topik 4 kesepaduan penggabungjalinan pj)

29
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Selaras dengan itu kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR perlu didedahkan kepada bakal guru yang akan ke sekolah mendidik murid-murid ke arah perkembangan menyeluruh bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Latihan-latihan yang dirancang dalam unit ini adalah menjurus kepada peningkatan dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan kebolehan mentaksir huraian kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR. Bakal guru juga diharapkan supaya benar-benar memahami dan mendalami isi kandungan, kehendak dan hala tuju kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR dan seterusnya berupaya merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan murid-murid ke arah meningkatkan lagi potensi ke tahap optimum. Tajuk –tajuk yang didedahkan kepada bakal guru di dalam unit ini ialah : 1. Konsep penggabungjalinan dalam Pendidikan Jasmani KBSR 2. Matlamat dan objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR 3. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR 4. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR Diharapkan unit ini akan dapat membantu mencapai objektif yang disasarkan. Sumber-sumber yang lain perlu dicari sebagai rujukan tambahan kepada unit ini. 31

Upload: ravi-chandran

Post on 04-Jul-2015

1.899 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Pengenalan

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Selaras dengan itu kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR perlu didedahkan kepada bakal guru yang akan ke sekolah mendidik murid-murid ke arah perkembangan menyeluruh bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Latihan-latihan yang dirancang dalam unit ini adalah menjurus kepada peningkatan dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan kebolehan mentaksir huraian kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR. Bakal guru juga diharapkan supaya benar-benar memahami dan mendalami isi kandungan, kehendak dan hala tuju kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR dan seterusnya berupaya merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan murid-murid ke arah meningkatkan lagi potensi ke tahap optimum.

Tajuk –tajuk yang didedahkan kepada bakal guru di dalam unit ini ialah :

1. Konsep penggabungjalinan dalam Pendidikan Jasmani KBSR2. Matlamat dan objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR3. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR4. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR

Diharapkan unit ini akan dapat membantu mencapai objektif yang disasarkan. Sumber-sumber yang lain perlu dicari sebagai rujukan tambahan kepada unit ini.

31

Page 2: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

UNIT 10 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI KBSR

Sinopsis

Dalam unit ini, anda akan didedahkan kepada Kurikulum Pendidikan Jasmani Adalah diharapkan agar penerangan ini dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan seterusnya anda dapat mentaksir huraian kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR. Selain itu, anda akan didedahkan pada matlamat, objektif dan kandungan Pendidikan Jasmani KBSR. Anda juga akan diberi penerangan berkaitan dengan pelaksanaan Pendidikan Jasmani bagi golongan khas dan konsep penggabungjalinan dalam Pendidikan Jasmani.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

1. menyatakan matlamat Pendidikan Jasmani dalam KBSR;

2. memahami maksud kurikulum bersepadu dan terancang dalam Pendidikan Jasmani

3. menghuraikan objektif dan kandungan sukatan Pendidikan Jasmani KBSR

4. membincangkan konsep kesepaduan dan penggabungjalinan dalam Pendidikan Jasmani;

5. menganalisis Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSR);

6. membincangkan peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani KBSR

32

Page 3: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

TAJUK 1Konsep Penggabungjalinan Dalam Pendidikan

Jasmani KBSR

1.1 Pengenalan

Apabila mengajar tajuk pergerakan kreatif dalam Pendidikan Jasmani, guru mungkin akan meminta murid menyanyi lagu atau mengikut rentak muzik. Murid juga mungkin melompat sambil mengira jumlah lompatan dalam aktiviti pergerakan kreatif tersebut. Jika kedua-dua aktiviti menyanyi dan pergerakan dilakukan semasa kelas Pendidikan Jasmani, maka guru telah mengaplikasikan aspek penggabungjalinan dalam pengajarannya.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat ;

1. menerangkan maksud “penggabungjalinan”, dan

2. memberi contoh-contoh eksplisit tentang penggabungjalinan dalam Pendidikan Jasmani.

1.3 Isi Pelajaran

1.3.1 Maksud “penggabungjalinan”

KBSR menitikberatkan penguasaan kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR berhasrat untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru-guru sekolah rendah dan menengah digalakkan mengaplikasikan penggabungjalinan dalam pengajaran.

