topik 01 pen gen alan era maklumat

10
OUM 1  TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMA T PENGENALAN Di dalam topik ini,anda akan berkenalan dengan era teknologi maklumat dan ciri-ciri yang membezakannya dengan era sebelumnya. Anda juga akan diberi kefahaman tentang T eknologi Maklumat. Ini meliputi prinsip, fungsi dan manfaat teknologi maklumat akan diterangkan dalam topik ini. Selain itu, Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) dan Undang-undang Siber juga akan dibincangkan di akhir topik. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. memaha mi dan men get ahu i era makl umat 2. mengetahui 6 perb ezaan era maklumat de ngan era sebelumny a; 3. meng enal pasti 3 kompone n tek nolo gi maklumat; d an 4. meng etahu i dan menerangka n Korid or Raya Multi medi a atau Multimedia Super Corridor (MSC). 1.1 SELAMAT DATANG KE ERA MAKLUMAT Tahukah anda bahawa mengikut Alvin Tofler, kita sekarang ini sedang berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat. Abad ini, bukan sahaja telah mendedahkan kita kepada permulaan era maklumat, malah teknologi ini berterusan membawa kita kepada perubahan yang pesat dalam teknologi maklumat. Tidak terdapat tanda-tanda kadar perubahan yang pesat ini akan menurun, sebaliknya ia semakin meningkat. Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan gelombang perindustrian. Sesetengah penulis menyebut “gelombang” sebagai “era” iaitu merujuk kepada era pertanian, era perindustrian dan era maklumat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Kini, kita tinggal dalam masyarakat di mana maklumat merupakan sumber yang penting.

Upload: assayuti

Post on 06-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 1/10

OUM 1

  TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

PENGENALAN

Di dalam topik ini,anda akan berkenalan dengan era teknologi maklumat dan ciri-ciri

yang membezakannya dengan era sebelumnya. Anda juga akan diberi kefahamantentang Teknologi Maklumat. Ini meliputi prinsip, fungsi dan manfaat teknologi maklumatakan diterangkan dalam topik ini. Selain itu, Koridor Raya Multimedia atau Multimedia

Super Corridor (MSC) dan Undang-undang Siber juga akan dibincangkan di akhir topik.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. memahami dan mengetahui era maklumat

2. mengetahui 6 perbezaan era maklumat dengan era sebelumnya;

3. mengenalpasti 3 komponen teknologi maklumat; dan

4. mengetahui dan menerangkan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC).

1.1 SELAMAT DATANG KE ERA MAKLUMAT

Tahukah anda bahawa mengikut Alvin Tofler, kita sekarang ini sedangberada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat.

Abad ini, bukan sahaja telah mendedahkan kita kepada permulaan era maklumat, malahteknologi ini berterusan membawa kita kepada perubahan yang pesat dalam teknologi

maklumat. Tidak terdapat tanda-tanda kadar perubahan yang pesat ini akan menurun,sebaliknya ia semakin meningkat.

Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan gelombangperindustrian. Sesetengah penulis menyebut “gelombang” sebagai “era” iaitu merujukkepada era pertanian, era perindustrian dan era maklumat seperti yang ditunjukkan

dalam Jadual 1.1. Kini, kita tinggal dalam masyarakat di mana maklumat merupakan

sumber yang penting.

Page 2: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 2/10

2 OUM

TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT

Untuk memahami evolusi era maklumat, sila rujuk Jadual 1.2 (ubahsuai dariSenn.1998).

Jadual 1.1: Takrifan Era Pertanian, Era Industri dan Era Maklumat 

Era Pertanian Suatu era apabila kebanyakan pekerja adalah petani dan

kehidupannya berkisar dengan pertanian.Era Perindustrian Suatu era apabila proses kerja dipermudah melalui

pemekanikan dan automasi serta bilangan yang bekerja

dalam pembuatan terus bertambah.

Era Maklumat Suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat dalam

penciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat.

Jadual 1.2 : Evolusi Era Pertanian, Era Industri dan Era Maklumat 

Era Pertanian Era Industri Era Maklumat

Kebanyakan Petani/Peladang Pekerja Kilang Pekerja Berpengetahuan

Pekerja Rakan Manusia dan Tanah Manusia dan Mesin Manusia dan

Alatan Tangan MesinManusia Teknologi

Alat teknologi yang digunakan dalam era pertanian, era industri dan era maklumat

adalah berbeza. Contohnya, teknologi dalam era industri (seperti jentolak dan kren)digunakan untuk meningkatkan kebolehan fizikal sementara teknologi dalam eramaklumat (seperti computer dan server ) digunakan untuk meningkatkan kebolehan daya

fikir pekerja. Dalam era maklumat, jalinan di antara seorang manusia dengan manusia

lain diperkukuhkan dan alat utama yang digunakan ialah teknologi maklumat. Walaupunberada dalam era maklumat, pertanian dan pembuatan masih tetap berkepentingan.

