Download - Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 1/10
OUM 1
TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT
TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT
PENGENALAN
Di dalam topik ini,anda akan berkenalan dengan era teknologi maklumat dan ciri-ciri
yang membezakannya dengan era sebelumnya. Anda juga akan diberi kefahamantentang Teknologi Maklumat. Ini meliputi prinsip, fungsi dan manfaat teknologi maklumatakan diterangkan dalam topik ini. Selain itu, Koridor Raya Multimedia atau Multimedia
Super Corridor (MSC) dan Undang-undang Siber juga akan dibincangkan di akhir topik.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. memahami dan mengetahui era maklumat
2. mengetahui 6 perbezaan era maklumat dengan era sebelumnya;
3. mengenalpasti 3 komponen teknologi maklumat; dan
4. mengetahui dan menerangkan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC).
1.1 SELAMAT DATANG KE ERA MAKLUMAT
Tahukah anda bahawa mengikut Alvin Tofler, kita sekarang ini sedangberada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat.
Abad ini, bukan sahaja telah mendedahkan kita kepada permulaan era maklumat, malahteknologi ini berterusan membawa kita kepada perubahan yang pesat dalam teknologi
maklumat. Tidak terdapat tanda-tanda kadar perubahan yang pesat ini akan menurun,sebaliknya ia semakin meningkat.
Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan gelombangperindustrian. Sesetengah penulis menyebut “gelombang” sebagai “era” iaitu merujukkepada era pertanian, era perindustrian dan era maklumat seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.1. Kini, kita tinggal dalam masyarakat di mana maklumat merupakan
sumber yang penting.
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 2/10
2 OUM
TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT
Untuk memahami evolusi era maklumat, sila rujuk Jadual 1.2 (ubahsuai dariSenn.1998).
Jadual 1.1: Takrifan Era Pertanian, Era Industri dan Era Maklumat
Era Pertanian Suatu era apabila kebanyakan pekerja adalah petani dan
kehidupannya berkisar dengan pertanian.Era Perindustrian Suatu era apabila proses kerja dipermudah melalui
pemekanikan dan automasi serta bilangan yang bekerja
dalam pembuatan terus bertambah.
Era Maklumat Suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat dalam
penciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat.
Jadual 1.2 : Evolusi Era Pertanian, Era Industri dan Era Maklumat
Era Pertanian Era Industri Era Maklumat
Kebanyakan Petani/Peladang Pekerja Kilang Pekerja Berpengetahuan
Pekerja Rakan Manusia dan Tanah Manusia dan Mesin Manusia dan
Alatan Tangan MesinManusia Teknologi
Alat teknologi yang digunakan dalam era pertanian, era industri dan era maklumat
adalah berbeza. Contohnya, teknologi dalam era industri (seperti jentolak dan kren)digunakan untuk meningkatkan kebolehan fizikal sementara teknologi dalam eramaklumat (seperti computer dan server ) digunakan untuk meningkatkan kebolehan daya
fikir pekerja. Dalam era maklumat, jalinan di antara seorang manusia dengan manusia
lain diperkukuhkan dan alat utama yang digunakan ialah teknologi maklumat. Walaupunberada dalam era maklumat, pertanian dan pembuatan masih tetap berkepentingan.
Terdapat enam ciri yang membezakan era maklumat dengan era sebelumnya (Senn,1998) :
(i) Munculnya masyarakat berasaskan maklumat (information-based society ): Dalammasyarakat bermaklumat (informative society ), lebih ramai pekerja mengendalikan
maklumat dari bekerja dalam gabungan pertanian dan pembuatan.
(ii) Kejayaan tugas-tugas perniagaan dan pengurusan bergantung kepada teknologimaklumat: Contohnya, urusan perbankan yang amat bergantung kepada teknologi
maklumat bagi memudahkan urusan transaksi harian dengan lebih cekap dan berkesan.
(iii) Proses kerja mengalami perubahan dan transformasi bagi meningkatkanproduktiviti: Contohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan
di ladang bagi mempercepatkan kerja di ladang. Tetapi di era maklumat, pengetahuan
memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana dan bila tanaman ditanamdan dijaga.