1.3.2 Apakah itu penggabungjalinan?

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan ialah proses pembelajaran beberapa kemahiran dalam satu pelajaran atau beberapa pelajaran yang saling berkaitan.

33

Page 4: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Prinsip penggabungjalinan mengutamakan penyampaian beberapa kemahiran dalam satu pelajaran. Prinsip ini melibatkan dua strategi, iaitu:

a) menggabung jalin beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran dikenali sebagai “intra”

b) menggabung jalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu mata pelajaran dikenali sebagai “inter”

Melalui proses penggabungjalinan, beberapa kemahiran dikuasai serentak. Ini akan menjadikan proses pembelajaran menjadi sesuatu yang bermakna melalui aktiviti yang menarik.

1.3.3 Bilakah penggabungjalinan dilaksanakan?

Pada dasarnya, sebelum penggabungjalinan beberapa kemahiran dapat dilaksanakan, kemahiran asas hendaklah dikuasai terlebih dahulu.

Contohnya, murid perlu menguasai terlebih dahulu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca dan menulis secara mekanis. Selepas kemahiran ini dikuasai, tiada halangan untuk melaksanakan penggabungjalinan.

1.3.4 Contoh penggabungjalinan dalam Pendidikan Jasmani

Mari kita lihat beberapa contoh penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Contoh A Pengabungjalinan berbentuk “Intra”

Tahun Bidang/unit Pembelajaran Contoh Penggabungjalinan

1 1. Kecergasan Fizikal Ketangkasan.

a) Lari zig-zag tukar arah

b) Melambung bola kecil sambil lari zig-zag mengikut susunan skital

KecergasanKemahiran Ketangkasan- aktiviti Lari zig-zag dan menukar arah

Manipulasi alatankemahiran Manipulasi dengan Alatan (bola kecil)- aktiviti melambung dan menyambut bola kecil

34

Page 5: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Contoh BPengabungjalinan berbentuk “Intra”

Tahun Bidang/unit pembelajaran Contoh Penggabungjalinan

4 1. Permainan - Bola Baling - pelbagai gaya menjaring

Kecergasan.Kemahiran kuasa- Lonjak dan merejam bola- Lonjak dan baling bola menuju sasaran

PermainanKemahiran menjaring dalam bola baling- Menjaring dalam berbagai jarak- Menjaring dalam berbagai arah- Menjaring berhalangan

Contoh CPengabungjalinan berbentuk “Inter”

Tahun Bidang/unit pembelajaran Contoh Penggabungjalinan

2 Pergerakan Kreatif- Tema 8 Ritma-ritma Berkaitan Dengan Pekerjaan

Bahasa Melayu- mencipta dua pantun empat kerat dan teka teki berkaitan “Pekerjaan”- melengkapkan teka silang kata dalam lembaran kerja (menulis)

Muzik- menyanyi lagu “Abang Beca” dengan mengikut irama dan pic yang betul sambil mengayakan lakuan sebagai penarik beca

Pendidikan Jasmani- melakukan pergerakan kreatif melambangkan pekerjaan.

Ya, para pelajar. Sudah tentu anda telah mendapat satu gambaran yang lebih jelas tentang penggabungjalinan dalam Pendidikan Jasmani.

Contoh penggabungjalinan yang dicatat sebenarnya merupakan aktiviti yang akan dilakukan oleh murid semasa kelas Pendidikan Jasmani anda. Aktiviti yang dirancang ini pelbagai, menarik dan dapat membantu murid menguasai ilmu pengetahuan untuk menjamin kesejahteraan mereka.

35

Page 6: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Latihan 1

1.4 Rumusan

Penggabungjalinan merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan untuk mencapai objektif yang berikut:

a. Membolehkan murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan lebih bermakna.

b. Mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik.

c. Menghasilkan pembelajaran yang berkesan.d. Saling kukuh memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.e. Membantu dalam perkembangan individu yang seimbang dan menyeluruh.

1.5 Bacaan Asas

Institut Bahasa (1992). Asas KBSR I : Jilid 1 (Siri Panduan Guru KBSR). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

1.6 Rujukan

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PetalingJaya: Longman.

Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Pengkhususan). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

36

Berbincang dengan rakan kuliah anda.

Dengan merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR, pilih satu tajuk dan catatkan contoh penggabungjalinan dalam Pendidikan Jasmani.

Gunakan contoh-contoh di atas sebagai panduan.

Catatkan hasil perbincangan anda secara individu

Page 7: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

TAJUK 2Matlamat Dan Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani

KBSR

2.1 Pengenalan

Pernahkah anda mendengar pepatah mengatakan “otak yang waras terletak pada badan yang sihat” . Ini ada benarnya dan telah menjadi satu keperluan yang penting pada zaman sekarang.

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan dan menghuraikan matlamat kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR.

2. memahami maksud kurikulum terancang dan bersepadu dalam Pendidikan Jasmani.

3. menjelaskan dan menghuraikan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani;

2.3 Isi pembelajaran

2.3.1 Matlamat kurikulum Pendidikan Jasmani

Matlamat Pendidikan Jasmani dalam kontek KBSR bertujuan membantu murid menjadi cergas, berpengetahuan, bermoral dan berkemahiran melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan yang bersepadu dan terancang.

2.3.2 Mengapa perlu cergas dan menjadikannya sebagai amalan?

Kemajuan Negara yang berterusan sangat bergantung kepada faktor kesihatan dan kecergasan rakyatnya. Oleh itu, amalan gaya hidup sihat dan cergas perlu disemai di kalangan kanak-kanak pada peringkat awal lagi. Murid yang cergas akan menjadi dewasa yang cergas. Secara langsung mereka akan menjadi asas kepada pembinaan masyarakat yang produktif dan mempastikan proses pembangunan Negara dapat diteruskan.

37

Page 8: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Usaha ke arah “Malaysia Cergas” boleh tercapai sekiranya masalah kesihatan rakyat dapat diminimumkan. Malaysia memerlukan rakyat yang sihat, cergas dan produktif untuk merealisasikan Wawasan 2020. Pendidikan Jasmani di sekolah memastikan murid-murid berpeluang belajar sambil menjadi cergas.

2.3.4 Apa pula yang dimaksudkan pembelajaran yang bersepadu dan terancang?

Kurikulum Pendidikan Jasmani direkabentuk mengikut prinsip-prinsip asas perkembangan kurikulum seperti;

a. Pengulangan (Repetition).

Ketiga-tiga Tunjang Pembelajaran Pendidikan Jasmani berulang dari tahun 1 hingga tahun 6 iaitu tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan.

b. Kesepaduan (Integration)

Pengajaran topik-topik dalam Pendidikan Jasmani mengamalkan pendekatan gabungjalin kemahiran dan gabungjalin dengan matapelajaran yang lain serta seboleh-bolehnya merentas kurikulum.

c. Progresif (Progression)

Pemetaan Huraian sukatan Pelajaran Pendidikan jasmani menunjukkan penyusunan yang bermula dengan topik yang mudah dan beransur maju menjadi kompleks dan mendalam mengikut tahun atau tahap.

d. Skop (Scope)

Merujuk kepada keluasan dan kedalaman sesuatu tajuk yang hendak disampaikan. Ini berkaitan dengan sebanyak mana sesuatu tajuk atau subtajuk hendak diajar.

e. Turutan (Squencing)

Merujuk kepada pengaturan isi pelajaran untuk memudahkan proses pembelajaran. Konsep turutan yang juga dikenali sebagai “perhubungan tegak” ada berkait secara langsung dengan aspek kesinambungan dalam penyampaian isi pelajaran sesuatu tajuk pada masa yang berlainan.

Sukatan pelajaran PJ menunjukkan turutan secara “spiral” di mana ketiga-tiga tajuk utama dan subtajuk mengulang dari tahun 1 hingga ke sekolah menengah. Bertujuan memastikan ada kesinambungan dalam penguasaan ilmu dan kemahiran.

38

Page 9: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

2.3.5 Objektif kurikulum Pendidikan Jasmani

Setelah berbincang tentang matlamat Pendidikan Jasmani, mari kita meninjau pula objektif-objektif Pendidikan Jasmani KBSR:

Murid dapat:

a. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor;

b. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;

c. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;

d. Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal;

e. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan

f. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Mari kita lihat bagaimana objektif di atas dapat dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Cuba anda fikirkan lima aktiviti fizikal dan senaman yang murid anda lakukan sebagai rutin harian selepas mereka mengikuti pembelajaran pendidikan Jasmani.

