tesis

76
KEBERKESANAN TEKNIK SADAB DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL BERPANDUKAN GAMBAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN DUA ZURAIDA BINTI OSMAN J43424 FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015 1

Upload: cid-hamdan

Post on 16-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN TEKNIK SADAB DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL BERPANDUKAN GAMBAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN DUA

ZURAIDA BINTI OSMAN

J43424FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKANUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2015ISI KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN

iiPENGHARGAAN

iiiABSTRAK

ivKANDUNGAN

viSENARAI LAMPIRAN

viiiSENARAI RAJAH

ixSENARAI JADUAL

x

BAB 1: PENGENALAN1.1 Pendahuluan

1

1.2Pernyataan Masalah

5

1.3 Objektif Kajian

7

1.3.1Objektif Umum

7

1.3.1Objektif Khusus

7

1.4 Persoalan Kajian

7

1.5 Kepentingan Kajian

8

1.6Skop Dan Batasan Kajian

10

1.7Definisi Konsep Dan Istilah

11

1.7.1Kaedah

11

1.7.2Menulis

12

1.7.3Sintaksis

12

1.7.4Tanda Baca

13

1.7.5Sistem Ejaan

13

1.7.6Frasa

14

1.7.7Ayat

15

1.7.8Kemahiran Membina Ayat

16

1.7.9Kosa Kata

17

1.7.10 Konsep SADAB

17

1.8 Rumusan

18

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR2.1 Pengenalan

19

2.2 Teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa

19

2.2.1.Teori Pembelajaran Behaviorisme

20

2.2.2Teori Pembelajaran Kognitif

24

2.3Kemahiran Menulis

26

2.4 Sorotan Kajian

28

2.5Rumusan

31

BAB 3: METADOLOGI

3.1 Pendahuluan

333.2 Reka Bentuk Kajian

343.3 Sampel Kajian

353.4 Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

363.5 Instrumen Kajian

373.5.1Pemilihan Variasi Ayat

383.5.2 Permurnian Ayat

423.6 Prosedur Pengumpulan Data

423.6.1Persediaan Mengajar

433.6.2Data Pemerhatian

433.6.3 Temubual

443.6.4Ujian Pra Membina Ayat

443.6.5 Ujian Pasca Membina Ayat

443.7 Analisis Data

453.8 Rumusan

46

RUJUKAN

47

SENARAI RAJAH

Muka Surat

Rajah 3.1: Contoh set instrument 1 di mana murid dikehendaki

menyenaraikan kosa kata berpandukan gambar.

39 Rajah 3.2: Set instrumen 2 di mana murid diminta membina ayat

berpandukan gambar.

41

SENARAI JADUAL

Muka Surat

Jadual 1.1: Konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan.

15

Jadual 3.1: Latar belakang sampel.

36

Jadual 3.2: Pemilihan variasi ayat yang dilakukan oleh murid Tahun 238

Jadual 3.3: Pemurnian ayat.

42Jadual 3.4: Analisis data berdasarkan soalan kajian.

46

BAB IPENGENALAN

1.1PENDAHULUANPerkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuanmenyatakan: Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah melalui zaman kegemilangan, dengan menjadi lingua franca seluruh daerah Kepulauan Melayu. Fungsi bahasa Melayu diperkukuh lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Sasterawan Bahasa, Prof Madya Dr Lim Swee Tin seperti yang dilaporkan dalam akhbar Berita Harian telah menyatakan bahawa generasi muda yang sekarang popular dengan sebutan Gen-Y mempunyai sikap yang membimbangkan kerana mereka tidak ambil peduli untuk mempelajari bahasa Melayu dengan baik kecuali ketika di sekolah. Mereka juga sudah tidak lagi mempelajari seni bahasa Melayu seperti seloka, gurindam, pantun dan syair, malah seolah-olah ia dilupakan. Tidak ramai anak muda yang menggunakan bahasa Melayu dengan baik apatah lagi untuk menghayati dan memahaminya sehingga mahir dalam segenap segi bahasa itu. Gen-Y ini perlu menjiwai bahasa Melayu supaya wujud rasa kecintaan ke atas bahasa kebangsaan itu serta memastikan ia terus dimartabatkan (Seri Intan Othman, 2014). Kegagalan menguasai bahasa Melayu dengan baik mencetuskan keraguan sama ada sistem pengajaran bahasa di sekolah tidak berkesan atau tidak berjaya menarik minat pelajar.

Pembelajaran dan penggunaan bahasa Cina dan Tamil, masing-masing di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil menimbulkan masalah berikutan ada murid di kedua-dua sekolah berkenaan gagal bertutur, apatah lagi menguasai bahasa Melayu. Dapatan kajian penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid lepasan SJK membuktikan sistem pembelajaran bahasa Melayu di sekolah berkenaan tidak berjaya menghasilkan murid bukan Melayu yang benar-benar menguasai bahasa kebangsaan seperti mana yang dilaporkan oleh Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong. Dapatan kajian tersebut yang dipetik dari Berita Harian (2015, Feb 13) melaporkan bahawa tinjauan terhadap 13,925 responden dalam kalangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2010 mendapati 609 pelatih bukan Melayu langsung tidak boleh berbahasa Melayu. Selain ini, suatu tinjauan jalanan pada tahun 2011 dalam kalangan belia Cina mendapati 28 daripada 107 responden, tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan memahaminya langsung. Keputusan kajian tersebut bukan sahaja menggemparkan banyak pihak, ia juga menimbulkan pelbagai polemik. Kejayaan kaedah pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah ini mula dipersoalkan.

Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi mata-mata pelajaran di sekolah kebangsaan sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi Malaysia yang mendokong peranan sebagai bahasa ilmu pengetahuan (Akta Pendidikan, 1996). Ia juga menjadi mata pelajaran teras yang diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan sejak awal sejarah pendidikan di negara ini. Persekolahan rendah disasarkan untuk mengeluarkan murid yang menguasai bahasa Melayu pada suatu tahap penguasaan yang cukup bagi mereka mengikuti pelajaran dalam bahasa berkenaan pada peringkat menengah dan institusi pendidikan yang lebih tinggi.

