teknik menjawab bm siri xviii - cikgumuin.com

15
cikgumuin.com Kertas Edaran Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII

Upload: others

Post on 01-Jan-2022

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com

Kertas Edaran Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

TEKNIK MENJAWAB BM

SIRI XVIII

Page 2: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

2

LATIHAN PAUTAN BORANG GOOGLE

https://forms.gle/Fv7CBjKaRsYz9q7f9

APLIKASI & SISTEM BAHASA (PENYUNTINGAN)

BIL AYAT BETUL SALAH

1 Ani melukis dengan menggunakan cat merah.

2 Ani melukis menggunakan cat merah.

3 Ani melukis dengan cat merah.

4 Ayah ke pasar bersama-sama dengan ibu.

5 Ayah ke pasar bersama-sama ibu.

6 Ayah ke pasar dengan ibu.

7 Saya belajar demi untuk masa depan.

8 Saya belajar untuk masa depan.

8 Saya belajar demi masa depan.

10 Pokok di belakang rumahku terlalu tinggi.

11 Masakan ibu paling sedap.

12 Sungai itu agak dalam.

13 Lambat benar bas itu tiba.

14 Kelakuan budak-budak itu baik sekali.

15 Indah nian Pulau Bunian.

16 Sungai itu amat dalam.

17 Sungai itu dalam amat.

18 Baju yang dipakainya sangat besar.

19 Baju yang dipakainya besar sangat.

20 Baju yang dipakainya amat besar sangat.

Page 3: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

3

LATIHAN PENULISAN KARANGAN DOMAIN PERIBADI

LATIHAN PAUTAN BORANG GOOGLE

Karangan Cemerlang (60 hingga 70 markah)

• Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis • Ejaan dan tanda baca yang betul • Laras bahasa sesuai dengan tugasan • Penggunaan kosa kata luas dan tepat • Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang,

disertakan contoh yang sesuai • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerenggan sesuai. • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara

perenggan • Penggunaan unsur bahasa bervariasi • Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan

seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa SUMBER: Lembaga Peperiksaan Malaysia

Page 4: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

4

KAEDAH PEMBINAAN PERENGGAN KARANGAN - PENDAHULUAN

KAEDAH PEMBINAAN PERENGGAN KARANGAN - ISI

KAEDAH PEMBINAAN PERENGGAN KARANGAN - PENUTUP

Page 5: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

5

KAEDAH PEMBINAAN PERENGGAN KARANGAN - PENUTUP

Setiap individu pasti sentiasa inginkan badan yang sihat dan terhindar daripada penyakit. Semua orang akan bersetuju jika diberitahu caranya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila diri sendiri atau ada ahli keluarga jatuh sakit, pasti akan melibatkan tekanan emosi dan kewangan. Namun begitu, tidak semua orang tahu cara dan mahu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh sebab saya bertugas sebagai doktor di unit rehabilitasi, pesakit strok, jantung, kudung kaki akibat kencing manis dan kanser merupakan penyakit yang biasa saya lihat. Seringkali, nasihat saya untuk mereka adalah dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat untuk mengawal penyakit kronik mereka.

Sumber: Catatan Facebook Dr. Alice Chui, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Catatan di atas menjelaskan kepentingan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai remaja yang cakna akan amalan gaya hidup sihat, anda ingin mengemukakan pendapat tentang amalan gaya hidup sihat dalam salah sebuah akhbar arus perdana. Tuliskan pendapat anda itu.

