tugasan 2

11
TUGASAN 1(INDIVIDU) Pilih satu bidang seni kreatif berikut : Kraftangan Huraikan secara terperinci bagaimana bidang seni kreatif ini dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia. Pengenalan Seni membawa maksud sesuatu yang halus .Seni terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan .Seni visual untuk kanak- kanak meliputi aktiviti melukis dan mewarna kanak-kanak ,aktiviti kraf yang mengaplikasikan teknik menggambar ,teknik mereka corak,dan rekaan serta teknik bentuk binaan.Seni persembahan untuk kanak-kanak pula meliputi aktiviti muzik ,pantun,sajak,drama,tarian dan pergerakan kreatif. Kanak-kanak berupaya meluahkan perasaan masing-masing menerusi hasil karya seni mereka.Seni untuk kanak-kanak dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak serta menimbulkan rasa kecantikan yang berkaitan dengan estetika dalam seni. Di Malaysia kepentingan perkembangan daya kreatif dalam pendidikan kanak-kanak jelas ternyata dalam huraian kurikulum pendidikan prasekolah..Antara enam komponen dalam buku huraian

Upload: muhd-khairul

Post on 01-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 2

TUGASAN 1(INDIVIDU)

Pilih satu bidang seni kreatif berikut :

Kraftangan

Huraikan secara terperinci bagaimana bidang seni kreatif ini dapat menyumbang

kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran

terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

Pengenalan

Seni membawa maksud sesuatu yang halus .Seni terbahagi kepada seni visual

dan seni persembahan .Seni visual untuk kanak-kanak meliputi aktiviti melukis dan

mewarna kanak-kanak ,aktiviti kraf yang mengaplikasikan teknik menggambar ,teknik

mereka corak,dan rekaan serta teknik bentuk binaan.Seni persembahan untuk kanak-

kanak pula meliputi aktiviti muzik ,pantun,sajak,drama,tarian dan pergerakan kreatif.

Kanak-kanak berupaya meluahkan perasaan masing-masing menerusi hasil

karya seni mereka.Seni untuk kanak-kanak dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti

kanak-kanak serta menimbulkan rasa kecantikan yang berkaitan dengan estetika dalam

seni.

Di Malaysia kepentingan perkembangan daya kreatif dalam pendidikan kanak-

kanak jelas ternyata dalam huraian kurikulum pendidikan prasekolah..Antara enam

komponen dalam buku huraian kurikulum prasekolah ,komponen kreativiti dan estetika

member focus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi

dan pemikiran (Kementerian Pendidikan Malaysia ,2003).

Malaysia sebagai sebuah Negara berbilang kaum yang kaya denga pelbagai

kebudayaan ,agama dan amalan.Setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang unik

dan tersendiri .Namun dalam kepelbagaian itu Malaysia merupakan satu kesatuan yang

jitu.

Kebudayaan semestinya ditempatkan oleh Negara sebagai salah satu faktor

terpenting dalam kehidupan seharian.Kebudayaan ini juga adalah merupakan nilai

Page 2: TUGASAN 2

hidup yang membentuk masyarakat supaya mempunyai perkembangan daya fikidaya

cipta secara individu atau kelompok.Ia dapat memberikan penghayatan terhadap unsur

yang ada dalam masyarakat secara menyeluruh.Seni budaya sesuatu bangsa itu,tidak

boleh dilihat sebagai satu entiti yang statik.Sebaliknya ,ia merupakan sesuatu yang

dinamis ,yang sentiasa bergerak selari dengan perkembangan hidup itu sendiri.

TUGASAN 2 (INDIVIDU)

SAMBUTAN HARI GURU

PENGENALAN /MUKADIMAH

Pengurus merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan semua kerja

dilaksanakan dengan berkesan tanpa melakukannya sendiri dengan mengawasi dan

menyelaras terhadap aktiviti –aktiviti pihak lain.Seterusnya mereka meringkaskannya

bahawa para pengurus mencapai hasil kerja melalui orang lain dengan membuat

perancangan ,pengelolaan ,pengarahan,penstafan,penyelarasan ,pelaporan dan bajet.

Sambutan Hari Guru merupakan acara tahunan yang disambut oleh warga

pendidik di seluruh Negara .Pada setiap tahun tema sambutan hari guru merupakan

landasan atau perkara penting kepada seseorang pendidik.Pada tahun 2011 temanya

ialah GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.Tema dipilih

bertepatan dengan keadaan dunia perguruan semasa.Apabila sesuatu sambutan itu

diadakan pelbagai aktiviti disusun atau dirancang oleh pihak sekolah

Sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan

persembahan atau pameran yang dirancang itu beberapa perkara penting perlu saya

ambil kira.Antaranya ialah tema :Tema ialah persembahan pakaian beragam mengikut

kaum di Malaysia.

Tajuk aktiviti /Tema : Perayaan Kaum Di Malaysia.

Sebagai sebuah Negara yang bebilang kaum ,yang mengamalkan pelbagai

budaya dan agama,penduduk Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni.Perpaduan

dan kepelbagaian inindicerminkan dalam festival-festival atau perayaan-perayaan kaum

yang didasarkan kepada amalan agama atau adat resam mewakili kaum-kaum

Page 3: TUGASAN 2

berkenaan yang diraikan khusus oleh kaum-kaum tersebut.Antara kaum-kaum yang

terdapat di Malaysia ialah :Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan,Asli,Punjabi dan lain-lain

lagi.Mereka berkongsi perayaan dengan kaum-kaum yang ada ini melalui amalan

ziarah-menziarahi atau menghadiri rumah terbuka.