Seseorang pelajar bahasa yang dianggap cekap berkomunikasi dalam bahasa Melayu adalah seorang yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan tentang bahasa tersebut tetapi juga mengetahui sistem bahasa secara mendalam dan menggunakan bahasa itu secara spontan sesuai dengan peraturan penggunaan bahasa tersebut. Oleh yang demikian, setiap orang yang ingin mempelajari dan menguasai sesuatu bahasa mestilah mampu menguasai empat aspek kemahiran utama bahasa. Penguasaan empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis adalah perlu untuk menjadikan penutur bahasa itu seorang yang menguasai bahasa Melayu dengan baik. Kemahiran bertutur dan menulis merupakan kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan isi hati atau fikiran. Kemahiran mendengar dan membaca pula ialah kemahiran yang diperlukan untuk menerima luahan isi hati atau memahami fikiran seseorang dalam satu-satu komunikasi bahasa. Penekanan kepada kemahiran menulis adalah sangat penting kerana kemahiran tersebut merupakan satu kemahiran yang paling penting dipelajari. Azman Wan Chik (1994) menyatakan bahawa daripada keempat-empat kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis), kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks. Untuk mencapai penguasaan bahasa yang baik, sistem atau kaedah pengajaran bahasa juga mestilah mengikut penetapan yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji dan pakar bahasa. Kaedah pengajaran bahasa adalah elemen yang memerlukan penelitian supaya guru dapat memahami kehendak dan keperluan murid dalam meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan mereka.

Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan berasaskan penumpuan khusus pada dua tahap persekolahan iaitu Tahap I (Tahun 1 hingga Tahun 3) dan Tahap II (Tahun 4 hingga Tahun 6) dengan memberikan tumpuan pada pelajar untuk menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Bagi kemahiran menulis, pengajaran pada Tahap I tertumpu pada kemahiran menulis asas, iaitu mengenal dan menulis abjad, mencantumkannya menjadi kata, frasa, dan ayat, sementara Tahap II menekankan kemahiran menulis fungsian, iaitu untuk melahirkan idea dan perasaan bagi memenuhi fungsi komunikasi.

Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua pelajar. Kemahiran membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam bahasa Melayu. Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan.

1.2PERNYATAAN MASALAH Kemahiran asas literasi adalah secara lansung melibatkan kemahiran menulis. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kemahiran menulis perlu kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan sama ada berayat panjang atau pendek. Masalah menjawab akan membebani murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik. Untuk membina ayat, menyusun kata, menghuraikan gambar dan rajah memerlukan kemahiran menulis. Menurut Roselan Baki (2003), menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks maka ia perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis.

Menulis terus menjadi kelemahan paling ketara pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Hal ini kerana, semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis, didapati pelajar menghadapi masalah dalam pembinaan ayat walaupun bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata disertakan.

Elakkan membina perenggan dengan hanya 1, 2 atau 3 ayat sahaja.Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR, 2010) menyatakan antara objektif penulisan yang perlu dicapai oleh murid tahun satu ialah:

1. Menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas;

2. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul

3. Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul

4. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.

Semasa menyemak buku latihan murid Tahun 2 Kreatif Sekolah kebangsaan Semenyih, pengkaji mendapati sebahagian besar murid dari kelas sederhana ke lemah ini masih belum menguasai kemahiran membina ayat walaupun rangsangan perkataan dan gambar diberikan. Murid-murid hanya menggunakan perkataan perbualan seharian yang diulang-ulang dengan penggunaan kosa kata yang terhad, terdapat banyak kesilapan terutamanya kesalahan meletak tanda baca, penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang tidak bersesuaian serta kesilapan ejaan. Oleh itu boleh dikatakan bahawa objektif penulisan untuk murid Tahun Satu (KSSR, 2010) masih belum dicapai bagi murid-murid Tahun Dua ini.Pengkaji telah memberi latihan membina ayat berdasarkan perkataan, gambar dan frasa bagi mengesahkan masalah yang dikesan oleh pengkaji terhadap 40 orang murid Tahun 2 Kreatif. Seramai 25 orang murid tidak dapat menyiapkan soalan latihan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Terdapat juga murid yang menyiapkan tugasan membina ayat yang diberikan namun dengan pelbagai jenis kesalahan dikesan seperti kesalahan ejaan, struktur ayat tidak lengkap, penggunaan tanda baca tidak tepat serta penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang diabaikan. Murid yang gagal menyiapkan tugasan didapati ketandusan idea untuk membina ayat. Pengkaji mendapati masalah ini adalah disebabkan oleh tahap penguasaan kosa kata dalam kalangan murid adalah terhad. Di samping itu kelancaran membaca juga turut menjejaskan kebolehan murid menulis dengan ejaan yang betul. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, pengkaji merasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal menggunakan bantuan gambar. Hal ini kerana asas membina ayat adalah menulis ayat tunggal. Oleh itu, pengkaji menggunakan teknik SADAB untuk membimbing murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Terangkan dengan ringkas teknik SADAP termasuklan bagaimana teknik ini membantu meningkatkan kemahiran membina ayat tuggal murid.1.3OBJEKTIF KAJIAN1.3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini dilaksanakan adalah untuk menentukan keberkesanan teknik SADAB dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berpandukan gambar dalam kalangan murid Tahun Dua.

1.3.2 Objektif Khusus

Kajian ini mempunyai objektif khusus iaitu:

1) Menentukan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal dari aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan sebelum penggunaan teknik SADAB.

2) Menentukan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal dari aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan selepas penggunaan teknik SADAB.

3) Menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat dari aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan sebelum dan selepas penggunaan teknik SADAB.

1.4PERSOALAN KAJIANPersoalan yang dinyatakan dalam kajian ini ialah:1) Apakah tahap penguasaan kemahiran membina ayat tunggal dari aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan sebelum penggunaan teknk SADAB?

2) Apakah tahap penguasaan kemahiran membina ayat tunggal dari aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan selepas penggunaan teknik SADAB?

3) Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran membina ayat tunggal dari aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan sebelum dan selepas penggunaan teknik SADAB?

1.5KEPENTINGAN KAJIANKajian ini mempunyai kepentingan kepada murid, guru dan pentadbiran sekolah serta Kementerian Pelajaran. Kaedah SADAB ini dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat tunggal. Apabila penguasaan kemahiran ini telah didapati, murid akan lebih seronok dan teruja untuk belajar bahasa Melayu khasnya tugasan membina ayat. Keadaan ini juga akan mengurang atau menghindarkan kebosanan murid yang boleh menjurus kepada timbulnya masalah disiplin.

Hasil kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh pihak guru untuk melihat faktor-faktor yang menjadi halangan kepada murid-murid Tahun Dua dalam menguasai kemahiran membina ayat tunggal serta menjadikan kaedah SADAB ini sebagai alternatif yang sesuai kepada teknik pengajaran dan pembelajaran untuk murid yang lemah dan lambat menguasai kemahiran membina ayat. Kaedah SADAB ini juga diharap akan menjadikan sesi pembelajaran bahasa Melayu dalam bilik darjah menjadi lebih menarik dan menambahkan keyakinan kepada murid.Kajian ini amat selari dengan kehendak dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana dalam dokumen KSSR (2011), dinyatakan antara objektif kemahiran menulis Tahun Dua adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i. menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;

ii. membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;

iii. membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan grafik dengan betul dan tulisan yang kemas;

iv. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul; dan

v. mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.