MEMAHAMi SOALAN Isu : Kehendak Soalan : Format :

Amalan Gaya Hidup Sihat Oleh: Calvin Tan

Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut menggambarkan kepentingan amalan gaya hidup sihat. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Mengikut kajian, seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan menjadi sihat melalui amalan gaya hidup yang sihat. Amalan ini akan melahirkan rakyat yang produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan. Lantaran itu, persoalan yang perlu dirungkaikan apakah amalan-amalan tersebut? Salah satu amalan signifikan yang perlu diamalkan ialah amalan pemakanan seimbang. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Hal ini disebabkan tubuh mereka yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit kronij seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Page 6: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

6

Sudah terang lagikan bersuluh, kehidupan yang bahagia tanpa penyakit dapat dicapai melalui amalan pemakanan yang sihat dan simbang. Sementelahan, bersukan atau beriadah perlu diamalkan. Sehubungan dengan itu, badan akan mengeluarkan peluh malahan perjalanan darah akan menjadi lancar yang akan menyihatkan tubuh badan. Biar kita ambil contoh yang dekat dengan kita, seseorang itu seyogianya bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang pada waktu lapang. Jika seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana minda yang cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas. Selain itu, badan yang cergas dan sihat akan menjadikan seseorang itu lebih aktif. Aktiviti yang dianggap serampang dua mata ini perlu dijadikan amalan hidup kita seharian. Jelaslah bahawa bersukan dan beriadah mendatangkan banyak maslahat kepada fizikal dan minda kita. Amalan terakhir yang tidak dapat dikesisikan sama sekali ialah seseorang itu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan ini perlu diraktikkan? Hal ini dikatakan demikian kerana amalan tersebut akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya, contohnya penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Senario ini disebabkan peralatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Justifikasinya, masa dan wang ringgit dapat dijimatkan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan. Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seyogianya perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Dengan itu, semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan kehidupan yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi realiti. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas tidak akan menjadi fatamorgana jika semua pihak saling berpegang pada prinsip yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kalau bukan kita siapa lagi!

FORMAT KARANGAN RENCANA

FORMAT PETUNJUK

F1 -

F2 -

F3 -

F4 -

F5 -

F6 -

F7 -

Page 7: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

7

KAEDAH PEMBINAAN PERENGGAN KARANGAN - PENUTUP

Malaysia tidak terkecuali berdepan dengan kenaikan harga barang ketika ini berikutan pandemik Covid-19, malah isu ini tidak dapat dielakkan kerana turut berlaku di seluruh dunia. Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Abdul Rashid berkata bahawa kelemahan mata wang dan kebergantungan negara terhadap barangan import sama ada barang mentah dan makanan menambahkan kesan inflasi dan kenaikan harga lagi. Katanya, situasi kenaikan harga barang terutama di kawasan luar bandar merupakan realiti sebenar kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada ekonomi negara. "Kenaikan kos pengangkutan dan logistik dijadikan sebab utama kenaikan harga.

Sumber: Akhbar My Metro 15 Oktober 2021

Petikan akhbar di atas tentang isu kenaikan harga barang yang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, tulis rencana tentang kesan-kesan daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat . Tulis rencana itu selengkapnya.

MEMAHAMi SOALAN Isu : Kehendak Soalan : Format :

MAKLUMAT KARANGAN Pendahuluan - Kenaikan harga barang sering berlaku kerana kesan ekonomi terbuka -

bergantung kepada penawaran dan permintaan sesuatu barang / Kenaikan harga barang jika tidak dikawal akan menimbulkan kesan yang amat ketara ke atas perbelanjaan isi rumah khususnya keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40 / Kerajaan memandang berat terhadap kenaikan harga barang khususnya barangan makanan (berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya)

Isi 1 - Kekurangan wang untuk membeli keperluan asas / wang banyak dihabiskan untuk

membeli barangan tertentu / nilai wang semakin kecil / banyak wang yang terpaksa dikeluarkan tetapi kuantiti semakin kecil.

(Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis)

Page 8: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

8

Isi 2 - Tabungan masyarakat menurun / nilai mata wang semakin kecil / sejumlah besar wang untuk perbelanjaan / tiada baki untuk menyimpan terutama daripada keluarga berpendapatan rendah / jika tiada kenaikan gaji (besar kerak daripada periuk)

Isi 3 - Kegiatan jenayah meningkat / kos hidup semakin meningkat / memenuhi keperluan hidup

semakin terhimpit / Jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan rompakan dilakukan oleh golongan yang hidup / terdesak akibat kenaikan harga barang (berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap)

Penutup - Kenaikan harga akan sentiasa berlaku / pengguna harus bijak berbelanja / Peranan

pihak kerajaan mengawal kenaikan harga barang agar tidak / membebankan pengguna terutama harga barangan keperluan (alah membeli menang memakai)

LATIHAN PENYUNTINGAN

Dalam petikan di bawah terdapat lapan belas kesalahan bahasa penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. [18 markah]

Kuala Lumpur merupakan bandaraya yang terletak antara Pulau Pinang, Ipoh dengan Johor Bahru. Perjalanan ke Padang Besar sejumlah 450 kilo meter dari Kuala Lumpur mengambil masa lima jam dengan menggunakan ETS (Electric Train Service). Pada masa kini, perkhidmatan ETS ini terhenti di Padang Besar iaitu bandar terakhir litaran keretapi Malaysia. Pada masa yang sama, pembangunan kesat di ibu kota menyebabkan kesesakkan lalu lintas berlaku. Keadaan ini menjadi semakin terok kerana pembinaan jalan raya tidak dirancang dengan teliti. Selain itu, sikap pengguna yang tidak berdisplin dan kekurangan trafik polis menjadikan masaalah ini semakin rumit. Pengguna pula sering meletakan kenderaan suka hati sehingga menganggu kelancaran lalu lintas.

LATIHAN SINTAKSIS – CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

BIL CAKAP AJUK CAKAP PINDAH

1 “Saya lapar”, kata Jenny.

2 “Di manakah awak tinggal?” tanya Law kepada Shiva.

3 ‘’Adakah awak sakit?” tanya Adlin kepada Janet.

4 “Tolong ambilkan saya segelas air”, kata Sehry kepada Sobalan.

5 “ Jangan bermain di tepi parit itu”, kata Sheila kepada adik.

Page 9: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

9

BIL CAKAP AJUK CAKAP PINDAH

6 “ Sila masuk ke dalam rumah saya”, kata Tan kepada Ming.

7 “Carilah rezeki yang halal”, kata Ewe kepada Sanny.

8 “Amboi, indahnya pemandangan di Pokok Sena!” kata Kweh.

9 “Aduh, sakitnya kakiku ini!” kata Gun.

10 “Cis, keluar engkau dari sini!” kata Azim kepada pengemis itu.

LATIHAN SINTAKSIS – MENUKARKAN CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

Yvonne: Awak sudah mendaftar untuk ke tingkatan enam? Rashid: Sudah, semalam. Yvonne: Apa pandangan awak tentang pengajian kita di tingkatan enam nanti? Rashid: Saya tak kisah sangat. Asalkan dapat belajar, sudah. Yvonne: Tak boleh begitu. Awak kena fikirkan peluang dan masa depan awak. Rashid: Semuanya dah saya fikirkan tapi saya segan untuk mengatakannya. Yvonne: Baguslah kalau begitu. Saya harap pilihan ini bukan pilihan awak yang

terakhir. Rashid: Sudah tentu tidak. Saya ke tingkatan enam kerana yakin bahawa peluang

saya untuk ke universiti lebih cerah nanti.

Yvonne .................................. Rashid ...................... dia sudah mendaftar untuk ............................................. ke tingkatan enam ................. belum. Rashid ...................................................................................................................... mendaftar pada ........................................... Seterusnya, Yvonne .................... Rashid ........................... pengajian ............................ di tingkatan enam. Rashid ......................................... perkara tersebut ............................................ tetapi perkara yang terpenting ialah ....................................................................................... Sebaliknya, Yvonne .......................... ....................... Rashid tidak patut ................. kerana Rashid perlu ............................................................................................................................... Selanjutnya, Rashid ................................. perkara itu ............................... tetapi dia .......................... Yvonne ..................... sikap kawannya itu sambil .................................... ........................................ pilihan memasuki tingkatan enam itu bukanlah pilihan yang terakhir. Rashid ................................................ memang itulah ................ kerana dia yakin bahawa ................................................................................ ..............................................

