tesis

24
Seminar JPPG2010-07-07 Tajuk :Tahap Kebolehbacaan Dalam Kalangan Murid Orang Asli (Program Pemulihan) Di Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14 Tapah (Perak). Kertas Kerja : Dr. Md. Nasir b Masran, Dr. Ramlah Bt. Jantan, Dr. Suppiah Nachiappan, Dr. Abd. Aziz B. Shukor dan Puan Roslinda Bt. Mustapha. Emel :[email protected] ABSTRAK Melalui Wawasan 2020, kerajaan berharap agar semua rakyat Malaysia dapat meningkatkan kualiti hidup mereka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka ke arah pembangunan minda kelas pertama termasuklah masyarakat Orang Asli di negara kita. Penguasaan membaca di kalangan kanak-kanak ini sangat penting kerana apabila mereka sudah menguasai kemahiran membaca, maka mereka boleh memahami dan membaca setiap ayat yang dipaparkan kepada mereka. Oleh itu pemindahan maklumat ke dalam otak akan menjadi lebih cepat. Adalah menjadi visi dan misi 2020 untuk menghasilkan modal insan berpengetahuan, berketrampilan dan berarah kendiri. Menyedari perkata tersebut, Kementerian Pelajaran telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bertujuan memperkasakan pendidikan di semua peringkat termasuk pendidikan sekolah rendah dalam usaha menghasilkan modal insan yang kompetetif dalam pasaran tenaga kerja bertaraf dunia. Dalam usaha membantu guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah dan sekolah rendah, terdapat banyak modul membaca, menulis dan mengira terdapat dalam pasaran. Pengkaji telah menjalankan kajian tinjauan mengenai kaedah dan modul yang digunakan oleh guru-guru pemulihan Bahasa Melayu di Sek. Keb. Brincang (Pahang) dan Sek. Kebangsaan Batu 14 Tapah (Perak) untuk mengajar murid-murid pemulihan tahap 1. Pengkaji juga telah memperkenalkan modul membaca menggunakan kaedah gabung kata oleh Professor Emiritus Dato‟ Dr. Isahak Haron kepada guru -guru pemulihan di sekolah tersebut. Dapatan kajian telah memberikan pengkaji perspektif baru mengenai cara berfikir murid-murid orang asli dan kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian diharapkan akan memberi implikasi penting kepada penggubal kurikulum, pentadbir pendidikan, guru-guru, ibu bapa dan Institusi latihan guru sama ada IPTA atau IPTS. PENGENALAN Perkembangan membaca dalam kalangan kanak-kanak sangat penting dalam membantu mereka meningkatkan pengetahuan di dalam pelajaran. Asas pengetahuan dan kemahiran membaca dapat membantu kanak-kanak untuk cepat belajar dan memahami sesuatu pelajaran yang telah dipelajari di sekolah. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mencapai taraf negara maju dan memiliki tenaga kerja professional, kemahiran membaca menjadi aspek penting dalam perkembangan ini. Menurut Juriah Long, (1990) membaca didefinisikan kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan juga hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut. Oleh itu, penguasaan membaca di kalangan kanak-kanak ini sangat penting kerana apabila mereka sudah menguasai kemahiran membaca, maka mereka dengan mudah boleh memahami dan membaca setiap ayat yang dipaparkan kepada mereka. Hal ini kerana apabila

Upload: mastora-mas

Post on 17-Jul-2015

156 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Seminar JPPG2010-07-07

Tajuk :Tahap Kebolehbacaan Dalam Kalangan Murid Orang Asli (Program

Pemulihan) Di Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan Sekolah Kebangsaan

Batu 14 Tapah (Perak).

Kertas Kerja : Dr. Md. Nasir b Masran, Dr. Ramlah Bt. Jantan, Dr. Suppiah

Nachiappan, Dr. Abd. Aziz B. Shukor dan Puan Roslinda Bt. Mustapha.

Emel :[email protected]

ABSTRAK

Melalui Wawasan 2020, kerajaan berharap agar semua rakyat Malaysia dapat meningkatkan

kualiti hidup mereka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka ke arah pembangunan

minda kelas pertama termasuklah masyarakat Orang Asli di negara kita. Penguasaan

membaca di kalangan kanak-kanak ini sangat penting kerana apabila mereka sudah

menguasai kemahiran membaca, maka mereka boleh memahami dan membaca setiap ayat

yang dipaparkan kepada mereka. Oleh itu pemindahan maklumat ke dalam otak akan

menjadi lebih cepat. Adalah menjadi visi dan misi 2020 untuk menghasilkan modal insan

berpengetahuan, berketrampilan dan berarah kendiri. Menyedari perkata tersebut,

Kementerian Pelajaran telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang

bertujuan memperkasakan pendidikan di semua peringkat termasuk pendidikan sekolah

rendah dalam usaha menghasilkan modal insan yang kompetetif dalam pasaran tenaga kerja

bertaraf dunia. Dalam usaha membantu guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di

peringkat prasekolah dan sekolah rendah, terdapat banyak modul membaca, menulis dan

mengira terdapat dalam pasaran. Pengkaji telah menjalankan kajian tinjauan mengenai

kaedah dan modul yang digunakan oleh guru-guru pemulihan Bahasa Melayu di Sek. Keb.

Brincang (Pahang) dan Sek. Kebangsaan Batu 14 Tapah (Perak) untuk mengajar murid-murid

pemulihan tahap 1. Pengkaji juga telah memperkenalkan modul membaca menggunakan

kaedah gabung kata oleh Professor Emiritus Dato‟ Dr. Isahak Haron kepada guru-guru

pemulihan di sekolah tersebut. Dapatan kajian telah memberikan pengkaji perspektif baru

mengenai cara berfikir murid-murid orang asli dan kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian diharapkan akan memberi implikasi

penting kepada penggubal kurikulum, pentadbir pendidikan, guru-guru, ibu bapa dan Institusi

latihan guru sama ada IPTA atau IPTS.

PENGENALAN

Perkembangan membaca dalam kalangan kanak-kanak sangat penting dalam membantu

mereka meningkatkan pengetahuan di dalam pelajaran. Asas pengetahuan dan kemahiran

membaca dapat membantu kanak-kanak untuk cepat belajar dan memahami sesuatu pelajaran

yang telah dipelajari di sekolah. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mencapai taraf negara

maju dan memiliki tenaga kerja professional, kemahiran membaca menjadi aspek penting

dalam perkembangan ini. Menurut Juriah Long, (1990) membaca didefinisikan kepada dua

proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan juga hubungan makna yang sesuai atau cocok

dengan simbol-simbol tersebut.

Oleh itu, penguasaan membaca di kalangan kanak-kanak ini sangat penting kerana apabila

mereka sudah menguasai kemahiran membaca, maka mereka dengan mudah boleh

memahami dan membaca setiap ayat yang dipaparkan kepada mereka. Hal ini kerana apabila

seseorang kanak-kanak telah dapat menguasai kemahiran membaca maka mereka juga akan

dapat menguasai kemahiran menulis pada peringkat seterusnya dengan lebih mudah. Oleh itu,

pemindahan maklumat ke dalam otak akan menjadi lebih cepat. Begitu juga dengan usaha

kerajaan yang amat berharap agar semua rakyat Malaysia dapat meningkatkan kualiti hidup

mereka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka termasuklah golongan masyarakat

orang asli di negara kita.

Penekanan perlu diberikan terhadap golongan anak orang asli kerana tahap kesedaran ibu

bapa orang asli terhadap pelajaran anak mereka sangat kurang. Oleh itu, pemantauan

terhadap modul-modul ini penting kerana kita dapat mengenalpasti modul yang sesuai

digunakan kepada pelajar yang mempunyai berlainan aras pengetahuan serta kefahaman. Hal

ini kerana walaupun di zaman yang serba canggih ini terutama dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas, masih terdapat di kalangan pelajar sekolah rendah yang masih

belum menguasai kemahiran membaca. Perkembangan kurang baik ini kerana penguasaan

terhadap kemahiran membaca sangat penting dalam membantu pelajar belajar dan memahami

setiap ilmu yang dipelajari di sekolah.

