teras kemahiran berfikir sem 3 ppismp

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 30-May-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    1/14

    Penghargaan

    Syukur Alhamdulillah ke hadirat ilahi,Allah S.W.T kerana dengan limpah dan

    kurniaanya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini tidak dapat sayasempurnakan sekiranya tiada bantuan daripada pihak-pihak yang bekerja keras

    membantu saya, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing

    Tn.Hj Nik Daud Bin Mat Yunus diatas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan.

    Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan rakan

    seperjuangan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan menyudahkan

    tugasan ini.Semestinya setiap apa yang kita lakukan haruslah berfokus danbertujuan.Seperti berjayanya tugasan ini disiapkan.

    Dalam tugasan ini saya telah diarahkan untuk menunjukkan sejauh mana

    pemahaman saya dalam mempelajari kemahiran berfikir secara kritis dan

    kreatif.Melalui satu komponen di dalam kemahiran berfikir iaitu, membanding dan

    membeza.Kita semua dapat mengenalpasti setiap sesuatu yang ada disekeliling kita

    mempunyai persamaan dan perbezaan.Jika kita lihat di dalam adik-beradik kitaterdapat persamaan dan perbezaan, dari segi jantina minat,fizikal dan yang paling

    ketara ialah umur.

    Sesungguhnya setiap kejadian tuhan ada hikmahnya yang tersendiri.Sebagai

    manusia kita sewajarnya memuji kebesaran-Nya disamping mengkaji semampu yang

    boleh dalam mengungkai rahsia di sebalik alam ini.

    Pengenalan

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    2/14

    Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses

    pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir, sanggup dan cekap

    dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat

    kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

    Dalam pembelajaran kemahiran berfikir,pendedahan yang diberikan adalah

    dalam bentuk yang jelas dan dapat difahami.Kemahiran berfikir melibatkan pelbagai

    aspek dan cakupan perkara.Sebagai contoh, pada awal pengenalan berkenaan

    subjek ini ialah Apakah itu kemahiran berfikir?.Persoalan yang mudah dijawab

    tetapin sukar untuk ditafsirkan secara yang jelas dan tepat.Ini kerana kemahiran

    berfikir meliputi banyak bentuk.

    Antara bentuk kemahiran berfikir adalah seperti,kemahiran berfikir secara

    kritis,kemahiran berfikir secara kreatif dan strategi berfikir.Namun secara amnya,

    semua kemahiran itu mempunyai matlamat yang serupa iaitu untuk berfikir dengan

    cara yang betul dan tepat.

    Tugasan yang diperolehi ini akan membincangkan salah satu kemahiran

    berfikir yang berkaitan dengan kemahiran membandingdan membeza.Konsep yang

    diaplikasikannya adalah seperti mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan

    kriteria seperti ciri,sifat,kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

    Soalan tugasan:

    Anda telah mempelajari tentang jenis-jenis kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

    dalam kuliah anda.Dalam kemahiran pemikiran kritis terdapat berbagai-bagai contoh

    kemahiran, antaranya kemahiran membanding dan membeza.

    Berdasarkan kenyataan dia atas, anda diminta memilih dua daripada situasi dibawah

    untuk menunjukkan pemahaman anda berkaitan dengan kemahiran berfikir secara

    kritis-membanding dan membeza.Huraikan pemahaman anda:

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    3/14

    1. Banding-bezakan dia antara bulan dan bumi untuk menggambarkan

    secara relatif dari segi saiz,jarak dan kedudukannya dengan matahari

    (Sains).

    2. Banding-bezakan di antara potensi, motivasai dan perbezaan individu

    untuk menjelaskan fitrah manusia(Pendidikan).

    3. Banding-bezakan di antara kata sifat dan kata nama untuk menunjukkan

    bagaimana ia dibentuk dan berperanan (Bahasa Melayu).

    4. Banding-bezakan di antara undang-undang serta peraturan di sekolah

    tempat anda belajar dahulu dengan undang-undang serta peraturan di

    IPGM sekarang untuk menunjukkan pematuhan anda tentang perkara

    tersebut.(Disiplin).

    JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

    Langkah

    Jenis Aktiviti

    /Tindakan Tempoh

    Penglibatan/

    Tanggungjawab Tarikh

    1

    Penyerahan

    tugasan daripada

    pensyarah

    pembimbing

    1 hari Pelajar,pensyarah

    pembimbing 16/02/2009

    2

    Mengumpul,

    menyusun dan

    membuat

    perancangan

    pelaksanaan

    1 hari Pelajar dan

    pensyarah

    pembimbing

    17/02/2009

    Mengumpul `2 hari Pelajar dan

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    4/14

    3

    menyusun

    maklumat secara

    individu

    pensyarah

    pembimbing

    18/02/2009-

    19/02/2009

    4

    Menyediakan

    subtugasan/draf

    pertama dan

    menghantarnya

    kepada

    pensyarah

    pembimbing

    3 hari Pelajar dan

    pensyarah

    pembimbing20/02/2009-

    22/02/2009

    5

    Membuat

    perbincangan/

    Kolaborasi

    selepas semakan

    pensyarah

    1 hari Pelajar dan

    pensyarah

    pembimbing

    23/02/2009

    6

    Melengkapkan

    tugasan, dengan

    lampiran yang

    berkaitan dan

    dijilidkan

    3 hari Pelajar dan

    pensyarah

    pembimbing24/02/2009-

    27/02/2009

    7

    Menghantar

    tugasan kepada

    pensyarah

    pembimbing

    1 hari Pelajar dan

    pensyarah

    pembimbing

    2/02/2009

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    5/14

    Soalan 1

    1. Banding-bezakan dia antara bulan dan bumi untuk menggambarkan secara

    relatif dari segi saiz,jarak dan kedudukannya dengan matahari (Sains).

