tugasan 2 ---

17
1 KBS 3123 PENGALAMAN BERASAKAN SEKOLAH TUGASAN 2 TAJUK TUGASAN TAJUK TUGASAN 2 : Berdasarkan pemerhatian dan senarai semak bincangkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di kelas pemulihan khas.

Upload: sjkt-teluk-merbau

Post on 06-Dec-2014

381 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2 ---

1

KBS 3123

PENGALAMAN BERASAKAN SEKOLAH

TUGASAN 2

TAJUK TUGASAN

TAJUK TUGASAN 2 :Berdasarkan pemerhatian dan senarai semak bincangkan amalan

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di kelas

pemulihan khas.

Page 2: Tugasan 2 ---

2

BIL PERKARA MUKA

SURAT

1.0 Pengenalan 4

2.0 Amalan Pengajaran Guru

2.1 Membentuk Set Induksi

2.2 Teknik Komunikasi Berkesan

2.3 Teknik Pengukuhan

2.4 Teknik soalan

2.5 Pengurusan Bilik Darjah

2.6 Penutup / Penilaian

2.7 Kesimpulan

4

5

5

6

6

7

8

8

3.0 Amalan Pembelajaran Murid

3.1 Amalan membaca perlu diperkukuhkan

3.1.1 Peranan Ibubapa

3.1.2 Peranan Kerajaan

3.1.3 Peranan guru @ pelajar

3.2 Amalan Kerja rumah

3.3 Amalan kerja berkumpulan

3.4 Amalan Pemakanan yang sihat

8

8 -9

9

10

10

10

10

11

4.0 Amalan Pembelajaran Murid Pemulihan Khas Di Sekolah saya

4.1 Teknik menarik minat murid terhadap P&P

4.2 Guru dan Bilik Darjah

4.3 Pengajaran dan Pembelajaran

4.4 Latihan, Penilaian dan Pentaksiran

4.5 Pengukuhan dan Pengayaan

11

11 – 12

12 – 13

13 – 16

16 – 17

17

5.0 Kesimpulan 17 – 18

6.0 Bibiografi 19

ISI KANDUNGAN

Page 3: Tugasan 2 ---

3

1.0 Pengenalan

Peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam

konteks yang lebih luas iaitu sebagai pendidik, pembimbing, pengajar, pengurus, pengarah,

penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi,

dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal

insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama.

Sebagai guru kita mesti memahami dinamik, perubahan dan persekitaran sekolah. Ini

akan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang pendidik ,

guru-guru merancang, memberi panduan dan menilai pembelajaran. Ilmu menjadi asas

kepada pembelajaran dan pemikiran. Ilmu yang asas mesti dibentuk dan diatur supaya

ianya boleh menjadi kerangka dimana para pelajar dapat membina illmu dan maklumat yang

lebih kompleks. Di samping itu, guru-guru mesti membuat keputusan apa yang hendak

diajar, apakah aatan pengajaran yang peru digunakan, apakah pendekatan yang terbaik

yang perlu digunakan daam pengajaran dan penilaian keberkesanan pengajaran tersebut.

Dalam melaksanakan pengajaran para guru memerlukan pengetahuan asas daam teori

pendidikan. Pengetahuan mengenai teori-teori ini diajar semasa para baka guru belajar di

university. Teori –teori ini mesti disuaikan dengan keadaan sebenar bilik darjah untuk

mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang maxima di dalam bilik darjah.

2.0 Amalan Pengajaran Guru

Kemahiran Guru

Membentuk set induksi

Komunikasi berkesan

Teknik Pengukuhan

Teknik Soalan Pengurusan Bilik Darjah

Page 4: Tugasan 2 ---

4

2.1 Membentuk Set Induksi

Set induksi adalah sangat penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Tujuan

set induksi ialah bagi mengarahkan dengan cepat perhatian murid kepada tajuk yang akan

dibincangkan dengan menimbulkan minat serta perasaan ingin tahu murid. Set induksi yang

dijalankan oleh guru pemulihan perlulah dipesembahkan dengan cara yang boleh

menimbulkan minat murid. Antara contoh set induksi yang baik adalah seperti :

a) Mengemukakan soalan yang mencetuskan pemikiran murid

b) Membincangkan satu peristiwa semasa yang ada kaitan dengan pelajarnya

c) Menunjukkan gambit/carta yang ada hubungan dengan pelajarnya

d) Membuat satu kernyataan yang dengan sendirinya mengalakkan murid-murid

membahas Antara satu sama lain.

e) Menyuruh murid melakukan sesuatu

f) Menggunakan pita rakaman.

