bml3043 fonetik

Upload: rozihan-ismail-fathi

Post on 03-Apr-2018

895 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    1/48

    1

    BML 3043- FONETIK DAN FONOLOGI

    GROUP: EL B03

    PENSYARAH : NIK HASSAN BASRI BIN NIK ABD KADIR

    TAJUK TUGASAN:

    1. Bincangkan perkara berikut :a. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

    b. Bunyi vokal dan konsonan BahasaMelayu

    c. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

    NAMA:

    NORAINI BINTI HAMZAH

    711106-08-5710

    NO. MATRIK:

    D20102042805

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    2/48

    2

    ISI KANDUNGAN

    TUGASAN FONETIK DAN FONOLOGI

    1. DEFINISI FONETIK 4

    2. DEFINISI FONOLOGI 4

    3. FONETIK AKUSTIK 5

    4. FONETIK ARTIKULASI 6

    5. FONETIK AUDITORI 6

    6. BUNYI VOKAL BAHASA MELAYU 7

    7. BUNYI KONSONAN BAHASA MELAYU 15

    8. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 31

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    3/48

    3

    PENDAHULUAN

    Ilmu fonetik dan fonologi amat asing bagi saya. Pertama kali saya mengetahui tentang

    ilmu ini ialah melalui tutorial yang pertama bersama dengan Profesor Dr. Abdul Hamid

    Mahmood. Penerangan beliau yang saya sifatkan sangat santai telah dapat membuka mindasaya tentang ilmu fonetik dan fonologi. Oleh kerana beliau sangat berpengalaman dalam bidang

    ini serta banyak menerbitkan buku-buku ilmiah berkaitan ilmu fonetik dan Bahasa Melayu

    membuatkan saya mudah memahaminya. Pada pendapat saya sebagai guru Bahasa Melayu

    saya perlu mempunyai pengetahuan tentang fonetik dan fonologi Bahasa Melayu agar saya

    dapat memanfaatkannya dalam bilik darjah. Tajuk yang diberikan semasa menyiapkan kertas

    kerja ini menuntut saya membuat pembacaan lebih lanjut berkaitan ilmu fonetik dan fonologi ini.

    Tajuk berkaitan dengan sistem ejaan Bahasa Melayu juga sangat membantu saya

    menambahkan ilmu berkaitan sistem ejaan Bahasa Melayu yang Baharu. Selepas mengetahui

    sistem ejaan ini saya akan dapat menambahkan maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu

    saya. Sebagai guru Bahasa Melayu yang telah mengajar selama 19 tahun banyak

    perbendaharan kata baharu yang saya peroleh. Sudah tentu satu bonus untuk saya kongsikan

    bersama anak didik saya nanti.

    Sejarah telah membuktikan bahawa suatu ketika dahulu Bahasa Melayu telah diiktiraf

    sebagai media penyebaran ilmu di Nusantara. Bidang ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu

    perundangan, agama, ilmu ketuhanan, ilmu kaji bintang, cakerawala, kemasyarakatan, bahasa

    dan kesusasteraan. Pengetahuan yang mendalam tentang bahasa sangat penting supaya

    matlamat untuk memartabatkan Bahasa Melayu akan tercapai.

    Akhirkata saya mengucapkan ribuan terima kasih atas semua pihak yang telah

    membantu saya menyiapkan tugasan ini. Segala kelemahan datang dari diri saya sendiri dan

    yang sempurna adalah milik Allah jua.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    4/48

    4

    1. FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    1.1 Definisi Fonetik

    Menurut Abdul Hamid Mahmood fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan

    oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah

    pengeluaranya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyibahasa. Harimurti Kridalaksana (1984: 51) pula memberikan definisi fonetik sebagai ilmu yang

    menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Abdullah Hassan

    (1993:40) pula memberikan definisi fonetik sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi

    penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur

    dalam bentuk bunyi. Menurut Abdullah Hassan dalam bukunya Fonetik dan Fonologi

    mendifinisikan fonetik sebagai kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh

    manusia. Yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa itu ialah bunyi-bunyi yang digunakan dalam

    bahasa untuk berkomunikasi. Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi

    tidaklah menjadi bahan kajian fonetik. Menurut Noor Hashimah Jalaluddin ( 2005 ) pula fonetik

    ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.

    1.2 Definisi Fonologi

    Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007) fonologi ialah bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai

    sistem atau peraturan. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) memberikan definisi

    fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut

    fungsinya. Menurut Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa

    Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi berfungsi dalam

    sesuatu bahasa itu.

    Menurut Abdullah Hassan( 1993 ) Fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang

    menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya, yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaranmanusia. Beliau juga berpendapat bahawa fonologi merupakan bahagian daripada lingustik

    deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut

    manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi

    yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

    1.3 Perbezaan Fonetik dan Fonologi

    Daripada pendapat ahli-ahli bahasa di atas dapatlah disimpulkan fonetik adalah kajian tentang

    bunyi bahasa manakala fonologi pula adalah kajian berkaitan sistem bunyi bahasa. Fonetik

    yang membicarakan tentang kajian bunyi bahasa dalah kajian yang membincangkan deskripsi

    yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi ini dengan menggunakan organ-organ tertentudalam tubuh badan manusia. Manakala fonologi pula adalah subdisiplin linguistik yang mengkaji

    bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item lingustik.

    Berikut adalah perbezaan antara fonetk dan fonologi sebagaimana pendapat Indrawati Zahid

    dalam bukunya Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    5/48

    5

    FONETIK FONOLOGI

    1. Fonetik adalah subdisiplin lingustik,kajian tentang bunyi sebagai fenomenadalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi,neorologi dan pesikologi manusia yang

    menghasilkannya.

    1. Fonologi adalah subdisiplin lingustikyang mengkaji bunyi bahasa , iaitutentang fungsi perlakuan danorganisasi bunyi sebagai item lingustik.

    2. Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat semulajadi, produksi danpersepsi bunyi-bunyi bahasa yangdihasilkan.

    2. Kajian tentang sistem bunyi sesuatubahasa dengan sifat-sifat semulajadisistem tersebut secara umum. Segalayang berkaitan dengan sistem bahasaiaitu pasangan terkecil. Fonotaktik dansebagainya.

    3. Kajian ini dapat dipecahkan kepadatiga , iaitu fonetik akustik, fonetikartikulatori dan fonetik auditori.

    3. Kajian adalah berkaitan denganhubungan antara butir-butir leksikaldengan butir-butir leksikal lain yangmembentuk ayat.

    4. Mengkaji unsur setiap bunyi 5. Kajian berkaitan dengan pola-polaintonasi.6. Menghasilkan transkripsi fonetik untuk

    semua bunyi dari semua bahasa4. Menghasilkan sistem ejaan sesuatu

    bahasa.

    2. JENIS-JENIS FONETIK

    2.1 Fonetik Akustik

    Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007) Fonetik akustik mengkaji sifat bunyii itu sendiri, iaitu

    bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh

    gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya. Lihat

    rajah gelombang akustik)

    Menurut Indrawati Zahid( 2006 )pula, Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal

    bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang

    dipindahkan ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuinsi

    fundamental(Fo), intensity dan durasi. Parameter-parameter ini, iaitu frekuensi fundamental

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    6/48

    6

    (Fo)yang diukur dalam unit Hertz (Hz), intensity dalam unit desible (dB) dan durasi dalam unit

    saat (s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu, Dari sudut pendengar, ketiga-tiga

    parameter ini dipersepsikan masing-masingnya sebagi kelangsingan bunyi, kelantangan suara

    dan kepanjangan

    2.2 Fonetik Artikulasi

    Menurut Abdul Hamid Mahmood ( 2007) Fonetik Artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi

    bahasa ini dikeluarkan oleh alat-alat aitikulasi. Indrawati Zahid( 2006) pula berpendapat fonetikartikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara sesuatu bunyi itu dilafazkan.

    Pendeskripsian ini melibatkan daerah-daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan

    bunyi-bunyi bahasa.

    Bahagian saluran suara yang tidak bergerak dipanggil daerah artikulasi manakala

    manakala organ artikulasi menyentuh daerah artikulasi sewaktu sesuatu bunyi itu dilafazkan.

