guru akan kurang motivasi dan mengalami stress dalam

menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Justeru itu, sesetengah guru yang gagal

menangani masalah ini akan cenderung memilih dan mempamerkan tingkah laku yang tidak

efektif termasuklah ponteng sekolah dan ponteng kelas.

4. Inginkan kebebasan

Kebebasan merancang dan mencorakkan kerja mengikut acuan sendiri menjadi idaman

setiap individu. Namun begitu dalam pengurusan sesebuah sekolah kebebasan memilih

kadang-kadang tidak dapat dipraktikkan. Contohnya, pihak sekolah dibebani dengan

pelbagai program daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) yang perlu dilaksanakan secara serentak. Guru pula sebagai pelaksana

ISU PONTENG 18

Page 19: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

dibebani dengan pelbagai jawatan sampingan selain daripada mengajar di dalam bilik kelas.

Pihak pentadbir biasanya akan memilih guru yang bertanggungjawab untuk melaksanakan

sesuatu program dan mencapai objektif yang disasarkan. Bebanan ini akan lebih dirasai oleh

guru-guru sekolah yang kekurangan guru. Menurut Teori Pilihan konflik juga berlaku

apabila individu mendapat apa yang tidak mereka kehendaki. Justeru itu guru yang

menyerap tekanan akan mengalami stress dan memilih tingkah laku yang tidak efektif iaitu

ponteng kelas dengan alasan melaksanakan tugasan daripda pihak jabatan ataupun

kementerian.

Keperluan Fisiologi

Keperluan fisilogi meliputi keperluan makan minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan

dan lain-lain untuk meneruskan hidup. Keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu dan

kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan kerajaan telah memberi kebenaran kepada

penjawat awam melibatkan diri dalam perniagaan selagi tidak mengganggu tugas utama

mereka. Lantaran dari itu, ramai di antara guru telah mengambil peluang untuk melibatkan

diri dalam urusan perniagaan.

Dalam Teori Pilihan, keperluan fisiologi merupakan keperluan asas yang perlu

dicapai untuk terus hidup. Akhirnya timbul konflik antara kepentingan mencapai keperluan

fisiolog dengan tanggungjawab sebagai guru di sekolah. Dalam keadaan ekonomi yang

mendesak, sebahagian guru sering kali membuat pilihan mengutamakan urusan perniagaan

dan mengabaikan tanggungjawab sebagai guru di sekolah. Maka terjadilah masalah ponteng

sekolah dikalangan guru kerana ingin memenuhi desakan dan keperluan hidup tanpa

memikir kesan yang akan mereka hadapi sekiranya mengabaikan tanggungjawab di sekolah.

Lahirlah golongan guru yang mempunyai sahsiah yang negatif yang akan mencalarkan

profesion perguruan.

ISU PONTENG 19

Page 20: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

RUMUSAN

Masalah guru ponteng amat berkait rapat dengan Teori Pilihan. Di mana guru yang terlibat

dalam masalah ponteng adalah daripada kalangan guru yang gagal memenuhi keperluan

psikologi dan keperluan fisiologi. Kegagalan untuk memenuhi keperluan psikologi dan

fisiologi ini menyebabkan guru tersebut memilih jalan yang salah iaitu mengabaikan

tanggungjawab sebagai seorang guru.

ISU PONTENG 20

Page 21: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

RUJUKAN

Ahmad Jazimin & Muhammad Bazlan Mustafa.(2011). Pembangunan Sahsiah : Unit 5 –

Pendekatan Kognitif Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Perak : Universiti

Perguruan Sultan Idris

Ishak Ismail. (2010, April). Murung bawa kesan negative kepada individu. Pendidik Bil. 71,

26-28

Kamus Dewan Edisi Ketiga.(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Panduan Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib

Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sumber Manusia : Kementerian

Pendidikan Malaysia

Kyriacou, C., & Sutcliffe, J. (1978). Teacher stress : Prevalence, sources and Symptoms. British Journal of Education Psychology, 48, 159-167.