Mana mungkin objektif kemahiran menulis Tahun Dua dicapai jika muridnya masih lemah untuk membina ayat tunggal, yang sepatutnya masalah ini diselesaikan pada Tahun Satu. Justeru, kajian ini dapat membantu pihak sekolah khasnya dan kementerian amnya dalam meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penulisan bahasa seterusnya mencapai objektif ini.

Diharapkan kajian ini juga dapat memperbaiki keputusan peperiksaan bagi mata pelajaaran Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR serta meningkatkan lagi peratus lulus para pelajar di sekolah kebangsaan.

1.6SKOP DAN BATASAN KAJIANKajian ini dijalankan ke atas 40 orang murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Semenyih. Pemilihan hanya 40 orang murid dibuat kerana jumlah yang lebih besar akan menyukarkan pemantauan dan kajian. Bilangan yang terhad dan munasabah dapat memastikan tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada murid yang dikaji.

Kajian ini hanya menumpukan kepada penguasaan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar seperti mana dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 2 Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Kajian ini dilaksanakan dalam masa tiga bulan. Tempoh masa tiga bulan ini difikirkan cukup untuk murid menunjukkan perubahan ketara. Tempoh masa lebih singkat dirasakan tidak sesuai kerana perubahan kemahiran membina ayat adalah secara beransur-ansur.

Kajian yang dijalankan ini dibatasi oleh beberapa perkara yang melibatkan subjek kajian dan juga masa. Kajian ini adalah berskala kecil yang melibatkan hanya 40 murid di sebuah sekolah di Semenyih sahaja. Maka ia mungkin tidak mewakili sampel populasi keseluruhan murid di Semenyih khususnya dan Selangor serta negara amya. Oleh itu, keputusan kajian tidaklah mewakili populasi semua murid sekolah di daerah dan negeri ini.

Hasil kajian juga tidak boleh diunjur atau di buat kesimpulan kepada seluruh sekolah di Malaysia. Hal ini kerana kajian hanya tertumpu di sekolah ini yang digolongkan sebagai sekolah pinggir bandar sahaja. Bagi sekolah di luar bandar dan bandar, pengunjuran dapatan kajian mungkin tidak tepat dan meninggalkan ruang percanggahan dan perbahasan yang luas. Sekolah di tiga kawasan iaitu luar bandar, pinggir bandar dan bandar mempunyaikan tahap pendedahan murid dalam pelbagai perkara yang berbeza. Murid di bandar tentu lebih terdedah kepada maklumat dan persekitaran yang lebih kondusif dalam pembelajaran. Sekolah di bandar juga dapat menjalankan pengajaran menggunakan peralatan mengajar yang lebih baik berbanding dengan sekolah di pinggir dan luar bandar. Oleh itu, dapatan kajian perlu ditafsir dengan had-had ini sahaja.

1.7DEFINISI KONSEP DAN ISTILAH

1.7.1 Kaedah

Perkataan kaedah mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu. Selain itu, kaedah merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa bagi mencapai tujuan-tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh satu-satu kaedah itu (Arbak Othman, 1989). Kaedah juga membawa maksud langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang dipegang (Abdullah Hassan, 1996).

1.7.2Menulis

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan menulis ditakrifkan sebagai mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena. American Heritage Dictionary of the English Language, Fifth Edition (2011) menakrifkan menulis sebagai suatu tindakan atau proses menghasilkan dan mencatat/merakamkan perkataan-perkataan dalam bentuk yang boleh dibaca dan difahami. Secara amnya, menulis adalah proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambang-lambang bahasa dengan menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu. Ia akan mewujudkan satu wacana yang dapat menzahirkan satu pelahiran idea yang jelas dan tersusun (Kamarudin Hj. Husin, 1998). Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa menulis ialah penggunaan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi.1.7.3Sintaksis

Menurut dokumen KSSR, 2011 bagi Bahasa Melayu Tahun Dua, sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Dalam kata lain, sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang dikaji ialah:

i. Komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata, rangkai kata, frasa, klausa, subjek, dan predikat ayat;

ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan;

iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;

iv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang;

v. Binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk;

vi. Proses penerbitan ayat, iaitu konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyusunan semula, proses peluasan; dan

Dalam kajian ini, aspek sintaksis akan digunakan bagi menilai pembinaan ayat oleh murid-murid.1.7.4 Tanda Baca

Tanda baca adalah seperti nokhtah, koma, tanda tanya, tanda seru dan huruf besar serta huruf kecil. Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan. 1.7.5Sistem Ejaan

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal, kata pinjaman, kata terbitan, kata ganti singkat, kata sendi, kata sendi nama, kata majmuk, kata nama, kata pertikel dan kata ganda. Sistem ejaan diajar agar murid dapat mengeja sesuatu perkataan dengan betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud ujaran. Dalam kajian ini, perkara yang diberikan penekanan ialah (a) pola keselarasan huruf vokal, (b) ejaan kata pinjaman, dan (c) ejaan kata dasar dan kata terbitan.

1.7.6 Frasa

Menurut Zaba (1965), frasa dianggap sebagai rangkai kata. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif ( FA) dan frasa sendi (FS). Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke rumah dan di sekolah. Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada rumah. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

1.7.7Ayat

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, diucapkan dalam intonasi yang sempurna, dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. Jadi, ayat terletak dalam susunan yang tertinggi dalam tatabahasa, manakala perkataan pula terletak pada susunan paling bawah (Jadual 1.1).

Jadual 1.1: Konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan.AYATAnak orang itu sedang tidur.

KLAUSAanak orang itu sedang tidur

FRASAanak orang itusedang tidur

PERKATAANanakorangitusedangtidur

(Sumber: Nik Safiah Karim et al., 2008) Kelima-lima perkataan disusun menjadi dua rangkai kata yang disebut frasa. Frasa anak orang itu diperluas menjadi klausa anak orang itu sedang tidur yang mengandungi subjek anak orang itu dan predikat sedang tidur. Pada peringkat tertinggi, klausa tersebut akan menjadi ayat apabila terkandung di dalamnya satu unit pengucapan yang lengkap dengan lagu bahasa (intonasi) yang sempurna. Ayat pula boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.

Ayat tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Wanita itu sedang memasak nasi.

Subjek = Wanita itu

Predikat = sedang memasak nasi.Ayat majmukBerbeza dengan ayat mudah yang mempunyai hanya satu klausa (satu subjek dan satu prediket), ayat majmuk terdiri daripada lebih daripada satu klausa. Ayat majmuk boleh juga mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal yang disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

1.7.8 Kemahiran Membina AyatKemahiran membina ayat ialah keupayaan murid mencantumkan beberapa frasa yang mengandungi subjek dan prediket berdasarkan gambar dengan betul menepati hukum-hukum dan struktur sesebuah ayat mencakupi penggunaan tanda baca, huruf besar dan huruf kecil, ejaan, kosa kata dan frasa. Penguasaan kemahiran membina ayat ini boleh diukur menggunakan instrumen yang disediakan oleh pengkaji. Ujian pengukuran ini mengandungi soalan yang menguji kosa kata, ejaan dan struktur ayat.

