tesis

106
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN. SESI PENGAJIAN : 2005/2007 Saya : WONG HUEY LING Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap 12 JALAN RAHMAT 5, PROF.MADYA DR.MOHAMED NAJIB B. TAMAN SRI RAHMAT, ABDUL GHAFAR 83700 YONG PENG, Nama Penyelia JOHOR. Tarikh: 06 NOVEMBER 2007 Tarikh:……………………… CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: yangshah

Post on 13-Jun-2015

5.881 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tesis

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH

DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN.

SESI PENGAJIAN : 2005/2007

Saya : WONG HUEY LING Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap 12 JALAN RAHMAT 5, PROF.MADYA DR.MOHAMED NAJIB B. TAMAN SRI RAHMAT, ABDUL GHAFAR 83700 YONG PENG, Nama Penyelia JOHOR. Tarikh: 06 NOVEMBER 2007 Tarikh:………………………

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: Tesis

Pengesahan Penyelia

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)”.

Tandatangan : …………………………………

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. MOHAMED NAJIB

BIN ABDUL GHAFAR

Tarikh : …………………………………

Page 3: Tesis

ii

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA

DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN

WONG HUEY LING

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 4: Tesis

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penulis : WONG HUEY LING

Tarikh : 06 NOVEMBER 2007

Page 5: Tesis

iv

Untuk semua yang dikasihi:

suami dan anak

yang menjadi sumber utama kegembiraan dan kebahagian

dalam perjalanan hidup

serta

ibu bapa, ibu dan bapa mertua

yang diingati selalu.

Terima kasih yang tiada penghujungnya

di atas sokongan dan pengertian kalian.

Semoga kejayaan sentiasa akan menjadi milik kita bersama.

Page 6: Tesis

v

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas khas kepada Prof.

Madya Dr. Mohamed Najib Abdul Ghafar selaku penyelia kajian di atas bimbingan,

nasihat, tunjuk ajar dan dorongon sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Universiti Teknologi

Malaysia, teristimewa untuk Prof. Dr. Abu Bakar Hj. Hashim, Dr. Hamdan Said,

Prof. Madya Dr. Hussein Mahmood, Prof. Madya Hazil Abd. Hamid, En. Hassan

Hushin, Prof. Madya Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor, Dr. Norhani Bakri, Prof.

Madya Dr. Hj. Abdul Hafidz Hj. Omar, Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Noordin, Dr.

Hj. Mohd. Anuar Abdul Rahman, dan Dr. Yusof Boon yang telah mencurah ilmu

tanpa mengira penat lelah. Saya juga ingin meragkamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Dr. M. Al-Muzammil Mohd. Yassin, selaku penyelaras program

atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang program pengajian

dijalankan.

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pengetua, guru-

guru dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang terlibat atas sokongan dan

kerjasama sehingga kajian ini berjaya disiapkan.

Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sama-sama mengikuti kursus Sarjana Pendidikan (Pengurusan

dan Pentadbiran) Universiti Teknologi Malaysia di atas segala bantuan, dorongan,

humor dan cerita yang telah menjadi rangsangan kepada saya sepanjang tempoh

program pengajian ini.

Page 7: Tesis

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan di enam buah

sekolah menengah daerah Batu Pahat. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti

tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang merangkumi tiga bidang

iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform dengan

pembentukan lima dimensi daya kepimpinan iaitu yakin diri, tanggungjawab

menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan

masalah dan kepuasan menjalankan tugas. Alat kajian yang digunakan ialah satu set

soal selidik berstruktur dan sampel kajian terdiri daripada 300 pelajar tingkatan

empat. Analisis Pekali Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk menguji hipotesis.

Keputusan analisis korelasi menunjukkan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembentukan daya

kepimpinan. Pada bahagian akhir, dicatatkan cadangan-cadangan sebagai bahan

rujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pengurus sekolah, guru

penasihat kokurikulum, dan guru kaunseling bagi meningkatkan kualiti pengurusan

kokurikulum di sekolah. Pengurusan kokurikulum yang efektif akan menarik pelajar

melibatkan diri dengan aktif dan seterusnya membantu kepada pembentukan daya

kepimpinan di kalangan pelajar yang juga merupakan pemimpin akan datang

masyarakat.

Page 8: Tesis

vii

ABSTRACT

The primary intent of this study is to investigate the relationship between the

involvement level of students in co-curricular activities and the formation of

leadership ability in six secondary schools in Batu Pahat district. The study focus on

relationship between student involvement in three formally structured co-curricular

fields, sports and games, society and club, and uniform unit with the formation of

five dimensions of leadership abilities including self-confidence, responsibility of

doing duties, decision making capability, problem solving capability, dan satisfaction

in doing duties. The study used a structured questionnaire as the research instrument

and the population group consisted of 300 form four students. Pearson Correlation

Coefficient ( r ) analysis is used to test the hypotheses. The result of the correlation

analysis revealed that the student involvement level in co-curricular activities and the

formation of leadership abilities had a significant relationship. At the last section,

were recorded the suggestions which would act as references to the Ministry of

Education, school aministrators and advisers of co-curricular management in

secondary schools. The effective co-curricular management will attract students’

interest to participate actively and hence assist to the formation of leadership ability

among the students and future leaders of society.

Page 9: Tesis

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah Kajian 10

1.8.1 Tahap Penglibatan 10

1.8.2 Aktiviti Kokurikulum 11

1.8.3 Daya Kepimimpinan 12

1.9 Kerangka Konsep 17

Page 10: Tesis

ix

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Latar Belakang Pendidikan Kokurikulum 19

2.2.1 Konsep Aktiviti Kokurikulum 20

2.2.2 Matlamat Aktiviti Kokurikulum 21

2.2.3 Objektif Aktiviti Kokurikulum 22

2.2.4 Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 23

2.2.5 Strategi dan Pelaksanaan Aktiviti

Kokurikulum 24

2.3 Kepimpinan 25

2.3.1 Konsep Kepimpinan 25

2.3.2 Kepimpinan Pelajar 28

2.4 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan 30

2.4.1 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Luar

Negara 30

2.4.2 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan

Dalam Negara 33

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 41

3.4 Instrumen Kajian 42

3.5 Kajian Rintis 43

3.6 Analisis Data 44

3.7 Takwim Kajian 46

Page 11: Tesis

x

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Latar Belakang Responden 47

4.3 Analisis Inferensi Kolerasi 49

4.3.1 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Yakin Diri 49

4.3.2 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Tanggungjawab Menjalankan Tugas 50

4.3.3 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Keupayaan Membuat Keputusan 51

4.3.4 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Kebolehan Menyelesaikan Masalah 53

4.3.5 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Kepuasan Menjalankan tugas 54

4.3.6 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan 55

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 57

5.2.1 Ciri Demografi Responden 58

5.2.2 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Yakin Diri 58

5.2.3 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Page 12: Tesis

xi

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Tanggungjawab Menjalankan Tugas 59

5.2.4 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Keupayaan Membuat Keputusan 61

5.2.5 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Kebolehan Menyelesaikan masalah 62

5.2.6 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Kepuasan Menjalankan tugas 63

5.2.7 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan 64

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 66

5.4 Cadangan Tindakan 66

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 68

5.6 Kesimpulan 69

RUJUKAN 71 LAMPIRAN 77

Page 13: Tesis

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Item-Item Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum 43

3.2 Item-Item Daya Kepimpinan 43

3.3 Kaedah Penganalisisan Data 45

3.4 Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara Dua Pembolehubah 45

3.5 Takwim Kajian 46

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 48

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kaum 48

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah 49

4.5 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri 50

4.6 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab

Menjalankan Tugas 51

4.7 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan

Membuat Keputusan 52

4.8 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan

Menyelesaikan Masalah 53

4.9 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan

Menjalankan Tugas 54

4.10 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan 55

Page 14: Tesis

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Hubungan Yang Wujud Antara Pembolehubah

Bebas Dan Pembolehubah Bersandar 17

2.1 Hubungan Di Antara Kurikulum Dan Kokurikulum 21

3.1 Reka Bentuk Kajian 39

Page 15: Tesis

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 77 B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 87 C Senarai Sekolah-Sekolah Terlibat Dalam Kajian 90

Page 16: Tesis

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas

kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli

untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Kepimpinan yang

cekap dan berkesan boleh menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi

(Gribben, 1972).

Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya

tahan dan berkarisma. Proses membentuk dan melahirkan pemimpin yang terbaik

memerlukan masa yang panjang. Pemimpin yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan

sebagai pemimpin secara semulajadi, sebaliknya dibentuk melalui proses

pembentukan daya kepimpinan yang berterusan sejak zaman persekolahan (Azizah,

1991).

Di sekolah pelajar berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum. Di sinilah

daya kepimpinan semakin berkembang dan memerlukan pembinaan yang lebih

teratur. Ketika orang lain baru hendak mengilap daya kepimpinan, bekas pemimpin

pelajar telah memacu jauh ke hadapan dalam langkahnya tersendiri. Mereka dapat

menggunakan pengalaman menjadi pemimpin ketika alam persekolahan untuk terus

berjaya dalam bidang yang diceburi.

Page 17: Tesis

2

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan adalah salah satu daripada sektor yang dipertanggungjawabkan

untuk menyediakan generasi masa depan. Oleh itu kualiti kehidupan rakyat dalam

sesebuah negara dapat diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya. Sistem

persekolahan di Malaysia dipengaruhi oleh Akta Pelajaran 1961. Kegiatan

pendidikan di sekolah terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kurikulum dan

kokurikulum (Laporan Razak, 1956).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah meggalurkan keseimbangan

perkembangan pelajar dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani semasa berada di

peringkat alam persekolahan. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum

sekolah digubal bagi memenuhi keperluan mental, fizikal dan sosial pelajar dengan

penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran formal yang melibatkan

sukatan dan kandungan mata pelajaran, aktiviti kokurikulum sebagai lanjutan dari

yang di atas, seperti penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan kelab mata

pelajaran, sukan dan permainan dan badan-badan beruniform. Segala aktiviti yang

disediakan dalam sistem pendidikan bertujuan menggalakkan perkembangan

jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar selain dari menggalakkan pembentukan

daya kepimpinan dan sahsiah kepimpinan yang boleh membina keperibadian pelajar.

Mohd. Najib (2007) menyatakan pendidikan seimbang seharusnya

menekankan kepada kedua-dua aspek akademik dan aktiviti kokurikulum.

Penekanan yang seimbang ini akan dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang

harmonis dan seimbang. Umum menerima hakikat bahawa generasi hari ini

merupakan pemimpin masa depan. Apa yang menarik untuk kita ketahui daripada

kenyataan ini ialah sejauh manakah generasi muda hari ini sedar akan hakikat

bahawa mereka kelak akan menjadi pemimpin dan perlu meneruskan kesinambungan

tanggungjawab kepimpinan kepada masyarakat?

Ramai pelajar berpendapat aktiviti kokurikulum hanyalah merupakan satu

aktiviti bebas atau aktiviti sampingan tanpa memperlihatkan matlamat dan objektif

yang nyata (Faridah, 1988). Tumpuan serta keutamaan hanya diberikan kepada

Page 18: Tesis

3

pemburuan keputusan akademik cemerlang sahaja. Ada juga pelajar berpendapat

pelajar yang aktif dalam kokurikulum akan menjejaskan kecemerlangan prestasi

akademik. Walau bagaimanapun kenyataan ini telah disangkal oleh Lim (1988)

dalam kajiannya yang menyatakan tidak ada hubungan yang signifikan dalam

pencapaian akademik bagi pelajar yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti

kokurikulum.

Pengkaji berpendapat, walaupun ramai pelajar mengakui akan kepentingan

aktiviti kokurikulum dalam pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran

dan menghayati nilai-nilai murni seterusnya memupuk semangat menguasai

kemahiran dan kompetensi, namun sebenarnya mereka kekurangan penjelasan dan

penegasan yang sewajarnya dalam mengimbangi antara kepentingan akademik

dengan aktiviti kokurikum.

Hasrat untuk mewujudkan satu generasi muda yang mempunyai daya

kepimpinan yang unggul bagi mewarnai kepimpinan bangsa dan negara pada masa

akan datang tidak akan tercapai (Hamzah Rahman, 1996) sekiranya penekanan yang

lebih hanya diberikan kepada bidang akademik. Oleh itu pelajar-pelajar seharusnya

diberikan pendidikan yang mengintegrasikan kecemerlangan kedua-dua aspek

kurikulum dan kokurikulum supaya lebih ramai tenaga profesional dan separuh

profesional dapat dilahirkan bagi memastikan kesinambungan kemajuan dan

kemakmuran negara.

Menurut Azizah (1991), kokurikulum memberi ruang kepada pelajar

untuk mengembangkan minat, bakat dan daya kreativiti, di samping dapat

menyemai, memupuk dan menanam semangat kerjasama, bertolak ansur dan

perasaan kekitaan di kalangan pelajar. Ia juga bertujuan melatih pelajar supaya

bersikap berdisiplin, berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka

ceburi (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,

1979).

Asiah (1985) mendapati ada pihak menyuarakan kebimbangan mereka

tentang keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan berpendapat fenomena

penglibatan yang tidak seimbang dalam aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar

Page 19: Tesis

4

berlaku kerana kegagalan pihak pengurusan sekolah melibatkan pelajar secara

menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum. Ini secara langsung telah menjejaskan

peluang pelajar memupuk sifat kepimpinan dan membentuk daya kepimpinan di

kalangan pelajar.

Menurut Mohd. Nordin (1986), daya kepimpinan yang tumbuh dalam diri

pelajar-pelajar akan mempengaruhi tahap insiatif pembelajaran pelajar. Rasa

tanggungjawab menjalankan tugas, rasa hormat menghormati antara warga sekolah

dipengaruhi oleh kesedaran yang ada pada pelajar sendiri. Dengan melibatkan diri

dalam aktiviti kokurikulum, sikap-sikap ini akan dapat disemai, disubur dan akhirnya

dibentuk.

Berdasarkan kepentingan di atas, ternyata kokurikulum mempunyai

peranan dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung di dalam pembentukan

diri dan personaliti pelajar. Omardin (1996) menyatakan bahawa aktiviti

kokurikulum yang diadakan di sekolah-sekolah bertujuan melahirkan pemimpin di

kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi pengganti kepimpinan pada masa depan.

Kokurikulum juga dilihat sebagai satu konsepsi, orientasi dan bayangan yang hendak

dicapai melalui program pendidikan. Kokurikulum yang dirancang bukan sahaja

dapat melahirkan pelajar yang berilmu malah memiliki sifat-sifat kepimpinan yang

terserlah. Semua ini menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum diharapkan akan

dapat membentuk personaliti pemimpin pada diri pelajar. Ini selaras dengan dasar

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang

mensasarkan beberapa objektif yang boleh dicapai berhubungan dengan

pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum

yang memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dengan aktif, meningkatkan

disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dengan sikap positif dan

memupuk daya kepimpinan di kalangan mereka. Secara umumnya kita menyedari

bahawa daya kepimpinan dalam diri seseorang tidak wujud secara semulajadi.

Menyedari realiti ini pihak berwajib telah berusaha untuk menyemai dan

menyuburkan pembentukan daya tersebut dalam aktiviti kokurikulum.

Page 20: Tesis

5

1.3 Pernyataan Masalah

Usaha membentuk daya kepimpinan pelajar telah dilakukan melalui aktiviti

kokurikulum. Malangnya terdapat pelajar yang terpengaruh dengan pendapat yang

menyatakan bahawa penyertaan dalam aktiviti kokurikulum tidak mendatangkan

faedah yang banyak dan hanya membazirkan masa. Justeru itu, tidak hairanlah

sekiranya hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti

kokurikulum berbanding dengan bilangan sebenar pelajar di sekolah (Mashitah,

1994). Penglibatan yang tidak seimbang di kalangan pelajar telah menghasilkan

kumpulan pelajar yang berkeyakinan tinggi, berani berucap dan berhujah di khalayak

ramai, bertanggungjawab, boleh membuat keputusan, boleh menyelesaikan masalah

dan sebagainya. Sementara itu terdapat sebilangan pelajar yang tidak mempunyai

ciri-ciri kepimpinan tersebut. Pengkaji berkeyakinan bahawa penglibatan dalam

aktiviti kokurikulum berupaya membentuk daya kepimpinan pelajar. Oleh yang

demikian, maka lahirlah gerakan untuk membuktikan terdapat hubungan antara

penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan yang

efektif terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat pembentukan daya kepimpinan

pelajar dan hubungannya dengan tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di

sekolah-sekolah yang menjadi tempat kajian. Pengkaji ingin melihat bagaimana

sumbangan yang dapat dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum,

iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform membantu

pembentukan daya kepimpinan pelajar. Secara terperinci objektif kajian ialah:

i. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

yakin diri.