    Lihat gambar animasi dibawah dengan teliti.

    BUMI BULAN MATAHARI

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    6/14

    Bulan Bumi Matahari

    Bulan Bumi Matahari

    Persamaan Bumi dan Bulan

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    7/14

    Perbezaan Bumi Dan Bulan

    Kesimpulannya:

    Bumi lebih besar berbanding bulan dan bulan lebih kecil berbanding bumi.Jarak bumi

    daripada matahari lebih jauh berbandingjarak bulan daripada matahari. Bumi dan

    bulan mempunyai persamaan iaitu iaitu masing-masing mempunyai

    permukaan,berbentuk sfera dan terletak didalam galaksi Bima Sakti.Bulanmempunyai permukaan yang berlpoak,bergunung ganang dan tiada hidupan

    manakala bumi mempunyai bermacam bentuk dan mempunyai hidupan.

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    8/14

    Soalan 2

    1.Banding-bezakan di antara undang-undang serta peraturan di sekolah tempat anda

    belajar dahulu dengan undang-undang serta peraturan di IPGM sekarang untuk

    menunjukkan pematuhan anda tentang perkara tersebut.(Disiplin).

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    9/14

    Persamaan Undang-undang Sekolah Dan Undang-undang IPGM

    Perbezaan U ndang-undang sekolah dan IPGM

    Kesimpulannya

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    10/14

    Undang-undang dan peraturan sekolah dan undang-undag dan peraturan di IPGM

    menggunakan konsep yang serupa iaitu untuk memastikan segala urusan,suasana

    dan keadaan institusi tersebut dalam keadaan yang terkawal.Pemakaian uniform di

    sekolah tidak sama seperti pemakaian di IPGM iaini di IPGM pemakaian ke kuliah

    tidak memakai uniform tetapi bebas dan masih terkawal.Perbezaan yang begitu

    ketara adalah kerana sekolah merupakan sebuah institusi yang rata-rata

    penuntutnya merupakan bawah 18 tahun iaitu golongan kanak-kanak dan

    remaja.Namun bagi IPGM penuntutnya merupakan golongan 18 tahun keatas dan

    mereka sememangnya dan wajar terikat dengan akta yang ditetapkan bagi

    menyesuaikan keadaan dan suasana dalam kalangan penuntut apabila sudah

    mencapai umur atas 18 tahun tanggungjawab adalah ke atas diri mereka sendiri.

    Kesimpulan projek

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    11/14

    Melalui pemikiran yang kritis dan kreatif kita dapat mengenalpasti pelbagai bentuk

    cara pemikiran.Hasil daripada pemikiran tersebut barulah kita dapat mengaplikasikan

    segala bentuk corak pemikiran yang berbeza.Secara amnya bentuk kemahiran

    berfikir dapat di pelbagaikan dan mempunyai pelbagai jenis.

    Melalui tugasan ini pelajar dapat memberikan pandangan berkenaan dengan cara

    pemikiran kritis dan kreatif.Di samping itu perlu juga dijelaskan kemahiran

    maembanding dan membeza.Soalan yang diberikan adalah berkenaan dengan cara

    bagaimana kita membanding dan membeza sesuatu perkara tersebut.

    Soalan yang berkenaan bumi dan bulan juga memerlukan aplikasi kemahiran berfikir

    secara membanding dan membeza.Perbezaan dan persamaan bumi dan bulan di

    nyatakan dalam bentuk relatif dari segi saiz,jarak dan kedudukan.

    Begitu juga dengan perbandingan berkenaan undang-undang sekolah dan undang-

    undang IPGM.Kita dapat melihat perbezaan yang begitu ketara jika kita meneliti

    setiap bentuk peraturan dan undang-undang yang digunakan.Perbezaan yang dapat

    dilihat dari pelbagai bentuk samada dari bentuk pentadbiran sehingga ke bahagian

    hal ehwal pelajar.

    Sehubungan dengan itu dapat saya rumuskan bahawa kemahiran membanding dan

    membeza mengajar kita cara berfikir dengan menilai sesuatu sebelum membuat

    keputusan.Selain itu, ia menjana pemikiran kritis dan kreatif bagi pembentukan

    pemikiran yang aktif dalam diri setiap pelajar.

    Refleksi Kumpulan

    Semasa kami mendapat tugasan yang diberiakan oleh pensyarah pembimbing kami

    daripada Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan,Tuan Haji Wan Zil,berkenaan

    Permainan Tradisional Konda-Kondi, kami terfikir adakahkami mampu menganjurkan

    pertandingan yang meriah dengan jayanya.