Cuba perhatikan contoh tajuk-tajuk yang diajar kepada murid-murid tahun 1. Cuba anda fikirkan adakah objektif boleh dicapai melalui kegiatan yang disenaraikan.

Tunjang Pembelajaran aktiviti Objektif yang dicapai

Kecergasan1. Lari berterusan tanpa

henti.2. lari ulang alik 10 meter

Kemahiran 1. manipulasi alatan.2. Pergerakan kreatif

Kesukanan1. Keselamatan semasa

bersukan.

39

Page 10: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

2.4 Rumusan

Kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR yang dibentuk adalah mengambil kira keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu secara menyeluruh selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam pembinaan kurikulum ini, prinsip-prinsip asas perkembangan kurikulum diambil perhatian iaitu prinsip Pengulangan (Repetition), Kesepaduan (Integration), Progresif (Progression), Skop (Scope), Turutan (Sequencing).

2.5 Bacaan Asas

Institut Bahasa (1992). Asas KBSR I : Jilid 1 (Siri Panduan Guru KBSR). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.6 Rujukan

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PetalingJaya: Longman.

Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Pengkhususan). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

40

Page 11: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

TAJUK 3 Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dalam KBSR

3.1 Pengenalan

Dalam KBSR yang dilaksanakan pada tahun 1983, Pendidikan Jasmani adalah antara mata pelajaran dalam komponen Kesenian dan Rekreaksi. Aspek pembelajaran ilmu kesihatan yang formal sebagai satu mata pelajaran tidak wujud. Ilmu Kesihatan disampaikan melalui mata pelajaran seperti Alam dan Manusia, Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani melalui strategi penyerapan dan integrasi.

Mulai Disember 1994, berikutan rombakan kecil ke atas kurikulum sekolah rendah, KBSR dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah tidak lagi dikenali sebagai Kurikulum baru Sekolah Rendah. Alam danManusia diganti dengan dua mata pelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Aspek Pendidikan kesihatan disepadukan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan diberi nama Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

Pada tahun 1999, mata pelajaran PJK sekali lagi mengalami perubahan. PJK dijadikan dua mata pelajaran berasingan. Iaiitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kedua-dua mata pelajaran mempunyai sukatan pelajaran sendiri yang digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat:

1. Memahami kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR.

2. Menghurai dan menganalisis kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR.

3.3 Isi Pelajaran

3.3.1 Aspek-aspek dalam Sukatan Pendidikan Jasmani.

Sebagai guru anda hendaklah mengkaji dengan teliti aspek-aspek sukatan pelajaran pendidikan Jasmani supaya benar-benar faham falsafah dan matlamat mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

41

Page 12: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Perhatian hendaklah diberikan kepada aspek-aspek berikut dan perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):

1. Pengenalan2. Matlamat3. Objektif4. Kemahiran Berfikir5. Nilai-nilai Murni6. Penilaian7. Prinsip Organisasi Kandungan8. kandungan Sukatan Pelajaran

Sekarang mari kita mengkaji dan menghuraikan setiap aspek yang ada dalam Sukatan Pendidikan Jasmani untuk meningkatkan lagi kefahaman kita berkaitan dengan Sukatan Pendidikan Jasmani dalam KBSR.

3.3.2 Pengenalan.

Semua kanak-kanak suka bergerak bersesuaian dengan naluri mereka. Pengalaman melakukan pergerakan akan meningkatkan keupayaan kinestatik mereka. Namun, cara pergerakan yang betul dan selamat perlu diajar dari awal lagi supaya amalan bergerak yang tidak betul dan kurang selamat tidak dilakukan apabila mereka mencapai peringkat remaja kelak.

Bagi memenuhi keperluan naluri ingin tahu, kanak-kanak suka meneroka alam sekeliling mereka. Mereka ingin tahu keupayaan tubuh badan meneroka alam sekeliling. Mereka ingin tahu fungsi tubuh badan. Mereka memerlukan peluang untuk meluahkan perasaan dan ekspresi kreatif mereka secara sihat dan fizikal.

Kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama untuk belajar dan mendapat pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang seimbang dan rakyat yang sejahtera. Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

Murid perlu diberi peluang untuk memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani.

Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi ke tahap optimum.