    Organ artikulasi ialah organ yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa sewaktu ujaran

    berlaku. Organ artikulasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu organ artikulasi pasif dan

    organ artikulasi pasif. Organ artikulasi aktif ialah organ yang bergerak seperti lidah, bibir,

    lelangit lembut dan gigi bawah. Artikulasi pasif ialah organ yang tidak bergerak seperti gigi atas

    dan lelangit keras. Organ artikulasi ialah organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi

    manakala kawasan yang menghasilkan bunyi dipanggil daerah artikulasi. Perbezaan daerah

    dan organ artikulasi dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa menimbulkan perbezaan bunyi

    yang dihasilkan semasa bunyi bahasa dilafazkan. Penamaan bunyi bahasa yang dihasilkan

    adalah seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuaram, getaran gusi dan sebagainya. Berikut

    adalah contoh grafik cara pelafazan bunyi [t] dan [k].

    Grafik di atas menunjukkan bunyi [t] dilafazkan dimana jika dilihat kedudukan hujung lidah

    diletakkan dibahagian atas gusi. Kedudukan lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga

    tekak. Ini menyebabkan udara yang terkumpul dan tersekat dalam rongga mulut, iaitu di

    bahagian belakang hujung lidah dilepaskan dengan serta merta tanpa menggetarkan pita suara.

    Bunyi yang terhasil dipanggil letupan gusi tak bersuara.

    2.3 Fonetik Auditori

    Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007) Fonetik auditori pula merupakan kajian yang berkaitan

    dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat

    diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Menurut Indrawati Zahid (2006) pula

    fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan soalan

    bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang berbeza. Proses yang

    terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar.

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    7/48

    7

    Maklumat yang hendak disampaikan oleh penutur ditukarkan dalam bentuk kod-kod

    yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala maklumat ini ditafsirkan oleh pendengar di

    dalam otak bagi menghasilkan komunikasi yang bermakna. Kajian ini berkaitan dengan

    psikologi, dimana pendengar merefleksikan respon kepada bunyi tuturan. Ujaran yang terlafaz

    melibatkan unsur kelangsingan , kelantangan dan kepanjangan yang secara secara sendirinya

    mempunyai emosi tertentu. Penutur sesuatu bahasa itu akan menentukan makna emosi ini

    sebagi suatu kod.

    Kesimpulannya didapati bidang fonetik dan fonologi adalah saling berkait antara satu

    sama lain. Perbezaannya dilihat kurang jelas walaupun ada ahli bahasa yang cuba

    membezakannya. Pengkajian bidang ilmu fonetik dan fonologi sangat penting bagi mencapai

    mencapai matlamat akhir ilmu ini iaitu :

    i. Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam Bahasa Melayu yang dapat digunakan

    dalam situasi formal atau situasi rasmi. Sebutan baku yang selaras amat penting

    demi memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.

    ii. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa

    Melayu.

    iii. Memantapkan kecekapan berbahasa dalam kalangan pengguna bahasa.iv. Untuk menyelaraskan cara berbahasa dan bertutur serta mengurankan penggunaan

    pelbagai variasi gaya sebutan.

    v. Menghindaarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan

    pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah.

    vi. Mencipta sistem ejaan baku yang selaras dan betul untuk kegunaan guru-guru

    dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    3 BUNYI VOKAL BAHASA MELAYU

    Bunyi vokal ialah bunyi bersuara ketika dihasilkan, udara dari paru-paru keluar

    berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan dan sekatan.

    Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Bunyi vokal dapat didengar lebih

    jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

    Dalam Bahasa Melayu bunyi vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vocal hadapan,

    vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam Bahasa Melayu ialah [i],[e],[a],[u],[o] dan [].

    Jenis-jenis vokal itu ditentukan oleh lidah, sama ada depan lidah, tengah lidah atau belakang

    lidah. Bunyi vokal depan dihasilkan oleh bahagian depan lidah. Bunyi vokal tengah pula

    dihasilkan oleh bahagian tengah lidah manakala jika belakang lidah yang berperanan maka

    bunyi yang terhasil ialah vokal belakang.

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    8/48

    8

    Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan seperti berikut :

    (i) Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau

    belakang.

    (ii) Ketinggian lidah yang dinaikkan , sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan

    separuh rendah.

    (iii) Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan

    (iv) Pembukaan rahang sama ada luas atau sempit.

    Vokal dalam Bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal depan[i].[e]. [a], vokal

    tengah [] serta vokal belakang [u] dan [o] seperti dalam rajah berikut : ms 42

    Hadapan Tengah Belakang

    Sempit I u Tinggi

    Separuh sempit e o

    Separuh

    Luas a

    Rajah Kedudukan Vokal Bahasa Melayu

    Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal Bahasa Melayu mengikut bahagian-

    bahagian lidah. Di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah manakala bahagian

    disebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah. Bahagian tengah menunjukkan bahagian

    tengah lidah. Garisan tengan pula menujukkan bahagian lidah ketika dinaikkan. Contohnya

    ketika membunyikan vokal [i] dan vokal [u] misalnya lidah dinaikkan setinggi mungkin. Bagi

    membunyikan vokal [a] pula lidah direndahkan. Rajah di bawah menunukkan keadaan turun

    naik bunyi ketika vokal [a] dan [i] disebutkan.

    Berdasarkan rajah kedudukan vokal Bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti jadual di bawah

    VOKALHADAPAN

    GAMBAR RAJAH(Keadaan Bibir)

    KEDUDUKAN CONTOH PERKATAAN

    [I] Vokal depan sempit [ibu],[ikan], [biru], [kita]

    [e] Vokal depan separuhsempit

    [ekor], [ela],[elo?]

    [a] Vokal depan luas [ayu],[aku],[aban],[batu]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    9/48

    9

    VOKALTENGAH

    [] Vokal tengah pendek [mak?],[mas],[ekau].[lmas]

    VOKALBELAKANG

    [u] Vokal belakangsempit

    [ular],[unta],[ukor],[kuda],[buron]

    [o] Vokal belakangseparuh sempit

    [oleh],[obor],[olah],[boleh],[kota],[tola?],[solo],

    Lidah merupakan alat artikulasi yang penting dalam menghasilkan bunyi vokal.

    Perbezaan bunyi vokal tersebut dihasilkan adalah bergantung pada tinggi rendahnya bahagian

    lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahagian lidah itu boleh diangkat setinggi mungkin untuk

    menghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika diturunkan separuh tinggi akan

    menghasilkan bunyi vokal separuh tinggi iaitu vokal [e] dan [o]. Sekiranya bahagian lidah itu

    diturunkan separuh rendah akan terhasil vokal ] dan [ ]

    Apabila tengah lidah dinaikkan separuh tinggi akan terhasillah bunyi vokal tengah.

    Berikut adalah gambar rajah yang menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan

    bunyi-bunyi vokal .

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    10/48

    10

    3.1 CARA PENGHASILAN BUNYI VOKAL

    3.1.1 VOKAL DEPAN SEMPIT (Tinggi) [i]

    Bunyi vokal hadapan sempit [i] proses yang berlaku adalah seperti berikut :

    i. Bibir dihamparkan

    ii. Depan lidah dinaikkan tinggi(setinggi mungkin) ke arah gusi.

    iii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara

    tidak keluar melalui rongga hidung

    iv. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

    suara ke rongga mulut.

    v. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i].Berikut contoh perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan- [ikan],[ikut],[ipar],[ibu], [itu]

    Di tengah perkataan- [biru], [kita],[bila], [silap]

    Di akhir perkataan - [ tali ], [bli] ,[bri],[bsi]

    Gambar rajah penghasilan vokal (i)

    3.1.2 VOKAL DEPAN SEPARUH SEMPIT (Separuh Tinggi) [e]

    Vokal depan separuh sempit [e] perkara berikut akan berlaku

    i. Bibir dihamparkan separuh sempit

    ii. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi.

    iii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara

    tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iv. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan

    suara ke rongga mulut.

    v. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkanpitasuara ke rongga mulut.

    vi. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e]. Contoh bunyi vokal yang dihasilkan adalah

    seperti berikut :

    Di awal perkataan-[ ekor] , [ela], [edah]

    Di tengah perkataan [ katel ],[ bera] [ heret ], [ sepet ]

    Di akhir perkataan [ sate ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    11/48

    11

    Gambar rajah penghasilan vokal (e)

    3.1.3 VOKAL DEPAN SEPARUH LUAS (Separuh Rendah) []

    Berikut adalah proses bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas

    i. Bibir dihampar separuh luas.

    ii. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.

    iii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara

    tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iv. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

    suara ke rongga mulut.

    v. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal []. Contoh bunyi yang dihasilkan adalahseperti :

    Di awal perkataan - [so?], [lo?], [doh]

    Di tengah perkataan - [bso], [get?], [gl?]