1.7.9Kosa Kata

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005), kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata. Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkat dan diperkembangkan agar murid dapat mengungkapkan buah fikiran mereka seterusnya memberi kelebihan dan keupayaan untuk membina ayat.1.7.10Konsep SADABSADAB ialah satu teknik yang dipilih menggunakan akronim yang mewakili kata Tanya. Ia dijadikan alat untuk merawat keupayaan murid dalam membina ayat tunggal. Pengkaji mendapati murid sukar membina ayat menggunakan konsep subjek dan prediket. Konsep SADAB lebih menjurus kepada teori pemerolehan pembelajaran Behaviorisme iaitu wujudnya ransangan dalam pengajaran bahasa. Dalam konsep SADAB ini, murid dirangsang dengan pertanyaan-pertanyaan untuk mencetuskan idea mereka. Berikut adalah huraian SADAB dalam akronim.

Akronim SADAB:

S : Siapa yang terlibat dalam situasi tersebut?

A : Apa aktiviti yang dilakukan oleh pelaku?

D : Di mana tempat berlaku aktiviti?

A : Apa alatan yang digunakan ?

B : Bila berlaku aktiviti?

Terdapat enam variasi atau bentuk ayat yang boleh dibina oleh murid dengan teknik SADAB. Kepelbagaian ayat menunjukkan ayat yang dibina dengan teknik ini tidak kelihatan stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ayat-ayat yang dibina dengan teknik ini dilihat sebagai menepati nahu mengikut laras tatabahasa. Berikut adalah enam kepelbagaian ayat yang boleh dibina menggunakan teknik SADAB.

1. SA = Siapa + Apa aktiviti

2. SAD= Siapa + Apa aktiviti + Di mana

3. SAA= Siapa + Apa aktiviti + Apa alatan

4. SADA= Siapa + Apa aktiviti + Di mana + Apa alatan

5. SADB= Siapa + Apa aktiviti + Di mana + Bila

6. SADAB= Siapa + Apa aktiviti + Di mana + Apa alatan + Bila

Adakah kosa kata, struktur ayat dan ejaan telah diberikan definisi?1.7.11 Kemahiran membina ayat tunggal

Dalam kajian ini kemahiran membina ayat tunggal meliputi aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan. Kemahiran ini diukur dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca yang dibina oleh pengkaji.

1.8RUMUSAN

Dalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan akan penyataan masalah yang melibatkan tahap penguasaan kemahiran membina ayat tunggal, objektif umum dan khusus, kepentingan dan skop serta batasan kajian. Kajian ini akan dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah SADAB dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Seterusnya dapatan kajian ini diharap akan menyumbang kepada kepentingan murid, guru, sekolah dan kementerian. BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1Pengenalan

Kajian ini adalah mengenai penggunaan kaedah SADAB ke atas dalam meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun Dua membina ayat tunggal. Jadi dalam bab ini beberapa teori dan kajian terdahulu berkenaan pembelajaran bahasa Melayu dan pembinaan ayat dibincangkan. Kemahiran untuk menulis ayat dalam sesuatu bahasa dipengaruhi secara lansung oleh kebolehan murid menguasai bahasa itu. Pemerolehan bahasa terutama kosa kata dan nahu adalah antara dua elemen penting yang akan meningkatkan kebolehan membina ayat. Beberapa teori kaedah permerolehan bahasa telah diketengahkan oleh pengkaji-pengkaji bahasa.

2.2Teori Pemerolehan dan Pembelajaran BahasaPemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak atau murid-murid sekolah rendah biasanya berbeza-beza walaupun dalam tahap umur yang sama. Faktor persekitaran, sosial dan budaya keluarga serta masyarakat setempat di mana kanak-kanak itu memperoleh bahasanya dikaitkan dengan hal ini. Perbezaan tahap penguasaan ini juga dipengaruhi oleh cara bagaimana kanak-kanak memperoleh atau mempelajari sesuatu bahasa sama ada secara formal atau tidak dan secara sedar atau tidak.

Sebelum menghadapi murid-murid di dalam kelas, menurut Nik Hassan Basri (2009), seseorang guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan mengenai bahan pengajaran iaitu bahasa, dan berkebolehan untuk memilih prosedur penyampaian yang paling berkesan supaya murid-murid dapat menguasai bahasa yang diajar. Maka, seseorang guru bahasa tidak mungkin dapat menyampaikan pelajarannya dengan cara yang berkesan jika beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses perolehan atau pembelajaran terjadi. Oleh itu, adalah penting teori-teori popular yang berkaitan dengan pemerolehan ataupun pembelajaran bahasa di peringkat rendah dibincangkan di sini.

2.2.1.Teori Pembelajaran Behaviorisme

Behavior atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan sama ada rangsangan dalaman mahupun rangsangan luaran. Antara pelopor utama dalam teori ini ialah B.F. Skinner. Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Proses pembelajaran dikatakan berlaku secara berulang. Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan dan latih tubi. Pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pengukuhan. Pengukuhan sangat penting dan dapat ditimbulkan melalui ganjaran dan hukuman. Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Bahasa yang diutamakan pula ialah bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting. Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan, diikuti kemudiannya dengan bahasa tulisan. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem dan struktur bahasa itu.

Teori ini menyatakan bahawa bahasa adalah satu tabiat. Bagi membentuk tabiat ini, latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.

Pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan.

Latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan iaitu latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang cekap, bijak, tepat dan ceria untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Menurut teori ini, mesti diwujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Ini termasuklah mempelbagaikan tingkah laku, mempelbagaikan pengalihan saluran deria, mempelbagaikan pola interaksi guru dengan murid, dan mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Teori ini sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan orang dewasa di sekeliling mereka. Hal ini kerana teori ini menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran. Kanak-kanak suka mendengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberikan kepada mereka seperti pujian yang mana seterusnya menaikkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.

Teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Hal ini dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

Proses pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa merupakan suatu proses pembelajaran yang memerlukan latihan secara berulang-ulang. Dengan itu, proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih sistematik.Teori Behaviorisme juga mempunyai kelemahan. Dalam teori ini, sistem pembelajaran lebih tertumpu kepada ransangan dan gerakbalas yang ditunjukkan. Sebagai contoh, guru perlu menghasilkan bahan bantu mengajar bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Juga timbul keadaan di mana guru perlu memberi ransangan seperti hadiah dan barulah murid memberi jawapan yang dikehendaki guru. Penggunaan hukuman pula sebaliknya akan mendatangkan akibat buruk kepada fizikal dan emosi murid.

Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku satu hala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar tanpa memberi sebarang maklumbalas. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang. Ini bukanlah cara belajar yang efektif.

Seterusnya dalam teori ini, pembelajaran bahasa hanya diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru perlu bersama murid di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri atau self learner. Pembelajaran sebegini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru semata-mata untuk belajar.

2.2.2 Teori Pembelajaran Kognitif

Teori ini dipelopori oleh Jean Piaget. Teori ini adalah berkaitan dengan kognitif yang menekankan fungsi mental atau proses berfikir seseorang manusia. Kognitif dari aspek psikologinya diertikan sebagai kaedah untuk memahami fikiran dan fungsi mental sebagai sesuatu yang bersifat dalaman (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran adalah satu tugas mental yang melibatkan kebolehan seseorang untuk mengaitkan berbagai maklumat sehinggalah ia memperolehi pengetahuan baru atau dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa. Piaget berpendapat bahawa sepanjang hayat, manusia melalui turutan empat peringkat perkembangan kognitif.

Teori ini melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa dianggap sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Selain itu, teori ini juga mempertimbangkan peranan mental dalam membentuk kepercayaan, perlakuan, ingatan, motivasi dan emosi (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009).Konsep penting yang disebut oleh Jean Piaget ialah skema, asimilasi, adaptasi dan akomodasi. Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, bayi sewaktu dilahirkan telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan atau tindak balas yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, menggerakkan tangan dan kaki. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.

Asimilasi ialah satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Hal ini membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman baru yang diperolehi. Akomodasi pula merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Ia berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Adaptasi ialah penyesuaian dengan persekitaran apabila wujudnya keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi. Perubahan dari satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

Teori ini mempunyai kelebihan kerana ia berfokuskan kepada idea perkembangan yang bersesuaian dan sepadan dengan kelebihan kognitif dan fizikal murid. Oleh yang demikian, pendekatan teori ini dapat mempengaruhi persekitaran pembelajaran, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran. Dengan ini, sesi pengajaran dapat dilakukan dengan lancar kerana bersesuaian dengan situasi semasa murid. Teori ini juga boleh ditafsirkan sebagai menggalakkan murid melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran melalui penerokaan dan juga interaksi dengan persekitaran serta pengumpulan pengalaman. 2.3Kemahiran Menulis

Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu (2011) menghuraikan kemahiran menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Kemahiran menulis mempunyai beberapa fungsi tertentu. Ann Raimas (1983) telah menggariskan tiga fungsi kemahiran menulis iaitu:

1. Mengarang dan melahirkan tatabahasa, idea, kosa kata dan perasaan.

2. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang bahasa.

3. Memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk lebih merangsangkan pembelajaran.

Empat fungsi kemahiran menulis di peringkat sekolah telah dinyatakan oleh Donn Byrne (1979) iaitu:

1. Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar. Misalnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, terdapat sesetengah pelajar yang lebih cenderung kepada kemahiran membaca daripada kemahiran menulis atau sebaliknya.

2. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar di mana kemahiran menulis dapat meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa pelajar dan seterusnya memberi kepuasan kepada mereka melebihi pencapaian yang diperolehnya.

3. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan perasaan jemu dan bosan pelajar dalam masa menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila pengajaran guru hanya ditentukan kepada satu-satu kemahiran sahaja, mungkin akan timbul kebosanan.

4. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah. Misalnya, semasa mengikuti penerangan guru, pelajar secara tidak langsung boleh membuat catatan terhadap isi pelajaran yang dianggap penting.

Kemahiran menulis dalam kalangan pelajar penting kerana mereka bakal menjadi penulis yang mengisi khazanah ilmu dan budaya bangsa. Jika kita menganggap penulisan adalah suatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada satu bentuk disiplin diri, maka ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai. Ini kerana penulis hanya menulis apa yang terlintas di fikirannya, tanpa rasa tanggungjawab terhadap karyanya (Awang Sariyan, 1991).

Fungsi kemahiran menulis dapat disamakan dengan tujuan menulis iaitu keinginan untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. Penulisan juga memberi kepuasan jiwa melaui luahan pemikiran, pengalaman dan perasaan. Kemahiran penulisan akan dapat menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya mereka dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai amnya.

Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Malaysia iaitu menulis bebas, menulis berkolabratif dan menulis berkoperatif. Menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-sama mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian.

2.4Sorotan Kajian

Kajian mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah telah dijalankan oleh Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011). Mereka telah meninjau pendapat guru tentang sikap mereka terhadap pelaksanaan kemahiran menulis serta meninjau strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru, menganalisis permasalahan kemahiran menulis yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Mereka mendapati guru bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis merupakan tanggungjawab guru yang mencabar. Dari segi pengaplikasian strategi pengajaran pula, guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran penulisan yang mudah kepada sukar kerana dapat membantu memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran menulis yang dipelajari. Kajian mereka juga menunjukkan terdapat permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu masalah pengetahuan dan kemahiran guru serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis. Kajian ini mencadangkan guru-guru perlu bersikap positif terhadap kemahiran menulis dan melaksanakan kemahiran menulis dengan strategi yang lebih berkesan.

Kajian mengenai penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu telah dijalankan oleh Abdul Rashid Jamian et al. (2012) melibatkan persepsi 56 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor. Kajian menunjukkan bahawa jenis kartun yang kerap digunakan dalam pengajaran penulisan karangan ialah animasi, komik bersiri dan gag. Strategi pengajaran yang banyak diamalkan ialah murid diminta membina beberapa ayat berdasarkan bahan gambar kartun dan juga murid diminta untuk menyebut beberapa perkataan berdasarkan bahan gambar kartun. Mereka menyimpulkan bahawa penggunaan bahan kartun masih lagi tidak popular dalam kalangan guru yang mengajar penulisan karangan sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor.

Yahya Othman & Dk. Suzanawaty Pg. Osman (2014) telah mengkaji melihat kesan pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah bagi menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid tahap sederhana di sekolah rendah. Seramai 39 orang murid Tahun 5 tahap sederhana di salah sebuah sekolah rendah kerajaan kawasan Brunei IIA menjadi sampel kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah dapat membantu untuk meningkatkan keupayaan kemahiran menulis dalam kalangan murid dan sesuai dijalankan di sekolah-sekolah rendah.

Zahratulnadirah Ibrahim (2009) telah membuat kajian kesan rumus WAT dalam membantu murid tahun lima membina ayat gambar tunggal Bahasa Melayu. Beliau telah mengkaji kesan rumus W=watak, A=aktiviti, dan T=Tempat dalam membantu seorang murid Tahun Lima membina ayat gambar tunggal dengan kaedah berasaskan Hukum Latihan Thorndike (1906). Beliau telah mendapati rumus WAT berkesan membantu murid dalam membina ayat gambar tunggal.