Statistik dalam artikel Utusan Malaysia (Julai, 2007) menunjukkan terdapat 34.31 peratus

atau 1,322 daripada 3,853 pelajar Orang Asli yang tamat tahun enam gagal untuk

menyambungkan pelajaran ke tingkatan satu. Perkara ini jelas menunjukkan penyertaan dan

pencapaian pelajar Orang Asli masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, langkah untuk

menguncupkan jurang pendidikan yang masih ketara akan tercapai dengan menyediakan

kaedah pembelajarn yang sesuai serta keperluan asas secara berterusan. Sesuai dengan misi

dan visi kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadikan

rakyatnya mempunyai modal insan berpengetahuan maka kita perlu memastikan setiap

golongan masyarakat di Malaysia mendapat pendidikan yang sewajarnya.

PERNYATAAN MASALAH

Adalah menjadi visi dan misi 2020 untuk menghasilkan modal insan berpengetahuan,

berketrampilan dan berarah kendiri. Menyedari perkara tersebut, Kementerian Pelajaran telah

melancarkan Pelan Induk Pendidikan (PIPP) yang bertujuan memperkasakan pendidikan di

semua peringkat termasuk pendidikan sekolah rendah dalam usaha menghasilkan modal insan

yang kompetetif dalam pasaran tenaga kerja bertaraf dunia. Dalam usaha membantu guru

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah dan sekolah rendah,

terdapat banyak modul membaca, menulis, mengira terdapat dalam pasaran. Perkembangan

ini adalah menggalakkan untuk perkembangan ilmu tetapi perlu ada pemantauan dan kajian

tentang keberkesanannya.

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat pencapaian kanak-kanak Orang Asli dalam

kemahiran membaca. Kajian ini akan mengenalpasti sejauh mana penguasaan yang telah

dicapai oleh kanak-kanak tersebut, serta mempraktikkan modul yang telah disediakan oleh

pihak UPSI bagi melihat pencapaian murid selepas penggunaan modul tersebut di tiga buah

negeri iaitu Perak, Kelantan dan Pahang telah dipilih bagi melaksanakan kajian ini yang mana

responden merupakan suku kaum Orang Asli iaitu kanak-kanak dalam masyarakat tersebut.

Disamping itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana tahap kebolehbacaan dalam kalangan

anak Orang Asli. Hal ini demikian, keadaan tempat tinggal mereka serta kemudahan

prasarana sekolah yang kurang menyebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang

perkembangan teknologi terkini sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan.

Oleh yang demikian, kajian ini akan melibatkan kajian di SK Brinchang, Cameron Highland,

Pahang. Kajian ini juga akan melihat sejauh mana penguasaan anak Orang Asli dalam

pendidikan terutama dalam kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu. Hal ini kerana,

penguasaan kemahiran membaca dan menulis sangat penting kepada kanak-kanak sebelum

mereka melangkah masuk ke sekolah menengah. Selain itu juga, apabila murid-murid ini

sudah dapat menguasai kemahiran tersebut, mereka akan mudah untuk memahami pengajaran

yang disampaikan oleh guru dengan mudah.

Epstein (1986), dari 1,259 ibu bapa di Maryland 18% menyatakan mereka tidak menerima

sebarang surat pemberitahuan dari sekolah, 35% menyatakan bahawa tiada perjumpaan

antara ibu bapa dan guru, 60% tidak pernah berbincang dengan guru melalui telefon kerana

semua laporan maklumat dihantar melalui pos ke rumah ibu bapa kanak-kanak. Kebanyakan

aktiviti adalah sehala iaitu dari sekolah ke rumah. Tiada kerjasama yang nyata yang dapat

terjalin di antara pihak sekolah dan ibu bapa sama ada dari segi perancangan aktiviti serta

komunikasi dua hala. Elizabeth Fraser (1959) dalam buku beliau yang bertajuk “Home

Environment and School” telah menerangkan hubungan yang amat signifikan antara taraf

pendidikan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak mereka. Ini menjurus kepada situasi

persekitaran yang berlaku dalam keluarga itu sendiri yang mendorong kepada kehendak

kanak-kanak belajar dan cemerlang dalam akademik. Menurut Fraser, andainya dibandingkan

antara dua orang kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang hampir sama tetapi berbeza

dari segi taraf pendidikan, pendidikan yang lebih tinggi akan memperolehi pencapaian yang

lebih baik. Contohnya ibu bapa yang membentuk sikap positif terhadap anak-anak mereka

menunjukkan kejayaan yang lebih baik berbanding dengan ibu bapa yang tidak memberi

perhatian kepada anak-anak mereka terutama dalam bidang pelajaran. Begitu juga dengan

sikap, dorongan, minat serta hubungan yang diberikan akan meningkatkan lagi prestasi

akademik anak-anak mereka (dalam Hazil, 1990).

TINJAUN LITERATURE

Tinjauan literatur ini dengan teori budaya kemiskinan persekitaran kekeluargaan, gaya

pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan pencapaian

murid terutama dalam kemahiran membaca.

Khamis Maarof (1984) dalam Lee Chong Eng (1988), satu percubaan untuk mengukur

kebolehan membaca murid-murid diperingkat darjah 2 (Tahap 1) ialah;

1. Murid-murid yang telah membaca ayat dengan baik adalah terdiri daripada murid-murid

yang telah dapat kuasai kemahiran-kemahiran mengenal bentuk-bentuk huruf, bunyikan

huruf-huruf vokal dan beberapa huruf konsonan, baca secara lepas serta berpandu dan

mengesan suku kata- suku kata dalam perkataan.

2. Kebolehan dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas adalah lebih kurang sama dan

tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara murid-murid sekolah kebangsaan

yang terletak di bandar dengan murid-murid sekolah diluar bandar.

3. Latar belakang sosio ekonomi murid tidak memperlihatkn pengaruh yang signifikan

dalam pencapaian murid-murid pada peringkat darjah 2 ini kecuali jantina. Terdapat

perbezaan yang penting antara pencapaian murid-murid lelaki dengan pencapaian murid-

murid perempuan adalah lebih tinggi.

4. Kemahiran-kemahiran asas bacaan lisan iaitu menamakan huruf-huruf abjab besar dan

kecil, membaca dan membunyikan suku kata-suku kata, membaca dan membunyikan

suku kata-suku kata dalam perkataan, membaca terus perkataan dan ayat tanpa mengeja

dengan bersuara dan seterusnya, menjawab soalan kefahaman mempunyai hubungan yang

rapat.

5. Berdasarkan kemahiran-kemahiran asas di dalam ujian-ujian, terdapat 3 faktor yang

memperlihatkan kelompok-kelompok kemahiran yang saling menyokong.

I. Faktor berstrukturkan suku kata dan perkataan.

II. Faktor berstrukturkan huruf-huruf abjab.

III. Faktor berstrukturkan gambar.

Menurut Colin Nicholas (July 2006), “To illustrate the point, I can cite the case of the Semai

community in Woh, Tapah whre prior to 1993 no Orang Asli went to school from that area.