Page 21: Tesis

6

ii. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

tanggungjawab menjalankan tugas.

iii. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

keupayaan membuat keputusan.

iv. Mengeanlpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

kebolehan menyelesaikan masalah.

v. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

kepuasan menjalankan tugas.

vi. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan.

1.5 Hipotesis Kajian

Kajian ini akan menguji beberapa hipotesis bagi melihat hubungan antara

pembolehubah dengan menggunakan pernyataan hipotesis berikut:

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi yakin diri.

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas.

Page 22: Tesis

7

Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan.

Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

Ho 6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan.

1.6 Kepentingan Kajian

Matlamat pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai jika pengurus-

pengurus sekolah tidak memberi keutamaan yang sewajarnya bagi

mengimbangkan antara kepentingan aktiviti kokurikulum dengan akademik dan

kurang pula menekankan tentang penglibatan menyeluruh pelajar-pelajar dalam

aktiviti kokurikulum. Pelajar-pelajar di sekolah perlu diberi ruang untuk

mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka

menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu

aktiviti kokurikulum juga mempunyai peranan dalam pembentukan personaliti

pemimpin pada diri pelajar. Dapatan ini disokong oleh Omardin (1996) yang

menegaskan aktiviti kokurikulum yang diadakan bertujuan melahirkan pemimpin di

kalangan pelajar. Berdasarkan kepada permasalahan-permasalahan yang dinyatakan

terdahulu dan kepentingan yang dinyatakan di atas maka kajian tentang tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan pembentukan daya kepimpinan

didapati amat penting berdasarkan rasional berikut:

Page 23: Tesis

8

i. Maklumat mengenai pembentukan daya kepimpinan amat penting

untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan

melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan

antara perkembangan mental dengan perkembangan intelek, rohani,

emosi, dan jasmani.

ii. Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak pengurusan sekolah

untuk memberi keutamaan yang sewajarnya dalam aktiviti

kokurikulum.

iii. Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru

penasihat kokurikulum untuk merancang atau melaksanakan aktiviti

kokurikulum berdasarkan kepada objektif dan matlamat yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

iv. Hasil kajian dapat memberi input kepada pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk menetapkan dasar menggalakkan

penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.

v. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada

penyelidikan mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya

kepimpinan. Diharapkan ia akan menjadi salah satu bahan rujukan

untuk penyelidik lain yang berminat untuk membuat kajian lanjutan.

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan. Lima faktor

tahap penglibatan telah dikaji. Faktor-faktor tersebut adalah jumlah masa melibatkan

diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang, kekerapan

menjalankan tugas, dan penilaian aktiviti kokurikulum. Untuk melihat pembentukan

Page 24: Tesis

9

daya kepimpinan di kalangan pelajar, kajian ini memfokus kepada lima dimensi daya

kepimpinan iaitu dimensi yakin diri, dimensi tanggungjawab menjalankan tugas,

dimensi keupayaan membuat keputusan, dimensi kebolehan menyelesaikan masalah,

dan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

Dimensi yakin diri merangkumi aspek berfikiran positif, keseimbangan emosi

dan rohani, iaitu berani memberi ucapan di khalayak ramai, melibatkan diri secara

aktif dalam sesuatu perbincangan. Dimensi tanggungjawab menjalankan tugas

melihat kerelaan pelajar menjalankan tugas dan menjalankan tugas dengan

bertanggungjawab. Bagi dimensi keupayaan membuat keputusan, aspek berani,

bersedia untuk membuat keputusan, memberi nasihat dan peringatan dan

bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat dinilai. Dalam dimensi

kebolehan menyelesaikan masalah, pelajar dinilai dari segi berfikir secara kritikal,

logik, kreatif iaitu boleh mengambil tindakan yang wajar mengikut situasi.

Sementara bagi dimensi kepuasan menjalankan tugasan, aspek-aspek yang dinilai

termasuklah gembira dengan kejayaan yang cemerlang, merasa amat beruntung

dengan pelbagai kebaikan yang diperolehi, dan berpuas hati dengan sumbangan yang

telah diberikan dalam aktiviti kokurikulum.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen yang diubahsuai

daripada instrumen yang telah digunakan oleh Mashitah (1994) untuk

memperjelaskan hasil kajian.

Populasi kajian hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah

menengah di daerah Batu Pahat. Kajian ini juga terbatas kepada 300 orang responden

sahaja. Tiga buah sekolah luar bandar dan tiga buah sekolah bandar di daerah Batu

Pahat, Johor dipilih untuk kajian dianggap mempunyai sistem dan struktur yang

sama.

Kesemua 300 orang responden dipilih secara rawak tidak kira jantina,

agama, latar belakang atau kaum. Responden-responden ini juga berbeza dari segi

pencapaian akademik dan mereka dianggap terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

Oleh itu hasil kajian tidak dapat menggambarkan secara menyeluruh tahap

Page 25: Tesis

10

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

pembentukan daya kepimpinan di sekolah-sekolah lain di daerah ini.

1.8 Definisi Istilah Kajian

1.8.1 Tahap Penglibatan

Astin (1984) mengukur tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

ialah sejauh mana interaksi fizikal dan psikologi dalam mendapatkan pengalaman

kokurikulum. Dia mengakui terdapat empat unsur penting iaitu:

i. Penglibatan dirujuk kepada penglibatan tenaga fizikal dan psikologi

dalam pelbagai aktiviti yang benar-benar boleh dirumuskan.

ii. Tanpa mengira objeknya, penglibatan berlaku berterusan. Tahap

penglibatan pelajar adalah berbeza untuk setiap individu walaupun

dalam aktiviti yang sama.

iii. Tahap penglibatan mempunyai ciri kuantitatif dan kualitatif. Sejauh

mana penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh diukur

secara kuantitatif dan kualitatif.

iv. Banyaknya pembelajaran pelajar dan perkembangan kendiri berkaitan

dengan mana-mana program kokurikulum sama ada ia sesuai dengan

kuantiti dan kualiti penglibatan pelajar.

Dalam kajian ini, tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dilihat dengan menilai jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai,

jumlah jawatan yang dipegang , kekerapan menjalankan tugas dan penilaian aktiviti

kokurikulum. Mashitah (1994) dalam kajiannya telah menetapkan kriteria pelajar

aktif sebagai pelajar yang menjadi ahli biasa atau memegang tidak lebih daripada

dua jawatan sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum dari tingkatan

Page 26: Tesis

11

dua hingga kini sama ada dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab,

dan badan beruniform. Kriteria yang ditetapkan sebagai pelajar sangat aktif pula

ialah pelajar yang memegang jawatan penting seperti pengerusi, ketua pasukan,

setiausaha, bendahari atau ahli jawatankuasa dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar-

pelajar ini mungkin memegang lebih daripada empat jawatan penting tidak kira sama

ada jawatan dalam mana-mana bidang aktiviti kokurikulum.

1.8.2 Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum ertinya apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan

daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan

murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia dianggap sebagai sebahagian

daripada kursus pendidikan murid di sekolah (Warta Kerajaan, 1998). Kokurikulum

adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai

pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan

dan pembangunan insan yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri,

kepimpinan, kreativiti dan inovasi, kesetiaan kepada bangsa dan negara, dan

sebagainya akan membantu murid menentukan hala tuju kehidupan masa depannya

(Ramlan, 2002).

Collins (1973 dalalm Abdullah, 2004) merumuskan bahawa apa jua aktiviti

selain kurikulum di sekolah-sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap

sebagai kokurikulum, sama ada ianya bersifat intra-mural atau ekstra-mural dan

sama ada ianya di dalam pembelajaran formal atau tidak formal.

Menurut Mohd. Najib (2007), aktiviti kokurikulum dapat membekalkan

pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani pelajar.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah penting berdasarkan

tanggapan bahawa semua pelajar harus mempunyai keseimbangan mental, bakat,

sosial, jasmani, dan rohani.

Page 27: Tesis

12

Aktiviti kurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan

mengandungi yang berikut:

i. penyertaan dalam sukan dan permainan;

ii. penyertaan dalam persatuan dan kelab;

iii. penyertaan dalam badan beruniform; dan

iv. penyertaan dalam aktiviti-aktiviti lain sebagaimana ditentukan oleh

Menteri (Peraturan-Peraturan Pendidikan, Kurikulum Kebangsaan,

1997).

Secara amnya aktiviti kokurikulum adalah merujuk kepada aktiviti yang

dilakukan di luar waktu pembelajaran formal walaupun hakikatnya guru boleh

menjalankan aktiviti ini dalam waktu formal.

1.8.3 Daya Kepimpinan

Daya kepimpinan bermakna kebolehan, keupayaan, kemahiran seseorang

yang menjadi penggerak dan tenaga kepadanya untuk meneruskan sesuatu tugas.

O’Dannel dan Wairich (1992) menyatakan daya kepimpinan adalah satu keupayaan

dan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi tingkahlaku individu lain sama ada

melalui pemikiran, pelaksanaan atau tindakan. Ia adalah keupayaan sesuatu

pengaruh, kaedah atau tanggapan proses dalam mempengaruhi orang ramai supaya

mereka boleh berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat.

Daya kepimpinan merupakan aspek penting dalam diri seseorang. Setiap

insan adalah pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Daya-

daya kepimpinan boleh dibentuk oleh individu sama ada melalui pengalaman atau

dipelajari. Daya kepimpinan seseorang individu boleh dijangka dan boleh dianalisis

melalui ukuran tertentu. Analisis ini boleh menjadi kayu ukur kepada daya

Page 28: Tesis

13

kepimpinan dan memudahkan seseorang individu membina diri dan memantapkan

gaya kepimpinan individu.

Aspek kepimpinan perlu ditekankan dalam bentuk yang khusus agar

pembentukan daya kepimpinan pelajar dapat diselenggarakan dengan terancang dan

bermatlamat. Sifat-sifat pemimpin yang positif perlu diberikan penjelasan dan perlu

dipupuk agar sebati dengan kehendak pelajar itu sendiri. Daya kepimpinan yang

merangkumi aspek seperti yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan

membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan

tugas perlu diberikan kepada pelajar-pelajar melalui aktiviti kokurikulum demi

membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh.

Daya kepimpinan dalam kajian ini dilihat daripada lima aspek iaitu:

i. Yakin diri

Menurut Kamus Dewan (2005), yakin diri ialah betul-betul

percaya tentang kemampuan sendiri. Konsep kendiri merujuk kepada

tanggapan seseorang terhadap dirinya sebagai individu asing yang

memiliki satu set ciri-ciri yang unik ataupun istimewa. Ia membawa

maksud bagaimana seseorang individu itu berpendapat dan

menganggap dirinya. Pembinaan konsep kendiri yang positif akan

mengarahkan seseorang ke arah yang lebih cerah dan bersikap

berkeyainan diri (Azizi et al, 2005).

Keyakinan diri adalah unsur penting bagi kejayaan dalam

kepimpinan (Ainon, 2005). Keyakinan diri datang daripada

kejayaan. Dengan cara mencari lebih banyak kejayaan , seseorang

pemimpin akan berasa tambah yakin dari waktu ke waktu. Kejayaan

penting kerana ia menyebabkan bermulanya lingkaran kejayaan yang

seterusnya akan meningkatkan lagi keyakinan diri. Seorang

pemimpin yang mempunyai sifat yakin diri tidak akan merasa takut

apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan.

Page 29: Tesis

14

Yakin diri dalam kajian ini merujuk kepada berfikiran positif,

keseimbangan emosi dan rohani, dan berani dalam sesuatu

perbincangan.

ii. Tanggungjawab menjalankan tugas

Menurut Kamus Dewan (2005), tanggungjawab ialah

kewajipan yang dipikul oleh seseorang; segala yang wajib

ditanggung. Kewajipan biasanya dihasilkan melalui tindakan

individu atau kumpulan bersama-sama dengan organisasi dan amalan-

amalan masyarakat yang menjelaskan tindakan-tindakan tersebut

sebagai kewajipan. Kewajipan merupakan tindakan semulajadi hanya

bila seseorang mempunyai perasaan tanggungjawab. Seseorang

pemimpin bertanggungjawab menjalankan tugasnya untuk mencapai

matlamat organisasinya.

Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorong seseorang

pemimpin mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

Seseorang pemimpin yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha

menjalankan tugasnya dengan sempurna walaupun terpaksa

mengorbankan kepentingan sendiri.

Tanggungjawab menjalankan tugas dalam kajian ini merujuk

kepada menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan rela tanpa

mementingkan diri sendiri.

iii. Keupayaan membuat keputusan

Keputusan didefinisikan sebagai tindakan arah tertentu,

terpilih dari pelbagai alternatif yang terdapat dan ia menyediakan

jalan untuk membentuk tindakan bagi menyelesaikan masalah.

Menurut Luthans (1977), membuat keputusan boleh dianggap sebagai

satu proses membuat pilihan antara beberapa alternatif. Campbell et

al (1983) pula mengatakan membuat keputusan ialah memilih antara

Page 30: Tesis

15

cara-cara bergerak ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Sebarang

keputusan yang dibuat oleh seseorang pemimpin mempunyai kesan-

kesan yang sangat luas dan mendalam ke atas mereka yang berada di

bawah kepimpinannya.

Membuat keputusan merupakan segala pemikiran dan

tindakan yang membawa kepada satu pemilihan termasuk pemilihan

itu sendiri atau pembuatan keputusan dapat ditinjau sebagai satu

aktiviti. Membuat keputusan merupakan pendekatan yang sistematik

terhadap sesuatu masalah yang dihadapi. Untuk membuat keputusan

yang tepat seseorang pemimpin memerlukan banyak maklumat yang

relevan dan tepat (Fauzan, 1997).

Abdullah et al (2005) menyatakan salah satu tugas pemimpin

yang paling penting ialah membuat keputusan. Pemimpin yang

berkebolehan membuat keputusan-keputusan yang baik adalah juga

pemimpin yang berkesan.

Keupayaan membuat keputusan dalam kajian ini merujuk

kepada berani, bersedia untuk membuat keputusan, memberi nasihat

dan peringatan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah

dibuat.

iv. Kebolehan menyelesaikan masalah

Ab. Aziz (2003) berpendapat masalah adalah cabaran dan

peluang bagi mempertingkatkan diri seorang pemimpin.

Menyelesaikan masalah melibatkan usaha-usaha yang diambil oleh

pemimpin untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat sama

ada antara ahli, kumpulan atau organisasi dan juga masalah yang

timbul semasa berhubungan dengan organisasi lain.

Page 31: Tesis

16

Kebolehan menyelesaikan masalah adalah daya kepimpinan

yang penting dalam menentukan pencapaian matlamat aktiviti atau

organisasi. Apabila ditimpa masalah dan kesukaran, seseorang

pemimpin akan mengenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah

secara logik dan kritis. Setiap kali seseorang pemimpin berjaya

menyelesaikan masalah, potensi pemimpin akan meningkat. Dalam

masa yang sama, pengalaman akan bertambah dan keyakinan diri juga

akan meningkat.

Kebolehan menyelesaikan masalah dalam kajian ini merujuk

kepada kebolehan berfikir secara kritikal, logik dan kreatif, iaitu boleh

mengambil tindakan yang wajar mengikut situasi.

v. Kepuasan menjalankan tugas

Mengikut Schultz & Schultz (1994), kepuasan menjalankan

tugas merujuk kepada perasaan dan sikap seseorang sama ada positif

atau negatif terhadap kerjayanya. Perasaan dan sikap ini berkait

dengan faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman

termasuklah umur, kesihatan, pengalaman bekerja, kestabilan emosi,

dan status sosial. Sementara faktor luaran termasuklah persekitaran

kerja, beban tugas, hubungan dan kerjasama rakan sekerja.

Kepuasan menjalankan tugas akan memberi kesan terhadap

prestasi kerja pemimpin yang sudah tentu akan mempengaruhi tahap

pencapaian prestasi organisasi secara keseluruhannya. Pemimpin

yang mempunyai kepuasan menjalankan tugas akan lebih produktif

dan sebaliknya.

Kepuasan menjalankan tugas dalam kajian ini merujuk kepada

suatu keselesaan dan kegembiraan dalam menjalankan tugas yang

diamanahkan. Keselesaan dan kegembiraan ini lahir seiring dengan

kejayaan dan pencapaian matlamat yang positif dan memuaskan, dan

sekaligus melahirkan pemimpin yang tekun dan produktif.