42

Page 13: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

3.3.4 Matlamat dan objektif

Kita telah pun membincangkan matlamat dan objektif dalam tajuk 2 Unit 10. Adakah anda memahami matlamat kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR ? Jika faham cuba anda kaitkan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.3.5 Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan Jasmani

Dalam aktiviti Pendidikan Jasmani, murid-murid berpeluang mengambil bahagian secara aktif, ini bererti mereka berpeluang memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran ini termasuklah juga daya berfikir secara kritis dan kreatif.

Melalui pendekatan pengajaran yang berkesan murid-murid akan didedahkan kepada situasi di mana mereka akan dididik membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuklah membuat kategori, menerangkan sebab, mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora dan mencipta definisi.

3.3.6 Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani juga memberi perhatian kepada pemupukan nilai-nilai murni di kalangan murid dalam KBSR. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tajuk-tajuk pelajaran Pendidikan Jasmani yang terancang menawarkan skop yang luas untuk menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang dihasratkan. Antara Nilai-nilai murni yang perlu diterap dan diamalkan ialah semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepimpinan dan penyertaan.

3.3.7 Penilaian

Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Penilaian ialah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid-murid dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani. Penilaian dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah berasaskan sekolah (school-based evaluation.). Dirancang dan dikendalikan oleh guru dengan menggunakan alat pengujian yang bersesuaian dengan tujuan penilaian di peringkat sekolah.

Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, amali, penulisan dan lisan. Hasil penilaian digunakan untuk membuat tindakan susulan bagi meningkatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru yang lain.

43

Page 14: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

3.3.8 Prinsip Organisasi Kandungan

Kandungan mata pelajaran ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan keperluan kanak-kanak sekolah rendah. Kandungan Pendidikan Jasmani sekolah rendah disusun berasaskan tiga tunjang pembelajaran yang menjadi teras aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dari tahun 1 hingga tahun 6. Tiga tunjang pembelajaran dalam sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999) tersebut ialah:

1. Tunjang Kecergasan2. Tunjang Kemahiran3. Tunjang Pendidikan Sukan

Setiap tunjang pembelajaran mengandungi tajuk atau topik pembelajaran di mana murid-murid berpeluang;

melibatkan diri dalam pelajaran secara aktif dan selamat Berinteraksi dengan bahan, alat dan rakan secara kreatif Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran telah berlaku.

3.3.9 Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran

Tunjang 1 Tunjang 2 Tunjang 3Kecergasan Kemahiran Pendidikan Sukan

(a) Kecergasan berasaskan kesihatan:

Daya tahan kardiovaskular

Daya tahan otot Kekuatan Kelenturan Komposisi badan

(b) Kecergasan berasaskan perlakuan motor:

Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindak balas Kepantasan Konsep, definisi,

prinsip dan kaedah latihan

(a) Pergerakan asas(b) Permainan(c) Olahraga(d) Gimnastik(e) Pergeraka

n kreatif(f) Rekreasi(g) Kesenggan

gan

1. Keselamatan2. Pengurusan3. Kerjaya4. Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan(e) Etika

3.4 Rumusan

44

Page 15: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani memberikan panduan tentang skop dan kandungan bagi membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran. Dengan pengetahuan yang mendalam tentang sukatan ini sudah pasti guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan.

Pendidikan Jasmani membantu murid meningkatkan kecergasan. Murid juga berpeluang meningkatkan pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran dan nilai murni serta amalan kecergasan. Panduan Sukatan menjadi panduan dalam merealisasikan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.5 Rujukan

Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Petaling Jaya: Longman.

45

Page 16: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

TAJUK 4 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR

4.1 Pengenalan

Selain dokumen Sukatan Pelajaran, guru perlu merujuk kepada dokumen Huraian Sukatan Pelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSR) mengandungi perincian kurikulum yang merupakan panduan kepada guru dalam usaha merancang sesi pengajaran dan pembelajarannya.

4.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat:

1. menyatakan kepentingan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSR) untuk guru Pendidikan Jasmani ; dan

2. menganalisis kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSR).

3. Memahami peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani KBSR.

4.3 Isi Pelajaran

4.3.1 Objektif Pendidikan Jasmani

Latihan 1

46

Sebelum melihat kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSR) dengan terperinci, mari kita ulangkaji tentang objektif Pendidikan Jasmani yang telah dipelajari semasa Tajuk 2.