However, a parent then was very keen for his child to attend school and asked the JHEOA to

help with transport. The JHEOA agreed on the condition that there be more students in order

to justify the cost of hiring a school van monthly. With this assurance, 18 children began

school within a month. Clearly it was not a case of the „poor attitude‟ of the parents towards

education.” Berdasarkan kenyataan Colin tadi, nyata bahawa masalah kemiskinan telah

menyebabkan ramai dalam kalangan anak-anak Orang Asli yang ketinggalan dalam

pendidikan. Ini bukan merupakan satu fenomena yang biasa, tetapi kita perlu berusaha

membantu agar anak-anak Orang Asli ini terbela dan mendapat pendidikan yang sama seperti

kanak-kanak yang lain, serta mampu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik di

masa akan datang. Newman (1995) pula melihat kewujudan budaya kemiskinan sukar

dihapuskan. Hal ini kerana, jalan hidup sebegini mempunyai penerusannya. Kanak-kanak

yang berumur enam atau tujuh tahun, kebanyakan akan menyerap nilai dan tingkah laku asas

daripada subbudaya yang berkaitan dengan kemiskinan. Newman (1995) berpendapat bahawa

kita boleh bawa keluar kanak-kanak dari kawasan setinggan tetapi kita tidak boleh membawa

keluar sifat setinggan yang ada pada kanak-kanak itu.

Keluarga ialah satu-satunya agensi sosial yang terpenting dalam sesebuah masyarakat. Hal ini

kerana, keluarga mempunyai tanggungjawab memberikan kanak-kanak pengalaman ketika

peringkat kanak-kanak. Di rumahlah kanak-kanak mula menerima norma dan nilai budaya

yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Apabila kanak-kanak itu masuk ke sekolah

mereka menjalani proses asosialisasi berdasarkan pengalaman mereka semasa di rumah.

Sejauh manakah kanak-kanak ini dapat menerima nilai-nilai sekolah dan mudah

diasosialisasikan ke dalamnya, bergantung kepada apa yang telah mereka alami di rumah.

Tinjauan literature atas hubungan persekitaran keluarga dengan pencapaian murid dibuat oleh

beberapa kajian seperti Clark (1994) dan Fatanah (1997) menunjukkan bahawa persekitaran

keluarga mempunyai hubungan dengan pencapaian murid.Berdasarkan pernyataan di atas,

peranan persekitaran keluarga amat mempengaruhi prestasi pembelajaran kanak-kanak itu.

Sekiranya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku maka mereka akan

lebih terdorong untuk meminati dalam pelajaran dan begitulah sebaliknya.

Menurut Colin Nicholas (July 2006), “However, merely attending school is not fully

indicative of educational attainment. Pass rates among Orang Asli schoolchildren have not

been too encouraging, though it has been increasing over the years. For example, Lim

(1997:45) comments that, the percentage of passes among Orang Asli schoolchildren taking

the SRP (Primary 6) exam in 1990-1992 was between 43 to 59 per cent, compared to 69 to 78

per cent at the national level. Similarly, for the 1993-1995 period, the proportion of Orang

Asli passing the SPM (Secondary 5) exams was 51 to 54 per cent, compared to 66-67 per cent

nationally. While the pass rate is expected to the higher in recent years, it is not expected to

be significantly higher since many Orang Asli students would have dropped out prior to these

public examinations.” Berdasarkan maklumat di atas, akibat kurangnya kesedaran terhadap

Pendidikan, maka anak-anak orang asli tidak mementingkan pendidikan sebagai jalan untuk

meningkatkan taraf hidup mereka. Akibat tidak mahu keluar daripada penempatan

masyarakat mereka, dan lebih berminat dengan kerja-kerja kampung menyebabkan anak-anak

muda masyarakat Orang Asli tidak mementingkan pelajaran mereka.

Menurut Rozumah, Rohani dan Yew (1996), telah menjalankan kajian untuk menentukan

perkaitan antara status sosio ekonomi, persekitaran rumah dan prestasi mental kanak-kanak

prasekolah. Responden dari kajian ini terdiri daripada 34 orang kanak-kanak berumur 6 tahun

(17 Cina, 17 Melayu) dari sebuah tadika Cina dan sebuah tadika Melayu di Kampung Haji

Ismail, Bagan Serai Perak. Kajian ini telah mengukur persekitaran rumah dengan

menggunakan Inventori HOME manakala prestasi mental kanak-kanak telah diukur dengan

menggunakan Weshler Intelligence Scale Faor Children dan „Gooenough Draw-a-man Test.‟

Hasil kajian mendapati pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga dan saiz keluarga

mempunyai perkaitan yang signifikan dengan HOME. Pendapatan keluarga juga mempunyai

perkaitan yang positif dengan skor mental kanak-kanak manakala saiz keluarga menunjukkan

perkaitan yang negatif. Kolerasi yang signifikan telah didapati antara kualiti persekitaran

rumah dan skor mental kanak-kanak. Berdasarkan hasil kajian pengkaji-pengkaji ini telah

menyimpulkan bahawa kebolehan mental kanak-kanak mempunyai hubungan dengan

persekitaran rumah. Persekitaran rumah menyediakan persekitaran untuk pembelajaran

peringkat awal kanak-kanak sebelum mereka di hantar ke sekolah. Kajian juga mendapati

status sosio ekonomi mempunyai hubugan secara langsung dengan persekitaran rumah dan

secara tidak langsung dengan kebolehan mental kanak-kanak. Dalam kajian Raden, William

dan Coggins (1993) mendapati ibu bapa banyak berinteraksi secara dua hala dengan anak-

anak dapat memberikan ransangan, galakan dan juga menjalin hubungan kasih sayang serta

kemesraan dengan anak-anak. Melalui hubungan mesra ini, anak-anak akan merasa selamat,

dipunyai, dihargai dan dikasihi. Sebaliknya bagi keluarga yang mempunyai taraf sosio

ekonomi yang rendah, ibu bapa didapati kurang sekali mempengaruhi perkembangan sosio

psikologi kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan seramai 1379 orang pelajar berumur 11

hingga 17 tahun dari keluarga yang berpendapatan rendah bersikap negatif terhadap sekolah

dan pencapaian akademik mereka berada di tahap rendah.

TUJUAN DAN OBJEKTIF

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan membaca dalam kalangan murid –

murid Orang Asli suku Semai di sekolah rendah . Selain itu, kajian juga dijalankan untuk

mendapatkan perbendaharaan kata Orang Asli kaum Semai untuk dimasukkan dalam modul

dan kamus yang akan dibina. Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk membina satu

modul membaca yang sesuai untuk mengajar kanak-kanak Orang Asli yang lemah dalam

membaca ini dan juga kamus Melayu-Semai.

Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

1. Mengkaji sejauh mana penguasaan dalam kebolehbacaan Bahasa Melayu dalam

kalangan murid-murid Orang Asli kaum Semai di sekolah rendah.

2. Mengkaji kebolehsuaian modul-modul membaca Bahasa Melayu yang digunakan oleh

guru-guru dalam pengajaran murid-murid Orang Asli kaum Semai di sekolah rendah.

3. Membina modul membaca alternatif untuk Orang Asli kaum Semai.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalankajian berikut:

1. Adakah tahap kebolehbacaan kanak-kanak orang asli?

2. Adakah modul yang betul dan sesuai mampu membantu murid membaca?

3. Adakah persekitaran orang asli memberi kesan kepada tahap membaca bagi kanak-

kanak orang asli?

DEFINISI KONSEP

Terdapat beberapa istilah atau konsep yang digunakan dalam kertas kerja ini. Istilah-istilah

atau konsep ini mempunyai maksud yang tersendiri.

Murid Orang Asli

Murid yang terlibat dalam pembinaan modul bacaan ini adalah murid berketurunan Orang

Asli dari suku Semai yang belajar di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan pada murid Orang

Asli dari Suku Semai di negeri Pahang, Perak dan Kelantan. Murid-murid ini mempunyai

masalah dalam membaca. Mereka telah dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas di

sekolah mereka.

Modul Membaca

Modul bacaan yang digunakan untuk menguji kemahiran membaca murid Orang Asli Semai

ini ialah buku bacaan yang dibina oleh Prof Emiritus Dato Dr Isahak Haron. Modul tersebut

ialah siri Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia Prasekolah buku 1 dan 2.