Terdapat enam ciri yang membezakan era maklumat dengan era sebelumnya (Senn,1998) :

(i) Munculnya masyarakat berasaskan maklumat (information-based society ): Dalammasyarakat bermaklumat (informative society ), lebih ramai pekerja mengendalikan

maklumat dari bekerja dalam gabungan pertanian dan pembuatan.

(ii) Kejayaan tugas-tugas perniagaan dan pengurusan bergantung kepada teknologimaklumat: Contohnya, urusan perbankan yang amat bergantung kepada teknologi

maklumat bagi memudahkan urusan transaksi harian dengan lebih cekap dan berkesan.

(iii) Proses kerja mengalami perubahan dan transformasi bagi meningkatkanproduktiviti: Contohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan

di ladang bagi mempercepatkan kerja di ladang. Tetapi di era maklumat, pengetahuan

memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana dan bila tanaman ditanamdan dijaga.

(iv) Teknologi maklumat menyediakan asas untuk berfikir semula - iaitu kejuruteraan

semula proses bisnes: penggunaan teknologi maklumat dengan bijak bukan sahajamempercepatkan aktiviti rutin malah memberikan peluang kepada syarikat untuk mengkajidan menyusun semula proses kerja bagi mengoptimumkan penggunaan sumber 

serta meningkatkan produktiviti syarikat.

Page 3: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 3/10

OUM 3

  TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

(v) Kejayaan dalam teknologi maklumat bergantung kepada keberkesanan

penggunaan teknologi maklumat: contohnya, dalam era pertanian, petani perlu tahukeupayaan dan penjagaan kerbau, lembu dan tanah. Era industri memerlukan pekerja

industri mengetahui keupayaan dan penjagaan mesin untuk keberkesanan kerja. Eramaklumat memerlukan pengguna mengetahui bagaimana teknologi maklumat mampu

meningkatkan keceriaan peribadi, meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

(vi) Teknologi maklumat terkamir (tersirat) ataupun bersepadu di dalam banyak produk

dan perkhidmatan: contohnya dalam industri pelancongan, teknologi maklumatdigunakan di beberapa bahagian seperti agensi tiket, lapangan terbang, hotel atau tempatpenginapan, agensi sewa kereta dan lain-lain. Secara tidak langsung teknologi maklumat

memberi suatu nilai tambah kepada sesuatu produk dan perkhidmatan. Nilai tambah iniboleh berbentuk kualiti, kebolehpercayaan, keterampilan, menarik dan sebarang ciri

yang mampu memenuhi kehendak pengguna.

Data Fakta mentah, rajah dan keterperincian lain seperti markah kuiz dan harga

komputer.

Maklumat Penafsiran yang tersusun, bermakna dan berguna terhadap data seperti

prestasi kuiz dan spesifikasi komputer.

Pengetahuan Kefahaman dan keperihatinan kepada set maklumat dan bagaimana

maklumat tersebut boleh digunakan sebaiknya seperti memberi kelas

tambahan atau peningkatan kualiti komputer.

Latihan 1.1

Di antara Era Pertanian, Industri dan Maklumat, dimanakah anda fikir Malaysia berada? Terangkan pendapat anda.

1.2 APAKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sebelum mendalami lebih lanjut tentang teknologi maklumat, alangkah baik jika kita

dapat membezakan di antara data, maklumat dan pengetahuan sebagaimana yangditunjukkan dalam Jadual 1.3 berikut:

Takrifan di dalam Jadual 1.3 menunjukkan data yang telah ditapis, diformat dan diringkaskanbertukar menjadi maklumat. Maklumat yang ditafsir, diputuskan dan diambil tindakan bertukar 

kepada pengetahuan. Dengan adanya pengetahuan, pengguna mampu membuat keputusan

yang terbaik dan seterusnya melaksanakan tindakan yang sewajarnya.

Secara umumnya, teknologi maklumat merupakan suatu alatan utama dalam era

maklumat. Alatan ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat

terutama maklumat berbentuk digital. Teknologi maklumat merujuk kepadapenggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan

penyebaran maklumat.