2.2 Teknik Komunikasi Berkesan

Kemahiran komunikasi adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran

harian para guru dan pelajar. Proses asas komunikasi terdiri daripada penghantaran dan

penerimaan kod-kod yang tertentu. Guru akan membentuk sesuatu mesej yang diharapkan

akan difahami oeh pelajar dan dihantar kepada pelajar. Dalam proses komunikasi gangguan

kebisingan selalunya wujud dan gangguan ini mesti diatasi supaya penghantaran dan

penerimaan mesej dapat diterjemahkan dengan tepat mengikut kehendak penghantar. Guru

menyampaikan pelajaran melalui komunikasi verbal dan nonverbal.

Penutup dan Penilaian

Komunikasi Non verbal

Mimik muka

Bahasa Badan

Ruang dan Pergerakan

Penumpuan Masa

Page 5: Tugasan 2 ---

5

2.3 Teknik Pengukuhan

Pengukuhan atau memberikan ganjaran kepada tingkahlaku yang dikehendaki adalah

teknik yang digunakan dan para guru perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan

kaedah ini. Pengukuhan tingkahlaku dalam bilik darjah di perolehi dengan dua cara iaitu

pertama pengukuhan positif dan pengukuhan negative.

2.4 Teknik Soalan

Teknik soalan adalah salah satu cara mengubah daripada intruksi berpusatkan guru

kepada instruksi berpusatkan pelajar. Soalan yang dikemukakan boleh dikelaskan kepada

dua bahagian iaitu soalan yang khusus dan solan umum. Soalan yang khusus memerlukan

jawapan yang khusus dan mengandungi fakta. Manakala soalan yang umum mempunyai

ebih daripada satu jawapan.

Model Operasi Mental

Jenis Pengukuhan

Pengukuhan VerbalPengukuhan

Non- Verbal

Penanguhan Pengukuhan

Pengukuhan bersyarat

Faktual

Emprikal

Produktif Evaluatif

Page 6: Tugasan 2 ---

6

2.5 Pengurusan Bilik Darjah

Keberkesanan sesuatu pengajaran itu boleh dikaitkan dengan pengurusan bilik darjah

yang sempurna. Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang

efektif dan berkesan. Kewujudan bilik darjah yang efektif tidak akan tercapai jika rutin bilik

darjah itu tidak dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan. Pengurusan bilik darjah yang

teratur akan menghasilkan iklim bilik darjah yang baik dan akan mewujudkan suasana yang

sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Rutin bilik darjah mestilah jelas dan tidak

mengelirukan murid.

Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil

perhatian oleh guru. Antaranya ialah, semasa waktu masuk, guru mesti membuat

pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah itu terutama tentang keadaan fizika bilik

darjah itu terutama tentang terang dan gelap bilik tersebut. Selain itu, rutin bilik darjah perlu

dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan. Semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam

bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati. Di samping itu,

guru perlu memilih rutin yang paling sesuai dan boleh menjadi satu satu kebiasaan jika rutin

itu diamalkan. Akhirnya, guru mesti merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan

bersistem supaya segala maklumat atau data yang dikehendaki oleh pentadbir dapat

dikemukakan dengan lengkap dan tepat.

Pelaksanaan rutin di dalam bilik darjah memberi kesan positif kepada guru terutamnya

guru pemulihan. Melalui rutin bilik darjah proses pengajaran dan pembelajaran dapat

diaksanakan dengan teratur dan guru dapat mengawal disiplin di dalam bilik darjah. sejurus

itu, guru dapat menjimatkan masa dan ia akan menyemai dikalangan murid.

Persekitaran bilik darjah juga penting. Pesekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan

dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Selain daripada itu, penyusunan

tempat duduk di dalam sesebuah bilik darjah adalah sesuatu yang penting ditekan. Criteria

seperti kemudahan pengurusan dan pengawalan bilik darjah hendaklah diambil kira dalam

menentukan kedudukan pelajar. Meja guru perlu diletakkkan di hadapan kelas. Ia akan

membantu murid-murid melihat dan mendengar sesuatu penjelasan dengan mudah. kerusi

dan meja murid adalah bergatung kepada umur dan keperluan murid itu sendiri.