    Di akhir perkataan - [god], [bul], [ud]

    Gambar rajah penghasilan vokal [].

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    12/48

    12

    3.1.4 VOKAL DEPAN LUAS (Rendah ) [a}

    Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut :

    i. Bibir dalam keadaan hampar.

    ii. Depan lidah diturunkan serendah mungkin.

    iii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung keluar supaya

    udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iv. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pitasuara ke rongga mulut.

    v. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal luas hampar seperti perkataan berikut :

    Di awal perkataan- [ajar], [alah], [amal], [asap]

    Di tengah perkataan [dadu], [paku], [lampu], [bahu]

    Di akhir perkataan [pita], [rasa], [tiba], [kuda]

    Gambar rajah penghasilan vokal (a)

    3.1.5 VOKAL BELAKANG

    Vokal belakang terhasil melalui peranan alat artikulasi penting iaitu belakang lidah. Keadaan

    bibir adalah bundar.

    VOKAL BELAKANG SEMPIT (Tinggi) [u]

    Proses yang berlaku adalah seperti berikut :

    i. Bibir dibundarkan.

    ii. Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin ) kearah lelangit lembut.

    iii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara

    tidak dapat keluar melalui hidung.

    iv. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita

    suara ke rongga mulut.

    v. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar [u].

    vi. Contoh perkataan yang dihasilkan adalah seperti berikut :

    Di awal perkataan [uli] , [usap], [usun] , [undur], [unto]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    13/48

    13

    Di tengah perkataan [buka], [bubur], [subur] , [gandum] ,[kabur]

    Di akhir perkataan [ baju] , [labu], [pasu], [kelambu], [baju]

    Gambar rajah penghasilan vokal [u]

    3.1.6 VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT ( Separuh Tinggi) [o]

    Berikut adalah proses yang berlaku:

    i. Bibir dibundarkan.

    ii. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi kea rah lelangit lembut.

    iii. Lelengit lembut dan anak tekak idak dinaikkan menutup rongga hidung supaya

    udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iv. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

    menggetarkan pita suara.

    v. Contoh vokal yang dihasilkan adalah seperti berikut :

    Di awal perkataan [oleh ], [ota], [obor],[oren]Di tengah perkataan [boleh],[soto], [kokon] ,[tolon]Di akhir perkataan [solo] ,[soto], [foto]

    Gambar rajah penghasilan vokal [o]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    14/48

    14

    3.1.7 VOKAL BELAKANG SEPARUH LUAS ( Separuh Rendah ) []

    Bunyi vokal belakang separuh luas terhasil melalui proses berikut :

    i. Bibir dibundarkan

    ii. Balakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.

    iii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udaratidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iv. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

    suara ke rongga mulut.

    v. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vocal [].

    vi. Bunyi ini kebiasaannya terdapat dalam dialek Kelantan seperti berikut : Di awal perkataan[bat] ,[ta] ,[r] , [peh]

    Di tengah perkataan[ pk] ,[sudh] ,peh] ,[brh]

    Di akhir perkataan - [ kit] ,[ bil ] ,[blak]

    Gambar rajah penghasilan vokal [].

    3.1.8 VOKAL TENGAH []

    Vokal tengah dihasilkan melalui peranan alat artikulasi bahagian tengah lidah. Berikut ialah

    proses yang berlaku :

    i. Bibir dihamparkan

    ii. Bahagian tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.iii. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan menunutup rongga hidung supaya udara

    tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iv. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut

    menggetarkan pita suara.

    v. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi []. Contoh perkataan yang dihasilkan ialah :

    Di awal perkataan[ma] , [ mbun ] , [ mpat ], [nam ]

    Di tengah perkataan[pnat ] ,[ brat ] , [ ergas ] , [kmas ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    15/48

    15

    Gambar rajah penghasilan vokal []

    Kesimpulannya terdapat lapan jenis vokal kardinal iaitu [ i ] ,[ e ] , [ ] , [a ], [ ] ,[ ], [o] dan [u].

    Dalam Bahasa Melayu vokal asli ada enam iaitu [ I ] , [ e ] ,[ a ], [ u ] , [ o ] dan [ ]. Kesemua

    vokal ini adalah bersuara kecuali vocal [] yang kurang lantang dan lemah bunyinya.

    4. BUNYI KONSONAN BAHASA MELAYU

    Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007: 58) Konsonan ialah bunyi bahasa selain

    daripada bunyi vokal . Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi

    dengan suara keluar terus-menerus tanpa sekatan maka bunyi konsonan ialah bunyi yang

    semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat alat artikulasi.

    Bunyi konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan bersuara dan konsonan tidak

    bersuara.Konsonan bersuara dihasilkan apabila pita suara digetarkan oleh arus udara yang

    keluar dari paru-paru. Contohnya [ b ] , [ d ] dan [ g ]. Konsonan tidak bersuara pula dihasilkan

    tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara. Contohnya konsonan [ p ], [ t ] dan [ k ].

    Dalam Bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan asli dan pinjaman.

    KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU

    Terdapat 19 konsonan asli dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada :

    i. 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [ p ,b ]

    ii. 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [ t , d ]

    iii. 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [ k , g ]

    iv. 1 letupan hentian glottis ( )

    v. 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [ , J ]

    vi. 2 konsonan geseran tidak bersuara iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran

    glottis bersuara [h]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    16/48

    16

    vii. 1 konsonan bersuara [ r ]

    viii. 1 konsonan sisian bersuara [ l ]

    ix. 4 konsonan sisian bersuara [ m, n .

    x. 2 konsonan separuh vokal bersuara iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan

    1 separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ]

    Penghasilan bunyi konsonan berikut tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua

    bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glottis, rongga hidung dan sebagainya.

    Berikut adalah carta konsonan asli Bahasa Melayu.

    4.1 CARA PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

    4.1.1 Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ]

    Konsonan Letupan Bibir tidak bersuara [ p ] dihasilkan melalui proses seperti berikut :

    i. Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepanuhnya udara dari paru-paru yangkeluar dari rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan bagi menyekat udara supaya tidak dapat

    keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dibuka (direnggangkan)

    iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

    tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta.

    v. Contoh perkataan yang dihasilkan adalah seperti berikut :

    Di awal perkataan[ papan ] , [ paku ], [putri] , [ pasu ]

    Di tengah perkataan[lpas], [ sepa] , [ dapur ] , [ dapat ]

    Di akhir perkataan[ dakap ], [ atap ] , [ sdap ] , [santap ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [ p ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    17/48

    17

    4.1.2 Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ]

    Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti berikut :

    i. Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-

    paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak

    untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dirapatkaniv. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan

    tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan

    serta merta.

    v. Contoh perkataan yang dihasilkan adalah seperti berikut :

    Di awa perkataan [buru] , [ buku ] , [buda] , [batu ]

    Di tengah perkataan [tubuh ] , [subuh] , [tabor], [tiba ]

    Di akhir perkataan[ sbab ] , [lmbab] , [kitab] , [ adab ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [ b]

    4.1.3 Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ]

    Konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ] dihasilkan melalui proses seperti berikut :

    i. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara

    yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

    menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dibuka (direnggangkan )

    iv. Udara yang keluar dari peru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita

    suara, kemudiannya dilepaskan dengan serta merta.