Page 32: Tesis

17

1.9 Kerangka Konsep

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penglibatan pelajar sekolah

menengah dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya

kepimpinan. Pengkaji ingin memperjelaskan bagaimana sumbangan yang dapat

dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, iaitu sukan dan

permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform membantu pembentukan

lima dimensi daya kepimpinan di kalangan pelajar sekolah menengah.

Kerangka konsep ini diubahsuaikan berasaskan kepada kajian yang telah

dijalankan oleh Mashitah (1994) dan diperjelaskan seperti dalam Rajah 1.1 di bawah:

Rajah 1.1: Hubungan Yang Wujud Antara Pembolehubah Bebas Dan Pembolehubah Bersandar

Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar

Tahap Penglibatan

Dalam Aktiviti Kokurikulum

• Jumlah masa

melibatkan diri • Jumlah aktiviti yang

disertai

• Jumlah jawatan yang dipegang

• Kekerapan

menjalankan tugas

• Penilaian aktiviti kokurikulum

Pembentukan Daya

Kepimpinan

• Yakin diri • Tanggungjawab

menjalankan tugas

• Keupayaan membuat keputusan

• Kebolehan

menyelesaikan masalah

• Kepuasan

menjalankan tugas

Page 33: Tesis

18

Pembolehubah bebas iaitu tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum merangkumi aspek dengan menilai jumlah masa melibatkan diri,

jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang, kekerapan

menjalankan tugas dan penilaian aktiviti kokurikulum.

Pembolehubah bersandar merupakan lima dimensi daya kepimpinan iaitu

yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan,

kebolehan menyelesaikan masalah dan kepuasan menjalankan tugas.

Page 34: Tesis

19

BAB II

SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan Bab ini mengandungi tiga bahagian iaitu huraian latar belakang pendidikan

kokurikulum yang merangkumi konsep, matlamat, objektif, kepentingan serta

strategi dan pelaksannan. Selain itu termasuklah huraian mengenai kepimpinan yang

merangkumi konsep kepimpinan dan kepimpinan pelajar serta sorotan penulisan lalu

yang berkaitan dengan kajian ini.

2.2 Latar Belakang Pendidikan Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum merupakan satu landasan yang diharap dapat

menyeimbangkan di antara pencapaian akademik dan pembangunan kemahiran

generik dalam diri pelajar di sekolah. Aktiviti kokurikulum adalah jelmaan dari ciri-

ciri ilmu dan nilai yang terdapat dalam kurikulum. Apa yang dipupuk bukan sahaja

menekankan keseimbangan ciri-ciri ilmu dengan nilai rohani dan kemanusiaan,

tetapi juga keseimbangan antara ciri-ciri formal akademik dalam kurikulum dengan

ciri-ciri tidak formal menerusi aktiviti kokurikulum. Aktiviti dan isi kandungan

kokurikulum, pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan sama ada

melalui sukan dan permainan, persatuan dan kelab, badan beruniform, dan

penyertaan dalam aktiviti-aktiviti lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri

Page 35: Tesis

20

(Peraturan-Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan, 1997). Sebagai sebahagian

daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah

wajib (Akta Pendidikan 1996).

2.2.1 Konsep Aktiviti Kokurikulum

Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap

murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik

darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid

tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat

menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,

minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang

positif. Ramlan (2002) pula berpendapat, kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran

tidak formal yang berteraskan keperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti

kependidikan dalam keadaan sebenar.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota

masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:

i. Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan

mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu

(sosial, jasmani dan rohani).

ii. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan.

iii. Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan

rakan sebaya.

iv. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan

masyarakat dan negara.

Page 36: Tesis

21

v. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik

murid-murid.

Alim Abu (1997) berpendapat, kini aktiviti kokurikulum telah diterima

sebagai sebahagian kurikulum sekolah kerana kokurikulum adalah saling cakup-

mencakupi, kait mengait, kukuh-mengukuh dan lengkap-melengkapi dalam sistem

pendidikan. Konsep ini diperjelaskan seperti dalam Rajah 2.1 di bawah:

Rajah 2.1: Hubungan Di Antara Kurikulum Dan Kokurikulum

Sumber: Alim Abu (1997)

2.2.2 Matlamat Aktiviti Kokurikulum

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan akhirnya akan dapat membantu kejayaan

Wawasan 2020 (Wan Mohd. Zahid, 1994). Matlamat aktiviti kokurikulum yang

dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan

atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-

kurangnya dalam salah satu aktiviti sukan atau permainan, satu aktiviti persatuan

atau kelab, dan satu aktiviti pasukan badan beruniform. Sementara itu Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 telah memberi penekanan kepada peningkatan

penyertaan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum hendaklah diusahakan untuk

Kokurikulum

Kurikulum

Sekolah (Akademik)

Kurikulum Akademik

Kokurikulum

Page 37: Tesis

22

memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan jasmani, ketenangan dan

kematangan emosi, keluhuran rohani, dan kecemerlangan dan ketrampilan intelek.

2.2.3 Objektif Aktiviti Kokurikulum

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (2002) telah menggariskan sepuluh

objektif yang hendak dicapai dalam aktiviti kokurikulum di sekolah seperti berikut:

i. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan

kepada Tuhan.

ii. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan

perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.

iii. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam

sekolah dan di antara sekolah.

iv. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam

aktiviti yang diceburi.

v. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua

hala antara sekolah dan masyarakat.

vi. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

vii. Mewujudkan sekolah berwatak.

viii. Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara.

ix. Mengukuhkan integrasi nasional.

Page 38: Tesis

23

Merujuk kepada objektif aktiviti kokurikulum di atas, dapat disimpulkan

bahawa aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar

memperkembangkan tahap kognitif, afektif dan psikomotor pelajar dan aktiviti ini

adalah saling lengkap-melengkapi antara kurikulum dan kokurikulum untuk

mencapai matlamat pendidikan yang terancang dan sempurna.

2.2.4 Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum adalah penting untuk menyemai, memupuk dan

menanamkan perasaan kekitaan atau pun esprit de corps di antara pelajar-pelajar

pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia

juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawap. Aktiviti

ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu

lapangan yang mereka sertai (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 pula menggariskan peranan dan

tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata menyampaikan ilmu

pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar,

bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah

hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi, berdisiplin, dan mempunyai sahsiah

yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan

prinsip-prinsip Rukunegara.

Ketua Pengarah Pendidikan Dato Dr. Abdul Shukor (1999) pula menyatakan

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan dan menetapkan syarat

pemilihan pelajar ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh bermula

kemasukan tahun 2000, memberi penekanan utama kepada penglibatan dan

pencapaian pelajar dalam aspek kepimpinan, sukan dan kokurikulum di samping

mengekalkan syarat kecemerlangan akademik.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa sesuai dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin

Page 39: Tesis

24

menegaskan bahawa pelajar-pelajar di sekolah perlu diberi ruang untuk

mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka

menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui

aktiviti kokurikulum, maka potensi individu termasuk daya kepimpinan dapat

dibentuk.

2.2.5 Strategi Dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum

Untuk mencapai objektif pendidikan kokurikulum , berikut adalah strategi dan

pelaksanaannya:

i. Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya

kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses

pendidikan di sekolah.

ii. Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan dan

kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti

tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid

melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.

iii. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti

kokurikulum yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan.

iv. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat

masyarakat.

v. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah (JBMS),

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-

murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

vi. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

Page 40: Tesis

25

vii. Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua

murid.

viii. Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.

ix. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari

semasa ke semasa.

x. Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai

murni dalam aktiviti kokurikulum.

xi. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif

yang dikehendaki.

Dalam usaha ke arah kecemerlangan pelaksanaan kokurikulum, pihak pengurus

sekolah iaitu pengetua, guru penolong kanan kokurikulum, guru penolong kanan hal

ehwal murid, dan guru penasihat aktiviti kokurikulum seharusnya memainkan

peranan yang lebih positif supaya penglibatan pelajar dalam kokurikulum adalah

secara menyeluruh, dengan itu prestasi pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan

meningkat dan seterusnya menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan

seimbang dalam perkembangan sahsiah.

2.3 Kepimpinan

2.3.1 Konsep Kepimpinan

Pada asasnya, kepimpinan adalah satu fenomena proses manusia

menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya. Ia melibatkan keupayaan,

kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong atau

mempengaruhi.

Page 41: Tesis

26

Razali (1996) menyatakan kepimpinan mempunyai pokok pengertian sebagai

sifat, kemampuan, proses atau konsep yang dimiliki oleh seseorang sedemikian rupa

sehingga diikuti, dipatuhi, dihormati dan disayangi oleh orang lain dan orang lain itu

bersedia dengan penuh keikhlasan melakukan perbuatan atau kegiatan yang

dikehendaki oleh seseorang tersebut. Menurut Gordon (1955), kepimpinan dapat

dilihat sebagai proses interaksi di antara individu dengan kumpulan, atau secara

khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai

kumpulan. Setiap orang yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap

memegang watak-watak tertentu yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Asas

yang membezakan tadi ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut

mematuhi atau akur.

Hollander (1978) menegaskan kepimpinan adalah satu proses pengaruh

mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin

mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih penting. Jadi kepimpinan bukan

setakat tanggungjawab pemimpin tetapi memerlukan usaha sama daripada pengikut-

pengikutnya. Dalam mempengaruhi pengikut ini, seseorang pemimpin pelajar itu

mesti mempunyai kebolehan, tarikan atau keupayaan yang menyebabkan orang lain

boleh patuh dan mengikut apa juga tutur kata, perlakuan dan tindak tanduknya.

Menurut Fulmer (1983), kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau

kekuatan menyakinkan orang lain bagi bekerja keras ke arah sesuatu matlamat,

kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya. Kedua-dua ciri

kepimpinan ini boleh diperolehi dengan adanya penglibatan pelajar dalam aktiviti

yang boleh menjurus mereka kepada kemahiran khususnya di sekolah melalui

aktiviti kokurikulum.

Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan di atas, Razali

(1996) telah merumuskan konsep kepimpinan seperti yang berikut:

i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi

dan sistematik. Ia juga berkait secara langsung dan tidak langsung

dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.

ii. Kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa.

Page 42: Tesis

27

iii. Fungsi kepimpinan mengandungi tugas-tugas menetapkan matlamat

dan menyusun, mengarah serta menyelaras usaha-usaha untuk

mencapai matlamat yang ditetapkan.

iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi kerana tanpa

pengaruh, maka tidak wujud konsep kepimpinan. Ia adalah satu

proses berterusan, bukan hanya dilaksanakan atau diamalkan apabila

keadaan terdesak, atau apabila krisis timbul.

v. Setiap keadaan memerlukan corak atau kepimpinan yang tertentu

kerana gelagat yang bersesuaian untuk sesuatu keadaan, mungkin

tidak sesuai untuk keadaan yang lain. Jadi kepimpinan adalah fungsi

terkhusus, bukan bersifat umum.

vi. Sesiapa pun tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu yang

mereka tidak berminat terhadapnya. Kepimpinan berkait rapat

dengan pengaruh yang bergantung kuat kepada keupayaan memujuk.

Oleh itu mendorong pengikut untuk berusaha ke arah pencapaian

matlamat organisasi adalah ciri utama dalam proses kepimpinan.

vii. Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan

ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Aziz et al (1995) menyatakan untuk melahirkan kepimpinan ada lima

adunan utama iaitu :

i. Boleh dipercayai.

ii. Mempunyai wawasan yang merangsang pengikut.

iii. Penghubung yang bijaksana dan berkarisma.

iv. Penyebar kesungguhan yang tinggi.

Page 43: Tesis

28

v. Pembina budaya.

Daripada perbincangan di atas, jelaslah menunjukkan pemimpin seharusnya

menjalankan fungsi-fungsi berikut:

i. Sentiasa memperkuatkan diri (pemerwajaan), iaitu ia akan

menggabungkan ciri-ciri individu yang baik (kekuatan-kekuatan yang

baik).

ii. Memberikan fokus perincian pelaksanaan bagi mencapai visi.

iii. Cuba melihat atau mengenalpasti punca sesuatu masalah dan

mengakui tentang tanggungjawab ahli-ahli di bawahnya.

iv. Menggerakkan ahli-ahli untuk penambahbaikan yang berterusan.

Sentiasa berusaha menghidupkan matlamatnya.

v. Membina pembangunan interpersonal yang kuat antara ahli-ahli.

vi. Sentiasa membuka peluang untuk mendengar kritik dan pandangan

yang membina.

vii. Membina dan mengekalkan sikap yang progresif di kalangan ahli-

ahlinya.

viii. Melatih ahli-ahlinya dan mengambil tanggungjawab atas apa yang

berlaku.

2.3.2 Kepimpinan Pelajar

Di sekolah, ada pelajar yang berlagak sebagai pemimpin dengan

Page 44: Tesis

29

menunjukkan kemampuan merancang, melaksanakan dan mengambil keputusan

berkaitan aktiviti yang dilakukan bersama-sama rakan sebaya. Itulah tanda pelajar itu

ada daya terpendam yang perlu dicungkil dan disuburkan. Daya itu perlu

dikembangkan lagi kepada aktiviti mendatangkan kebaikan. Selain membentuk daya

kepimpinan, aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan kemampuan berkomunikasi,

kerjasama dan membina ketahanan minda dan fizikal yang dapat membantu pelajar

menjadi lebih cergas dan bijak.

Jaafar (1997) mengatakan kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu

supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan atau sesuatu

tujuan tertentu yang ingin dicapai atau diselesaikan melibatkan pertalian antara

beberapa orang dan melibatkan penggunaan pengaruh oleh pemimpin kepada orang

yang dipimpin. Kepimpinan yang berkesan bukan sahaja akan memberikan

kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian kepada semua ahli atau pengikut, malah

menentukan kestabilan organisasi dan kejayaan pencapaian matlamatnya.

Ibrahim (1997) menyatakan kepimpinan bertujuan mengekalkan kebahagiaan

dan kestabilan masyarakat keseluruhannya kerana remaja yang terpimpin akan

berupaya menentukan survivalnya. Remaja sekolah perlu dipimpin atas banyak

sebab terutamanya dilihat dari segi perkembangan intelek , rohani, emosi , dan

jasmani seperti berikut:

i. Seorang remaja sekolah belum mempunyai ilmu yang cukup untuk

menjamin kehidupan masa depannya. Oleh itu, pelajar mesti

dipimpin untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dalam pelbagai

aspek asas membina kehidupannya.

ii. Seseorang remaja sekolah itu belum boleh dikatakan mempunyai

kemantangan sepenuhnya sama ada dari aspek rohani atau

jasmaninya. Ini kerana pengalaman hidup mereka belum cukup luas

bagi membolehkan mereka berdepan dengan dunia yang penuh

dengan cabaran seperti alam pekerjaan, alam rumah tangga dan alam

kemasyarakatan. Justeru itu pelajar perlu diberi bimbingan dan

panduan sewajarnya bagi memperlengkapkan diri bagi menempuh

Page 45: Tesis

30

cabaran dan halangan yang mendatang dalam kehidupan mereka

kelak.

iii. Pelajar sekolah juga belum mampu berdikari sepenuhnya dan masih

bergantung kepada orang lain untuk memenuhi keperluan asas, kasih

sayang dan nasihat. Bimbingan dan tunjuk ajar dari segi rohani dan

jasmani membantu pelajar untuk berdikari.

Dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar, para pelajar sudah

sewajarnya didedahkan dengan seberapa banyak ilmu berguna supaya mereka bijak

menggunakan ilmu yang dipelajari untuk berdepan dengan situasi semasa.

Kebolehan pelajar menguasai ilmu sebanyak mungkin, proses mematangkan diri dari

aspek rohani dan jasmani serta keupayaan berdikari hanya boleh diperolehi melalui

pendidikan yang diberi melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Melalui aktiviti

dan penglibatan aktiviti ini, maka pelajar berpeluang mendisiplinkan diri semasa

proses mengaplikasikan kemahiran dan memperkembangkan bakat dijalankan,

seterusnya membantu membentuk daya kepimpinan diri mereka (Abu Bakar, 1991).

2.4 Kajian-Kajian Bahan Berkatian

Pengkaji mengambil kira kajian lalu sama ada pernah dijalankan di dalam

atau di luar negara dengan melihat secara langsung hubungan antara tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan. Hubungan dibentuk dengan mengambil kira tahap penglibatan sebagai

satu komponen penting dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya memberi kesan

kepada pembentukan daya kepimpinan pelajar.