Page 7: Tugasan 2 ---

7

2.6 Penutup / Penilaian

Tujuan penilaian diakukan adalah untuk menggalakan pengingatan terhadap pelajaran

itu. Guru boleh menamatkan sesuatu pelajaran dengan menyoal tentang pelajaran yang

baru selesai untuk menentukan tingkat kefahaman murid mengenai pelajaran. Ataupun guru

boleh mengadakan sesuatu gerakerja seprti lakonan, kuiz atau demonstrasi yang bertujuan

meneguhkan dan menggulang hujah-hujah penting pelajaran. Guru juga boleh menggalakan

murid menceritakan balik bahan –bahan utama dalam pelajaran pada hari tersebut.

2.7 Kesimpulan

Guru memainkan peranan penting dalam pendidikan para pelajar serta akan

mencorakkan masa depan mereka. Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

yang baik memerlukan perancangan yang teliti bermula daripada pra instruksional sehingga

pasca instruksional. Pengajaran dan pembelajaran yang efektif memerlukan penglibatan

aktif guru dan murid dalam suasana pembelajaran yang harmonis.

3.0 Amalan Pembelajaran murid

Pelajar merupakan unsur terpenting dalam organisasi sekolah. Tanpa pelajar sekoah

tidak akan wujud. Tanggunjawab murid adalah belajar bersungguh-sungguh untuk

memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran serta menerapkan nilai-nilai murni

supaya menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak mulia.

3.1 Amalan membaca perlu diperkukuhkan

Pembacaan adalah proses yang dinamik, memerlukan komunikasi yang aktif dan

bermakna Antara pembaca dan penulis. Ia adalah proses yang aktif bagi membina makna

daripada teks bertulis yang berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pembaca.

Sehubungan dengan ini, untuk mewujudkan budaya membaca dalam kalangan murid, guru ,

Page 8: Tugasan 2 ---

8

ibu bapa, badan – badan bukan kerajaan perlu melaksanakan pelbagai program yang akan

mencungkil minat membaca.

3.1.1 Peranan ibu bapa

Golongan ibu bapa perlu memupuk minat membaca bagi anak-anaknya. Untuk

memupuk minat membaca para ibu bapa perlu menyediakan bahan-bahan bacaan yang

sesuai dengan tahap penguasaan mereka. Di samping itu, ibu bapa juga perlu mewujudkan

suasana membaca yang kondusiif. Untuk itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini di

rumah. Antara apa yang buat oleh ibu bapa ialah :

1. Membei bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat khabar.

2. Membacakan buku dan majalah kepada anak-anak mereka.

3. Membaca bersama-sama anak-anak mereka.

4. Memberikan buku sebagai hadiah kepada anak-anak pada hari-hari istimewa seperti

hari lahir.

5. Membawa anak-anak ke perpustakaan dan membawa anak-anak ke pesta-pesta

buku.

3.1.2 Peranan Kerajaan

Pihak kerajaan boleh menlaksanakan kempen secara berterusan sama ada di peringkat

sekolah mahupun nasional. System pendidikan berorentasikan peperiksaan perlu

dikurangkan. Indirawati Zahid (2006) menegaskan perlunya mengaitkan usaha-usaha

Pihak yang bertanggunjawab mewujudkan

amalan membaca

Peranan ibu bapa Peranan kerajaan Peranan guru &

Pelajar

Page 9: Tugasan 2 ---

9

penterjemahan buku-buku berbahasa asing. Melalui usaha menterjemah, minat membaca

akan dipertingkatkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Usaha penterjemahan perlu

dipergaitkan lagi dan tidak hanya tertumpu dengan buku berbentuk fiksyen semata-mata

tetapi juga merangkumi buku-buku berbentuk non-fiksyen.