    v. Berikut adalah contoh perkataan bunyi konsonan [ t ]

    Di awal perkataan [ taan ] , [ tahu ] , [ tolo] , [ tare ]

    Di tengah perkataan[ pta] [ putus ] . [ satu ] [ bantu ]

    Di akhir perkataan[ pnuntut ] , [ patut ] , [ sbut ] , [ lmbut ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    18/48

    18

    Gambar rajah penghasilan konsonan [ t ]

    4.1.4 Letupan Gusi Bersuara [ d ]

    Untuk menghasilkan bunyi konsonan [d], proses berikut berlaku :

    i. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara

    yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan padaa dinding tekak untuk

    menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat kelauar melalui rongga hidung.

    iii. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan

    tersekat sepenuhnya pada agusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta

    merta.

    iv. Berikut adalah contoh perkataan bunyi konsonan [ d ]

    Di awal perkataan [ dalam ] , [dahulu ] , [duka ] , [dapur ]

    Di tengah perkataan[ pda ] , [ pada ] , [ sida ]

    Di akhir perkataan[ abad ] , [ masud ] , [ hasad ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [ d ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    19/48

    19

    4.1.5 Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [ k ]

    Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ k ]

    i. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat

    sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat

    udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dibuka direnggangkaniv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

    tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta merta.

    v. Berikut adalah contoh perkataan konsonan [ k ]

    Di awal perkataan [ kawan ] , [kuda], [ kalau ] , [ kita ]

    D tengah perkataan [ sukat ] , [ bakat ] , [ dekat ] ,[ pukat ]

    Di akhir perkataan[ buda] , [pka] , [ tego]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [k]

    4.1.6 Letupan Lelangit Lembut Bersuara ( g)

    Berikut ialah proses yang berlaku dalam penghalisan konsonan [g]

    i. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat

    sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru,

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat

    sekatan supaya udara tidak dapat kelauar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dirapatkan.iv. Udara dari paru-paru keluar dengan menggunakan pita suara ke rongga mulut dan

    tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara dilepaskan dengan serta-merta.

    v. Berikut adalah contoh perkataan konsonan [ g ]

    Di awal perkataan [ guru ] , [ ganti ] , [gantu ] , [ gambar ]

    Di tengah perkataan[ aga ] , [ agar ] , [ juga ] , [ ragu ]

    Di akhir perkataan [ beg ] , [ dialog ] , [ monolog ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    20/48

    20

    Gambar rajah penghasilan konsonan [g]

    4.1.7 Hentian Glotis [ ]

    Berikut adalah proses yang berlaku dalam penghasilan hentian glottis [ ]

    i. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.

    ii. Lelengit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak

    supaya udara tidak dapat keluar melui rongga hidung.

    iii. Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glottis dan

    tidak dilepaskan.

    iv. Berikut ialah contoh perkataan yang dihasilkan

    Di awal perkataan[ ibu ] , [ ada ] , [ ora ]Di tengah perkataan[ saat ] , [ keadaan ]

    Di akhir perkataan[ tida ] , [ ana ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [ ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    21/48

    21

    4.1.8 Letusan Lelangit KerasGusi Tidak Bersuara [ ]

    Berikut adalah proses yang berlaku dalam penghasilan konsonan [ ]

    i. Depan lidadah dirapatkan pada daerah lelangit keras gusi untuk membuat sekatan

    pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

    membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dibuka.iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

    tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara

    tersebut dilepaskan dengan perlahan. Untuk bunyi konsonan [] pelepasan udara

    adalah lebih cepat sedikit.

    v. Berikut adalah contoh perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan[ ari ] , [ uti ] , [ uri ]

    Di tengah perkataan[ sui ] ,[ bani ] , [ bni ]

    Di akhir perkataan - [ ma ] , [ko ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan []

    4.1.9 Letusan Lelangit Keras Gusi Bersuara

    Berikut adalah proses penghasilan konsonan

    i. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras gusi untuk membuat sekatan

    pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak

    untuk menyekat udara dari memasuki rongga hidung.iii. Pita suara dirapatkan.

    iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan

    tersekat pada daerah lelangit keras gusi. Udara dilepaskan perlahan.

    v. Berikut adalah contoh perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [ Jaan ] , [Jolo] , [juga ]

    Di tengah perkataan [ tajam ] , [buja]

    Di akhir perkataan [ imej ] , [kolej ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    22/48

    22

    Gambar rajah penghasilan konsonan

    4.1.10 Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

    Berikut adalah proses penghasilan konsonan [ s ]

    i. Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan peda dinding tekak bagi menyekat udara

    dari keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dibuka.

    iv. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi.

    Pita suara tidak digetarkan.

    v. Beikut adalah contoh perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan[ sapu ] , [ sdap ]

    Di tengah perkataan [basuh ], [ kasar ], [ dasar ]Di akhir perkataan[ habis ] ,[ bilis ] , [ bras ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [s]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    23/48

    23

    4.1.11 Geseran Glotis Bersuara [ h ]

    Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ h ]

    i. Pita suara dibuka untuk membuat sempita pada glottis.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi

    menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.

    iii. Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glottis. Pita suara digetarkan.

    iv. Berikut adalah perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [ hulur ], [ habis ] , [ hantu ]

    Di tengah perkataan[ lihat ], [ tahap ], [ shat ]

    Di akhir perkataan[ brsih }, [ kash ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [h]

    4.1.12 Getaran Gusi Bersuara [ r ]

    Berikut adalah proses penghasilan konsonan [ r ]

    i. Hujung lidah dikenakan pada gusi.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya

    udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dirapatkan.iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan

    pita suara digetarkan.

    v. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [ rasa ], [ rabun ], [ runtuh ]

    Di tengah perkataan[ bras ], [ kras ] , [ laras ]

    Di akhir perkataan[ bsar ] , [ lbar ] , [edar ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    24/48

    24

    Gambar rajah penghasilan konsonan [r]

    4.1.13 Sisian Gusi Bersuara [ I ]

    Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ I ]

    i. Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada

    arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada didinding tekak untuk

    menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat kelauar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dirapatkan.

    iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui sisian

    atau tepian. Pita suara digetarkan.

    v. Berikut ialah prkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [ lama ] , [ lambat ] , [ lampu ] , [ lupa ]Di tengah perkataan[ slamat ] , [ klat ] , [ kilat ]

    Di akhir perkataan [ tigal ], [ bkal ] , [ pukul ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [l]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    25/48

    25

    4.1.14 Sengau Dua Bibir Bersuara [ m]

    Berikut adalah proses penghasilan konsonan [ m ]

    i. Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara

    yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga

    hidung

    iii. Pita suara dirapatkan.iv. Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung.

    Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan. Berikut

    ialah perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [ makan ] , [ malam ], [ mula ]

    Di tengah perkataan [ timun ], [ timur ] , [ namun ]

    Di akhir perkataan [ salam ] , [ silam ] , [ tilam ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [m]

    4.1.15 Sengau Gusi Bersuara [ n]

    Berikut ialah penghasilan konsonan [ n ]

    i. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang

    keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara

    dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dirapatkan.

    iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi,

    kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

    v. Berikut aialah contoh perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [ nasi ] , [ nuri ] , [ naluri ]

    Di tengah perkataan[ knari ] , [ binasa ] , [ panas ]

    Di akhir perkataan [ papan ], [ simpan ] , [ lapan ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    26/48

    26

    Gambar rajah penghasilan konsonan [n]

    4.1.16 Sengau Lelangit Keras Gusi Bersuara [ ]

    Berikut ialah proses bagi penghasilan konsonan [ ]

    i. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras gusi untuk membuat sekatan

    pada arus udara yang kelauar dari paru-paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung

    supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung .

    iii. Pita suara dirapatkan.

    iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang dapa daerah lelangit

    keras- gusi, kemudiankeluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

    v. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [nani], [nata], [namo ], [nano ]Di tengah perkataan [bana ], [mina ], [tana], [suni]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [ n ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    27/48

    27

    4.1.17 Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ ]

    Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ ]

    i. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat

    udara yang keluar dari paru- paru ke rongga mulut.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara

    dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dirapatkan.iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangot

    lembut. Kemudian keluar melalui rongga hidung.

    v. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [aa] , [iau]

    Di tengah perkataan [ bua ] , [ sia ] , [baga]

    Di akhir perkataan [ tagu ] , [ bara ] , [ gunu ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan []

    4.1.18 Separuh Vokal Dun Bibir Bersuara [ w ]

    Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ w ]

    i. Bibir dibundarkan

    ii. Belakang lidah diangkat kea rah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit

    lembut .

    iii. Pita suara dirapatkan.

    iv. Udara dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa

    menghasilkan bunyi vocal [u] lidah dengan pantas berubah ke posisi untuk

    menghasilkan vocal tengah [ ]

    v. Berikut ialah contoh perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [ wau ], [waris ], [wa ]

    Di tengah perkataan [kawan ] , [ lawan ], [ lewat ]

    Di akhir perkataan _ [ sepa takraw ]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    28/48

    28

    Gambar rajah penghasilan separuh vokal [w]

    4.1.19 Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ]

    Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ j ]

    i. Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vocal [ j ],

    kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas

    kekedudukan vocal tengah [ ]

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak

    supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dirapatkan.

    iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa

    menghasilkan bunyi vokal [I ] kedudukan lidah berubah dengan pantas ke

    kedudukan vocal tengah [ ]v. Berikut ialah contoh perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [ ja ], [ jakin ] , [ jatim ]

    Di tengah perkataan [daja ] , [ baja ]

    Gambar rajah penghasilan separuh vokal [j]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    29/48

    29

    5. KONSONAN PINJAMAN BAHASA MELAYU

    Konsonan yang bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi merupakan pinjaman daripada

    bahasa lain seperti Arab, Sanskrit, Inggeris dipanggil konsonan pinjaman. Biasanya konsonan

    ini digunakan pada perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing tersebut.

    Konsonan pinjaman terdiri daripada :

    i. Geseran bibir- gigi tidak bersuara [ f ]ii. Geseran bibir gigi bersuara [ v ]

    iii. Geseran gigi tidak bersuara [ ]

    iv. Geseran gigi bersuara [ ]

    v. Geseran gusi bersuara [ z ]

    vi. Geseran lelangit keras tidak bersuara [ , ]

    vii. Geseran lelangit lembut tidak bersuara [ x ]

    viii. Geseran lelangit lembut bersuara [ v ]

    5.1 Geseran Bibir- Gigi Tidak Berasuara [ f ]

    Cara penghasilan konsonan [ f ]

    i. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara

    keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara

    tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dibuka ( direnggangkan )

    iv. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-

    gigi. Pita suara tidak digetarkan.

    v. Berikut ialah contoh perkataan yang dihasilkan :

    Di awal perkataan [ fikir ] , [ fitnah ], [ faham ]Di tengah perkataan [ nafkah ] , [ sifir ] , [ sifar ]

    Di akhir perkataan [ arif ] , [ alif ] , [ huruf ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [f]

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    30/48

    30

    5.2 Geseran Bibir Gigi Bersuara [ v ]

    Berikut ialah cara penghasilan konsonan [ v ]

    i. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara

    keluar dengan menggeser melalui sempitan.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekakmenutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dirapatkan.

    iv. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-

    gigi.. Pita suara digetarkan.

    v. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan oleh konsonan [ f ]

    Di awal perkataan [ vocal ] . [ variasi ]

    Di tengah perkataan[ univrsiti ] , [ novel ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan [v]

    5.3 Geseran Gigi Tidak Bersuara ( )

    Berikut ialah proses penghasilan konsonan ( )

    i. Hujung lidah dihampirkan kepada daerah antara gigi atas dengan gigi bawah untuk

    Membuat sempitan pada daerah antara gigi atas dan gigi bawah untuk membuat

    sempitan pada daerah antara gigi atas dan gigi bawah supaya udara keluar dengan

    menggeser.

    ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

    menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    iii. Pita suara dibuka ( direnggangkan )

    iv. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan antara gigi atas

    dan gigi bawah. Pita suara tidak digetarkan.

    v. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    31/48

    31

    Di awal perkataan [nin ] , [alaa]

    Di tengah perkataan [ mial ]

    Di akhir perkataan [ hadi ]

    Gambar rajah penghasilan konsonan []

    6. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu bermaksud Sistem Ejaan Rumi Baharu

    Melayu yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia

    berikutan dari perisytiharan pemakaiannya oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan

    Malaysia dan Menteri Kebudayaan Republik Indonesia serentak pada 16 Ogos 1972..

    Hasil kesepakatan antara Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia maka terhasillah SistemEjaan Rumi Baharu yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.. Jawatankuasa Tetap

    Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan , dan Jawatankuasa ini diletak di

    bawah Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditugaskan untuk menyusun pedoman ejaan

    Rumi ini.

    Sejarah awal menunjukkan bahawa tulisan Rumi Bahasa Melayu telah dilakukan

    oleh pedagang, pegembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Mereka mula

    membuat penulisan tentang Bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Rumi

    Latin. Pada tahun 1522 huruf Latin yang digunakan untuk menulis Bahasa Melayu telah

    ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta.

    Kedatangan bangsa Belanda dalam abad ke-17, mula menjadikan tulisan Rumi

    mula mendapat asas dalam ejaan Rumi Bahasa Indonesia. Pada abad ke-17 hingga

    akhir abad ke -19 bangsa Inggeris juga berminat terhadap Bahasa Melayu telah

    mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi bagi bahasa Melayu. Antara sistem ejaan

    rumi yang telah disusun oleh orang Ingeris ialah Ejaan Rumi Tomas Bowrey (1701),

    Ejaan Rumi J. Howison (1800 ), Ejaan Rumi William Marsden (1812 ), Ejaan Rumi

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    32/48

    32

    Negeri-negeri Selat (1878 ), Ejaan Rumi Swettenham ( 1881), dan Ejaan Rumi Maxwel

    (1882) yang kesemuanya berpedomankan kaedah transliterasi huruf jawi kepada Rumi

    ( Ismail Dahaman, 1992 :43 )

    Pada tahun 1902, bermulalah perancangan ejaan Rumi pertama di Tanah

    Melayu. Jawatankuasa ejaan ini telah diketuai oleh R.J Wilkinson. Hasilnya terhasillah

    Ejaan Wilkinson yang dikenali sebagai Romanised Malay Spelling. Ejaan ini telah

    digunakan secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Sistem ejaantersebut seragam dan digunakan dalam semua kamus dan penerbitan Wilkinson sendiri

    yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an. Antara kamus tersebut

    ialah kamus Jawi-Melayu- Inggeris (1903)

    Sistem Ejaan Rumi terus berkembang terutamanya apabila Maktab Peguruan

    Sultan Idris (SITC) turut memperkembangkannya. Berasaskan ejaan Wilkinson

    penggunaan sistem Ejaan Sekolah telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa tokoh

    bahasa dan pedidik di SITC. Antara buku yang diterbitkan ialah Mithal Huruf Rumi Bagi

    Darjah Satu (1920), Kitab Loghat Melayu susunan R.O Windstedt dan Ibrahim Dato

    Muda Linggi (1921), Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T Dussek (1923) dan

    Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924).

    Selepas Ejaan Wilkinson, Sisitem Ejaan Rumi Zaba telah dihasilkan di SITC.

    Sistem ejaan Zaba ini telah disusun dan diperkemas dalam beberapa tahun dan telah

    dimuatkan dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang

    mengarang SITC. Buku-buku tersebut termasuklah Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1

    (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941) dan Daftar Ejaan Melayu ( Jawi Rumi )

    (1949). Sistem Ejaan Zaba ini telah digunakan sebagai ejaan Sekolah dan ejaan rasmi

    kerajaan sehingga digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia yang

    dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972.

    Sebelum tahun 1967 terdapat beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan diTanah Melayu dan Singapura iaitu Ejaan Fajar Asia yang digunakan dalam majalah

    Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura pada zaman pendudukan Jepun 1942-1945.

