pen gen alan kayak

Upload: khushairi-amri-kasim

Post on 08-Apr-2018

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    1/25

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    2/25

    PENGENALAN KAYAK

    Pada asalnya kayak dicipta oleh penduduk asal kawasan Arktik

    di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuitatau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot

    manusia/lelaki", "man's boat" atau "hunter's boat. Perkataan

    kayak berasal daripada Amerika Syarikat (Alaska), Kanada dan

    Greenland. Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu

    diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak

    asal ini digunakan untuk memburu di Lautan Artik.

    Kebiasaanya kayak dipanggil sebagai canoes di Great Britain

    dan Ireland.

    (Orang Inuit memburu menggunakan kayak dan harpoon)

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    3/25

    Kayak biasanya dikem

    dikan dengan menggunakan pendayungdua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam

    kayak dengan kaki mereka ke hadapan. Bahagian atas kayak

    ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di

    kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau

    spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik,

    kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh

    menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan inidikenali sebagai Gulingan Eskimo atau Eskimo Roll.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    4/25

    JE IS-JE IS

    i)Mandesta (Berbentuk V)

    Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk

    memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju padagaris/lintasan lurussemasa meluncur di atas permukaan air.

    penggunaan perahu jenis ini memerlukan keseimbangan yang

    tinggi, dan perahu ini digunakan dalam pertandingan.

    ii)Ottersport (Berbentuk U)

    Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu

    jenis ini amat stabil dan sesuai digunakan untuk semua

    kegiatan air. Kayak jenis ini mudah dikendalikan dan sesuai

    untuk digunakan oleh orang baru berkayak. Permukaanbawahnya yang rata membuatkan pergerakan kayak ini agak

    lambat dan mudah untuk menukar haluan depan.

    iii)Slalom (Berbentuk O)

    Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat.

    Perahu jenis ini selalu digunakan kawasan air arus deras.

    Daripada bentuknya yang berbentuk O atau bulat memudahkan

    kayak ini untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    5/25

    BAHAGIAN-BAHAGIAN KAYAK

    Semua jenis kayak mampunyai bahagian yang sama.

    Perbezaan kayak terletak kepada tiga aspek iaitu bentuk,

    ukuran dan bahan pembuatan kayak tersebut.

    Anatomi/Bahagian Kayak terdiri daripada :

    1.HALUAN DAN BURITAN (BOW AND STERN)Bowatau Haluan adalah bahagian depan atau muncung

    kayak yang bertujuan sebagai arah tujuan dan juga untuk

    memecah ombak. Stern atau Buritan adalah muncungbahagian belakang kayak. Kedudukan bow dan stern

    dapat dikenalpasti daripada arah tempat duduk kayak.

    2.GUNWALE LINE/ PAINTER LINEGunwale Line/ Painter LineI adalah bahagian tepi/sisikayak yang berfungsi sebagai pengimbang bagi

    pendayung. Sisi kanan kayak disebut dengan "starboard"

    dan sisi kiri kayak disebut "portside".

    3.HULLHull adalah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbezabergantung kepada jenis kayak iaitu jenis Mandesta,

    Ottersport, dan Slalom.

    4.DECKDeck adalah bahagian atas kayak. Deck melindungi kaki

    pendayung dan memudahkan untuk melakukan teknik

    Eskimo Roll. Deck bahagian depan kayak disebut

    "foredeck"dan di bahagian belakang disebut "afterdeck".

    5.COCKPIT (RUANG TEMPAT DUDUK)Cockpit adalah ruangan yang terletak di tengah-tengah

    antara dek depan dan dek belakang. Cokpit ini merupakan

    ruangan untuk tempat duduk bagi pendayung.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    6/25

    6.SEAT (TEMPAT DUDUK)Tempat duduk terletak di dalam Cockpit, dan tempat

    duduk terbahagi kepada beberapa jenis iaitu standard

    (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana

    (biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk sempit

    (digunakan untuk di kawasan arus deras) dan tempat

    duduk yang digunakan untuk dalam pertandingan.

