tugasan 1

37
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU, JOHOR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Nama Pelajar : Asrul Hisham Bin Jasiman No K/P : 800826-01-5811 Opsyen : Sains (Kumpulan 3) Semester : Lapan (8) Kod matapelajaran : BMM3033E KERJA KURSUS ( BMM3033E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

Upload: maya4679

Post on 07-Dec-2015

3 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR BAHRU, JOHOR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Nama Pelajar : Asrul Hisham Bin Jasiman

No K/P : 800826-01-5811

Opsyen : Sains (Kumpulan 3)

Semester : Lapan (8)

Kod matapelajaran : BMM3033E

Pensyarah : En Mohd Aris Bin Anis

Jabatan : Jabatan Bahasa Malaysia

Tarikh Hantar : 7 Mac 2015

KERJA KURSUS ( BMM3033E)

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR

PROFIL PELAJAR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU/PPG

AMBILAN JUN 2011

NAMA ASRUL HISHAM BIN JASIMAN

OPSYEN PENGAJIAN SAINS KUMP 3

NO KAD PENGENALAN

800826-01-5811

NO H/P 012-7389379

NAMA SEKOLAH SK FELDA LOK HENG

ALAMAT RUMAH

NO 11, JALAN KEDONDONG 6, TAMAN KOTA JAYA2

81900, KOTA TINGGI, JOHOR

PENGHARGAAN

Alhamdulliah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan

limpah kurnia-Nya maka dapatlah kami sekumpulan menyempurnakan Kerja Kursus

Berasaskan Ilmu ini dengan jayanya. Di kesemapan ini juga saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris B Anis, Pensyarah kami

yang dedikasi dan yang telah banyak mengorbankan masa dan membimbing saya

sehinggalah terhasilnya tugasan ini. Sesunguhnya tanpa bantuan dan baklti beliau

adalah agak sukar bagi saya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Semoga segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati oleh Allah S.W.T.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan khas buat , Guru-guru matapelajaran

Bahasa Malaysia, SK Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Johor kerana banyak

membantu dan berkongsi maklumat, Semoga segala maklumat dan kerjasama yang

diberikan dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan. Penghargaan ini juga ditujukan

khas buat rakan-rakan sekumpulan dan rakan seperjuangan di atas bantuan dan

sokongan moral yang diberikan. Tidak lupa juga kepada semua individu dan pihak

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam saya menghasilkan

tugasan ini.

Sekian

TUGASAN 1

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari dalam membuat keputusan.

Dalam membuat sebarang keputusan tersebut sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar

dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini penilaian yang dijalankan melibatkan

penentuan objektif, mendapat maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan

serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dijalankan secara sistematik dan

saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil

benar-benar bersesuaian.

Seperti mana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, FPN, matlamat

pendidikan di Makaysia adalah untuk melahirkan insane yang berkembang secara

menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial. Oleh itu

adalah menjadi tanggung jawab setiap pendidik untuk memperkembangkan aspek-aspek

tersebut melalui sistem pendidikan. Untuk menentukan sejauh mana aspek-aspek intelek ,

jasmani, emosi, rohani dan sosial diperkembangkan, satu sistem penilaian yang sesuai perlu

diwujudkan.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran dan iannya bukanlah semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan

sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan

dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian

digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

Sebenarnya aktiviti penilaian dalam bidang sain perlakuan, sains kemasyarakatan

bermula dengan percubaan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet dengan mengukur

kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang

sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement),

penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu

didedahkan kepada pemboleh ubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh

pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh

Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang

utama perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan.

Misalnya ingin taraf bacaan murid di sekolah rendah dengan berpendapat taraf bacaan itu

sudah tidak memuaskan dan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan

pemilihan model, alat-alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang

penilai akan memilih model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap

kepadanya.

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian

dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan

membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai

atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang

tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang

masalah yang timbul. Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah

pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca,

menulis dan mengira (3M) kepada murid sekolah rendah.

Dalam membuat penilaian anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai

masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi

atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat

dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian

anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi

mendapatkan maklumat yang tepat.