(iv) Teknologi maklumat menyediakan asas untuk berfikir semula - iaitu kejuruteraan
semula proses bisnes: penggunaan teknologi maklumat dengan bijak bukan sahajamempercepatkan aktiviti rutin malah memberikan peluang kepada syarikat untuk mengkajidan menyusun semula proses kerja bagi mengoptimumkan penggunaan sumber
serta meningkatkan produktiviti syarikat.
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 3/10
OUM 3
TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT
(v) Kejayaan dalam teknologi maklumat bergantung kepada keberkesanan
penggunaan teknologi maklumat: contohnya, dalam era pertanian, petani perlu tahukeupayaan dan penjagaan kerbau, lembu dan tanah. Era industri memerlukan pekerja
industri mengetahui keupayaan dan penjagaan mesin untuk keberkesanan kerja. Eramaklumat memerlukan pengguna mengetahui bagaimana teknologi maklumat mampu
meningkatkan keceriaan peribadi, meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.
(vi) Teknologi maklumat terkamir (tersirat) ataupun bersepadu di dalam banyak produk
dan perkhidmatan: contohnya dalam industri pelancongan, teknologi maklumatdigunakan di beberapa bahagian seperti agensi tiket, lapangan terbang, hotel atau tempatpenginapan, agensi sewa kereta dan lain-lain. Secara tidak langsung teknologi maklumat
memberi suatu nilai tambah kepada sesuatu produk dan perkhidmatan. Nilai tambah iniboleh berbentuk kualiti, kebolehpercayaan, keterampilan, menarik dan sebarang ciri
yang mampu memenuhi kehendak pengguna.
Data Fakta mentah, rajah dan keterperincian lain seperti markah kuiz dan harga
komputer.
Maklumat Penafsiran yang tersusun, bermakna dan berguna terhadap data seperti
prestasi kuiz dan spesifikasi komputer.
Pengetahuan Kefahaman dan keperihatinan kepada set maklumat dan bagaimana
maklumat tersebut boleh digunakan sebaiknya seperti memberi kelas
tambahan atau peningkatan kualiti komputer.
Latihan 1.1
Di antara Era Pertanian, Industri dan Maklumat, dimanakah anda fikir Malaysia berada? Terangkan pendapat anda.
1.2 APAKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT
Sebelum mendalami lebih lanjut tentang teknologi maklumat, alangkah baik jika kita
dapat membezakan di antara data, maklumat dan pengetahuan sebagaimana yangditunjukkan dalam Jadual 1.3 berikut:
Takrifan di dalam Jadual 1.3 menunjukkan data yang telah ditapis, diformat dan diringkaskanbertukar menjadi maklumat. Maklumat yang ditafsir, diputuskan dan diambil tindakan bertukar
kepada pengetahuan. Dengan adanya pengetahuan, pengguna mampu membuat keputusan
yang terbaik dan seterusnya melaksanakan tindakan yang sewajarnya.
Secara umumnya, teknologi maklumat merupakan suatu alatan utama dalam era
maklumat. Alatan ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat
terutama maklumat berbentuk digital. Teknologi maklumat merujuk kepadapenggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan
penyebaran maklumat.
Jadual 1.3: Takrifan Data, Maklumat dan Pengetahuan
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 4/10
4 OUM
TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT
Berikut di dalam Jadual 1.4 adalah beberapa takrifan teknologi maklumat:
Jadual 1.4: Takrifan Teknologi Maklumat
Jadual 1.5 berikut menunjukkan komponen utama teknologi maklumat:
Jadual 1.5 : Komponen Teknologi Maklumat
Komponen Takrifan
Komputer Digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembah data
dan maklumat.
Rangkaian Digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembah dataKomunikasi dan maklumat.
TAHU-GUNA Digunakan untuk penghantaran dan penerimaan data dan maklumat.Digunakan
untuk penghantaran dan penerimaan data dan maklumat.Apa, bila dan
bagaimana teknologi maklumat digunakan secara berkesan untuk
menyelesaikan masalah iaitu merujuk kepada; kebiasaan dengan alat
teknologi maklumat, kemahiran yang diperlukan, memahami bila hendak
menggunakan teknologi maklumat untuk menyelesaikan masalah dan
mengeksploitasikan peluang yang terbuka luas.
Behan & Holmes Teknologi Maklumat adalah suatu istilah untuk
memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untukmerekod, menyimpan, memproses, mendapat semula,menghantar dan menerima maklumat.
E.W. Martin et al.(1994)
Teknologi Maklumat terdiri dari semua bentuk teknologiyang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi,komunikasi, persembahan dan menggunakan data (datayang ditransformasi kepada maklumat).
Senn (1998) Teknologi Maklumat mengandungi tiga komponen iaitukomputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusiadan organisasi untuk lebih produktif, berkesan danumumnya berjaya serta tidak boleh terpisah. Komputer dan rangkaian komputer tidak berguna jika tidak pandaimenggunakannya. Mengetahui bila hendakmenggunakan komputer sama penting denganmengetahui bagaimana hendak menggunakannya.Selain daripada kebolehan berkomunikasi maklumatmelalui komputer, menghubungkan manusia melalui
teknologi maklumat adalah juga penting.
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 5/10
OUM 5
TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT
1.3 PRINSIP TEKNOLOGI MAKLUMAT
Perbahasan, cerita dan rujukan tentang kesan teknologi maklumat kepada penggunaboleh diperolehi di merata tempat kini. Kita telah lihat bagaimana teknologi maklumatmembantu orang-orang istimewa. Kita telah dengar dan membaca bagaimana teknologi
maklumat telah meningkatkan keuntungan syarikat dan perniagaan. Kita juga telah
mengetahui akibat virus komputer seperti virus Love Bug dan Chernobyl yang telahmerosakkan sistem komputer banyak organisasi dan juga orang perseorangan.
Pastinya tujuan utama teknologi maklumat ialah memberikan bantuan kepada
manusia untuk menyelesaikan masalah, mencetuskan kreativiti, menjadikanmanusia lebih berkesan dengan bantuan teknologi maklumat dalam aktiviti
seharian. Oleh itu, teknologi maklumat mampu melepaskan manusia daripada
belenggu kerja rutin dan menumpukan lebih perhatian di dalam menyelesaikanmasalah dan merapatkan hubungan sesama manusia.
Prinsip utama teknologi maklumat ialah Prinsip teknologi-tinggi-sentuhan-tinggi (high-tech-high-touch) iaitu semakin banyak bergantung kepada teknologi termaju, semakin
penting kita menimbangkan aspek “sentuhan-tinggi (high-touch)” iaitu “manusia”. Prinsipini menekankan yang kita sepatutnya menyesuaikan teknologi maklumat kepada manusia,
daripada meminta manusia menyesuaikan dengan teknologi maklumat.
1.4 FUNGSI DAN MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Senn (1998) menyatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan enam fungsipengendalian maklumat iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan,
dapatan semula dan penghantaran. Dalam kebanyakan hal, dua atau lebih fungsidijalankan serentak. Ini dapat diperkatakan dalam Jadual 1.6 yang menunjukkan fungsitakrifan dan contoh teknologi maklumat.
.
Latihan 1.2
Bezakan antara data, maklumat dan pengetahuan. Beri satu contoh bagisetiap satu.
Apakah yang anda faham tentang “tahu-guna”?
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 6/10
6 OUM
TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT
Manfaat yang boleh pengguna perolehi daripada teknologi maklumat pula adalah pantas,konsisten, jitu dan boleh percaya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.7 berikut:
Jadual 1.6 : Fungsi Teknologi Maklumat
Fungsi Takrifan Contoh
Pengumpulan Mengumpul rekod aktivi ti yang boleh Mengira undi, membacadigunakan kemudian. meter elektrik.
Pemprosesan Proses menukar, menganalisis, Pemprosesan bil elektrik,
pengiraan dan sintesis semua pemproses perkataan,
bentuk data atau maklumat pemprosesan cukai
Penjanaan Menyusun maklumat kepada bentuk Bil elektrik, jadual, graf, carta.
berguna sama ada sebagai teks, Cakera, pita, CD-ROM, fail .
audio atau imej.
Penyimpanan Proses komputer menyimpan data Rekod cukai pendapatan,
dan maklumat untuk digunakan rekod ahli persatuan, rekod
kemudian. kesalahan lalu lintas.
Dapatan semula Dapatan semula Faks, e-mel, mel suara.Penghantaran Penghantaran E-mel, mel suara
Jadual 1.7 : Manfaat Teknologi Maklumat
Manfaat Takrifan
Pantas Satu n ilai yang relat if . Komputer boleh melakukan dalam sekel ip mata
dan lebih cepat daripada manusia.Konsisten Komputer cekap me lakukan kerja yang beru lang secara kons isten .
Keupayaan melakukan aktiviti yang sama setiap masa.
Jitu Komputer begitu ji tu atau tepat. Komputer berupaya mengesan
perbezaan yang amat kecil.Komputer begitu jitu atau tepat. Komputer
berupaya mengesan perbezaan yang amat kecil.
Boleh Dengan kepantasan, kekonsistenan dan kej ituan, kita boleh jangka percaya
keputusan yang bo leh dipercaya . Has il yang sama bo leh d idapat i
berulang kali.
Dengan manfaat yang diperolehi daripada penggunaan teknologi maklumat, kita tidak
boleh melepaskan peluang yang disediakan oleh teknologi maklumat. Secara amnyaterdapat dua kategori peluang iaitu:-
(i) Membantu manusia: Contohnya orang istimewa (kurang upaya), meningkatkan
produktiviti manusia dan membantu kepada kesejahteraan manusia.
(ii) Membantu menyelesaikan masalah: Membantu proses mengenalpasti masalah,
meneroka beberapa pilihan penyelesaian dan mengimplementasi penyelesaian
dengan jayanya.
Teknologi maklumat telah digunakan dalam berbagai bidang yang bertujuan untuk
menyelesaikan masalah dan membantu manusia. Kita patut mengetahui tanggungjawab asas
pengguna teknologi maklumat. Tiga tanggungjawab asas pengguna teknologi maklumat:
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 7/10
OUM 7
TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT
(i) mengetahui keupayaan dan batasan teknologi maklumat
(ii) menggunakan teknologi maklumat secara beretika dan betul
(iii) melindungi keselamatan data dan maklumat dari berbagai ancaman.
1.5 KERJAYA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi maklumat berkait rapat dengan kebanyakan kerjaya masa kini. Secaraumumnya, dua kategori yang berkaitan teknologi maklumat dan kerjaya:
(i) Teknologi maklumat sebagai kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam teknologi maklumat memberikan peluangpekerjaan dalam penggunaan teknologi maklumat. Antara kerjaya dalam bidang teknologimaklumat ialah juruanalisa sistem, pegawai sistem maklumat, pengurus rangkaian,
jurutera perisian, jurutera pengetahuan, pengaturcara, pengurus pemprosesan data,perunding sistem komputer, jurukamir sistem (system integrator ), pentadbir sistem,
ketua pegawai maklumat, jurutera sistem, jurutera komputer, pengurus laman web dan
banyak lagi.
Mereka ini digelar ahli profesional teknologi maklumat. Mereka ini juga kadang kaladianggap sebagai orang yang memainkan peranan penting di belakang komputer iaitu
mereka yang membangunkan perisian dan peralatan teknologi maklumat.
(ii) Teknologi maklumat pembantu kerjaya
Pembantu kerjaya juga dikenali sebagai pengguna ataupun pengguna akhir. Pengguna
atau pengguna akhir terlibat dengan penggunaan sepenuhnya teknologi maklumat
tetapi tidak memerlukan pengetahuan teknikal teknologi maklumat. Mereka lebih tahuselok-belok penggunaan perisian ataupun perkakasan tertentu. Doktor menggunakankomputer untuk mencapai maklumat pesakit tetapi doktor tersebut tidak memerlukan
pengetahuan teknikal komputer. Pengguna secara umumnya boleh dibahagi kepada
tiga jenis iaitu pengguna novis, pengguna separa mahir dan pengguna mahir.
Kedua-dua ahli profesional dan pengguna perlu berkomunikasi di antara satu sama laindemi meningkatkan penggunaan, cetusan idea baru dan seterusnya memanfaatkanteknologi maklumat.
1.6 TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIADi Malaysia, kita turut dilanda ledakan perkembangan pesat teknologi maklumat. Koridor
Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC), merupakan satu gagasan
Teknologi Maklumat yang sering kedengaran atau menjadi bahan di media massa. MSCadalah satu daripada perkembangan mutakhir teknologi maklumat di Malaysia. MSC juga merupakan satu agenda Malaysia untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan
merupakan alatan utama di dalam persaingan ekonomi berdasarkan pengetahuan. Kita
sebagai pengguna teknologi maklumat harus memperlengkapkan diri untuk mendapatmanfaat sepenuhnya dari teknologi ini.
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 8/10
8 OUM
TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT
Di manakah tahap penggunaan teknologi maklumat? Pada masa ini, amat sedikit kilang
atau sektor pembuatan yang menggunakan teknologi maklumat apatah lagi sistem robotik.Bagi industri yang menggunakan teknologi maklumat, mereka tidak menggunakan
sepenuhnya keupayaan teknologi maklumat bagi kepentingan industri itu sendiri. Sepertiyang dilaporkan dalam RMK7, iaitu hasil tinjauan yang dijalankan oleh UKM dan NPC
menunjukkan kebanyakan pekilang menggunakan teknologi maklumat untuk pentadbirandan amat kurang menggunakan teknologi maklumat untuk proses pembuatan walaupun
ada petunjuk yang menunjukkan kepada peningkatan penggunaan teknologi maklumatdalam proses pembuatan terutamanya Industri Kecil & Sederhana (IKS).
Begitu juga hasil tinjauan terbaru yang dijalankan oleh UKM dan NPC. Tinjauan inimenunjukkan hanya 35.1% kilang dalam sektor elektrik dan elektronik menggunakanrobot (lihat Abd Malik dan Md Yusof, et. al.,1997).
1.7 KORIDOR RAYA MULTIMEDIA ATAU MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC)
Satu daripada perkembangan semasa yang hangat diperbincangkan ialah Koridor Raya
Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). MSC adalah suatu kawasan seluas15 x 50 km bermula dari KLCC di utara sehingga KLIA di selatan yang mengubah ladang
kelapa sawit kepada lembah maklumat. Dua buah bandar pintar telah dibina di dalam
kawasan MSC iaitu Cyberjaya dan Putrajaya. Cyberjaya menempatkan industri teknologimaklumat dan multimedia dan Putrajaya pula merupakan pusat pentadbiran kerajaanPersekutuan. Sebuah perbadanan telah ditubuhkan iaitu Perbadanan Pembangunan
Multimedia atau Multimedia Development Corporation (MDC) untuk memantau
pembangunan MSC.
Sila lawati laman www.mdc.com.my untuk mengetahui dengan lebih
lanjut tentang perkembangan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Bil Jaminan (Bill of guarantees) telah disediakan oleh kerajaan untuk menarik syarikatberoperasi di MSC. Bil jaminan ini menyediakan prasarana fizikal dan maklumat bertaraf dunia kepada syarikat yang mendapat status MSC iaitu;
(i) Menyediakan prasarana fizikal dan maklumat bertaraf dunia.(ii) Membenarkan tanpa sekatan pekerja pengetahuan tempatan dan luar.
(iii) Memastikan kebebasan pemilikan dengan mengecualikan syarikat berstatus MSC
daripada keperluan pemilikan tempatan.
(iv) Memberikan syarikat berstatus MSC kebebasan untuk menyediakan modal daripadapinjaman tempatan dan dunia untuk prasarana MSC.
(v) Menyediakan insentif kewangan yang menarik.
(vi) Menjadi ketua serantau dalam perlindungan Hakmilik Intelektual dan undang-undang siber.
(vii) Memastikan tiada tapisan (censorship) Internet.
(viii) Menyediakan tarif telekomunikasi yang bersaing sejagat.
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 9/10
OUM 9
TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT
(ix) Mengeluarkan tender kontrak prasarana MSC utama kepada syarikat yang ingin
menjadikan MSC sebagai hab (hub) serantau.
(x) Menyediakan agensi berkuasa untuk bertindak sebagai pusat sehentian (one-stop
supershop) untuk memastikan MSC memenuhi keperluan syarikat.
MDC juga bertindak sebagai pusat sehentian untuk memenuhi jaminan ke-10 di atasterutama untuk mempercepatkan permohonan visa, lesen dan permit. Prasarana
komunikasi yang akan disediakan dalam MSC berkelajuan 2.5Gbps hingga 10Gbps.Selain itu, satu panel perundingan antarabangsa ( International Advisory Panel , IAP )MSC juga telah ditubuhkan. Ahli panel terdiri dari mereka yang terkenal dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi seperti Bill Gates (CEO Microsoft), Scott McNealy(CEO Sun System), Stan Sheah (CEO Acer) dan James Barkdale (CEO Netscape).
Kita juga boleh menempah bunga, membeli buku dan sebagainya diInternet. Hub yang berkaitan e-dagang di Malaysia boleh dilawati di
www.ec.com.my. Setengahnya menyediakan bayaran elektronik dan
setengahnya tidak. Contoh web syarikat di Malaysia ialah:
i) www.blooming.com.my (hadiah)
ii) www.computer.com.my (komputer)
iii) www.midvalley.com.my (kompleks membeli belah) dan lain-lain
1.8 UNDANG-UNDANG SIBERAntara jaminan yang diberikan untuk syarikat bertaraf MSC adalah penggubalan dan
pelaksanaan 6 undang-undang siber yang kini telahpun diluluskan oleh Parlimen. Di
antara undang-undang tersebut adalah:
(i) Akta Tandatangan Digital 1997
(ii) Akta Hakcipta (Pindaan) 1997
(iii) Akta Jenayah Komputer 1997
(iv) Akta Teleperubatan 1997
(v) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(vi) Akta Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Latihan 1.3
Tujuh aplikasi utama (flagship) MSC telah dikenalpasti. Ianya bolehdibahagikan kepada dua kategori iaitu pembangunan multimedia danpersekitaran multimedia. Empat aplikasi yang pertama di bawah
kategori pembangunan multimedia dan tiga aplikasi yang terakhir dibawah kategori persekitaran multimedia. Sila nyatakan ketujuh-tujuhaplikasi berkenaan. (Untuk membantu anda menjawab soalan ini,anda
boleh melawat laman web berikut, www.mdc.com.my)
8/3/2019 Topik 01 Pen Gen Alan Era Maklumat
http://slidepdf.com/reader/full/topik-01-pen-gen-alan-era-maklumat 10/10
10 OUM
TOPIK 1PENGENALAN ERA MAKLUMAT
RUMUSAN
Kita telah menyentuh tentang maksud era maklumat dan alat yang digunakan dalam
era maklumat iaitu teknologi maklumat. Perkembangan dan peluang mutakhir yangtercetus daripada perkembangan teknologi maklumat di Malaysia tidak harus dipersia-siakan. Kita perlu lakukan perkongsian pengalaman, tenaga manusia, kepakaran,
kebijaksanaan dan semua ini juga disebut “perkongsian pintar” untuk merebut peluang
teknologi maklumat. Walaupun kita tidak mula-mula mencipta teknologi maklumat, tetapisebagai rakyat Malaysia, kita boleh menjadikan teknologi maklumat sebagai landasan
menjadikan Malaysia negara maju.
Latihan 1.4
1. Berikan enam jenis kerjaya dalam bidang teknologi maklumat.2. Beberapa jabatan kerajaan dan swasta telah membangunkan laman
web dan infokios masing-masing. Ini menunjukkan meningkatnyakesedaran konsep penyebaran maklumat melalui Internet. Anda
dikehendaki memberi 7 lagi contoh laman web atau infokios jabatan
kerajaan yang terdapat di Internet. (Untuk menjawab soalan ini andaperlu melayari laman-laman web di Internet).
3. Terdapat 6 undang-undang siber yang telah diluluskan oleh Parlimen.
Sila nyatakan keenam-enam undang-undang siber tersebut bersamahuraian bagi setiap satu undang-undang berkenaan. (Untuk membantu
anda menjawab soalan ini anda boleh melayari laman web,
www.mdc.com.my)