Jadual 1.3: Takrifan Data, Maklumat dan Pengetahuan

Page 4: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 4/10

4 OUM

TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT

Berikut di dalam Jadual 1.4 adalah beberapa takrifan teknologi maklumat:

Jadual 1.4: Takrifan Teknologi Maklumat 

Jadual 1.5 berikut menunjukkan komponen utama teknologi maklumat:

Jadual 1.5 : Komponen Teknologi Maklumat 

Komponen Takrifan

Komputer Digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembah data

dan maklumat.

Rangkaian Digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembah dataKomunikasi dan maklumat.

TAHU-GUNA Digunakan untuk penghantaran dan penerimaan data dan maklumat.Digunakan

untuk penghantaran dan penerimaan data dan maklumat.Apa, bila dan

bagaimana teknologi maklumat digunakan secara berkesan untuk

menyelesaikan masalah iaitu merujuk kepada; kebiasaan dengan alat

teknologi maklumat, kemahiran yang diperlukan, memahami bila hendak

menggunakan teknologi maklumat untuk menyelesaikan masalah dan

mengeksploitasikan peluang yang terbuka luas.

 Behan & Holmes Teknologi Maklumat adalah suatu istilah untuk

memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untukmerekod, menyimpan, memproses, mendapat semula,menghantar dan menerima maklumat.

E.W. Martin et al.(1994)

Teknologi Maklumat terdiri dari semua bentuk teknologiyang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi,komunikasi, persembahan dan menggunakan data (datayang ditransformasi kepada maklumat).

Senn (1998) Teknologi Maklumat mengandungi tiga komponen iaitukomputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusiadan organisasi untuk lebih produktif, berkesan danumumnya berjaya serta tidak boleh terpisah. Komputer dan rangkaian komputer tidak berguna jika tidak pandaimenggunakannya. Mengetahui bila hendakmenggunakan komputer sama penting denganmengetahui bagaimana hendak menggunakannya.Selain daripada kebolehan berkomunikasi maklumatmelalui komputer, menghubungkan manusia melalui

teknologi maklumat adalah juga penting.

Page 5: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 5/10

OUM 5

  TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

1.3 PRINSIP TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perbahasan, cerita dan rujukan tentang kesan teknologi maklumat kepada penggunaboleh diperolehi di merata tempat kini. Kita telah lihat bagaimana teknologi maklumatmembantu orang-orang istimewa. Kita telah dengar dan membaca bagaimana teknologi

maklumat telah meningkatkan keuntungan syarikat dan perniagaan. Kita juga telah

mengetahui akibat virus komputer seperti virus Love Bug dan Chernobyl yang telahmerosakkan sistem komputer banyak organisasi dan juga orang perseorangan.

Pastinya tujuan utama teknologi maklumat ialah memberikan bantuan kepada

manusia untuk menyelesaikan masalah, mencetuskan kreativiti, menjadikanmanusia lebih berkesan dengan bantuan teknologi maklumat dalam aktiviti

seharian. Oleh itu, teknologi maklumat mampu melepaskan manusia daripada

belenggu kerja rutin dan menumpukan lebih perhatian di dalam menyelesaikanmasalah dan merapatkan hubungan sesama manusia.

Prinsip utama teknologi maklumat ialah Prinsip teknologi-tinggi-sentuhan-tinggi (high-tech-high-touch) iaitu semakin banyak bergantung kepada teknologi termaju, semakin

penting kita menimbangkan aspek “sentuhan-tinggi (high-touch)” iaitu “manusia”. Prinsipini menekankan yang kita sepatutnya menyesuaikan teknologi maklumat kepada manusia,

daripada meminta manusia menyesuaikan dengan teknologi maklumat.

1.4 FUNGSI DAN MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Senn (1998) menyatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan enam fungsipengendalian maklumat iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan,

dapatan semula dan penghantaran. Dalam kebanyakan hal, dua atau lebih fungsidijalankan serentak. Ini dapat diperkatakan dalam Jadual 1.6 yang menunjukkan fungsitakrifan dan contoh teknologi maklumat.

.

Latihan 1.2

Bezakan antara data, maklumat dan pengetahuan. Beri satu contoh bagisetiap satu.

Apakah yang anda faham tentang “tahu-guna”?