3.1.3 Peranan Guru & Pelajar

Guru pemulihan atau guru kelas boleh menanam minat membaca dengan mengadakan

satu sudut bacaan dalam kelas. Di sudut ini guru boleh meletakkan buku-buku cerita,

majalah pelajar dan kad-kad bergambar. Guru perlu menggalakan setiap murid membaca

kad-kad gambar dan guru hendaklah menanda di dalam buku. Di samping itu, pihak sekolah

harus menganjurkan pertandingan bercerita, penulisan , bersajak dan lain-lain supaya

murid-murid minat membaca. Dengan ini, semangat membaca di kalangan murid akan

dipupuk dan ditingkatkan lagi. Usaha ini juga dapat membantu guru melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Noran Fauziah (1993) menegaskan bahawa

peranan guru akan lebih berkesan di sekolah dan di bilik darjah. guru harusah menguasai

beberapa aspek daam pengajaran mereka. Akhir kata pihak sekolah memainkan perana

penting menggalakkan minat membaca di kalangan murid-murid terutamnya murid

pemulihan khas.

3.2 Amalan Kerja rumah

Kaedah amalan kerja rumah adalah salah satu strategi dalam pembelajaran. Amalan

kerja rumah adalah berbentuk latihan, lembaran kerja, kerja-kerja bertulis dan sebagainya.

Ia adalah sebagai persediaan awal dan sebagai pengukuhan. Amalan ini membantu murid

menguasai isi pelajaran dengan baik. Di samping itu, murid-murid juga dapat belajar dari

berbagai-bagai sumber. Sehubungan dengan ini kelemahan mereka dapt diperbaiki. Namun,

amalan kerja rumah tidak digalakkan untuk murid pemulihan. Mereka harus diberi latihan

waktu pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Amalan kerja berkumpulan

Perbincangan dalam kumpulan merupakan kaedah yang amat efektif untuk murid

mencapai kejayaan dan kecemerlangan akademik. Melalui kaedah berkumpulan murid

mampu untuk melakukan banyak perkara dalam jangka masa yang singkat. Terutamanya

murid pemulihan dapat input yang positif jika mereka diberi pengajaran secara kumpulan.

Kesimpulanya melalui amalan ini otak dan pemikiran murid akan lebih aktif dan mempunyai

Page 10: Tugasan 2 ---

10

daya ingatan yang tahan lama untuk menyimpan makumat yang diperolehi semasa

perbincangan.

3.4 Amalan Pemakanan Yang Sihat

Murid pemulihan khas perlu memastikan amalan pemakanan mereka sentiasa dijaga.

Menerusi amalan pemakanan yang baik, ia akan menjamin kesihatan tubuh badan yang

sihat akan mempengaruhi perkembangan minda dan ketahanan mental pelajar.

4.0 Amalan Pembelajaran Murid Pemulihan Khas di sekolah saya

Perkara yang lebih penting untuk diutamakan dalam perancangan itu ialah aktiviti-

aktiviti yang hendak dilaksanakan bagi mencapai target. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi

program-program pengajaran dan pembelajaran berkesan, kelas tambahan, kelas

pemulihan, kelas pengukuhan dan pengayaan, projek-projek akademik dan kegiatan ko-

korikulum.

Guru pemulihan di sekolah saya merancang perancangan awal yang perlu dilakukan

seperti penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran selain daripada buku teks

seperti nota-nota tambahan, bahan-bahan ’power points’, CD, VD, dan bahan bantuan

mengajar bagi mempermudahkan murid memahami sesuatu tajuk. Beliau membuat

pengukuran masa bagi sesuatu topik yang hendak diajar.

selain daripada itu, perancangan kemudahan pembelajaran murid, seperti keadaan

kelas yang lebih kondusif, kemudahan peralatan kegunaan murid juga diberi pengutamaan.

Perancangan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun seharusnya mengikut agihan

yang telah ditentukan dan guru boleh mengambil daya anisiatif supaya sukatan pelajaran

dapat diselesaikan lebih awal. Guru boleh menggunakan masa-masa baki untuk tujuan latih

tubi dan sebagainya sebelum tiba masa peperiksaan yang sebenar.

4.1 Teknik Menarik Minat murid terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Menarik minat murid pemulihan adalah satu langkah yang cukup berkesan untuk

menarik mereka menyukai mata pelajaran yang diajar . Guru yang memiliki penampilan diri

yang baik akan memberi bonus kepadanya kerana secara tidak langsung ia menjadi idola

kepada murid terutama murid di kelas yang beliau ajar.

