tugasan 1

1
Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Victor Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Lowenfeld membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development. Galakan mengembangkan pemikiran kreatif dikalangan kanak- kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh diukur melalui 4 komponen utama iaitu kelancaran (fluency), fleksibel (flexibelity), keaslian (originality), kepekaan (sensitiviti). Pada proses kelancaran, idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Ia berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut atau alternatif kepada penyediaan masalah. Proses fleksibel pula, ia mula mempamerkan semangat toleransi. Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi selain mempunyai keyakinan yang tinggi. Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Seterusnya proses keaslian adalah proses dimana seseorang itu sentiasa mencari idea baru dan asli. Tidak membuat peniruan daripada mana-mana sumber yang tersedia. Seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mestilah berdasarkan cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. Proses yang terakhir adalah proses kepekaan yang bermaksud proses mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya, ciptaan dan estetika. Dalam proses ini, ia menggunakan semua deria pacaindera untuk membuat pengamatan dan merekod butiran yang diperolehi. Individu perlu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

Upload: cloudexz

Post on 23-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

isi penting

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1

Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Victor Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Lowenfeld membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development. Galakan mengembangkan pemikiran kreatif dikalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh diukur melalui 4 komponen utama iaitu kelancaran (fluency), fleksibel (flexibelity), keaslian (originality), kepekaan (sensitiviti).

Pada proses kelancaran, idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Ia berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut atau alternatif kepada penyediaan masalah. Proses fleksibel pula, ia mula mempamerkan semangat toleransi. Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi selain mempunyai keyakinan yang tinggi. Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Seterusnya proses keaslian adalah proses dimana seseorang itu sentiasa mencari idea baru dan asli. Tidak membuat peniruan daripada mana-mana sumber yang tersedia. Seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mestilah berdasarkan cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. Proses yang terakhir adalah proses kepekaan yang bermaksud proses mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya, ciptaan dan estetika. Dalam proses ini, ia menggunakan semua deria pacaindera untuk membuat pengamatan dan merekod butiran yang diperolehi. Individu perlu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.