Modul ini merupakan modul yang menggunakan kaedah gabungan bunyi suku kata (KGBK).

Modul ini mempunyai dua modul bacaan dan dua modul latihan pengukuhan.

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) digunakan dalam menguji

kemahiran membaca murid Orang Asli suku Semai. Program Kelas Intervensi Asas Membaca

dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran

membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah

terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan

menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dalam

kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu, strategi pengajaran

dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu

murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

KERANGKA KONSEP KAJIAN

Pengalaman sedia ada

1. Murid pernah melihat dan mengenal huruf daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas. 2. Murid pernah diajar mengenal dan membezakan huruf – huruf vokal dan dan konsonan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas. 3. Murid pernah mempelajari cara membaca, menulis dan menyebut perkataan dengan betul berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas.

Output

Kesan 1. Murid dapat mengenal

huruf dengan baik. 2. Murid dapat menulis huruf

vokal dan konsonan dengan baik.

3. Murid dapat membaca, menulis dan menyebut perkataan dengan baik.

4. Murid dapat menguasai vokal dan konsonan KVKV dan VKV dengan baik.

5. Murid dapat menguasai vokal dan konsonan KVK dengan baik.

6. Murid dapat menguasai vokal dan konsonan VKVK, KVKVK dan KVKKV dengan baik.

7. Murid menguasai vokal dan konsonan KKV dan VKK dengan baik.

8. Murid dapat membaca serta memahami isi kandungan buku cerita dengan baik.

Input

( 8 modul yang digunakan ) 1. Mengenal huruf 2. Menulis huruf vokal dan

konsonan 3. Membaca, menulis dan

menyebut perkataan 4. Penguasaan vokal dan

konsonan KVKV dan VKV 5. Penguasaan vokal dan

konsonan KVK 6. Penguasaan vokal dan

konsonan VKVK, KVKVK dan KVKKV

7. Penguasaan vokal dan konsonan KKV dan VKK

8. Membaca buku cerita

KERANGKA KONSEP

Pembolehubah demografik guru

Lokasi sekolah

Jantina

Kategori perkhidmitan

Kaum

Pengalaman mengajar

Umur

Dalam kerangka untuk kajian ini terdapat 4 bahagian penting iaitu pengalaman sedia ada

murid, input, output dan pembolehubah demografik guru. Bahagian pertama iaitu pengalaman

sedia ada murid perlu diambil kira untuk menambahkan keberkesanan kajian manakala output

merujuk kepada modul – modul yang digunakan untuk menjalankan kajian ini. Input pula

merujuk kepada kesan pelaksanaan modul – modul ini ke atas murid. Kajian ini

mengandaikan pembolehubah demografik mempunyai hubungan dengan tahap pencapaian

murid terhadap bahan yang dikaji khususnya untuk Program Pemulihan Membaca dalam

kalangan murid-murid Orang Asli di Sek. Kebangsaan Batu 14, Tapah (Perak) dan Sek.

Kebangsaan Brinchang, Cameron Highland (Pahang). Dalam hal ini, faktor demografik

guru terlibat sebagai pembolehubah bebas manakala kesan ataupun pencapaian murid

terhadap modul – modul yang digunakan sebagai pembolehubah bersandar.

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan menggunakan modul sebagai instrumen kajian.

Modul digunakan untuk menjawab persoalan kajian berkaitan dengan tahap kebolehbacaan

dalam kalangan murid orang asli (Program Pemulihan) di Sekolah Kebangsaan Brincang

(Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah (Perak). Modul turut digunakan untuk

menjawab persoalan kajian berkaitan perspektif baru mengenai cara berfikir murid-murid

orang asli dan kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian terdiri daripada murid-murid program pemulihan orang asli dari suku kaum

Semai yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Brincang, Cameron Highland (Pahang) dan

Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah (Perak). Murid-murid orang asli yang dipilih adalah

secara rawak merangkumi tahap 1 dan 2. Sekolah-sekolah ini dipilih selepas dikenalpasti

bahawa terdapat murid-murid daripada orang asli yang bersekolah di kedua-dua negeri

tersebut. Bilangan sampel bagi tinjauan ini ialah 20 orang murid orang asli terdiri daripada

suku kaum Semai, 10 orang murid asli di Sekolah Kebangsaan Brinchang, Pahang. Manakala

10 orang murid orang asli di Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah, Perak. Responden yang

dipilih adalah terdiri daripada murid-murid yang belajar di sekolah ini. Sampel kajian ini

ialah responden akan menggunakan Modul Bacaan Prof Emiritus Dato‟ Dr. Isahak Haron.

INSTRUMEN KAJIAN

Penyelidik menjalankan ujian diagnostik dan ujian membaca terhadap murid Orang Asli

sekolah tersebut dengan menggunakan kaedah Modul Membaca Gabung-Kata oleh Prof.

Emiritus Dato Dr Isahak Haron. Disamping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah secara

temubual bersama dengan guru pemulihan untuk melihat pandangan guru tersebut terhadap

pencapaian murid Orang Asli di sekolah tersebut. Temubual yang dijalankan ini juga bagi

mendapatkan maklumat mengenai minat yang disukai oleh murid-murid Orang Asli kaum

Semai semasa di sekolah tersebut. Selain itu, penyelidik ingin mengetahui modul apakah

yang sedang digunakan oleh pihak sekolah bagi membantu murid Orang Asli menguasai

kemahiran membaca serta pandangan daripada guru tersebut terhadap keperluan modul yang

lebih baik bagi murid Orang Asli. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk

mengetahui kebolehan dan kemahiran yang ada pada murid Orang Asli suku kaum Semai di

sekolah-sekolah tersebut.

PENGANALISISAN DATA

Data-data diproses dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif yang digunakan

oleh pengkaji ialah borang soal selidik berdasarkan kebolehbacaan oleh Prof. Emeritus Dato‟

Dr. Isahak Haron. Di samping itu, pengkaji juga telah menemubual guru pemulihan disekolah

tersebut serta pengayaan dan pemulihan selepas menjalankan soal selidik.

DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan dua buah buku yang dihasilkan oleh Prof

Emiritus Dato‟ Dr Isahak Haron iaitu Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa

Malaysia; Prasekolah – Buku Bacaan 1 dan Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis

Bahasa Malaysia; Prasekolah – Buku Bacaan 2. Selain itu, penyelidik juga menggunakan

Ujian Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu.

Ujian Diagnostik Kaedah Gabung Kata (KGBK) Awal Membaca Bahasa Melayu

Dalam Ujian Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Prof

Emiritus Dato‟ Dr Isahak Haron terdapat dua belas aras kebolehbacaan membaca yang perlu

dinilai oleh penyelidik seperti di bawah berdasarkan bahan bacaan kedua-dua buku tersebut;

Aras Kebolehbacaan

Aras 1 Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah

Aras 2 Membunyikan suku kata terbuka

Aras 3 Membaca perkataan suku kata terbuka

Aras 4 Membaca suku kata tertutup

Aras 5 Membaca perkataan suku kata tertutup

Aras 6 Membaca perkataan membezakan vokal e taling dan e pepet; dan o

Aras 7 Membaca perkataan suku kata tertutup „ng‟

Aras 8 Membaca perkataan suku kata geluncuran dan diftong

Aras 9 Membaca perkataan dengan suku kata „nga‟ dan „nya‟

Aras 10 Membaca perkataan dengan penambahan me-, mem-,ber-

Aras 11 Membaca ayat pendek

Aras 12 Membaca ayat dan cerita

Hasil dapatan kajian penyelidik daripada 18 orang responden yang terlibat dalam kajian ini

adalah seperti berikut ;