KONSEP PENGUJIAN

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan

supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di

universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar

dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang

berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap

penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya

dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk

mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti,

tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan

betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh

dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan

pengujian yang berkualiti.

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai

“markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa

baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti

pelaksanaan dan pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.

Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah

menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Antara pengujian, penilaian dan pentaksiran, pengujian selalunya dianggap

mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai

proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen

atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan

seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk

memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan

bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor

seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test)

dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala

contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau

rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang

dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah

Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan

contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau

ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat

penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang

disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan

keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan,

diikutipelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.

Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-

pelajarnyatelah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat

melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik

darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama

pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

KONSEP PENILAIAN

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian

dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan

membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu

tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk

mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting

dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang

pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis

dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda

mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan

yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara

mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan

memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang

langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang

tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan

dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan

pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam

keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui

ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut

dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain

menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan

menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau

temubual.

Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara,

Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating,

obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini

menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap

sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu

objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru

dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan

pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor

(numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik

mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara

menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran,

program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu

bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian

pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan

bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melaluiujian yang dijalankan.

Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta

maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah

keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu;

tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan

maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan

kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian

dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta

diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula,

maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor.

Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat

penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran

digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses

membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran

merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga

pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang

pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan

Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan

boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan

institusi pentaksiran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat

dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam

membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama

pentingnyadengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Mokhtar Ismail (1985),

pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat

tertentu.

Rajah 1 : Konsep pentaksiran

Rajah 1 menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek untuk menjelaskan konsep

pentaksiran iaitu proses, maklumat, penghakiman dan produk. Proses bermaksud langkah

ataupun tindakan serta operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat pula ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Aspek penghakiman pula merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan

pelajar dan terakhir ialah produk yang melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi serta menghurai

maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan

tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan

suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan

atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan”

sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan

memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan

gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

konsep pentaksiran

maklumat

proses

penghakiman

produk

Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa

pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan

tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran

dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap

keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas

secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang

berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan

mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui

beberapa ciri seperti ;

I. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip

jawapan.

II. Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang

dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.

III. Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang

calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.

IV. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang

penting.

Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran

iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Pentaksiran boleh juga dibuat tanpa

menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur

melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur

melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk

mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian

pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran  tidak bersifat mutlak,

misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara

tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara

tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya,

seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda

daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45.

Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak

mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas

menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana

ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.

Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan

pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah

pastilah ukuran yang diperolehi juga tidak tepat.

PERBANDINGAN PENTAKSIRAN , PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Aspek Pentaksiran pengujian penilaian

Definisi

Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid

Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku.

Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai.

Tujuan

Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran

Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran

Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum.                      

Bentuk1.  Set ujian bertulis

dengan markah dan gred

1.    Pemerhatian2.    Ujian lisan3.    Ujian bertulis

1.    Jadual2.    Gred berdasarkan teknik

perangkaan

Proses

perlaksanaa

n

Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred

Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan.Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan.

Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan.Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelim melapor dapatan kajian dan tindakan.

MasaSelepas sesi pembelajaran

Selepas sesi pembelajaran

Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran

liputan

Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran

Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran yang telah disampaikan

Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga kepada keseluruhan sesebuah kurikulum

keputusan Menunjukkan pencapaian secara relatif

Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik

Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut.

Jadual 1 : Perbandingan Pentaksiran , Pengujian dan Penilaian

TUGASAN 2

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran

yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada

sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi

peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set

indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji

penguasaan dan pencapaian. 

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi

maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil

pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu

berpaksikan peperiksaan. Justeru,  Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010

telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai

sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

 

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik

melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,

pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti

tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional

(PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di

peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid

sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula

PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek

kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS

memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif

(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif

(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor

oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan

ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan

rumah dan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat

sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di

peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan

pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti

kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan

marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain

yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat

untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi  murid, kemahiran

berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti

murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk

seperti sifat, rupa dan keadaan. Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah

organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Hal ini

adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk

menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang

khusus sebaliknya merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang

sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang

kepada kemajuan diri dan masyarakat. Justeru, kurikulum pendidikan mestilah mempunyai

wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu

daripada pelbagai sudut.

