teori perkembangan moral lawrence kohlberg

35
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU (LAWRENCE KOHLBERG) PISMP SEMESTER 1/2011 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU 3102 HAK CIPTA: MOHAMAD TAUFIQ BIN JAMAL MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MUSA

Upload: taufiq-spexs

Post on 01-Jul-2015

3.545 views

Category:

Documents


51 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

(LAWRENCE KOHLBERG)PISMP SEMESTER 1/2011

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU 3102

HAK CIPTA:MOHAMAD TAUFIQ BIN JAMAL

MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MUSA

Page 2: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

BIODATA

PERINGKAT PERKEMBANGAN

FAKTOR MEMPENGARUHI

IMPLIKASI TERHADAP P&P

Page 3: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Biodata

Page 4: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

• Dilahirkan :25 Oktober 1927 di Bronxville, New York.

• Berasal dari sebuah keluarga kaya • Belajar di Akademi Philips, sebuah pusat pengajian

yang terkenal.• Mendaftar ke Universiti Chicago pada 1948. Dan ia

memperoleh gelaran sarjana dalam psikologi dalam waktu hanya satu tahun

• Pada 1968, dalam usia 40 tahun, ia menjadi profesor pendidikan dan psikologi sosial di Universiti Harvard

Page 5: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Kematian : 19 Januari 1987 Umur: 59 tahun (Bunuh diri dengan

menenggelamkan dirinya di Lautan Atlantik akibat tekanan dan penderitaan penyakit yang merebak pada masa itu.)

• Berpendapat penaakulan moral berkait rapat dengan perkembangan kognitif walaupun ada masanya tahap pemikiran seseorang tidak menjamin peningkatan tahap penaakulan moral seseorang.

• Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan perkembangan individu.

• Telah mencadangkan peringkat perkembangan moral individu

Page 6: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Peringkat Perkembangan

Moral

Page 7: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

CIRI-CIRI PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL

•Apabila seseorang individu didapati berada di satu peringkat yang lebih tinggi, ini bermakna bahawa ia telah pun melalui peringkat moral yang lebih rendah. Seseorang individu biasanya bertindak atau memilih peringkat yang lebih tinggi dari peringkat semasanya.

Hierarki.

•Merupakan sistem pemikiran yang berterusan. Cara seseorang menganalisa dan menginterprestasikan data serta membuat keputusan mengenai masalah moral dan peribadi merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara keseluruhannya.

Sistematik dan berstruktur.

•Ini bermakna dalam semua keadaan kecuali dalam keadaan trauma yang serius, pergerakan dalam peringkat penaakulan moral selalunya adalah ke depan dan tidak pernah mundur.

Urutan tidak berbalik

Page 8: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Contoh-contoh Kajian:

Teori Lawrence Kohlberg

Page 9: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

•dijalankan selama 20 tahun dalam kalangan budak-budak lelaki dari latar belakang kelas pertengahan dan golongan pekerja di Chicago.•Temubual awal bermula ketika subjek tersebut berumur di antara 10-16 tahun,•kemudian mereka ditemubual semula selepas selang tiga tahun

Chicago

•Satu kajian jangka panjang dengan budak-budak lelaki dari kawasan bandar dan luar bandar di Turki, yang berada dalam lingkungan umur yang sama seperti di Chicago Amerika Syarikat.• Hasil kajian mendapati keputusanny sama seperti di Chicago.•Bermakna, ia bersifat sejagat.

Turki

•Beberapa kajian merentas budaya seperti di Kanada, Britain, Yukata,Honduras dan India•Hasilnya juga menunjukkan teori perkembangan moralnya bersifat sejagat dan rentas budaya

Rentas Benua

Page 10: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Berdasarkan kepada kajian-kajiannya, Kohlberg (1975) mendakwa bahawa teori perkembangan moralnya itu adalah sejagat dan merentas budaya. Beliau mengatakan:

“All individuals in all cultures use the same thirty basic moral categories, concepts or principles, and all individuals in all cultures go through the same order or sequence of gross stage development, though they vary in rate and terminal point of development”

• Beliau membuat dakwaan tersebut berdasarkan dapatan empirikal daripada penyelidikan yang telah dijalankannya dalam kalangan pelajar dari latar belakang budaya yang berlainan seperti di Amerika Syarikat, Taiwan, Turki, Mexico dan Yukata.