2.4.1 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Luar Negara

Smith (1993) telah membuat penyelidikan mengenai hubungan antara

Page 46: Tesis

31

penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan pembangunan pelajar. Hasil

penyelidikan telah menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap

penglibatan dengan kematangan kemahiran interpersonal dan pencapaian akademik.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Matros (1981 dalam Ishak 1998)

mengenai sikap pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mendapati pelajar kolej yang

dipilih memberikan respon dari segi sikap mereka terhadap pembiayaan

perkhidmatan kokurikulum. Mereka berpendapat perkhidmatan kokurikulum juga

mempunyai kepentingan yang sama dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang

diberikan di kolej dan juga ada kaitan dengan keupayaan membayar yuran kolej.

Kedua-dua kajian berusaha untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan pelajar

tidak menyertai aktiviti kokurikulum secara aktif. Pelajar yang dikaji telah

memberikan beberapa pembolehubah penyebab seperti kurang berminat, aktiviti

tidak dapat memberikan keseronokan dan ketidakmampuan penjaga membiayai

perbelanjaan aktiviti sebagai sebab penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikilum

adalah tidak memuaskan.

Burton (1981) pula menjalankan satu penyelidikan tentang kriteria mengapa

seseorang itu memilih untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti kokurikulum.

Beliau menggunakan nilai personaliti dan penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum di samping pembolehubah data demografi terpilih untuk mengenal pasti

sebab-sebab mereka ingin turut serta atau tidak mahu turut serta dalam aktiviti

kokurikulum. Keputusan kajian mendapati bahawa terdapat perubahan dari segi

tahap atau kadar turut serta pelajar dalam kokurikulum semasa mereka berada di

peringkat sekolah menengah, peringkat kolej atau universiti. Kajian yang dijalankan

juga mendapati pelajar tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

setelah mereka meninggalkan alam persekolahan. Sesetengah pelajar yang

mengambil bahagian di sekolah menengah adalah semata-mata untuk mendapatkan

sijil sahaja.

Bucher (1983) telah membuat satu kajian terhadap 200 pelajar perempuan

mengenai pandangan mereka terhadap aktiviti kokurikulum dan mendapati pelajar

tersebut bersetuju tentang manfaat yang diperolehi daripada aktiviti kokurikulum

terutamanya dari segi perkembangan jasmani dan juga menyumbang kepada

Page 47: Tesis

32

perkembangan sahsiah yang positif. Apa yang jelas ialah penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum sama ada secara aktif atau pasif membolehkan pelajar

mempelajari sesuatu perkara dengan penemuan dan memperolehi pengalaman

sendiri serta bebas menentukan cara bagaimana mencapai matlamat pembelajaran.

Pelajar yang ingin menjadi pemimpin juga boleh mengambil bahagian dengan

menjalankan tugas-tugas tertentu dalam aktiviti yang disertainya. Dengan

penglibatan ini, secara tidak langsung pelajar akan memperolehi kemahiran tentang

sikap, tindak tanduk, pengetahuan dan sebagainya dalam bidang kepimpinan dan

bukan sekadar tahu tentang teori-teori kepimpinan ( Shahril et al, 1992).

Kajian yang dilakukan di atas jelas menunjukkan bahawa keupayaan pelajar

untuk memimpin boleh dilatih. Salah satu caranya ialah melalui kebiasaan dalam

menjalankan tugas sebagai anggota pemimpin dalam aktiviti kokurikulum yang

dianggotainya. Sperling (1942 dalam Mashitah 1994), telah membandingkan ciri-

ciri personaliti penuntut-penuntut kolej dari aspek tahap perwakilan mereka dalam

bidang sukan. Dapatan kajiannya memperlihatkan adanya perbezaan yang ketara

antara ciri-ciri personaliti yang dimiliki di kalangan atlet dan bukan atlet. Kajian

mendapati atlet yang telah bergiat selama lima musim menunjukkan penyesuaian

yang lebih baik berbanding dengan atlet yang terlibat dalam jangkamasa yang lebih

singkat. Mereka yang menjadi ahli atlet juga menunjukkan penyesuaian yang lebih

baik daripada mereka yang bukan atlet dalam hal-hal yang melibatkan kesihatan,

perkembangan fizikal, aktiviti sosial dan permainan, perhubungan sosial, psikologi,

perhubungan peribadi psikologi, pekerjaan atau jawatan yang disandang dan hal-hal

pendidikan pada masa yang akan datang. Jelas di sini, kebiasaan-kebiasaan dan

latihan dalam bidang sukan yang dialami dalam tempoh yang agak panjang serta

berulang kali membantu memupuk disiplin yang kuat pada diri mereka. Disiplin

yang kuat ini merupakan asas yang utama ke arah pembentukan daya kepimpinan di

kalangan pelajar.

Muller dan Reznik (1965) dalam kajiannya telah menggariskan kebaikan

yang diperolehi oleh seseorang pelajar yang bergiat dalam aktiviti kokurikulum

sukan dan permainan. Kajiannya menunjukkan bahawa sukan mampu mematangkan

fikiran dan mental serta emosi pelajar. Hendal (1993) menjelaskan penglibatan

pelajar dalam bidang sukan ( bola keranjang ) berjaya memberi sumbangan kepada

Page 48: Tesis

33

pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin. Ini kerana pelajar-pelajar yang terlibat

dalam bidang sukan secara tidak langsung dapat mempelajari karektor jurulatih dari

segi bagaimana mereka mengendalikan pemain-pemain supaya mereka patuh kepada

disiplin yang ketat, peraturan dan latihan untuk mencapai kejayaan. Pengetahuan

dan pengalaman yang diperolehi pelajar membantu membentuk daya kepimpinan di

kalangan pelajar. Jelasnya, pelajar yang aktif dalam sukan akan menjadi seorang

yang lebih mengerti akan konsep kejayaan dan kegagalan (Quinn, 1992). Bagi

mereka yang aktif dalam aktiviti sukan dapat menerima hakikat sesuatu kejayaan itu

sebagai satu kepuasan setelah mereka melakukan sesuatu aktiviti dalam bentuk yang

dirancang dengan baik dan sistematik. Sesuatu kegagalan daripada usaha yang

dilakukan tidak akan memberikan kesan emosi yang mendalam sebaliknya akan

dianggap sebagai satu simbol untuknya terus berusaha memperbaiki kelemahan diri

dan mencapai kejayaan. Semangat berjuang dan tidak mudah berputus asa ini

tentunya amat penting kepada pembentukan daya kepimpinan pada diri pelajar untuk

menjadi seorang pemimpin.

2.4.2 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Dalam Negara

Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Nor (1982) terhadap pelajar sekolah

menengah dan kolej dengan menggunakan ujian personaliti mendapati aktiviti

kokurikulum berupaya membantu pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar

seperti membentuk pelajar yang berkeyakinan dalam pergaulan sosial, agresif,

dominan dan bersifat pemimpin, mempunyai status sosial yang tinggi, merupakan

pesaing yang lebih kuat dan tahan lasak, kurang bersikap memaksa, dan berdaya

tahan tinggi terhadap aktiviti yang melibatkan kekuatan fizikal. Seseorang pemimpin

itu perlu mempunyai daya tahan, daya saing yang kuat serta tahan lasak kepada

setiap cabaran dan halangan yang mendatang kerana dengan adanya sifat-sifat ini,

maka seseorang pemimpin itu tidak mudah berputus asa atau lemah semangat apabila

mengalami kegagalan. Semuanya ini tidak boleh dibentuk dengan sendirinya tanpa

latihan yang berterusan pada diri pelajar. Justeru itu penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum difikirkan turut menyumbang ke arah pembentukan daya

kepimpinan pelajar.

Page 49: Tesis

34

Dalam melihat sejauh mana keberkesanan rancangan kokurikulum

mempengaruhi kualiti kepimpinan, Salmah (1993) telah membuat kajian di

Universiti Sains Malaysia dan mendapati rancangan kokurikulum di institusi

pengajian tinggi banyak memberi manfaat kepada pelajar. Penglibatan dalam

aktiviti kokurikulum boleh melatih pelajar-pelajar menjadi seorang pemimpin yang

berkaliber, boleh mengawal diri dalam keadaan tertekan, berupaya membentuk

warganegara yang sejahtera, rasa berjaya dan rasa termilik. Beliau juga mendapati

melalui aktiviti kokurikulum berjaya melahirkan pemimpin yang lebih

mengutamakan pandangan dan perasaan ahli-ahli sebelum melaksanakan sesuatu

rancangan yang melibatkan rakan sebaya atau masyarakat luar. Jelasnya penglibatan

dalam kokurikulum akan memupuk sifat-sifat kepimpinan di kalangan pelajar

dengan sifat tidak mementingkan diri sendiri tetapi sebaliknya lebih mengambil kira

pandangan orang lain dalam membuat keputusan atau tindakan supaya matlamt yang

ingin dicapai menjadi lebih berkesan.

Adnan (1988) mendapati ada perbezaan dalam pembentukan personaliti

remaja antara yang aktif dan tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum ( persatuan dan

kelab). Pelajar yang aktif menunjukkan hubungan yang positif dengan personaliti.

Perbezaan yang wujud itu tidak menghairankan kerana aktiviti yang dilaksanakan

dalam persatuan mempunyai hubungan dengan daya kepimpinan seseorang dalam

sesebuah organisasi. Aktiviti yang dirancang dengan sistematik dengan bimbingan

guru penasihat dapat memberikan keyakinan kepada pelajar dalam interaksi sesama

rakan sebaya, kepatuhan kepada disiplin persatuan, mengendalikan mesyuarat,

mengarah dan memberikan keyakinan kepada pelajar dalam interaksi sesama rakan

sebaya, kepatuhan kepada disiplin persatuan, mengendalikan mesyuarat, mengarah

dan membimbing rakan dan sebagainya. Penglibatan yang aktif dalam persatuan

akan dapat melahirkan individu yang tinggi perasaan harga diri, kepercayaan pada

diri dan pergaulan yang luas. Ini semua akan dapat mengubah diri pelajar daripada

pemalu kepada ada keyakinan diri, berani bercakap, berbincang dan perkara-perkara

positif yang lain. Pui (1996) turut menyokong kenyataan ini dengan menyatakan

penglibatan pelajar dalam pertandingan pidato atau perbahasan dapat mencungkil

dan mengembangkan bakat berpidato di kalangan pelajar. Kebolehan pelajar dalam

Page 50: Tesis

35

berpidato dan berbahas dalam memperkatakan sesuatu isu tentunya menjadi aset

penting dalam membentuk diri mereka sebagai pemimpin pada suatu masa kelak.

Kajian yang telah dijalankan oleh Adnan (1988) tentang penglibatan pelajar

dalam sukan walaupun mendapati tidak ada perbezaan pembentukan personaliti yang

ketara antara pelajar yang aktif dalam sukan dengan yang tidak, namun beliau tetap

berpendapat aktiviti sukan memberikan sumbangan yang besar dalam pembentukan

personaliti pelajar terutamanya dari segi pembentukan daya cergas, sihat, kuat dan

lebih menarik. Semuanya tidak akan dapat dicapai sekiranya pelajar tidak

mempunyai disiplin diri yang kuat semasa menjalani latihan. Kesempurnaan fizikal

dan disiplin yang teguh berupaya meningkatkan paras keyakinan harga diri, sikap

bertanggungjawab, mampu berinteraksi sosial secara lebih baik dengan rakan sebaya

dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan daya kepimpinan pelajar. Salmah

(1993) juga menyatakan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

khususnya aktiviti kepimpinan masyarakat mempunyai aspirasi yang tinggi untuk

melanjutkan pelajaran dengan persepsi yang cemerlang. Kenyataan ini telah di

disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Kuek (1990) yang merumuskan

wujudnya perkaitan yang positif di antara penglibatan pelajar dalam kokurikulum

dengan pembentukan aspirasi dan daya kepimpinan pelajar.

Kajian oleh Lim (1982) yang menggunakan ujian The California

Psychological Inventory untuk mengkaji tret-tret psikologi pelajar di sebuah sekolah

menengah telah memperjelaskan kebaikan penglibatan pelajar dalam aktivti

kokurikulum. Hasil kajian tersebut menunjukkan aktiviti kokurikulum membantu

seseorang pelajar memiliki kualiti kepimpinan, harga diri, kurang keraguan, kurang

membangkang, kematangan bersosialisasi dan keupayaan kecerdasan yang tinggi.

Kajian Atan (1992) turut menyokong kepentingan penglibatan pelajar dalam

sukan. Menurut beliau, dengan mengamalkan kegiatan sukan seseorang pelajar

dapat mendidik dan menghayati nilai-nilai mulia di samping dapat memupuk nilai

kepimpinan dalam diri mereka. Melalui aktiviti sukan pelajar menjadi lebih

bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat, lebih mudah bertoleransi, bersikap

positif dan mengamalkan sikap setia kawan, berdaya tahan bagi menghadapi cabaran

hidup pada masa kini dan akan datang. Dengan bersukan juga, pelajar lebih peka

Page 51: Tesis

36

terhadap kepentingan bersosial serta berkemampuan untuk menyingkirkan rasa

rendah diri. Interaksi yang luas juga akan dapat membawa pelajar kepada

perkongsian pengalaman dan membendung diri dari sebarang gejala yang kurang

sihat demi kepentingan masyarakat dan negara.

Ngajikin et al (2006) dalam satu kajian yang dijalankan ke atas pelajar

Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan kebanyakan pelajar Melayu dan pelajar

bukan Melayu yang terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum memberi nilai tambah

ijazah dan alam pekerjaan turut mempunyai pencapaian CPA tinggi. Rata-rata pelajar

sedar akan faedah yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat

membantu mereka membina kendiri bagi menghadapi alam pekerjaan.

Kajian-kajian yang dikemukakan oleh pengkaji di atas sebenarnya bukanlah

merupakan satu kesimpulan yang menyeluruh tentang pengaruh penglibatan

seseorang pelajar. Oleh itu pengkaji memikirkan mampu membantu melahirkan

golongan pelajar yang berupaya menjadi pemimpin berkualiti selaras dengan aspirasi

negara yang ingin menghasilkan seberapa ramai pemimpin yang boleh . Pemimpin-

pemimpin yang diharapkan adalah matang pemikiran, sihat fizikal, dan merupakan

warganegara bersahsiah mulia. Hasrat dan aspirasi negara akan tercapai kerana

aktiviti kokurikulum mampu menghasilkan pelajar yang sihat dan positif dalam

suasana yang lebih teratur, terkawal, bermakna, riang dan menyeronokkan (Abu

Bakar, 1991). Abu Bakar (1991) juga menyatakan bahawa penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum akan membolehkan mereka memahami, merasai dan

mempersiapkan diri mereka dengan alam dewasa. Ini kerana aktiviti kokurikulum

dilihat sebagai aktiviti pelajar boleh menimba pengalaman dari segi nilai dan norma

kehidupan bermasyarakat di sekolah sebelum mereka berdepan dengan masyarakat

sebenar yang penuh dengan cabaran dan pancaroba kehidupan.

Aktiviti kokurikulum juga dapat membantu membentuk persekitaran sekolah

yang kondusif, menyeronokkan dan mampu menarik minat pelajar untuk datang ke

sekolah. Ia juga berupaya memupuk rasa cinta dan taat pelajar kepada aktiviti

kokurikulum yang dirancang dengan jayanya dan seterusnya akan memberi kesan

positif ke arah pembentukan personaliti seseorang pelajar dengan kualiti daya

kepimpinan yang tinggi. Ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Lim (1982)

Page 52: Tesis

37

yang menyatakan bahawa personaliti pelajar yang baik merupakan personaliti yang

diperlukan dalam diri setiap pemimpin yang cuba dilahirkan di sekolah. Pengkaji

berpendapat, untuk menjadi seorang pemimpin yang berpersonaliti, berjaya atau

berkualiti, seseorang pelajar itu mesti melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

yang juga berkualiti.

Menyedari hakikat inilah, maka pengkaji meneruskan kajian-kajian oleh

pengkaji terdahulu untuk memperlihatkan bagaimana pentingnya aktiviti

kokurikulum dalam melahirkan pelajar sebagai pemimpin melalui penglibatan

mereka sama ada dalam bidang sukan dan permainan, bidang persatauan dan kelab

dan bidang badan beruniform. Aktiviti dalam ketiga-ketiga bidang kokurikulum ini

dapat melatih pelajar patuh kepada disiplin, bekerjasama, kebolehan mengarahkan

orang lain, boleh mengendalikan mesyuarat, menguruskan kewangan, membina

semangat gigih, dan daya saing serta bijak mengatur strategi bagi mencapai

kemenangan dalam sesuatu pertandingan. Ketua pasukan dalam sukan dan

permainan, pengerusi dalam persatuan dan kelab, dan ketua komander dalam

pasukan badan beruniform secara tersendiri dilatih untuk membimbing anggota di

bawahnya ke arah pencapaian matlamat tertentu. Oleh yang demikian, penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada

pembinaan pelajar dengan unsur-unsur pembentukan kepimpinan yang akan

memberikan nafas baru dan kekuatan dalaman.

