tugasan 2 berkumpulan

8
TUGASAN 2 BERKUMPULAN Kesesuaian pelaksanaan Islam Hadhari dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Pendahuluan Malaysia sebuah negara makmur yang hidup dalam bermasyarakat majmuk. Melayu, cina, India, Kadazan, dan banyak lagi kaum hidup bersatu padu memberikan yang terbaik untuk memajukan malaysia. Pelbagai kelangsungan hidup telah ditempuhi oleh para pejuang kemerdekaan tidak kira bangsa bagi memaknakan erti kemerdekaan Malaysia. 55 tahun kemerdekaan telah dicapai, ini adalah hasil toleransi pelbagai kaum yang mebolehkan kita mencapai tahap yang kini. Islam Hadhari bukanlah ajaran baru, tetapi satu pendekatan baru untuk memantapkan sistem negara kita. Berdasarkan 10 prinsip yang ditekankan dalam Islam Hadhari mencerminkan matlamat kerajaan Malaysia adalah jelas ingin menjadikan Islam satu cara hidup yang merangkumi aspek pentadbiran, perundangan, pendidikan, politik, ekonomi, hubungan luar dan sebagainya dalam semua entiti mesyarakat. Ironinya, masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan pelbagai budaya dan agama. Senario yang bakal tercipta adalah sebuah tamadun Islam yang hebat dan moden. Islamization ini membuka peluang kepada satu anjakan paradigma masyarakat untuk lebih sedar memartabatkan Islam kepada seluruh masyarakat Malaysia untuk menyebar luas lagi dakwah Islam. Bersesuaian keadaan semasa kini, imej Islam semakin tercalar dengan anggapan liar daripada masyarakat bukan Islam yang melihat Islam agama yang ganas, militan, miskin, mundur, menolak kemajuan dan pelbagai tanggapan buruk yang sebenarnya amat jauh daripada

Upload: fazarul-ernieza

Post on 16-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

c

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 2 BERKUMPULAN

TUGASAN 2 BERKUMPULAN

Kesesuaian pelaksanaan Islam Hadhari dalam konteks masyarakat majmuk di

Malaysia.

Pendahuluan

Malaysia sebuah negara makmur yang hidup dalam bermasyarakat majmuk.

Melayu, cina, India, Kadazan, dan banyak lagi kaum hidup bersatu padu memberikan

yang terbaik untuk memajukan malaysia. Pelbagai kelangsungan hidup telah ditempuhi

oleh para pejuang kemerdekaan tidak kira bangsa bagi memaknakan erti kemerdekaan

Malaysia. 55 tahun kemerdekaan telah dicapai, ini adalah hasil toleransi pelbagai kaum

yang mebolehkan kita mencapai tahap yang kini.

Islam Hadhari bukanlah ajaran baru, tetapi satu pendekatan baru untuk

memantapkan sistem negara kita. Berdasarkan 10 prinsip yang ditekankan dalam Islam

Hadhari mencerminkan matlamat kerajaan Malaysia adalah jelas ingin menjadikan Islam

satu cara hidup yang merangkumi aspek pentadbiran, perundangan, pendidikan, politik,

ekonomi, hubungan luar dan sebagainya dalam semua entiti mesyarakat. Ironinya,

masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan pelbagai

budaya dan agama. Senario yang bakal tercipta adalah sebuah tamadun Islam yang

hebat dan moden. Islamization ini membuka peluang kepada satu anjakan paradigma

masyarakat untuk lebih sedar memartabatkan Islam kepada seluruh masyarakat

Malaysia untuk menyebar luas lagi dakwah Islam.

Bersesuaian keadaan semasa kini, imej Islam semakin tercalar dengan anggapan

liar daripada masyarakat bukan Islam yang melihat Islam agama yang ganas, militan,

miskin, mundur, menolak kemajuan dan pelbagai tanggapan buruk yang sebenarnya

amat jauh daripada yang konsep Islam yang sebenarnya. Sememangnya imej buruk ini

sebenarnya mencerminkan masyarakat Islam kita yang semakin meminggirkan nilai

agama Islam dalam hidup. Islam hanyalah dijadikan sebagai amalan ritual, tidak

dijadikan cara atau pegangan dalam hidup. Islam Hadhari sebenarnya membuka jalan

untuk menyelesaikan permasalahan umat sekarang, seterusnya menolak segala

anggapan buruk masyarakat bukan Islam. Bertitik tolak dari itu juga memberi natijah

kepada pembentukan negara Islam yang dinamik dan unggul melalui modal insan yang

gemilang dan terbilang. Menjadikan negara ini Islami bukanlah untuk meminggirkan

agama lain, namun kerana memegang kuasa besar dan majoriti mengamalan agama

yakni Islam, maka kelebihan ini digunakan sebaik mungkin untuk menaikkan imej Islam

itu. Tambahan pula, agama lain pula dibenarkan diamalkan di negara ini mengikut

Page 2: TUGASAN 2 BERKUMPULAN

fahaman agama masing-masing.