Page 11: Tugasan 2 ---

11

Pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari persekolahan, kesungguhan dalam

pekerjaan, dedikasi dalam menyampaikan ilmu, bersikap adil kepada semua murid, sentiasa

bertimbang rasa dan penyayang, mesra dan sentiasa nampak periang, sentiasa tenang dan

berhati-hati dalam tindakan supaya tidak tersalah langkah, beretika dan boleh diteladani,

berwatak tegas tetapi amat berhemah dalam tindakan, sentiasa memelihara disiplin diri,

bersifat cekal dan sabar, berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai

pandangan, berilmu dan mahir dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengharga masa,

’komited’ dengan tugas, memiliki idea-idea yang bernas, kreatif dan inovatif, berwibawa,

sedia berkorban masa dan wang ringgit serta berketrampilan adalah antara ciri-ciri

personaliti yang boleh menawan hati murid-murid. Di samping itu, Kekemasan tempat atau

bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan kerja-kerja rutin juga menjadi perhatian

murid.

Kebijaksanaan berkomunikasi dengan murid-murid, memahami perasaan mereka

melalui pendekatan kesedaran emosi seperti mengambil berat tentang permasalahan

mereka, bersimpati dan empati, cuba penyelesaian kekusutan yang berlaku ke atas mereka,

dan sebagainya akan mendekatkan lagi mereka dengan guru. Melalui cara ini murid mudah

mematuhi segala yang dihajati guru.

4.2 Guru dan Bilik Darjah

Guru perlu memainkan peranan yang cukup bijak bagi menawan hati murid seperti

memuji mereka dengan kata-kata yang menggambar guru itu amat sayang kepada mereka.

Ketika itu juga guru berusaha dengan kata-kata bersemangat dan menampakkan

kesungguhan untuk menjadikan mereka murid yang berjaya, murid yang baik, murid yang

memiliki keyakinan diri yang tinggi.

Guru memperincikan bahan-bahan yang perlu disediakan oleh mereka dan bahan

yang akan disediakan oleh guru sendiri supaya murid mengetahui bahawa gurunya bersedia

untuk mengajar mereka. Jika sekiranya menjadi guru kelas berkenaan maka kesediaan guru

untuk menjadikan kelas ini lebih ceria dan menarik menjadikan murid-murid berkeyakinan

terhadap gurunya itu. Dalam hal ini guru pemulihan sekolah saya pandai menguruskan

bahan-bahan yang disediakan olehnya.

Guru juga boleh menyatakan beberapa ganjaran yang akan diberikan kepada murid

jika mereka bersedia untuk memberi kerjasama semasa pengajaran dan pembelajaran

berlaku atau pencapaian kemajuan murid bertambah baik dari masa semasa, seperti berjanji

untuk bawa mereka ke tempat perkelahan atau lawatan ke mana-mana atau berjanji untuk

Page 12: Tugasan 2 ---

12

menghadiahkan sesuatu. Guru sewajar menunaikan janji-janji itu supaya murid tidak kecewa

dengan sikap guru yang dianggap berpura-pura itu. Guru pemulihan sekolah saya juga

berjanji untuk membuat jamuan makan kepada mereka, membawa mereka ke tempat

rekriasi, memberi hadiah tertentu, dan saya tunai setelah mereka tunjukkan peningkatan.

Perjanjian ini telah pun dilaksanakan oleh beliau. Setiap bulan murid-murid yang melepasai

sesuatu kemahiran akan diberi hadiah. Pemberian hadiah ini dilakukan di tapak

perhimpunan. Pada masa itu, murid yang menerima hadiah akan berasa bangga dan

gembira. Semoga usaha ini berterusan dan bilangan murid yang tidak menguasai kemahiran

3M dikurangkan.

4.3 Pengajaran Dan Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai apabila murid mengetahui dan

memahami tajuk yang diajar. Guru juga mampu menganalisa dan membanding beza serta

membuat penilaian serta mampu untuk mengaplikasi dalam situasi yang tertentu. Guru perlu

memahami modul pengajaran dan pembelajaran yang bermula dengan set induksi,

perkembangan isi mengikut aras serta menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai.

Biasanya apabila loceng berbunyi, guru akan masuk ke bilik darjah berkenaan atau murid –

murid datang ke Bilik Pemulihan Khas. Apabila melangkah masuk teruskan memberi salam.