Page 53: Tesis

38

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, pembolehubah

kajian, responden yang dipilih sebagai sampel, instrumen yang digunakan dan

kaedah pengumpulan dan penganalisisan data. Perkara-perkara tersebut akan

dijadikan asas dan panduan dalam menjalankan kajian agar ia tidak menyimpang dari

tujuan kajian serta dapat mencari penyelesaian bagi permasalahan kajian

sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Bab I.

3.2 Rekabentuk Kajian Kajian yang dijalankan ini merupakan satu penyelidikan yang berbentuk

deskriptif menggunakan soal selidik. Menurut Mohd. Najib (2003), penyelidikan

jenis ini bermatlamat untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku.

Semasa menjalankan kajian, pengkaji menggunakan borang soal selidik

dengan harapan dapat mengumpulkan maklumat dengan cepat dan mendapat

gambaran yang mendalam tentang permasalah kajian. Responden hanya perlu

menyatakan keadaan sebenar berpandukan soalan yang disediakan. Dengan

menggunakan statistk lanjutan korelasi, pengkaji boleh melihat hubungan dan kaitan

yang mungkin wujud di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti.

Page 54: Tesis

39

Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan Model

Rekabentuk Kajian Mohd. Najib (2003) seperti Rajah 3.1 di bawah:

Rajah 3.1: Reka Bentuk Kajian

Sumber: Mohd. Najib (2003)

Page 55: Tesis

40

Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan baik dan lancar, pengkaji telah

terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak yang berwajib

sebelum mengedarkan soal selidik kepada pelajar-pelajar yang terbabit.

i. Peringkat Memohon Kebenaran

Sebelum kajian dijalankan pengkaji telah mendapatkan

kebenaran daripada pihak-pihak berikut :

(a) Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(b) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

(c) Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat.

ii. Peringkat Menjalankan Kajian Dan Pengumpulan Data

Sebelum mengedarkan soal selidik kepada responden,

pengkaji terlebih dahulu memohon keizinan daripada Pengetua

sekolah. Pada masa yang sama pengkaji telah menerangkan tujuan

kajian kepada pengetua, guru penolong kanan 1, penolong kanan hal

ehwal murid, dan guru kaunseling sekolah berkenaan secara

berasingan. Penerangan tentang objektif kajian ini dijalankan dan

cara-cara menjawab soal selidik telah diberikan kepada guru

kaunseling dan pengkaji telah memberikan jaminan bahawa semua

maklumat yang diberikan akan dirahsiakan serta hanya digunakan

untuk tujuan akademik sahaja.

Seterusnya soal selidik telah diedarkan kepada responden

melalui guru kaunseling. Guru kaunseling telah masuk ke kelas-

kelas tertentu mengikut kelapangan masanya dan meminta para

responden mengisi borang soal selidik dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan. Sebelum responden menjawab soal selidik, Guru-guru

Page 56: Tesis

41

kaunseling telah menerangkan tujuan menjawab soal selidik ini,

mengingatkan responden kepentingan menjawab soal selidik dengan

lengkap dan tepat, serta memberitahu responden bahawa segala

maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan.

Pengkaji memberi tempoh seminggu kepada guru kaunseling

agar segala maklumat yang diperlukan dapat dipenuhi oleh pelajar.

Semua borang soal selidik yang telah dilengkapkan kemudiannya

dimasukkan ke dalam sampul surat yang disediakan. Borang-borang

itu seterusnya dikumpulkan lalu dilabelkan satu kod bernombor dan

dianalisis bagi mendapatkan data mentah sebelum diuji secara

statistik untuk menguji hipotesis dan menjawab soalan-soalan kajian.

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah

menengah. Walau bagaimanapun persampelan hanya melibatkan seramai 50 orang

pelajar setiap sekolah dan jumlah keseluruhan seramai 300 orang pelajar. Kesemua

yang menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara rawak. Di dalam penetapan

sampel kajian, penyelidik memilih tiga buah sekolah menengah luar bandar dan tiga

buah sekolah menengah bandar di daerah Batu Pahat, Johor.

Faktor-faktor yang diambil kira di dalam pemilihan pelajar sebagai sampel

kajian adalah seperti berikut:

i. Pelajar-pelajar ini lebih memahami kerana mereka telah lama

melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sejak tingkatan satu atau

tingkatan peralihan.

ii. Aktiviti kokurikulum yang terlibat dianggap menyeluruh bagi pelajar-

pelajar ini.

Page 57: Tesis

42

iii. Pelajar-pelajar ini boleh memahami soal selidik kajian dengan baik.

3.4 Instrumen Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penglibatan pelajar dan

hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar tingkatan

empat di daerah Batu Pahat. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk tujuan

mengumpulkan data kuantitatif responden. Menurut Mohd. Najib (2003) instrumen

berbentuk soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang

diproses untuk dianalisis. Mengikut Mohd. Majid (1998) pula, soal selidik

merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan untuk mendapatkan

maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.

Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

Bahagian A mengandungi 4 item tentang maklumat responden. Bahagian B

mengandungi 15 item yang mengukur tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum. Bahagian C pula terdiri daripada 20 item yang menilai daya

kepimpinan responden di tempat kajian.

Bahagian A dalam soal selidik merupakan soalan-soalan berkaitan dengan

demografi responden iaitu sekolah, jantina, umur, dan kaum. Bahagian B

merupakan soalan-soalan berkaitan dengan tahap penglibatan dalam bidang sukan

dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform merangkumi jumlah

masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang,

kekerapan menjalankan tugas, dan penilaian dalam ketiga-tiga bidang aktiviti

kokurikulum tersebut. Bahagian C pula merupakan soalan-soalan berkaitan dengan

daya kepimpinan pelajar mencakupi daya kepimpinan dimensi yakin diri,

tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan

menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan tugas.

Bahagian B dan C terdiri daripada 35 item berskala lima mata yang

bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penglibatan pelajar dalam

Page 58: Tesis

43

kokurikulum dan dimensi-dimensi daya kepimpinan. Setiap item yang dijawab

dalam bahagian B diberikan skor mengikut kadar A (5), B (4), C (3), D (2), dan E

(1). Jadual 3.1 menunjukkan taburan item-item Bahagian B mengikut dimensi kajian.

Jadual 3.1 : Item-Item Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum

Tahap Penglibatan Pelajar Nombor item Jumlah Item

Jumlah masa melibatkan diri 1,2,3 3 Jumlah aktiviti yang disertai 4,5,6 3 Jumlah jawatan yang dipegang 7,8,9 3 Kekerapan menjalankan tugas 10,11,12 3 Penilaian aktiviti kokurikulum 13,14,15 3

Bahagian C terdiri daripada 20 item yang bertujuan untuk mendapatkan

maklumat tentang daya kepimpinan pelajar. Item-item dalam bahagian ini dirujuk

daripada kajian Mashitah (1994) tentang daya kepimpinan. Setiap item yang dijawab

diberikan skor mengikut kadar A (5), B (4), C (3), D (2), dan E (1).

Jadual 3.2 menunjukkan taburan item-item Bahagian C mengikut dimensi kajian.

Jadual 3.2: Item-Item Daya Kepimpinan

Daya Kepimpinan No. Item Jumlah Item Yakin diri 16,17,18,35 4 Tanggungjawab menjalankan tugas 19,20,27,29 4 Keupayaan membuat keputusan 31,32,33,34 4 Kebolehan menyelesaikan masalah 23,24,25,30 4 Kepuasan menjalankan tugas 21,22,26,28 4

3.5 Kajian Rintis Menurut Polit et al (2001) kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau

percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau

utama. Tujuan utama kajian rintis adalah untuk menentukan kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen (Mohd. Najib, 2003). Kajian rintis juga merupakan pra-

ujian untuk mencuba instrumen kajian khusus. Kelebihan kajian rintis adalah dapat

membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang item-item yang mungkin

tidak tepat atau gagal (Baker,1994).

Page 59: Tesis

44

Pengkaji telah melakukan kajian rintis pada 28 Ogos 2007 untuk menguji

kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik tersebut. Seramai 15 orang pelajar

tingkatan empat di sebuah sekolah yang lain yang tidak terlibat dalam kajian

dijadikan responden kajian rintis ini.

Dalam kajian ini, objektif kajian rintis adalah untuk memastikan kesahan dan

kebolehpercayaan item-item dari segi ketepatan, kesesuaian istilah dan struktur ayat

supaya tidak timbul kekeliruan dan salah tafsir. Selain itu, pengkaji ingin menguji

sama ada item-item yang dikemukakan itu adalah berkaitan dengan pengetahuan dan

pengalaman pelajar. Pengkaji juga ingin mengetahui jangka masa yang digunakan

oleh responden untuk menjawab semua item dalam soal selidik. Responden diminta

menjawab semua item dan seterusnya memberi ulasan dan pandangan mereka

terhadap soal selidik tersebut. Pandangan dan ulasan mereka dijadikan panduan

dalam memperbaiki soal selidik kajian ini.

Borang soal selidik yang telah diisi lengkap oleh responden telah dianalisis

dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences Version 11.5.

Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha untuk semua item dalam

soal selidik ialah 0.9679. Menurut Mohd. Majid (1998), nilai kebolehpercayaan yang

sesuai digunakan dalam penyelidikan bagi sesuatu alat ukur ialah yang mempunyai

nilai yang lebih daripada 0.60. Oleh kerana nilai alpha yang diperolehi adalah

melebihi 0.60 maka ia sesuai digunakan bagi tujuan kajian ini.

3.6 Analisis Data Pemprosesan data melibatkan beberapa langkah iaitu menyimpan data,

memberi kod, mengasingkan data, membuat pengiraan dan menganalisis data (Cates,

1983). Semua borang soal selidik yang mengandungi jawapan telah dikumpulkan

dan dikodkan. Penyemakan ke atas soal selidik telah dilakukan bagi memastikan

setiap jawapan adalah lengkap dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Struktur

data dalam kajian ini adalah berbentuk senarai dan datanya adalah berbentuk

kuantitatif yang melibatkan latar belakang responden, tahap penglibatan responden

Page 60: Tesis

45

dan daya kepimpinan responden. Data-data telah diukur dalam bentuk nombor sahih

mengikut ukuran skala lima mata ke atas setiap pemboleubah.

Penganalisisan data untuk kajian ini dilakukan dengan menggunakan

Statistical Package For The Social Sciences Version 11.5. Untuk menentukan

hubungan antara pembolehubah-pembolehubah, ujian korelasi telah dijalankan.

Pekali korelasi digunakan bagi menunjukkan hubungan antara pembolehubah bebas

dengan pembolehubah bersandar. Pekali ini dilihat dari segi hubungan positif atau

negatif antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Kaedah penganalisisan data

yang digunakan seperti Jadual 3.3 di bawah.

Jadual 3.3 : Kaedah Penganalisisan Data Bahagian Jenis Analisis Alat Pengukuran A Latar belakang responden Frekuensi, peratusan B & C Tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan daya kepemimpinan Korelasi Pearson

Bagi melihat hubungan antara dua pembolehubah iaitu tahap penglibatan

pelajar dalam kokurikulum dan daya kepimpinan, ujian Korelasi Pearson digunakan

untuk menentukan kesignifikanannya pada aras 0.01 dan melihat kekuatan antara dua

pembolehubah. Tahap hubungan kekuatan kolerasi dibuat berdasarkan skala Alias

(1977) seperti Jadual 3.4 di bawah. Skala ini pernah juga digunakan oleh pengkaji-

pengkaji lain seperti Lau (2000) dan Mohd. Rosli (2000).

Jadual 3.4 : Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara Dua Pembolehubah

Pekali Korelasi Kekuatan 0.00-0.20 Sangat rendah dan boleh diabaikan 0.21-0.40 Rendah 0.41-0.60 Sederhana 0.61-0.80 Tinggi 0.81-1.00 Sangat tinggi

Sumber : Alias (1997)

Page 61: Tesis

46

3.7 Takwim Kajian

Pengkaji ingin memastikan prosedur kajian dijalankan dengan betul, baik

dan lancar, oleh itu takwim kajian seperti Jadual 3.5 berikut telah digunakan.

Jadual 3.5 : Takwim Kajian

Tarikh Tindakan

Jun Membina cadangan dan sorotan penulisan

Julai Memohon kebenaran daripada pihak-pihak tertentu

Julai - Ogos Mengubahsuai soal selidik dan melaksanakan kajian

rintis

Ogos Menganalisis data dan ubahsuai soal selidik

September Melaksanakan kajian sebenar

September-Oktober Menganalisis dan mentafsirkan data

Jun - Oktober Menulis laporan kajian

November Menghantar laporan kajian

Pada peringkat permulaan kajian, pengkaji membina cadangan kajian,

membuat sorotan penulisan serta memohon kebenaran daripada pihak-pihak tertentu.

Selepas itu pengkaji mengubahsuai soal selidik dan melaksanakan kajian rintis.

Langkah seterusnya ialah menganalisis data kajian rintis dan ubahsuai soal selidik.

Pada pertengahan September, pengkaji melaksanakan kajian sebenar di enam buah

sekolah menengah di daerah Batu Pahat dengan bantuan guru-guru kaunseling

sekolah. Selepas soal selidik dikumpul data dianalisis dan ditafsirkan. Pada

peringkat akhir kajian, pengkaji menulis laporan kajian sepanjang Oktober dan

akhirnya laporan kajian telah disiapkan dan boleh dihantar pada November 2007.

Page 62: Tesis

47

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian yang

telah dijalankan. Hasil dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian

mengikut aspek-aspek yang telah dipilih iaitu latar belakang responden dan analisis

inferensi korelasi yang merangkumi hubungan di antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan kelima-lima dimensi daya kepimpinan.

4.2 Latar Belakang Responden

Responden kajian adalah terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan

empat. Latar belakang responden termasuklah aspek-aspek jantina, umur, kaum, dan

sama ada dari sekolah bandar atau luar bandar.

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut jantina. Daripada 300 orang responden kajian ini, bilangan pelajar

perempuan adalah lebih ramai iaitu 157 orang (52.3 %) berbanding dengan bilangan

pelajar lelaki yang seramai 143 orang (47.7 %).

Page 63: Tesis

48

Jadual 4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 143 47.7

Perempuan 157 52.3

Jumlah 300 100

Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

umur. Sebilangan besar responden iaitu seramai 209 orang adalah berumur 16 tahun

(69.7 %) dan responden yang berumur 17 hanyalah 91 orang (30.3 %). Pelajar-

pelajar yang berumur 17 ini merupakan mereka yang pernah belajar di tingkatan

peralihan.

Jadual 4.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Umur

Umur Bilangan Peratus

16 tahun 209 69.7

17 tahun 91 30.3

Jumlah 300 100

Jadual 4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

kaum. Jumlah pelajar Melayu ialah 130 orang ( 43.3 %) manakala pelajar Cina

seramai 142 orang (47.4 %) dan pelajar India hanya seramai 28 orang (9.3 % ).

Jadual 4.3: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Kaum

Kaum Bilangan Peratus

Melayu 130 43.3

Cina 142 47.4

India 28 9.3

Jumlah 300 100

Page 64: Tesis

49

Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

sekolah. Bilangan responden dari sekolah luar bandar dan bandar adalah sama

banyak iaitu 150 orang masing-masing telah dipilih untuk kajian ini.

Jadual 4.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Sekolah

Sekolah Bilangan Peratus

Luar Bandar 150 50.0

Bandar 150 50.0

Jumlah 300 100

4.3 Analisis Inferensi Korelasi

Analisis inferensi korelasi dijalankan untuk mengenal pasti hubungan di

antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan

daya kepimpinan. Kaedah statistik yang digunakan ialah Korelasi Pearson,

keputusan kajian dilaporkan berdasarkan hipotesis-hipotesis nol.

4.3.1 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin

Diri

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini

dapat menjawab hipotesis nol yang pertama iaitu:

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi yakin diri.

Page 65: Tesis

50

Jadual 4.5 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin

diri.

Jadual 4.5: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri

Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum ( pekali korelasi)

Daya Kepimpinan Dimensi

Yakin Diri

Korelasi Pearson

Signifikan (2 hujung)

0.59**

0.00 ** signifikan pada aras 0.01 N= 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara

tahap penglibatan dengan dimensi yakin diri adalah positif dan sederhana dengan

pekali korelasinya 0.59. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah

daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang menyatakan

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri

adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara

tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi yakin diri.

4.3.2 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Tanggungjawab Menjalankan Tugas

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini

dapat menjawab hipotesis nol yang kedua iaitu:

Page 66: Tesis

51

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas.