    7.TOGGLEToggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak yangterletak di hujung depan kayak (Bow) dan belakang kayak

    (Stern)

    8.COAMINGCoaming adalah bahagian tepi yang kecil dan mengeliling

    cokcpit. Coaming berfungsi sebagai penahan air daripada

    memasuki ke dalam kayak. Coaming juga digunakan

    untuk mengikat spray cover.

    9.KNEE BRACELetaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai

    penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya

    kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.

    10. TOWLINE/ DECKLINEIni adalah tali yang diikatkan di ujung kayak (bow) dan

    buritan kayak (stern). Berfungsi sebagai tali penyelamat,menarik perahu (tunda).

    11. KEELTerletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai

    kemudi.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    7/25

    12. BUOYANCYBuoyancy adalah bahan apung yang terletak di bawah

    deck bagian depan (bow) dan deck bagian belakang

    (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak

    terbalik dan tidak mudah tenggelam.

    13. FOOTRESTFootrest terletak di bagian foredeck berfungsi sebagai

    tempat letak kaki, bentuknya terdiri dari bar(dipasangpada sisi kiri dan kanan),paddle(hampir sama dengan

    bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan

    kanan), bulkhead(bentuk bulat rata dan terletak di

    bagian haluan (bow).

    14. DECK EYE/ EYE CLEATLubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak diatas

    geladak.

    15. EYE PITLubang yang terletak di hujung haluan (bow) dan buritan

    (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.

    16. HATCHLubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan

    belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat untuk

    meletakkan barang, selalunya digunakan untuk kayak laut

    (Sea Kayak).

    17. BACK STRAPBack Strap diletakkan pada bahagian tempat dudukbelakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan

    kepada pendayung untuk menyandar ke belakang

    sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungikeselamatan bahagian belakang pendayung

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    8/25

    KELENGKAPAN KAYAK

    1.SpraydeckSupaya air tidak memasuki kayak, kayak dilengkapidengan lapisan bahan kalis air, yang dinamakan dengan

    spraydeck.

    Bentuknya seperti kantung yang ditempatkan di cockpit

    dan akan diikatkan pada badan pendayung.

    2.Dayung (Paddle)Dayung kayak pada kedua-dua sisinya terdapat blade.Dalam pemilihan dayung, aspek seperti jenis kayak dan

    bentuk anatomi pendayung perlu bersesuaian.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    9/25

    3.Baju Pelampung (Safety Jacket)Pendayung perlu memakai baju keselamatan untuk

    mengendalikan kayak. Hal ini bertujuan mengelakkan

    berlakunya lemas terutama di kawasan air deras.

    4.Topi Keselamatan (Helm)Topi keselamatan selalunya diperbuat daripada seratkarbon. Pemakaian topi keselamatan dapat mengelakkan

    kecedaraan kepala daripada terhentak terus dengan batu

    sungai sekiranya kayak terbalik.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    10/25

    CONTOH-CONTOH KAYAK

    1.Kayak Laut (Sea Kayaks)2.Kayak Air Putih (Whitewater Kayaks)3.

    Kayak Rekreasi (Recreational Kayaks)4.Kayak Luncur (Surf Kayaks)

    5.Kayak Lumba (Racing Kayaks)6.Kayak Slalom(Slalom Kayaks)7.Kayak Memancing (Fishing Kayaks)8.Kayak Sit-On-Top (Sit-On-Top Kayaks)

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    11/25

    KAYAK LAUT (SEA KAYAKS)

    Kayak laut (Sea Kayaks) dicipta bagi tujuan berkayak di

    kawasan air terbuka seperti di laut dan di sungai. Kayak Laut

    terdapat dalam bentuk tandem, iaitu untuk seorang atau dua

    orang pendayung. Kayak ini sangat stabil. Kemampuan

    manuver kayak ini dikurangkan bagi membolehkan untuk

    mempunyai ruang muatan yang lebih. Kayak ini dapat

    memuatkan peralatan seperti peralatan camping, air, makanan

    dan bahan keperluan lain. Kayak laut dapat digunakan sebagai

    alat untuk menjelajah menyusuri lautan (marine journeys)

    untuk jangka masa yang panjang sehingga bebrapa minggu.