Selepas itu, guru meminta mereka bersihkan kelas, kemaskan diri, meja, kerusi, dan apa

sahaja yang kelihatan tidak menceriakan sebagai suatu cara untuk mendidik dan

memperadabkan mereka sebelum mereka menerima pelajaran.

Guru pemulihan berkenaan juga bertanyakan mereka, seperti ’apa khabar semua’,

’ada yang sakit atau yang tidak sihat’,’siapa yang ada apa-apa masalah,’. Pertanyaan-

pertanyaan dan kata-kata begini adalah sentuhan awal supaya mereka seronok dengan

kedatangan guru itu. Beliau selalu memuji dengan perkataan, ’bagus’ supaya murid

merasakan mereka dihargai, dan cuba berjenaka dengan mereka seperti memberi satu

teka-teki dan sebagainya.

Setiap hari sebelum memulakan pelajaran beliau akan menunjukkan sesuatu, atau

menceritakan satu cerita pendek sebagai set induksi. Apabila sesuatu tajuk disentuh, beliau

cuba bertanya tentang beberapa pengalaman mereka yang ada kaitan dengan tajuk

berkenaan. Beliau juga mempamerkan bahan maklumat melalui ’slide’ yang ditayang

dengan bantuan ’LCD’ atau menggunakan teknik-teknik yang lain.

Beliau berbincang dengan murid secara personal , tentang tajuk yang dipelajari,

murid berbincang sesama mereka, bersoal jawab. Beliau juga memberi persoalan untuk

Page 13: Tugasan 2 ---

13

diselesaikan oleh murid itu sendiri. Setelah proses pengajaran dilaksanakan murid –murid

membuat aktiviti kumpulan dan guru membuat penilaian mengikut aras. Jika masa izinkan

beliau juga memberi aktiviti lain yang boleh merangsangkan minat murid tersebut. Di

samping itu beliau sentiasa berjenaka dan memberi perangsang serta memuji sebagai

penghargaan bagi semua kerja yang sedang mereka lakukan. Daripada pemantauan apa

yang saya faham ialah guru sepatutnya tidak menyampaikan ilmu secara sehala, dari awal

hingga akhir kerana teknik ini ternyata membosankan murid. Peranan otak kiri dan otak

kanan perlu diseimbangkan. Peranan guru ialah mempastikan kedua-dua otak itu berfungsi

dengan baik.

Murid –murid pemulihan di sekolah saya seronok dengan pembelajaran seperti ini.

Mereka terasa masa berada di kelas terlalu sebentar dan kadang-kadang mereka akan terus

berada di kelas ini walaupun loceng telah berbunyi kerana kemungkinan selepas ini tiada

guru yang datang ke kelas mereka. Pendekatan cara bermain atau berintraksi bersama

mereka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan menjadikan mereka semakin

berani mengeluarkan berbagai idea secara spontan dan berani bertanya tentang perkara-

perkara yang mereka tidak faham sebab mereka tidak merasa tertekan dan hati dan

perasaan mereka sentiasa tenang. Mereka sendiri memahami apa yang terkandung dalam

buku, guru hanya bertindak sebagai fasilitator yang hanya menekan aspek-aspek tertentu

dalam kandungan itu.

Pendekatan yang digunakan antaranya menjadikan rakannya sebagai ’guru’ untuk

menjelaskan perkara tersebut, menggalakkan pelajar berkenaan segera bertanya rakannya

yang berdekatan atau mereka akan bangun bertanya rakan yang lebih meyakinkannya.

Murid berkenaan tidak segan silu untuk terus bertanya dengan guru. Guru mengulangi

semula dengan pendekatan yang lebih mudah atau membina soalan untuk dibincang dalam

kumpulan setelah mengenalpasti ada murid yang masih belum faham kandungan tersebut.

Murid-murid ini kadang terasa malu disebabkan kelemahan mereka. Oleh itu guru

tidak perlu menggunakan kaedah yang menyebabkan mereka menjadi malu, seperti

menyuruhnya membaca dengan kuat di hadapan kelas, sebaiknya mereka di bawa ke

tempat lain atau membaca dalam kumpulan yang sama atau membaca secara beramai-

ramai.