Page 10: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

10

LATIHAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM – BERDASARKAN 2 BAHAN

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Otak dan minda manusia ialah anugerah Tuhan yang tiada bandingannya di muka bumi ini. Hal ini demikian kerana potensi dan kemampuan otak amatlah tidak terbatas. Otak mempunyai kekuatan untuk mencipta, menyimpan, menganalisis dan mempelajari pelbagai jenis maklumat dari persekitaran sekeliling. Otak orang dewasa mengandungi 10 bilion sel saraf. Pada setiap hari, hampir 14 juta saraf ini akan berinteraksi dengan lebih 16 juta saraf pada tubuh untuk membolehkan manusia melakukan pelbagai aktiviti. Secara amnya, otak terbahagi kepada dua bahagian, iaitu otak kiri dan otak kanan. Hasil kajian menunjukkan otak kiri lebih banyak digunakan untuk proses berfikir secara analitik verbal, dan selaras manakala otak kanan lebih digunakan untuk berfikir secara visual dan kreatif. Baik otak kiri mahupun otak kanan berperanan penting dalam mengatur seluruh fungsi tubuh untuk menjalani aktiviti seharian.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘'Keajaiban Otak Manusia’ oleh Nor Azisa Ishak, Dewan Siswa Bil 04/2021, Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 2

Perunding Perubatan dan Neurologi, Dr Hiew Fu Liong berkata, sistem saraf manusia terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf periferal (PNS) dan sistem saraf pusat (CNS).“Sistem saraf pusat dikaitkan dengan otak dan saraf tunjang, manakala sistem saraf periferal berfungsi dengan bantuan neuron yang juga dinamakan sel saraf. Sistem saraf menjalankan tugas penting dalam mengawal semua fungsi tubuh manusia seperti degupan jantung, deria, pernafasan dan sebagainya. Menerusi sistem saraf juga, manusia boleh memahami dan bertindak balas dengan persekitaran. Terdapat ribuan saraf yang membawa isyarat sebagai gelombang elektrokimia dari badan terus ke otak. Kemudian, ia menyalurkan mesej dari otak dan menyampaikan ke bahagian tertentu badan untuk proses berikutnya. Namun, fungsi penghantaran mesej ini boleh terjejas sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan pada struktur saraf terutama PNS mengakibatkan masalah periferal neuropati,” katanya.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘'Saraf Rosak, Mesej Terjejas’ oleh Aniza Zainudin, Berita Harian 7 / 2019

KOSA KATA BIL KOSA KATA MAKSUD

1

2

Page 11: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

11

BIL KOSA KATA MAKSUD

3

4

5

6

7

8

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud penghantaran mesej. [2 markah]

- penyampaian maklumat /pembawaan informasi

ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan fungsi-fungsi otak dan saraf terhadap manusia. [4 markah] - Bahan 1 - mencipta, menyimpan, menganalisis dan mempelajari pelbagai jenis

maklumat / otak kiri berfungsi untuk proses berfikir secara analitik verbal / otak kanan lebih digunakan untuk berfikir secara visual, intuitisi dan kreatif

- Bahan 2 - menjalankan tugas penting dalam mengawal semua fungsi tubuh manusia dan manusia boleh memahami serta bertindak balas dengan persekitaran / menyalurkan mesej dari otak dan menyampaikan ke bahagian tertentu badan.

iii) Kesihatan mental merupakan salah satu aspek penting yang perlu dijaga demi

kesejahteraan diri dan persekitaran sosial. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang? [3 markah] - masalah pembelajaran yang tidak dapat diselesaikan / masalah kewangan yang

serius / keberhutangan turut menjejaskan kesihatan mental seseorang / tekanan isu keluarga / saudara-mara / sahabat handai / tidak mengamalkan gaya hidup sihat hingga menjejaskan kesihatan mental / tidak mendapat tidur yang tidak mencukupi / tidak teratur / masalah di tempat kerja / tuntutan tugas yang berat