Sila catatkan objektif Pendidikan Jasmani dalam ruang yang disediakan.

Page 17: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Rajah 5.1 Objektif Pendidikan Jasmani

Objektif Pendidikan Jasmani di atas juga merupakan panduan untuk guru-guru Pendidikan Jasmani untuk menuju ke arah mendidik muridnya agar hidup dengan cergas dan sejahtera.

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI

Selepas mengikuti program Pendidikan Jasmani, murid boleh:

a. ____________________________________________________

____________________________________________________

b. ____________________________________________________

____________________________________________________

c. ____________________________________________________

____________________________________________________

d. ____________________________________________________

____________________________________________________

e. ____________________________________________________

____________________________________________________

47

Page 18: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

4.3.2 Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran

Latihan 2

a. Rujuk muka surat vii.

Senaraikan 3 cara budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan diamalkan di sekolah.

Rajah 5.2 Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani

Anda diminta merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSR) untuk menjawab soalan-soalan berikut.

Latihan ini akan dibuat secara berpasangan.

48

BUDAYA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Page 19: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

b. Rujuk muka surat vii.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama.

Lengkapkan jadual di bawah ini dengan maklumat berikut:

i. Nama tunjangii. Konsep tunjangiii. Tumpuan tunjang

No. Tunjang Nama Tunjang Konsep Tunjang Tumpuan Tunjang

Tunjang Pembelajaran 1

Tunjang Pembelajaran 2

Tunjang Pembelajaran 3

Jadual 5.1 Tunjang Pembelajaran Pendidikan Jasmani

49

Page 20: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

c. Rujuk muka surat viii.

Perincian kurikulum dipersembahkan mengikut tiga lajur, iaitu, bidang/unit pembelajaran, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran.

i. Guru akan lihat tajuk dan subtajuk pada setiap tunjang pembelajaran

dalam lajur ___________________________________.

ii. Tiga aras pembelajaran terdapat dalam lajur _______________________

____________________________.

iii. Apakah perbezaan antara tiga aras tersebut?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

iv. Cara mencapai hasil pembelajaran terletak dalam lajur ______________

__________________________________________________________

v. Mengapakah guru digalakkan mencadang aktiviti yang lain?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

50

Page 21: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

d. Objektif am dinyatakan untuk setiap tahun.

Nyatakan nombor muka surat yang mengandungi objektif am bagi setiap tahun yang dicatat dalam jadual berikut:

Tahun No. Muka Surat

f. Sebelum mengajar sesuatu tajuk, guru perlu merujuk Huraian Sukatan Pelajaran untuk memastikan tajuk, subtajuk, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran.

Lengkapkan jadual berikut dengan maklumat yang boleh didapati dari merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan (KBSR).

Jadual A telah dilengkapkan untuk anda sebagai contoh.

Jadual A

Tahun 1, Tunjang Pembelajaran 1, Kecergasan

Rujuk muka surat 7

Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

1. Kecergasan Fizikal

(a) Daya tahan Kardiovaskular bermaksud keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik

Cadangan aktiviti: Lari

berterusan selama 2 – 3 minit.

Lari ulang alik

Murid dapat:

ARAS 1 Menyatakan aspek-aspek

keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular

Melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti

daya tahan kardiovaskular

ARAS 2 Melakukan sekurang-

kurangnya dua aktiviti

Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran lain mengikut kebolehan murid.

Melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular secara individu dan berpasangan

Menyebut aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam

51

Page 22: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

10 meter Lari

berhalangan 2 -3 minit.

Aspek-aspek Keselamatan:

Mengenal pasti kemampuan, tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti.

Kemudahan peralatan Persekitaran atau

tempat beraktiviti Penyeliaan, arahan

dan bimbingan Perlakuan murid. Latihan yang

bersistematik.

daya tahan kardiovaskular Menyatakan perasaan

semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular

ARAS 3 Melakukan tiga aktiviti

daya tahan kardiovaskular Menyatakan anggota

badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular.

melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular

Melakar dan mewarna memek muka untuk menyatakan perasaan selepas melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular

Melakar dan mewarna anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular.

Jadual B

Tahun 3, Tunjang Pembelajaran 2, KemahiranRujuk muka surat ________

Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Jadual C

52

Page 23: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Tahun 4, Tunjang Pembelajaran 3, Pendidikan SukanRujuk muka surat _______

Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Jadual D

Tahun 6, Tunjang Pembelajaran 3, Pendidikan SukanRujuk muka surat _______

Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

4.3.3 Peranan Guru Dalam Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Mari kita mengkaji peranan guru dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan jasmani.Tanggungjawab dan tugas-tugas seorang guru Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada;

a) Pengajaranb) Pengelolaan.

53

Page 24: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

4.3.4 Pengajaran.

Dalam usaha memberikan pengajaran yang bermutu dan berkesan seseorang guru perlu;

Membuat Rancangan Kerja Pendidikan Jasmani yang berasaskan keperluan Sukatan Pelajaran dan keadaan-keadaan di sekolahnya

Memastikan penyertaan maksimum oleh murid-muridnya dalam semua pelajaran yang dijalankan.

Mengambil langkah untuk menjaga keselamatan murid-murid semasa Pendidikan Jasmani dan menegaskan aspek ini sebagai pendidikan umum.

Menggunakan kemudahan sekolah dengan sepenuhnya untuk faedah murid-murid.

Memberi peluang untuk perkembangan sosial di kalangan murid-muridnya. Menjalankan ujian dari semasa ke semasa untuk menilai kesan pengajarannya.

4.3.5 Pengelolaan.

Seseorang guru Pendidikan Jasmani haruslah melakukan tugas pengelolaan dan pentadbiran untuk menjadikan sesuatu pelajaran itu teratur dan bermutu. Pengelolaan yang baik memerlukan itu;

Menjadi ahli Jawatankuasa atau Panel Pendidikan Jasmani di sekolahnya. Memastikan kawasan untuk Pendidikan Jasmani adalah sesuai. Menyimpan semua peralatan dengan teratur dan rapi dalam stor sukan mengikut

sistem yang dtetapkan Menyediakan sebuah buku stok untuk peralatan dan memeriksa stok dari

semasa ke semasa. Menyediakan rekod bagi murid-murid yang dikecualikan daripada pendidikan

Jasmani untuk rujukan. Membantu guru besar dalam segala hal mengenai Pendidikan Jasmani di

sekolahnya.

4.4 Senarai Semak Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Senarai semak pengurusan pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Cuba perhatikan senarai semak di bawah. Buat pemerhatian di sekolah anda dan lengkapkan borang di bawah. Tandakan (√ ) di ruangan tertentu untuk memasti keberkesanan pengurusan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

Perkara/Item Tidak Ya Ulasan

54

Page 25: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

1. Perancangan

1. Panitia PJPK telah ditubuhkan dan seorang guru kanan/ketua panitia yang sesuai telah dilantik.

2. Rancangan aktiviti/program PJ/PK disediakan sepanjang tahun

3. Merancang untuk menambahkan kemudahan fizikal dan alatan.

4. Guru memperoleh sukatan pelajaranPJ/PK dan buku panduan/huraian PJ/PK.

5. Buku teks PJ/PK diperoleh oleh guru di sekolah

6. Menyediakan alatan sukan PJ/PK dengan mencukupi

7. Menyediakan stor alatan dan tempat tukar pakaian bersesuaian dengan lokasi, keluasan dan keselamatan

8. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk membeli alat-alat sukan PJ dan menambah/memperbaiki kemudahan fizikal dengan mengambil kira pandangan Panitia PJ/PK

9. Peruntukan masa PJ/PK adalah mencukupi mengikut peruntukkan yang ditetapkan

10. Sebaran waktu dibuat dengan baik, secara berselang hari

11. Rancangan penggal, mingguan dan harian guru disediakan meliputi semua bidang mengikut format yang dikehendaki dan disemak oleh guru besar serta ditandatangani