Nama Responden Tahap Pencapaian

Aras Kebolehbacaan Keterangan Aras Kebolehbacaan

Deli a/l Bah Ebal

0

- (murid ini tidak dapat menhabiskan

aras 1)

Efrataniea Enia a/p

Dolah

1

Membunyikan huruf vokal dan

konsonan mudah

Farasakila a/p Alang

Bahara

3

Membaca perkataan suku kata terbuka

Bah Jalos a/l Mustafa

3

Membaca perkataan suku kata terbuka

Ramaskhan a/l Ahmad

3

Membaca perkataan suku kata terbuka

Nazira binti Jo

3

Membaca perkataan suku kata terbuka

Effaizani a/l Bah Hussain

6

Membaca perkataan membezakan

vokal e taling dan e pepet; dan o

Shahril a/l Junaida

4

Membaca suku kata tertutup

Daniel a/l Bah Chok

4

Membaca suku kata tertutup

Daniel

8

Membaca perkataan suku kata

geluncuran dan diftong

Aznil b. Shafie

12

Membaca ayat dan cerita

Rumi a/l. Zabidi

12

Membaca ayat dan cerita

Norfazila bt. Wahap

12

Membaca ayat dan cerita

Hanisa bt. Abd. Wahab

2

Membunyikan suku kata terbuka

Mamat b. Arin

12

Membaca ayat dan cerita

Shakira bt. Arin

12

Membaca ayat dan cerita

Siti nurhaliza a/p chuchi

12

Membaca ayat dan cerita

Syaharuddin b. Osman

1

Membunyikan huruf vokal dan

konsonan mudah

Dapatan kajian ini juga menunujukkan tahap paling rendah dalam kalangan Orang Asli dalam

Ujian Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu ialah pada tahap 0 iaitu hanya

seorang responden yang tidak boleh melepasi tahap 1 iaitu membunyikan huruf vokal dan

konsonan mudah seperti a, i, u, b, k, c, s, t dan d. Manakala tahap paling tertinggi yang

dicapai oleh responden-responden ini ialah pada aras 12 iaitu boleh membaca ayat dan cerita

seperti Fizi pergi ke rumah neneknya. Rumah neneknya ditepi sungai. Di dalam sungai

banyak ikan. Fizi dan abangnya suka menangkap ikan.

Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia; Prasekolah – Buku 1 .

Dalam buku ini terdapat 24 aras kebolehbacaan yang diuji bagi mengetahui tahap

kebolehbacaan murid-murid yang dikaji di sekolah ini. Dalam kajian ini, penyelidik telah

menilai lima orang murid berdasarkan hasil dapatan pada ujian diagnostik yang dijalankan.

Aras yang diuji bagi melihat tahap kebolehbacaan adalah seperti jadual di bawah ;

Aras Tahap Kebolehbacaan

Aras 1 Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah

Aras 2 Membunyikan suku kata terbuka b

Aras 3 Membunyikan suku kata terbuka c

Aras 4 Membunyikan suku kata terbuka b dan c

Aras 5 Membunyikan suku kata terbuka k

Aras 6 Membunyikan suku kata terbuka b, c dan k

Aras 7 Membunyikan suku kata terbuka t

Aras 8 Membunyikan suku kata terbuka s

Aras 9 Membunyikan suku kata terbuka m

Aras 10 Membunyikan suku kata terbuka l

Aras 11 Membaca huruf vokal dan konsonan dalam huruf besar (a, i, u, b, c, k, t, s)

Aras 12 Membunyikan suku kata terbuka r

Aras 13 Membunyikan suku kata terbuka d

Aras 14 Membunyikan suku kata terbuka g

Aras 15 Membunyikan suku kata terbuka n

Aras 16 Membunyikan suku kata terbuka p

Aras 17 Membunyikan suku kata terbuka o

Aras 18 Membunyikan suku kata terbuka e

Aras 19 Membunyikan suku kata terbuka h

Aras 20 Membunyikan suku kata terbuka j

Aras 21 Membunyikan suku kata terbuka y

Aras 22 Membunyikan suku kata terbuka f dan q

Aras 23 Membunyikan suku kata terbuka v dan w

Aras 24 Membunyikan suku kata terbuka x dan z

Daripada aras kebolehbacaan yang telah ditetapkan oleh Prof Emiritus Dato‟ Dr. Isahak

Haron, pengkaji telah menjalankan kajian dan hasilnya adalah seperti dalam jadual dibawah;

Nama Responden Tahap PencapaianAras

Kebolehbacaan Keterangan Aras Kebolehbacaan

Deli a/l Bah Ebal 1 Membunyikan huruf vokal dan

konsonan mudah

Efrataniea Enia a/p Dolah

2 Membunyikan suku kata terbuka b

Farasakila a/p Alang

Bahara

7 Membunyikan suku kata terbuka t

Bah Jalos a/l Mustafa 12 Membunyikan suku kata terbuka r

Ramaskhan a/l Ahmad 12 Membunyikan suku kata terbuka r

Nazira binti Jo

6 Membunyikan suku kata terbuka b, c

dan k

Effaizani a/l Bah Hussain

12 Membunyikan suku kata terbuka r

Shahril a/l Junaida

4 Membunyikan suku kata terbuka b

dan c

Daniel a/l Bah Chok

5 Membunyikan suku kata terbuka k

Daniel

8 Membunyikan suku kata terbuka s

Hanisa bt. Abd. Wahab

24 Membunyikan suku kata terbuka x

dan z

Syaharuddin b. Osman

12 Membunyikan suku kata terbuka r

Hasil dapatan kajian ini, didapati hanya seorang murid yang tidak berjaya melepasi aras 1

iaitu membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah. Manakala hanya seorang sahaja murid

yang diuji dalam kajian ini melepasi aras 24 iaitu boleh membunyikan suku kata terbuka x

dan z.

Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia; Prasekolah – Buku 2.

Dalam buku ini terdapat 22 aras kebolehbacaan yang diuji bagi mengetahui tahap

kebolehbacaan murid-murid yang dikaji di 2 buah sekolah ini. Dalam kajian ini, penyelidik

telah menilai enam orang murid berdasarkan hasil dapatan pada ujian diagnostik yang

dijalankan. Aras yang diuji bagi melihat tahap kebolehbacaan adalah seperti jadual di bawah ;

Aras Tahap Kebolehbacaan

Aras 1 Membaca dan menyalin ayat

Aras 2 Membaca suku kata KV dan KVK ; Mencantumkan suku kata KV dan KVK

menjadi perkataan KVKVK

Aras 3 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;

Membaca dan menyalin ayat

Aras 4 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;

Membaca dan menyalin ayat

Aras 5 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;

Membaca dan menyalin ayat; Membaca suku kata KVK

Aras 6 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;

Membaca rangkai kata

Aras 7 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis

Aras 8 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;

Membaca rangkai kata; Membaca dan menyalin ayat mudah;

Membina dapat menulis perkataan daripada suku kata KV dan KVK

Aras 9 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;

Membina perkataan daripada suku kata KV dan KVK

Aras 10 Membaca suku kata KVK dan rangkai kata menyalinnya; Membaca ayat

mudah;

Mengisi huruf kosng dalam perkataan

Aras 11 Membaca dan Menulis suku kata KVK dan perkataan ; Membaca dan

menyalin ayat

Aras 12 Membaca suku kata KVKK dan perkataan ; Membaca dan menyalin ayat ;

