tugasan 2

20
TUGASAN 2 PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA 1.0 Pendahuluan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam pembentangan Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Ini bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan dan seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan tersebut jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang menjelang 2020. Gambar 1 : Produk Vitamin 1Malaysia yang dibekalkan oleh KPM 1.1 Rasional Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005). Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7- 12 tahun yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia

Upload: ai-jay

Post on 10-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kesihatan di sekolah

TRANSCRIPT

TUGASAN 2

PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA

1.0 PendahuluanY.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam pembentangan Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Ini bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan dan seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan tersebut jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang menjelang 2020.

Gambar 1 : Produk Vitamin 1Malaysia yang dibekalkan oleh KPM

1.1RasionalKanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005).

Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7-12 tahun yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH, 2000., Foo et. al., 2004). Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A, kalsium, zat besi dan zink.

1.2 Keperluan Vitamin

Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent), 700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink.

Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka. Selain itu, suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan (picky eaters), sedang sakit atau baru pulih dari sakit.

1.3 Strategi

Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah. Dari segi pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah.

1.4 Objektif Program

Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.

1.5 Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI PROGRAM VITAMIN 1 MALAYSIASEKOLAH KEBANGSAAN NIBONG TEBAL

PENGERUSIGURU BESAR(Pn Hjh. Salmah bt Berahim )

NAIB PENGERUSI P. KANAN HEM ( Encik A. Majid bin Ramlee )

PENYELARAS RMT (Encik Aznan bin Abdullah )

PENYELARAS 2(Encik Azrul bin Zulkifli )

AHLI JAWATAN KUASA

1. Puan Fara wahida bin Fakhrulzameel2. Puan Norisma binti Zainuddin2. Encik Suhaimi bin Osman 3. Puan Rozita binti Mat

1.6 Kumpulan Sasar

1.61Kriteria kelayakan

Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah).

1.6.2 Kriteria pengecualian

Terdapat tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu:

1. Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala.2. Murid yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin. 3. Murid yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik/ hospital.

1.7Kaedah Pelaksanaan

1.7.1Penerimaan bekalan daripada pembekal

i. Mengesahkan penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP). Menyimpan rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral yang mengandungi maklumat tarikh pembekalan, kuantiti dan nombor batch menggunakan Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia (Lampiran 1). Memastikan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam keadaan baik dan dalam tempoh sah guna semasa penerimaan.

1.7.2Cara penyimpanan

i.Menyedia dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam keadaan bersih dan kering pada suhu kurang daripada 30C atau mengikut arahan pengeluar. ii.Memastikan tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan kecurian.

1.7.3Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau penjaga

Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap murid mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. Oleh itu, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:

i- mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral (Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid,ii- memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah dijawab,iii- memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangan bahagian memberi kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid.Jika ibu bapa/penjaga menjawab YA pada soalan 1, 2 atau 3 di bahagian Sejarah Perubatan pada Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral, maka murid berkenaan TIDAK BOLEH diberi multivitamin dan mineral di sekolah.

1.8Cara Pemberian

1. Kekerapan Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu.

2. Dos (Bilangan tablet) Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang disediakan oleh pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.

3. Pemberian

Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong. Oleh yang demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet tersebut kepada murid yang layak, 3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah makan sarapan.

Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa murid memakan tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan tablet dikunyah dan ditelan oleh setiap murid. Penyeliaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada murid membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang ditetapkan serta mengelakkan kejadian tercekik.

1.9 Kesan sampingan pengambilan vitamin

Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos yang ditetapkan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius. Kesan sampingan ringan seperti muntah, mual, pening, sakit perut, sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal, susah bernafas, bengkak muka, bibir, lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam sebilangan kecil murid.

Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas, hentikan pemberian multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru sekolah hendaklah membawa murid ke klinik kesihatan/ hospital untuk rawatan. Dapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan.

Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang Report on Suspected Adverse Drug Reactions (Lampiran 4) atau secara online di URL http://portal.bpfk.gov.my dan kemudian klik pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).

1.10 Langkah-langkah keselamatan

Sebagai langkah keselamatan, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:

i. Memeriksa bahawa bungkusan primer dan sekunder tidak pecah, retak atau terdapat kesan dibuka atau koyak.ii. Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dan mengikut semua arahan yang dinyatakan pada label. Di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah: Cara pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat pada label. Jangan beri lebih daripada dos yang ditetapkan. Semua multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu dihabiskan dahulu sebelum yang baru dibuka. Pastikan bekalan tidak melebihi tarikh luput. memastikan murid yang dikecualikan daripada menerima tablet multivitamin dan mineral (rujuk para 7.2) TIDAK DIBERI tablet berkenaan.