Page 11: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

TAHAP

TAHAP 1: PRA-

KONVENSIONAL

TAHAP 2: KONVENSION

ALTAHAP 3: POS KONVENSION

AL

Page 12: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Pre Conventional LevelPaling bawah dalam penaakulan moral.Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan

hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.

TAHAP 1:

PRA-

KONVENSI

ONAL

Page 13: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Orientasi Kepatuhan dan Hukuman:Pemikiran moral kanak-kanak – egosentrikMementingkan kesan fizikalMematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman

Orientasi Ganjaran Peribadi: Mematuhi peraturan atau sesuatu untuk mendapatkan

ganjaran, atau perkongsian untuk mendapatkan balasan.Apa yang saya akan dapat sekiranya saya buat apa yang

disuruh?Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak

sendiri.

Page 14: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Tahap pertengahan teori perkembangan moral.

Individu mula mengaplikasi peraturan mengikut kebenaran dan persetujuan ibu bapa, guru dan komuniti.

TAHAP 2:

KONVENSI

ONAL

Page 15: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Orientasi Perlakuan Baik:

• Mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang sekeliling.

• Menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

• Ingin dilihat sebagai ‘anak yang baik’ dan mengikut arahan. (the good boy-good girl attitude)

Akur kepada Sistem Sosial dan Etika Peraturan:Percaya kepada keutuhan undang-undang.Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga

kesejahteraan komuniti.Mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-undang

masyarakat untuk mengelakkan hukuman atau denda.

Page 16: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

• Tahap penaakulan moral yang paling tinggi.• Individu sudah mula meneroka pilihan dan

alternatif lain dalam penaakulan moral.• Mula mempunyai kod moral dan etika yang

tersendiri.

TAHAP 3: POS

KONVENSION

AL

Page 17: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu:• Berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.• Menilai undang-undang berdasarkan hak individu• Menganggap undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan

mempunyai alternatif.• Mematuhi undang-undang jika menepati hak-hak individu.

Etika Prinsip Sejagat:• Falsafah tentang moral seseorang.• Mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan

menghormati maruah dan prinsip individu lain.• Individu mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang

menepati hak-hak individu sejagat.• Mungkin melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik dengan

kod etika peribadinya.

Page 18: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Kritikan Terhadap Teori Lawrence

Kohlberg

Page 19: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

• Salah satu kritikan terhadap teori Kohlberg adalah bahawa teori tersebut terlalu menekankan pada keadilan dan mengabaikan norma yang lainnya.

• Kesannya, teori itu tidak akan menilai secara adekuat orang yang menggunakan aspek moral lainnya untuk bertindak

• Carol Gilligan mempertikaikan bahawa teori Kohlberg terlalu androsentrik.

• Teori Kohlberg dinyatakan berdasarkan penelitian empirikal yang menggunakan hanya responden lelaki; Gilligan menyatakan bahawa hal tersebut membuat tidak adekuatnya teori itu dalam menggambarkan pandangan seorang perempuan.

Page 20: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

• Walaupun penelitian secara umum telah menyatakan bahawa tidak wujudnya perbezaan pola yang signifikan antara jenis jantina, teori perkembangan moral dari Gilligan tidak memusatkan perhatiannya pada norma keadilan (value of justice). Ia mengembangkan teori perkembangan moral alternatif berdasarkan norma perhatian (ethics of caring).

• Pengkritik seperti Christina Hoff Sommers pula membangkang kajian Gilligan kerana ketiadaan bukti untuk menyokong teori atau kesimpulannya.

Page 21: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Page 22: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Institusi Kekeluargaan.

Sekolah

Page 23: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Peringkat permulaan :kanak-kanak cuba memahami konsep moral.

dibantu oleh orang dewasa(ibu bapa dsb) supaya kanak-kanak dapat menunjukkan dan menaakul perlakuan moral yang seimbang.