Jadual 4.6 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

tanggungjawab menjalankan tugas.

Jadual 4.6: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab

Menjalankan Tugas

Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum ( pekali korelasi)

Daya Kepimpinan Dimensi

Tanggungjawab

Menjalankan Tugas

Korelasi Pearson

Signifikan ( 2 hujung)

0.48**

0.00

** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara

tahap penglibatan dengan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas adalah positif

dan sederhana dengan pekali korelasinya 0.48. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00

adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis

nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas adalah ditolak. Ini

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab

menjalankan tugas.

4.3.3 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Keupayaan Membuat Keputusan

Page 67: Tesis

52

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian

ini dapat menjawab hipotesis nol yang ketiga iaitu:

Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan.

Jadual 4.7 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

keupayaan membuat keputusan.

Jadual 4.7: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan

Membuat Keputusan

Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum ( pekali korelasi)

Daya Kepimpinan Dimensi

Keupayaan Membuat

Keputusan

Korelasi Pearson

Signifikan ( 2 hujung)

0.50**

0.00

** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara

tahap penglibatan dengan dimensi keupayaan membuat keputusan adalah positif dan

sederhana dengan pekali korelasinya 0.50. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah

lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang

menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

keupayaan membuat keputusan adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat

keputusan.

Page 68: Tesis

53

4.3.4 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Kebolehan Menyelesaikan Masalah

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini

dapat menjawab hipotesis nol yang keempat iaitu:

Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

Jadual 4.8 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

kebolehan menyelesaikan masalah.

Jadual 4.8: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan

Menyelesaikan Masalah

Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum (pekali korelasi)

Daya Kepimpinan Dimensi

Kebolehan Menyelesaikan

Masalah

Korelasi Pearson

Signifikan ( 2 hujung)

0.60**

0.00

** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara

tahap penglibatan dengan dimensi kebolehan menyelesaikan adalah positif dan

sederhana dengan pekali korelasinya 0.60. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah

lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang

menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

kebolehan menyelesaikan masalah adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

Page 69: Tesis

54

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan

menyelesaikan masalah.

4.3.5 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Kepuasan Menjalankan Tugas

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini

dapat menjawab hipotesis nol yang kelima iaitu:

Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

Jadual 4.9 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

kepuasan menjalankan tugas.

Jadual 4.9: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan

Menjalankan Tugas

Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum ( pekali korelasi)

Daya Kepimpinan Dimensi

Kepuasan Menjalankan

Tugas

Korelasi Pearson

Signifikan (2 hujung)

0.59**

0.00

** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara

tahap penglibatan dengan dimensi kepuasan menjalankan tugas adalah positif dan

sederhana dengan pekali korelasinya 0.59. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah

lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang

Page 70: Tesis

55

menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

kepuasan menjalankan tugas adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan

tugas.

4.3.6 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini

dapat menjawab hipotesis nol yang keenam iaitu:

Ho 6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan.

Jadual 4.10 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.

Jadual 4.10: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan

Pembentukan Daya Kepimpinan

Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum ( pekali korelasi)

Daya Kepimpinan Korelasi Pearson

Signifikan (2 hujung)

0.70**

0.00

** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara

tahap penglibatan dengan daya kepimpinan adalah positif dan tinggi dengan pekali

Page 71: Tesis

56

korelasinya 0.70. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah daripada

aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang menyatakan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan adalah ditolak. Ini

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.

Page 72: Tesis

57

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan statistik inferensi untuk

menghuraikan perhubungan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Bab ini merupakan rumusan

daripada dapatan yang secara langsung akan menghuraikan tentang dapatan kajian,

cadangan tindakan dan kajian lanjutan yang sesuai untuk penyelidikan masa

hadapan.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Setiap dapatan kajian yang diperolehi akan diperbincangkan melalui Bab V.

Dalam bab ini, perbincangkan berdasarkan kepada enam hipotesis nol yang

dinyatakan pengkaji berkaitan hubungan di antara tahap penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.

Page 73: Tesis

58

5.2.1 Ciri Demografi Responden

Seramai 300 orang pelajar tingkatan empat yang menjadi responden kajian

ini terdiri daripada pelbagai latar belakang jantina, umur dan kaum. Dari segi jantina

responden lelaki adalah 47.7% dan perempuan 52.3%. Nisbah responden dari segi

umur sangat besar, iaitu 69.7% adalah pelajar berumur 16 berbanding dengan pelajar

berumur 17 iaitu 30.3%. Nisbah responden dari segi kaum, 43.3% adalah pelajar

Melayu, pelajar Cina 47.4% dan pelajar India 9.3%. Nisabah responden bagi

sekolah luar bandar dan bandar adalah sama iaitu 50% setiap satu.

5.2.2 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin

Diri

Dapatan kajian daripada Jadual 4.5 menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri.Dapatan

ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan

pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri ditolak.

Adnan (1988) menyatakan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

mempunyai kesan yang besar kepada pembentukan daya kepimpinan yakin diri.

Heim et al (1993) pula menyatakan penglibatan pelajar dalam persatuan dan kelab

seperti ucapan umum, syarahan, dan bahas boleh mendorong pelajar menjadi

pemimpin kerana satu ciri yang ada pada pemimpin ialah berkeyakinan untuk

bercakap. Kebolehan memberi ucapan umum, berpidato atau berbahas dengan

lancar merupakan ciri penting untuk menjadi seorang pemimpin (Hamzah, 1996).

Page 74: Tesis

59

Kapp (1979) dalam kajian yang berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam

kokurikulum dengan faedahnya telah membuat kenyataan seperti berikut:

I found that these involved students tended to have more confidence in their

leadership ability, their thinking ability, and their ability to get along with

people.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan

dimensi yakin diri. Pengkaji berpendapat, seseorang pemimpin hendaklah yakin

kepada diri sendiri. Yakin kepada diri sendiri ialah yakin kepada kebolehan yang

ada, yakin kepada segala keputusan dan tindakan yang telah dibuat untuk kumpulan

dan apa yang lebih penting ialah yakin kepada kepimpinan sendiri. Dengan demikian

seseorang ketua dapat menjalankan tugasnya tanpa keraguan. Ketua yang tiada

keyakinan terhadap diri sendiri tidak akan mempunyai kekuatan dalaman untuk

memimpin orang lain.

5.2.3 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Tanggungjawab Menjalankan Tugas

Kuputusan kajian daripada Jadual 4.6 menunjukkan terdapat hubungan

yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab

menjalankan tugas. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab

menjalankan tugas ditolak.

Kamaruddin (1989) berpendapat pendidikan kokurikulum yang diterapkan

dalam sistem pendidikan di negara ini mempunyai matlamat utama iaitu memupuk

perkembangan personaliti pelajar secara menyeluruh dan seimbang, khasnya

Page 75: Tesis

60

daripada aspek mental, fizikal, sosial, moral, kerohaniannya, dengan harapan pelajar

menjadi warganegara yang bertanggunjawab, berdisiplin, berdikari dan

berkemahiran. Di samping itu, ia juga dapat memupuk dan melatih kualiti-kualiti

kepimpinan dalam diri pelajar.

Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu

pengetahuan. Selain daripada itu, pelajar juga dididik untuk mencapai kejayaan

dalam bidang kokurikulum. Sebagai contoh, aktiviti badan beruniform seperti

Pasukan Kadet Polis, Pasukan Pengakap, Pasukan Pancaragam, Pergerakan Pandu

Puteri, dan Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya menyediakan ruang untuk

pelajar mencapai keseimbangan kejayaan dalam kurikulum. Melaui aktiviti

kokurikulum, pelajar dididik dan diberi kesedaran pentingnya cemerlang untuk

menunaikan tanggungjawab menjalankan tugas (Padilah, 2000). Selain daripada

pemupukan sikap bertanggungjawab menjalankan tugas, pelajar juga digarap dengan

banyak aktiviti dalam kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek.

Seseorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang nyata. Pertama ialah

bagi menentukan tercapainya matlamat aktiviti kokurikulum dan keduanya bagi

menentukan keselamatan kumpulan ketika aktiviti kokurikulum sedang dijalankan.

Jika suatu projek kumpulan, ekspedesi misalnya, gagal mencapai matlamat atau

objektif yang digariskan, maka ini adalah disebabkan oleh kelemahan pemimpin itu.

Begitu jugalah halnya sesuatu aktiviti itu selalu sahaja ditimpa keadaan yang tidak

diingini.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan

dimensi tanggungjawab menjalankan tugas. Pengkaji berpendapat, bagi

menguruskan aktiviti kokurikulum ketua hendaklah melakukan banyak tugas, atau

fungsi tertentu. Bagi menghasilkan pengurusan yang berkesan, maka tugas-tugas

tersebut hendaklah dijalankan dengan bersungguh-sungguh oleh ketua yang

bertanggungjawab.

Page 76: Tesis

61

5.2.4 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Keupayaan Membuat Keputusan

Hasil kajian seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.7 menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

keupayaan membuat keputusan. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang

menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi

keupayaan membuat keputusan ditolak.

Dapatan kajian ini seiring dengan kajian oleh Salmah (1993) yang

menyatakan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum membolehkan pelajar berjaya

dilatih menjadi pemimpin yang berupaya mengawal diri dalam keadaan yang

tertekan dan berkeupayaan membuat keputusan. Sebarang keputusan yang dibuat

oleh seseorang pemimpin mempunyai kesan-kesan yang sangat luas dan mendalam

ke atas mereka yang berada di bawah kepimpinannya.

Heim et al (1993) menyatakan pelajar mula belajar membuat keputusan pada

peringkat sekolah dan apabila mereka menjadi lebih dewasa, ia akan muncul sebagai

seorang pemimpin yang berkeupayaan membuat keputusan ssecara tekal. Aspek

ketekalan dalam membuat keputusan amat penting supaya pengikut akan dapat

mengekalkan motivasi yang lebih tinggi dan memberikan ketaatan kepada

pemimpin.

Kamaruddin (1989) pula menyatakan hikmat yang diperolehi oleh pelajar

daripada penglibatan aktiviti kokurikulum termasuklah dapat memupuk kualiti

kepimpinan yang bersifat intelektual, kreatif, memupuk kemahiran membuat

keputusan, memupuk semangat berjiwa besar dan berproduktif. Kajian oleh Lim

(1982) untuk mengkaji tret-tret psikologi pelajar di sebuah sekolah menengah juga

memperjelaskan kebaikan penglibatan pelajar dalam aktivti kokurikulum. Hasil

kajian tersebut menunjukkan aktiviti kokurikulum membantu seseorang pelajar

Page 77: Tesis

62

memiliki kualiti kepimpinan seperti kurang keraguan, kurang membangkang,

kematangan bersosialisasi dan keupayaan kecerdasan yang tinggi.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan

dimensi keupayaan membuat keputusan. Pengkaji berpendapat, daya kepimpinan

dimensi keupayaan membuat keputusan ini membolehkan seseorang pelajar yang

menjadi ketua memimpin kumpulan dalam apa keadaan sekali pun. Pemimpin yang

berkeupayaan membuat keputusan dapat menganalisis sesuatu keadaan serta dapat

memisahkan antara perkara-perkara yang penting dengan yang tidak. Dengan itu

pemimpin tersebut dapat menghasilkan pendapat atau rumusan yang bernas lagi

berkesan. Keputusan dan arahan pemimpin yang berkeupayaan membuat keputusan

akan dipatuhi tanpa keraguan dan kelewatan.

5.2.5 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Kebolehan Menyelesaikan Masalah

Jadual 4.8 menunjukkan dapatan kajian hubungan di antara tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Dapatan kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kekuatan sederhana antara

tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Dapatan ini membolehkan

hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah ditolak.

Dapatan ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Chebator (1995)

yang mendapati pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum semasa kedua-dua

zaman persekolahan menengah dan kolej mempunyai skor min yang tinggi dalam

dimensi kebolehan menyelesaikan masalah jika dibandingkan dengan pelajar yang

Page 78: Tesis

63

tidak menyertai aktiviti kokurikulum semasa kedua-dua zaman persekolahan

tersebut. Sementara itu, pelajar yang hanya menyertai dalam aktiviti kokurikulum

semasa zaman persekolahan menengah juga mempunyai kebolehan menyelesaikan

masalah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar yang tidak menyertai

sama ada zaman persekolahan menengah atau kolej.

Kajian oleh Mashitah (1994) menunjukkan memang wujud perhubungan

yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan

pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan

dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Pengkaji berpendapat, seseorang

pemimpin yang boleh mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara logik dan

kritis akan menggalakkan kemajuan dalam kumpulan yang dipimpininya. Seorang

pemimpin yang berkebolehan menyelesaikan masalah adalah peka terhadap apa

yang berlaku di sekitarnya. Dengan demikian ia dapat bertindak bagi kebaikan

kumpulan.

5.2.6 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi

Kepuasan Menjalankan Tugas

Keputusan kajian berdasarkan Jadual 4.9 menunjukkan terdapat hubungan

yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan

menjalankan tugas. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan

tugas ditolak.

Page 79: Tesis

64

Dapatan ini menyokong kajian yang telah dilakukan oleh Ryan (1989).

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data daripada 1985 Cooperative

Institutional Research Project Follow Up Survey mendapati tahap penglibatan dalam

aktiviti kokurikulum sukan dan permainan mempunyai hubungan positif dan tinggi

dengan pembentukan daya kepimpinan terutamanya kepuasan menjalankan tugas.

Dapatan kajian juga seiring dengan kajian yang dijalankan oleh Chebator

(1995). Dalam kajian beliau, kesimpulan telah dibuat seperti berikut:

…participation in co-curricular activities leads to students who are generally

more satisfied in their duties, more academically successful, more self-

confident, and more socially in control than their uninvolved peers.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan

dimensi kepuasan menjalankan tugas. Mengikut Ab.Aziz (2003), pemimpin yang

mempunyai kepuasan menjalankan tugas yang tinggi akan mempunyai sikap yang

positif terhadap tugas dan sebaliknya. Pengkaji berpendapat, seseorang pemimpin

yang mempunyai kepuasan menjalankan tugas yang tinggi akan melahirkan

semangat gigih, rajin bekerja dan berdedikasi. Dengan adanya kepuasan menjalankan

tugas, seseorang pemimpin akan memimpin kumpulan dengan lebih baik.

5.2.7 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan

Hasil kajian berdasarkan Jadual 4.10 menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan dan kekuatan tinggi antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Dapatan ini membolehkan

hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya

kepimpinan ditolak. Di sini, dapat dikatakan bahawa responden yang mempunyai

tahap penglibatan yang tinggi memang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

Page 80: Tesis

65

Menurut Teng (1984), di dalam bukunya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

menerangkan bahawa pelajar-pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum akan

mewarisi sifat-sifat seperti ada sifat kepimpinan, bersemangat kesukanan, bersifat

toleransi, kesabaran, timbangrasa, hormat menghormati, mempunyai kesedaran nilai

masyarakat dan daya tahan diri.

Dapatan ini seiring dengan Mashitah (1994) yang mengatakan penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum membantu membentuk daya kepimpinan seperti

yakin diri, bertanggungjawab menjalankan tugas, berkeupayaan membuat keputusan,

berkebolehan menyelesaikan masalah, dan mempunyai kepuasan menjalankan tugas.

Padilah (2000) pula menyatakan aktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar

menyemai benih-benih sifat kepimpinan secara lebih efektif. Semua ini jelas

menunjukkan aktiviti kokurikulum dapat menawarkan pelbagai pengetahuan,

pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri,

kepimpinan, dan akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa

depannya.

Ibrahim (1995) menegaskan pelajar yang mempunyai tahap penglibatan yang

tinggi dalam aktiviti kokurikulum adalah merupakan pelajar yang mempunyai

kesedaran kendiri mengenai kekuatan dan kompetensi kepimpinan seperti yakin diri,

amanah, jujur, tegas, rajin, sensitif serta memiliki kemahiran berkomunikasi.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan

dimensi yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat

keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan tugas.

Pengkaji berpendapat, di sekolah pelajar berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum yang merangkumi sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan

badan beruniform, di sinilah daya kepimpinan dapat dibentuk dan semakin

berkembang. Semua ini memerlukan perancangan dan pembangunan pendidikan

kokurikulum yang teratur.