Guru Pemulihan juga selalu berjumpa mereka untuk berbincang dan sekali sekala

jemput mereka makan di kantin supaya mereka dapat merasai bahawa guru itu benar-benar

untuk membantu mereka dalam pendidikan. Setelah mereka berjaya membaca beliau juga

memberi penghargaan berupa sijil di perhimpunan sekolah. Di samping itu, galakan dan

Page 14: Tugasan 2 ---

14

motivasi guru tersebut juga berterusan. Dengan wajah keriangan yang ditunjukkan oleh

guru, serta menampakkan kesayangan guru itu terhadap murid, menjadikan

mereka terasa bersalah jika mereka tidak mendengar nasihat-nasihat yang dilontarkan oleh

beliau.

Beliau juga menunjukkan ketegasan semasa pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Murid yang sememangnya sayang kepada gurunya itu, dengan cepat

memohon maaf, dan guru terus maafkan dan letakkan tangan dibelakang mereka atau

memuji mereka supaya mereka tidak merasakan sesuatu yang boleh menjejaskan

penumpuan terhadap pelajaran yang sedang dihadapi itu. Denda atau hukuman yang boleh

menjatuhkan maruah dan memalukannya sepatutnya dielakkan oleh beliau supaya murid

berkenaan tidak tertekan, akibatnya murid berkenaan mungkin membuat tindakan negatif

seperti tidak datang ke sekolah, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya.

Beliau menggunakan alat bantuan mengajar, model-model tertentu, atau

kepelbagaian kaedah yang lebih kepada berpusatkan murid. Pendekatan, modul atau

kaedah seperti Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Kerjasama, Kontruktivisma,

Pembelajaran Kontektual, adalah di antara kaedah yang selalu digunakan mengikut

kesesuaian tajuk, kemampuan murid. Kesannya, murid mudah faham dan minat mereka

untuk meneruskan pembelajaran dan mereka tidak menunjukkan perlakuan yang

bermaksud bosan dengan cara guru menyampaikan pengajaran.

Bagi meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan dan tulisan, beliau mengadakan

penilaian mudah untuk mengetahui tahap sebenar pencapaian murid berkenaan. Murid

yang terlalu lemah, diperkenalkan huruf vokal ,kemudian ditingkatkan ke tahap mengenal

suku kata hingga seterusnya murid boleh membaca perkataan mudah dan hinggalah ke

tahap boleh membaca ayat-ayat dan petikan mudah. Pendekatan mendekati murid adalah

seperti yang telah dijelaskan perlu untuk menarik minat mereka.

Kadangkala beliau memasang lagu-lagu fonik atau suku kata supaya murid rasa

terhibur yang dapat membantu meningkatkan keseronokan dan minat murid untuk

meneruskan pembelajaran pada hari tersebut.

Kebiasaannya guru berhadapan dengan masalah apabila berada di kelas yang

terlalu lemah dan kemungkinan terdapat empat atau lima murid yang tidak boleh membaca

dengan baik dan yang lain pula bersikap malas, suka ponteng, tidak suka membuat tugasan

yang diberikan oleh guru, suka tidur dan sebagainya menyebabkan guru terasa bosan untuk

Page 15: Tugasan 2 ---

15

berhadapan dengan mereka. Sebagai guru yang telah diberikan amanah untuk mengajar di

kelas yang berkenaan seharus mencari pendekatan yang boleh meningkatkan motivasi dan

kecenderungan mereka untuk mengikuti pelajaran yang sedang diajar.

Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh

menambahkan kebencian mereka terhadap mata pelajaran yang diajar atau terhadap guru

sendiri. Guru juga perlu mengelakkan menyebut perkara-perkara negatif yang ada pada

mereka seperti mengecap mereka sebagai pemalas, pengotor, kaki tidur dan sebagainya.

Hal-hal seperti ini akan menghilangkan minat mereka untuk berada bersama guru itu.

Pendekatan yang berkesan, murid-murid diberikan perhatian, dan pujian jika mereka

melakukan sedikit perubahan ke arah kebaikan. Mulakan pelajaran dengan perkara yang

cukup mudah, banyak memberi contoh-contoh, dekat dengan mereka ketika mengajar. Jika

mereka tidak faham, guru perlu cuba ulang bahagian itu melalui kaedah yang berbeza

seperti memberi lambaran kerja, bimbing mereka untuk mendapatkan jawapan, gembirakan

hati mereka, berjenaka, dan memberi tindak balas positif terhadap perlakuan dan pertuturan

mereka.