1.11 Pengurusan dan Penyelarasan

Rancangan pemberian multivitamin dan mineral ini diintegrasikan ke dalam RMT. Peranan pihak sekolah untuk membantu mengurus, menyelaras dan memantau melalui unit/ pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan. Buat masa ini, tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Rumusan

Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka.

LAMPIRAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG KEBENARAN PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL

Objektif

Pemberian multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pemakanan dan tumbesaran. Ianya diberi secara percuma kepada anak/ anak jagaan tuan/ puan di sekolah. Multivitamin dan mineral diberi pada setiap hari persekolahan bersama dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Sekiranya terdapat kemusykilan, sila hubungi pihak pentadbir/ guru sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat Murid

Nama Murid:

Tahun:

Alamat Rumah:

Nama Sekolah:

Sejarah Perubatan

1. Adakah anak/ anak jagaan tuan/ puan mempunyai penyakit talasemia yang disahkan oleh pegawai perubatan dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala?

YaTidak

2. Adakah anak anda sedang mengambil apa-apa vitamin lain di rumah?

YaTidak

3. Adakah anak anda sedang menerima rawatan vitamin di klinik/ hospital?

YaTidak

Kebenaran menerima multivitamin dan mineral (sila lengkapkan SATU kotak sahaja).

Saya Bersetuju membenarkan anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral.Saya Tidak Bersetuju anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral.

Nama ibu bapa/penjaga:

No. Telefon Rumah:No. Telefon Bimbit:Nama ibu bapa/penjaga:

No. Telefon Rumah:No. Telefon Bimbit:

Tandatangan:

Tandatangan:

Tarikh:

Tarikh:

Terima kasih atas kerjasama tuan/ puan melengkapkan borang ini. Sila kembalikan borang kepada pihak sekolah.PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )

2.0 Pengenalan

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Hal ini bermaksud RMT adalah untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.

Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid sekolah rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan per kapita RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah di bawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.

Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak RM247 juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini berlaku kerana, pada mulanya RMT ini akan dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun, terdapat pelbagai masalah berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak telah tercicir daripada senarai menerima bantuan. Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan mengikut Sistem Maklumat Murid yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang layak menerima bantuan.

Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatam mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan.

Objektif RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Tambahan lagi, untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung. Di samping itu, juga bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Akhir sekali, RMT berobjektifkan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.

2.1Pentadbiran atau Organisasi RMT

CARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )SEKOLAH KEBANGSAAN NIBONG TEBAL

PENGERUSIGURU BESAR(Pn Hjh. Salmah bt Berahim )

NAIB PENGERUSI P. KANAN HEM ( Encik A. Majid bin Ramlee )

PENYELARAS RMT (Encik Norshahidi binti Ibrahim )

PENYELARAS 2(Puan Hasliza binti Haron )

AHLI JAWATAN KUASA

1. Pn Madiha bt Othman 6. Pn Rasita bt Abd Rani2. Pn Siti Mariam bt Ariffin7. Pn Zabedah bt Idris3. Pn Norazihan bt Mohd Nawawi8. Pn Haliza Binti Nasri4. En Sulaiman bin Abd Aziz9. En. Hashim bin Mat Noh5. Pn Rosmawati bt Mamat

2.2Sumber KewanganPeruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di sediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana Jabatan Pelajaran menyalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka. Pada penghujung setiap bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran kepada pihak yang mengurus RMT sekolah setelah laporan bulanan disemak oleh Jabatan.

2.3Kaedah dan kriteria pemilihan murid RMT

Di sekolah saya, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses pemilihan berdasarkan permohonan borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa/ penjaga seseorang pelajar itu.Pelajar yang layak dipilih melalui perbincangan oleh Jawatankuasa RMT yang terdiri daripada PK Hem, wakil PIBG dan tiga orang guru RMT.

Kriteria pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada :a.Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.b.Murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ahli keluarga yang ramai.c.Murid yang rumahnya jauh dari sekolah.

2.4Kaedah dan pemilihan tender untuk RMT

Pihak sekolah telah menyerahkan tanggungjawab untuk penyediaan dan pengurusan RMT ini kepada pihak kantin sekolah. Keputusan yang telah dibuat adalah berdasarkan kepada persetujuan dari Pejabat Pelajaran.