Membina dan menulis perkataan daripada suku kata

Aras 13 Membaca suku kata dan perkataan daripada „nga, ngi , ngu‟ dan „nya, nyi nyu‟

serta menyalin ayat ; membaca suku kata „sya, syi, syu‟ ; membaca dan

menyalin ayat

Aras 14 Membaca perkataan diftong ; membina perkataan dengan mengisi suku kata

Aras 15 Memilih dan menulis perkataan di tempat kosong

Aras 16 Menamakan bahagian badan, menulis maklumat diri ; mengisi perkataan yang

sesuai di tempat kosong dalam ayat ; membaca sebuah cerita ringkas

Aras 17 Menulis nama sekolah ; memilih dan menulis perkataan di tempat kosong

dalam ayat ; membaca kisah bendera Malaysia dan menjawab soalan ;

menjawab soalan berdasarkan petikan yang diberi

Aras 18 Membaca dan menulis nama hari ; menceritakan apa yang murid lakukan pada

setiap hari , membaca hari-hari perayaan

Aras 19 Mengenal buah-buahan

Aras 20 Mengenal kenderaan

Aras 21 Membaca cerita pendek

Aras 22 Membaca dan menyanyi

Daripada aras kebolehbacaan yang telah ditetapkan oleh Prof Emiritus Dato‟ Isahak Haron,

pengkaji telah menjalankan kajian dan hasilnya adalah seperti dalam jadual dibawah ;

Nama Responden Tahap PencapaianAras

Kebolehbacaan Keterangan Aras Kebolehbacaan

Aznil b. Shafie

22 Membaca dan menyanyi

Rumi a/l. Zabidi

22 Membaca dan menyanyi

Hanisa bt. Abd. Wahab

22 Membaca dan menyanyi

Mamat b. Arin

22 Membaca dan menyanyi

Shakira bt. Arin

22 Membaca dan menyanyi

Siti nurhaliza a/p chuchi

22 Membaca dan menyanyi

Hasil dapatan kajian ini, didapati kesemua murid yang diuji dalam kajian ini berjaya melepasi

aras 22 iaitu boleh membaca dan menyanyikan lagu.

PERBINCANGAN

(Rumuskan ringkasan hasil kajian modul membaca)

Faktor Ibu Bapa

Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam

pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966)

tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-

kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar

membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.

Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca

kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat

kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-

kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat

meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan

kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Ibu bapa Orang Asli tidak

menggalakkan anak-anaknya ke sekolah, hal ini menyebabkan anak-anaknya tidak boleh

membaca dan ibu bapa lebih menggalakkan anak mereka untuk menolong mereka melakukan

pekerjaan yang dilakukannya.

Gangguan bahasa ibunda dalam bacaan

Setiap suku kaum di dunia mempunyai bahasa ibundanya yang tersendiri dan tidak dapat lari

daripada suku kaum Orang Asli. Di SK Batu 14, Tapah (Perak) dan SK Brinchang, Cameron

Highland (Pahang) suku kaum Orang Asli merupakan suku kaum Semai. Oleh demikian,

bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi mereka dalam suku kaum Orang Asli. Telah

banyak kajian ini dilakukan terhadap permasalahan pembelajaran bahasa kedua akibat

gangguan daripada bahasa ibunda murid ini termasuklah kajian oleh International Labour

Office (1953) tentang kehidupan dan keadaaan kaum asli di beberapa buah Negara. Hasil

kajian itu menunjukkan bahawa tahap pendidikan di kalangan penduduk-penduduk Orang

Asli (Indigenous Peoples) adalah rendah kerana faktor-faktor latar belakang dan sosio

budaya meraka yang masih belum dapat menerima pembaharuan yang berlaku di sekeliling

mereka. Gangguan daripada bahasa ibunda mereka telah mempengaruhi Bahasa Melayu baku

yang menjadi mata pelajaran penting di sekolah hari ini. Apabila penguasaan Bahasa Melayu

mereka di tahap yang rendah akibat gangguan bahasa ibunda mereka sudah pastilah taraf

pendidikan mereka juga merosot. Ujian sebutan perkataan, membaca petikan dan menulis

dalam bahasaMelayu telah dilakukan bagi mengesan gangguan bahasa ibunda para pelajar

berkenaan. Dengan ini dapatlah dikesan tahap dan aspek yang dipengaruhi oleh bahasa

ibunda mereka terhadap pembelajaran bahasa Melayu mereka. Hasil dapatan kajian telah

menunjukkan terdapat gangguan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Orang Asli yang terdiri

daripada beberapa dialek terutama sekali kaum Semai terhadap bahasa Melayu yang mereka

gunakan. Kesan pengaruh bahasa ibunda mereka amat ketara dalam kemahiran lisan.

Persekitaran Rumah

Hansen (1969), dalam kajiannya telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan

persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tiada bahan bacaan yang sesuai di

rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang

diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada

ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor

itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada

secara berasingan. Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak.

Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh

melalui teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa

yang dibuat oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya, maka

itulah yang akan cuba ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun

perbuatan ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai

kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam

mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada

seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya.

Faktor Kemiskinan/Sosioekonomi

Daripada dapatan kajian ini juga didapati faktor kemiskinan atau sosioekonomi murid-murid

orang asli menyebabkan berlakunya tahap kebolehbacaan pada tahap yang rendah. Apabila

kemiskinan berlaku dalam keluarga seseorang maka tahap pembelajaran murid akan

terganggu kerana kemiskinan. Dalam hal ini, apabila kemiskinan berlaku ibu bapa atau

keluarga akan meminta anak-anaknya melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka.

Kemiskinan yang berlaku menyebabkan peralatan atau kelengkapan yang perlu disediakan

tidak mencukupi. Di samping itu, kurangnya pengetahuan tentang pentingnya pendidikan

pada masa kini juga menyebabkan mereka tidak pernah memberikan perhatian yang serius

terhadap pelajaran. Selain itu, sikap merendah diri serta bersyukur dengan apa yang ada

menyebabkan keadaan ini masih berlaku. Budaya mereka yang masih memegang teguh

kepada kepercayaan animisme menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pelajaran. Hal

ini kerana, kebanyakan suku kaum ini masih suka mendiami kawasan pedalaman di dalam

hutan ini berbanding duduk di kawsan bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan

asas. Mereka masih lagi suka mengamalkan sikap duduk di dalam rumah yang beratapkan

nipah dan berdindingkan rotan, mencari hasil hutan seperti memburu dan sebagainya. Hasil

kajian Hassan Mat Nor dalam Sunday Sun (Mac 2003), sifat semulajadi orang asli adalah

mementingkan kerjasama dan persamaan. Adalah tidak baik untuk mempunyai harta lebih

daripada orang lain yang mempunyai sedikit dan tidak baik untuk mempunyai pendidikan

apabila orang lain tidak mempunyai pendidikan. Akibat budaya ini yang masih kuat

diamalkan maka aspek pelajaran terutama kepada anak-anak mereka sangat kurang

ditekankan. Oleh yang demikian, situasi kemiskinan dalam kalangan masyarakat Orang Asli

masih membelenggu sehingga sekarang. Pernyataan ini bersesuaian dengan kajian Colin

(2006), bahawa masalah kemiskinan telah menyebabkan ramai dalam kalangan anak-anak

Orang Asli yang ketinggalan dalam pendidikan. Ini bukan merupakan satu fenomena yang

biasa, tetapi kita perlu berusaha membantu agar anak-anak Orang Asli ini terbela dan

mendapat pendidikan yang sama seperti kaank-kanak yang lain, serta mampu mengubah

kehidupan mereka menjadi lebih baik di masa akan datang. Newman (1995) pula melihat

kewujudan budaya kemiskinan sukar dihapuskan. Hal ini kerana, jalan hidup sebegini

mempunyai penerusannya. Kanak-kanak yang berumur enam atau tujuh tahun, kebanyakan

akan menyerap nilai dan tingkah laku asas daripada subbudaya yang berkaitan dengan

kemiskinan. Newman (1995) berpendapat bahawa kita boleh bawa keluar kanak-kanak dari

kawasan setinggan tetapi kita tidak boleh membawa keluar sifat setinggan yang ada pada

kanak-kanak itu.