Aspek di dalam Islam Hadhari sebenarnya banyak berfokus kepada moral bukanlah

hanya kepada agama. Oleh itu ia amat sesuai ditekankan dalam masyarakat majmuk

seperti Malaysia. Sebagainya contoh dalam pendidikan, yang mempunyai ciri cintakan

ilmu, ia bukan untuk orang Islam sahaja, tetapi orang bukan Islam juga mampu

menanam rasa cintakan ilmu pengetahuan itu. Terdapat banyak lagi contoh yang

menunjukkan Islam Hadhari amat releven untuk dijadikan pegangan dan amalan di

Malaysia. Teras dalam Islam Hadhari amat membumi, syumul, mudah dan praktikal.

Page 3: TUGASAN 2 BERKUMPULAN

PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan teras kepada pembentukan sesebuah bangsa. Dengan

pendidikan dapat mewacana pemikiran anak bangsa yang unggul, kreatif, berdaya

saing, maju, berintelektual dan berfikiran matang. Berdasarkan 10 prinsip Islam Hadhari,

prinsip ke 5, penguasaan ilmu pengetahuan, menekankan mengenai keintelektualan.

Ilmu pengetahuan merupakan satu natijah yang berkesan daripada pendidikan yang

bermutu. Berdasarkan teras penekanan kepada penggunaan paradigma rasional

berasaskan semangat ijtihad kepada usaha mempercambahkan kreativiti umat Islam.

Menurut Dr. Rahimin Affandi Abdul Rahim (2009), Islam Hadhari menekankan

kepada proses mewujud dan menajamkan daya keintelektualisme umat Islam bukannya

patut dibanggakan secara nostalgia semata-mata, bahkan perlu dipetik kesimpulan dan

intipati induktif dalam bentuk pengajaran terbaik daripada peristiwa ini untuk

dilaksanakan oleh umat Islam. Mengikut sesetengah sarjana Islam moden,

pembangunan tamadun agung merangkumi Barat dan Islam, adalah berpunca dari

amalan budaya ilmu. Hal ini dirujuk kepada penggunaan set idea dan kreativiti

masyarakat untuk mengkaji sesuatu ilmu dan menterjemahkannya di dalam bentuk

program.

Demi untuk menghadapi persaingan dengan kuasa Barat, umat islam tidak

seharusnya menggunakan pendekatan kekerasan, sebaliknya perlu lebih proaktif

mempelajari sebab utama ketinggian tamadun barat, iaitu ketinggian budaya ilmu

mereka yang perlu diterapkan ke dalam masyarakat melalui institusi pendidikan. Dalam

soal ini secara jelasnya mereka menganjurkan bentuk perjuangan yang bersifat evolusi

dan bukannya secara revolusi.

Ilmu merupakan asas untuk mencapi kemajuan bangsa-bangsa yang berjaya dan

maju adalah mereka yang menguasai ilmu. Pendekatan Islam Hadhari menyeru rakyat

Malaysia supaya menjadi umat peneroka ilmu dalam pelbagai bidang. Tujuan

penguasaan ilmu adalah bagi mewujudkan umat yang bertamadun. Rakyat Malaysia

perlu menjadi umat peneroka ilmu, umat yang mampu berdikari, serta berupaya

menangani cabaran semasa dalam kehidupan. Dalam menghadapi cabaran globalisasi

faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi

melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan

Page 4: TUGASAN 2 BERKUMPULAN

ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap

pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.

Melalui sistem pendidikan dan dwipengkhususan yang saling melengkapi antara

penguasaan ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah kita. Boleh melahirkan pakar-pakar

dalam pelbagai bidang seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan Ibnu Khaldun.

1) umat yang cintakan ilmu.

2) Menjadi bangsa peneroka ilmu.

3) Mendalami ilmu fardhu ain.

4) Menguasai semua bidang ilmu fardhu kifayah.