    Kayak laut mempunyai garis air (waterline) yang lebih panjang.

    Kayak laut juga mempunyai kemudi bagi membolehkannyameluncur di atas permukaan air dalam trek yang lurus. Kayak

    laut dilengkapi dengan pendayung songsang (upturned bow)

    untuk melawan ombak laut. Kayak laut mempunyai dua atau

    lebih dinding sekat dalaman (internal bulkheads) untuk ruang

    kedap air bagi daya keapungan kayak dan tempat

    penyimpanan yang kalis air. Kayak laut dibina untuk

    menampung dua atau kadangkala tiga orang pendayung.

    Sesetengah kayak laut juga boleh digunakan untuk meluncurombak (surfing). Kayak ini selalunya dibina dalam ukuran 12

    kaki (3.7 meter) dan 24 kaki (7.3 meter) panjang. Lebar kayak

    ini adalah antara 18 inci sehingga 32 inci.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    12/25

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    13/25

    KAYAK WHITEWATER (WHITEWATER KAYAKS)

    Kayak whitewater kebiasaannya dikendalikan oleh seorang

    pendayung sahaja. Kayak ini lebih pendek jika dibandingkan

    dengan kayak laut. Reka bentuknya yang cembung di bahagian

    bawah menjadikannya kurang stabil. Kayak ini sesuai untuk

    melakukan gerakan roll dan manuver. Kayak whitewater

    terbahagi kepada (playboats) dan (creekboat).

    Playboatsmempunyai saiz yang pendek dan kayak ini perlahan

    dan kurang stabil. Penggunaan utama kayak ini adalah untuk

    membuat persembahan.

    Creekboat lebih panjang daripada playboats. Ciri ini

    membuatkan creekboatsmeluncur lebih laju dan mempunyai

    daya keapungan yang tinggi. Creekboatsselalu digunakan

    dalam perlumbaan di sungai.

    Pembinaan kayak ini mengkombinasikan beberapa ciri seperti

    kepantasan. Hull kayak dibina kecil dan bahagian atas kayak

    dibina mengembang untuk menjadikannya laju di permukaan

    air yang tenang dan untuk lebih kestabilan di permukaan air.

    Kayak ini tidak dilengkapi dengan kemudi. Kayak ini dibuat

    separa tegar (semi-rigid) daripada plastik daya tekanan tinggi

    dan ringan. Kebiasaannya dibuat daripada polyethylene.

    Pembinaan kayak ini dilakukan dengan berhati-hati untuk

    memastikan struktur badan kayak tidak berubah apabila

    dikenakan tekanan yang tinggi daripada arus air yang kuat.

    Rangka kayak yang diperbuat daripada plastik membuatkan

    badan kayak fleksibel dan apabila terlanggar batu sungai,

    kayak tidak akan mengalami keretakan dan kebocoran. Saiz

    standard kayak ini lebih pendek daripada kayak lain, dalamlingkungan 4 hingga 10 kaki (1.25 hingga 3 meter). Kayak ini

    dilengkapi dengan sirip.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    14/25

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    15/25

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    16/25

    KAYAK REKREASI (RECREATIONAL KAYAKS)

    Kayak reakreasi dicipta untuk golongan yang berminat dalam

    aktiviti memancing, fotografi dan untuk golongan yang ingin

    menikmati alamsekitar seperti di tasik dan di sungai yang

    tenang. Berbanding dengan kayak yang lain, kayak ini

    mempunyai kokpit yang lebih luas untuk memudahkan

    pendayung memasuki dan keluar dari kayak. Kayak ini juga

    mempunyai dinding yang lebar (27-30 inci) untuk

    menjadikannya lebih stabil di permukaan air. Kebiasaannya

    kayak ini berukuran kurang daripada 12 kaki panjang dan

    mempunyai kapasiti yang terhad. Pembinaannya menggunakan

    bahan yang kurang mahal seperti polyethene. Kayak rekreasi

    selalunya salah satu jenis kayak pelancongan.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    17/25