Antara transformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

adalah dengan memperkenalkan sistem pentaksiran yang holistik iaitu Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan

secara berperingkat bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan

Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal

insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal

insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,

pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikkan bagi sistem

peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah

dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran

Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran

berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah

rendah dan menengah.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang

bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif  (emosi dan rohani)  dan

psikomotor  (jasmani)  selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua

bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik

terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala  bidang

bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua  bidang ini memberi pengiktirafan

dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang

berasaskan sekolah.

Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir murid-

murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-murid,

Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS)   yang memainkan peranan.

Pentaksiran pusat (PP) adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di

peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga

peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Sekolah

(PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada bidang akademik yang mana berfungsi

sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang

pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis pentaksiran sekolah iaitu

pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid

menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama

ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.  Guru tidak

dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan

mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah

lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan

ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat

pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu

dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh

instrumen yang boleh digunakan ialah  ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain

ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian

dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan

pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan

pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah

dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada

aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan

atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting  untuk

menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang

harmoni dan seimbang.

Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang

tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak  sekolah untuk

memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi

maklumat keseluruhan tentang  pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan

nilai murni murid-murid. Disamping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring

dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel

iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan

merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan

pentaksiran yang dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada

pendidikan di negara kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik

dan ibu bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah.

Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan

dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan

Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan

secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat  kemajuan

dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu,

Standard Prestasi juga merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh

mana tahap pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau

telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang

ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam

kategori mengikut Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4,  Band 5 dan Band 6 yang

disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku

terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid.

Antara kelebihannya, pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang

murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan

menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran

berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara adil dan

saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,

kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak sekolah

juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan

kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi

membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai,

mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan

mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa

mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga

boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk

membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi

menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang

dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-

kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran

Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan

untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi

murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular).

PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam

atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi

sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia  supaya lebih holistik dan bersepadu. PAJSK

juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan

perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan mengukur

kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)

daripada pengalaman dan persekitaran. Pentaksiran Psikometrik juga merupakan suatu

kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang

menggambarkan ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu

aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian

Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang

menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki juga mengenal pasti kecenderungan

murid berdasarkan kriteria tertentu seperti mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran

menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah

untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau

kecenderungan murid dalam bidang tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan

Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner, yang mana beliau

percaya bahawa manusia itu diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik

semata-mata tetapi mempunyai sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal-linguistik,

kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan logik

matematik.

Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul

maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. Instrument ini  bertujuan membantu mengenal

pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai serta membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti

anaknya dan menyedari potensi diri mereka. Di samping itu, pihak sekolah dapat

menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan

perkembangan individu murid-murid. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau

pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan

mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam

semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan

maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran

murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan

perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu,

Kementerian Pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan indikator atau petunjuk utama

bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan,

kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS

pula dapat dicapai melalui proses pementoran, penyelarasan, pemantauan dan

pengesanan.

Pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa langkah untuk

mengkaji kelemahan dan kebaikan perlaksanaan sistem PBS ini. Antaranya ialah

menyediakan sebuah portal rasmi maklumat berkaitan PBS yang terkandung di dalamnya

sebuah kajian soal selidik mengenai tahap kesediaan guru melaksanakan PBS. Kajian soal

selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan tingkatan satu. Perkara

ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru dan dapatan soal selidik

tersebut dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan

penambahbaikan pelaksanaan PBS.

Seterusnya, antara kelebihan lain melalui sistem PBS ini adalah mengenai

pemansuhan UPSR dan PMR. Pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban

pelajar dan guru. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini membolehkan pelajar belajar

tanpa tekanan. Hal ini demikian kerana, pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan

dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar

hanya perlu mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )

yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun. Dengan ini, beban pelajar untuk

menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan

itu, beban guru di sekolah juga dapat dikurangkan apabila tidak diwajibkan untuk

mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan setiap hari.