Kesimpulannya, guru harus memberi galakan, motivasi dan pengharapan yang baik,

seperti kata-kata,’saya yakin murid kelas ini boleh lulus pelajaran ini dalam peperiksaan

nanti, kerana anda sudah nampak ada peningkatan, anda seronok jika murid kelas ini

berjaya’. Walaupun guru dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan di kelas

berkenaan, tetapi amalan ini hendaklah dilakukan berterusan bukan secara sekali sekala.

Yang lebih penting guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap mereka.

4.4 Latihan, Penilaian dan Pentaksiran

Guru menggalakkan murid menjawab latihan mengikut teknik jawapan yang betul

dan jawapan yang dikemukakan itu adalah betul. Caranya, murid diminta berbincang

dengan rakan-rakan sekiranya tidak yakin dengan jawapan yang diberikan itu. Nasihatkan

mereka secara ikhlas supaya mereka tidak menyalin terus daripada jawapan rakannya itu.

Berikan penekanan bahawa murid yang ikhlas dan yakin dengan pekerjaan akan mudah

mencapai kejayaan dan keberkatan.

Menjawab soalan-soalan yang diberi oleh guru melalui perbincangan kumpulan juga

satu teknik yang boleh membantu murid yang lemah. Guru menunjukkan teknik dan kaedah

menjawab soalan yang berkesan diperingkat awal lagi. Guru melatih sehingga mereka

faham, kemudian latihan demi latihan mengikut teknik.

Page 16: Tugasan 2 ---

16

Guru akan memberi nasihat dan bimbingan kepada pencapaian yang lemah,

pencapaian yang masih tidak berubah atau yang menurun. Galakan dan pujian harus

diberikan terutama murid yang lemah jika ada sedikit pencapaian, guru perlu membuat

pembetulan perkara-perkara yang salah supaya murid berkenaan merasakan ada

peningkatan dalam diri mereka.

4.5 Pengukuhan dan Pengayaan

Program pemulihan khas diadakan untuk memastikan pencapaian murid terus

meningkatkan. Guru perlu mengenal pasti murid yang masih tidak menguasai topik

berkenaan kemudian diberi pemulihan segera.

Program pengukuhan dan pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa

melalui tugasan tambahan yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan secara individu

atau kelompok. Selepas penilaian guru harus membuat analisa keputusan untuk melihat

kelemahan dan kekuatan murid kemudian tindakan susulan dijalankan bagi membantu

meningkatkan kemahiran 3M.

5.0 kesimpulan

Kejayaan seseorang guru pemulihan dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran

penguasan 3M murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan

teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan

mereka yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan kesungguhan yang

ditonjolkan, kebijaksanaan menawan hati budi murid, sifat pengorbanan dan keikhlasan, di

samping perancangan yang teliti dan menyeluruh.

Pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan

pemulihan, pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa dan

selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik dari semalam

dan esok lebih baik dari hari ini.

Kajian tindakan atau soal selidik boleh dilakukan oleh guru sebagai asas untuk

tindakan yang lebih berkesan ke arah peningkatan prestasi murid. Perkongsian bijak dengan

rakan-rakan panitia juga salah satu langkah ke arah memeperkasakan pengajaran dan dan

pembelajaran.

Page 17: Tugasan 2 ---

17

Bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini, guru tidak perlu mengeluh dan merasa

kecewa jika usaha-usaha yang dijalankan menemui kegagalan. Usaha dan ikhtiar yang

berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil daripada kreativiti

dan innovasi serta komitmen guru yang tinggi.

Page 18: Tugasan 2 ---

18

6.0 Bibliografi

1. Moore.K.D. (2003). Classroom Teaching Skills( 5th Ed) Singapore: Mc Graw Hill.

2. Al. Ramaiah.(1999) Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : IBS

Buku Sdn.Bhd.

3. Hussein Mahmood (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Modul Kursus PTK Skim Pendidikan 2005, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

5. http://upippdjj.blogspot.com/2010/12/amalan-pengajaran-pembelajaran-ke-

arah.html#ixzz2kyPf3Wuc

6. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/PKPI2012/51%20Plenari%203-Amalan

%20Terbaik%20Dalam%20Pedagogi%20PI%20-%20Ustaz%20Samsudin.pdf