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    18/25

    KAYAK LUNCUR (SURF SKI KAYAKS)

    Kayak luncur mempunyai banyak ciri-ciri kayak whitewater

    tetapi kayak ini dilengkapi sehingga 3 sirip. Kayak ini

    berbentuk ramping dan panjang. Keistimewaan kayak ini ialah

    kayak ini mempunyai permukaan bawah yang rata dan sisi

    yang keras. Reka bentuk kayak luncur membolehkan ia

    meluncur ombak laut dengan baik. Kayak ini diperbuat

    daripada gelas fiber atau plastik acuan. Kayak luncur terbahagi

    kepada High Performance (HP)Surf Kayaks dan International

    Class(IC)Surf Kayaks. HP Surf Kayaksmempunyai rangka

    yang pipih yang membolehkan kayak ini meluncur laju di

    permukaan air. HP Surf Kayaks dilengkapi sehingga 4 sirip dan

    disusun secara three fin thruster atau quad fin set up.

    IC Surf Kayaks berukuran 3m dan keatasserta mempunyai

    rangka berbentuk cembung (convex) dan ramping. IC Surf

    Kayaks tidak mempunyai sirip tetapi kayak ini lebih licin

    pergerakannya dan lebih meluncur di atas air.

    SurfSki Kayak mempunyai ciri-ciri yang sangat berlainan

    daripada Flatwater Racing Kayaks. SurfSki Kayak mempunyai

    kokpit terbuka dan berukuran 5-6.5 meter (16-21 kaki)panjang. Lebar kayak ini hanya 40-50 cm(16-20 inci). Kayak

    SurfSki memerlukan pengendalian yang mahir dalam

    pengimbangan dan kemahiran mendayung yang tinggi. Kayak

    ini pada asalnya dibina untuk meluncur di laut dan masih

    digunakan dalam perlumbaan di laut, tasik dan sungai oleh

    beberapa buah negara seperti New Zealand, Australia dan

    Afrika Selatan.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    19/25

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    20/25

    KAYAK LUMBA (RACING KAYAKS)

    Kayak lumba (Racing Kayaks) digunakan perlumbaan kayak air

    tenang (Flatwater Racing Kayaks) atau sprints boat. Terdapat

    tiga kategori Flatwater Racing Kayaks :

    1.K1 (dayung tunggal)2.K2 (dua dayung)3.K4 (empat dayung)

    Perlumbaan kayak di Sukan Olimpik terdapat tiga aras bagi

    kategori lelaki dan perempuan :

    1.200 meter2.500 meter3.1000 meter

    Flatwater Racing Kayaks dibina daripada bahan yang sangat

    ringan dan kuat seperti Kevlar, fiber karbon atau fiber gelas.

    Kayak ini hanya sesuai digunakan di permukaan air yang

    tenang sahaja. Kayak ini mempunyai bentuk sangat runcing,tidak stabil dan harganya mahal. Untuk kayak bagi kategori K1

    dan K2 harganya di antara US$2000-US$4000. Flatwater

    Racing Kayaksmemerlukan pengendalian yang sangat baik.