    Kali pertama ejaan Rumi mendapat perhatian serius ialah pada tahun 1956

    dalam perbincangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga. Pada 17 April

    1959 satu perjanjian persahabatan antara Malaysia dengan Republik Indonesia. Satu

    pertemuan antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh

    Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-

    Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Dr Slametmuljana di Jakarta pada 4 hingga 7

    Disember 1959. Hasil pertemuan ini telah menghasilkan Ejaan Malindo.Pada tahun

    1966 kerajaan Malaysia membentuk sebuah jawatankuasa Bahasa yang diketuai oleh

    Tuan Syed Nasir bin Ismail.

    Pada 7 September 1966 satu pertemuan antara Jawatankuasa Bahasa / Ejaan

    Malaysia dengan satu rombongan kebudayaan dari Indonesia yang diketuai oleh

    Kolonel Wahju Sukatjo diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Kedua-

    dua negara bersetuju supaya Ejaan Malindo dilaksanakan. Satu lagi rundingan berkaitan

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    33/48

    33

    bahasa telah diadakan pada 20 hingga 25 September 1966 di Jakarta. Kedua-dua

    negara bersetuju untuk mengkaji semula ejaan baharu.

    Kedua-dua negara telah bersetuju untuk memperbetul ejaan masing-masing atas

    dasar berikut :

    1. Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan konsep ilmiah, terutama dalam

    bidang bahasa yang baik.2. Kekurangan-kekurangan yang masih terdapat pada ejaan sekarang dalam hal

    mencerminkan kesanggupan bahasa Malaysia dan Indonesia.

    3. Perlunya usaha kodifikasi dalam pemakaian huruf dan tanda baca yang berlaku

    untuk kedua-dua negara.

    4. Peranan akan dimainkan oleh Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia di Asia

    Tenggara dan diseluruh dunia.

    5. Pentingnya pengajaran membaca dan menulis..

    Berdasarkan pertimbangan tersebut satu rundingan antara Jawatankuasa Ejaan/BahasaMelayu Malaysia dan Team Bahasa KOTI dari Indonesia telah diadakan di Dewan

    Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Rundingan tersebut telah mencapai persetujuan

    mengadakan satu sistem ejaan bersama antara Malaysia dan Indonesia.Ejaan baharu

    ini bersifat ilmiah, ekonomis,dan praktis.

    Akhirnya pada 16 Ogos 1972 kedua-dua negara kemudiannya melaksanakan

    Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia. Walaupun sistem ejaan baharu itu telah

    dugunakan secara rasmi di Malaysia dan negara Indonesia , namun terdapat beberapa

    perkara tentang ejaan tersebut perlu dibincangkan dan diselesaikan segera. Satu

    jawatankuasa telah dibentuk dengan nama Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia. Majlis

    yang dianggotai oleh Jawatankuasa Tetap Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujakbin Rahim dan Panitia Pengambangan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Amran

    Halim telah mengadakan lima persidangan. Dalam Persidangan Kelima Majlis ini yang

    diadakan di Johor Bahru pada 2 hingga 4 Disember 1974., telah bersetuju untuk

    mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap. Kedua-dua belah pihak telah

    bersetuju menerbitkan versia yang sesuai dengan negara masing-masing. Pada 5

    Disember 1974 telah diterbitkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia untuk

    kegunaan umum, dengan ini wujudlah sistem ejaan baharu Bahasa Malaysia-Indonesia

    seperti yang digunakan hari ini.

    ( Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia , 1974)

    5.1 Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu

    Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu terbahagi kepada 4 iaitu :

    1. Abjad dan huruf

    2. Huruf vokal

    3. Huruf Diftong

    4. Huruf Konsonan

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    34/48

    34

    1. Abjad dan huruf

    Sistem ejaan Baharu Bahasa Melayu yang diselaraskan dengan sistem ejaan Bahasa

    Indonesia menggunakan 26 huruf abjaf tulisan Rumi seperti berikut.

    HURUF SEBUTAN PERKATAAN

    Aa e anak

    Bb bi burung

    Cc si cawan

    Dd di dadu

    Ee i ekorFf ef filemGg ji gigi

    Hh ec hatiIi ai ibu

    Jj je jam

    Kk ke kuda

    Ll el lari

    Mm em malam

    Nn en nasi

    Oo o orang

    Pp pi pintuQq kiu quran

    Rr ar rambutSs es sikat

    Tt ti tahuUu yu ubi

    Vv vi vokal

    Ww dabliu wangXx eks xenon

    Yy wai Yuran

    Zz zek zarah

    2. Huruf Vokal

    Terdapat sebanyak enam vokal atau bunyi standard dalam Bahasa Melayu.

    HURUF DI DEPAN DI TENGAH DI BELAKANG

    a api tali kitae (i) e pepet

    (ii) e tallingemakela

    kenapetak

    sosialismetauge

    i itu tidur padi

    o oleh kota pidato

    u ular kuda satu

    3. Huruf Diftong

    Terdapat 3 jenis diftong dalam Bahasa Melayu iaitu ai, au dan oi. Berikut ialah contoh

    diftong dalam Bahasa Melayu :

    DIFTONG DI DEPAN DI TENGAH DI BELAKANG

    ai aising ghairah lambai

    au aurat saudara surau

    oi oidium boikot amboi

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    35/48

    35

    4. Huruf Konsonan

    Terdapat 26 huruf konsonan dalam Bahasa Melayu. Lima daripadanya memakai huruf

    gabungan iaitu gh, kh, ng, dan ny. Berikut contoh perkataan yang dihasilkan :

    HURUFKONSONAN

    DI DEPAN DI TENGAH DI BELAKANG

    b batu sabut adab

    c cakap baca Mac

    d dapur budak abad

    f fikir tafsir maafg guru tiga beg

    gh ghaib maghrib mubaligh

    h hari saham buahj jalan hajat kolej

    k kami paksa adikkh khusus tarikh -

    l langsat bila kesal

    m makan bumi tilamn nasi anak ikan

    ng angin nganga kuning

    ny nyala banyak -p payung tempat siap

    q qari wuquf buraq

    r ratu berat biar

    s sama besar berassy syiling isytihar Quraisy

    t teko mati alatv vitamin universiti -

    w wabak bawa -

    y yakin sayang -z(i)z zaman lazat lafaz

    (ii)x xenon - -

    4.1 Perubahan Huruf Konsonan Lama kepada Baharu

    Terdapat lima perubahan huruh konsonan daripada ejaan lama kepada ejaan Rumi

    baharu seperti berikut :

    HURUF HURUF CONTOH PEMAKAIAN

    i Ch c chacatMachchuci

    jadi cacatjadi Macjadi cuci

    ii Dh d dharabkadhimudharat

    jadi darabjadi kadhijadi mudarat

    iii Dz z dzalimbedzadzat

    jadi zalimjadi bezajadi zat

    iv Sh sy ShaitanSharatmeshuarat

    jadi syaitanjadi syaratjadi mesyuarat

    v Th th mithalIthninbahath

    jadi misaljadi isninjadi bahas

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    36/48

    36

    4.2 Penggunaan tanda koma di atas

    Pengguguran tanda koma dalam sistem ejaan baharu adalah seperti berikut :

    i. Tanda koma di atas () iaitu yang sepadan dengan huruf jawi ain.

    LAMA BAHARU

    alam jadi alamraiI jadi raimaaf jadi maaf

    ii. Tanda koma di atas () , digunakan dengan huruf konsonan k jika menutup

    sukukata.

    LAMA BAHARUmana jadi maknatama jadi tamakrayat jadi rakyat

    iii. Tanda koma di atas () iaitu yang sepadan dengan huruf jawi Hamzah

    dihapuskan jika membuka sukukata.

    LAMA BAHARUsoal jadi soalmasaalah jadi masalah

    iv. Tanda koma di atas digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup sukukata.