Faktor Guru

Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah, para guru

hendaklah memastikan semua pelajar mengambil bahagian dan diberi peluang untuk

berkongsi apa-apa yang mereka tahu mengenai sesuatu topik itu. Guru- guru hendaklah

mengiktiraf kejayaan setiap individu khususnya apabila mereka menunjukkan kemampuan

mereka dalam pelajaran atau aktiviti pembelajaran. Dalam merancang kurikulum, guru-guru

hendaklah membina satu set matlamat belajar untuk semua murid. Guru-guru juga sepatutnya

memahami kehendak murid dan mengadakan satu sistem untuk membantu pelajar

berinteraksi dengan dunianya yang realiti. Seandainya ada pelajar yang menghadapi masalah

pembelajaran di dalam kelas, maka guru-guru hendaklah berjumpa dengan murid tersebut

secara peribadi, dan bersemuka untuk membantunya. Secara tidak langsung murid tersebut

akan merasai gurunya mengambil berat dengan rnasalahnya dan ini akan memberinya

semangat untuk membantu diri sendiri. Pandai mempelbagaikan kaedah mengajar dan

menyesuaikannya dengan tahap pencapaian murid adalah salah satu ciri-ciri keistimewaan

seorang guru. Setiap murid mempunyai kebolehan, pencapaian, kecekapan, bakat dan

keistimewaan yang berbeza. Oleh sebab itu, mempelbagaikan kaedah mengajar dengan

mengambil contoh bagaimana pembelajaran di sekolah ada kaitannya dengan dunia yang

realiti akan merangsang minat murid belajar seterusnya akan rneningkatkan self esteem

mereka. Pada masa yang sama, bahasa yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan

yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam kalangan Orang Asli. Guru

bahasa sepatutnya tidak boleh menggunakan bahasa dialek atau bahasa pasar dalam

pengajaran. Hal ini disebabkan oleh bahasa dialek yang digunakan dalam pengajaran Orang

Asli menyukarkan murid Orang Asli untuk memahami Bahasa Melayu. Dalam kalangan

Orang Asli, Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua atau ketiga bagi mereka, bahasa suku

kaum mereka adalah bahasa pertama.

Faktor Ketidakhadiran ke Sekolah

Bagi mencapai sesuatu kejayaan dan kecemrlangan dalam bidang akademik khususnya

kehadiran ke sekolah memainkan peranan yang sama penting. Hal ini disebabkan apabila

ketidakhadiran ke sekolah terlalu tinggi akan menjejaskan pembelajaran seseorang itu di

sekolah. Dalam kajian ini, kehadiran murid ke sekolah yang jarang hadir dan kebanyakkan

murid dalam kalangan Orang Asli hanya mencapai kurang daripada 50% sahaja. Berdasarkan

pemerhatian pengkaji, murid-murid yang selalu tidak hadir ke sekolah tidak boleh mambaca

dan selalunya guru perlu mengulang berberapa kali pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam

merealisasikan impian untuk melihat anak-anak mereka celik membaca. Orang Asli haruslah

memberikan sepenuh perhatian demi meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang lebih

selesa. Ibu bapa bagi murid Orang Asli seharusnya memberi peluang kepada anak-anak

mereka meningkatkan taraf kehidupan mereka walaupun mereka tidak tahu membaca.

Penggunaan bahasa ibunda mereka memang tidak dapat dielakkan kerana itu adalah bahasa

perantaraan yang digunakan dalam koloni-koloni mereka. Apabila keluar untuk bersekolah,

mereka lebih selesa berinteraksi sesama mereka dalam bahasa ibunda mereka. Penggunaan

Bahasa Melayu sangat kurang dan hanya berkisar dalam bilik darjah sahaja. Penggunaan

Bahasa melayu terlalu terhad.

Ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang serius untuk memupuk anak-anak mereka membaca.

Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun perbuatan ibu bapa membaca bahan-

bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Peranan ibu bapa dan persekitaran rumah

merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan

faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau

sebaliknya.

Masyarakat Orang Asli sepatutnya menerima arus pemodenan. Bukan bermaksud

meninggalkan terus adat dan budaya mereka tetapi sedikit sebanyak menerima perubahan

untuk meningkatkan taraf hidup mereka disamping mengekalkan kepercayaan mereka. Guru

juga perlu memainkan peranan yang lebih penting dan menjadi tunjang di peringkat sekolah

membantu memberikan ilmu dan pembelajaran yang sewajarnya sama dengan murid kaum-

kaum lain. Guru perlu meyakinkan mereka tentang kepentingan ilmu agar mereka boleh

merasai kelebihan apabila menjadi seorang yang celik membaca. Ketidakhadiran ke sekolah

yang serius dapat dielakkan jika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas menarik

minat mereka untuk datang ke sekolah dan menerima ilmu.

CADANGAN

Berikut dicadangkan kajian lanjutan yang wajar dilakukan adalah seperti di bawah:

Kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi, kemahiran ini merupakan

bukan satu perkara yang mudah untuk dikuasai terutamanya pada peringkat awal pembacaan.

Ramai murid sama ada di peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih lagi tidak

boleh membaca dengan lancar (Dr. Syukri Abdullah, 2007). Kemahiran membaca itu

bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau

berlari. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan.

Pelbagai kaedah telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina

Kamal, 2007). Antara langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran

membaca ialah:

Peranan guru

Guru memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam

kalangan murid sekolah rendah. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah

rendah yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi

permasalahan ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran

membaca. Menurut Azwan Wan Chik (1986), terdapat empat kaedah mengajar membaca

Bahasa Melayu yang biasa dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu kaedah abjad, kaedah

seluruh perkataan, kaedah fonik dan kaedah eklektik. Setiap kaedah mempunyai cara

penyampaian yang berbeza dan guru boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam

proses pengajaran membaca kepada murid. Namun begitu, kaedah eklektik adalah paling

sesuai digunakan untuk mengajar membaca kerana ia menggabungkan terus kaedah fonik dan

kaedah seluruh perkataan dan ayat dalam satu pelajaran membaca.

Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar

(ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari

„set induksi‟ sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media

yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984:

349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Penggunaan ABM dapat memudahkan murid-

murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.

Contohnya, penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan

merangsang minda murid untuk menyebut dan membacanya.

Selain itu, untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan

mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing murid untuk

menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah,

murid membaca untuk tujuan-tujuan seperti untuk mendapatkan maklumat atau fakta

berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara, untuk mendapatkan gambaran keseluruhan

tentang sesuatu tajuk atau perkara, untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan

kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan

dengan sesuatu persoalan. Secara umumnya, seseorang murid perlu menguasai dua teknik

membaca, iaitu membaca pantas dan membaca kritis. Untuk membaca pantas seseorang

boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis

seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.

Peranan murid

Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri. Murid perlu rajin

dan berusaha untuk memantapkan diri bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki. Bagi

meningkatkan kemahiran membaca, murid perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk

membaca. Kebanyakan individu memberi alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan terhadap waktu, tetapi jika murid

berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca, maka mereka perlu mengatur masa

dan memperuntukan sedikit masa untuk membaca dengan baik. Prof. DR. Henry Guntur

Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30

minit, tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan meningkatkan kemahiran membaca

mereka. Katanya lagi, orang yang tidak ingin maju sahajalah yang tidak menyediakan masa

untuk membaca dalam hidupnya. Usaha yang paling efisyen untuk mengetahui segala

kejadian penting di dunia moden sekarang ini adalah dengan membaca.