Jelasnya, pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR ini mampu mengurangkan beban guru

dan pelajar.

Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan

pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan

kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang

lebih banyak untuk pelajar menyertai aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab dan

permainan serta badan unit beruniform. Kesannya, pelajar pelajar dapat menggerakkan

sukan di sekolah hingga ke peringkat daerah,negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

            Selanjutnya, PBS juga terdapat kelemahannya. Antaranya, sistem pendidikan

Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal

pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di

Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur

dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad.

Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam

dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah

melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya, apabila program

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan, guru mata pelajaran

bahasa Malaysia dan subjek teras lain terpaksa bertungkus lumus memberi perhatian

kepada pelajar yang terlibat dalam program berkenaan. Guru juga terpaksa membahagikan

masa antara mengajar murid kelas perdana dan murid program KIA2M selain daripada

terpaksa mengikuti kursuskursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan.

Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha

meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan

dan digantikan dengan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Maka sekali lagi

guru-guru terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru

diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu

program berbanding masa untuk melaksanakannya.

            Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha transformasi ke atas

program kurikulum atau kokurikulum yang hendak dilaksanakan. Pelaksanaan P & P

terancang di luar kelas sukar terutamanya bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah

dua sesi yang menghadapi kekangan ruang. Kekangan ruang dan masa memerlukan

kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan budaya ownership.

Kekurangan guru juga amat ketara di sekolah ekoran daripada kursus anjuran PPG atau

JPN dan juga program ko-kurikulum peringkat gabungan dan negeri yang diadakan secara

berterusan. Guru-guru terpaksa meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu.

Semangat sepasukan sukar disemai kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan guru

yang asyik mengganti kelas mereka yang sering berurusan rasmi di luar kawasan sekolah.

Manakala guru-guru yang sering keluar pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun

membuat kelas tambahan kerana kekangan tempat dan masa dan merasakan diri mereka

tidak dihargai oleh pemimpin sedangkan mereka telah memberi sumbangan kepada

organisasi.

            Tambahan lagi, sistem PBS ini juga mendatangkan kesulitan kepada guru sewaktu

ingin memasukkan markah ke dalam talian. Bagi guru yang bertugas di pedalaman, masalah

rangkaian internet merupakan faktor utama kelemahan sistem PBS ini. Mereka perlu

menunggu sehingga lewat malam bagi memasukkan markah pelajar ke dalam sistem. Bagi

ibu bapa yang kurang berkemahiran dalam teknologi dan maklumat sudah tentu tidak dapat

memantau perkembangan anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan mereka tertanya-tanya

tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini juga menyebabkan ibu bapa

tidak dapat mengetahui prestasi semasa anak-anak dan membantu anak-anak mereka

untuk mempertingkatkan prestasi dalam pelajaran. Sistem band juga memeningkan ibu

bapa. Pengetahuan tentang sistem PBS yang tidak diambil kisah oleh ibu bapa  dan kurang

maklumat yang diberikan oleh pihak sekolah dan kerajaan menyebabkan mereka tidak tahu

di mana tahap penguasaan dan prestasi anak mereka. Hal ini mendatangkan kesan

sampingan kepada peningkatan prestasi pelajar.

            Kelemahan sistem PBS yang seterusnya ialah dapat dilihat melalui pemansuhan

UPSR dan PMR. Pemansuhan UPSR dan PMR menjejaskan penilaian terhadap tahap

prestasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standard. Hal ini demikian kerana, guru di

sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standard dengan UPSR

mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah

masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan

prestasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat

menilai prestasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai

keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 4M iaitu membaca, mengira,menulis dan

menaakul. PMR pula penting kerana dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil

pelajar pada tingkatan empat di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang

tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian

perkembangan prestasi pelajar yang standard.Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghil

angkan budaya saling bersaing di sekolah. Budaya saling bersaing penting dalam kalangan

pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian kerana budaya saling bersaing bukan sahaja

mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman tinggi untuk memperoleh keputusan

cemerlang malahan merupakan alternatif untuk pelajar meningkatkan prestasi mereka.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran

Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat

kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang

murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu,

faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan

standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid

dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan

tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk

kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam

bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang

murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,

menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa

mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Kesimpulannya jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah

dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan

negara pada masa akan datang. PBS ini juga mendatangkan impaknya yang tersendiri.