Page 81: Tesis

66

5.3 Rumusan Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya dapatan kajian telah menunjukkan memang wujud

perhubungan antara tahap penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Hubungan yang terbentuk

pada kadar kekuatan positif dan tinggi dengan nilai korelasinya 0.70, dan signifikan

pada aras 0.01. Dapatan kajian telah banyak menyokong hasil-hasil kajian lepas

yang menyatakan tahap penglibatan pelajar di sekolah menengah dalam aktiviti

kokurikulum dapat membantu pembentukan daya kepimpinan. Justeru itu,

sewajarnya pihak pengurusan sekolah menggunakan segala sumber yang ada secara

maksimum, mempertingkatkan lagi usaha ke arah pengurusan kokurikulum yang

lebih mantap dan berkesan bagi memastikan penglibatan pelajar akan dapat

memberikan pelbagai manfaat terutamanya pembentukan daya kepimpinan pelajar.

5.4 Cadangan Tindakan

Berdasarkan dapatan, perbincangan dan rumusan daripada kajian yang

dijalankan, pengkaji berpendapat antara cadangan-cadangan yang boleh

diketengahkan kepada beberapa pihak termasuklah pihak Kementerian Pelajaran

pendidikan sebagai penentu dasar, pihak pengetua, guru-guru penasihat

kokurikulum, guru kaunseling, dan pelajar bagi memastikan pendidikan

kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan ke arah pembentukan daya

kepimpinan pelajar.

i. Fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia amat penting bagi

memastikan garis panduan pelaksanaan pendidikan kokurikulum

diikuti oleh pihak sekolah. Ini secara langsung akan membolehkan

penglibatan pelajar adalah pada tahap maksimum. Dengan itu barulah

pendidikan kokurikulum difikirkan dapat memberi peluang kepada

semua pelajar untuk mengembangkan kreativiti dan membantu

mempertingkat dan membentuk daya kepimpinan. Kementerian

Pelajaran Malaysia seharusnya memandang jauh ke hadapan dan

Page 82: Tesis

67

merancang dengan lebih positif bagi memastikan aktiviti kokurikulum

yang diadakan mendapat sambutan pelajar sepenuhnya.

ii. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat

antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan

pembentukan daya kepimpinan. Dapatan ini memang seiring dengan

objektif pendidikan kokurikulum iaitu memberi latihan kepimpinan

yang boleh membina keperibadian pelajar dan menambah

pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna. Pihak pengurus

sekolah terutamanya pengetua, guru penolong kanan kokurikulum,

guru penolong kanan satu, dan guru penolong kanan hal ehwal pelajar

harus membuat pengurusan dan pembahagian tugas dalam organisasi

sekolah supaya kewibaan setiap ahli petugas dapat ditentukan. Pihak

pengurus sekolah mestilah memastikan pelaksanaan aktiviti

dilakukan mengikut penjadualan yang terancang dan sistematik

dengan pembahagian tugas yang seimbang di antara guru-guru.

Ketidakseimbangan pembahagian tugas akan menyebabkan

kurangnya komitmen mereka dan menimbulkan rasa tidak puas hati di

kalangan guru.

iii. Guru-guru penasihat aktiviti kokurikum perlu diberikan pendedahan

tentang kepentingan dan fungsi pengurusan kokurikulum di sekolah

sepanjang masa. Ini adalah kerana minat dan sikap terhadap sesuatu

bidang termasuk pengurusan menentukan tahap pencapaian dalam

bidang-bidang tertentu. Sebagai pemimpin dan pengurus aktiviti

kokurikulum, guru penasihat seharusnya perlu berusaha untuk

memperolehi kompetensi dalam pengurusan dan pengendalian

pendidikan kokurikulum kerana merekalah yang akan menyampaikan

kemahiran, ilmu pengetahuan, idea dan nasihat semasa aktiviti

kokurikulum. Selain itu, guru penasihatlah yang sentiasa menyelami

minat, kecenderungan dan bakat yang terpendam dalam muridnya.

Semasa mengendalikan aktiviti kokurikulum, guru penasihat

hendaklah berusaha untuk meningkatkan daya kreativiti dan

merancang aktiviti yang dapat menarik minat pelajar. Dalam

Page 83: Tesis

68

pengurusan kokurikulum, guru-guru penasihat perlu memastikan

jawatan penting tidak dipegang oleh orang yang sama untuk memberi

ruang kepada lebih ramai pelajar supaya potensi mereka terutamanya

daya kepimpinan dapat dikembangkan.

iv. Guru kaunseling seharusnya memainkan peranan yang lebih proaktif

dalam pemberian pendedahan kepentingan dan faedah menyertai

aktiviti kokurikulum kepada pelajar. Guru kaunseling juga

bertanggunjawab untuk menerangkan segala faedah yang boleh

diperolehi daripada penglibatan dalam kokurikulum supaya pelajar

mendapat kefahaman yang jelas tentangnya.

v. Pelajar harus menginsafi bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum bukan sahaja berfungsi memperkukuhkan dan

mengamalkan pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran

akademik, ia juga membantu dalam pembentukan daya kepimpinan.

Pengkaji berpendapat, tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum

tidak boleh dilihat ringan sahaja oleh pelajar kerana ia akan

mempengaruhi pembentukan daya kepimpinan yang merupakan

kekuatan dan kemampuan untuk menghadapi suasana dan realiti alam

pekerjaan serta cabaran-cabaran persekitaran.

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

Daya kepimpinan pelajar merupakan bidang yang amat luas dan kompleks.

Terdapat banyak lagi aspek dan pembolehubah yang dapat dijadikan bahan kajian.

Antara kajian lanjutan yang wajar dijalankan adalah seperti berikut:

i. Kajian lanjutan haruslah dijalankan pada skop yang lebih luas

umpamanya kajian dijalankan untuk semua daerah di Negeri Johor

bagi mendapat gambaran yang lebih menyeluruh.

Page 84: Tesis

69

ii. Pengkaji yang berminat untuk mengkaji tentang tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

pembentukan daya kepimpinan bolehlah menggunakan aspek

penilaian yang tersendiri mengikut pertimbangan masing-masing. Ini

adalah kerana dimensi daya kepimpinan tidak dihadkan kepada

dimensi-dimensi dalam kajian ini.

iii. Kajian tentang bidang dalam kokurikulum sama ada sukan dan

permainan, persatuan dan kelab, atau badan beruniform paling

diminati oleh pelajar boleh dijalankan. Kajian ini penting dalam

memastikan tahap penglibatan pelajar dalam kokurikulum itu benar-

benar tinggi dan bukan sekadar menjadi ahli yang ingin mendapat

penilaian kokurikulum gred minimum sahaja.

iv. Kajian mengenai sebab-sebab mengapa pelajar mempunyai tahap

penglibatan yang rendah dalam aktiviti kokurikulum juga boleh

dijalankan. Kajian ini diharap dapat mencari punca pelajar tidak aktif

dalam aktiviti kokurikulum dan membolehkan pihak-pihak tertentu

seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pengurus sekolah dan guru

penasihat kokurikulum mencari penyelesaian terhadap masalah dan

seterusnya menolong pencapaian matlamat pendidikan menyeluruh di

kalangan pelajar.

5.6 Kesimpulan

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu

bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat

dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan

sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan

kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan aktiviti kokurikulum. Ini bermakna

seseorang murid itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek intelek,

Page 85: Tesis

70

rohani, emosi, dan jasmani. Penekanan pendidikan kokurikulum di sekolah-sekolah

adalah sesuai dengan masa dan keperluan pendidikan di negara kita.

Di samping itu, matlamat Pembangunan Modal Insan dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010 memberi fokus kepada pemupukan semangat

menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta membina disiplin diri

di kalangan pelajar. Salah satu kemahiran dan kompetensi ialah daya kepimpinan.

Ini menunjukkan daya kepimpinan merupakan aspek penting dalam diri seseorang

pelajar.

Ciri-ciri kepimpinan boleh diterapkan kepada pelajar sama ada melalui

pengalaman atau dipelajari. Oleh itu, aspek kepimpinan perlu ditekankan dalam

bentuk yang khusus seperti melalui aktiviti kokurikulum yang terancang dan

bermatlamat. Sifat-sifat pemimpin yang positif perlu diberikan penjelasan dan perlu

dipupuk agar sebati dengan potensi pelajar.

Merujuk kepada dapatan kajian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa memang

terdapat hubungan yang positif di antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Pendidikan kokurikulum

seharusnya diberikan perhatian yang lebih kerana penglibatan pelajar yang

menyeluruh di samping pengurusan yang cekap dan berkesan dapat memastikan

objektif dan matlamat yang ditetapkan tercapai. Ini akan menyumbang kepada

pemantapan kompetensi dan prestasi pelajar seperti berketrampilan, mempunyai sifat

kepimpinan dan jati diri. Ini secara langsung akan menyumbang kepada usaha

melahirkan generasi pemimpin yang mencapai kesejahteraan diri serta dapat

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara.

Page 86: Tesis

71

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2003). “Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi.” Petaling

Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd. Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2005). “Bakat Dan Kemahiran Mempimpin.”

Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Abdullah Sani Yahaya (2004). “Mengurus Sekolah.” Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors Sdn.Bhd. Abu Bakar Nordin (1991). “Kurikulum Perspektif dan Pelaksanaan.” Kuala Lumpur:

Pustaka Antara. Adnan Sharif (1988). “Pengaruh Jantina, Jenis Sekolah dan Kegiatan Kokurikulum

Terhadap Personaliti Remaja Yang Terbentuk Oleh Rakan Sebaya. Kajian Kes Di Antara Sekolah Asrama Penuh Dengan Sekolah Biasa Di Daerah Hilir Perak.” Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ainon Mohammad (2005). “Kejayaan Dari Dalam.” Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors Sdn.Bhd. Alias Baba ( 1977). “Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial.”

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alim Abu Rahim (1997). “Pengurusan Kokurikulum.” Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Asiah Abu Samah (1985). “Kokurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia. Kertas

Kerja Seminar Kebangsaan Mengenai Kokurikulum.” Jitra: Universiti Utara Malaysia.

Astin, A.(1984). “Student Involvement:A Developmental Theory For Higher

Education.” Journal Of College Student Personnel. July.

Page 87: Tesis

72

Atan Hussien (1992). “Keberkesanan Aktiviti Kokurikulum (Sukan) Di Tiga Buah Politeknik.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Aziz Zakaria, Wan Fatimah Mohamad, & Quek Bong Cheang (1995). “Indikator

Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan.” Jurnal Pengurusan Institut Aminuddin Baki. 05 (01): 14-26.

Azizah Nordin (1991). “Kokurikulum dan Sumbangannya Terhadap

Perkembangan Diri Individu Secara Menyeluruh.” Jurnal Pendidikan Guru. 7: 33-42.

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim, & Yusof Boon (2005).

“Psikologi Sosial:Alam Remaja.” Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Baker, T. L. (1994). “Doing Social Research.” 2nd Edition. New York: Mc Graw-Hill

Inc. Bass, B. M. (1985). “From Transactional To Transformational Leadership :Learning

To Share The Vision.” New York: Organizational Dynamic. Bucher, C. A. (1983). “Administration of Physical Education and Athletic.” St.

Louis:The C. V. Mosdy Company. Burton, M. D. (1981). “Indentifying Potential Participants For College

Extracurricular Activities.” Journal Of College Student. 15 (3): 251 - 254 Campbell, R.F., Corbally, J.E., & Nystrand, R.O. (1983) “Introduction to

Educational Administration” 6th Edition. Massachusetts: Allyn and Bacon, Inc.

Cates, W.M. (1983). “A Practical Guide To Educational Research.” New Jersey:

Prentice Hall Inc. Chebator, P. J. (1995). “Involvement And Student Outcomes: The Student

Development Effects Of Co-Curricular Programs.” Dissertation of Ph.D. Boston: Boston College.

Page 88: Tesis

73

Faridah Karim (1985). “Pendidikan Kurikulum: Satu Panduan.” Kertas Kerja Dibentangkan Pada Seminar Kebangsaan Mengenai Kokurikulum. Jitra: Universiti Utara Malaysia .

Faridah Karim (1988). “Peranan Kokurikulum Di Sekolah: Satu Perspektif Baru

Suara Pendidik.” Jurnal Pendidikan. Bil.4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fauzan Sukimi (1997). “Gaya Memubat Keputusan Seorang Pengurus.”Jurnal

Pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Jil.1. Sept.1997. Fulmer, R.M. (1993). “Practicle Human Relation.” New York: Free Press. Gordon, T. (1955). “Group-Centered Leadership.” New York: Houghton Mifflin. Gribben, J. J. (1972). “Effective Managerial Leadership.” New York: American

Management Association. Hamzah Rahman Soriat (1996). “Pendidikan Kepimpinan.” Jurnal Guru. 8: 525 –

530. Heim, P., & Chapman, E.N. (1993). “Belajar Memimpin.” Johor Bahru:

Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. Hendal, R.M. (1993). “The Contributions of Intercollegiate Athletic Participation

On Student Leadership Development (Student-Atheletes).” Dissertation Abstracts.Winconsin: The University of Winconsin.

Hollander, E.P. (1978). “Leardership Dynamics.” New York: Free Press. Hussien Mahmood (1993). “Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.” Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Ahmad Bajunid (1995) . “Amalan Dan Cabaran Pengurusan Pendidikan

Di Malaysia, Satu Tinjauan Kritikal.” Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB. 5 (01): 1-15.

Ibrahim Mamat (1997). “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis.” Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Page 89: Tesis

74

Ibrahim Saad (1986). “Isu Pendidikan Di Malaysia.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Md. Nor (1998). “Penyertaan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Di

Sekolah Menengah Johor Bahru.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Jaafar Muhamad (1997). “Kelakuan Organisasi.” Kuala Lumpur: Leeds Publications. Kamaruddin Kachar (1989). “Strategi Pentadbiran Pendidikan.” Kuala Lumpur:

Teks Publishing Sdn.Bhd. Kamus Dewan (2005). Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kapp, G. J. (1979). “Extracurricular Activities : Who Participates And What Are The

Benefits.” Dissertation Abstracts International. Los Angeles: University Of California in Los Angeles.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). “Falsafah Pendidikan Negara.” Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “Laporan Jawatankuasa Mengkaji Dasar

Pelajaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuek, Sook Seem (1990). “Kajian Mengenai Pertalian Antara Penglibatan Pelajar

Dalam Kokurikulum Dengan Perkembangan Personaliti Murid.” Kajian Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lau, Ki Chuan (2000). “Tinjauan Amalan Faktor-Faktor Pengurusan Sekolah

Berkesan Dalam Menentukan Tahap Pengurusan Sekolah Di Sebuah Sekolah Menengah Dalam Daerah Batu Pahat, Johor.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Lim, Jee (1982). “Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum dan

Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik : Satu Kajian Kes Di Sekolah Di Bandar Kajang.” Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia .

Luthans, F. L. (1977). “Organizational Behaviour.” New York: Mc Graw-Hill

Book Co.

Page 90: Tesis

75

Mashitah Hj. Ghazali (1994). “Kegiatan Kokurikulum Di sekolah Membantu Membina Daya Kepimpinan Di Kalangan Pelajar Menengah Atas Kolej Sultan Abdul Hamid.” Tesis Sarjana. Jitra: Universiti Utara Malaysia.

Mohamad Nor Che Noh (1982). “A Study On The Effect Of Participation In Sport

And Some Social Psychological Variables On Adjusments And Academic Achievement.” Kajian Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Majid Konting (1998). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2007). “ Intervensi Pembangunan Organisasi

Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Nordin Hj. Mohd. Nasir (1986). “Kegiatan Kokurikulum Di sekolah

Membantu Menyemai Dan Menyuburkan Daya Kepimpinan Di kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes Di SMK Raja Muda, Kuala Kangsar, Perak.” Kajian Ilmiah. Kuala Lumpur : Maktab Perguruan Ilmu Khas.

Mohd. Rosli Mohd. Othman (2000). “Hubungan Kepimpinan Instruksional Dengan

Iklim Sekolah.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Mueller, P., & Reznik, J.W. (1965). “Intramural Recreation Sport. Programming

and Administration.” USA: John Wiley and Son Inc. Ngajikin, N.H., Murad N.A., & Esa M.R.M. (2006). “Kesan Aktiviti Kelab Dan

Persatuan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Ke Atas Pencapaian Akademik.” Kajian Ilmiah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

O’Dannel, K.H., & Wairich, H. (1992). “Pengurusan.” Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Terjemahan Mohd. Salmi Mohd. Soned dan Siti Nazdrah Sheikh Omar.

Omardin Ashari (1996). “Pengurusan Sekolah: Suatu Pandangan Lengkap.” Kuala

Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Page 91: Tesis

76

Padilah Shahran (2000). “Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang.” Jurnal Bestari Koleksi Guru Johor.

Polit, D. F., Beck, C. T., & Hungler, B.P. (2001). “Essential of Nursing Research:

Methods, Appraisal and Utilization.” 5th Edition. Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins.