A. Rahman Haron, et al. (2012) telah memperkenalkan Teknik SALAK kepada murid tahun satu untuk melihat keberkesanan mereka dalam membina ayat berdasarkan grafik yang diberi dengan pendekatan didik hibur. SALAK adalah akronim daripada perkataan (S) bagi Siapa, (A) bagi Aktiviti, (L) bagi Lokasi, (A) bagi Alatan dan (K) merujuk kepada Keterangan. Teknik SALAK diperkenalkan untuk membimbing murid membina ayat berdasarkan grafik. Penyelidikan berdasarkan kajian ke atas murid-murid tahun satu di empat buah sekolah dalam daerah Hulu Langat, Selangor ini menunjukkan terdapat 8 jenis ayat yang boleh dibina dengan teknik ini. Ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain dan beransur maju daripada mudah hinggalah kepada ayat yang lebih kompleks. Mereka mendapati murid tahun satu daripada pelbagai tahap sama ada aras lemah, sederhana dan cemerlang boleh mengaplikasikan teknik ini untuk membina ayat dengan cepat dan efektif. Penjanaan idea dengan teknik ini dapat membantu murid tahun satu membina ayat dengan mudah dan efektif.

Kajian bagi meningkatkan kemahiran membina ayat gramatis murid Tahun 5 menggunakan teknik SiBuDAM telah dijalankan oleh Wan Nurulhawani Arifin & Mohd Asri Harun (2013). Satu teknik iaitu siapa, buat apa, di mana, alasan dan masa (SiBuDAM) telah dicadangkan untuk memudahkan pemahaman murid terhadap teknik pembinaan ayat yang betul. Hasil kajian mendapati bahawa prestasi murid meningkat setelah teknik SiBuDAM diperkenalkan. Teknik tersebut juga dapat membantu murid menjana idea untuk membina ayat.Nor Haliza Md Thaib & Harun Aminarrashed Nik Mahmood (2013) telah menjalankan kajian ke atas penguasaan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 4 menggunakan Modul Membina Ayat [MoMaA]. Melalui modul tersebut, murid-murid telah didedahkan kepada empat program yang menjurus kepada penguasaan kemahiran membina ayat dimulai dengan bahagian mengenali golongan kata, diikuti bahagian untuk memperbanyak kosa kata, serta beberapa bahagian lain seperti menyenaraikan isi berdasarkan gambar dan membina ayat lengkap menggunakan tanda baca yang betul. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Modul Membina Ayat [MoMaA] dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam membina ayat berdasarkan gambar.

2.5Rumusan

Perbincangan dalam bab ini boleh dirumuskan bahawa bagi menilai tahap kemahiran dan kemajuan menulis dalam kalangan murid, guru perlu terlebih dahulu mengetahui dengan jelas beberapa teori pengajaran bahasa. Teori-teori ini boleh memberikan kefahaman dan keyakinan kepada guru bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat diterapkan kepada murid.

Beberapa kajian juga telah dijalankan bagi menilai keberkesanan kaedah-kaedah tertentu untuk membina ayat. Dapatan daripada kajian-kajian tersebut telah menunjukkan adanya peningkatan dalam kalangan murid dari segi kemahiran membina ayat.

BAB 3

METODOLOGI3.1 PendahuluanMetodologi kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk melaksanakan kajian menganalisis hasil dapatan yang diperoleh. Kaedah merupakan cara atau jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku dalam penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat membantu pengkaji dalam mengumpul maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan berfokus kepada topik yang dikaji.

Metadologi kajian merupakan satu elemen penting untuk mengetahui reka bentuk yang akan digunakan dalam sesuatu penyelidikan. Melalui teka bentuk kajian inilah pengumpulan data yang berkaitan dengan objektif kajian dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Perkara yang dibincangkan dalam bab metodologi kajian ini adalah reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat yang digunakan dalam kajian, prosedur pengumpulan data, dan prosedur menganalisis data. Oleh itu, bab ini akan menerangkan langkah-langkah yang akan diambil oleh pengkaji di sekolah pengkaji sendiri terhadap permasalahan murid-murid Tahun Dua yang lemah dalam membina ayat tunggal berdasarkan gambar.

Tujuan kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membina ayat tunggal dalam kalangan murid Tahun Dua. Selain itu, pengkaji juga berhasrat untuk mengkaji dan menilai tahap keberkesanan penggunaan teknik SADAB sebagai teknik yang sesuai digunakan sebagai bahan bantu pengajaran untuk murid yang lambat dan lemah dalam kemahiran membina ayat tunggal berpandukan gambar.

3.2 Reka Bentuk KajianReka bentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian yang melbatkan pemilihan sampel, pembahagian sampel kepada beberapa kumpulan yang sesuai serta kaedah dan teknik pengutipan data. Mengikut Creswell (2005), terdapat lapan reka bentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian pendidikan adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan kedua-duanya. Dalam kajian ini, reka bentuk yang digunakan adalah reka bentuk praeksperimen iaitu dua satu kumpulan ujian pra dan ujian pasca. Kerangka ujian adalah seperti berikut:

Ujian praRawatanUjian pasca

1. Ujian kemahiran kosa kata (aktiviti) berpandukan gambar.Kaedah pengajaran berbantukan teknik SADAB (penyoalan melalui kata Tanya)Ujian kemahiran kosa kata berpandukan gambar

2. Ujian kemahiran ejaan dan struktur ayat berpandukan gambar.Kaedah pengajaran berbantukan teknik SADAB Ujian kemahiran ejaan dan struktur ayat berpandukan gambar.

Reka bentuk praujian dan pasca ujian menggunakan praeksperimen untuk mengkaji penguasaan murid dalam kosa kata dan ejaan serta struktur ayat. Sebelum murid diberi pengelasan, cerapan dilakukan dengan menggunakan praujian bagi menentukan kedudukan murid. Selepas rawatan diberikan, cerapan dilakukan sekali lagi bagi menentukan kedudukan murid dengan menggunakan pasca ujian.

Berdasarkan jadual di atas, sampel kajian menduduki praujian bagi menghasilkan kosa kata yang betul berdasarkan gambar dan ayat tunggal yang betul dari segi ejaan dan struktur ayat berpandukan gambar dengan baik. Tempoh masa praujian dijalankan selama satu jam. Setelah itu mereka diberikan rawatan melalui teknik SADAB secara kumpulan dan individu. Rawatan ini dijalankan dalam tempoh masa satu bulan untuk memastikan murid-murid benar-benar memahami dan faham cara penggunaannya. Setelah selesai rawatan, sampel kajian diberikan pasca ujian. Pengkaji ingin mengkaji keupayaan sampel ujian menguasai kemahiran membina ayat tunggal melalui kosa kata , ejaan dan struktur ayat yang betul.