    LAMA BAHARUenche jadi encikdato jadi datukruyah jadi rukyah

    4.3 Huruf Yang Diperkenalkan

    Dalam sisitem ejaan Bahasa Melayu terdapat tiga huruf daripada 26 huruf konsonan

    yang diperkenalkan supaya digunbakan secara tetap iaitu q, v dan x.

    i. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf jawi qaf ( ) untuk mengeja

    kata istilah agama atau kata mengenai yang berasal daripada bahasa Arab.

    Contoh perkataannya ialah Quran, qadak dan qadar dan wuquf

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    37/48

    37

    ii. Huruf v pula digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris

    dan bahasa-bahasa asing yang lain. Contoh perkataannya ialah : vitamin,

    resolusi, vocal, subversive, novel dan university.

    Huruf ve pula hadir di akhir ditukar menjadi f. Contohnya

    active jadi aktif

    passive jadi pasif

    negative jadi negative

    iii. Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar

    menjadi z. Contohnya

    Xeromorph jadi xeromorf

    Xenon jadi xenon

    Xanthete jadi xantat

    5. Sistem Keselarasan Huruf Vokal

    Sistem keselarasan Huruf vokal dalam sistem ejaan Bahasa Melayu bermaksud sisitematau aturan mengikut kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada

    kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata prakhir dengan huruf vokal

    ini berlaku mengikut syarat yang berikut :

    i. Keselarasan diantara dua huruf vokal pada kata dasar.

    ii. Kata dasar hendaklah berakhiran suku kata tertutup

    iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata yang terlibat dengan

    sisitem keselarasan huruf vokal hanyalah suku kata yang terakhir sahaja.

    5.1 Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, terdapat sebanyak 18 pola keselarasan

    huruf vokal seperti yang berikut :

    Pola Keselarasan Vokal

    SUKU KATA PRAAKHIR SUKU KATA AKHIRTERTUTUP

    CONTOH PEMAKAIAN

    (1) A - a arah, panas, kalah,halaman

    (2) a - i alih, gadis, habis,sumbangsih

    (3) a - u Asuh, batuk, halus,lembayung

    (4) e pepet - a Emak, telan, kelam,tembelang

    (5) e pepet - i Benih, lebih, betik, sembelih

    (6) e pepet - u Belum, telur, tempuh,temenggung

    (7) e taling - a Enak, dewan, tewaws,belerang

    (8) e taling - e taling Gelek, heret, leceh, selekeh(9) e taling - o Elok, esok, boleh, selekoh

    (10) i - a Ingat, bilang,hilang, selinap

    (11) i - i Intip, pilih, sisih, belimbing

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    38/48

    38

    (12) o - u Cium, riuh, tiup, tembeliung(13) o - a Olah, otak, boring, sekolah

    (14) o - e taling Boleh, korek, oleh, celoteh

    (15) o - o Botol, kotor, borong,kelompok

    (16) o - a Ulat, ubat, tumpamg,ketupat

    (17) u - i Usik, pulih, tulis, cungkil

    (18) u - u Tujuh, tunduk, untuk,tengkujuh

    5.2 Contoh Kesalahan Ejaan

    Berikut ialah contoh kesalahan yang dilakukan berikutan tidak mematuhi pola

    keselarasan vokal yang ditetapkan.

    POLA KESALAHAN EJAAN SALAH EJAAN BETUL1. Pola a - i adek

    agehbalekcacengfasehgandenghader

    jalenfasehgasenghamelitekkaferlampermasehnasebpaleng

    adikagihbalikcacingfasihgandinghadir

    jalinfasehgasenghamelitikkafirlampirmasihnasibpaling

    2. Pola a -u adohasohbagosbatokcantomdapordatokgadohgantong

    jalorjantongkampongkaronglambongmaklommasokpayong

    aduhasuhbagusbatukcantumdapurdatukgaduhgantung

    jalurjantungkampungkarunglambungmaklummasukpaying

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    39/48

    39

    pasongrabonsantontudong

    pasungrabunsantuntudung

    3. Pola e (pepet)-i betekcelekcerdekdegel

    detekhenengjelengjerengkepengkerlenglebehlenderpelekpetersembelehsempet

    sengehtempek

    betikcelikcerdikdegil

    detikheningjellingjeringkepingkerlinglebihlenderpelikpetirsembelihsempit

    sengihtempik

    4. Pola e (pepet) -u bedokberokbetolcekorcelorcelopdegopgemokgeron

    jengokjerokkebonkepongketokketolmendonglesongpenohsentohserboksendoktenontepoktepong

    bedukberukbetulcekurcelurcelupdegupgemukgerun

    jengukjerukkebunkepungketukketulmendunglesungpenuhsentuhserbuksenduktenuntepuktepung

    5. Pola e (taling ) -i anikabicakdiwanbirangkeciwa

    anekabecakdewanberangkecewa

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    40/48

    40

    liwatrihatrikaselisasiwatiwas

    liwatrehatrekaselesasewatewas

    6. Pola i - i bilek

    bisekbisengcicercicetdikerfikergilerhilerintepmilekpilehrisek

    rintehsilehselisehsirehsisektilek

    bilik

    bisikbisingcicircicitdikirfikirgilirhilirintipmilikpilihrisik

    rintihsilihselisihsirihsisiktilik

    7. Pola I - u bidokbingongsisolhiborhidophimpon

    lingkongnibongriohsiboktidortimboltimon

    bidukbingungbisulhiburhiduphimpun

    lingkungnibungriuhsibuktidurtimbultimun

    8. Pola o - o buduhbungkukbuhungcundungcuntuh

    gulungankungkungkuturlumbunglungguklurungmuntukmuyuknumbur

    bodohbongkokbohongcondongcontoh

    golongankongkongkotorlombonglonggoklorongmontokmoyoknombor

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    41/48

    41

    pulungpundukrukukrumbungansukungansumbungsuruktuhur

    tukuhtunjul

    polongpondokrokokrombongansokongansombongsoroktohor

    tokohtonjol

    9. Pola o - a bulabungkarburanggudahurmatkurbanmuga-mugapurak-perandaperumpak

    rumarundasekulahsuraktulaktungkat

    bolabongkarboringgodahormatkorbanmoga-mogaporak- perandaperompak

    romarondasekolahsoraktolaktongkat

    10. Pola o - e bolihcompingcontingdompitgoring

    korikolihrobiksoliksongiltolihtopingtorih

    bolehcompengcontengdompetgoring

    korekolehrobeksoleksongeltolehtopengtoreh

    11. Pola u - i buehcubetguleng

    kucengkuehpulehputehruncengruncetsuntekusek

    buihcubitguling

    kucingkuihpulihputihruncingruncitsuntikusik

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    42/48

    42

    12. Pola u - u burongburokbusongcucokdudokdukonggulonghujong

    hulorjujorjunjongkuborkucopkulomlumpohmundormusohpujokpukolruntoh

    sulongsuntoktunjokuntok

    burungburukbusungcucukdudukdukunggulunghujung

    hulurjujurjunjungkuburkucupkulumlumpuhmundurmusuhpujukpukulruntuh

    sulungsuntuktunjukuntuk

    13. Pola e (taling) e(taling)

    belikcetikgelikgelinggelitekherit

    jeripet

    lecihlepir

    belekbetekgelekgelenggeletekheret

    jerepet

    jecehleper

    14. Pola e (taling ) - o becukbelukbengkukbesukcedukekurelukgendungherutkecuhkendungkelungpesungserungtekungtenguk

    becokbelokbengkokbesokcedokekorelokgendongherotkecohkendongkelongpesongserongtekongtengok

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    43/48

    43

    5.3 Pola Kekecualian Kepada Keselarasan Huruf Vokal

    Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai

    kekecualian kepada pola keselarasan huruf vokal. Pola kekecualian ini digunakan untuk

    mengeja kata-kata pinjaman seperti:

    POLA VOKAL CONTOH KATABAHASA NUSANTARA

    CONTOH KATABAHASA INGGERIS

    1. a e taling awet, aneh, kaget, pamer, raden cabaret, panel2. a - o calon, lakon, lancing, lapor, keraton atom. kontraktor

    3. e pepet etaling

    gembleng

    4. e pepet - o jempol , bendok gabenor, interkom

    5. I e taling Imlek parlimen, simen, tiket

    6. I - o ijon, pilon diftong, transistor

    7. u e taling tulen, ulet subjek, dokumen

    8. u - o bunglon, buron, lelucon kupon, konduktor

    9. a e pepet Pakem teater

    10. e taling - i hipotesis, objektif

    11. e taling - u petroleum, spektrum12. e pepet e

    pepetdemdem, pepet

    13. i e pepet Iseng filem, artikel, partikel

    14. o - i hipokrit, fosil15. o - u bonus, forum

    16. u e pepet Lumer skuter

    6. Ejaan Kata Pinjaman Daripada Bahasa Inggeris

    Ejaan bagi kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah

    yanglain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan

    Bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan

    Bahasa Melayu. Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau

    bentuk visual. Sistem ejaan ini dipinjam daripada bahasa asing atau dieja mengikut bentuk

    tampak, iaitu hamper sama dengan ejaan yang ditetapkan. Berikut ialah contoh perkataan.