Pui, Tiong Gee (1996). “Komponen Baru Kurikulum dan Kokurikulum Mata

Pelajaran Bahasa Melayu dan Sastera - Satu Cadangan Awal.” Jurnal Guru. 8: 531-537.

Quinn, P. (1992). “Student Leadership In Physical Education.” Dissertation

Abstracts. Alberta: University of Alberta. Razali Mat Zin (1996). “Kepimpinan Dalam Pengurusan.” Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ryan, F. (1989). “Participation In Intercollegiate Athletics: Affective Outcomes.”

Journal Of College Student Development, 30: 122-128. Salmah Hj.Ayob (1993). “Keberkesanan Perancangan Kokurikulum.” Kajian

Penyelidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Smith, J.S. (1993). “The Relationship Between Involvement In Extracurricular

Activities And The Psychososial Development Of Universiti Students.” College Student Affairs Journal. 13 (1): 79-84.

Schultz, D.P., & Schultz, S.E. (1994). “Psychology and Work Today.” New

York: Macmillan Publishing Company. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1994). “Wawasan Pendidikan Agenda

Pengisian.” Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing.

Page 92: Tesis

77

Lampiran A

Borang Soal Selidik

Page 93: Tesis

78

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Soal selidik ini digunakan untuk melihat

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA

DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN Salam sejahtera, Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Anda

telah dipilih sebagai responden untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Saya

sangat berbesar hati memohon kerjasama daripada anda untuk mengisi soal selidik

ini. Semoga anda dapat menjawab dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang

anda berikan adalah dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan keperluan kursus

yang pengkaji wajib penuhi.

Kerjasama dan masa anda amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan

ribuan terima kasih.

SELAMAT MENJAWAB & TERIMA KASIH

Pengkaji:

……………………………………

WONG HUEY LING Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Universiti Teknologi Malaysia

Page 94: Tesis

79

Bahagian A : Latar belakang responden Arahan : Tandakan ( √ ) dalam petak yang disediakan di sebelah jawapan yang anda pilih . 1. Sekolah: SMK________________________________ 2. Jantina:

Lelaki Perempuan

3. Umur:

16 17

4. Kaum:

Melayu Cina India Lain-Lain

Bahagian B : Bahagian B mengandungi 15 item. Bulatkan satu jawapan sahaja yang anda fikirkan sesuai dengan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum di sekolah sama ada A, B, C, D, dan E.

1. Jumlah masa dalam tempoh seminggu saya melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan ialah: A lebih daripada 4 jam B antara 3-4 jam C antara 2-3 jam D antara 1-2 jam E kurang daripada 1 jam

2. Jumlah masa dalam tempoh seminggu saya melibatkan diri dalam aktiviti persatuan dan kelab ialah: A lebih daripada 4jam B antara 3-4 jam C antara 2-3 jam D antara 1-2 jam E kurang daripada 1 jam

3. Jumlah masa dalam tempoh seminggu saya melibatkan diri dalam aktiviti badan beruniform ialah: A lebih daripada 4 jam B antara 3-4 jam C antara 2-3 jam D antara 1-2 jam E kurang daripada 1 jam

Page 95: Tesis

80

4. Jumlah jenis sukan dan permainan yang saya anggotai sepanjang tahun ini ialah: A 4 jenis atau lebih B 3 jenis C 2 jenis D 1 jenis E tiada penglibatan

5. Jumlah jenis persatuan dan kelab yang saya anggotai sepanjang tahun ini ialah: A 4 jenis atau lebih B 3 jenis C 2 jenis D 1 jenis E tiada penglibatan

6. Jumlah jenis badan beruniform yang saya terlibat secara langsung dalam tahun ini ialah: A 4 jenis atau lebih B 3 jenis C 2 jenis D 1 jenis E tidak terlibat

7. Dalam pelantikan memegang jawatan penting (seperti Pengerusi/Naib Pengerusi/ Setiausaha/Bendahari/Ahli-ahli Jawatankuasa) dalam aktiviti sukan dan permainan yang saya ceburi semenjak dari tingkatan 2 hingga kini, saya pernah memegang… A lebih daripada 4 jawatan B 3 jawatan C 2 jawatan D 1 jawatan E tiada pernah memegang apa-apa jawatan

8. Dalam pelantikan memegang jawatan penting (seperti Pengerusi/Naib Pengerusi/ Setiausaha/Bendahari/Ahli-ahli Jawatankuasa) dalam aktiviti persatuan dan kelab yang saya ceburi semenjak dari tingkatan 2 hingga kini, saya pernah memegang… A lebih daripada 4 jawatan B 3 jawatan C 2 jawatan D 1 jawatan E tiada pernah memegang apa-apa jawatan

Page 96: Tesis

81

9. Dalam pelantikan memegang jawatan penting (seperti Pengerusi/Naib Pengerusi/ Setiausaha/Bendahari/Ahli-ahli Jawatankuasa) dalam aktiviti badan beruniform yang saya ceburi semenjak dari tingkatan 2 hingga kini, saya pernah memegang… A lebih daripada 4 jawatan B 3 jawatan C 2 jawatan D 1 jawatan E tiada pernah memegang apa-apa jawatan

10. Kekerapan saya menjalankan tugas untuk aktiviti sukan dan permainan dalam seminggu adalah: A selalu B kadang-kadang C jarang D mengikut keadaan E tiada langsung

11. Kekerapan saya menjalankan tugas untuk aktiviti persatuan dan kelab dalam seminggu adalah: A selalu B kadang-kadang C jarang D mengikut keadaan E tiada langsung

12.Kekerapan saya menjalankan tugas untuk aktiviti badan beruniform dalam seminggu adalah:

A selalu B kadang-kadang C jarang D mengikut keadaan E tiada langsung

13.Dalam penilaian aktiviti sukan dan permainan yang lepas, saya … A sangat aktif (memperolehi Gred A) B aktif (memperolehi Gred B) C sederhana aktif (memperolehi Gred C) D tidak aktif (memperolehi Gred D) E sangat tidak aktif (memperolehi Gred E)

14.Dalam penilaian aktiviti persatuan dan kelab yang lepas, saya … A sangat aktif (memperolehi Gred A) B aktif (memperolehi Gred B) C sederhana aktif (memperolehi Gred C) D tidak aktif (memperolehi Gred D) E sangat tidak aktif (memperolehi Gred E)

Page 97: Tesis

82

15. Dalam penilaian aktiviti badan beruniform yang lepas, saya … A sangat aktif (memperolehi Gred A) B aktif (memperolehi Gred B) C sederhana aktif (memperolehi Gred C) D tidak aktif (memperolehi Gred D) E sangat tidak aktif (memperolehi Gred E)

Bahagian C : Bahagian C mengandungi 20 item. Setiap item diikuti oleh lima pilihan jawapan. Anda hanya dikehendaki memilih satu jawapan sahaja yang dirasakan bersesuaian dengan anda dalam aktiviti kokurikulum. Bulatkan jawapan anda sama ada A,B,C,D, dan E.

16. Sekiranya saya diminta untuk memberikan ucapan di khalayak ramai, saya… A menerimanya dengan perasaan yakin dan berani B kurang yakin tetapi berani C rasa tidak tentu arah dan risau D menolak dengan memberikan pelbagai alasan E mencari alasan untuk keluar dari majlis tersebut

17. Dalam satu tajuk perbualan yang sedang hangat diperkatakan, reaksi saya ialah: A akan melibatkan diri secara paling aktif B melibatkan diri secara aktif C mengambil bahagian sekadarnya D akan turut serta apabila diminta memberikan pandangan E akan mendiamkan diri walaupun mempunyai hujah-hujah untuk

dikemukakan

18. Untuk membentuk personaliti sebagai seorang pemimpin, saya… A mencontohi para pemimpin yang berjaya B mencontohi para guru C mencontohi rakan-rakan pemimpin yang lain D memupuk bakat semulajadi saya E tidak pernah berfikir ke arah itu.

19. Sebagai pemimpin aktiviti kokurikulum, saya… A pasti akan berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain B cuba berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain C mungkin berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain D tidak perlu berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain E tidak akan berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain

20. Sebagai pemimpin aktiviti kokurikulum, jika ahli jawatankuasa menghadapi masalah dalam menjalankan tugas, saya… A akan memberi bantuan dengan sepenuhnya B akan memberi bantuan jika ada masa C akan memberi nasihat sahaja D akan merujuknya kepada guru penasihat E tidak akan mengambil apa-apa tindakan

Page 98: Tesis

83

21. Apabila saya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum yang saya sertai, saya rasa… A gembira dan ingin meningkatkan kejayaan B gembira dan cuba mengekalkan apa yang telah dicapai C rasa kegembiraan yang sederhana sahaja D rasa biasa sahaja E tiada rasa apa-apa

22. Apabila saya banyak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, saya rasa… A amat beruntung dengan pelbagai kebaikan yang diperolehi B mendapat kebaikan C kebaikan yang dirasai sederhana sahaja D seperti biasa sahaja E tidak mendapat apa-apa faedah

23. Anda sedang membaca minit mesyuarat dan mendapati terdapat kesilapan dalam minit mesyuarat tersebut, anda… A akan membuat catatan di atas kesilapan dan meminta setiausaha

membuat pembetulan B meminta setiausaha membuat pembetulan C membuat pembetulan sendiri D menegur setiausaha atas kesilapannya

E tidak risau langsung

24. Apabila terdapat ahli yang tidak memberikan tumpuan dalam sesuatu aktiviti yang dilakukan, tindakan yang saya akan lakukan ialah… A menegur dan memberikan ingatan B menunjukkan rasa kurang senang terhadap sikapnya C memandangnya dengan perhatian yang kita tidak menyukai

tindakannya D tidak menghiraukannya E terpaksa menunjukkan muka yang manis kerana takut dibenci

25. Apabila terdapat ahli yang tidak menepati masa untuk menghadiri aktiviti kokurikulum, tindakan saya ialah… A menegurnya supaya menepati masa B bertolak ansur terhadap sikapnya C bertindak marah kerana kelalaiannya itu D membuat laporan kepada guru penasihat E tidak mengambil apa-apa tindakan kerana sifat manusia memang

begitu

Page 99: Tesis

84

26. Dari segi kepuasan dalam memberikan sumbangan kepada aktiviti kokurikulum yang saya harapkan selama ini, saya rasa… A mendapat kepuasan yang amat tinggi berbanding dengan apa yang

diharapkan B mendapat kepuasan yang setimpal dengan apa yang diharapkan C mendapat sebahagian sahaja kepuasan daripada apa yang dijangkakan D mendapat terlalu sedikit kepuasan E tidak mendapat apa-apa kepuasan langsung

27. Saya menjalankan tugas semasa aktiviti kokurikulum dengan…

A penuh rela hati dan rasa bertanggungjawab B rasa bertanggungjawab C hanya separuh hati sahaja menjalankannya kerana sebab tertentu D merasakan tugasan itu terpaksa dijalankan E penuh dendam untuk mengajar pihak tertentu yang membebankan

tugasan itu kepada saya

28. Setelah selesai menjalankan tugas aktiviti kokurikulum, perasaan saya… A amat puas hati B senang hati kerana kerja telah selesai C jarang mendapat kepuasan kerana tugas itu dijalankan tanpa

keikhlasan D rasa terlepas daripada bebanan E berasa marah dan tidak mahu lagi dibebani tugas pada masa-masa

akan datang

29. Apabila diberikan tugas penting dalam aktiviti kokurikulum, tindakan saya ialah… A menerimanya dengan penuh kerelaan B menerimanya kerana rasa tanggungjawab C sedia bertanggungjawab dan berfikir terlebih dahulu tentang

faedahnya D tidak mengambil kisah E cuba mencari helah untuk diberikan tugas itu

30. Semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, seorang ahli memberitahu bahawa salah seorang ahli selalu mencari jalan supaya anda tidak dipercayai oleh ahli-ahli dan guru penasihat . Tindakan yang akan anda ambil… A menyaisat kenyataan tersebut untuk mengetahui sama ada ia benar

atau tidak B berbicara dengannya untuk mengetahui mengapa ia bertindak

sedemikian C menasihatkan kepada orang yang memberitahu saya supaya jangan

suka mengambil tahu akan hal rang lain D menunjukkan reaksi kepada orang kanan saya itu yang saya mulai

mencurigainya E berusaha menyingkirkan pembantu kanan daripada jawatannya

Page 100: Tesis

85

31. Anda mendapat tahu bahawa seorang ahli jawatankuasa anda telah berkelakuan tidak baik. Walau bagaimanapun ini tidak menjejaskan kerjanya. Kenyataan yang manakah di bawah ini menggambarkan tindakan anda… A saya akan berbincang dengannya secara baik dan memberitahunya

bahawa apa yang dilakukannya ada kalanya menjejaskan tugasnya B saya akan memaksa dia menceritakan semua yang berlaku dan

mengaku tidak akan mengulanginya lagi C saya akan menunjukkan kepadanya secara terang-terang bahawa saya

tidak menyukai kelakuannya D saya akan menghentikannya pada masa itu juga E saya tidak akan mempedulikannya selagi ia tidak menjejaskan kerja

32. Seorang ahli jawatankuasa yang baru dilantik menunjukkan yang ia faham dengan tugasnya dan mulai menyukainya. Tetapi dengan tiba-tiba dia meminta kebenaran untuk keluar daripada aktiviti kokurikulum dan menyertai aktiviti kokurikulum yang lain. Tindakan yang akan saya ambil… A cuba mencari punca dan memberi nasihat supaya dia tidak bertindak

sedemikian B mengesyaki dia tidak puas hati dengan faedah yang diperolehi

daripada persatuan C memikirkan yang dia benar-benar tidak sukakan tugasan yang telah

dipertanggungjawabkan kepadanya D terus menyokong permohonannya itu kerana berpendapat tidak

berguna menyimpan ahli yang tidak bersemangat berkhidmat kepada persatuan

E memarahinya dengan mengungkit segala pengetahuan dan kemahiran yang telah diajarkan kepadanya

33. Seorang ahli jawatankuasa anda tidak sefaham dengan ahli jawatankuasa lain.

Anda cuba untuk berbaik-baik dengannya walaupun anda kurang senang untuk berbuat demikian. Malangnya ahli jawatankuasa itu telah bertindak memberitahu guru penasihat tentang perkara-perkara yang kurang baik tentang diri anda. Pendapat anda terhadap rakan tersebut ialah… A kasihan kepada rakan tersebut kerana mungkin perasaannya terganggu

hingga dia gagal untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dengan orang lain

B menerima hakikat apabila kita berbuat baik dengan orang lain, orang itu akan menyakiti hati kita pula

C sikap buruknya itu perlu dihebohkan kepada pengetahuan umum untuk kewaspadaan bersama

D perlu diaibkan untuk menyedarkan dirinya E saya akan berusaha menggagalkan rancangannya dan berusaha

membalas dendam di atas sifat buruknya itu

Page 101: Tesis

86

34. Seorang ahli telah dianugerahkan sebagai peserta terbaik pertandingan. Cara yang dipilih untuk menyatakan penghargaan anda ialah… A memujikan ketika diadakan perjumpaan dengan semua ahli B melekatkan nota memujikan di papan kenyataan C memujikan dalam perbualan peribadi D mengutip derma daripada ahli-ahli untuk memberikan penghargaan E memberikan hadiah penghargaan secara peribadi

35. Anda mempunyai seorang pembantu baru yang berkebolehan dan daripada tindak tanduknya, anda merasakan dia memikirkan bahawa anda tidak berkebolehan sebagai seorang ketua. Suatu hari anda mengetahui yang ia meminta nasihat daripada orang lain yang lebih tinggi jawatan daripada anda membincangkan masalah dalam tugasan aktiviti kokurikulum yang dihadapi. Anda akan… A menyedarkannya bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan dan

memberi amaran supaya ia tidak mengulangi kesalahan yang serupa B buktikan kepadanya bahawa anda benar-benar mampu menyelianya

berdasarkan kepada pengalaman dan prestasi anda C berbincang masalah tersebut dengan pihak atasan D menarik perhatian ahli-ahli supaya bertindak tidak menyukainya E memecatnya dengan serta merta

SOAL SELIDIK TAMAT

TERIMA KASIH

Page 102: Tesis

87

Lampiran B

Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 103: Tesis

88

Page 104: Tesis

89

Page 105: Tesis

90

Lampiran C

Senarai Sekolah-Sekolah Terlibat Dalam Kajian

Page 106: Tesis

91

Senarai Sekolah-Sekolah Terlibat Dalam Kajian 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Banang Jaya

2. Sekolah Menengah Munshi Sulaiman

3. Sekolah Menengah Jalan Kolam Air

4. Sekolah Menengah Yong Peng

5. Sekolah Menengah Datuk Menteri

6. Sekolah Menengah Dato’ Seth