    Pendayung yang cekap mampu meluncurkan kayak ini dengan

    sangat pantas di permukaan air. Bentuk kayak ini yang sangat

    panjang dan runcing (narrow)membolehkannya memecut

    dengan pantas. Saiz bagi kayak kategori K1 ialah 5.2 meter

    panjang dan bagi K2 6.2 meter panjang. Flatwater Racing

    Kayaks dilengkapi dengan kemudi bagi membolehkannya

    membelok.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    21/25

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    22/25

    KAYAK SLALOM

    Kayak slalom direka bentuk untuk slalom kayaking iaitu

    berkayak di laluan yang berliku-liku. Kayak ini mempunyai ciri

    hull yang rata (flat) dan diperbuat daripada fiber yang

    diteguhkan dengan resin. Selalunya epoxy atau polyester

    diteguhkan dengan kevlar, serat kaca, serat karbon atau hasil

    kombinasi daripada bahan-bahan ini. Pembinaan daripada

    bahan-bahan ini embuatkan kayak ini lebih keras dan

    mempunyai permukaan yang kuat.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    23/25

    KAYAK MEMANCING (FISHING KAYAKS)

    Idea ini datang daripada penduduk di kawasan Artik yang

    menggunakan kayak untuk memancing. Panggunaan kayak

    untuk memancing telah menjadi popular dalamsukan

    memancing sama ada di kawasan air tawar atau kawasan air

    masin. Kayak ini direka bentuk khasmempunyai daya

    keapungan yang tinggi dan mempunyai dinding (beam) yang

    sangat lebar sehingga 36 inci untuk membuatkannya sangat

    stabil di permukaan air. Reka bentuk kayak ini hampir serupa

    dengan Kayak Reakreasi dan Sit-On-Top Kayaks. Sebahagian

    kayak memancing dilengkapi dengan outrigger. Dalam

    beberapa tahun yang lepas, memancing menggunakan kayak

    menjadi sukan yang terkenal. Kayak ini lebih murahberbanding dengan Kayak Laut dan Kayak Air Putih dan kos

    penyelengraraan tidak begitu mahal.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    24/25

    KAYAK SIT-ON-TOP

    Kayak ini digunakan khusus di pantai atau danau.Kayak ini

    selalunya mempunyai reka bentuk single atau double (untuk

    seorang atau dua pendayung). Terdapat juga reka bentuk

    untuk tiga atau empat orang pendayung. Kayak sit-on-top ini

    popular digunkan untuk memancing atau scuba diving kerana

    reka bentuknya yang memudahkan pergerakan keluar dan

    masuk dari air, mudah untuk mengubah kedudukan, dan

    mempunyai ruang simpanan. Kebiasaannya tempat duduk

    kayak ini sedikit atas daripada aras air. Jadi pusat graviti bagi

    pendayung lebih tinggi yang membuatkannya tidak stabil. Bagi

    mengatasi masalah ini, kayak ini dibina lebih lebar bagi

    membuatkannya lebih stabil. Hasilnya, pergerakan kayak inimenjadi lebih perlahan.

  • 8/6/2019 Pen Gen Alan Kayak

    25/25

    PEMI IHAN KAYAK

    Berdasarkan Ukuran dan Berat

    Ukuran memainkan peranan penting dalam pemilihan kayakyang sesuai. Jenis kayak yang dipilih mestilah bersesuaian

    dengan postur badan pendayung.

    Keseimbangan

    Keseimbangan memainkan peranan penting dalam pemilihan

    kayak. Kayak yang berbadan panjang dan lebar ukurannya

    memiliki keseimbangan yang tinggi. Keseimbangan terdiridaripada Keseimbangan Primer dan Keseimbangan Sekunder.

    Keseimbangan Primer ialah keseimbangan yang sangat stabil

    dan susah untuk terbalik. Kayak akan mudah terbalik jika

    terlepas dari pusat gravitinya.

    Keseimbangan Sekunder ualah keadaan yang kurang stabil

    apabila berada di dalam kayak. Jika melepasi titik gravitinya,

    kayak sukar untuk terbalik.

    Rocker

    Rocker ialah lekukan pada bahagian bawah kayak (hull) hingga

    ke bahagian bow/stern kayak. Kayak yang mempunyai rocker

    yang besar mudah untuk membelok dan kayak yang

    mempunyai rocker yang kecil sukar untuk berputar tetapi

    mudah bergerak dalam trek yang lurus dan bergerak denganlebih laju.