    BIL BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA

    1. abstract abstrak

    2. aggressive agresif

    3. alkaloid alkaloid

    4. anthropology antropologi5. atom atom

    6 barbecue barbeku

    7 battery bateri8. beaker bikar

    9 beer bir

    10 block blok

    11 bonus bonus

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    44/48

    44

    12 dialect dialek13. diesel diesel

    14. dividend dividen

    15. drama drama

    16. dualism dualisme

    17. duet duet18. effective efektif

    19. express ekspress

    20. engine enjin21. apple epal22. aesthetics estetika

    23. factor faktor

    24. phoneme fonem25. function fungsi

    26. garage garaj27. geometry geometri

    29. graph graf

    29. harmony harmoni

    30. hotel hotel

    31. idealist idealis

    32. identity identiti

    33. image imej34. iodine iodin

    35. journal jurnal36. calorie kalori

    37. carbon karbon

    38. cartoon kartun39. kilo kilo

    40. classic klasik

    41. clinic lkinik

    42. congress kongres

    43. coat kot44. quality kualiti

    45. linguistics linuistik46 lobby lobi

    47. logic logik48. lorry lori

    49. magistrate majistret

    50. neon neon

    51. novel novel

    52. operator operator

    53. pie pai

    54. pound paun

    55. petroleum petroleum56. pill pil

    57. premium premium

    58. prestige prestij

    59. psychology psikologi60. regime rejim

    61. recruit rekrut

    62. rhetoric retorik

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    45/48

    45

    63. sabotage sabotaj64. science sains

    65. cent sen

    66. cylinder selinder

    67. system sistem

    68. scheme skim69. scooter skuter

    70. stadium stadium

    71. status status72. structure struktur73. technique teknik

    74. technology teknologi

    75. taxi teksi76 tissue tisu

    77 traffic trafik78 tractor traktor

    79 unit unit

    80 university universiti

    81 vacuum vakum

    82 wire wayar

    83 whistle wisel

    84 whisky wiski85 xanon xenon

    86 zoo zoo

    6.1 Kekecualian Ejaan yang Sudah Lama

    Dalam Sistem Ejaan Bahasa Melayu terdapat beberapa kekecualian daripada peraturan

    yang ditetapkan. Kekecualian ini diberikan kepada perkataan Bahasa Inggeris yang

    sudah lama digunakan dalam Bahasa Melayu. Berikut ialah contoh perkataan tersebut.

    BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU

    class kelas bukan klas

    club kelab bukan klub

    custom kastam bukan kustomdriver drebar bukan driver

    glass gelas bukan glassgrant geran bukan gran

    modern moden bukan modern

    pension pencen bukan pension

    Plan pelan bukan plan

    stamp setem bukan stem

    7 Manfaat yang diperolehi daripada Sistem Ejaan Baharu

    Bahasa Melayu di jadikan sebagai Bahasa Ilmu

    Sistem ejaan Baharu yang dipersetujui ini telah dapat mengangkat martabat menjadikan

    Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ia bermaksud Bahasa Melayu mampu dijadikan sebagai

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    46/48

    46

    bahasa penghantar ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu Sains, Teknologi, Ekonomi,

    Kejuruteraan, Kedoktoran, undang-undang, sastera dan agama. Istilah-istilah baharu yang

    diserapkan dalam Bahasa Melayu menjadikan Bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa

    akademik yang lengkap. Laras-laras bahasa yang khusus perlu ada untuk menerangkan hal-hal

    tentang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, dan elektronik, kejuruteraan mekanikal dan

    kejuruteraan kimia. Selain itu juga fungsi Bahasa Melayu dapat dilihat dalam bidang-bidang

    seperti kedoktotan yang memerlukan Bahasa Melayu sebagai alat untuk menerangkan tentang

    bidang Anatomi, Biokimia, Farmakologi, fisiologi, mikrobiologi perubatan, obstetric danginakolog,optalmologi,otothinolaringologi, parasitologi. Patologi,pediatric, perubatan

    psikologi,perubatan kemasyarakatan dan surgeri.

    Selain itu juga Bahasa Melayu turut berperanan sebagai bahasa penghantar untuk ilmu

    seperti sains sosial dan kemanusiaan seperti kesusasteraan, sejarah, seni ukir, sains

    rumahtangga dan sebagainya ( Nik Safiah Karim, 1986 : 6). Menurut Abdul Hamid Mahmood

    (2000) Sebagai Bahasa ilmu Bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah

    dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-

    hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat perniagaan saham, pengurusan

    perkauman dan perangkaan.Ini bermaksud Bahasa Melayu mestilah mempunyai kekuatan

    standing dengan kekuatan Bahasa Inggeris dalam memperkatan konsep dan pemikiran ilmumoden. Bahasa Melayu mestilah standing dengan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris,

    Bahasa Perancis, Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun yang sudah lama berperanan sebagai

    bahasa ilmu moden dengan jayanya ( Abdul Hamid Mahmood 1993 : 79)

    Bagi mencapai taraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu, Bahasa Melayu mestilah

    mempunyai dua cirri penting iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa (

    Havranek, dalam Garvin 1984)

    Keintelektualan bahasa bermaksud adanya pengembangan perbendaharaan kata dan

    istilah-istilah baru. Perlu ada juga penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata iaitu

    dengan member pengertian pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan tertentu bagisesuatu bidang tertentu. Perkataan yang baru itu mestilah bersifat tepat, sprsifik dan abstrak.

    KESIMPULAN

    Sebagai penutur jati Bahasa Melayu pengetahuan yang tepat tentang bahasa itu akan menjadi

    kayu ukur kearah kesempurnaan bahasa itu sendiri. Ciri-ciri kesempurnaan bahasa itu akan

    menjadikan bahasa itu sesuai , tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks

    penggunaannya. Kesempurnaan bahasa itu dapat dlihat melalui sifat-sifat kestabilan,

    kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Ciri-ciri yang ada ini akan dapat

    memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu mampu digunakan

    sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden seperti ilmu Sains, , Teknologi, Ekonomi,

    Kejuruteraan, Kedoktoran dan undang-undang disamping ilmu Sastera dan Agama.

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    47/48

    47

    RUJUKAN

    Abdul Hamid Mahmood (2012). Gunakan Bahasa Melayu Yang Betul. Kuala Lumpur: Aslita

    Sdn. Bhd

    Abdul Hamid Mahmood, Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik Fonetik dan Fonologi, KualaLumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

    Abdul Hamid Mahmood ( 2012 ) . Menguasai Bahasa Melayu Tinggi, Kuala Lumpur: Percetakan

    Zafar Sdn. Bhd.

    Abdullah Hassan (2005). Lingustik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: PTS

    Publication & Distributors.

    Abdullah Hassan, Indrawati Zahid ( 2006 ), Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur, PTS

    Professional

    Indrawati Zahid (2006 ) Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

    Melayu, Kuala Lumpur:PTS Professional.

    Harimurti Kridalaksana (2008), Kamus Lingustik, Edisi Keempat, Jakarta: Gramedia Pustaka

    Utama.

  • 7/28/2019 BML3043 FONETIK

    48/48