5) Meninggalkan ilmu-ilmu negatif yang boleh merosakkan akidah.

6) Membina masyarakat melalui pendekatan ilmu.

7) Memantapkan integrasi ilmu melalui program dwipengkhususan.

Pengenalan kepada program ilmuwan Islam yang disiarkan di TV 3 pada suatu

masa lalu membuka pemikiran kepada kita tentang kualiti para ilmuwan dahulu yang

amat dibanggakan. Penyediaan umat yang cintakan ilmu bakal mewujudkan budaya

keintelektualan yang berkualiti. Tidak hanya mementingkan ilmu kifayah, tetapi

menggenggam erat ilmu fardhu ain untuk mengejar akhirat. Pencintaan terhadap ilmu

akan mewujudkan persaingan secara sihat untuk kembali mewacana pemikiran yang

kreatif dan inovatif.

Seperti yang kita sedia ketahui, tamadun Islam dahulu mempunyai ilmuan Islam

yang amat cintakan ilmu. Mereka berusaha menuntut ilmu sebanyak yang mungkin,

sanggup merantau merentas samudera demi memiliki ilmu yang luas. Obsesi inilah

menjadikan mereka bangsa berkualiti melengkapi modal insan yang kreatif, inovatif,

intelektual, berdaya saing, berfikiran terbuka dan matang. Para ilmuwan Islam juga

disanjung bangsa bukan Islam yang sehingga kini tetapi dikagumi walaupun sudah lama

meningalkan dunia ini. Natijah inilah yang diingini melalui pendekatan Islam Hadhari.

Waima persaingan terhadap ilmu kini semakin sengit dengan kini dikuasai oleh bangsa

barat.

Definisi peneroka ilmu juga mengggambarkan suatu bangsa yang mempunyai

keintelektualan yang tinggi. Para saintis berusaha bersaing sesama sendiri mencari

Page 5: TUGASAN 2 BERKUMPULAN

ilmu-ilmu baru yang boleh diguna pakai dalam pendidikan. Penerokaan ilmu-ilmu yang

baru memberi manfaat kepada bangsa Malaysia itu sendiri. Sains dan teknologi

dikembangkan, sejarah dan geografi dikaji kembali kesahihannya, agar kita menjadi

bangsa yang berdikari, tidak perlu bergantung kepada ilmu-ilmu yang dipelopori bangsa

barat.

Dalam mendalami ilmu fardhu ain amat penting kepada umat Islam untuk

memperkukuh ibadah. Ilmu fardhu ain wajib dikuasai oleh setiap umat Islam untuk

melaksanakan ibadah kepada pencipta. Dalam memperkasa bidang ilmu fardhu ain,

ilmu fardhu kifayah juga harus dikuasai untuk menjamin kesejahteraan umat.

Ilmu dan pendidikan memberi natijah yang cukup besar dalam pembentukan

sebuah tamadun yang hebat dan gah. Jelas dalam Al-Quran al-Karim yang menegaskan

yang bermaksud tidak sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu,

kerana Allah SWT akan mengangkat kedudukan semua orang yang beriman, tetapi

orang yang berilmu dalam kalangan mereka akan diberikan kedudukaan yang lebih

tinggi. Ayat al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa orang yang berilmu mempunyai

darjat yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dan Allah tidak mensia-siakan

orang yang berilmu, mereka turut diberi darjat. Maksud ayat ini juga menyeru kepada

orang Islam untuk merebutkan ilmu yang luas seterusnya mendapat kedudukan tinggi di

sisi Allah.

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab beliau Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali,

turut menceritakan kisah dua jenis orang, seorang yang berilmu ltetapi tidak

menjalankan ibadat manakala seorang lagi tidak berilmu tetapi menjalankan ibadah.

Mereka kemudian diuji dengan makhluk Allah. Dalam perbandingan yang dikemukakan,

orang yang berilmu walaupun melakukan dosa, mereka mengenal pencipta dan tidak

mudah ditipu oleh syaitan, berbanding orang yang kuat beribadah namun jahil tentang

agama mudah ditipu oleh syaitan laknatullah. Kini, jelas setiap daripada umat Islam

harus memiliki ilmu dan menjalankan ibadat dengan menggunakan ilmu sebagai intinya

atau asas yang perlu diutamakan.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w mashumnya:

"Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya"

Page 6: TUGASAN 2 BERKUMPULAN

Jadi ilmu adalah ibarat pelita menerangi kegelapan.