Kelemahan yang ada haruslah diperbaiki dan dicari jalan penyelesainnya bagi meningkatkan

lagi kualiti mutu pendidikan di Malaysia. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang

telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika

dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada

semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah

untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta

mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain

memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia

RUJUKAN

Chomsky, 1957. On Human Communication. Cambridge, Mass.

Edward de Bono, 1976. CoRT 1 Thinking Skills Programme On Students. New York :

Academic Press.

Hall, 1968. An essay on language. New York, Chilton Books.

Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Peniaian dan Pengujian di Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur  : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Hornsby B., 1995. Overcoming Dyslexia. London: Vermillon.

Kamarudin Hj. Husin, 1995. Pentaksiran, Penilaian dan Pengujian : Siri Pendidikan

Longman.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1966. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sistem pentaksiran Berpusat (PBS). Kuala Lumpur

: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Marohaini Yusoff, 2004.Panduan Pentaksiran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit

Universiti Malaya.

Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul

Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nor aina dani, 2007. Penghantar psikolinguistik.sasbad. Pertaling jaya : UG Press Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

REFLEKSI

REFLEKSI

Penulis : Asrul Hisham B Jasiman

No K/P : 800826-01-5811

Pertamanya saya ingin memanjat rasa penuh kesukuran dan merafakkan

rasa kesyukuran pada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya, maka

dapatlah saya menyiapkan tugasan ini secara berkumpulan dengan jayanya.

Walaupun banyak perkara-perkara yang terpaksa dilalui dan dihadapi sewaktu

proses menyiapkan tugasan ini. Namun yang demikian juga saya menerima dan

hadapi jua apa pun sebarang masalah dan rintangan .

Pada mula penerimaan tugasan ini di peroleh, saya berasa sangat susah

untuk membuatnya. Ini adalah disebabkan saya langsung tidak pernah mengajar

matapelajaran Bahasa Malaysia di sekolah, malahan saya juga bukan guru opsyen

Bahasa Malaysia. Masalah ini bertambah rumit lagi apabila saya merupakan

seorang guru tahun enam disekolah yang agak sibuk dengan persiapan untuk

membimbing murid menghadapi UPSR dan juga seorang jurulatih sukan sekolah,

yang sibuk dengan aktiviti-aktiviti sukan. Setelah bertanya kepada rakan-rakan yang

mengajar Bahasa Malaysia di sekolah, barulah saya berasa agak yakin untuk

meneruskan tugasan ini.

Saya mulakan dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk

tugasan yang diberi. Saya juga terpaksa mencarai bahan daripada pelbagai sumber

seperti melalui jurnal pendidikan , contoh kajian , buku di perpustakaan dan bahan-

bahan internet. Saya juga mengalami masalah pembahagian masa, kerana saya

terpaksa mengagihkan masa untuk tugas-tugas disekolah dan membahagikan masa

bersama keluarga. Saya juga terpaksa mendapatkan banyak maklumat daripada

rakan-rakan di sekolah lain.

Semasa saya menyempurnakan tugasan ini,saya mendapati banyak perkara

yang sangat berguna saya pelajari. Saya mendapat lebih pengetahuan tentang isi

kandungan yang dicari. Selain itu, kerja kursus ini juga mengajar saya untuk

sentiasa memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu antara ahli

kumpulan agar sesuatu yang susah menjadi senang. Ia adalah memang menuntut

kesabaran yang amat tinggi.

Dalam saya berusaha menyiapkan tugasan ini juga saya dapat

menambahkan lagi pengetahuan saya dalam bidang teknologi maklumat, ini adalah

kerana banyak maklumat dan bahan yang saya perolehi adalah dari sumber internet.

Segala ilmu membuat tugasan ini sangatlah berguna untuk saya sebagai pelajar

agar dapat membantu saya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sekian,terima kasih.