12. Guru kanan PJ/PK adalah ahli Jawatankuasa kurikulum

13. Perincian tugas panitia PJ/PK disediakan

14. Jadual penggunaan padang, dewan, gelanggang disediakan

15. Menyediakan sudut/papan kenyataan PJ/PK

2. Pengelolaan.

55

Page 26: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

5. Melibatkan guru kanan PJ/PK dalam jawatankuasa kurikulum

6. Perincian tugas guru kanan PJ/PK disediakan

7. Perincian tugas panitia PJ/PK disediakan

8. Mesyuarat panitia membincangkan segala perkara ikhtisas seperti rancangan pengajaran.

9. Mesyuarat dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali setahun

10. Segala keputusan mesyuarat dipatuhi

11. Peraturan mesyuarat diikuti

12. Minit mesyuarat disediakan dan disebarkan kepada semua guru yang terlibat, termasuk pihak pentadbir

13. Fail panitia PJ/PK dilengkapkan dengan butir-butir yang relevan

14. Senarai alatan PJ/PK disebarkan kepada semua guru terlibat.

15. Mengelolakan/menyelenggarakan stor PJ/PK dengan baik

16. Sudut/papan kenyataan untuk PJ/PK dikendalikan dengan baik

17. Menerima maklum balas dari perkembangan aktiviti panitia PJ/PK

18. Program PJ/PK seperti aktiviti panitia dan pengajaran berjalan mengikut rancangan

19. Panitia PJ/PK berfungsi sepenuhnya

3. Kepimpinan

a. mesyuarat panitia PJ/PK dan memberi sumbangan/pendapat/idea.

b. Membekalkan sukatan pelajaran dan bahan rujukan bagi membantu guru dalam menjalankan tugas

c. Memberikan bimbingan profesional kepada guru baru dan guru-guru yang memerlukan

56

Page 27: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

d. Memberi galakan, kerjasama dan bantuan dalam segala segi bagi menjayakan segala program PJ/PK

e. Menyediakan sistem penghargaan kepada guru dan pelajar berpotensi

f. Melibatkan diri dalam apa juga bentuk dan peringkat dalam acara sukan dan permainan kokurikulum

g. Mengadakan masa untuk memerhati dan menilai perkembangan program PJ/PK

h. Mengadakan sesi perbincangan bersama guru PJ, terutamanya guru kanan untuk meningkatkan prestasi guru.

i. Mengadakan perhubungan baik dengan guru-guru PJ, pihak PPD, JPN dan jabatan lain.

j. Berusaha menambahkan pengetahuan mengenai PJ/PK.

4. Pengawalan.

4.1 Guru yang sesuai dari segi kelayakan dan pengetahuan serta pengalaman dipilih mengajar PJ/PK

4.2 Mengadakan penyeliaan yang formal berkala yang terancang bagi guru yang mengajar PJ/PK dan mengadakan perbincangan dengan guru berkenaan bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran.

4.3 Menyemak kerja bertulis murid (PJ/PK) berkala dan memberi ulasan.

4.4 Menyemak rekod prestasi dan rekod profil (PKBS) murid dan memastikan tindak ikut dilaksanakan.

4.5 Menyemak kad UDTA yang dijalankan dan memperoleh analisa ujian dan memastikan tindakan diambil bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di kalangan murid.

4.6 Memeriksa buku stok alatan sukan PJ/PK

4.7 Membeli alatan bagi semua bidang PJ/PK dan menambahkan kemudahan fizikal berpandukan

57

Page 28: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

perancangan yang dibuat

4.8 Menyemak buku rekod mengajar guru PJ/PK

4.9 Mengadakan program perkembangan staf mengikut keperluan guru

4.10 Mengadakan peraturan PJ, jadual penggunaan gelanggang dan peraturan penggunaan stor PJ

4.11 Fail panitia PJ/PK lengkap dengan bahan-bahan yang diperlukan.

Sumber: Buku Panduan Penyeliaan PJ/PK Sek. Rendah dan Menengah. Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia (1993)

Latihan 3

Anda telah menyemak perkara di atas, jika semakan anda di ruang Tidak,Berikan ulasan dengan merujuk kepada guru berkenaan di sekolah anda. Selamat berjaya.

4.5 Rumusan

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat cergas yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Huraian Sukatan Pelajaran merupakan bahan rujukan yang utama untuk guru-guru. Dengan merujuk bahan ini, guru akan mendapat idea menyeluruh tentang tajuk yang perlu diajar, objektif pembelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan.

Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu:

Kecergasan Kemahiran Pendidikan Sukan

4.6 Rujukan

Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Sukatan Pelajaran Pendidikan

58

Page 29: Topik 4 Kesepaduan Penggabungjalinan PJ)

Jasmani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Petaling Jaya: Longman.

59