3.3 Sampel KajianSampel kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 2 Kreatif dari Sekolah Kebangsaan Semenyih. Seramai 40 orang murid terlibat dalam kajian ini. Pengkaji memilih sampel dari sekolah sendiri kerana terdapat ramai murid yang tidak boleh menguasai kemahiran membina ayat di sekolah tersebut. Pengkaji berharap dengan pemilihan kaedah dan teknik yang dijalankan dapat membantu murid-murid di sekolah tersebut membina ayat dengan betul dan baik. Di samping itu, pengkaji telah mengenali murid-murid dan guru kelas untuk mendapatkan data murid serta guru pemulihan khas untuk dijadikan sebagai pakar rujuk dalam kajian tersebut. Selain daripada itu, pemilihan murid tersebut berdasarkan keupayaan mereka membina ayat amat lemah semasa sesi pembelajaran dijalankan serta pengkaji sendiri yang mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas tersebut. Latar belakang sampel kajian. Ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Latar belakang sampel.

Latarbelakang

MuridLelakiPerempuanJumlah

Jantina202040

Umur : 8 tahun202040

Bangsa : Melayu181836

Bangsa : India224

3.4 Perancangan Dan Pelaksanaan TindakanPerancangan tindakan adalah kajian yang dijalankan sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Tujuan perancangan tindakan dilakukan bagi memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Pengkaji telah membuat satu perancangan tindakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian tersebut telah dijalankan kepada 40 orang murid yang telah dipilih oleh pengkaji untuk menjalankan kajian tersebut. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah berlaku semasa pengendalian perancangan kajian ini, antaranya ialah :

a) Murid-murid kurang memberi tumpuan semasa guru menerangkan prosedur ujian.

b) Murid-murid suka meniru antara satu sama lain semasa sesi praujian.

Beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman menjalankan ujian rintis tersebut. Antaranya ialah:a) Pengkaji menjelaskan kepentingan praujian dan pasca kepada sampel terlebih dahulu.

b) Pengkaji telah menjarakkan meja setiap murid seperti peperiksaan untuk mengelakkan peniruan antara murid semasa praujian dan pasca ujian.

3.5 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah dua set ujian pencapaian (praujian dan pasca ujian). Ujian pencapaian ini terdiri daripada kosa kata berpandukan gambar (set 1) dan ejaan serta struktur ayat (set 2). Semua item ujian ini telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 (2011) dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 (2012) serta Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai.

Instrumen kajian ini merujuk kepada grafik dan jadual yang diberikan kepada murid-murid. Murid-murid dirangsang melahirkan kosa kata yang sesuai merujuk kepada grafik yang diberikan. Kosa kata yang diperoleh daripada murid disenaraikan dalam jadual. Kemudian pemilihan atau saringan perkataan dibuat oleh murid-muid mengikut variasi ayat yang dikehendaki. Penggunaan kata Tanya diutamakan semasa membina ayat.

Rajah 3.1 menunjukkan contoh set instrument 1 di mana murid dikehendaki menyenaraikan kosa kata berpandukan gambar. Set instrumen 2 di mana murid diminta membina ayat berpandukan gambar ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

3.5.1Pemilihan Variasi AyatPemilihan variasi ayat yang dilakukan oleh murid Tahun 2 seperti dalam Jadual 3.2 Kosa kata yang disenaraikan dimasukkan ke dalam jadual untuk memperlihatkan variasi ayat yang dibina oleh murid. Perkataan-perkataan yang disenaraikan oleh murid perlu melalui proses pemurnian ayat dengan tatabahasa yang betul untuk menjadikan ayat yang dibina lebih gramatis.

Jadual 3.2: Pemilihan variasi ayat yang dilakukan oleh murid Tahun 2.Siapa?Apa aktiviti?Di mana aktiviti berlaku?Apa alatan?Bila aktiviti berlaku?Jenis ayat

Abupancing ikan.SA

Abupancing ikansungai.SAD

Abupancing ikansungaiguna joran.SADA

Abupancing ikanguna joran.SAA

Abupancing ikansungaiIsi masa lapang.SADB

Abupancing ikansungaiguna joranIsi masa lapang.SADAB

Rajah 3.1: Contoh set instrument 1 di mana murid dikehendaki menyenaraikan kosa kata berpandukan gambar.

Rajah 3.2: Set instrumen 2 di mana murid diminta membina ayat berpandukan gambar.3.5.2 Permurnian AyatLima elemen tatabahasa untuk proses pemurnian ayat, iaitu penggunaan kata sendi, kata hubung, penjodoh bilangan, imbuhan dan pemilihan kata adjektif yang sesuai dengan ayat dibina. Di peringkat awal guru akan membimbing murid dalam pemurnian ayat. Ini dapat dilihat dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3 : Pemurnian ayat.Siapa?Apa aktiviti?Di mana aktiviti berlaku?Apa alatan?Bila aktiviti berlaku?Jenis ayat

Abumemancing ikan.SA

Abumemancing ikandi sungai.SAD

Abumemancing ikandi sungaimenggunakan sebatang joran.SADA

Abumemancing ikanmenggunakan sebatang joran.SAA

Abumemancing ikandi sungaiuntuk mengisi masa lapang.SADB

Abumemancing ikandi sungaimenggunakan sebatang joranuntuk mengisi masa lapang.SADAB

3.6 Prosedur Pengumpulan DataKajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Semenyih dengan memilih murid Tahun 2 Kreatif seramai 40 orang sebagai sampel kajian setelah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir, selepas ujian pra membina ayat dan selepas ujian pasca membina ayat. Pengkaji telah mengumpul data mengikut instrument yang digunakan dalam prosedur tertentu.

Pengkaji telah menggunakan beberapa cara untuk mendapatkan data iaitu melalui persediaan mengajar, pemerhatian, dan temubual. Pengkaji telah mengambil masa tiga bulan untuk memastikan murid yang terlibat memahami dan dapat menguasai teknik yang diperkenalkan untuk membina ayat mudah dengan betul dan gramatis. Pada hari terakhir kajian, semua murid yang terlibat akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.3.6.1Persediaan Mengajar

Sebanyak dua set persediaan mengajar digunakan dalam seminggu untuk rawatan sebelum ujian pasca dijalankan. Ini bermakna sebanyak dua puluh empat rancangan mengajar akan digunakan sepanjang tempoh rawatan. Pengkaji berharap tempoh tiga bulan cukup untuk membolehkan murid menguasai teknik yang diperkenal dan seterusnya membolehkan murid membina ayat dengan betul dan gramatis.3.6.2Data PemerhatianPengkaji sendiri telah menjadi pemerhati untuk memerhati tingkah laku sampel secara langsung dan mendokumentasikan perihal sampel semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Borang pemerhatian akan disediakan oleh pengkaji sendiri untuk menentukan kesesuaian item yang dibuat seperti tumpuan murid semasa guru mengajar, sikap murid terhadap guru dan rakan-rakan, penglibatan murid sewaktu pengajaran dijalankan, minat murid dan cara pembelajaran yang disukai murid.