- iv) Anda dan rakan-rakan anda sentiasa ceria dan aktif serta menjalinkan hubungan baik

dengan semua rakan sekelas. Namun demikian, anda mendapati salah seorang rakan sekelas anda tiba-tiba menyendiri dan menjauhi orang lain. Dia yang sebelum ini dikenali dengan sifat peramah dan ceria juga berubah menjadi seorang yang pemarah dan panas baran. Perubahan sikap yang ditunjukkan itu disedari oleh rakan-rakan yang lain. Sebagai rakan yang baik, cadangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan anda agar kembali ceria dan positif. [4 markah] - saya akan mendekatinya dan mendengar luahan masalah yang dihadapi / saya

akan memaklumkan kepada guru kaunseling / guru kelas untuk menasihatinya/membantu menyelesaikan masalah / meminta bantuan ibu bapanya agar memantau pergerakan/gerak gerinya / memberikan buku-buku keagamaan untuk dibaca dan dihayatinya / meluangkan masa bersama-sama

Page 12: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

12

LATIHAN PEMAHAMAN NOVEL – NOVEL SILIR DAKSINA Perwatakan Watak Utama / Protagonis

* Haiqal - Anak Abdullah bin Kayan bersama Rafiqah, Mempunyai ayah tiri dipanggil walid dan adik tiri Nurul Asiyah

PERWATAKAN CONTOH

Berani

Berdikari

Penyayang

Prihatin

Gigih

Bijak dalam akademik

Page 13: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

13

PLOT NOVEL SILIR DAKSINA

PLOT

Page 14: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

14

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Selesai Latihan, Pak Haji Salam yang juga merupakan ketua kumpulan zapin D’Purnama tidak membenarkan aku pulang dahulu kerana ada beberapa perkara yang hendak dibincangkan. Aku, Tauke Lim dan beberapa rakan yang terlibat dengan kumpulan zapin ini duduk berkumpul di atas pentas. “Sebenarnya begini, selepas solat isyak di masjid tadi, Haji Kemat JKKK memaklumkan saya bahawa YB Shamsuri akan datang dua minggu lagi. Katanya malam minggu. Kebetulan pula, pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri juga telah menghubungi Haji Kemat untuk datang ke sini kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat kita ini. Mereka hendak memperkembang rentak jincat ini dan akan diwartakan sebagai salah satu rentak asli dalam tarian zapin. Jadi, nampaknya kita perlulah membuat persediaan yang rapi supaya acara kita berjalan dengan baik dan lancar,” jelas Pak Haji Salam.

Mengapakah Pak Haji Salam ingin berbincang dengan Aku, Tauke Lim dan beberapa ahli kumpulan zapin selepas selesai latihan? [4 markah]

LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD – KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

BIL BAHASA KLASIK BAHASA MELAYU STANDARD

1 “Hai Temenggung, suruh segala saudagar berkawal pada kampungnya!”

2 Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar.

3 Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu.

4 Setelah hari pun siang, orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja dan mengadukan halnya kecurian semalam itu.

5 Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.”

6 Baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung.

Page 15: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XVIII - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XVIII

15

Tukarkan petikan bahasa klasik di bawah ke dalam bentuk bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah. Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu.

JAWAPAN Sesudah itu, Patih Gajah Mada pun ……………………. sebuah perahu dengan sepuluh orang yang akan ……………………….. Setelah semua ………………………. disediakan Kertala Sari pun ………………………………………………. Beberapa hari …………………………….. Kertala Sari pun sampai ke Melaka. Dia singgah di perkampungan ………………………………………………………………………… yang terletak di luar kota Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai penduduk berketurunan Jawa yang ………………………………………. di Melaka.

LATIHAN KENDIRI BAHASA MELAYU STANDARD – KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Tukarkan petikan bahasa klasik di bawah ke dalam bentuk bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya. Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

BAHAN EDARAN TAMAT