2.5Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makanan

Memandangkan di sekolah ini, pihak kantin yang mengurus dan menyediakan makanan RMT, maka pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada pihak kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.Berdasarkan kepada bilangan murid yang menerima RMT seramai 400 orang murid, RM2.05 didarabkan kepada jumlah 400 dan hasilnya didarabkan kepada jumlah hari persekolahan pada bulan-bulan tersebut.

2.6Kaedah pengagihan makanan kepada peserta

Pihak kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan penyediaan RMT di sekolah ini telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi setiap murid RMT mengikut kelas masing- masing. Ketua kelas akan mengambil kad-kad tersebut 10 minit sebelum masa rehat dan mengedarkannya kepada murid RMT yang terdapat di kelas masing- masing. Murid- murid RMT ini akan keluar 5 minit sebelum loceng rehat dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di kantin. Pekerja kantin akan yang bertugas mengedarkan makanan akan mengambil kad RMT murid tersebut sebelum memberikan makanan RMT.

2.7Pemilihan pekerja- pekerja yang terlibat dengan RMT

Memandangkan pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada kantin sekolah dalam penyediaan makanan RMT ini, maka pihak pengurus kantin telah mengarahkan pekerja- pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini mengikut masa yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan, pekerja- pekerja kantin yang bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian kemas warna putih dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan kepada panduan pengurusan RMT yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.8Pemilihan bahan- bahan mentah

Mengikut peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan penyimpanan barang-barang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003), dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri daripada makanan yang:

i.mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga danmencegah penyakit.ii.segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk.iii.mengenyangkan.iv.tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan kesihatan.

Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas, didapati menerusi kajian yang dijalankan pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga dapat mengenyangkan dan tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna.

2.9Menu makanan yang disediakanBerikut adalah menu RMT di sekolah ini :

Berdasarkan menu makanan yang dipilih dan disediakan oleh pihak kantin sekolah, makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan objektif RMT seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

HARIMENU MAKANAN

ISNIN1.Bubur nasi2.Minuman milo3.Buah nenas

SELASA1.Mee goreng dengan sayur dan ayam2.Minuman milo3.Buah betik

RABU1.Roti- 2 keping + jem2.Minuman milo3.Buah tembikai

KHAMIS1.Nasi + ayam masak kicap + sayur2.Minuman jus oren3.Buah betik

JUMAAT1.Nasi kuning + telur + sayur2.Minuman milo3.Buah - nenas

Penyelaras RMT iaitu PK Hal Ehwal Pelajar di sekolah ini telah menyediakan menu makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak kantin. Menu makanan ini disediakan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan AJK RMT dengan pengurus kantin sekolah.

2.10Cara penyediaan makanan RMT

Pengurusan dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah ditadbir sendiri oleh pihak kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus bertanggungjawab terhadap kebersihan, pengurusan dan penyediaan makanan RMT murid.Berdasarkan tinjauan yang dibuat, didapati pihak kantin mula menyediakan makanan RMT pada jam 9 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan 15 minit sebelum masa rehat murid. Makanan yang telah dimasukkan ke dalam bekas plastik disusun di atas sebuah meja di tepi kantin. Cara penyediaan makanan RMT ini kelihatan terurus dengan sistematik.

2.11 Keberkesanan program terhadap murid

Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu pelajar , guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan. Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.

Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan. Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul. Membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat. Membincang dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan yang seimbang.

2.12 Cadangan Penambahbaikan Program RMTPenambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi. Selain itu, pihak sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan makan setiap hari.Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.

Selain itu, program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.

Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi.Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.

Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan untuk murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan kepada murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih dahulu daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.

Program memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal pagi kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu pagi. Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini mampu meningkatkan 100 % murid RMT untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi.

Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

RumusanKesimpulannya, RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga dapat memberikan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan sekolah akan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosial dan intelek atau JERIS.

Gambar 2 : Sistem Kad untuk menentukan kehadiran muridpelajar dan seliaan guru bertugas setiap pagi.

Gambar 4 : Murid menikmati hidangan RMT

RUMUSAN

Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasional-rasional iaitu untuk mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah, dapat mengawal penyakit bawaan vektor , memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin sekolah dan memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah. Selain itu juga, program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah telah banyak mengubah amalan gaya hidup di kalangan kanak-kanak kerana mereka telah terdedah dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru dan boleh dikongsi bersama ahli keluarga lain seterusnya masyarakat.