TANGGUNGJAWAB

Ibu bapa beri asuhan yang baik dan bimbing anak-anak utk jd individu yang harmonis.

Kanak-kanak mematuhi nilai-nilai baik yang diajar oleh ibu bapa dan menjalin hubungan yg positif dgn ibu bapa.

Page 24: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Teknik-teknik Mendidik Anak.

• menyatakan rasa tidak suka terhadap perbuatan anaknya.

Menjarakkan kasih sayang

Page 25: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Namun teknik menjarakkan kasih sayangdan menggunakan kuasa akan:

• Membangkitkan ketegangan emosi kanak-kanak. Menjarakkan kasih sayang boleh menimbulkan keresahan kepada kanak-kanak dan penggunaan kuasa akan membangkitkan rasa benci dan permusuhan dengan ibu bapa.

Penggunaan teknik dorongan digalakkan kerana:Kurang membangkitkan ketegangan emosi kanak-kanak.Teknik ini menggalakkan kanak-kanak menaakul dan

berfikir tentang perlakuannya.Membawa kepada perkembangan moral yang positif.

Page 26: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Ciri-ciri Ibu Bapa Yang Baik

mesra Tegas bertempat

Contoh terbaik

Teknik dorongan yang betul.

Beri Sokongan dan galakan.

Beri peluang untuk anak

belajar.

Mengembangkan kesedaran

moral

Melibatkan aank ketika membuat

keputusan.

Elak bertindak kasar.

Page 27: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

FAKTOR SEKOLAH

persekitaran

kurikulum

Modal insan

Page 28: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum melalui Kurikulum persekolahan kebangsaan, KBSR dan KBSM dalam setiap mata pelajaran.

Penerapan dilakukan secara implisit dalam strategi dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

KURIKULUM

KURIKULUM

•Antara agenda utama bagi mencapai hasrat membina insan yang harmonis berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).•Pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah seperti aktiviti kokurikulum, bengkel kemahiran berfikir, kursus motivasi, bulan moral dan nilai-nilai murni dan sebagainya.

Page 29: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Penerapan budaya sekolah penyayang.Melayan semua murid secara sama rata.Guru mengambil peranan sebagai pendidik dan ibu bapa

serta memberi teguran, bimbingan dan nasihat.• Murid akan merasakan bahawa sekolah merupakan

tempat yang selamat sekiranya para guru tidak mengamalkan budaya ugutan.

• Mengamalkan sistem demokrasi yang mengambil kira pandangan murid.

• Memberi ruang kepada murid untuk membela diri dalam salah laku.

PERSEKITARAN

Page 30: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Implikasi Terhadap Proses P&P

Page 31: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi.

• Contoh: bincang secara terbuka dengan pelajar tentang masalah emosi seperti perasaan cemburu, prejudis dan lain-lain.

Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain.

• Minta pelajar terangkan perasaan atau pandangan orang lain terhadap sesuatu isu.

• Buat simulasi atau main peranan agar pelajar dapat membawa watak yang lain dari dirinya supaya pelajar dapat menilai perasaan orang lain.

Page 32: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Bantu pelajar membuat hubungkait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat.

• Beri kesedaran kepada pelajar tentang ketidakselarasan antara tingkahlaku mereka dengan nilai yang mereka sebut.

Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar saling mendengar antara satu sama lain.

• Dalam aktiviti, samada semasa pembentangan atau dalam kumpulan, pelajar mendengar hujah yang dinyatakan oleh rakan mereka.

• Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang baik

Page 33: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Rumusan Teori

Page 34: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

• Teori ini terbahagi kepada 3 tahap iaitu

Tahap Pra Konvensional Tahap Konvensional Tahap Pro Konvensional

• Setiap tahap terbahagi kepada dua bahagian. Justeru, dalam teori ini terdapat 6 bahagian(Tahap yang berbeza)

• Menurut pengasas teori ini, terdapat dua faktor dominan yang mempengaruhi aspek moral iaitu

Keluarga Sekolah

• Namun, terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat dalam teori ini antaranya, ia lebih cenderung kepada lelaki sahaja, kerana, responden yang digunakan kesemuanya ialah lelaki.

Page 35: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Sekian