Page 6: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 6/10

6 OUM

TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT

Manfaat yang boleh pengguna perolehi daripada teknologi maklumat pula adalah pantas,konsisten, jitu dan boleh percaya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.7 berikut:

Jadual 1.6 : Fungsi Teknologi Maklumat 

Fungsi Takrifan Contoh

Pengumpulan Mengumpul rekod aktivi ti yang boleh Mengira undi, membacadigunakan kemudian. meter elektrik.

Pemprosesan Proses menukar, menganalisis, Pemprosesan bil elektrik,

pengiraan dan sintesis semua pemproses perkataan,

bentuk data atau maklumat pemprosesan cukai

Penjanaan Menyusun maklumat kepada bentuk Bil elektrik, jadual, graf, carta.

berguna sama ada sebagai teks, Cakera, pita, CD-ROM, fail .

audio atau imej.

Penyimpanan Proses komputer menyimpan data Rekod cukai pendapatan,

dan maklumat untuk digunakan rekod ahli persatuan, rekod

kemudian. kesalahan lalu lintas.

Dapatan semula Dapatan semula Faks, e-mel, mel suara.Penghantaran Penghantaran E-mel, mel suara

Jadual 1.7 : Manfaat Teknologi Maklumat 

Manfaat Takrifan

Pantas Satu n ilai yang relat if . Komputer boleh melakukan dalam sekel ip mata

dan lebih cepat daripada manusia.Konsisten Komputer cekap me lakukan kerja yang beru lang secara kons isten .

Keupayaan melakukan aktiviti yang sama setiap masa.

Jitu Komputer begitu ji tu atau tepat. Komputer berupaya mengesan

perbezaan yang amat kecil.Komputer begitu jitu atau tepat. Komputer 

berupaya mengesan perbezaan yang amat kecil.

Boleh Dengan kepantasan, kekonsistenan dan kej ituan, kita boleh jangka percaya

keputusan yang bo leh dipercaya . Has il yang sama bo leh d idapat i

berulang kali.

Dengan manfaat yang diperolehi daripada penggunaan teknologi maklumat, kita tidak

boleh melepaskan peluang yang disediakan oleh teknologi maklumat. Secara amnyaterdapat dua kategori peluang iaitu:-

(i) Membantu manusia: Contohnya orang istimewa (kurang upaya), meningkatkan

produktiviti manusia dan membantu kepada kesejahteraan manusia.

(ii) Membantu menyelesaikan masalah: Membantu proses mengenalpasti masalah,

meneroka beberapa pilihan penyelesaian dan mengimplementasi penyelesaian

dengan jayanya.

Teknologi maklumat telah digunakan dalam berbagai bidang yang bertujuan untuk

menyelesaikan masalah dan membantu manusia. Kita patut mengetahui tanggungjawab asas

pengguna teknologi maklumat. Tiga tanggungjawab asas pengguna teknologi maklumat:

Page 7: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 7/10

OUM 7

  TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

(i) mengetahui keupayaan dan batasan teknologi maklumat

(ii) menggunakan teknologi maklumat secara beretika dan betul

(iii) melindungi keselamatan data dan maklumat dari berbagai ancaman.

1.5 KERJAYA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi maklumat berkait rapat dengan kebanyakan kerjaya masa kini. Secaraumumnya, dua kategori yang berkaitan teknologi maklumat dan kerjaya:

(i) Teknologi maklumat sebagai kerjaya

Pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam teknologi maklumat memberikan peluangpekerjaan dalam penggunaan teknologi maklumat. Antara kerjaya dalam bidang teknologimaklumat ialah juruanalisa sistem, pegawai sistem maklumat, pengurus rangkaian,

 jurutera perisian, jurutera pengetahuan, pengaturcara, pengurus pemprosesan data,perunding sistem komputer, jurukamir sistem (system integrator ), pentadbir sistem,

ketua pegawai maklumat, jurutera sistem, jurutera komputer, pengurus laman web dan

banyak lagi.

Mereka ini digelar ahli profesional teknologi maklumat. Mereka ini juga kadang kaladianggap sebagai orang yang memainkan peranan penting di belakang komputer iaitu

mereka yang membangunkan perisian dan peralatan teknologi maklumat.

