malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian

17
HUBUNGAN ETNIK BAB1. MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Upload: nrl-amrh

Post on 09-Dec-2015

138 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MalaysiaHubungan Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

HUBUNGAN ETNIKBAB1. MALAYSIA:

KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Page 2: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Hasil Pembelajaran

Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain

Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat

Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi, dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian

Page 3: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara ‘Perpaduan’ atau ‘Kesepaduan’

Perpaduan dalam kepelbagaian (Unity in Diversity):

1. Psikologi sosial: satu bentuk psyche manusia, iaitu rasa ‘rasa kesatuan’ yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal, yang meliputi juga konteks metafizikal

2. Antropologi-sosiologi: bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka. Perbezaan: agama, etnik, wilayah dan sebagainya.

3. Ontologikal: mengurus dan menyusun perbezaan atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil.

Page 4: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara ‘Perpaduan’ atau ‘Kesepaduan’

‘Perpaduan’ – unity is uniformity – keSAMAAan atau keSATUan – satu bangsa, satu bahasa, satu negara

‘Kesepaduan’ – satu fenomena sosial untuk mencapai perpaduan. Anggota masyarakat merangkai berbagai-bagai ikhtiar dan kegiatan sebagai prasyarat mencapai perpaduan – akhirnya membawa keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat

Page 5: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Hubungan Etnik di Malaysia

A. Era Konflik (1945-1960)

Selepas Perang Dunia Kedua (16 Ogos 1945), kehidupan rakyat sangat daif

Konflik etnik Cina dan Melayu: tindakan Bintang Tiga (14 hari) memburu etnik Melayu yang bersuhabat dengan Jepun (anggota polis Jepun/Jookidam). Kesan: ramai terkorban dan timbul perasaan ‘distant’ dan ‘distrust’

Malayan Union, 1946: UMNO dibentuk untuk menentang Malayan Union akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan Perjanjian Persekutuan 1948

Page 6: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Hubungan Etnik di Malaysia

Rusuhan dan mogok pekerja-pekerja ladang: penglibatan Bintang Tiga sebagai dalang. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang (Eropah) di Sungai Siput, akhirnya Darurat diisytiharkan (23 Julai 1948 – 31 Julai 1960)

Communities Liaison Committee (CLC), 1949 – badan perunding untuk meredakan ketegangan etnik. Diketuai Malcom MacDonald (Pesuruhjaya Agung British di Asia Tenggara). Anggota terdiri daripada ketua etnik Melayu, Cina dan India. Kesan: Parti Perikatan ditubuhkan.

Ethnic Bargaining – tolak ansur etnik – Pilihanraya Umum pertama (27 Julai 1955), Perlembagaan Persekutuan (Suruhanjaya Reid), Rencana pembangunan Lima Tahun yang pertama di Malaya (1950-55)

Page 7: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Hubungan Etnik di Malaysia

B. Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)

Pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial rakyat

Pembentukan Malaysia – 16 September 1963 – perjanjian antara kerajaan persekutuan dengan Sabah (autonomi 20 perkara) dan Sarawak (autonomi 18 perkara). Ganyang Malaysia oleh Indonesia kerana tidak setuju dengan Pembentukan Malaysia

Rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura – 21 Julai & 3 September 1964 – 40 terkorban dan ribuan ditangkap

Page 8: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Hubungan Etnik di Malaysia

Rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur

Selepas 13 Mei 1969, pelbagai usaha top-down untuk kesepaduan sosial: Majlis Perundingan Rakyat, Jabatan Perpaduan Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Perpaduan Nasional – kempen yang dimulakan oleh Tun Razak dalam Rancangan Malaysia kedua

Page 9: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Hubungan Etnik di Malaysia

C. Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)

Suasana aman, stabil dan harmoni kecuali rusuhan etnik Melayu-India di Kampung Medan, Selangor disebabkan faktor ekonomi, bukan sosial

Rakyat menyuarakan tidak puas hati melalui internet, SMS dan pelbagai saluran data siber

“suka bertikam lidah, tetapi tidak bertikam menggunakan parang” atau “they talk conflict, they walk cohesion”. Meluahkan apa yang terbuku dihati tapi tidak sampai tahap rusuhan

Pemantapan interaksi antara Masyarakat + Negara + Pasaran

Paksi utama kesepaduan sosial – kemakmuran dan kestabilan ekonomi membawa kepada keamanan dan kestabilan politik

Page 10: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia

Penduduk Malaysia: 28.3 juta (2010)

70 kumpulan etnik

Lebih 200 kumpulan subetnik, bahasa dan dialek

Page 11: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia

Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa dan Dialek di Semenanjung

Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Minangkabau,

Baba Nyonya, Foochow, Hainanese, Kwantung, Teochew, Hokkien

Bengali, Chettiar, Gujarati, Malayalee, Telegu, Punjabi, Tamil

Jahai, Jakun, Kensiu, Kintaq, Semai, Mah Meri

Serani

Page 12: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia

Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa dan Dialek di Sabah dan Sarawak

Bajau, Cina, Kadazan, Keningau Murut, Melayu, Sino-Kadazan, Kagayan, Papar, India, Minokok

Bidayuh, Cina, Iban, Kajang, Kelabit, Kedayan, Kentah, Melayu Sarawak, Murut, Penan, Sihan, Punan, Balau, Kenawit

Page 13: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Pandangan Hubungan Etnik di Malaysia

Perspektif Konflik dikotomi, pertentangan dan persengketaan antara etnik dan agama

Perspektif Kesepaduan Sosial Kesepaduan sosial sudah wujud, hanya perlu diperkukuhkan

Saling BergantunganContoh: Nasi yang dimakan melalui proses kerjasama pelbagai etnik (dari

sawah, kilang, pemasaran dll)

Takrifan Autoriti dan Takrifan HarianAutoriti: tetap seperti definisi Melayu

Harian: tolak ansur, akomodasi (jauh beza dengan autoriti). Petunjuk utama mengenal pasti tahap hubungan etnik. Kesepaduan sosial melalui

interaksi masyarakat pelbagai etnik tanpa campurtangan negara

Page 14: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi dan amalgamasi

Hubungan etnik tidak bersifat statik, bersifat dinamik yang dipengaruhi sosial, ekonomi, politik dan budaya

Proses rundingan sosial melalui toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan yang wujud pada hari ini

Abad 21, tiada rusuhan etnik dan agama walaupun sering diprovokasi dan dibangkitkan

Proses akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi adalah intipati penting untuk memahami hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial

Page 15: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Pluraliti Budaya

Amalgamasi

Asimilasi

Akulturasi

Akomodasi

Segregasi

Page 16: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

KESIMPULAN

Proses transformasi hubungan etnik melalui rundingan sosial yang berterusan untuk memenuhi kepentingan masing-masing

“Kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion in diversity), bukan “perpaduan dalam kepelbagaian” (unity in diversity)

Perpaduan di Malaysia: work in progress

Page 17: Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian