pen gen alan ilmu al-qiraat

Upload: manja-lela

Post on 09-Apr-2018

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    1/19

    Company

    LOGO

    Ahmad Zulfiqar Shah bin Abdul [email protected]

    05-4505139

    4A18, Kompleks Malim Sarjana

    Fakulti Sains Sosial danKemanusiaan

    ILMU AL-QIRAAT : ILMI DAN AMALI

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    2/19

    MUQADDIMAH

    Ilmu al-Qiraat merupakan ilmu dari Allah Taaladan bukannya merupakan ilmu yang direkaciptaoleh manusia atau Nabi Muhammad SAW. Iniadalah kerana Nabi SAW merupakan seorangyang ummiiaitu seorang yang buta huruf.

    Di Malaysia, apa yang menjadi keutamaan ialahbacaan al-Quran bertajwid dan berlagudengan mengikut bacaan Qiraat Hafs binSulayman al-Kufi dari Imam Asim aliran TariqSyatibiyyah.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    3/19

    Definisi Ilmu al-Qiraat

    Ilmu Al-Qiraat ( ) lafaz jamak kepada ( )bermakna bacaan atau wajah (bentuk) yang dibaca.

    Satu ilmu yang membicarakan tentang cara untukmenyebut kalimah-kalimah Al-Quran serta kepelbagaiandan perubahan yang berlaku (cth : panjang, pendek,tajwiddsb) padanya dengan disandarkan kepadaperiwayatannya.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    4/19

    Tajuk Perbincangan

    Membincangkan metodologi (manhaj) bacaan Imam al-Qiraat (Usul al-Qiraat)

    (Farsy al-Huruf) Perubahan yang berlaku pada kalimah-

    kalimah Al-Quran dari sudut sebutan bunyinya.

    Sabah Ahruf

    Perbincangan pengaruh al-Qiraat dalam hukum Syariatdan bahasa.

    Perbincangan tentang biodata Imam dan perawinya.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    5/19

    Tujuh Huruf

    Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perkara tersebut,antaranya ialah :

    :

    :,

    Yang Bermaksud : Daripada Ibn Abbas r.a : SesungguhnyaRasulullah SAW telah bersabda : Jibril telah membacakan padakusatu huruf (bentuk bacaan) dan aku mengulanginya, dan aku

    memintanya menambah (bentuk bacaan), maka dia telahmenambah bacaan padaku sehinggalah berakhir ke tujuh huruf(bentuk bacaan).

    (Muttafaq Alaih)

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    6/19

    Tujuh perbezaan bacaan yang disebut dalam hadis ini bukanbermaksud Qiraat tujuh, waiaupun Mujahid (wafat 324H) danImam Syatibi mengehadkan jumlah Qiraat kepada tujuh Imamsahaja.

    Imam Al-Jazari pula menyatakan ada sepuluh, Ad-DimyatilBanna' (wafat 1117H) pula menyatakan ada 14, Ibnu Jarir At-Tobari (wafat 310H) pula menyatakan lebih dari 20 Qiraatdalam tafsirnya dan pendapat-pendapat lain lagi yangmenunjukkan jumlah sebenar imam-imam Qiraat adalahramai dan tidak dapat dipastikan dengan tepat.

    Pendapat Imam Al-Jazari yang mengehadkan Qiraat kepadasepuluh [mam sahaja adalah lebih terpilih daripada pendapat-pendapat yang lain.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    7/19

    Makna Huruf

    Huruf dari sudut bahasa mempunyai banyak makna.Diantaranya : Hujung sesuatu, Huruf Hijaiyyah,sebahagian sesuatu atau satu pihak, bahasa atau lahjahsesuatu bahasa, dan wajah-wajah (bentuk) qiraat yangterdapat dalam Al-Quran.

    Manakala dari sudut istilahnya, ulamak berselisih

    pendapat dalam memberi pengertian dalamhadis yang telah lalu. Di antara pendapat mereka :

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    8/19

    Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dengan memberi satumakna.

    Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dan keseluruhan wajahbagi kalimah-kalimah tidak terkeluar daripada 7 bahasa.

    Suruhan, tegahan, janji baik, janji buruk, perbantahan, kisah-kisahdan perumpamaan.

    Atau suruhan, tegahan, halal, haram, muhkam, mutashabih, danperumpamaan.

    Tujuh ilmu iaitu : Ilmu mengada dan menjadikan, Tauhid dan Tanzih,

    Sifat dan Zat Allah, perbuatan Allah, Pengampun dan Azab, ilmumengumpul manusia di mahsyar/hisab dan ilmu kenabian.

    Tujuh makna yang selari ( cth : ,, ) yang bermaksud samaiaitu datanglah atau tampillah.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    9/19

    Pendapat Imam Abu Fakh al-Din al-Razi (Jumhur)

    1. Kepelbagaian pada kata nama sama ada dengan tunggal atau jamakseperti{ }

    2. Kepelbagaian pada wajah-wajah I'rab seperti { }

    3. Kepelbagaian pada tasrifseperti { }

    4. Kepelbagaian dalam mendahulukan dan mengakhirkan kalimahseperti { }

    5. Kepelbagaian dengan berlaku penukaran kalimah. Sama ada hurufdengan huruf atau kalimah dengan kalimah { }

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    10/19

    6. Kepelbagaian dengan penambahan dan pengurangan seperti { }

    7. Kepelbagaian lahjah dengan tafkhim dan tarqiq, fathah dan imalah,izhardan idgham, tashil, ishmam dan sebagainya. Ini adalahmerupakan perkara terpenting kerana ia menunjukkan Allah memberikemudahan dan keselesaan kepada umat Arab yang mengandungiperbezaan loghat. Datangnya al-Quran itu menghormati setiap lahjahatau dialek kabilah agar tidak menimbulkan sebarang kesulitandalam membaca al-Quran. Namun ianya tetap mengikut bahasa ArabQuraisy.

    Menurut Dr. Subhi Salleh berdasarkan semua pendapat ialah : Tujuhwajah bacaan yang dilonggarkan oleh Allah Taala kepada umatIslam. Maka setipa orang boleh memilih mana-mana wajah bacaanyang disukainya kerana semua wajah itu betul semuanya.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    11/19

    Qiraat, Riwayat dan Toriq

    Qiraat, Riwayat dan Toriq adalah istilah yang digunakan bagimemastikan kesahihan bacaan yang mereka ambil tanpa sebarangperubahan dan sampai kepada Rasulullah s.a.w.

    Perbezaan Qiraat, Riwayat dan Toriq ini tidak boleh disamakankeadaannya dengan mazhab-mazhab Fiqah yang berbeza-beza,yang menjadi ikutan umat Islam mengikut kedudukan geografi dankesesuaian masing-masing. Ini kerana perbezaan mazhab-mazhabFiqah adalah suatu yang berbentuk Ijtihad (fatwa) imam-imamberdasarkan apa yang mereka fahami menerusi dalil-dalil dari al-Quran atau Hadis.

    Sedangkan Qiraat bukan suatu fatwa, tetapi ia adalah bacaan al-Quran yang diambil terus dari Rasulullah s.a.w. secara riwayattanpa diubahsuai sedikit pun. Berlakunya perbezaan keranaRasululiah s.a.w. sendiri yang membenarkan perubahan tersebut.Perbezaan itu pula tidak diterima jika ia direka setelah wafatRasulullah s.a.w.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    12/19

    HUBUNGAN DI ANTARA AL-QURAN DAN

    AL-QIRAAT

    Ulama berselisih pendapat dalam persoalan adakah kedua-duanyamerupakan perkara yang sama atau sebaliknya.

    Imam Badr al-Din Al- Zarkasyi menyatakan bahawa Al-Quran danAl-Qiraat adalah dua hakikat yang berlainan. Ini kerana Al-Quranadalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw sebagaimukjizat dan keterangan. Sebaliknya Al-Qiraat pula adalahkepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedahpembacaan seperti takhfifdan tashdid. Al-Qiraat mestilah diambilmelalui proses talaqqidan mushafahah.

    Dr. Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa Al-Quran

    dan Al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. BerdasarkanAl-Quran adalah masdar yang seerti dengan Al-Qiraah. Al-Qiraatpula jamak kepada Al-Qiraah. Maka bagi beliau kedua-duanyaadalah mempunyai satu makna.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    13/19

    Rukun Bacaan Qiraat Yang Sahih

    1. Bacaan tersebut hendaklah menepati kaedahBahasa Arab dalam salah satu bentuknya.

    2. Menepati tulisan dalam salah atu kaedahRasm Uthmani

    3. Diterima secara mutawatir dari Rasulullah

    SAW.