(ii) Teknologi maklumat pembantu kerjaya

Pembantu kerjaya juga dikenali sebagai pengguna ataupun pengguna akhir. Pengguna

atau pengguna akhir terlibat dengan penggunaan sepenuhnya teknologi maklumat

tetapi tidak memerlukan pengetahuan teknikal teknologi maklumat. Mereka lebih tahuselok-belok penggunaan perisian ataupun perkakasan tertentu. Doktor menggunakankomputer untuk mencapai maklumat pesakit tetapi doktor tersebut tidak memerlukan

pengetahuan teknikal komputer. Pengguna secara umumnya boleh dibahagi kepada

tiga jenis iaitu pengguna novis, pengguna separa mahir dan pengguna mahir.

Kedua-dua ahli profesional dan pengguna perlu berkomunikasi di antara satu sama laindemi meningkatkan penggunaan, cetusan idea baru dan seterusnya memanfaatkanteknologi maklumat.

1.6 TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIADi Malaysia, kita turut dilanda ledakan perkembangan pesat teknologi maklumat. Koridor 

Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor  (MSC), merupakan satu gagasan

Teknologi Maklumat yang sering kedengaran atau menjadi bahan di media massa. MSCadalah satu daripada perkembangan mutakhir teknologi maklumat di Malaysia. MSC  juga merupakan satu agenda Malaysia untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan

merupakan alatan utama di dalam persaingan ekonomi berdasarkan pengetahuan. Kita

sebagai pengguna teknologi maklumat harus memperlengkapkan diri untuk mendapatmanfaat sepenuhnya dari teknologi ini.

Page 8: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 8/10

8 OUM

TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT

Di manakah tahap penggunaan teknologi maklumat? Pada masa ini, amat sedikit kilang

atau sektor pembuatan yang menggunakan teknologi maklumat apatah lagi sistem robotik.Bagi industri yang menggunakan teknologi maklumat, mereka tidak menggunakan

sepenuhnya keupayaan teknologi maklumat bagi kepentingan industri itu sendiri. Sepertiyang dilaporkan dalam RMK7, iaitu hasil tinjauan yang dijalankan oleh UKM dan NPC

menunjukkan kebanyakan pekilang menggunakan teknologi maklumat untuk pentadbirandan amat kurang menggunakan teknologi maklumat untuk proses pembuatan walaupun

ada petunjuk yang menunjukkan kepada peningkatan penggunaan teknologi maklumatdalam proses pembuatan terutamanya Industri Kecil & Sederhana (IKS).

Begitu juga hasil tinjauan terbaru yang dijalankan oleh UKM dan NPC. Tinjauan inimenunjukkan hanya 35.1% kilang dalam sektor elektrik dan elektronik menggunakanrobot (lihat Abd Malik dan Md Yusof, et. al.,1997).

1.7 KORIDOR RAYA MULTIMEDIA ATAU MULTIMEDIA  SUPER CORRIDOR  (MSC)

Satu daripada perkembangan semasa yang hangat diperbincangkan ialah Koridor Raya

Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). MSC adalah suatu kawasan seluas15 x 50 km bermula dari KLCC di utara sehingga KLIA di selatan yang mengubah ladang

kelapa sawit kepada lembah maklumat. Dua buah bandar pintar telah dibina di dalam

kawasan MSC iaitu Cyberjaya dan Putrajaya. Cyberjaya menempatkan industri teknologimaklumat dan multimedia dan Putrajaya pula merupakan pusat pentadbiran kerajaanPersekutuan. Sebuah perbadanan telah ditubuhkan iaitu Perbadanan Pembangunan

Multimedia atau Multimedia Development Corporation (MDC) untuk memantau

pembangunan MSC.

Sila lawati laman www.mdc.com.my untuk mengetahui dengan lebih

lanjut tentang perkembangan Koridor Raya Multimedia (MSC)

Bil Jaminan (Bill of guarantees) telah disediakan oleh kerajaan untuk menarik syarikatberoperasi di MSC. Bil jaminan ini menyediakan prasarana fizikal dan maklumat bertaraf dunia kepada syarikat yang mendapat status MSC iaitu;

(i) Menyediakan prasarana fizikal dan maklumat bertaraf dunia.(ii) Membenarkan tanpa sekatan pekerja pengetahuan tempatan dan luar.

(iii) Memastikan kebebasan pemilikan dengan mengecualikan syarikat berstatus MSC

daripada keperluan pemilikan tempatan.

(iv) Memberikan syarikat berstatus MSC kebebasan untuk menyediakan modal daripadapinjaman tempatan dan dunia untuk prasarana MSC.

(v) Menyediakan insentif kewangan yang menarik.

(vi) Menjadi ketua serantau dalam perlindungan Hakmilik Intelektual dan undang-undang siber.

