transkrip fonetik lirik.lagu

6
1.0Pengenalan Bahasa merupakan alat atau medium komunikasi dan interaksi manusia yang terpenting yang menjadikan manusia itu sebagai makhluk sosial. Untuk menjadikan komunikasi menjadi lebih berkesan dan tepat aspek penyebutan atau pembunyian sesuatu bunyi bahasa itu mestilah dilakukan mengikut cara penyebutan yang sebenar mengikut hukum bunyi sesuatu bahasa. Salah satu kaedah mengetahui cara sebutan yang betul dalam sesuatu bahasa ialah melalui kaedah transkripsi fonetik. Kaedah transkripsi fonetik merupakan kaedah tulisan menggunakan simbol-simbol khusus yang mewakili setiap satu bunyi. Senarai abjad atau simbol bunyi bahasa-bahasa di dunia boleh diperolehi melalui Carta Fonetik Antarabangsa atau International Phonetic Alphabet (IPA). Penulisan sesuatu perkataan menggunakan transkripsi membolehkan sesiapa sahaja yang mahir menggunakan IPA akan dapat membunyikan bunyi-bunyi bahasa dalam apa juga bahasa. Contohnya dalam penyebutan perkataan dalam bahasa Inggeris penulisan transkripsi fonemik berbeza dengan transkripsi fonetiknya dan untuk mengetahui sebutan sebenar sesuatu perkataan transkripsi fonetik sangatlha berguna seperti: Transkripsi fonemik Transkripsi Fonetik i) /Cat/ [kæt] ii) /Kite/ [kɑɪt] iii) /Lamb/ [læm] iv) /Next/ [nɛkst] Transkripsi fonetik menekankan ketepatan bunyi di mana setiap bunyi diwakili oleh satu simbol. Selain daripada itu terdapat juga tanda-tanda fonetik yang menyatakan bahawa berlakunya proses k oartikulasi iaitu gejala saling mempengaruhi antar

Upload: mohaspa-mohd-hassan

Post on 29-Jan-2016

468 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Transkripsi lirik lagu Warisan oleh Sudirman HJ. Arshad. Transkripsi penuh tetapi tidak memasukkan unsur-unsur suprasegmental

TRANSCRIPT

Page 1: Transkrip Fonetik Lirik.lagu

1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan alat atau medium komunikasi dan interaksi manusia yang terpenting

yang menjadikan manusia itu sebagai makhluk sosial. Untuk menjadikan komunikasi

menjadi lebih berkesan dan tepat aspek penyebutan atau pembunyian sesuatu bunyi bahasa

itu mestilah dilakukan mengikut cara penyebutan yang sebenar mengikut hukum bunyi

sesuatu bahasa. Salah satu kaedah mengetahui cara sebutan yang betul dalam sesuatu

bahasa ialah melalui kaedah transkripsi fonetik. Kaedah transkripsi fonetik merupakan

kaedah tulisan menggunakan simbol-simbol khusus yang mewakili setiap satu bunyi.

Senarai abjad atau simbol bunyi bahasa-bahasa di dunia boleh diperolehi melalui Carta

Fonetik Antarabangsa atau International Phonetic Alphabet (IPA). Penulisan sesuatu

perkataan menggunakan transkripsi membolehkan sesiapa sahaja yang mahir

menggunakan IPA akan dapat membunyikan bunyi-bunyi bahasa dalam apa juga bahasa.

Contohnya dalam penyebutan perkataan dalam bahasa Inggeris penulisan transkripsi

fonemik berbeza dengan transkripsi fonetiknya dan untuk mengetahui sebutan sebenar

sesuatu perkataan transkripsi fonetik sangatlha berguna seperti:

Transkripsi fonemik Transkripsi Fonetik

i) /Cat/ [kæt]

ii) /Kite/ [kɑɪt]

iii) /Lamb/ [læm]

iv) /Next/ [nɛkst]

Transkripsi fonetik menekankan ketepatan bunyi di mana setiap bunyi diwakili oleh satu

simbol. Selain daripada itu terdapat juga tanda-tanda fonetik yang menyatakan bahawa

berlakunya proses koartikulasi iaitu gejala saling mempengaruhi antar satu bunyi dengan

bunyi lain yang berlaku apabila sesuatu bunyi itu diikuti atau mengikuti sesuatu bunyi.

Tanda-tanda fonetik tersebut dikenali dengan tanda diakritik. Contoh-contoh tanda

diakritik yang terdapat ialah:

i) [ ɂ ] - Glotalisasi

ii) [ ǰ ] - Palatalisasi (Pelelangitkerasan)

iii) [ ʷ ] - Labialisasi (Pembibiran)

iv) [ ̴ ] - Nasalisasi (Penyengauan)

Selain daripada itu transkripsi fonetik juga boleh mengandungi tanda-tanda proses

suprasegmental seperti tekanan, tona, kepanjangan, jeda dan intonasi.

Page 2: Transkrip Fonetik Lirik.lagu

2.0 Transkripsi Fonetik Lagu “Warisan”

Berikut merupakan transkripsi fonetik lagu ‘Warisan” nyanyian Allahyarham Sudirman

Hj. Arshad. Transkripsi lagu ini menggunakan abjad-abjad bunyi bahasa Melayu dan

tanda-tanda diakritik. Unsur-unsur suprasegmental tidak digunakan dalam transkripsi

lagu ini.

Lirik Lagu TranskripsiDi sini lahirnya sebuah cinta [di sinĩ lahirɳã səbuʷah činta]

Yang murni abadi sejati [yaŋ mũrnĩ abadi səʲǰati]

Disini tersemai cita-cita [di sinĩ tərsəmãi čita čita]

Bercambah menjadi warisan [bərᶜͨ4čambah mənʲǰadi warisan]

Andai ku terbuang tak diterima [andai ku tərbuʷaŋ taɁ ditərimã]

Andai aku disingkirkan [andai aku disiŋkirkan]Ke mana harusku bawakan [kə mãnã harusku bawakan]

Ke mana harusku semaikan cinta ini [kə mãnã harusku səmãikan činta inĩ]

Betapa [bətapa]

Di bumi ini ku melangkah [di bumĩ inĩ ku məlaŋkah]Ke utara selatan timur dan barat [kə utara səlatan timũr dan barat]

Ku jejaki [ku ǰəʲǰaki]Aku [aku]

Bukanlah seorang perwira [bukanlah səoraŋ pərwira]

Gagah menghunus senjata [gagah məŋhunũs sənʲǰata]

Namun hati rela berjuang [nãmũn hati rela bərʲǰuʷaŋ]

Walau dengan cara sendiri [walau dəŋãn čara səndiri]

Demi cinta ini [dəmĩ činta inĩ]Ku ingin kotakan seribu janji [ku iŋĩn kotakan səribu ǰanʲǰi]

Sepanjang kedewasaan ini [səpanʲǰaŋ kədewasaɁan inĩ]

Ku ingin sampaikan pesanan [ku ingin sampaikan pəsanãn]

Aku lah penyambung warisan [aku lah pəɳãmbuŋ warisan]

Page 3: Transkrip Fonetik Lirik.lagu

3.0 Tanda-tanda Diakritik yang Digunakan dalam Transkripsi Lagu Warisan

Dalam transkripsi fonetik lagu warisan terdapat empat tanda diakritik yang digunakan

yang mewakili setiap proses koartikulasi iaitu labialisasi, nasalisasi, palatalisasi dan

glotalisasi.

a) Labialisasi

Labialisasi adalah proses pembibiran. Proses koartikulasi di mana posisi bibir

membulat sehingga pada bunyi utama terdengar bunyi labial [w]. Dalam bahasa

Melayu, gejala ini muncul sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi vokal

rangkap au, ua atau ui. Contoh perkataan yang mengandungi proses labialisasi dalam

lagu yang dikaji ialah:

i) /sebuah/ - [səbuʷah]

ii) /terbuang/ - [tərbuʷaŋ]

b) Nasalisasi

Nasalisasi atau penyengauan merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh

daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang

diikuti oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengau, misalnya m, n, ny, ng seperti

dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan

ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup

sepenuhnya semasa menyabut bunyi vokal dalam perkataan tersebut. Contoh nasalisasi

dalam lagu yang dikaji ialah:

i) /sini - [sinĩ]

ii) /lahirnya/ - [lahirɳã]

iii) /murni - [mũrnĩ]

iv) /tersemai/ - [tərsəmãi]

v) /mana/ - [mãnã]

vi) /menghunus/ - [məŋhunũs]

Page 4: Transkrip Fonetik Lirik.lagu

c) Palatalisasi

Palatalisasi adalah proses pengangkatan daun lidah kearah langit-langit keras (palatum)

sewaktu artikulator primer berlangsung. Selain bunyi palatal, bunyi lain dapat di

palatalisasikan. Contoh palatalisasi yang berlaku dalam lagu yang dikaji ialah:

i) /sejati/ - [səʲǰati]

ii) /berjuang/ - [bərᶜͨGčambah]

iii) /menjadi/ - [mənʲǰadi]

iv) /jejaki/ - [ǰəʲǰaki]

v) /senjata/ - [sənʲǰata]

d) Glotalisasi

Dalam bahasa Melayu gejala glotalisasi hadir apabila wujud keadaan dua voal

bergandingan dan semasa membunyikannya terjadi hentian antara dua bunyi vokal

tersebut. Selain itu glotalisasi juga berlaku apabila sesuatu perkataan berakhir dengan

bunyi letupan tidak bersuara [k]. Contoh glotalisasi yang terdapat dalam lagu yang

dikaji ialah:

i) /tak/ - [taɁ]

ii) /kedewasaan/ - [kədewasaɁan]