    Namun pendapat kami meleset, kami difahamkan supaya bertemu dengan guru

    pelatih yang pernah menganjurkan pertandingan ini.Kami berasa lega kerana dapat

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    12/14

    juga bekerjasama dengan pelajar senior dan menimba sedikit ilmu berkenaan

    permainan Konda kondi yang jarang diketahui umum.

    Seperti yang kami jangka setiap ahli kelas harus memberikan komitmen yang padu

    bagi mejayakan festival ini.Tetapi dengan menggunakan kemahiran yang ada,di

    tambah dengan kerjasama yang secara menyeluruh kami dapat menjayakan festival

    ini. Begitu juga dengan sumbangan semangat dan dorongan daripada pensyarah

    pembimbing yang tidak lokek berkongsi ilmu. Kami merasakan sekiranya tiada

    sokongan yang padu daripada semua pihak tidak mungkin festival ini dapat

    dijalankan dengan jayanya.

    Secara ringkasnya kami dapat mempelajari beberapa prosedur yang sewajarnya

    kami lakukian semasa melakukan tugasan ini. Ketika kami memulakan langkah

    dengan memahami konsep permainan berserta peraturan permainan daripada rakan

    kami.Sedikit perasaan teruja kerana sebelum ini tiada diantara kami yang pernah

    memainkan permainan ini.

    Kesimpulannya dalam setiap aktiviti tanpa kerjasama dan sumbangan tenaga kerja

    yang jitu, tidak akan berjaya sesuatu aktiviti itu.Begitu juga dengan tunjuk ajar dan

    perkongsian ilmu daripada semua pihak yang terlibat, maka pelbagai pendapat yang

    dapat diputuskan melalui perbincangan dan juga keputusan muktamad sesuatu

    pertikaian.Tidak hairanlah sekiranya setiap ahli kumpulan dan jawatankuasa harus

    mempunyai sikap memberi dan menerima yang sekata.Bak kata pepatah segerak

    seia,sekata.Kami berharap agar ikatan hyubungan silaturahim yang wujud dalam

    kalangan ahli kami akan bertambah ukuahnya dan jalinannya.Agar setiap keputusan

    yang dibuat dapat dicapai kata sepakat yang dipersetujuai oleh semua.

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    13/14

    LAMPIRAN

    RUJUKAN

  • 8/14/2019 Teras Kemahiran Berfikir SEM 3 PPISMP

    14/14

    Bibilografi

    Buku

    Poh Swee Hiang B.Sc.(Ed) Hons.,M.Ed,Kemahiran Berfikir,Kumpulan Budiman

    Sdn.Bhd,2005,Kuala lumpur

    Hamid Fahmy Zarkasyi,Tentang Berfikir,1990,Tentang Pendidikan,Dewan Bahasa

    dan Pustaka,Kuala Lumpur.

    Aliza Theh,Siri Reference UPSR Sains Tahun,2004,Penerbitan Pearson

    Malaysia,Selangor Darul Ehsan.

    Bronchure Perpustakaan Al-Ghazali,Perpustakaan Maktab Perguruan Islam Kuala

    Lumpur

    Laman Web

    www.geocities.com/cikgufun2000/notaTAKLIMATPRAKTIKUMPRAPERKHIDMATANKP

    LIK.

    mpkt.edu.my/msiso/jadual%20pelaksanaan

    www.ippm.edu.my/msiso2008/dokumen/PT24/LAM-PT24-07.doc

    www.wikipedia.org/bahasamelayu/bulan

    www.wikipedia.org/bahasamelayu/bumi

    www.wikipedia.org/bahasamelayu/matahari

    http://www.geocities.com/cikgufun2000/notaTAKLIMATPRAKTIKUMPRAPERKHIDMATANKPLIKhttp://www.geocities.com/cikgufun2000/notaTAKLIMATPRAKTIKUMPRAPERKHIDMATANKPLIKhttp://www.ippm.edu.my/msiso2008/dokumen/PT24/LAM-PT24-07.dochttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.geocities.com/cikgufun2000/notaTAKLIMATPRAKTIKUMPRAPERKHIDMATANKPLIKhttp://www.geocities.com/cikgufun2000/notaTAKLIMATPRAKTIKUMPRAPERKHIDMATANKPLIKhttp://www.geocities.com/cikgufun2000/notaTAKLIMATPRAKTIKUMPRAPERKHIDMATANKPLIKhttp://www.geocities.com/cikgufun2000/notaTAKLIMATPRAKTIKUMPRAPERKHIDMATANKPLIKhttp://www.geocities.com/cikgufun2000/notaTAKLIMATPRAKTIKUMPRAPERKHIDMATANKPLIKhttp://www.geocities.com/cikgufun2000/notaTAKLIMATPRAKTIKUMPRAPERKHIDMATANKPLIKhttp://www.ippm.edu.my/msiso2008/dokumen/PT24/LAM-PT24-07.dochttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasahttp://www.wikipedia.org/bahasa