(vii) Memastikan tiada tapisan (censorship) Internet.

(viii) Menyediakan tarif telekomunikasi yang bersaing sejagat.

Page 9: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 9/10

OUM 9

  TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

(ix) Mengeluarkan tender kontrak prasarana MSC utama kepada syarikat yang ingin

menjadikan MSC sebagai hab (hub) serantau.

(x) Menyediakan agensi berkuasa untuk bertindak sebagai pusat sehentian (one-stop

supershop) untuk memastikan MSC memenuhi keperluan syarikat.

MDC juga bertindak sebagai pusat sehentian untuk memenuhi jaminan ke-10 di atasterutama untuk mempercepatkan permohonan visa, lesen dan permit. Prasarana

komunikasi yang akan disediakan dalam MSC berkelajuan 2.5Gbps hingga 10Gbps.Selain itu, satu panel perundingan antarabangsa ( International Advisory Panel , IAP )MSC juga telah ditubuhkan. Ahli panel terdiri dari mereka yang terkenal dalam bidang

teknologi maklumat dan komunikasi seperti Bill Gates (CEO Microsoft), Scott McNealy(CEO Sun System), Stan Sheah (CEO Acer) dan James Barkdale (CEO Netscape).

Kita juga boleh menempah bunga, membeli buku dan sebagainya diInternet. Hub yang berkaitan e-dagang di Malaysia boleh dilawati di

www.ec.com.my. Setengahnya menyediakan bayaran elektronik dan

setengahnya tidak. Contoh web syarikat di Malaysia ialah:

i) www.blooming.com.my (hadiah)

ii) www.computer.com.my (komputer)

iii) www.midvalley.com.my (kompleks membeli belah) dan lain-lain

1.8 UNDANG-UNDANG SIBERAntara jaminan yang diberikan untuk syarikat bertaraf MSC adalah penggubalan dan

pelaksanaan 6 undang-undang siber yang kini telahpun diluluskan oleh Parlimen. Di

antara undang-undang tersebut adalah:

(i) Akta Tandatangan Digital 1997

(ii) Akta Hakcipta (Pindaan) 1997

(iii) Akta Jenayah Komputer 1997

(iv) Akta Teleperubatan 1997

(v) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(vi) Akta Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia 1998

Latihan 1.3

Tujuh aplikasi utama (flagship) MSC telah dikenalpasti. Ianya bolehdibahagikan kepada dua kategori iaitu pembangunan multimedia danpersekitaran multimedia. Empat aplikasi yang pertama di bawah

kategori pembangunan multimedia dan tiga aplikasi yang terakhir dibawah kategori persekitaran multimedia. Sila nyatakan ketujuh-tujuhaplikasi berkenaan. (Untuk membantu anda menjawab soalan ini,anda

boleh melawat laman web berikut, www.mdc.com.my)

Page 10: Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat

http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 10/10

10 OUM

TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT

RUMUSAN

Kita telah menyentuh tentang maksud era maklumat dan alat yang digunakan dalam

era maklumat iaitu teknologi maklumat. Perkembangan dan peluang mutakhir yangtercetus daripada perkembangan teknologi maklumat di Malaysia tidak harus dipersia-siakan. Kita perlu lakukan perkongsian pengalaman, tenaga manusia, kepakaran,

kebijaksanaan dan semua ini juga disebut “perkongsian pintar” untuk merebut peluang

teknologi maklumat. Walaupun kita tidak mula-mula mencipta teknologi maklumat, tetapisebagai rakyat Malaysia, kita boleh menjadikan teknologi maklumat sebagai landasan

menjadikan Malaysia negara maju.

Latihan 1.4

1. Berikan enam jenis kerjaya dalam bidang teknologi maklumat.2. Beberapa jabatan kerajaan dan swasta telah membangunkan laman

web dan infokios masing-masing. Ini menunjukkan meningkatnyakesedaran konsep penyebaran maklumat melalui Internet. Anda

dikehendaki memberi 7 lagi contoh laman web atau infokios jabatan

kerajaan yang terdapat di Internet. (Untuk menjawab soalan ini andaperlu melayari laman-laman web di Internet).

3. Terdapat 6 undang-undang siber yang telah diluluskan oleh Parlimen.

Sila nyatakan keenam-enam undang-undang siber tersebut bersamahuraian bagi setiap satu undang-undang berkenaan. (Untuk membantu

anda menjawab soalan ini anda boleh melayari laman web,

www.mdc.com.my)