Mok Soon Sang.(2007). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan Guru (P.T.K) Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P). Selangor : Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd

Mohd Muzafar Shah Mohd Razali, Aslina Ahmad & NazariahAbd.Samad.(2011). Pembangunan Sahsiah : Unit 10 - Isu-isu dalam pembentukan sahsiah guru. Perak : Universiti Perguruan Sultan Idris

Sakinah Salleh (2010, September). Guru perlu ada motivasi. Pendidik Bil.76, 34-35

Guru ponteng sebelum cuti dikenal pasti

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/06/guru-ponteng-sebelum-cuti-dikenal-

pasti.html di muat turun pada 9/5/11

Guru ponteng: Tindakan tegas akan diambil

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html

di muat turun pada 9/5/2011

Berita Harian (2005, 19 Julai). Guru dakwa suasana kerja tak kondusif. Berita Harian

ISU PONTENG 21

Page 22: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

LAMPIRAN

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/06/guru-ponteng-sebelum-cuti-dikenal-pasti.html 9/5/11

Rabu, 2 Jun 2010

Guru ponteng sebelum cuti dikenal pasti

KOTA BELUD 1 Jun - Jabatan Pelajaran mengenal pasti terdapat segelintir guru di negeri ini 'ponteng' sekolah untuk pulang ke kampung masing-masing sebelum cuti sekolah bermula.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Muhiddin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini.

"Jabatan kami sedang menunggu laporan rasmi bertulis daripada jemaah nazir itu sebelum mengambil tindakan yang perlu sebab guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah mereka sebelum cuti penggal bermula.

"Jadi mulai sekarang Jabatan Pelajaran negeri akan lebih serius dalam menangani kes-kes disiplin (di kalangan guru-guru dan kakitangan) di semua sekolah di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan program 'Ke Arah Kecemerlangan Akademik' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai aduan ibu bapa bahawa terdapat sebilangan guru di negeri ini khususnya yang berkhidmat di pulau-pulau pulang ke kampung sebelum cuti penggal bermula.

Menurut aduan, guru berkenaan dikatakan meninggalkan sekolah mereka seawal 24 Mei sedangkan cuti sekolah bermula pada 5 Jun.

Muhiddin berkata, jabatan pelajaran sentiasa serius dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan di sekolah-sekolah di negeri ini dan akan mengambil tindakan tegas terdapat guru yang melanggar disiplin.

"Jika terbukti benar mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya tanpa mengira siapa mereka.

"Jika ketidakhadiran mereka memerlukan tindakan disiplin kita akan melakukannya berdasarkan perintah Am Perkhidmatan Awam sedia ada," katanya.

Utusan Malaysia Online: 2 Jun 2010

Dicatat oleh GURU_CIKGU di 9:32 AM

Label: malu, pertuduhan/jenayah/selisih faham

ISU PONTENG 22

Page 23: Tugasan 3 Isu Guru Ponteng

[ ]PJJ2011

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html 9/5/2011

Selasa, 20 Mei 2008

Guru ponteng: Tindakan tegas akan diambil BATU PAHAT 11 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas termasuk memecat seorang guru di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Perak jika siasatan membuktikan guru itu 'ponteng' mengajar dengan sengaja.

Timbalan menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan itu akan diambil sekiranya guru terbabit didapati ponteng atau bercuti tanpa alasan munasabah.

"Kementerian sedang menunggu laporan lengkap mengenai kes tersebut daripada pengarah pelajaran negeri dan ia dijangka diterima esok," katanya selepas merasmikan Majlis Keselamatan Kanak-Kanak Sekolah di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.

Semalam, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan rungutan ibu bapa mengenai tindakan seorang guru di sebuah SJKT di Ipoh yang kerap tidak hadir mengajar di sekolah.

Ka Siong berkata, maklumat awal mendapati guru itu telah tidak hadir ke sekolah selama 30 hari sejak awal Januari lalu dan dia hanya memaklumkan mengenainya kepada pihak sekolah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, kementerian mengambil serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku.

"Tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaskan kerjaya perguruan," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas Majlis Dialog Dengan Warga Pengajar di sebuah restoran di sini, Ka Siong berkata, kementerian akan mengkaji semula kenaikan pangkat guru penolong kanan dan guru bukan siswazah kepada siswazah yang kini dianggap tidak munasabah.

Beliau berkata, guru-guru penolong kanan merungut kerana kenaikan pangkat yang diberikan tidak setanding dengan kenaikan gaji dan beban kerja juga yang ditanggung.

Katanya, guru bukan siswazah yang bertukar status kepada guru siswazah pula mendakwa jumlah kenaikan gaji mereka terlalu sedikit.

Menurutnya, rungutan-rungutan tersebut akan diambil perhatian dan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kajian dan tindakan selanjutnya.

Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008

ISU PONTENG 23