Selain itu, menyediakan masa untuk membaca berhubungan rapat dengan salah satu aspek

yang paling penting dalam membaca kritis iaitu mengetahui apa yang baik dan bermanfaat

untuk dibaca. Memang tidak mungkin murid akan membaca tentang semua perkara, oleh itu

setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri yang dapat membimbing mereka

terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu dibaca. Dalam buku Azman Wan Chik (1986)

ada diselitkan pesanan Sandra Loch kepada Encik Simkins yang dinukilankan dalam buku

Personalized Reading Instruction oleh Walter R. Barbe de Jerry L. Abbott, terjemahannya

lebih kurang begini:

“Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh membaca apa-apa

buku yang saya suka dan saya tidak dipaksa membaca buku yang saya tidak suka, saya juga

suka kerana saya diberi masa untuk membaca. Saya suka menyatakan bahawa sesungguhnya

saya seronok membaca dan saya fikir anda akan belajar bagaimana membaca dengan baik

apabila anda membaca buku-buku yang anda suka, ini akan menarik minat anda ingin

membaca. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan buku-buku yang saya sudah baca,

dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua orang bahawa tidak ada sebuah buku

yang baik tentang sebuah buku yang saya sudah baca, ini menjadikan mereka akan berminat

membaca buku-buku. Percayalah saya suka membaca.”

Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat membacanya dengan

memimpin mereka memilih buku-buku yang disukainya dan menentukan masa untuk

membaca.

Peranan sekolah

Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam

kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran

membaca, mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka

dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar

mereka supaya mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk

memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah

penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah

Jantan dan Mahani Razali, 2004). Contohnya, pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu

diletakkan moto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan

membaca. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk

cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca. Selain itu, sudut bacaan

juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku

yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid

dapat menumpukan perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005).

Peranan ibu bapa

Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam

pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966)

tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-

kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar

membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.

Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca

kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat

kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-

kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat

meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan

kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Dalam kajiannya, Hansen (1969)

telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu

ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan bagi

membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan

menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model

yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih

mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan.

Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini

disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui

teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa yang

dibuat oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya, maka itulah

yang akan cuba ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun perbuatan

ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai kesimpulan,

faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam

mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada

seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya. Selain itu juga,

ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk meransang anak mereka belajar dengan

membelikan buku, membawa mereka ke perpustakaan serta bersama dengan mereka terlibat

dengan aktiviti seperti membaca buku bersama dengan mereka. Melalui aktiviti seperti ini, ia

bukan sahaja dapat mendorong minat mereka untuk terhadap buku malah akan dapat

membantu mereka meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Begitu juga untuk masyarakat

orang asli, sebagai ibu bapa mereka perlu menggalakkan mereka untuk berminat terhadap

buku kerana melalui minat akan dapat menimbulkan rangsangan pembelajaran secara

automatik iaitu mereka tidak perlu dipaksa untuk belajar, tetapi mereka dengan sendirinya

akan tahu tentang kepentingan mengulang kaji pelajaran dan meningkatkan pencapaian

mereka di dalam pelajaran.

Peranan Kerajaan

Kerajaan seharusnya membuka lebih banyak peluang dan memperbanyak kuota untuk kaum

asli menjadi pendidik sebagai asas penyebaran ilmu. Pada zaman sekarang, susah untuk

mencari guru-guru dari kalangan kaum asli yang sudah bekerjaya dalam bidang pendidikan.

Hanya sedikit sahaja jumlah pendidik dari kaum asli dan yang selebihnya masih dalam

pengajian. Adakah cukup tenaga pengajar ini untuk 18 kaum dan hampir beratus-ratus

kampung di negara ini? Bagaimanakah hendak mewujudkan generasi guru-guru ini pada

masa sekarang dan masa akan datang jika dahulunya mereka tidak mendapat pendidikan

seperti sekarang? Kerajaan seharusnya mewujudkan kursus kemahiran mengajar bagi anak-

anak orang asli yang tidak memiliki keputusan cemerlang untuk menyambung pelajaran

dengan menjadikan mereka sebagai guru terlatih dengan sijil kemahiran dari badan-badan

tertentu terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Sememangnya semua ini

mustahil, tetapi tidak bermakna semua ini tidak boleh direalisasikan pada masa depan.

PENUTUP

Seseorang murid lazimnya harus banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, murid

digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai

tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula

mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang

berkesan, murid perlu menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dalam pembacaan. Oleh itu,

dalam proses pembelajaran, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh

murid. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih

berkesan. Terdapat banyak kaedah yang sesuai digunakan dalam kemahiran membaca seperti

membaca secara berhati-hati iaitu dengan menumpukan terhadap apa yang dibaca dan

mengelakkan gangguan televisyen serta bunyi bising semasa membaca. Terdapat banyak

masalah yang berkaitan dengan kemahiran membaca seperti pelajar buta huruf namun begitu,

kerajaan telah menjalankan banyak program untuk mengatasi masalah seperti ini. Walaupun

demikian, masalah ini tidak mudah untuk diselesaikan tanpa kerjasama daripada semua pihak

terutamanya ibu bapa dan guru.

BIBLIOGRAFI

Cholden, L.S. (1978). A Psychiatrist Works Blindness. New York: McGraw.

Chall, J. S. (1967). Learning To Read: The Great Debate. New York: McGraw Hill.

Harris, A. J. & Sipay, E. R. (1980). How to Increase Reading Ability. New York: Longman,

Inc.

Ibrahim Saad (1982). Murid-murid Lembam Dalam Ibrahim Saad (Penyata). Isu Pendidikan

Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Hj. Hussin (1986). Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya:

Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Khamis maarof (84) dalam Lee Chong Eng (88); Satu Percubaan Untuk Mengukur

Kebolehan Membaca Murid-Murid Diperingkat Darjah 2. Thesis sarjana, Universiti

Malaya; 1984.

Marohaini Yusoff (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur:

Karya Bistari.

Mitcell, D.C. (1982). The Process of Reading. Chichester: John Wiley & Sons.

Nordin Mamat. (2005). Asas sosial kanak-kanak. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn.

Bhd.

Norshidah Mohamad Salleh (2000). Kesan 2 Kaedah Mengajar Bacaan Terhadap

Pencapaian Kemahiran Membaca Pelajar Masalah Penglihatan Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Setapak: 1 Kajian Kes. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi pendidikan: pendekatan kontemporari.

Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Roe, B. D., Stoodt, B. D. & Burn, D. C. (1978). Instruction In The Secondary School.

Boston: Houghton Mifflin Co.

Smith J. A. (1972). Adventure In Communication. Boston: Allyn & Bacon.

Sofiah Hamid (1985). Pendekatan C (Mari Membaca) Dalam Pengaajran Bacaan Asas

KBSR. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pemanfaafan Penagajaran Bacaan Asas

Bagi Situasi Bilik Darjah Di Malaysia. UKM, 2-3 Mac.

Wood, T. A. (1981). Patterns Of Listening And Reading Skills In Visually Handicapped

Students. Journal Of Visual Impaired And Blindness 75 (5): 215-218.

3.1 juta murid gagal kuasai kemahiran 3M (2007). Diperolehi pada 6 Mac 2008 daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1211&pub=utusan_malaysi

a&sec=parlimen&pg=pa_01.htm&arc=hive

Dr. Shukri Abdullah. (2007). Anak berilmu keluarga beruntung. Diperoleh pada Februari 21,

2008 daripada http://www.cepatbaca.com.my/site/

Guru lemah punca murid gagal kuasai (2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008 daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=1121&pub=utusan_

malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

Kemahiran belajar (2006). Diperoleh pada Februari 21, 2008 daripada

http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm

Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca(2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008

daripada,

www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=013&pub=utusan_malaysia&sec=

muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive

Lee Lai Guan, Rahmah Hanafi dan Salihah Yusof. (2007). Satu tinjauan pelbagai aspek

membaca murid-murid tadika. Diperoleh pada Februari 23, 2008 daripada

http://members.tripod.com/ipdares/baca.htm