3.6.3 TemubualSemasa sesi pengajaran, pengkaji turut mengambil sedikit masa untuk menemubual setiap murid untuk mengetahui latar belakang sampel serta setakat mana kefahaman mereka berkaitan teknik yang diperkenalkan dalam membina ayat. Kesimpulan daripada temubual yang telah dibuat, didapati faktor komunikasi seharian dalam keluarga yang banyak menggunakan bahasa dialek dan bahasa pasar banyak mempengaruhi pemikiran murid ketika membina ayat.

3.6.4Ujian Pra Membina AyatPengkaji telah menyediakan dua set ujian iaitu ujian 1 berkaitan kosa kata yang melibatkan penggunaan sebanyak 14 grafik/gambar dan set ujian 2 melibatkan ejaan dan struktur ayat juga sebanyak 14 grafik. Dalam ujian 1, murid dikehendaki menamakan kata kerja yang terdapat dalam gambar manakala dalam ujian 2 murid dikehendaki membina ayat berpandukan gambar. Pra ujian ini dijalankan dalam masa satu jam. Sebelum praujian, murid diterangkan secara ringkas kehendak soalan agar murid faham apa yang perlu dilakukan ke atas kertas instrument. 3.6.5 Ujian Pasca Membina AyatUjian pasca akan dijalankan selepas tiga bulan rawatan diberikan ke atas murid. Tempoh yang diberikan agak lama kerana untuk membolehkan murid benar-benar menguasai teknik yang diperkenalkan. Ini disebabkan murid kumpulan sasaran adalah dari kumpulan yang sederhana lemah dan murid ini agak lambat penerimaan mereka terhadap sesuatu sesi pengajaran.

3.7 Analisis DataPengkaji turut menganalisis data-data yang telah diperolehi setelah melalui proses pengutipan data melalui rancangan mengajar, pemerhatian, temubual, ujian pra membina ayat dan pasca ujian terhadap sampel kajian. Hal ini bersesuaian dengan kenyataan Mohd Majid Konting (1990), iaitu data-data yang dikumpulkan daripada sesuatu penyelidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai nilai kecuali diproses. Menurut beliau lagi, data yang banyak dan pelbagai perlu diolah, dianalisis, disimpan dan dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu maklumat.

Pengkaji seterusnya menganalisis setiap jawapan sama ada semasa pemerhatian, temubual, pra ujin dan pasca ujian dalam bentuk data mengikut item soalan. Perbandingan dapat dilihat dari data sebelum kajian dilaksanakan dan selepas kajian dilaksanakan. Pemerhatian dan temubual pula boleh dianalisis dari catatan yang telah dilakukan oleh pengkaji. Analisis data akan dibuat berdasarkan soalan kajian seperti dalam Jadual 3.4.Jadual 3.4: Analisis data berdasarkan soalan kajian.SoalanAnalisa Data

1. Apakah tahap penguasaan Penguasaan kemahiran membina ayat dari segi kosa kata, ejaan dan struktur ayat murid Tahun Dua sebelum penggunaan teknik SADAB sebagai bahan bantu pengajaran.1. Jadual skor pra dan peratus skor pra setiap murid.

2. Purata skor pra dan peratus skor pra setiap murid.

2 Apakah tahap penguasaan

Penguasaan kemahiran membina ayat dari segi kosa kata, ejaan dan struktur ayat murid Tahun Dua selepas penggunaan teknik SADAB sebagai bahan bantu pengajaran.1. Jadual skor pasca dan peratus skor pasca setiap murid.

2. Purata skor pasca dan peratus skor pasca murid.

2 Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan

Penguasaan kemahiran membina ayat dari segi kosa kata, ejaan dan struktur ayat murid Tahun Dua sebelum dan selepas penggunaan teknik SADAB sebagai bahan bantu pengajaran.Perbandingan skor putata dan min purata ujian pra dan ujian pasca.

3.8 RumusanDalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan reka bentuk, sampel instrument, prosedur pengumpulan data dan analisis data yang dipilih untuk menjalankan kajian mengikut permasalahan yang ingin diselesaikan oleh pengkaji. Diharapkan kajian yang dijalankan menemui kejayaan, contohnya perbandingan analisis data antara pra membina ayat dan pasca membina ayat akan menampakkan perubahan yang positif iaitu bilangan betul sampel ujian satu dan ujian dua bertambah peratusnya atau diharapkan semua sampel dapat membina ayat dengan betul dan gramatis. RUJUKANAbdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysiadi Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master.Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Arbak Othman. (1989). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaAbdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 129-140Ann Raimes. (1983). Techniques in teaching writing. Oxford University Press.

A.Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik SALAK dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 84-93.Awang Sariyan. (1991). Kemahiran penulisan dalam konteks pembinaan wacana yang utuh. Jurnal Dewan Bahasa, 8, 715-717.

Azman Wan Chik. (1994) . Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Edisi Kedua . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Byrne, Donn. (1979). Teaching writing skills. London : Longman.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 67-87.

Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. The University of Michigan: MerrillKamaruddin Hj. Husin.(1998). Pedagogi bahasa (perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun Satu. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun Dua. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah SK Tahun 2 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatanbersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. (2009). Teori Bahasa, Implikasi Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Haliza Md Thaib & Harun Aminarrashed Nik Mahmood. (2013). Menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan gambar murid tahun empat menggunakan modul membina ayat [MoMaA]. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, ms 149-158.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:

Karisma Publications Sdn. Bhd.

Seri Intan Othman. (2014, Nov 6). Sikap masyarakat kurang kuasai bahasa Melayu masih dipersoal. Berita Harian.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: OxfordFajar Sdn Bhd

Teo Kok Seong. (2015, Februari 13). Prasangka terhadap bahasa Melayu perlu dihentikan. Berita Harian.Wan Nurulhawani Arifin & Mohd Asri Harun. (2013). meningkatkan kemahiran membina ayat gramatis murid 5 bestari menggunakan teknik SiBuDAM. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, ms 207-216.

writing. (n.d.) American Heritage Dictionary of the English Language, Fifth Edition. (2011). Retrieved May 18 2015 from http://www.thefreedictionary.com/writing

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Yahya Othman & Dk. Suzanawaty Pg. Osman. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29.Zaba. (1965). Pelita bahasa Melayu Penggal 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zahratulnadirah Ibrahim. (2009). Kesan rumus WAT dalam membantu murid tahun lima membina ayat gambar tunggal bahasa Melayu. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu ambilan Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 56-68.53