Kerajaan Malaysia telah memutuskan pada tahun 2000 sebanyak enam

perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama. Pada setiap perayaan

tersebut diadakan Rumah Terbuka.Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah

memupuk perpaduan di kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana

aman dan damai.

Negara beraneka budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati. Penyatuan

budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan,

Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup

dalam harmoni. Sambutan bersama pelbagai perayaan, sambutan tradisi dan aktiviti

kebudayaan di sepanjang tahun memastikan pelancong tidak mungkin bosan di sini. 

 

Tarikh   Perayaan Keterangan

7 Feb 2012

 

  Thaipusam Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh

penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan

kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini

paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana

kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi

jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu

Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul

Kavadi, menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam

diraikan secara besar-besaran di Selangor, Pulau Pinang,

Melaka, Johor dan Perak.

Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak

  Hari Wilayah Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur, Putrajaya dan

Labuan dengan perarakan, pertunjukan bunga api,

pameran serta persembahan kebudayaan. Kebanyakan

Page 4: TUGASAN 2

acara dibuka kepada orang ramai tanpa dikenakan

sebarang bayaran.

Lokasi: Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

23-24

Jan, 2012

  Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan

dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin

dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan

serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa

Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian

naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang

bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan

ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga

berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan

rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat

handai pada keesokkan harinya.

Lokasi: Seluruh Malaysia

2 Apr 2012   Good Friday Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan

perayaan Easter (perayaan Easter lazimnya jatuh pada hari

Ahad) yang disambut di Sabah dan Sarawak.

Lokasi: Sabah dan Sarawak

28 Mei 2012   Hari Wesak Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati

kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para penganut

mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan

upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan

mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami

biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah

malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala

Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown.

Lokasi: Seluruh Malaysia

Page 5: TUGASAN 2

30 Mei - 31

Mei, 2012

  Tadau Kaamatan Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar

di Sabah, iaitu kaum Kadazan Dusun. Perayaan

kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan

kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil

tuaian padi yang lumayan. Kemuncak perayaan ini

termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta tarian

tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau

dan sebagainya!

Lokasi : Sabah

1 Jun - 2

Jun, 2012

  Gawai Dayak Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta

Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan

penghujung musim menuai. Perayaan yang

mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara

tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah

panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para

pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam

yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai masakan

tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.

Lokasi : Sarawak

2012   Hari Keputeraan

Yang di-Pertuan

Agong

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang

mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia

menyambut hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong

pada setiap hari Sabtu minggu pertama bulan Jun. Hari ini

disambut dengan acara penganugerahan darjah kebesaran

kepada warganegara Malaysia yang telah banyak berjasa

kepada negara. Kemuncak sambutan termasuk ‘Perarakan

Panji-Panji’ oleh anggota tentera, serta pelbagai bentuk

pameran dan pertunjukan.

Lokasi: Kuala Lumpur

31Ogos 2012   Hari Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya pada 31 Ogos

Page 6: TUGASAN 2

Kemerdekaan setiap tahun. Warganegara Malaysia menyambut perayaan

ini dengan mengibarkan bendera Malaysia di seluruh

negara. Pelbagai aktiviti diadakan di setiap negeri termasuk

perarakan dan pertunjukan bunga api. Acara kemuncak

ialah perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur, yang

dihadiri oleh Raja dan Permaisuri Agong, Perdana Menteri,

orang-orang kenamaan serta para pengunjung.

Lokasi: Seluruh Malaysia

19-20 Ogos

2012

  Hari Raya Aidil

Fitri

Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa

(Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di seluruh

dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini

dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari

Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain. Sanak-

saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka di

mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan

tradisional yang lazat.

Lokasi: Seluruh Malaysia

5 Nov 2012   Deepavali Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan

oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali yang juga

dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7

mengikut kalendar Hindu. Di seluruh negara, upacara

sembahyang serta ‘pembersihan’ dijalankan di kuil-kuil

serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.

Lokasi: Seluruh Malaysia

26 Okt 2012   Hari Raya Aidil

Adha

Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang

disambut oleh penganut Islam pada hari ke-10 bulan

Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah

selesai menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi.

Lokasi: Seluruh Malaysia

Page 7: TUGASAN 2

25 Dis 2012   Krismas Perayaan Krismas lebih meriah di kawasan tropika

Malaysia dengan penduduknya yang ramah. Pengunjung

dapat memilih pelbagai restoran, bistro, pusat membeli-

belah dan hotel yang turut menawarkan pelbagai promosi

sempena perayaan ini. Raikan sambutan Krismas anda di

Malaysia!

Lokasi: Seluruh Malaysia

Tajuk aktiviti : Ciri-ciri pakaian kaum di Malaysia

Rasional aktiviti ini didakan ialah :Malaysia ialah sebuah Negara berbilang kaum

yang kaya dengan pelbagai kebudayaannya yang unik dan tersendiri.Namun dalam

kepelbagaian ini Malaysia merupakan satu kesatuan yang jitu.Kebudayaan

semestinya ditempatkan oleh Negara sebagai salah satu faktor terpenting dalam

kehidupan seharian.

Page 8: TUGASAN 2