    4. Cara Pengambilan bentuk bacaan inihendaklah secara Talaqqi dan Musyafahah.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    14/19

    Senarai Imam al-Qiraat

    Imam al-Qiraat Tujuh: Nafi Qalun dan Warsy Ibn Kathir Bazzi dan Qunbul Ibn Amir Hisyam dan Ibn Zakwan Abu Amr Duriy dan Susiy Asim Syubah dan Hafs

    Hamzah Khalaf dan Khallad Kisai Duriy dan Abu al-Harith

    Tambahan (Qiraat 10) Abu Jafar Ibn Wirdan dan Ibn Jammaz Yaqub Ruwais dan Ruh Khalaf Ibn Ishaq dan Idris

    Shadz (Qiraat 14) Ibn Muhaisan al-Bazzi dan Ibn Syanbuz Al-Yazidi Sulaiman dan Ahmad b. Farh Hasan al-Basri Syuja dan al-Duri Al-Amasy Hasan al-Mutii dan Abu al-Faraj al-Syanbuzi

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    15/19

    Pembahagian Al-Qiraat Dari Sudut

    Sanad

    Al-Qiraat jika ditinjau dari sudut sanad terbahagi kepada enam :

    1) Al-MutawatirQiraat yang diriwayatkan oleh sekumpulan dari sekumpulan yangtidak mungkin persepakatan mereka di atas pendustaan. Contohnya

    Qiraat yang disepakati daripada imam-imam yang tujuh.

    2) Al-MasyhurQiraat yang sah sanadnya kerana periwayatnya adil, mempunyaikekuatan ingatan dan meriwayatkan daripada periwayat yangsepertinya. Begitu juga Qiraat itu bertepatan dengan bahasa arabdan salah satu daripada mushaf-mushaf uthmani. Sama adadaripada Qiraat Sab'ah atau A'sharah. Juga Qiraat tersebutmasyhur di kalangan qurra' dan tidak di kira sebagai salah.

    Contohnya, Qiraat yang diriwayatkan daripada imam yang tujuhtetapi tidak disepakati.

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    16/19

    3) Al-SahihQiraat yang sah sanadnya tetapi bersalahan dengan rasm ataubahasa arab atau tidak masyhur seperti yang disebutkan. Bahagianini tidak dibaca dan tidak wajib beri'tikad akan kebenarannya.

    4) Al-ShazQiraat yang tidak sah sanadnya seperti Qiraat Ibn As Sumaiqi'{ }

    5) Al-Maudu'Qiraat yang diriwayatkan kepada periwayatnya tanpa ada asas.

    6) Al-Shabih Bil MudrajQiraat yang ditambah kerana menafsirkan ayat seperti Qiraat SaadIbn Abi Waqqas { }

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    17/19

    Usul al-Qiraat

    Bab al-Fatihah Istiazah Basmalah Mim Jama Hamzah Mufrad

    Hamzah min Kalimah Hamzah min Kalimatayn Idgham Kabir Ha al-Kinayah Idgham Harfayn Mutaqaribayn dan Mutajanisayn Imalah dan Taqlil Mad dan Qasr Bab al-Lamat Bab al-Raat Dan sebagainya (sebanyak 32 bab)

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    18/19

    Perkembangan Bacaan Qiraat

    Seluruh Dunia Islam

    Qiraat Nafi bin Abd Rahman melalui riwayat Qalunterdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%).Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair,Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian diSudan(3%).

    Qiraat Abu Amru al-Basri terdapat disebahagian wilayahdi Sudan (0.3%)

    Qiraat Ibn Amir al-Dimasyqi terdapat di Yaman (1%)

    Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkanQiraat Asim bin Abi Najud melalui riwayat Hafs binSulaiman al-Kufi.(95%)

  • 8/8/2019 Pen Gen Alan Ilmu Al-Qiraat

    19/19

    Company

    LOGO KHATIMAHKHATIMAH

    SEKIANWASSALAM